CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Lynn9

Cerpen: Pertemuan Seindah Mimpi...

[Copy link]
 Author| Post time 20-1-2014 04:20 PM | Show all posts
Aku tersengih sumbing.  Aku tak pernah terfikir semua itu.  Yang aku tahu cita-cita aku masa kecil-kecil dulu nak jadi doktor tapi tengok darah pun takut nak jadi doktor macamana.  Jadi last-last aku pilih sahajalah bidang ini.  Glamor kot.  Lawyer.  Macam yang aku selalu tengok dalam TV tu.  

Sehinggalah aku pulang ke rumah otak aku masih lagi berfikir.  Kenapa aku ambil bidang perundangan.  Alah, tak semestinya kena jadi lawyer.  Gaduh-gaduh dalam court ke.  Aku boleh jadi Legal Advisor untuk corporate sectors.  Dan paling tidak pun aku tak payah practise.  Jadi lecturer je lah ok apa?  

“Yaya, kenapa kau nak jadi Lawyer?” ujar aku sewaktu Soraya menelefon malam itu.  

“Apahal kau tanya soalan cam ni malam-malam cam ni Ad?  Kita dah Part 5 kot…”

“Tak delah…aku cuma nak tahu…”

“Banyak sebablah…duit banyak…glamor pergi court tu…pastu kat kereta kita boleh letak lambang BAR COUNCIL biar orang tahu jangan main-main…lawyer is in the car”

Aku tersengih sendiri mendengar jawapan Soraya.  Bagi Adam, setiap apa pun yang kita buat atau nak buat mestilah ada tujuan.  Berbeza dengan cara aku.  Ikut suka.  Asal ada.  Aku melepas keluh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2014 12:22 PM | Show all posts
Next!

Best cte...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2014 08:30 AM | Show all posts
Hujung minggu itu Adam mengajak aku ke pantai berdekatan untuk menemaninya melukis.  Suasana begitu menyegarkan.  Rasa tenang melihat ciptaan Illahi walaupun ada segelintir manusia yang tidak mahu menolong mengekalkan keindahan pantai.  Aku menyedut udara segar.  Bahagia sedetik.  

Sedang aku termanggu melihat Adam menyusun perkakas lukisannya tiba-tiba suasana jadi hingar dengan suara orang bergaduh dan bertumbuk.
  
“Ad, you tunggu kat sini” ujar Adam. Meluru ke arah mereka untuk meleraikan pergaduhan.

“Alamak! Nak jadi Superman pulak la dia ni…adui..” aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal.  

Aku bingkas bangun mengekori Adam.  Entah kenapa tak nak ikut arahan.  Degil.  Semakin hampir, aku dapat lihat muka salah seorang dari mereka yang aku kenal sungguh.  Jimmy?  

Dia mengesat mulutnya yang berdarah.  Teruk juga dia kena belasah.  Maklumlah dua lawan satu.  Jimmy mencapai topinya yang jatuh ke tanah.  Tiba-tiba seorang gadis meluru ke arah Jimmy.  Mereka berkomunikasi dalam bahasa isyarat.  Aku diserang seribu soalan.  Macam tengok drama melayu pun ada.  Mata aku tidak berkedip memandang wajah gadis itu.  Siapa dia?

“Terima kasih..” ujar Jimmy pendek.  

Kata-kata yang dia tujukan kepada Adam.  Bukan aku.  Dia melemparkan pandangan kosong ke arah aku.  Cepat-cepat aku mengalih pandang.  Tak mahu bertentang mata dengan dia.  Adam menepuk bahu Jimmy.  Sabar katanya.
  
Gadis itu melempar senyum kepada aku sambil mengucapkan terima kasih dalam bahasa isyarat.  Aku terkulat-kulat membalas senyum.  Adam mencuit lengan aku mengajak aku pulang.  Hilang mood nak melukis katanya.  Aku hanya menuruti.  Namun dibenak terbit seribu pertanyaan.  

Siapa gadis bisu itu?  Kenapa tiba-tiba aku rasa macam ada perasaan cemburu? Gila! Cepat-cepat aku buangkan perasaan itu.  Nak cemburu apa kejadahnya.  Bukannya aku ada apa-apa hubungan dengan lelaki mental itu.  Aku benci dia. Last edited by Lynn9 on 22-1-2014 08:33 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2014 08:31 AM | Show all posts
sarizu posted on 21-1-2014 12:22 PM
Next!

Best cte...

Thanks for reading Sarizu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2014 08:32 AM | Show all posts
Sampai di rumah aku segera menelefon Soraya.  Apalagi berita sensasi macam ni tak boleh peram lama-lama.  Sesak nafas rasanya.  Tak tahan nak bergossip.  Heheehhe..

“Bisu?  Awek dia ke?

“Entahlah Yaya…maybe la kot…” ujar aku.

“Cantik tak?”

“Cantik sikitlah daripada aku…sebab aku kan cantik banyak…”

“Kau tu bukan cantik banyak…tapi banyak cantik??” berderai tawa kami berdua.  

Kotak fikir aku cuba mengimbau kembali peristiwa petang tadi.  Kenapa pula dua orang lelaki tadi belasah Jimmy?  Mungkin sebab perempuan tadi tu kot? Serabut kotak fikir aku.  

“Eh..yang boyfriend kau tiba-tiba nak jadi hero tu apasal?  Nasib baik tak kena lepuk sekali…naya je” ujar Soraya bila aku khabarkan perihal Adam jadi Superman.

Aku cuma mampu tersengih.  Betul juga kata-kata Soraya itu.  Kalaulah dengan dia-dia sekali kena belasah tak naya.

“Tulah…dahlah aku cuma ada black belt kaler biru je…”

“Biru ke? Bukan still putih ke? Beginner?”

“Jangan pandang rendah sangat kat aku Yaya…kalau dah terdesak boleh je aku keluarkan apa-apa jurus ok”

Malam itu mata aku seakan tidak mahu lelap.  Fikiran asyik mengimbau peristiwa petang tadi.  Hati bagai menjerit-jerit ingin tahu siapakah gerangan si gadis bisu yang cantik itu.  Tak apa Soraya dah berjanji akan tolong jadi inspector gadget.  Ok lah mata tolonglah tidur.  Esok pagi ada kelas Juri…
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2014 08:51 AM | Show all posts
Dah coti lama...sambunglah panjang-panjang ye dok?

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-1-2014 08:59 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 22-1-2014 08:51 AM
Dah coti lama...sambunglah panjang-panjang ye dok?

hehehehe...baru abis exam, baru kebah rasa badan...Insya Allah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2014 10:19 AM | Show all posts
“Adam tak kenal Jimmy ke?” ujar Soraya sambil menyedut air berkarbonat ditangan.  

“Kenal…tapi kenal cam tu je…junior dia kot..”

“Ala apasal dia tak tanya siapa perempuan tu dan apasal dia kena belasah…” Soraya mengomel.

Aku mengerut dahi memandang ke muka Soraya.  

“Kau ingat lelaki ni macam pompuan? Sibuk nak bergossip?”.  Soraya membeliakkan mata memandang aku.  

“Eh..kau ingat lelaki tak pandai gossip? Lagi teruk tau….” ujar Soraya lagi.  Aku hanya tersengih.  Memang betul ada saja lelaki yang pandai bergossip tapi Adam ni mamat positive thinking sikit.  Kadang-kadang positive sangat.  Susah juga.

“Bukan positive la…skema!”

“Amboi sedap je membahan boyfriend aku…”

Soraya tersengih menampakkan baris gigi besinya itu.  Nampaknya berkubur sajalah niat nak menginspector gadget kisah sensasi tempohari.  Tak ada informer.  Tak cukup maklumat.  

“Ala kita buat conclusion sendiri je lah…yang according to Section 17 sub section 2, perempuan itu adalah girlfriend kepada Jimmy mental.  This is supported by case Adriana vs Jimmy…bla bla bla”

Aku tergelak sambil menggeleng-geleng kepala.  Kelakar betullah Soraya ini.

“Tak payah kita  pening-pening nak fikir pasal dia…baik kita study nak dekat exam dah ni…aku kena maintain CG aku ini…kalau tak mampuih” ujarnya lagi.
  
Kami bingkas bangun melangkah keluar dari Kafe.  Mahu mengulangkaji pelajaran di library sebab kalau dah balik ke rumah, jangan harap nak study.  Landing atas katil mesti tidur lena punya.  So lebih baik spend masa 1-2 jam di library.  Quality study time.  

Itulah kata-kata Soraya yang membuat aku termakan ajakkan dia untuk study di library.  Padahal bukan aku tak tahu yang sambil menyelam dia nak minum air.  Nak sambil-sambil cuci mata manalah tau bertemu jodoh di library.  Soraya…Soraya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-1-2014 10:22 AM | Show all posts
Hari-hari yang memaksa para pelajar menjadi ulat buku serasa lambat berlalu.  Aku juga jarang bertemu dengan Adam akhir-akhir ini.  Kami hanya berhubung melalui telefon.  Maklumlah masing-masing sibuk mengulangkaji pelajaran.  Tambahan pula ini tahun akhir Adam.  Jadi kami memberikan ruang untuk masing-masing tumpukan perhatian kepada pelajaran dulu.  Walaupun ada perasaan rindu terbit dibenak.  Tapi semua itu terpaksa kami korbankan buat sementara waktu.  Self endurance period.  

Sedar tak sedar akhirnya hari-hari yang memaksa pelajar bersengkang mata berlalu juga.  Rasa lapang dada.  Cuma yang tak syoknya semester depan Adam dah tak ada.  Boringnya aku.  Kalau dia kena repeat bagus juga.  Aku tersenyum jahat dalam hati.  Astagfirullah…

Bila tamat peperiksaan aku dan Soraya apalagi selalunya kami ke Red Box lah layan karaoke.  Sebelum dia pulang ke kampung.  Cuti sebulan tu.  Lepas ini bergayut kat telefon je lah.  

“Ala tahun ini…kau tak de lah rasa bosan sangat kan…Adam kan ada…tak de lah orang nak sibuk call aku 24/7 dah…sob sob” ujar Soraya.

“Mana ada…Adam pun kena balik JB gak…aku tinggallah sorang-sorang kat sini.  Best friend di utara…boyfriend di selatan….huk huk huk”

Sudah tentu Adam akan pulang ke JB.  Dia kan anak yang mendengar kata.  Susah juga macam ni.  Tapi kalau aku ada anak nanti pun aku nak anak aku mendengar kata jugak.  

“Amin…macam tu kenalah ikut perangai Pak dia…ikut perangai Mak dia hancus!” ujar Soraya berseloroh.

Tiba-tiba hati aku berdetik.  Sebelum ada anak, kenalah kahwin dulu.  Tapi Adam tak pernah pun cakap soal kahwin.  Takkanlah aku nak bukak topik pulak.  Perigi cari timba.  Nampak sangat over.  Malu lah wey.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2014 12:16 PM | Show all posts
X de jodoh ngan Adam la tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2014 12:20 PM | Show all posts
Chop!

Bila lak si Adam kapel dengan Adriana? Macam belum kapel jek... ke terlepas iols terlepas ketapi...

Nak speku  - awek yg disangka awek Jimmy tu sebenarnbya awek Adam...boleh? pasal tu dia beriya tolong...

Adam..Adam. Macam panggil anak sendiri lak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2014 01:26 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 22-1-2014 12:20 PM
Chop!

Bila lak si Adam kapel dengan Adriana? Macam belum kapel jek... ke terlepas iols terlepas k ...

@Nicki_Meow ~ tak de la nak couple sgt...sebab tu Adam slow and steady..Ad terfeeling lebey...  

Adam cam Superman suka tolong orang nak2 pompuan...so gadis bisu x de kena-mengena ngan dia pon...setakat ni heehhehe tapi sok2 kalau dah x de idea leh guna idea you tu

@sarizu ~ jom tgk speku menjadi tak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2014 02:23 PM | Show all posts
Entah kenapa sejak akhir-akhir ini aku juga mula teringat pada Jimmy.  Mungkin pasal teka-teki aku belum berjawab.  

“Dulu bukan main benci sangat…sekarang asyik dok teringat je…” perli Soraya bila aku meluah apa yang bermain di benak.  

“Ishh! Tak adalah macam tu…cuma saja nak tau…”

“Ye la tu Ad….” Soraya tersengih-sengih nak mengenakan aku lagilah tu.  Tak adalah teringat tu tanda rindu.  Cuma courious.

“Curiosity killed the cat! So tak yah nak curious sangat  Cik Adriana Maisara.  Camne ngan Adam? Kau orang dah serious kan?”

Hubungan kami semakin akrab.  Tapi tak tahu ke mana hala tuju lagi.  Masih dalam proses mengenali hati budi.  Adam tu kan skema sikit.  Ikut chronology.  Step by step.  Lagipun dia akan bekerja di JB lepas ini dan aku masih perlu menghabiskan baki satu semester pengajian di sini.  Kalau ada jodoh tak ke mana.  

“Jawapan kau tu jangan cliché sangat ala-ala artis boleh tak?” Soraya mencebek.  Aku hanya tersengih sumbing.  

“Cliché apa  pulak, betullah kan…” ujar aku.  

Petang itu Adam menelefon mengatur pertemuan dengan aku.  Membuatkan hati aku berbunga-bunga.  Mana tidaknya dah berminggu rasanya tak berjumpa.  Kami memilih laluan drive through di McDonalds untuk tapau makanan.  Selepas itu Adam terus menuju ke Tasik Titiwangsa.  Kalau keluar dengan orang berjiwa seni ni..itu jelah.  Tak pantai, tasik tak pun mana-mana tempat yang ada pemandangan.  Sebab itu salah satu cara dia release tension.  Melukis pemandangan.

Aku rasa inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke tasik yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur ini.  Ramai juga orang beriadah dan tak kurang juga orang yang berdating.  Kami memilih untuk duduk di salah sebuah bangku yang menghadap ke arah KLCC.  Ok juga sesekali lepak tempat macam ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2014 02:25 PM | Show all posts
Terpegun aku mengamati hasil lukisan Adam.  Memang aku akui dia sangat berbakat.  Berdarah seni tapi kena jadi engineer.  Tak apalah mungkin esok dia boleh design oil platform yang artistic sikit. Ishh! Tiba-tiba aku berfikiran positif.  Dah terkena aura Adam agaknya.  Aku tersengih sendiri.

“Apa yang you tersengih tu Ad?”

Membuat aku tersentak.  Tersenyum sumbing.  Aku menggeleng-geleng kepala.  Penyakit suka berangan aku tu datang lagi.  

“Tak delah..i cuma terfikir, mungkin nanti you boleh design oil platform yang ada ciri-ciri artistic sikit kot…since you ni creative” ujar aku.  

Kali ini dia yang tersengih sambil mengangkat ibu jari kepada aku.  Kembang bontot aku.  Hebat juga cadangan aku tu kata Adam.  Aku hanya tersengih sambil jari laju menyelak helaian buku lukisan Adam.  Dia memang berbakat.  Entah kali ke berapa aku memuji dia lagi di dalam hati.  
Adam melabuh punggung di sisi.  Dia mengesat jari-jarinya terkena warna cat lukisannya.  Sebelum menyedut minuman ringan yang semakin tawar.  Aku masih lagi menyelak helaian lukisan.  Ada sekeping nota kecil terjatuh di riba aku.  

“Art without engineering is dreaming.  Engineering without art is calculating” –Aidan Zakril-

Aku menghulurkan nota yang terjatuh itu kepada Adam.  Dia membelek nota kecil itu seketika sebelum memasukkannya ke dalam kocek seluarnya.  Kemudian dia melemparkan pandangan ke tasik.  

“Siapa Aidan tu?” terkeluar dari mulut aku.  Bukan niat aku nak busy body, cuma aku dapat rasakan yang fikiran Adam sedikit terganggu selepas aku menghulurkan nota kecil itu kepadanya.  Adam tidak terus menjawab soalan aku.  Dia melepas keluh.

“He was my 4 minutes brother…” ujarnya.

“Was?”

Adam menoleh memandang ke muka aku sebelum mengangguk.  Adam mula bercerita tentang Aidan.  Abang kembarnya yang lahir 4 minit sebelumnya.  Mereka kembar tidak seiras.  Aidan anak yang baik dan selalu menurut kata.  Berbeza dengan dirinya.  Yang selalu suka memberontak.  Mereka mempunyai perwatakan dan minat yang berbeza.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2014 02:26 PM | Show all posts
“Lepas PMR, Aidan memang target nak ambik pure science sebab dia memang minat bidang engineering.  Dan I rasa you pun boleh agak yang I will go the other way” ujar Adam.  

Adam beritahu yang dia adalah black sheep in the family.  Tidak pernah mahu mengikut kehendak ibu bapanya.  Kerana perbezaan pendapat dia selalu bertengkar dengan ayahnya yang mahu minat kedua-dua anaknya itu sealiran dengannya.  Aidan yang selalu memberikan kata-kata positif padanya.  Cuba mendamaikan dia dan ayahnya.  Aidan sentiasa menyokong minat saudara kembarnya itu.   

Pada hari result PMR keluar, mereka berdua mendapat keputusan cemerlang.  Aidan mahu segera pulang ke rumah mahu berkongsi berita gembira bersama keluarga, tetapi Adam berkeras mengajak Aidan menyertai rakan-rakan yang lain.  Untuk meraikan kejayaan mereka.  Oleh kerana di desak berkali-kali Aidan akhirnya akur untuk turut serta.  Tapi dalam perjalanan pulang Aidan terlibat dalam kemalangan langgar lari dan dia meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.  Adam diselubungi perasaan bersalah.  Andai dia tidak berkeras mahu Aidan turut serta mungkin Aidan masih lagi hidup sehingga kini.  Dia sering menyalahkan diri sendiri sehingga terlupa bahawa ajal dan maut itu telah ditetapkan.  Kalaulah nyawanya boleh ditukar ganti biarlah dia yang pergi.  

Sejak kematian Aidan, suasana di rumah suram.  Ibu bapanya sangat bersedih di atas pemergian Aidan.   Dan sejak itu jugalah sikap Adam berubah 360 darjah.  Dia berazam mahu mengembalikan Aidan pada ibu dan ayahnya.   Kerana itulah dia mengenepikan semua minatnya dan mahu menyambung cita-cita Aidan.  Dia mahu menjadi Aidan untuk ibu dan ayahnya.

Adam diam seketika.  Aku kira dia menahan perasaan sebak.  Mungkin kerana ego lelaki dia tidak mahu ada air mata yang menitis di hadapan seorang perempuan.  Walaupun saat itu aku rasa sebak mendengar ceritanya.  Aku juga ada abang.  Aku dapat rasakan perasaan Adam ketika itu.  Aku biarkan Adam mententeramkan perasaannya seketika.
  
“You know…sometimes my mom tersasul panggil I Aidan…I know she misses him very much and we all do” ujar Adam sambil melepas keluh.  Aku hanya mampu tersenyum tawar.  

Ada soalan yang menjengah ke kotak fikir aku.  Perlukah Adam membuat pengorbanan sebegitu hanya atas rasa bersalah pada arwah abangnya?  Perlukah dia menjadi Aidan untuk mengembirakan hati ibu bapanya?  Aku rasa simpati dan kagum pada Adam.  Tidak semua orang sanggup membuat pengorbanan sebegitu. Last edited by Lynn9 on 27-1-2014 02:31 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2014 10:31 AM | Show all posts
Seminggu berlalu aku dan Adam hanya berhubung melalui telefon.  Bermulalah hubungan jarak jauh antara kami berdua.  Dia sudah mula bekerja di syarikat milik ayahnya sebagai graduate safety & risk engineer.  Kena mula dari bawah dan tak ada special privilege walaupun dia anak empunya syarikat.

“Seronok ke duduk di JB?” ujar aku.  

Seingat aku  adalah 2-3 kali aku pergi ke JB itu pun sebab kami hendak melawat saudara sebelah mama di Singapura.  Jadi papa akan drive dari KL ke Singapura dan kami akan singgah di Melaka dan JB.  

“Well…JB ni..high density.  Kadang-kadang rasa suffocated.  Especially during weekend ramai Singaporean turun” jawab Adam.  

Dapat aku bayangkan macamana keadaannya.  Kami beratur panjang di Causeway sebelum wujudnya Second Link.

“Tapi masa zaman I sekolah-sekolah dulu syoklah.  Balik sekolah dulu kalau my dad tak boleh ambil, kita orang tunggu bas depan Sg. Segget atau Pejabat Pos memang gempak.  Boleh usha-usha awek SIGS”

“SIGS?”

“Ala one of the girls’ schools kat JB, Sultan Ibrahim Girls School.  Tapi kita orang selalu panggil Super Idiot Girls School.”
“Tak baik kot…”

“Habis tu diorang panggil sekolah I, EC=Export Coli.  Padahal dia orang jugak yang pakai..”

Aku tergelak kecil.  Teringat zaman-zaman sekolah dulu.  Aku bersekolah di CBN dan jiran kami St. John tapi budak-budak CBN lebih suka couple dengan budak-budak dari VI.  Tapi kata Adam di JB English College (EC) atau Maktab Sultan Abu Bakar ini memang sekolah lelaki yang paling famouslah zaman dia dulu.  Sekarang mungkin dah berubah.

Terhibur aku mendengar kisah-kisah lama Adam.  Walaupun aku tahu dia menyimpan satu kisah sedih dalam hati.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2014 10:32 AM | Show all posts
Hujung minggu itu aku bercadang mahu ke Art Gallery.  Entah kenapa mula timbul minat.  Mungkin sebab Adam.  Lagi pun aku rasa bosan asyik terperap di rumah.  Aku menuju ke Art Gallery yang terletak di Jalan Temerloh.  Adam pernah bawa aku ke sana dulu.

Sedang aku melirik ke arah deretan lukisan yang terletak di Galeri 1A itu mata mengarah ke satu sudut.  Aku cuba mengingati semula wajah gadis yang berdiri di situ.  Si gadis bisu! Tidak semena-mena jantung aku mula berdegup kencang. Entah kenapa.  Dia menoleh ke arah aku.  Mungkin terasa ada orang yang memerhatikan dirinya.  Mata kami bertemu untuk seketika.  Sebelum aku cepat-cepat mengalih pandangan.  

Dia menghampiri ke arah aku.  Menyentuh bahu aku.  Si gadis bisu menghadiahkan senyuman manis kepada aku.  Terkulat-kulat aku membalas dengan senyum yang sedikit kelat.  Dia mula bertanyakan sesuatu di dalam bahasa isyarat membuatkan aku terpisat-pisat cuba memahami.  Mentafsir apakah pertanyaan si gadis bisu yang cantik.  Sedang aku terpisat-pisat aku terpandang ke arah Jimmy  yang sudah melangkah menghampiri kami.  Alamak!  Patutlah jantung aku berdebar-debar.  Sudah aku agak dia juga pasti muncul.  

Aku sudah semakin tidak keruan.  Aku tidak pernah bersedia untuk menghadapi keadaan janggal seperti ini.  Lebih-lebih lagi aku pernah menghadiahkan sebiji penampar pada dia dulu.  Walaupun he deserved it.

Jimmy menarik lengan si gadis bisu sambil memandang tajam ke arah aku.  Aku rasa terpempan.  Si gadis bisu cuba meleraikan rangkulan tangan Jimmy.  Dan mereka berkomunikasi di dalam bahasa isyarat dan sesekali menoleh ke arah aku yang masih kaku memandang mereka.  Jimmy menuju semula ke arah aku.  Aku segera mengatur langkah mahu segera keluar dari situ.  Dia mengekori aku keluar dari galeri.  

“Apa awak nak dari Julia?”

“Julia?” aku memandang muka Jimmy kehairanan.  Julia mana pula.  Si gadis bisu itu ke?

“Julia..” dia menunjuk ke arah dalam.
  
“Oh…tak ada apa.  Tak nak apa-apa pun dari dia.  Kenapa?” Last edited by Lynn9 on 28-1-2014 04:22 PM

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2014 12:08 PM | Show all posts
I guess Julia adik jimmy

Next!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2014 01:26 PM | Show all posts
“Dah tu kenapa awak berbual dengan dia?”

“Eh…saya tak berbual pun dengan girlfriend awak tu. Lagi pun dia yang datang dekat saya. Manalah saya tahu” ujar aku.

Berbual?  Macamlah aku faham sangat bahasa isyarat yang dia kata aku berbual dengan awek dia.  Terserempak kot.  
Jimmy tergelak kecil.  Aku memandang ke muka dia sekali lagi kehairanan.

“Girlfriend saya? Julia?” dia masih tergelak.  

Apa yang menggelikan hati dia pun aku tak tahu.  Tak ada pula aku buat lawak rasanya.  

“She’s not my girlfriend…she’s my sister” ujar Jimmy.  Oh…barulah teka-teki aku terjawab.  Adik dia rupanya.  Ingatkan girlfriend dia.  Tapi siapa peduli?  

“Apa awak buat kat sini?” tanya Jimmy lagi.

“Apasal awak nak berbual dengan saya pula?  Dengan adik awak tak boleh?” kali ini aku pulang paku buah keras padanya. Jimmy tersengih sambil menggeleng-geleng kepala.  

“Apasal awak garang sangat ni?  Tak boleh ke jawab baik-baik?”

“Mestilah garang dengan orang macam awak ni..yang tak bertamaddun!”

“Cantiknya bahasa panggil orang tak bertamaddun.  Saya pakai seluar, pakai baju apa..bukan bogel pun” dia cuba nak loyar buruk dengan aku.  Dia ingat kelakar.  Aku tak gelak pun tau.

“Apa ingat tamaddun tu diukur dengan pakaian je?  Akhlak pun menunjukkan samada orang tu bertamaddun atau tidak”

“Awak cakap saya tak berakhlak?”

Angguk.  Ye lah apa dia lupa ingatan ke.  Dia tak ingat apa yang dia dah buat dekat aku dulu?  Mamat ni memang cari pasal.

“Habis tu awak tu berakhlak sangatlah cakap kasar-kasar macam ni?”

“Eh…sekurang-kurangnya saya tak pernah nak cuba menjatuhkan maruah orang depan orang lain!” hilang sabar aku dibuatnya.

“Ok ok…pasal case kat McDonalds dengan dekat Kafe tu saya minta maaf memang saya salah tapi pasal awak jatuh tu…bukan saya..”

Last edited by Lynn9 on 28-1-2014 04:21 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2014 01:34 PM | Show all posts
sarizu posted on 28-1-2014 12:08 PM
I guess Julia adik jimmy

Next!

Speku menjadi nah hadiah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.065370 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list