CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Lynn9

Cerpen: Pertemuan Seindah Mimpi...

[Copy link]
Post time 28-1-2014 01:38 PM | Show all posts
“Ok ok…pasal case kat McDonalds dengan dekat Kafe tu saya minta maaf memang saya salah tapi pasal awak jatuhtu…bukan saya..”

"Oh...kalau bukan awak...siapa?"




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2014 04:06 PM | Show all posts
“Orang berak tengah jalan mana nak mengaku!”

Aku melangkah pergi.  Tak kuasa aku nak jejak kasih dengan dia dan ungkit lagi perkara yang menyakitkan hati aku.  Tapi dia tetap membontoti aku.

“Apa awak nak ni huh?” aku kurang selesa apabila di ekori sebegitu.

“Awak boleh tak bagi saya peluang nak explain dekat awak…kalau tak sampai bila-bila pun awak akan salah sangka macam ni.”  

Aku menggaru kepala.  Apa yang dia nak explain lagi.  Dah memang obvious dia malukan aku dulu.  Lagipun aku malas dah nak ingatkan balik peristiwa itu.  Dan ada hikmah juga sebab kalau tidak kerana kejadian itu taklah aku kenal Adam.  Walaupun dalam keadaan yang memalukan.  Jimmy masih memandang ke muka aku.  Masih mengharapkan aku memberi peluang pada dia.  Aku melepas keluh.

“Apa yang awak nak explain kat saya?” tanya aku.

Dia menunjukkan isyarat suruh aku tunggu sekejap.  Seraya berlari-lari anak masuk ke dalam galeri semula.  Apa masalah mamat ini entah.  Suka hati suruh aku tunggu dia.  Ingat aku banyak sangat masa untuk dia.  Jimmy muncul semula seminit kemudian.  Dia mengajak aku ke Art Gallery Café berhampiran.  Aku melepas keluh.  Mahu tak mahu kaki aku sudah melangkah masuk ke perut café.  Kami memilih untuk duduk di satu sudut dan memesan minuman.

“Awak nak makan apa?”

Aku memandang tepat ke muka Jimmy.  Aku nak minum dengan dia ni pun dah kira baik. Kalau Soraya nampak aku dengan Jimmy duduk semeja tentu terlopong mulut dia.  Dan mungkin petang ini ribut akan turun.  Boleh lagi dia tanya aku nak makan ke?  Kalau pun aku lapar selera aku dah hilang.  Tapi kerana tidak mahu dia dapat modal untuk cop aku yang tak bertamaddun. Aku hanya menggeleng.

“Apa awak nak explain tadi?”

Jimmy menghela nafas sebelum bersuara.  Mungkin akal tengah mencari-cari alasan apa yang dia nak kelentong aku.

“Ok..pasal yang awak jatuh tu..memang bukan saya..”

"Oh...kalau bukan awak...siapa?"
Last edited by Lynn9 on 28-1-2014 04:25 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2014 04:06 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 28-1-2014 01:38 PM
"Oh...kalau bukan awak...siapa?"

pinjam dialog Nicki...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2014 04:12 PM | Show all posts
“Zahrin…” ujar Jimmy.  Aku mengerut dahi.
  
“Zahrin? Zahrin mana ni? Siapa dia?”

“Dia yang duduk sebelah saya…dia yang bentes kaki awak..sumpah! saya tak tahu menahu pun”

Macamlah aku nak percaya apa yang dia cakap.  Berani lagi nak bersumpah-sumpah.  Siapa pun Zahrin tu aku tak kenal.  Dan kenapa dia nak julur kaki bentes kaki aku pula.  Kalau tak idea tu datang dari Jimmy.  Dia ingat aku ni budak-budak nak percaya bulat-bulat alasan dia.

“What everlah…Zahrin ke siapa ke…dia kawan awak kan? Maksudnya awak yang bertanggungjawab!” angin aku dibuatnya.  

“Ye saya tahu…sebab tulah saya minta maaf kat awak..tapi free free saya dapat pelempang”

Habis tu?  Dia nak suruh aku sambut maaf dia dengan hati terbuka lepas aku dah tersungkur macam tu.  Nak suruh aku tepuk tangan happy.  Bukan ke dia pun tumpang gelak hari tu kalau pun betul bukan dia punya onar.  

“Oklah…terpulanglah..awak nak percaya ke tak..sekali lagi saya minta maaf dan tak akan nak buat macam tu kat orang yang saya suka..”

“Suka?”

Jimmy menangguk.  Tiba-tiba pipi aku terasa panas.  Malu.  Suka hati dia nak suka-suka kat aku.  Aku tak suka kat kaulah.  Benci!  Aku bingkas bangun dan keluar dari kafe.  Tak sanggup dah aku nak mengadap muka dia.
  
“Adriana Maisara! Saya suka kat awak!” jerit Jimmy.  Aku mempercepatkan langkah.  Tapi dia mengejar dari belakang.  Macamana dia tahu nama aku pun aku musykil.  Tak ada pula aku pakai name tag.  Dia memintas langkah aku.  

“Saya suka kat awak…betul-betul ikhlas…”

Muka aku sudah bertukar merah padam.  Malu bercampur geram.  Entah tak tahu sebenarnya apa perasaan aku ketika itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2014 04:14 PM | Show all posts
“Adam! Adam…stay close..” aku menoleh ke arah suara itu.  Wanita berkurung moden itu memanggil anaknya.  Aku terkesima sebentar.  Adam?

“Terima kasih sebab suka dekat saya…tapi saya tak suka kat awak.  Ok bye!” ujar aku sambil berlalu meninggalkan Jimmy terpisat-pisat di situ.  Perasaan aku berbaur.  Aku jadi confuse.

“Adriana…tolong bagi saya ruang dan peluang untuk kenal awak…” ujar Jimmy separuh menjerit.  

Mujurlah tiada orang lain di situ.  Aku menghentikan langkah.  Menoleh semula ke arah Jimmy.  Perlukah aku beri dia peluang?  Tak tahulah kenapa kaki aku seakan melekat di situ.  Jimmy sudah menghampiri aku dan berdiri di hadapan aku.

“Macamana awak boleh tahu nama saya?” ujar aku.  Dia tersenyum nakal.  

“Ini diari awak kan?” jawab Jimmy sambil menunjukkan diari berwarna merah kepunyaan aku.  Sudah tentu aku tertinggal dekat atas meja sewaktu di kafe tadi.  Hampeh!  Aku tersenyum kelat.

“Sumpah! Saya cuma tengok first page je…yang ada personal info awak…tengok nama awak je..” segera aku merampas diari di tangan Jimmy.  

“Dan tertengok birth date awak…4 November..” ujarnya lagi sambil tersengih macam kerang busuk.  

Dah aku agak memang tak boleh dipercayai.  Tak amanah.  Menceroboh hak peribadi orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2014 07:26 PM | Show all posts
Diary = cliche

Whatever! Next!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-1-2014 08:59 AM | Show all posts
“Eh…awak boleh tunggu sini sekejap? Saya nak pergi bayar duit air tadi…” ujar Jimmy sambil tersengih sumbing.

Aku melepas keluh.  Poyo betul mamat ni.  Tapi sebenarnya macam kelakar juga mamat ni.  Aku melabuh punggung di tembok berhampiran sementara menunggu Jimmy.  Tak tahulah kenapa aku nak melayan juga dia hari ni.  Lebih kurang 8 minit kemudian barulah dia muncul semula.  Hampir saja aku mengangkat kaki sebab takut dia sengaja nak mengenakan aku.  Tapi bila dia muncul semula dengan Julia aku membuat andaian dia pergi mendapatkan adiknya di galeri tadi.  Itu yang lambat kot.

“Sorry…lambat sikit” ujarnya separuh tercungap.  Mungkin bergegas ke sana sini tadi.  Julia melempar senyum.  

“Kenalkan ni adik I..Julia bukan girlfriend I tau…” ujar Jimmy sambil tersenyum nakal.  Kami bersalaman.  

“Jom lepak dengan kita orang sekejap kat McDonalds…awak tak lapar ke?”

“Eh…tak pelah..saya nak balik dah ni…lagi pun saya drive” aku cuba menolak perlawaan Jimmy.  Julia juga memandang berharap agar aku bersetuju.

“Tak pelah..bukan jauh sangat pun…McD kat Titiwangsa tu je..nanti saya hantarlah awak balik sini ambil kereta awak..”

“Eh tak pelah..susahkan awak je…lain kali lah ok?”

“Oklah..kalau awak tak sudi nak buat cam mane”

“Ishh! Bukan macam tu…”

“Habis tu macamana?”

Aku menghela nafas panjang.  Susah juga nak menjaga hati orang ini.  Betullah kata Adam, hati sendiri boleh dipujuk hati orang payah.  Akhirnya aku akur.  Bersetuju. Ada Jimmy senanglah sikit aku hendak berkomunikasi dengan Julia.  Seronok juga aku dapat belajar sedikit bahasa isyarat.  Aku senang berbual dengan mereka berdua.  Ternyata Jimmy bukanlah seteruk yang aku sangka.  Kelakar orangnya.  Rasa terhibur melayan keletah Jimmy yang sangat santai.
  
“Dulu masa jadi freshie…siapa yang pakai slack memang nahaslah.  Kena berdiri atas kerusi lepas tu Senior lumur dengan tepung”

“Teruknya…kenapa cam tu?”

“Ye lah..nama pun budak engine…kena pakai jeans”

Aku dan Julia sama-sama menggeleng kepala.  Itu dah melanggar hak kebebasan manusia.  Macamana pihak Universiti boleh biar je?  Tak ada sesiapa mengadu kat HEP ke?  Siapa nak mengadu?  Kata Jimmy, kebanyakan pensyarah pun bekas ahli Hell’s Engine benda biasa je bukan kena ragging sampai mati pun.  Sambung Jimmy sekarang ini dah kurang dah dan hampir pupus semangat Hell’s Engine ni kalau dengar cerita-cerita senior dulu lagi gempak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2014 09:23 AM | Show all posts
Hell’s itu adalah singkatan kepada Hal Ehwal Laki-Laki Sahaja kata Jimmy.  Oh..aku ingatkan neraka sebab perangai pun boleh tahan macam ahli *tut*.  Sempat juga dia perli budak Law.  Panas juga telinga aku.  Dia cakap budak Law berlagak.  Ada attitude.  Suka hati dialah.   Pada aku sama je.. cuma aku rasa budak Law ada class sikit.  Heheheh.  Aku mampu cakap dalam hati jelah.  Karang dia mogok tak nak hantar aku balik ke kereta tak kan aku nak menapak balik.

Julia meminta diri untuk ke bilik air.  Meninggalkan aku berdua dengan Jimmy.  Tiba-tiba aku rasa sedikit kekok.  Aku dapat rasakan yang Jimmy juga sedikit janggal.  Kalau tadi dia asyik berceloteh tiba-tiba dia diam.  

“Hari tu…dekat pantai..kenapa awak kena pukul?” itu sahajalah soalan yang muncul dari mulut aku.  

Tak tahulah appropriate atau tidak nak bertanyakan soalan macam itu.  Mungkin terlalu peribadi untuk Jimmy kongsi.  Dia tidak terus menjawab.  Dia menanggalkan baseball cap di kepala.  Mengusap rambut dengan sebelah tangan sebelum mengenakan cap kembali.  

“Saya tak suka orang mengejek-ejek Julia..dia adik saya” ujar Jimmy.  Sudah tentu sebagai seorang abang dia mahu melindungi adiknya.  Walaupun aku kurang setuju dengan jalan yang dia pilih.  Lebih baik dia biarkan orang yang tidak bertamaddun itu daripada dia bergaduh dan bertumbuk begitu.  Tapi mungkin sebab hati panas.  Akal tidak dapat berfikir secara rasional.  Macam hadiah penampar aku pada dia dulu tu.  

“Siapa tu? Boyfriend awak ke?”

“Mana?” kepala aku menoleh ke sekeliling.  Mencari-cari orang yang dimaksudkan oleh Jimmy.
  
“Awak cari siapa? Saya tanya yang dengan awak hari tu…”

Bukannya aku tak faham. Saja je.  Tak nak topik jadi serius sangat.  Aku mengambil masa sedikit sebelum mengangguk.  Aku lihat ada riak kecewa di muka Jimmy.  Ke aku yang perasan?  Wake up Adriana.  Bila Julia kembali semula ke meja, kisah itu mati di situ saja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2014 12:17 PM | Show all posts
Alah...boyfriend je pun...bukanya laki pun
Go jimmy go...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2014 12:57 PM | Show all posts
sarizu posted on 29-1-2014 12:17 PM
Alah...boyfriend je pun...bukanya laki pun
Go jimmy go...

masih lom terlambat ye tak? heheheh
kesian Adam....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2014 01:44 PM | Show all posts
“Huh baru balik tuan puteri ni?” ujar papa sebaik aku melangkah masuk.  Aku hanya tersenyum kelat memandang muka papa.

"Khatam satu art gallery tu ke?” perli papa lagi.  Aku melabuh punggung disisi papa.

“Ala papa ni…bukannya selalu pun Ad keluar…” ujar aku sambil menarik muncung.

Biasalah papa bukan boleh kalau aku pulang lewat sedikit.  Risau katanya.  Aku faham kenapa sebab aku ni kan perempuan mestilah papa risau takut apa-apa terjadi pada anak daranya ini.  

“Yelah…sampai berkali-kali mama cuba call tak dapat.  Kenapa Ad matikan phone?”

Tak ada pula aku switched off handphone tadi.  Aku meraba-raba ke dalam beg mencari handphone.  Patutlah tak ada sebarang gangguan pun hari ini.  Paling tidak Soraya atau mama mesti call aku.

“Battery out lah papa...malam tadi lupa nak charge la tu…adui..patutlah aman je hidup hari ni..” ujar aku seraya mengangkat punggung.  Naik ke bilik.  

Cepat-cepat aku charge handphone.  Alamak ada 5 missed calls la.  Glamer juga aku hari ni.  2 calls dari mama.  Ishh! kata tadi berkali-kali cuba call, tipu mama ni.  2 calls dari Soraya dan 1 dari Adam.  Tiba-tiba wajah Adam dan Jimmy bermain di ruang mata.  Dua lelaki yang berbeza character.  Apasal pula aku nak banding-bandingkan mereka berdua.  Ishh! apalah kau ni Adriana.  Sudahnya aku capai tuala mahu berendam puas-puas dalam bilik air.  Sebaik sahaja aku mengangkat punggung dari katil telefon di sisi menjerit.  Aku mengamati nama si pemanggil.  Adam?
   

“Assalamualaikum?” suara Adam kedengaran di corong telefon.

“Waalaikumussalam…hi..Adam”

“You gi mana tadi?  Called you tak dapat”

"Yo
u mesti tak percaya…I pergi Art Gallery!”

“Aik? You pun dah minat ke? Ke…you rindu kat I?”

M
embuat aku terpaksa meneguk liur.  Rindulah juga.  Ye ke?  Aku rindu kat Adam ke?  Entah aku tak pasti.  Selepas tu apa yang Adam cakap aku macam dengar tak dengar.  Fikiran tiba-tiba melayang.  Entah kenapa aku teringatkan Jimmy.  Biar betul! Last edited by Lynn9 on 29-1-2014 01:48 PM

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 08:29 PM | Show all posts
Adam sila bjodohan dgn soraya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2014 03:56 PM | Show all posts
“Hell’s Engine? Apasal tiba-tiba you sebut perkataan tu?” ujar Adam.  Membuat aku tersentak.  

Apasal tiba-tiba benda tu terkeluar dari mulut aku?.  Jauhnya fikiran melayang sampai tak sedar mulut tersebut perkataan itu dengan tak semena-menanya.  Bukankah aku tengah berbual dengan Adam tadi.  

“Err…Hell’s Engine?”

“A’ah..you sebut tadi..out of the blue, kenapa?”

“Err…ye ke? Err…”

“You ada nampak lambang burung helang tu ke masa kat galeri siang tadi?”

“Eh…tak…tak..I pun tak tahu kenapa I tersebut perkataan tu. Mungkin sebab I tengah bercakap dengan budak engine kot…hehehe…lupakan je lah” aku cuba mematikan topik itu.  

Tak relevan langsung.  Nasib baik bercakap di telefon, kalau face to face mungkin Adam akan nampak perubahan air muka aku dengan ketara.  Ini semua pasal Jimmylah.  Dia yang bercerita pada aku siang tadi dan aku pun apahal tetiba nak sebut perkataan itu?

“You tahu ke pasal Hell’s Engine ni?” ujar Adam.  Adui dia masih menjuruskan perbualan ke topik itu.
  
“Ala…semua student pernah dengar kot..tapi bukan dah kena banned ke?”

“You pernah tengok cerita Dead Poet Society?” ujar Adam tanpa menjawab soalan aku.
  
“Pernah dengar rasanya tapi tak pernah layan pun…citer lama kan?”

“Yup…very interesting movie..you should watch…”

“Apa kena-mengena dengan Hell’s Engine?” sudah aku pula relatekan dengan topik tadi.

“Tak delah kena-mengena sangat tapi lebih kurang samalah kena banned juga…due to conservative thinking…padahal it stimulates creative thinking among students.  Berfikir di luar kotak” ujar Adam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2014 03:57 PM | Show all posts
Bukan ada aktiviti tak sihat pun.  Kalaupun ada pun cuma segelintir atas sikap individu itu sendiri.  Selainnya tak ada yang extreme pun.  Sampai pihak Universiti sanggup letak SB kat foyer semata-mata nak pantau.  Aku no comment.  Mungkin sebab dah terasuh to play by rules.  Mentang-mentanglah kau budak Law Adriana!

Lama jugalah aku berborak dengan Adam.  Bila aku kerling jam dah hampir masuk waktu Maghrib.  Terkocoh-kocoh aku berlari ke bilik air.  Takut tengah mandi bunyi azan nanti.  Tak nak aku mandi dengan setan dalam bilik air.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2014 03:58 PM | Show all posts
“Biar betul Ad…Jimmy mamat poyo tu?” sudah aku agak Soraya pasti tak percaya yang aku dengan Jimmy seolah-olah sudah berdamai.  Boleh duduk semeja siang tadi.

“So..dah terhurailah misteri si gadis bisu tu…” sambung Soraya lagi bila aku khabarkan siapa gerangan si gadis bisu itu.  

“Macam janji-janji la pulak..boleh pulak terserempak dekat galeri…banyak lagi tempat lain...”

“Manalah aku tau…nama pun terserempak.  Kalau aku tahu dia pun nak pergi situ siang-siang lagi aku cancel plan aku”

“Jangan sampai cinta beralih arah sudahlah ye…” usik Soraya.

“Beralih arah?”

“Ye lah…jangan sampai cinta kau pada Adam beralih ke Jimmy pulak nanti…” galak mengusik aku.

“Ishh kau ni…apalah…”

“Ee…pompuan kau jangan ish! Ish! Kan aku…dulu bukan main lagi…prince charminglah…kuch kuch hota hai la…”

“Sudahlah kau…”

Hati aku berdetik.  Takkanlah aku nak jatuh cinta pada Jimmy.  Eh! Malas nak fikirlah.  Serabut otak je.  Namun kata-kata Soraya tadi berbekas juga di hati.  Rasa tertampar juga dengan penyataan itu.  Kata Soraya jangan jadi macam lagu Ukay’s tu…Di sana menanti di sini menunggu.  Jiwanglah kau! Hahaha.

“Result nak keluar dah tau…aku dengar Rabu minggu depan…seramnya…”

“Alamak! Ye ke…aku kena solat hajat banyak-banyak ni…”

“Tak yahlah kau nak rasuah tuhan…dah dekat-dekat cam ni baru  nak rajin eh…”

“Hey...bukan rasuahlah…jahatlah kau…”

Aku ingat lagi bila dah dekat-dekat nak exam memang student penuh dekat surau.  Setiap tahun macam tu.  Kalau tak sepi je surau.  Bila time exam ramai pula yang rajin beribadat.  Kadang-kadang itu nak solat pun tak ada tempat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2014 09:53 AM | Show all posts
Hari berikutnya aku menerima panggilan dari nombor tidak dikenali.  Lama juga aku teragak-agak, nak jawab ke tidak.  Ada juga kes dua tiga kali salah nombor.  Malas nak layan.  

“Hello?”

“Hello? Siapa ni?”

“Eh? Kau yang telefon boleh tanya aku siapa pulak, bengong”

Gelak.  

“Hello? Siapa ni??”

“Garang betul awak ni Cik Adriana”

Cara gelak itu aku pernah dengar.  Tapi takkanlah.

“Jimmy ke ni?”

“Ye saya…boleh tak jangan garang sangat..”

“Oh…awak…macamana awak dapat nombor telefon saya?”

“Diari….”

“Ishh! Awak kata awak cuma nampak nama ngan birth date saya je…baik awak cakap apa lagi yang awak nampak!” memang tak boleh pakai cakap dia ni.
  
“Relax…relax…saya dah terbiasa…tengok digit…so nombor memang melekat kat mata saya ni…sorry…tak dapat elak”

Dia masih tergelak-gelak.  Panas pula hati aku jadinya.
  
“Apa awak nak?”

“Nak awaklah!”

“Ishh! Awak ni…betul-betul lah…”

“Jom keluar”

“Err…”

“Jomlah…Julia pun join sekali…”

“Oh…”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-2-2014 09:57 AM | Show all posts
Nak tak nak entah kenapa aku akur.  Walaupun hati rasa berat sebenarnya.  Teringatkan kata-kata Soraya malam tadi.  Don’t play with fire if you do not want to get burnt.  Alah..Julia ada sekali.  Lagipun daripada aku terperap bosan kat rumah lebih baik aku keluar ambil angin.  
Papa menjungkit kening bila aku beritahu niat aku nak keluar lagi hari itu.  Agaknya sebab tak pernah aku keluar sekerap ini.  Selalunya memang aku terperap di rumah atau keluar dengan mama.

“Keluar dengan siapa?” tanya papa.  

“Pa…dengan kawanlah…dengan orang…takkan dengan beruang pulak” aku cuba buat lawak bodoh.

“Bukan Soraya still kat kampung?”

“Pa…takkanlah kawan Ad cuma Soraya je pa…ni kawan lainlah..”

“Lelaki ke perempuan?” dah macam polislah pula papa pagi ini.

“Pa..perempuan sorang, lelaki sorang…ok..sama study kat U”

Teragak-agak juga papa pada mulanya sebelum mengangguk lemah.  Lecehlah papa memang strict sikit.  Dia tak suka aku keluar rumah tanpa hala tuju.  Lebih-lebih lagi dengan orang yang mereka tak kenal.  Banyak sungguh soalan yang dia tanya.  Agaknya esok bakal suami aku mesti kena interview dengan papa. Nasiblah kau.  Walau siapa gerangannya nanti.  Aku ketawa jahat dalam hati.

Jimmy dan Julia mengajak aku ke Galeri Chandan di Publika, dutamas.  Tak pasal-pasal aku terjebak dengan kaki seni. Kata Jimmy dia pun terjebak juga sebab selalu menemani Julia.  Contemporary arts yang cuba mengetengahkan bakat-bakat artist yang belum dikenali. Terpaku aku melihat hasil kerja mereka. Aku ni melukis orang lidi pandailah. Teringat pula kisah sewaktu aku darjah satu dulu.  Aku menangis balik dari sekolah sebab cikgu pangkah gambar ayam yang aku lukis. Padahal aku tengok sudah cukup cantik dan ada rupa ayam yang aku lukistu.  Entah kenapa cikgu boleh pangkah gambar ayam aku tu.

Bila aku tunjuk pada papa, dia gelak besar.  Naik pelik aku dibuatnya.  Kata papa, ayam aku ada empat kaki mungkin sebab itulah cikgu pangkah.  Apalah cikgu tu.  Nothing is impossible.  Ayam istimewa boleh je berkaki empat.  Hampeh.
Last edited by Lynn9 on 6-2-2014 10:00 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2014 10:33 AM | Show all posts
Lepas kami keluar dari galeri, perut mula bernyanyi.  Jimmy mengajak kami ke Switchblade untuk makan tengahari.  Boleh tahan mahal juga makanan kat sini untuk student macam aku ini.  Tapi dah orang ajak mestilah dia bayar.  Jadi aku diam letak punggung je lah. Cool juga kedai ni.  Tagline dia “Come for the clothes, Stay forthe food”.  Sebab concept dia ialah two-in-one ada range of T.shirts dan restaurant.  Ni ala-ala Harrods kat KLCC tu lah.

Seronok aku melihat gelagat dua beradik ni.  Silap haribulan orang mesti ingat mereka pasangan kekasih.  Jimmy memang mengambil berat pasal Julia. Mengingatkan aku pada Abang Long. Sudah tentu Abang Long pun akan melindungi aku sepertimana Jimmy pada Julia.  Tambahan pula dengan kekurangan yang ada pada Julia, walaupun nampak sempurna pada zahirnya.  Semua orang ada kekurangan.  Selesai makan Jimmy menghantar Julia ke bengkel lukisan sebelum meneruskan perjalanan untuk menghantar aku pulang.  

“Untung Julia dapat abang macam awak ni” ujar aku menghilangkan sedikit rasa ketidak selesaan berada di dalam kereta berdua dengan Jimmy.  Dia hanya tersenyum sungging.


“Nak buat macamana…saya lah abang dia dan saya lah ayah dia..” jawab Jimmy kemudian.  

“Sorry…”


“Sorry? What is that for?”


“Ayah awak dah meninggal dunia ke?”

“Don’t be sorry, I’m not..” ujar Jimmy sinis.

“Kenapa pulak?”

“Dia hidup lagi tak mati pun…tapi pada saya dia dah mati” bertukar sedikit nada suara Jimmy. "

Tak baik awak cakap macam tu…buruk baik, ayah awak kan..” aku cuba jadi ustazah.

“Saya tak hadap nak ada ayahlah kalau serupa je macam tak ada” templak Jimmy.

“Kenapa awak cakap macam tu?”

“Ayah macam bukan ayah..awak faham?”

Geleng.  Jimmy menghela nafas.  Dia beritahu aku bahawa mamanya merupakan isteri kedua.  Mereka bernikah tanpa pengetahuan keluarga sebelah suami. Rahsia yang masih tersimpan sehingga kini.  
Last edited by Lynn9 on 7-2-2014 10:36 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2014 10:43 AM | Show all posts
"Takkan tak pecah tembelang lagi?” celupar sahaja mulut aku bertanya.  

“Entah, saya tak ambil port.  Tapi rasanya mama kata isteri pertama dia macam dah dapat tahu”

"So first wife ayah awak ada anak tak?”

"Entah…mungkin ada”

“Ishh! Mana boleh macam tu…sepatutnya ayah awak kena kenalkan awak dan Julia dengan anak-anak yang lain…manalah tahu…”

“Manalah tahu apa?” Jimmy memandang ke muka aku.

“Err…manalah tahu awak ke Julia ke tetiba bercinta dengan abang sendiri atau adik sendiri…tak haru macam tu?”

Jimmy tersenyum sinis.  Melempar pandang ke arah aku sekali lagi.

“Kalau adik atau kakak saya tu awak…tak pe saya rela” ujar Jimmy sambil tersengih macam kerang busuk.

“Issh! Main-main pulak awak ni…serious tau benda ni…”

Pelik aku.  Benda macam ni bukan boleh buat main-main.  Kuasa tuhan.  Manalah tahu tiba-tiba bercinta dengan adik-beradik sendiri.  Rahsia bodoh macam ni.  Melibatkan soal agama.  Memang ada nada kebencian yang tebal pada Jimmy terhadap ayahnya.  Kata Jimmy, sampai ada jiran-jiran yang melabelkan mereka anak haram.  Anak luar nikah.  Menuduh mama mereka sebagai perempuan simpanan.  Mana tidaknya, lelaki itu hanya datang sebulan sekali- dua.  Kadang-kadang 2-3 bulan baru muncul.  Aku mendengar simpati.  Dapat aku bayangkan perasaan mereka sekeluarga.
  
Kata Jimmy lagi masa sekolah rendah dulu dia memang ada inferiority complex yang tinggi.  Tapi lama-lama dia dah lali dengan tomahan orang.  Dia sudah tidak ambil pusing. Dia kena jadi kuat untuk Julia dan mamanya. Walaupun dia sukar mengerti kenapa mama masih lagi berharap pada lelaki tak guna itu.    Last edited by Lynn9 on 7-2-2014 10:46 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2014 10:52 AM | Show all posts
Seingat Jimmy mereka tidak pernah menyambut Hari Raya sebagai keluarga yang lengkap.  Kalau ada pun mungkin raya ke 5 barulah lelaki itu muncul. Bukan ke serupa macam tak ada ayah.  Aku dapat merasai kesedihan Jimmy lebih-lebih lagi pada Julia.  Tak patut ayah mereka meminggirkan mereka begitu.  

Semua urusan keluarga jatuh atas bahu mamanya.  Mama cukup menderita.  Walaupun lelaki itu tidak pernah culas menghulurkan wang perberlanjaan setiap bulan.  Tetapi mereka perlukan perhatian dan kasih sayang. Lebih-lebih lagi Julia.  Aku tidak terkata apa.  Ingatan aku terus kepada papa.  Kalaulah papa yang buat macam itu, adakah aku juga akan membenci papa nanti? Tiba-tiba ada perasaan curiga terbit di benak.  Papa selalu juga kena outstation entah-entah…issh! Adriana apalah kau ni tak baik buruk sangka.  Takkanlah papa..tak mungkin.  Hati aku mula rasa tak sedap.  Normallah kot perasaan curiga seorang perempuan.  

“Jimmy…apa nama penuh awak eh?

Jimmy tergelak besar.  Mungkin dia dapat membaca fikiran aku di saat itu.  Ye lah aku manusia biasa mesti ada rasa curiga.  

“Perlu ke awak nak tahu nama penuh saya?”

Angguk.  Aku bagi dia muka serius.  Aku perlu memastikan bahawa papa tidak ada kaitan langsung dengan cerita ini.

“Khairul Ruzaimi”

"Bin?”

Kali ini Jimmy menoleh memandang ke muka aku.  Jantung aku berdebar memandang ke muka Jimmy tidak berdarah.  Jimmy mengerut dahi memandang pelik.  Walaupun aku cuba berlagak biasa tapi aku dapat rasakan yang nafas aku seakan tersekat dan darah tak dapat dipam ke seluruh badan aku.

“Rozlan”

Barulah turun semula darah ke seluruh tubuh badan aku.  Ringan sedikit badan.  Phew! nasib baik bukan Ariffin.  I love you papa! Eh…tunggu sekejap…tapi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.070451 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list