CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syumaimah

[ULTRA BEST]Kisah Aku dan Mistik II : Cerita Pendek PAGES 65 KISAH 76

[Copy link]
 Author| Post time 28-12-2013 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak boleh lelap lak mata jadi aku nak share kisah seterusnya...

Kisah ni masih lagi aku sebagai watak utama

Masih lagi berkisar di tempat kerja aku ni..

Bangunan yg aku kena sakat dah ada orang duduk yakni kawan aku jugak. Dia ni jenis kental kot sbb nampak rilek je...

Haritu aku dan kawan aku si Ain balik agak lewat sket. Banyak keja nak kena settle. Bangunan angker tu kawan aku kak ita dan Za yang duduk.

Za dah balik awal awal lagi. .. kak ita datang bilik kami dan bgtau nak balik. Aku dan Ain angguk je. Tinggal lah kami berdua...

Aku jeling jam, awal lg tapi keja aku dah settle. Aku pandang Ain... leka siapkan keja dia... Aku panggil Ain nak bagitau dia yg aku nak balik dah... Ain kata "ok... balik la dlu. Aku nak settle sket lg"...

Eh berani pulak si Ain ni... selalunya dia paling penakut...
Kadang aku belum balik dia dah balik. Masa aku kena sakat pertama kali dulu, dia la yang beria ia menangis. Klu aku usik dia cakap aku nampak atau dengar apa apa mula la dia mengelabah.. tapi hari ni berani pulak... dah insaf kot
;p

Aku bersiap siap nak balik. Aku parking keta depan bilik aku dan sebelah bangunan angker tu...

Aku buka pintu kereta dan nak start enjin... tiba tiba aku dengar suara pompuan mengaji persis suara kak ita di bangunan angker tu merangkap bilik dia... merdu sekali... aku sempat la menghayati bait bait bacaan al quran tu sambil berfikir "rajinnya kak ita mengaji petang petang ni, merdu lak tu"...

Aku start keta dan pergi ke bilik aku nak amik barang tertinggal... aku nampak Ain masih ralit buat kerja... aku tegur dia

Aku : Rajin betul ye kak ita tu mengaji petang petang ni... sedap jugak suara dia...

Ain : Kak ita mengaji? (Kompius)

Aku : haah... dia mengaji kat bilik dia tu (aku masih tak syak apa apa)

Ain : (dah nak nangis) errrrr.... kan kak ita dan kak za dah balik td...

Ain dah start nangis...

Aku : haah la... abih sape yg mengaji tadi tu?

Ain nangis makin kuat "aku nak balik.... aku nak balik skang"....

dah mula dah dia ni...

Aku : eh.... rilek la... jangan la nangis.... benda tu usik aku bukan usik kau... rilek la...(aku risau kang Ain lak yg histeria. Dah la aku sorg ni)

Aku tunggu Ain berkemas dan kami terus pulang...

Esoknya Ain citer kat ketua jabatan pasal kes semalam... ketua jabatan cakap la "ok la tu dia mengaji... kalau dia mengilai lagi haru".... heh

Ain dah jadi penakut balik... naik rimas aku bila asyik follow aku je... hehehe...

Actually korang rasa apa benda yg aku dengar tu ek? Jin islam ke?



Last edited by Syumaimah on 28-12-2013 12:23 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2013 06:49 AM | Show all posts
Syumaimah posted on 27-12-2013 04:02 PM
Tak boleh lelap lak mata jadi aku nak share kisah seterusnya...

Kisah ni masih lagi aku sebagai w ...

menarik.. aku jadi kagum dengan semangat ko nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2013 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
leader79 posted on 28-12-2013 06:49 AM
menarik.. aku jadi kagum dengan semangat ko nie...

Aku ni penakut jugak tp klu berdepan dgn org yg lebih penakut dr aku maka aku kena jd berani... klu tak lg huru hara kan
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 08:01 AM | Show all posts
wo key lah tuh ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2013 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat pulak kisah ni tp tak de la mistik mana pun tapi sedih la...

Kisah benar yg diceritakan sendiri oleh pensyarah aku.

Pensyarah aku ni aktif pengakap dan aku pulak join pengakap

Dia share la beberapa kisah benar yg student dia (lelaki)  alami dan petua sesat dalam hutan...

Kisah pertama ni mmg tragis dan seram gak la... student dia ni gi la masuk hutan, berkhemah dgn beberapa orang pelajar lelaki dan perempuan.

Satu hari tu dia bersama empat lagi pelajar ditugaskan cari kayu api... lebih kurang gitu la citer dia. Dua lelaki dan dua perempuan..

Nak jadi citer masa tengah jalan jalan tu, kawan pompuan dia yg last sekali tersepak sarang tebuan tanah. Tak sengaja pun. Tebuan tanah ni memang berbisa. Klu kena sengat boleh arwah. Bila dah terlanggar ni, tebuan tu keluar... banyak sgt. Dua org sempat lari. Tinggal la dia dgn kwn pompuan yg tersepak sarang tu.

Tebuan ni pe'el dia, klu sarang kena kacau dia akan terbang kat atas ramai ramai dan aim sape yg kacau tu. Bila dah kenal pasti musuh tu dia akan serang dan sengat bertubi tubi...

Jadi budak pompuan ni bila dah tengok atas gelap penuh tebuan tgh get ready nak sengat dia maka dia panik dan terkaku di situ.

Yg budak lelaki ni dah nampak macam tu cepat cepat dia baringkan diri dia kat lantai hutan dan kambus diri dia dgn daun daun kering... dia dah tak ingat nak tarik budak pompuan tu sekali sbb panik sgt...

Budak pompuan tu kena sengat bertubi tubi dan akhirnya mati kat situ. Budak lelaki ni baru teringat budak pompuan ni tp dah terlambat. Depan mata dia budak pompuan tu meninggal. Menyesal sgt sgt dia.

Kat badan budak pompuan tu ada beratus ratus sengat tebuan so bayangkan seksanya dia... (kesian)

Selang beberapa bulan kemudian, budak lelaki tu ada jumpa pensyarah aku ni. Keadaan dia kusut masai. Tak terurus..... Rupanya setiap malam dia mimpi budak pompuan tu datang kacau dia... pompuan tu siap menangis dan cakap "kenapa kau tak tolong aku... kenapa kau tak tolong aku"..

Gitu la citer dia... Last edited by Syumaimah on 28-12-2013 12:49 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Syumaimah posted on 28-12-2013 12:43 PM
Teringat pulak kisah ni tp tak de la mistik mana pun tapi sedih la...

Kisah benar yg diceritakan  ...

Mak oi..seram plk kes yg ni..
msti budak laki jenis yg lemah semangat.klu iman dia kuat,msti dia prcaya yg org mati x kn dtg kacau..tu semua kerja syaitan..kesian dia..hbs tu,prof x cerita ke budak tu dh pulih ke blom?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-12-2013 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
p.timur3831 posted on 28-12-2013 02:53 PM
Mak oi..seram plk kes yg ni..
msti budak laki jenis yg lemah semangat.klu iman dia kuat,msti dia  ...

Mungkin dia rasa bersalah sgt sgt sbb tak selamatkan budak perempuan tu sama.  Lagipun depan mata dia budak tu mati tu yang sampai terbawa bawa...

Tak de pulak Prof citer dia dah sembuh atau belum...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2013 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kisah 5

Kisah ni masih lagi kisah yg pensyarah aku citer. Tak de la scary mana pun tapi boleh guna pakai kalau sesat dalam hutan.

Ada sekumpulan pengakap muda ni  gi jungle tracking dalam hutan....

Sekali kena main dgn jin hutan. Puas depa pusing pusing dalam hutan tapi masih lagi tempat yg sama. Rasa dah nampak jalan tapi balik balik tempat tadi jugak. Hari dah makin senja. Ramai dah keletihan.

Kem komander dah yakin depa kena main dgn jin hutan. Nasib baik la kem komander ni ada ilmu.

Mula mula dia cari sebatang pokok hutan yg renek. Paras lutut... dia amik pisau dan belah dua pokok tadi tapi tak sampai putus. Dia pegang kedua dua bahagian pokok yang dah dibelah tadi dan minta anak buah dia lalu celah belahan pokok tu...

Bila semua anak buahnya dah lalu, dia pulak lalu dan dia cantumkan balik belahan pokok tu jadi satu dan ikat.

Alhamdulillah lepas tu, pelahan lahan jalan terbuka depan depa...

Dalam kisah ni pensyarah aku nak bagitau petua kalau sesat dalam hutan... wallahualam Last edited by Syumaimah on 28-12-2013 08:01 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2013 06:43 AM | Show all posts
Syumaimah posted on 28-12-2013 11:59 AM
Kisah 5

Kisah ni masih lagi kisah yg pensyarah aku citer. Tak de la scary mana pun tapi boleh gun ...

haha..menarik ...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2013 06:44 AM | Show all posts
Aku dulu pun pengakap jugak... tapi pengakap laut la ... hehe.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2013 07:07 AM | Show all posts
leader79 posted on 28-12-2013 10:44 PM
Aku dulu pun pengakap jugak... tapi pengakap laut la ... hehe.

Teringat masa camping kat teluk batik.. masa tu aku dan budak2 try nak buat menara.. part aku kena tebang pokok nak buat menara.. aku nie dah macam penebang pokok haram dah.. ada lebih 20 batang pokok aku tebang.. haha.. dalam asyik menebang tu tak perasan waktu dah nak senja tiba-tiba ternampak ada satu pokok tu berpaku terus aku tak jadi tebang lepas bulu roma aku terus berdiri... seram giler time tu, nasib malam tu tak ada apa apa yang berlaku.. hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2013 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
leader79 posted on 29-12-2013 06:44 AM
Aku dulu pun pengakap jugak... tapi pengakap laut la ... hehe.

Oh... aku pun sempat kejap la join pengakap laut..... smart baju dia cam tentera laut je

Aku sempat amik kursus manik kayu 1,2&3 je... dpt la pakai woogle yg bunga bunga cun tuh...

Kawan aku siap dapat pangkat Pengakap Diraja.... pakai rambu rambu kuning tu... smart....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2013 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
leader79 posted on 29-12-2013 07:07 AM
Teringat masa camping kat teluk batik.. masa tu aku dan budak2 try nak buat menara.. part aku kena ...

Mak aih... 20 batang pokok ko tebang... kuatnya ko...

Seb tak jadi pape... pengakap ni seronok byk dpt pengalaman, nak nak time berkhemah...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2013 01:57 PM | Show all posts
wahhhhhhhhhh menarikkkk nak lagi nak lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2013 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kisah 7

Perkampungan Jin Islam

Kisah ni berlaku kat aku ketika aku dalam proses berubat masa kena kacau dgn jin hutan dulu. ..

Aku ada tiga org kwn baik yakni Yan dan Nurul. Kami bertiga rapat wp berlainan tempat kerja. Kami jumpa dalam satu portal dan persahabatan kami berlarutan hingga ke realiti...

Masa tu kami ni suka hadir majlis majlis ilmu. Aku lagi la sebab tengah nak lawan jin tu so kena banyak dekatkan diri dgn ALLAH.

Masa kejadian ni aku baru keja so keta pun tak beli lg. Nurul dah lama keja dan ada kereta.  Selalunya kalau nak ke mana mana, aku dan Yan akan naik keta Nurul.

Hari tu aku dan Yan dapat undangan dari ustaz Firdaus untuk hadir ke masjid beliau bagi mengikuti ceramahnya. Ustaz firdaus ni imam masjid situ dan antara orang alim yg aku suka baca buku tulisannya dan suka dengar ceramahnya.

Actually kami rapat juga dgn isteri dia.

Seperti yg dijanjikan aku dan Yan naik bas nak ke Masjid tu. Asalnya Nurul nak amik tp dia ada hal. Dia suh aku dan Yan gi dlu nnt dia datang. Malam kang balik dgn dia...

Aku ok la sbb dia janji nak dtg amik.

Masjid ni berada jauh gak dr ibu kota..tepi masjid ni hutan. Masjid ni atas bukit. ..  wp dekat dgn hutan, aku suka masjid ni sbb tenang je...

Lepas dengar ceramah dr ustax firdaus tu, aku dapat panggilan dr Nurul yg dia tak boleh datang sbb ada hal urgent. Memang tak boleh elak... aku akur.

Aku dan Yan cuak jugak sbb dah lewat mana ada bas lg nak balik. So ustaz firdaus n isterinya pelawa tidur rumah dia. Aku dan Yan tolak secara lembut sbb kami tak selesa, maklumlah rumah ustaz ni kecil je (quarters imam). Dan mak dia pun tinggal situ jugak. Aku tak nak susahkan mereka suami isteri.

Puas mereka pujuk tapi kami berkeras tolak dan minta izin nak tidur masjid tu. Ustaz Firdaus akur dan sarankan kami tidur di opisnya, tingkat atas.

Ustaz Firdaus keluar beli makanan utk kami dan bagi kunci bilik tu. Sebenarnya rumah ustaz dekat je dgn masjid. Kalau apa apa hal kami lari je ke rumah dia.

Settle makan, kami naik ke tingkat atas masjid dan masuk dalam bilik opis tu. Kat luar bilik opis, tersusun byk rehal...

Kami bersihkan sikit bilik tu dan baring di lantai beralaskan sejadah dan berbantalkan kusyen opis.

Baca apa yg patut dan kami sedia nak tidur.

Detik ke detik aku tak jugak boleh lelap... dari sejam jadi dua jam dan seterusnya. . Mata aku tak boleh nak lelap langsung..sedangkan Yan dah siap berdengkur.

Sebenarnya ada yang mengganggu aku, aku rasa bilik tu penuh dgn orang walhal berdua je... dan aku rasa ada mata yang sedang perhatikan aku. Mata aku melilau dalam bilik tu tapi tak de sesiapa...

Aku masih tak boleh tidur. Pusing kanan pusing kiri.... tak jugak lelap. Bilik tu aku rasa macam ramai orang je... memang rasa takut sbb duk berdua tp rasa macam ramai pulak penghuni dlm bilik dan rasa ada mata yg perhatikan aku...

Akhirnya aku tertidur jugak tp dekat pukul 3 jugak la... dalam tidur tu aku bermimpi, aku mesej ustaz Firdaus cakap "ustaz.... takut"... dan dalam mimpi aku tu jugak aku nampak ustaz firdaus datang dan bagitau aku "jangan takut... mereka nak tenguk je sape yg datang"....

Aku terjaga jam 5.30 pg bila Yan kejutkan aku utk bersiap solat subuh...

Aku bangun dgn kepala yg sakit sbb tak cukup tidur... aku tak amik port pasal mimpi aku tu...

Kami bersiap siap nak balik dan dalam pukul 9 pagi, ustaz firdaus jemput kami dan hantar ke stesen bas.

Dalam kereta tu (kami dua dua duk belakang, dah jd mcm driver lak ustaz... heh), ustaz firdaus tanya aku. Soalan ustaz firdaus buat aku tersentak kejap...

Dia tanya "Mai.... apa yg awak takutkan?"...

Aku ni dah melopong tak faham dan tanya balik "tak faham..."

Ustaz Firdaus cakap "kan awak mesej malam tadi, cakap takut. Apa yg awak takutkan"...

Aku lagi terkejut sbb seingat aku, aku mesej ustaz dlm mimpi je.... aku pun cerita la apa yg aku rasa dan apa yg aku mimpi malam td.

Ustaz Firdaus senyum senyum dan berkata "sebenarnya Kawasan masjid tu adalah perkampungan jin islam. Masjid tu jadi tempat jin islam bersolat. Dia saja nak tenguk je tetamu yg dtg"

Aku dan yan terkedu. Aku lagi lagi la terkedu... aku tanya ustaz "nape ustaz tak maklumkan awal awal. Kalau tak kami tak rela tidur situ"

Ustaz firdaus "dah awak beria sgt nak tidur situ", sambil senyum senyum...

Cerita aku ni tak abih lg... ada sambungan... jap ada hal... Last edited by Syumaimah on 29-12-2013 04:12 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2013 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambung...

Pengalaman aku malam tu aku tak citer pun kat nurul. Yan pun sama tak citer. Actually Yan nu jenis kental aku rasa sbb malam tu dia lena sungguh tidur.

Kali ni Yan dan Nurul pegi masjid tu. Aku tak join sbb aku dah tau situ perkampungan jin islam.  Wp jin islam tp aku tak nak la dekati... dah la malam tu aku yg alami

Abih ceramah seme, depa amij keputusan nak tidur kat masjid tu sbb si Nurul malas nak drive. Depa tidur bilik opis tu gak la... Yan ni ok je sbb dia kan jenis susah nak kena. Si Nurul ni x tau la pattern mcm mana. Macam aku ke atau macam si Yan tu...

So depa tidur la... .

Selang dua tiga hari pastu Nurul call aku. Sembang biasa biasa... dia terkeluar la citer dua gi tidur masjid tu. Dia cakap la malam tu dia langsung tak leh tidur bila dia asyik dengar ada orang duk alihkan rehal kat luar opis. Siap main hempas hempas lg. Bunyi bising sgt.

Yang si Yan ni sedap je tidur... sampai ke sudah Nurul tak leh tidur...

Aku gelak dan aku pun buka la cerita yg aku alami malam tu... marah jugak la si Nurul ni sbb aku tak bgtau dia... aku duk ingatkan dia ni macam si Yan, kental... sekali mcm aku jugak...

Cuma kami keliru sbb cara yg benda tu approach kami berbeza. Aku just rasa diperhatikan dan rasa bilik tu ramai org dan si Nurul ni kena macam ada org marah marah dgn hempas rehal tu...

Wallahualam Last edited by Syumaimah on 29-12-2013 06:02 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2013 08:55 PM | Show all posts
Saya cadangkan awak letak link benang awak yg pertama tu kat posting pertama awak dalam benang baru ni. Mungkin ada yg tak tau kewujudan benang awak yg 1st tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2013 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
starcity posted on 29-12-2013 08:55 PM
Saya cadangkan awak letak link benang awak yg pertama tu kat posting pertama awak dalam benang baru  ...

Ok gak tu... tq

I'll try...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2013 09:36 PM | Show all posts
Wah.bgus la ko suka mjlis ilmu dan rpt dgn kuarga Ustat tu.

Btw pglmn rasa sesak dan mcm rmai tp x rmai tu pernah juga dialami. Memula x fhm..llama dh ok.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2013 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
ThousandSwords posted on 29-12-2013 09:36 PM
Wah.bgus la ko suka mjlis ilmu dan rpt dgn kuarga Ustat tu.

Btw pglmn rasa sesak dan mcm rmai tp ...


Kisah lama...

Skang dah tercampak kat hulu ni dah payah dah...



Last edited by Syumaimah on 29-12-2013 10:16 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.300903 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list