CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syumaimah

[ULTRA BEST]Kisah Aku dan Mistik II : Cerita Pendek PAGES 65 KISAH 76

[Copy link]
Post time 30-12-2013 05:35 PM | Show all posts
ArianPutra posted on 30-12-2013 04:06 PM
hermm takpa lah ... semoga famili kamu selamat aminnnn

Reply yang terbaik.. Betul, kalau itu lah yang diminda "penderita", kita tak boleh / tak guna sangkal.. mendekatkan diri kepada Allah swt adalah salah satu cara untuk kita mendinding diri dari lebih disesatkan, insyaallah..

Puan Suchi, speech delay boleh dibantu dengan speech therapist. Berubat secara islam mmg digalakkan tapi jangan ambil leceh juga perubatan konvensional moden. Kalau anak ada speech delay, memang dia lebih senang nak mengamuk marah2 sebab dia frustrated org tak paham kehendak dia dan juga sbb dia tak dapat nak menyatakan apa yang dia mahu/rasa. Test juga untuk autisme sbb ada dalam history keluarga. Betul atau tidak saka penyebab kesakitan mental/fizikal, tu belakang kira dahulu. Sebab speech delay/ autistic / sensory disorder, semua ada cara untuk menanganinya - bukan saja untuk kanak2 terbabit tetapi juga untuk ahli keluarga.

Moga Allah permudahkan segala urusan keluarga puan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2013 05:37 PM | Show all posts
Syumaimah posted on 28-12-2013 12:43 PM
Teringat pulak kisah ni tp tak de la mistik mana pun tapi sedih la...

Kisah benar yg diceritakan  ...

citer pasal pengakap
aku pun ada story...kes sg pisang
x ingat dah cite ke belum...
pasal aku selalu tumpang thread orang
hahahaha

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2013 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
leenaz posted on 30-12-2013 05:37 PM
citer pasal pengakap
aku pun ada story...kes sg pisang
x ingat dah cite ke belum...

Boleh la citer sini... aku x baca lg citer ko tu... aku memang suka klu dengar citer pengalaman geng geng pengakap ni... sila sila
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2013 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
pjade posted on 30-12-2013 05:35 PM
Reply yang terbaik.. Betul, kalau itu lah yang diminda "penderita", kita tak boleh / tak guna sang ...

Setuju dgn pendapat ini...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2013 07:40 PM | Show all posts
Syumaimah posted on 30-12-2013 05:56 PM
Boleh la citer sini... aku x baca lg citer ko tu... aku memang suka klu dengar citer pengalaman ge ...

nanti bila2 pree aku tulis sini

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2013 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengkiu Momod Medangmru bagi aku tacang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2013 08:57 PM | Show all posts
Syumaimah posted on 30-12-2013 07:21 AM
How to switch off deria ke enam ek?

Memang dia tak kacau pun tapi menimbulkan ketidak selesaa ...

Ada kemahiran tertentu yang Syumaimah perlu kuasai. "Switch on" dan "Switch off" ibarat memetik suis lampu atau kipas, kita akan tekan ke bawah jika perlu. Jika dah cerah atau cuaca sejuk, kita tolak naik. Pada pandangan saya, kemampuan deria ke-6 sedia ada tak perlu diikhtiar TUTUP sepenuhnya. Itu suatu kerugian besar kepada umat Islam. Biarpun kita mungkin sesekali diselubungi rasa takut, tapi faedah deria ke-6 cukup banyak. Antaranya kita mampu mengesan jika sesuatu tempat atau seseorang itu bermasalah. Dengan ini, bahaya yang lebih besar seperti gangguan, histeria, saka, sihir, santau dan sebagainya dapat dielakkan. Deria ke-6 sebenarnya membolehkan kita membuat kebaikan dengan menolong orang lain, tidak semestinya dengan cara menjadi perawat. Menolong dan merawat adalah dua perkara berbeza.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2013 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
coway_daddy posted on 30-12-2013 08:57 PM
Ada kemahiran tertentu yang Syumaimah perlu kuasai. "Switch on" dan "Switch off" ibarat memetik su ...

Oh begitu... fahamlah saya...

Tapi apakah ada cara supaya benda yg kacau kawan kita tu tak kacau kita sama. Mesti ada benteng kan. Sebab pernah saya duk dekat dengan kawan sy ni dan saya rasa sesuatu yg aneh datang pada saya dan tengkuk berat. Bila saya selidiki rupanya dia sedang alami gangguan sihir...

Jadi ada benteng tak untuk elak benda tu datang pada saya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-12-2013 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Maksudnya biar benda tu tak kacau saya sama. Macam perawat depa ada benteng diri kan supaya benda tu tak kacau tapi dalam masa sama depa boleh rasa kehadiran benda tu...

Setakat ni saya baca mathurat je la....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2013 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Double posting la pulek Last edited by Syumaimah on 30-12-2013 09:19 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2013 09:25 PM | Show all posts
Syumaimah posted on 30-12-2013 09:07 PM
Oh begitu... fahamlah saya...

Tapi apakah ada cara supaya benda yg kacau kawan kita tu tak kaca ...

Benar, memang ada caranya. Sebelum itu, maafkan saya kerana tidak menggunakan bahasa pasar atau slanga seperti kebanyakan muda mudi di alam maya. Saya mahu mengangkat martabat Bangsa Melayu dan Agama Islam dalam masa yang sama. Berbalik tentang kaedah tersebut, rahsianya ialah "IKHLAS". Dalamilah konsep ini, insya-Allah Syumaimah akan faham apa maksud saya. Untuk tidak menghampakan Syumaimah dan kawan-kawan yang mungkin sedang mengikuti dialog ini secara dekat, saya beri sedikit klu. Pertama; perhatikan peristiwa 'Azazil dilaknat oleh Allah sehingga dia dihumban ke bumi. Kaji konsep IKHLAS di situ. Kedua; IKHLAS itu rahsia Allah, beribadat kepadaNya dengan tujuan mendapatkan pahala dan syurgapun maka IKHLAS itu sudah gugur. Fikirkan!
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2013 09:34 PM | Show all posts
coway_daddy posted on 30-12-2013 09:25 PM
Benar, memang ada caranya. Sebelum itu, maafkan saya kerana tidak menggunakan bahasa pasar atau sl ...

Nak dapatkan ikhlas tu yg payah. terutama bila kita di uji.
mudah-mudah an kita semua dapat menjadi hambaNya yg sentiasa dapat ikhlas dengan Nya.
Macam mana nak jadi hambaNya yg ikhlas? Mungkin awak boleh terangkan serba-sedikit kepada kami.
Mudah-mudah an dapat di manfaatkan bersama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2013 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikhlas tu umpama semut hitam di atas batu hitam di malam pekat dan kita pakai spek hitam..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2013 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kisah 8

Jangan Dicabar...

Kisah ni berlaku ketika mak aku sedang sakit disihir... Memang aku tahu makhluk ni tak boleh dicabar, nak nak jika pencabar tu budak mentah macam aku. Tapi kesabaran aku hilang bila lihat keadaan mak ketika itu...

Mak aku disihir setelah aku pulih sepenuhnya dari gangguan jin hutan dulu so aku ada sket sket asas berdepan masalah ni...

Aku minta cuti seminggu utk menjaga mak aku yg sakit akibat disihir. Sebenarnya sebelum mak aku akan disihir kami dah dapat beberapa petanda.... ada masa aku cerita...

Aku pulang ke kampung utk jaga mak ... hampir menitik air mata aku lihat keadaan mak yg dulu sihat, ceria tapi sekarang (waktu itu) dah jadi cengkung dan tak terurus.... mak aku banyak meracau racau. Katanya nampak macam macam...

Masa ni mak aku dah lupa macam mana nak solat, apatah lagi nak zikir....

Memandangkan aku ada belajar sikit (sikit je la) ilmu nak berdepan dgn masalah ni so aku pergunakan utk bantu mak aku lawan sihir tu...

Petang tu aku duduk dibirai katil mak. Aku lihat mak termenung jauh. Sesekali dia meracau racau tapi masih terkawal... mata mak cengkung... aku tahu mak cukup menderita waktu itu... sebagai anak pasti aku merasakan hal yg sama...

Aku berteleku di samping mak. Aku pejamkan mata dan memulakan sesi 'rawatan'.... niat aku nak bantu mak lawan benda tu...

Aku mulakan zikir ALLAH...ALLAH.... sebanyak banyaknya, dan membayangkan zikir itu aku tuju pada jantung mak.... mudah mudahan rohani mak kembali kuat wp sedikit.

Mak masih meracau racau tp tak teruk... aku terus terusan melafazkan zikir nama ALLAH dalam hati dan membayangkan aku tuju pada jantung mak...

Hampir sepuluh minit kemudian, mak menjerit kesakitan sambil memegang dadanya belah kiri sambil menyebut "sakit... sakit"... aku yakin usaha aku ada sedikit hasil... aku teruskan zikir dan mak makin meronta ronta sambil pegang dadanya... ayah panik tengok mak...

Akhir sekali aku stopkan zikir tersebut bila aku lihat mak dah meraung kesakitan di bahagian dadanya... aku tak sampai hati...

Malam tu mak meracau racau lagi... jenuh aku pujuk mak dan cuba dodoikan mak supaya tidur .. bila aku baca ayat quran, mak marah marah. Aku malas nak teruskan nanti mak meracau lagi teruk malam malam...

Sesekali mak pandang ke luar... bagitau aku dia nampak makhluk sekian sekian... sebenarnya aku takut tapi aku bertahan...

Dekat subuh baru mak tidur... bila mak dah tidur, aku solat subuh dan masuk bilik nak tidur... tak tunggu lama, aku lena. Aku terjaga bila aku lihat ada makhluk besar berbulu di sebelah aku sedang berdiri... ketinggiannya mencecah atap... tapi aku buat tak layan sebab aku fikir hanya perasaan aku dan aku pulak terlalu mengantuk... aku kembali lena...

Petang tu sekali lagi mak meracau racau... kali ni teruk sgt... hiba aku waktu tu... aku hilang sabar, aku lari ke bukit belakang rumah aku dan jerit sekuat hati... "kau sape hah?... nape kau kacau mak aku? Apa salah mak aku kat kau?... kau keluarlah berdepan dengan aku... aku nak sangat tengok kau... setannnnn"

Aku tahu aku tak patut cabar dia. Dengan aku yang tak de ilmu ni, tapi aku tak sanggup tengok mak menderita... sampai satu tahap aku rasa biarlah aku yang jadi galang ganti mak...

Tiada apa apa berlaku.... aku fikir benda tu takut (kononnya) hinggalah ketika aku pulang ke KL....

Sambung ler...

Last edited by Syumaimah on 30-12-2013 11:07 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2013 11:35 PM | Show all posts
krukx posted on 30-12-2013 09:34 PM
Nak dapatkan ikhlas tu yg payah. terutama bila kita di uji.
mudah-mudah an kita semua dapat menj ...

Bergurulah kawan-kawan. Yang terdekat dengan kita, yang masih ada ialah ulama' kerana mereka pewaris para nabi. Dua rujukan utama untuk kita umat Islam juga ada; al-Quran dan as-Sunnah. Saya cetek ilmu, sekadar boleh berkongsi apa yang saya tahu. Mungkin lebih manis kita lakukannya di PM. Last edited by coway_daddy on 30-12-2013 11:38 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2013 11:50 PM | Show all posts
Syumaimah posted on 30-12-2013 11:01 PM
Kisah 8

Jangan Dicabar...

Inilah kelebihan deria ke-6 yang saya beritahu sebelum ini. Kita bukanlah nak tunjuk handal membantu orang di sana sini, menolong orang itu dan ini. Tapi bila ia berlaku kepada ahli keluarga terdekat yang kita sayangi, rugilah jika kita tidak dapat melakukan apa-apa. Sekadar berkongsi pengalaman sendiri. Waktu itu saya masih seorang mahasiswa. Seorang jiran mengadu anaknya sering dilihat bermain dengan seseorang dan begitu ralit sehingga langsung tidak mahu ke sekolah. Dah berminggu-minggu dia ponteng. Dipendekkan cerita, saya bertempur dengan jin ifrit @ hantu raya yang menjadi 'teman' anak kecil ini. Saya sedar saya cukup kerdil dan lemah untuk menumbangkan musuh yang sedang berdiri setinggi pokok kelapa, hampir-hampir saya tidak dapat melihat wajahnya walaupun telah habis-habisan mendongak. Dia angkat tapak kakinya, ingin dihunjamnya saya masuk ke dalam tanah. Pada saat itu saya hanya mampu bertawakal, saya sebut "La hawla wala quwwata illabillahil 'aliyyil 'adhziim" dengan penuh yakin, tanpa sedikitpun gentar. Saya lakukannya ikhlas kerana Allah, saya sekadar mahu membantu seorang bapa yang anaknya dalam genggaman dan kawalan jin tersebut. Alhamdulillah, misi saya berjaya. Jin ifrit itu telah selamat saya "semadikan" dengan cara memasungnya pada sebatang pokok kayu yang besar. Selama 40 hari selepas kejadian itu, setiap malam rumah saya didatangi 'wakil'nya merayu-rayu supaya saya membebaskan 'raja'nya. Saya senyum sahaja... Last edited by coway_daddy on 30-12-2013 11:52 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-12-2013 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
coway_daddy posted on 30-12-2013 11:50 PM
Inilah kelebihan deria ke-6 yang saya beritahu sebelum ini. Kita bukanlah nak tunjuk handal memban ...


Fuh.... tapi kena ada ilmu jugak kan... tak leh sebarang...

Last edited by Syumaimah on 31-12-2013 06:36 AM

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2013 12:00 AM | Show all posts
Syumaimah posted on 30-12-2013 11:56 PM
Fuh.... tapi kena ada ilmu jugak kan... tak leh sebarang...

Mungkin ad benar jugak seperti yang ...

Ada caranya untuk deria ke-6 tu diasah, ditajam dan akan menyilaukan pandangan jin dan syaitan. Perlahan-lahanlah belajar dan mengamati persekitaran. Al-Quran sumber rujukan terbaik, dari situlah datangnya ilmu Allah yang sangat tidak ternilai.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2013 02:09 AM | Show all posts
tq momod..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2013 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan...

Pagi tu aku balik rumah sewa aku kat KL.... terpaksa tinggalkan mak kerana urusan kerja... teringin nak berhenti kerja dan jaga mak tapi memandangkan susahnya nak dapat kerja maka aku terpaksa jugak tinggalkan mak...

Malam tu aku tidur di rumah sewa ku... selain aku ada lagi tiga org housemate... aku shate bilik dgn sorang lagi roommate.

Seperti biasa aku persiapkan diri utk tidur... dan aku pun lena...

Dalam jam 3 pagi, tidur aku terganggu bila dalam tidur aku tu, aku nampak seorang perempuan tua dengan pakaian kusut masai sedang merenung aku di tepi katil.

Renungan dia cukup tajam... wajahnya masam (aku tak boleh lupa renungan sebegitu seumur hidup aku)... tiba tiba.... perempuan tu menerkam aku yang sedang terbaring di katil... seolah olah marah pada aku...

Aku terjaga dan tercungap cungap ketakutan.... peluh menitik laju...

Roommate aku terbangun sama (mungkin cara aku terjaga tu kuat ku menyebabkan dia pun terjaga sama)...

Dia tanya aku "Mai... ko OK ke?"...

Aku.. "ok... ok... aku terkejut je.... ko tidurla..."

Aku bangkit dan terus ke bilik air, amik wudhuk....

Sebelum tidur aku doa kepada ALLAH mohon dipelihara aku dan mak aku dari gangguan jin dan syaitan... dan aku sambung tidur...

Selang beberapa hari kemudian... aku seorang diri di rumah... housemate kerja... aku pulak rasa tak sihat badan so mc...

Aku solat zohor dalam bilik... usai solat aku berteleku seketika di sejadah sambil pejam mata... terbayang bayang mimpi aku sebelum ni dan perkaitan nya... memikirkan masalah sakit mak sama...

Aku buka mata dah pandang ke depan. ... sekali lagi aku terkejut bila aku lihat depan aku ada benda sedang mencangkung. .. baju kusut masai... rambut terurai menutupi wajahnya... benda tu tunduk...

Aku menggigil teruk... nak lari pun aku tak mampu... benda tu hanya mencangkung sahaja depan aku...

Aku kumpul kekuatan utk lari keluar bilik...

Aku terduduk di ruang tamu... bingung seketika... ni mimpi ke memang betul aku nampak...

Bila dah sedikit tenang aku intai ke bilik aku... alhamdulillah benda tu dah tak ada...

Aku risau jika benda tu kacau aku lagi. Jadi aku call ustaz yg penah rawat aku dan minta nasihatnya...

Alhamdulillah sejak tu benda tu dah tak kacau aku lagi...

Cabar sangat kan... amik kau

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.076596 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list