CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6578|Reply: 16

Petualangan Bomoh Orang Asli

[Copy link]
Post time 27-12-2013 08:40 PM | Show all posts |Read mode
"Sakitla bodoh".. Jeritan Azura memecah kesunyian di kala senja semakin menghampiri..
"Dah tau sakit kenapa kau masuk dalam badan budak ni?" Ustaz Hamdan tidak mengalah mematah kata dari Azura..

Bukan Azura yang sepatutnya dipersalahkan. Tapi ada sesuatu dari dalam jasad Azura yang mengawal segala tandak tanduknya.

"Aku bukannya nak sangat masuk! Tapi tuan aku yang suruh! Sial!" Rontaan dan jeritan kasar Azura yang diamuk keresahan membingungkan En Zahid, bapa Azura.

'Kenapa boleh jadi macam ni?' monolog En Zahid bagaikan tidak percaya perwatakan lemah lembut dan sopan Azura kini berubah seratus peratus. 'Ini bukan Azura ni' hatinya meyakinkan. Mujurlah 'ikatan' yang dilakukan Ustaz Hamdan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran berjaya mengekang pergerakan Azura. Rontaan yang kuat bagaimanapun tidak mampu menganjakkan kedudukan Azura dari atas kerusi kayu itu.

Puan Noriah, ibu Azura hanya mampu mengalirkan air mata melihat apa yang berlaku pada anak tunggal kesayangannya itu. Sejam yang lalu keadaan tidak seperti ini. Puan Noriah yang sedang asyik memasak dikejutkan dengan jeritan dan tangisan Azura bersilih ganti. Api ditutup dan dia bergegas menuju ke bilik anaknya.. Dilihatnya Azura mula mengoyak-ngoyakkan baju kurung yang dipakainya.

"Ya Allah! Kenapa ni Zura? Bawak mengucap nak.. Kenapa ni?" pertanyaan Puan Noriah di sambut dengan hilai tawa yang nyaring dari Azura. Matanya merah. Menyeramkan. Dalam ketakutan Puan Noriah berlari ke biliknya mencapai telefon lantas menghubungi En Zahid.

"Bang tolong bang.... Azura... Yah tak tau apa dah jadi dengan zura... Abang tolong balik cepat... Yah tak tau nak buat ape ni"

Tangisan yang mengiringi tutur kata Puan Noriah membimbangkan En Zahid.

"Eh, kenapa ni yah? Ada apa2 yang berlaku ke?"

Dalam esak tangisnya Puan Noriah menceritakan segalanya kepada En Zahid.

"Ok, macam ni.. Sementara tunggu abang balik, yah pergi ke surau depan tu. Yah cari Ustaz Hamdan.. Biasa dia ada kat situ ajar budak-budak dia mengaji time2 macam ni. sekejap lagi abang sampai"...

"Arghhh!!! Sakit!!!".. Jeritan Azura menghentikan lamunan Puan Noriah.
"Cepat bagitau siapa tuan kau!" tingkah Ustaz Hamdan.. Pukulan lembut rotan kecil Ustaz Hamdan bagaikan hirisan pedang bagi Azura..

"Tuan aku tu orang asli.. Dia suruh aku masuk.. Dia memang bodoh.. Aku yang tanggung sakit ni.."

"Habis tu, dah tau tuan kau bodoh, kenapa ikut?" tanya ustaz Hamdan..

"Aku nak buat mcm mane.. dah ni keje aku.. Dahla ustaz, tak pyhla pukul aku.. aku nak keluar la ni.."

"Kau tipu!! Dari tadi kata nak keluar, tak keluar2 jgak.. Air jampi aku pun dah habis kau minum.. Tak keluar jgak"..

"hehehe, pandai kau ustaz.. Kau ingat kau kuat sangat? Nasib baik aku kene ikat, kalau tak memang nahas kau ustaz.. hehehe.."

Peluh nipis mula mengalir di dahi Ustaz Hamdan.. 'Susah ni, nak kena panggil abang Rashid nampak gayanya ni..' Bisik ustaz hamdan.

Krinnggg...
Deringan telefon bimibit Ustaz Hamdan menghentikan bicara..
Menarik perhatian En Zahid dan Puan Noriah ke arah Ustaz Hamdan.

"Assalamualaikum hamdan.. Abang Rashid ni.. Hamdan ade masalah apa-apa yang abang boleh tolong?".. Lembut dan tenang..
'Hairan. MAcam mana abang rashid tau aku ade masalah?'

"wasalam.. nampaknye macam tu la bang.. Nampak gaya macam berat ni bang.. Orang asli".. Adu Ustaz Hamdan..

"Takpe hamdan.. LAgipun dah maghrib ni.. Hamdan solatlah dulu.. minta bantuan dan pertolongan dari Allah.. Kita ni kan hamba.. Hamba tidak punya kuasa apa2.. Insyaallah lepas maghrib abang sampai.. Ikatannya jangan dibuka dulu ya.."

..............

"Assalamualaikum warohmatullah.."
Seelok salam kedua, anak mata ustaz hamdan bergerak2 melihat kelibat seseorang yang dikenali, agak jauh di belakangnya.. En Zahid dan Puan Noriah yang menjadi makmum tidak mengendahkannya.. Tidak perasan mungkin..

Lantas doa dipanjatkan memohon pertolongan Yang Maha Esa bagi segala apa yang hendak dikerjakan.. Kecil mahupun yang besar.. Hatinya mengakui kebesaranNya.. menghina diri selayaknya sebagai seorang hamba.. Mengakui segala kelemahan.. Betapa kerdilnya diri seorang hamba dihadapan Tuhan Yang Maha Agung..

"Eh, abang Rasyid.. Bila sampai?" Sapa ustaz hamdan setelah mengenali orang itu.
En Zahid yang mengekori ustaz hamdan dari belakang turut bersalaman dengan Ustaz Rashid.. Bertukar senyuman. Puan Noriah pula bergegas membawa sejadah yang dilipat ke bilik Azura.. Ingin melihat keadaan anaknya..

"Baru je hamdan.." jawab Ustaz Rashid diselangi bacaan zikir yang sememangnya tidak pernah lekang dari mulutnya.. Biji-biji tasbih bergerak-gerak di tangannya.. Wajahnya tetap bersahaja mengukir senyuman yang mampu menenangkan sesiapa pun yang melihatnya. Serban putih di kepala tetap menjadi kewajipan Ustaz Rashid walau ke manapun tujuannya..

"Abang Rashid dari mana tadi? naik ape?"

"JAlan kaki je hamdan.. Dari rumahla tadi ni.."

Terperanjat ustaz hamdan mendengar jawapan Ustaz Rashid. Sedangkan setahunya jarak rumah Ustaz Rashid kira-kira satu jam perjalanan dari sini.. itupun kalau menaiki kereta.. Lagila pula berjalan kaki.

Kagumnya pada Ustaz Rashid tak mampu diungkapkan dengan kata-kata..

"Huuuuuuu!!" Tangisan Azura memecah suasana.. "Dia buat lagi.. Tengah semayang tadi tak berenti menangis menjerit.." rungut Ustaz hAmdan.. Gelisah.. En Zahid berlari mendapatkan Azura yang sedang ditenangkan Puan Noriah..


Bersambung.........

Ahhhh!!! Malas aku nak tulis... Nantila aku sambung ye kawan2.. Perut aku dah lenguh.. Lapar pun ade jugak ni.. Ade masa aku sambung lagi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-12-2013 08:53 PM | Show all posts
Btw, mohon berikan komen dan teguran ye dari segi penceritaan, penulisan, watak dsbg..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2013 08:53 PM | Show all posts
tiba2 muncul naga kepala tujuh..anging bertiup kencang..ombak makin meninggi mcm tusnami..kilat sabung menyabung..naga kepala tujuh hanyalah khayalan ku semata2..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2013 11:11 PM | Show all posts
gaya penulisan mmg menarik....terbaikkk tt
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2013 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
gaya penulisan da macam penulis novel la
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 07:26 AM | Show all posts
penulisan yang baik.... sambung cepat yerkk ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2013 12:05 AM | Show all posts
lama dah berapa hari ni x sambung2 lg..

Comments

sosiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii  Post time 31-12-2013 12:07 AM
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2013 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 27-12-2013 08:53 PM
tiba2 muncul naga kepala tujuh..anging bertiup kencang..ombak makin meninggi mcm tusnami..kilat sabu ...

indahnya metafora... hikhikhik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2013 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
citer bnar ke atau nk asah bkat? mohon pncerahan..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2013 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Mna sambungan lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2013 11:20 AM | Show all posts
aiii... dah bape hari tak update2 lagi ni... buang mase aku je bace dari awal... tengah cari ilham ke... mati2 aku ingat cite betol....
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2013 12:47 PM | Show all posts
menanti, menanti, dan terus menanti... huhuhu... ke tt tak abis mengarang lagi nih?
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2013 05:10 PM | Show all posts
ku menunggu story muu. .
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2016 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai hari ni x sambung2...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2016 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Buang laran btui laaa tunggu
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 05:37 PM | Show all posts
sambung lagi..best woi...hihihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2016 06:11 PM | Show all posts
krikk...krikk...krikkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.057676 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list