CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Puisiku: Tinta Hati Menitip Kata III

  [Copy link]
 Author| Post time 16-5-2014 03:46 PM | Show all posts
Terima Kasih

Duhai anak didik
dalam keikhlasan mendidik
mengajar kamu tunjuk cara
mungkin telah aku tersalah kata
mohon maaf atas segala
sesungguh cikgu tak terlepas dari dosa.

Duhai sahabat
dalam mencari contoh hebat
tunjuk ajar kalian sungguh berbakat
yang baik kujadikan teladan
yang perit kujadikan sempadan
moga diberkati jalan pilihan.

Yang jauh yang dekat
terima kasih atas ucapan selamat
ingatan kalian menyentuh kalbu
bukan hadiah kutunggu
bukan pujian diharap selalu
cukuplah ungkapan terima kasih cikgu
singgah ke cuping telingaku.

CNM, 16/5/14.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2014 03:47 PM | Show all posts
Cikgu yang membentukku.

Dari darjah satu ke Pra-U,

Cikgu Abdullah
guru kelas darjah satu
ajar tulis baca mengira batu
melukis melakar dalam buku petak biru
terima kasih kukenal ABC daripadamu.

Cikgu Soh
guru pengakap
ilmu ikhtiar hidup kudakap
daripadamu makin terang yang gelap
keranamu bicara di khalayak hilang gagap.

Cikgu Nawi
ilmu sains matematik kupelajari
bukan hanya mengajar teori
ilmu amali diterapi
daripadamu aku suka mengkaji.

Cikgu Fauzi
terima kasih membentuk diri ini
tak akan kulupa penampar hinggap ke pipi
telah kupelajari
jangan sesekali mengusik teman sendiri.

Cikgu Mat Zain
terima kasih kerana merotan
buat aku sedar dari khayalan
pukulanmu amat mengesan
ajari daku erti ketabahan.

Terima kasih cikgu
jasa kalian membugar dalam ingatan
moga Allah limpahkan kesejahteraan
kerana hanya Dia mampu membalas kebaktian
balasan syurga kudoakan.

CNM, 16/5/14.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2014 05:08 PM | Show all posts
Harapan pada Hari Guru - Kementerian Pendidikan Malaysia

Satu Malaysia tahu
pada 16 Mei ada sambutan Hari Guru
jika Menteri tanya padaku
apakah perkara yang aku mahu?
Tolonglah beri cuti Ahad dan Sabtu
seperti mana hasrat kerajaan satu ketika dulu
hari bekerja Isnin hingga Jumaat sudah tentu
bersama keluarga setiap hujung minggu.

Ingatlah guru juga ada keluarga
anak-anak perlu dibela
ziarah orang tua
rehat yang terjaga
pasti prestasi diperaga
hilang stres di dada
tugasan seronok dilaksana
tercapai wawasan negara.

CNM, 16/5/14.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2014 09:29 PM | Show all posts


Di Lantai

Aku
lebih damai
ditemani hidupan
yang hadir menyerikan alam
jauh dari hiruk-pikuk kota
di sini di lantai belukar
tempat memberi ketenangan
mencari ilham.

CNM, 16/5/14
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2014 10:49 PM | Show all posts
Bersembunyi

Dari jauh terdengar kokok
bunyi seakan jagoan
tersohor serata alam
menjaja nama
penuh keilmuan.

Tetapi sayang
musafir lalu berdehem
jagoan terus sembunyi
malu dengan tingkah sendiri.
lari dari realiti.

CNM, 19/5/14

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2014 05:52 PM | Show all posts
Perlukah?

Hari ini
dua ekor panda
dibawa dari China
berapa dana?

Minggu lepas
ada cerita
satu keluarga
bawah jambatan jadi syurga.
Yang mana perlu diutama?

CNM, 21/5/14

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-5-2014 07:43 PM | Show all posts
Dana Panda

Juta-juta
dana buat panda
hidup terkurung berendam air mata
habitat ditiru sedemikian rupa
moga sukalah panda hidup di Malaysia.

Juta-juta
dana boleh bina perumahan negara
rakyat tersiksa berjuraian air mata
mengharap teduhan dari cuaca
tetamu dari China mendapat laba.

CNM, 22/5/14.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2014 10:34 PM | Show all posts
1 Malaysia!

Kita satu bangsa satu negara
patriotik sungguh lagu ke udara
terbuai hingga lena
indah seni kata.

Realitinya
parti ikut bangsa
sekolah ikut bangsa
perumahan ikut bangsa.

1 Malaysia tinggal nama!

CNM, 23/5/14.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-5-2014 08:59 PM | Show all posts


Warga Negara Malaysia

Bangun dari lena
jaga dan sedar
barah kian menular
anak-anak kian liar
barangkali
makanan banyak tercemar
mereka kian bikin onar.

Cegah sebelum parah.

CNM, 28/5/14

Keretan akhbar BH 28/5/14
Petikan ulasan
Tan Sri Lee Lam Thye
Naib Pengerusi
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2014 08:51 AM | Show all posts
Gilap

Siang berganti malam
sepi mencengkam
suram.

Hari ini
kugilap kembali
laman yang kusayangi.

Salam sejahtera sahabat.

CNM, 29/5/14
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2014 08:58 AM | Show all posts
Sekuntum Senyuman

Pada pagi penuh ceria
bersama terbitnya sang suria
sekeping hati mekar berbunga
senyuman ulas bibir mempesona.

Bagai hari tanpa duka
mari melakar indah rasa
pada kanvas maya
terhibur teman semua.

Aku rindu gelak tawa.

CNM, 29/5/14.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2014 10:25 PM | Show all posts
Jika

Jika gelap malam ini
bisa melenyapkan
segala amukan jiwa
tidurlah
biar sang suria pagi
muncul bererti.

Jika gelap malam ini
menambah kusut
belitan sengsara
tadahlah
panjatkan doa
mohon keampunan.

CNM, 29/5/14.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2014 10:47 PM | Show all posts
Tahu tak?

Tak ambil tahu
tak bermakna tak tahu.

Ambil tahu
tak bermakna tahu.

Tahu!

CNM, 29/5/14
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2014 11:32 AM | Show all posts
Coklat Babi

Maka heboh serata negeri
coklat tercemar DNA babi
ada yang tercabar emosi
coklat memang diberahi
tak makan sehari
siksa nurani.

Ada yang mencabar sana sini
jabatan agama majlis fatwa tak terkecuali
tak perlu beremosi
lebih baik elakkan diri
banyak lagi produk boleh dibeli
makanlah sampai berguni.

Aku tak suka coklat apatah lagi yang tercemar dengan BABI!

CNM, 30/5/14.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2014 03:23 PM | Show all posts
Tragedi 38 : 2

Dari Krai ke Ketereh
apa yang dicari?
tanggal 20 Mei
sepatutnya hari mengaji
di mana waris gadis ini?
Sudahnya dikenduri.

Sadis
begitu pincang institusi
anak-anak yang sepatut dilindungi
menjadi putik cicahan lelaki
manusia kian hilang peri
apa nak jadi?
Sistem pendidikan kian berseligi.

Masyarakat Malaysia kian punah.

CNM, 30/5/14.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2014 02:01 PM | Show all posts
Banyak Masakah Lagi?

Oit!
Banyak masakah lagi?
Sesedap hati
menongkah arus suci.

Hais!
Banyak masakah lagi?
Seronok membuta tuli
ajaran diinjak tanpa peduli.

Opps!
Banyak masakah lagi?
Sampai lupa diri
kelak tak sempat kembali.

Hei, masa kian mendekati!

CNM, 31/5/14

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-5-2014 11:23 PM | Show all posts
Bila Kalah!

Bola sepak.
Huh! Pengadil dibayar
lawan 14
bagi penalti
bagi 'free kick'
macam-macam suara.

Pilihan raya.
Huh! SPR tipu
ada pengundi hantu
ada "black out"
ada peti undi hilang
macam-macam tomahan.

Bila Menang!

Bola sepak
pilihan raya
senyum
tak kata apa-apa
semua kena
semua menepati rasa.

DUNIA!

CNM, 31/5/14

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2014 02:15 PM | Show all posts
Kerak Nasi

Dalam berjuang
suaranya lantang
hentam depan belakang
kasi pecah lubang
agar dijulang.

Ingatkan hati besi
rupanya hanya kerak nasi
air mata gugur membasahi pipi
mengenang nasib sendiri
ke mana hala selepas ini.

CNM, 1 Jun 2014.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2014 08:15 PM | Show all posts


Dari Rantau

Jauh berjalan luas pandangan
menyaksikan tamadun bangsa
halus struktur seni binaan
ramah tamah bahasa pertuturan
pelbagai budaya dan pakaian.

Benarlah manusia
dijadikan-Nya berpuak-puak
pelbagai warna kulit
untuk saling mengenali
mentadbir alam ciptaan Ilahi
dalam mengabdi diri.

Terasa sangat kerdil di sisi-Nya.

CNM, 4 Jun 2014, Brussel.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2014 07:25 PM | Show all posts
Di sini Di sana

Di sini
ada awal akhir
ada mula dan penamat
perlu ingat bertaubat.

Di sana
hanya ada permulaan
tidak akan ada akhiran
abadi selamanya.

Dia maha mengetahui
Dia maha adil
Dia penguasa sekian alam
dunia akhirat.

CNM, 5/6/14, Brussel.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.416639 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list