CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Puisiku: Tinta Hati Menitip Kata III

  [Copy link]
 Author| Post time 5-9-2014 04:30 PM | Show all posts
Bibik V

Hello!
Tak semua bibik durjana,

i
Bibik baik-baik saja
aurat dijaga
solat cukup yang lima
tutur kata indah berbunga
terima arahan siap siaga.

ii
Anak-anak yang tak boleh terima
bibik dikata agen penyekat kebebasan media
gadjet tekini jadi masalah ibu bapa
kerja rumah terbiar di meja
anak-anak dengan perisian mainan pungut mata.

iii
Bibik punya laporan semasa
anak-anak anggap aduan tak berguna
bibik dikerjakan bila tiada ibu bapa
adegan sabotaj bermaharajalela
bibik seorang dijadikan hamba.

iv
Terimalah hakikat
sesuatu itu ada suka duka
sesuatu itu ada pahit dan manisnya
bertindaklah dengan bijaksana
akal diberi guna dengan cakna.

CNM, 5/9/14 Last edited by Goldkey on 5-9-2014 05:31 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-9-2014 10:05 PM | Show all posts
Hadap Sendiri

Apa nak jadi?
nikmat bersama kecapi
dah bunting yang jantan lari
gadis hadap sendiri
kes buang bayi
aku tengok di TV
sambil makan kuaci
sebelah isteri.

CNM, 9/9/14
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2014 10:22 PM | Show all posts
Pendatang

Kian terang
Tanah Melayu diganyang
sesak padat segenap lubang
mereka datang
menjarah segala peluang.

Kian terancang
Tanah Melayu diserang
atas bawah depan belakang
mereka berkubang
mengecah bau dalang.

Kian membimbang
Tanah Melayu bakal hilang
ditakluk pendatang
mereka menang
kita jadi warga malang.

Bangkit kuasai semua bidang.

CNM, 9/9/14.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2014 11:07 PM | Show all posts
Respek

Masuk kampung orang
jalan tepi-tepi
tunduk peri.

Masuk kampung orang
rendah dada
susun kata.

CNM, 9/9/14.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2014 04:11 PM | Show all posts
Iklim tidak sihat

Tugasan tak bersukat
timbang tara tak dibuat
ada hati tersagat
tak seimbang pemberat
jiwa mula berdikir barat.

Seruan kualiti dipertingkat
amalan tak membulat
sana sini dibiar berkarat
iklim tak sihat
organisasi cacat.

CNM, 10/9/14
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2014 04:55 PM | Show all posts
Cuti?

Cikgu dikata banyak cuti
senang lenang makan gaji
apa kata mari cuba sehari
tanda kertas periksa berkati-kati
kejar 'date line' laporan prestasi.

Cikgu dilihat relaks sekali
bersantai sepanjang hari
kursus 'online' dah menanti
dua puluh lima modul kena jalani
makin banyak bukan tugas hakiki.

Cikgu dalam imaginasi
banyak goyang kaki
itulah Malaysia punya mentaliti
konon maju ikut arus globalisasi
hakikat jauh panggang dari api.

CNM, 12/9/14

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-9-2014 08:34 PM | Show all posts
Cantik Atas Kertas

Teori
tiada cacat cela
sempurna tiada dakwa-dakwi.

Realiti
mereka jarang peduli
dah terantuk baru terngadah.

Buka minda
apa guna cantik atas kertas?
Jika mudahnya sistem dijejas.

Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

CNM, 12/9/14

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2014 10:03 PM | Show all posts
Akauntabiliti

Di mana pun
atas muka bumi
jika tiada akauntabiliti
usah angankan sesuatu menjadi
jauh umpama langit dan bumi.

Bina modal insan
perlu 'role model' mampan
bukan guna alat kawalan
berlapuk duduk makan-makan
semua benda ambil ringan.
Yang di tandu pentadbiran
lihat dari kaca mata helang
biar melata pandang
jelas terang
tiada yang curi tulang.

Sanggup insan
bersenang lenang
atas deraian air mata kawan
perih pedih kesusahan
menggalas beban tak seimbang.

Aku sampai mati akan kenang.

CNM, 12/8/14

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-9-2014 10:47 PM | Show all posts
Waspada

Satu negara
mereka merata
kejam tanpa belas rasa
memotong apa saja
yang terlintas dikerja secukupnya.

Jauhkan diri anda
apabila ketemu mereka
batuan mungkin jadi bala
tajam senjata
memotong hancur tak bersisa.

Kenal pasti mereka
dikatakan beruniform jingga
selalu di tepi jalaraya
tak kurang sepanjang lebuhraya
jangan terperanjat jika anda jadi mangsa.

Waspada pemotong rumput dengan tugas mereka.

CNM, 13/9/14
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2014 10:15 PM | Show all posts
Cuti II

Saat dinanti
atuk nenek menampak gusi
tunggu anak cucu kembali
menjengah barang sehari
mengubat rindu di hati.

Rehatkan diri
lupa seketika tugas hakiki
masa untuk diri
bersama famili
melayan anak suami isteri.

Cuti
ruang pulihkan emosi
dek stres tugasan dibebani
kejar itu ini
selagi berbayar gaji.

CNM, 14/9/14, Kg. Joh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2014 02:48 PM | Show all posts
Applikasi ICT

dari anak-anak tadika ke profesor pengajian tinggi
semua sudah ketahui
applikasi ICT
memudahkan urusan
tambah baik perkhidmatan

namun

pada aku penggunaannya perlu diperhalusi
lihat kemampuan capaian
selidik kestabilan sistem
jangan biar kumpulan sasaran
memikul beban
sulit dek arahan yang boleh ditiadakan.

CNM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2014 11:04 PM | Show all posts
Menangis

Lesu mengalir
melakar di dadamu
hilang dek bahang
teracun dek tangan insan
dan awan hitam
menangis butir jernih
untuk dinodai.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2014 11:05 PM | Show all posts
Neon

Mencabar gelita malam
neon beragam rona
melimpah cahaya.
Pekat gelap hati
sukar ditelusi nur keimanan
tersasar dalam mencari jalan pulang.

Ya Rabb pimpin kami.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2014 11:56 AM | Show all posts
Kita

Kita dulu di mana
dikendung
ikut saja
terbendung.

Kita kini di mana
terbuka pilihan
tentukan
perjalanan.

Wangian ketiak mak
dilupa jangan
di telapak kakinya
ada sebuah reda.

CNM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2014 12:13 PM | Show all posts
Ilmu

Bepergian
menujuk jalan pulang.

Tertinggal di belakang
waris yang perlu ditatang.

Pundak siapa dipertanyakan?

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2014 07:40 AM | Show all posts
Pesta

20 sen
di stesen minyak
berarak
bersesak.

Rela dalam terpaksa
suka dalam duka
kaya menyinga
miskin menderita.

CNM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-10-2014 07:41 AM | Show all posts
Terima Kasih

"Terima kasih
YAB Perdana Menteri
kurangkan subsidi
bertambah harga minyak.

Ah! Lega banyak
karbon berkurang
atmosfera nyaman
aku tak berbahang".

Bumi tersenyum.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2014 07:42 AM | Show all posts
Harga 20 Sen

Budak terpijak
20 sen
tak dipandang.

Minyak naik
20 sen
satu Malaysia meradang.

Jiwa dicincang.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2014 07:58 AM | Show all posts
Duka

Siapa yang peduli
bahumu yang mengandar.

Mereka terisi
kenyang atas tandu
melihat keringatmu gugur.

Akur bersyukur
dalam rasa yang uzur
respek terkubur
pada yang mencatur.

Kamu sedang diukur.

CNM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2014 07:54 PM | Show all posts
Naik lemak

Duduk
makan-makan
tangan mencuit-cuit.

Duduk
sembang-sembang
kaki bergoyangan.

Duduk
punggung melebar
kerja mengular.

Naik lemak.

CNM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.122359 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list