CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Puisiku: Tinta Hati Menitip Kata III

  [Copy link]
 Author| Post time 21-11-2016 11:31 AM | Show all posts
GURU

Guru penyempurna akhlak
tampal yang koyak
baiki yang rosak
bukan sembarangan tempelak
ada asas nak ditegak.

Guru pemangkin integriti
bina jati diri
kawal emosi
bukan sembarangan provokasi
ada dasar kritis menyata harga diri.

Guru junjung amanah
lafaz janji bersumpah
bangunkan bangsa berdiri megah
bukan sembarangan bantah
ada kepincangan membarah.

Guru semua pun tahu
wariskan ilmu
suburkan rasa bersatu
bukan sembaragan sembilu
ada nanah mencucuk kalbu.

Guru selamanya dikau guru
engkau tahu
aku tahu
Dia tahu.

CNM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-11-2016 08:38 PM | Show all posts
Warkah Buat YDPA XV

Daulat Tuanku
sembah patik harap diampun

hamba susun sepuluh jari
menitip kata dari tinta hati
dengarkan bicara hamba ini

tahniah ucapan diberi
selayaknya Tuanku ke takhta tertinggi
payungan Tuanku kami nanti
moga berkat serata negeri

titah perintah Ilahi
diutuskan rasul dan nabi
hidupkan syariat yang diperingati
subur makmur negara menjadi
sejahtera bawa ke alam abadi

kami setia mentaati
lihatlah kami dari takhta suci
sengsara dalam indah manipulasi
perit hidup dalam kekayaan dimiliki
perbetulkan tadbir urus negara dicintai
kembalikan hak-hak kami

Tuanku yang disanjungi
kepada siapa lagi nak kami ratapi
berabad sudah Tanah Melayu menangisi
dari satu tangan ke satu tangan menjajahi
tak sanggup lagi dirobek hati-hati kami
dengan kuasa yang Tuanku miliki
perbaiki institusi memayungi

Tuanku yang disanjungi
politik berbasa-basi
kelihatan menikam harmoni
mencalar sanubari pejuang demokrasi
rasuah sana sini
serata dunia mula sangsi
amanah negara dikotori
rakyat terpana kepercayaan dikhianati

Ampun Tuanku
sembah patik harap diampun
bicara hamba yang hina
pertimbangkan dengan bijaksana
mudahan ada petunjuk dari-Nya
memayungi rakyat jelata.

CNM, 14/10/16.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2016 08:40 PM | Show all posts
Takdir Kita Berbeza 11

Kak
lihat teman-temanku
lihat teman-temanmu
takdir kita berbeza
aku anak istimewa
hanya di sisi ayah bonda

Kak
dikau ke pelusuk dunia
merantau cari ilmu
Bawa pulang
moga tak ketinggalan
kutumpang senang.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2016 08:42 PM | Show all posts
Takdir Kita Berbeza 12

Dia sempurna di mataku
keistimewaanmu
kekuatan bagiku
kekuranganmu
cabaran bagiku
dalam dirimu
mengalir darahku.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2016 08:44 PM | Show all posts
Takdir Kita Berbeza 13

Kak
jika tersusun sijil-sijilmu
capaian cemerlang
kususuri
sepertimu
kujuga ingin cemerlang
buat ibu abah bangga.|

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2016 08:49 PM | Show all posts
Takdir Kita Berbeza 14
Kak
Kala orang lain seusia
tekun menjawab SPM
aku tak tertakdir ikut serta
perancangan-Nya
terbaik buatku.
CNM
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2016 04:39 PM | Show all posts
ku masih menanti
gurisan rahsia hati
ungkapkanlah
lakarkan apa yang terpendam
lukisan jiwa pelangi rasa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2016 12:48 PM | Show all posts
reeny replied at 2-12-2016 04:39 PM
ku masih menanti
gurisan rahsia hati
ungkapkanlah

Pelangi melakar warna
setelah menyaksi langit gerhana
bahwa setelah hujan ada sinar cahaya
bahwa awan mendung akan memutih jua...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2016 11:56 AM | Show all posts
Di Tangan Orang

Pabila harga di tangan orang
lelah kita dipermain.

Getah, sawit, minyak, timah
sumber kita yang dijarah
harga diperendah.

Kita masih dijajah
dicatur arah
lemah
tiada daya menyanggah.

Bumi bertuah
hasil melimpah ruah
tadbir urus dikelir indah
petani pekebun nelayan gundah
himpitan hidup tak sudah-sudah.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2016 02:59 PM | Show all posts
Ya

Bau tanah ini
menusuk sukma
tanah yang terukir beribu kenangan...

terubat akan rindu
rindu pada kampung halaman
kicau burung kokok ayam
kembalikan kenangan silam...

ya semuanya
tak pernah hilang
tak mungkin pudar
detik ke detik membugar
walau kini jauh di rantau...

sesekali kembali
menghangat memori
kusimpan ke akhir nanti.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2016 03:00 PM | Show all posts
Teraju

Bertukar teraju
hati rasa bercelaru
akan terbangkah di angkasa biru
atau menjunam ke tanah lesu
berkecamuk kalbu.

Ya Rabb hadirkan
yang bervisi
yang ada hati budi
yang mudah didekati
yang mahu mengenali
takdirkan kami
berteraju utamakan organisasi.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2016 04:36 PM | Show all posts
Tatkala
hujan bermelodi
dingin menyelimut naluri
muncul di benak memori
enaknya setongkol rebusan ubi.

Tatkala
sinar disimbah mentari
bahang membakar naluri
hadir di benak memori
enaknya segelas sirap tapai ubi.

masih adakah yang mengenalimu?

Oh! Ubi Kayu.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2016 03:59 PM | Show all posts
Kerana Kasih Sayang

Suami
boroi perutnya
tatkala dijamu isteri
masakan penuh kasih sayang
tak ditolak walau pun kenyang.

Anak-anak
montel badannya
tatkala dibela seorang ibu
dengan penuh kasih sayang
hatinya tiada walang.

Isteri
tembam pipinya
tatkala dicurah suami
dengan limpahan kasih sayang
hatinya jadi tenang.

Lemak pun menumpang
dengan penuh kasih sayang.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2016 09:29 PM | Show all posts
Hati-hati

Esok ini
dijangka semua lebuh raya
jalan bandar raya
jalan bukan lebuh raya
penuh sesak
kenderaan berasak
tuju destinasi
pulang dari bercuti
lusa ke pejabat kembali
mesyuarat Guru 2017 punya sesi
kelewatan dijangka
bawa bekal jem dan roti
kalau mengantuk singgah minum kopi
jika lebih tiga jam bergilirlah suami isteri
mudahan selamat sampai tanpa tragedi
Ya Allah lindungi perjalanan kami.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2016 05:01 PM | Show all posts
Edited by Goldkey at 26-12-2016 05:30 PM

Telefon Pintar

Ya
telefon memang pintar
pelbagai applikasi terkini
suara dijadikan arahan operasi
suara ditukar kepada teks
panggilan video
semuanya berbaloi
NAMUN
pintarkah kita?
berwhatsapp ketika di jalan raya
membaca teks semasa turun naik tangga
tepuk dada tanya minda
kita sepintar telefon kita
atau jauh tertinggal di dunia ketiga
bak burung unta yang menyorotkan kepala.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2017 12:22 PM | Show all posts
Kehendak-Kemampuan-Realiti

Subhanallah
siang dan malam
terasa tak mencukupi
melunas kehendak duniawi;
lelah sepuluh jari,
bahuku tetap selebar dua kaki,
beban dipikul bertambah kati,
menimbun hari ke hari.

Sedang
kemampuan kerap menafi
lembab sudah kaki
ingin terus pantas berlari
namun aku rebah ke bumi
tersungkur berkali-kali
menyedarkan diri
upaya tiada lagi
mengikut kata hati.

Realiti
terjalan ke belakang
menongkah arus
ketinggalan
terbadai
berkecai
menunggu masa relai.

CNM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-4-2017 09:32 PM | Show all posts
Dulu-Kini

Dulu
pi sekolah jalan kaki;
kini pi sekolah nak bawa motosikal kawasaki
pun boleh jadi kereta Myvi
sebab tu agaknya langkah panjang
sekolah tak datang.

Dulu
pi sekolah bawa bekal nasi lemak;
kini pi sekolah singgah kedai mamak
pun boleh jadi restoran makanan segera
sebab tu agaknya minta tambah belanja
kalau tak termenung panjang di tangga.

Dulu
pin sekolah ingat pesan ayah bonda
belajar rajin-rajin jadi orang berguna;
kini pi sekolah kena paksa dek ayah bonda
lebih malang beragenda
takut dipotong duit belanja.

Dulu
cabaran begitu
kini
cabaran begini
dulu atau kini
yang penting tahu harga diri.

CNM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2017 07:22 PM | Show all posts
SINI BUKAN RUMAH KITA

Sini
Ingat bukan rumah kita
Nun di sana syurga
Indah tempat cipta Dia

Bumi
Untuk kumpul bekalan kembali
Kembali ke alam abadi
Alam selepas mati
Nikmat atau sengsara menanti

Rugi
Usia meninggi
Masih diulik mimpi
Amalan baik ditolak tepi
Hanyut bersama arus duniawi

Kembali
Ilahi maha mengasihani
Taubat mohon diampuni
Allah, janji-Nya pasti.

CNM, 21/4/17

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2017 07:49 PM | Show all posts
Masa

Anugerah yang berbeza
berlarilah mengikut temponya.

Ada di usia muda
langitnya biru ceria
di puncak jaya.

Ada di usia senja
awan kelabu mula tiada
baharu mengecap nikmat bahagia.

Takdir kita berbeza
Dia sebaik perencana
sabar terus berdoa
yakin akan janji-Nya.

CNM, 24/4/17
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2017 09:32 PM | Show all posts
Datang Lagi

Menjejak ke bulan Mei
pasti datang lagi
satu hari menghargai
insan bagai lilin
membakar diri
demi orang lain.

Oh! Cikgu
guru-guruku
tanpa kalian mana mungkin
aku kenal menulis baca
menconggak kira
cari ilmu dunia
bekal ke sana.

Duhai anak
hormati gurumu
telan yang pahit
semak yang manis
kelak tiada sesalan menghiris
hidup penuh tragis
hanya ditemani tangis.

Apapun jawatanmu
di manapun berdiri kakimu
berapapun tinggi pangkat darjatmu
segalanya bermula dari tunjuk ajar seorang guru
engkau tahu hakikat itu
akui ke dalam kalbu.

CNM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.097937 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list