CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Puisiku: Tinta Hati Menitip Kata III

  [Copy link]
 Author| Post time 7-12-2018 03:55 PM | Show all posts

Laut Kasih 411

Waktu ke waktu
kasih yang direstu
kuntumkan cinta di kalbu

Detik ke detik
kasih yang berputik
buahkan rindu yang mengasyik

Engkau dan aku
berlandas janji terakru
tuju ke labuhan yang satu.

CNM, 7/12/18
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-12-2018 02:36 PM | Show all posts
Edited by Goldkey at 14-1-2019 10:34 AM

Takdir Kita Berbeza 38

...dia banyak kelemahan
dia tak mengerti sepak terajang dunia
selalu terungkap dari bibirnya yang tulus
tak apa, tak ada apa-apa
murah dengan senyuman

...betapa dia dianugerahkan pengertian
untuk kekal sihat perlu riadah
untuk kekal cergas perlu bersenam
Ya Allah
syukur atas kurniaan kesihatan yang baik baginya.

Alhamdulillah.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2018 02:37 PM | Show all posts
Laut Kasih 412

...sayang
dalam kerencaman tugasmu
terima kasih
atas selaut kasih
yang telah engkau limpahkan
mudahan tautan janji
atas satu lafaz suci
kekal ke akhir nanti...

Nadi laut kasih kita
kita yang rasai.

CNM, 10/12/18.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2018 08:29 PM | Show all posts
Realiti bukan Fantasi

...apabila ada yang bersuara
mengesan jejak kepincangan
maka terpancul jerkah
nak cari salah orang
nak buka aib orang...

...sebalik suara-suara menongkah arus
ada pihak tak berdaya
terpedaya
teraniaya
hilang harta benda
tersisih dari keluarga
kerana ditekan yang berkuasa
kehendaknya kamu angguk saja
dinafikan hak menggelengkan kepala...

...ada-ada saja
penyangak yang haloba
di dunia mungkin kamu terhebat tipu daya
tunggu nasib di hadapanNya.

CNM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2018 11:11 AM | Show all posts
100pp Kejayaan


Kejayaan tidak akan datang bergolek. Ia sudah tentu digapai dengan satu pengorbanan yang selalunya tidak dilihat oleh orang lain. Keperitan yang dialami. Kesulitan yang ditempuhi. Onak duri yang diredah, hanya yang melaluinya saja yang mengetahui. Semuanya dititi dengan penuh kesabaran. Barang kali bukan sedikit masa, tenaga malah kewangan yang dipertaruhkan. Tiada jalan mudah untuk sukses melainkan berusaha menggengamnya dengan tabah. Prinsip tidak mudah putus asa, tidak mengalah sebelum berjuang dan tiada sesuatu yang mustahil harus didukung dalam mengejar sebuah kejayaan. Yakinlah bahawa kejayaan boleh dimiliki semua orang yang gigih berusaha tanpa jemu. Potensi diri harus dikembangkan bukan didiskriminasikan kerenah birokrasi.


CNM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2018 10:05 PM | Show all posts
Edited by Goldkey at 14-1-2019 10:35 AM

Takdir Kita Berbeza 39

Kak
ingat
dan sentiasa ingat
ke mana pun langkahmu
di belakang ada yang menanti
mengharap kasih
jaga dia
seperti mana
ibu abah menjaganya.

CNM
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-12-2018 10:06 PM | Show all posts
Edited by Goldkey at 14-1-2019 10:38 AM

Takdir Kita Berbeza 40

Kak
dulu kami lepas kamu pergi
demi sebuah cita
nun di sebalik ufuk barat
bukan dekat
rindu yang teramat
Alhamdulillah sudah tamat
segulung Ijazah tergenggam erat
kami menunggu akan kepulanganmu
mudahan tidak lagi berjauhan
tautkan kembali kasih dan sayang
melunaskan satu amanah
menjaga anugerah Dia.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2018 10:38 PM | Show all posts
Edited by Goldkey at 14-1-2019 10:38 AM

Takdir Kita Berbeza 41

Inilah anugerah terindah
satu amanah
dua permata ayah bonda
berbeza bak langit dan bumi
satu ke hujung dunia
satu tinggal jadi peneman setia
sebaik perancangan manusia
sesungguhnya perancanganMu tak terduga.

Alhamdulillah
walau berkali terbit air mata
muncul jua pelangi bahagia
redakan kami ke syurga.

CNM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-12-2018 08:33 PM | Show all posts
Edited by Goldkey at 14-1-2019 10:37 AM

Takdir Kita Berbeza 42

...dia anugerah terindah.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2018 08:34 PM | Show all posts
Edited by Goldkey at 14-1-2019 10:37 AM

Takdir Kita Berbeza 43

...kelopak mata ini sering bergenang
kenangkan, andai abah ibu tiada lagi di sisi
mudahan hidupmu terpelihara
Kak amanah ini
jaga sedaya
usah pernah lupa...

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2018 08:35 PM | Show all posts

Laut Kasih 413

Dinda
kasih kita
biar bertaut dari ufuk ke ufuk
tatkala mentari pagi menyimbah sinar
biar ia mewangi semerbak haruman mawar
tatkala purnama menerangi kamar cinta
biar ia benderang suluh jalan ke syurga.

CNM, 26.12.18
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2019 12:32 PM | Show all posts
Edited by Goldkey at 14-1-2019 10:37 AM

Takdir Kita Berbeza 44

...dengan berat hati
kami lepaskan
dikau pergi
mengejar impi
yang sudah jadi realiti

kini bertaut kembali
gembur kasihmu
pada dia yang sabar menanti
menumpang kasih
pada hayat yang berbaki.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2019 06:16 PM | Show all posts
Edited by Goldkey at 14-1-2019 10:36 AM

Takdir kita berbeza 45

Menumpang kasih saudara
Biar bawa ke syurga
Pergi duka
Hadir sejahtera
Akrabkan mereka.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2019 08:16 PM | Show all posts
Edited by Goldkey at 14-1-2019 10:36 AM

Takdir Kita Berbeza 46

Kuntumkan senyum
kasih yang terangkum
biar kekal bercantum
subur mengharum

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2019 08:17 PM | Show all posts
Edited by Goldkey at 14-1-2019 10:36 AM

Takdir Kita Berbeza 47

Kak
telah pun jauh langkahan
dan pulang bawa kejayaan
usah lagi pergi
adinda kamu
sudah lama menanti
tumpahkan kasihmu
ganti waktu yang lalu.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2019 08:18 PM | Show all posts
Edited by Goldkey at 14-1-2019 10:35 AM

Takdir Kita Berbeza 48

...langkah ini sehala
kembali kepada Dia
sebaik tempat berada
berutung yang bertakwa
Ya Rabb
anugerahkan kami syurga
kekal abadi selamanya.

CNM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-2-2019 08:03 PM | Show all posts
Takdir Kita Berbeza 49

Dia dengan caranya
tampil bergaya
tampak sempurna
warnai hati ayah bonda
senyumlah anakanda
penuhi hari yang ceria
lupakan perit duka
bahawa bahagia milik semua.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2019 05:59 PM | Show all posts
Takdir Kita Berbeza 50

Kak
kamu terbang ke hujung dunia
kejar cita mulia
telah pun jaya
penuh bermakna

aku di ketiak ayah bonda
menumpang kasih seada
izin daku mengecap bahagia
tertakdir sedemikian rupa
Dia sebaik penentu agenda...

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2019 09:29 AM | Show all posts
Takdir Kita Berbeza 51

Di sini minatmu
teruskan ...nak
Abah ibu kakak
menyokong kamu
mudahan ada sinar
kembangkan potensi diri

kamu banggakan kami.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2019 09:30 AM | Show all posts
Takdir Kita Berbeza 52

Kak
usah pernah lupa
amanah Dia
di belakangmu
menunggu saudara
menumpang kasih
bawa ke syurga

CNM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.073277 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list