Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
45596
View
640
Reply

Puisiku: Tinta Hati Menitip Kata III

[Copy link]

Author: Goldkey       Show all posts   Read mode

Author
 Author| Post time 13-4-2014 08:00 PM | Show all posts
Krisis Air

Paling maju punya negeri
krisis air menjadi-jadi
bekalan silih berganti
sulit nak masak basuh mandi
ramai rasa nak gali perigi.

Oh! YB MB
tolong selesaikan isu ini
perkara asas perlu dipenuhi
terjejas nanti kualiti produktiviti
bekalan air menekan emosi.

Pengurusan air perlu diperbaiki
perbetulkan kelemahan sana sini
usah biar rakyat menderita begini
kerajaan berkebajikan adakah hanya ilusi?
suatu agenda meraih undi!

CNM, 13/4/14, BBBangi. Last edited by Goldkey on 14-4-2014 09:08 AM

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 13-4-2014 08:41 PM | Show all posts
Kenapa perlu integriti?

Lihat pada apa yang terjadi
tragedi demi tragedi
integriti kian mati
nyawa jadi galang ganti
pada manusia pentingkan diri.

Tragedi bas yang terkini
didakwa pemandu punca ada yang mati
telefon bimbit diuliti
tiada fokus semasa tugas rasmi
entah apa yang dilayani.

Kaji dan renungi
tiba waktu tingkatkan integriti
beri sepenuh hati
dalam laksana tugas hakiki
mudahan dilindungi Ilahi.

CNM, 13/4/14, BBBangi.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 13-4-2014 09:35 PM | Show all posts
Makan di rumah.

Hari minggu, sudah jadi rutin ke Shah Alam. Hantar anak balik asrama. Al-kisahnya, aku suka makan jambu batu kat tepi asrama tu. Biasa beli dua tiga ringgit dalam satu bungkus saja, nak makan terus dalam kereta. Hari ini entah apa angin tuan punya gerai dibungkusnya asam asing suruh aku makan di rumah. Nak kena ikut tuan punya kedai ek?

CNM, 13/4/14
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-4-2014 03:10 PM | Show all posts
Krisis Air 2

Air punya hal
badan dah naik gatal
kualiti air sangat memual.

Air punya hal
kepala dah naik sengal
hujan turun catuan tetap berjadual.

Air punya hal
hati lembut jadi terjal
dek pengurusan air gagal.

CNM, 14/4/14 Last edited by Goldkey on 14-4-2014 03:17 PM

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-4-2014 04:54 PM | Show all posts
Krisis Air 3

Saban petang
hujan guruh petir
bila catuan akan berakhir?

YB Tan Seri
usah sibuk soal saman menyaman
yakinkan rakyat langkah tamatkan catuan.

Terbukti SYABAS lemah
apa lagi nak ditunggu?
Cari pengurusan baru.

CNM, 15/4/14
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 18-4-2014 08:47 PM | Show all posts
Krisis Air 4

Negeri maju
kelihatan mundur
rakyat nak air kena beratur.

Negeri maju
kelihatan mundur
strategi tambah bil bekalkan air kotor.

Negeri maju
pengurusan kabur
isu air tunjuk perancangan tak teratur.

Negeri maju
masalah asas sepatut dikubur
tapi makin hangat melecur.

CNM, 18/4/14, BBBangi.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 19-4-2014 05:33 PM | Show all posts
Krisis Air 5

Payoh
baso ore kerah keng
duk palu gong kata negeri hok maju
keraje'a paling cekap
tak dok rasuah
tapi bakpo
isu rakyat tak leh selesa
sapoh seminggu dah tak akat
air nak basuh berak kecin tak dok.

Sibuk cari pitih
air di ghumah kerin garin
sapoh besepoh.

Pah maju kot celah mano?

CNM, 19/4/14
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 19-4-2014 06:57 PM | Show all posts
Krisis Air 6

Nak mandi sungai
sungai tercemar
nak mandi hujan
hujan berasid.

Esok nak pi rumah MB
nak tumpang mandi
barang sebaldi.

CNM, 19/4/14
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 19-4-2014 07:15 PM | Show all posts
Krisis Air 7

Saat ini
aku mendengar
sayu suara
langit menangis
bersimpati
warga alam
kehausan.

Adakah engkau mendengar?

CNM, 19/4/14




Last edited by Goldkey on 19-4-2014 07:17 PM

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 19-4-2014 10:26 PM | Show all posts
Krisis Air 8

Isteri: Abang pilah makan.

Suami: Nak tunggu sayang suap, tak ada air nak basuh tangan.

CNM, 19/4/14
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 19-4-2014 10:26 PM | Show all posts
Krisis Air 9

Ramai yang susah hati
tertahan-tahan
nak tunai 'hajat' susah.

Perkara asas tak dijaga
ke pejabat dengan rasa tak selesa
produktiviti bagaimana rupa?

CNM, 19/4/14
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 19-4-2014 10:26 PM | Show all posts
Krisis Air 10

Percuma
cebuk saja dari sungai
panaskan
tersedia "teh tarik".

Percuma
tadah saja air paip
panaskan
siap "kopi O".

Majukah kita?

CNM, 19/4/14
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 19-4-2014 10:27 PM | Show all posts
Krisis Air 11

Kerajaan Selangor
luluskan projek MRT
bagus!
Meningkatkan mobiliti.

Lebih bagus
kiranya didahulukan
loji pemprosesan air terawat
sektor industri tak gawat.

Rakyat didahulukan?
Atau rakyat dikelirukan?

CNM, 19/4/14
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 19-4-2014 10:27 PM | Show all posts
Krisis Air 12

Guru Tadika: Anak-anak kenapa badan perlukan air yang cukup?
Murid: Supaya badan dapat berfungsi cikgu.
Guru Tadika: Jawapan yang bagus, tapi tak semua orang faham.

CNM, 19/4/14
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-4-2014 08:55 PM | Show all posts
Krisis Air 13

Hujan saban hari
air mencurah banyak
malangnya terlalu kotor
dek rakus tangan manusia
merobek sistem penapis semulajadi.

Hutan ditebang
bukit bukau ditarah
batu-bata dikorek
merosakkan cipta-Nya
pembangunan lestari tinggal teori!

CNM, 24/4/14
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 3-5-2014 09:04 PM | Show all posts
Krisis Air 14

Air dah laju
terima kasih MB Selangorku.

Air dah menderu
moga tiada lagi dicatu.

Air sangat diperlu
rancanglah dengan ilmu.

Air menghidupkan sesuatu
tanpa air hidup tak menentu.

CNM, 3/5/14.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 4-5-2014 10:38 PM | Show all posts
Diam

Diam
pada persoalan
mungkin tanda setuju
mungkin menyorok malu.

Diam
pada provokasi
elak tragedi
hindar konfrantasi.

Diam
boleh jadi emas
boleh jadi racun
fahami dalam diam.

CNM, 4/5/14.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-5-2014 10:55 PM | Show all posts
GST

Untung atau rugi?
Sama-sama kaji
tak tahu cari definasi.

Untung atau rugi?
Congak cara tak mengaji
jangan ikut-ikutan kaki demostrasi.

Untung atau rugi?
Bandingkan harga bila membeli
makin murah atau naik lagi.

CNM, 7/5/14
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 8-5-2014 10:38 PM | Show all posts
Tujuh Hari Tujuh Malam

Tujuh hari
tujuh malam
aku jaga, aku belai
seperti dia menjaga
seperti dia membelai.

Tujuh hari
tujuh malam terakhir
saat bersamanya
kekal segar dalam ingatan
tak pudar dek zaman.

Tujuh hari
tujuh malam
aku di sisi
aku mematai
hingga nafas berhenti.

Dua tahun lama
aku pujuk jiwa
terima dia telah tiada
moga syurga buatmu bonda
dikaulah ibu terbaik pernah kujumpa.

CNM, 8/5/14 Last edited by Goldkey on 8-5-2014 10:45 PM

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 13-5-2014 09:05 PM | Show all posts
Dia

Dia
tak pernah lupa
mengajar tulis baca
darab bahagi tolak tambah mengira
dari kosong sarat dada.

Dia
pakar motivasi
bimbing bentuk jati diri
buat menjunjung maruah ibu pertiwi
berdaya saing di medan globalisasi.

Dia
membuang ego
merendah diri mencipta hero
modal insan kental bagai Zorro
bijak pandai akal tak 'zero'

Dia
penunjuk jalan direstu
elak lopak selut dan debu
menuju gedung ilmu
buat menempuh hidup berliku.

Dia
cikguku
guru tak mengira waktu
membimbing tanpa jemu
selagi hayat terus mencurah ilmu.

SELAMAT HARI GURU.

CNM, 13/5/14
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.075575s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list