|
[Jenayah]
Skandal di negeri selatan tanah melayu
[Copy link]
|
|
Cakkkk....aaaa posted on 31-12-2013 11:49 AM
anak dia post sajak tersebut dalam blog ...ayah dia tulis beberapa artikel yg telah buat ada pihak ...
Yang PASTI, yg bunuh diri akan ke neraka!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
atai posted on 31-12-2013 12:08 PM
la ye ke..
xtau la betul ke tak..takut gambo hoax jer..
gambar tu betul. 100% betul...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kolum minggu sebelumnya
http://www.sinarharian.com.my/ko ... ultan-imam-1.224097
Naungan khalifah, sultan & imam
MUHAMMAD ALI HASHIM
25 November 2013
MINGGU lalu kolum ini fokus kepada pentingnya perlindungan dan naungan kuasa politik Melayu membangun kerjaya dan memperkasa CEO GLC menyempurnakan amanah membina organisasi membela masa depan ekonomi bangsa.
Saya berkongsi pengalaman Johor Corporation (JCorp) yang mendapat manfaat daripada kebesaran jiwa dan ketinggian hemah Sultan Iskandar Johor mengguna kuasa istana memangkin JCorp berjaya menjadi organisasi korporat cemerlang.
Pada saya kesediaan Sultan Iskandar mengguna kuasa istana Johor menaungi JCorp sebenarnya antara “aset tidak nyata” (intangible asset), yang juga “modal politik” paling tinggi nilai kepada GLC negeri seperti JCorp, mengupayakannya menyempurnakan amanah korporatnya.
Naungan memangkin kecemerlangan
Aset dan modal ini memudahkan JCorp fokus membina bisnes hingga syarikat seperti Kumpulan Perubatan Johor Sdn Bhd (KPJ) yang pada mulanya dimurkai dan dititah tutup oleh Sultan, akhirnya berjaya memiliki lebih 20 hospital bukan sahaja di Malaysia, malahan juga di luar negara.
Saya dapati Sultan Iskandar kemudiannya turut berbesar hati dan bangga dengan kejayaan KPJ. Pernah satu ketika, dengan nada serius sekali pun berseloroh, baginda bertanya kepada saya: “Kenapa tidak naikkan bendera Johor di semua hospital KPJ milik JCorp?”
Syarikat pemilik Hospital Pakar Johor ini kemudiannya ditukar nama kepada KPJ Healthcare Bhd dan disenaraikan di Bursa Malaysia pada November, 1994, dengan langganan sahamnya 88 kali melebihi tawaran (oversubscribed).
Sambutan menggalakkan ini satu petanda keyakinan tinggi masyarakat pelabur, bukan sahaja terhadap KPJ, malahan juga terhadap keupayaan JCorp.
Lebih berkesan kepada JCorp, naungan kuasa Sultan Iskandar yang terkenal dengan personaliti hebat luar biasa dihormati dan digeruni ramai, melindungi JCorp daripada campur tangan dan kompromi politik melemahkan dan kerenah politik murahan.
Perlindungan dan naungan ini lebih bermakna terutama apabila baginda sendiri tidak mempunyai agenda peribadi memiliki saham atau mengambil sesen pun “royalti” daripada bisnes JCorp sepanjang saya menjadi CEO.
Semua ini memudahkan CEO JCorp menangani ancaman politik dari sudut lain, termasuk mengatasi kesilapan dasar kerajaan dan kompromi politik negara.
Misalnya, dengan adanya naungan politik istana, mudah sekali JCorp mengatasi arahan songsang kerajaan, terutama yang jelas bertentangan dengan aspirasi memperjuangkan kepentingan jangka panjang rakyat jelata.
Menangani doktrin liberalisasi
Sekali pun kerajaan pasti tidak senang dengan tindakan GLC atau agensi menentang arus dasar dan menolak arahan, namun kadang kala ini harus GLC lakukan untuk maslahat dan kepentingan lebih besar bangsa dan negara.
Sewaktu menerajui JCorp, beberapa kali saya berhadapan situasi menuntut saya menentang arus dasar kerajaan.
Peristiwa paling mencabar berlaku ketika kerajaan dipengaruhi doktrin liberalisasi kapitalisme global melaksanakan dasar penswastaan di Malaysia dan JCorp diarah turut sama menswastakan saham syarikat miliknya yang mencatat keuntungan tinggi.
Doktrin liberalisasi melampau pro-swasta menuntut kerajaan tidak terbabit bisnes, sekali pun dengan tujuan mengimbangi jurang ketidakadilan ekonomi.
Justeru, peranan GLC seperti JCorp membela nasib golongan bawahan dan melindungi hak kepentingan rakyat jelata daripada dihimpit dan dipinggirkan korporat swasta tidak disenangi pejuang politik liberalisasi. Sebaliknya, agenda perjuangan puak liberalisasi bertujuan menswastakan JCorp dan semua GLC.
Ternyata Dasar Penswastaan memudaratkan kepentingan ekonomi Melayu setelah pegangan hak milik ekuiti Melayu merosot.
Lebih memudaratkan ialah kesan dan impak negatifnya apabila semangat juang bisnes dan korporat GLC serta patah dan morale atau motivasi CEO terjejas teruk, seperti disaksikan berlaku pada beberapa GLC/PKEN lain.
Tragedi paling besar berlaku apabila bahagian bisnes strategik yang diswastakan kepada individu Melayu akhirnya terlepas tangan.
Selain kehilangan hak milik, dipercayai Dasar Penswastaan juga antara punca utama kerakusan kuasa, korupsi dan kronisme menjejas imej politik Malaysia. Saya yakin penswastaan juga telah memburuk dan membusukkan imej dan nama baik Dasar Ekonomi Baru sebagai penegak keadilan membela masa depan rakyat jelata.
Apa pun, alhamdulillah, JCorp berjaya mengatasi semua halangan, membolehkannya berkembang pesat membina keupayaan menjadi GLC amanah perkasa memiliki beberapa bisnes strategik negara.
Keupayaan tinggi JCorp terbukti setelah nilai pasaran modal (market capitalization) saham syarikat tersenarai JCorp mencatat lebih RM20 bilion pada akhir 2012.
Peranan amanah JCorp lebih ketara setelah berjaya membina barisan membabitkan lebih 200 intrapreneur atau entrepreneur amanah anak bangsa, antaranya berkeupayaan menerajui bisnes strategik, termasuk tersenarai bukan sahaja di Malaysia, malahan juga di Bursa Saham London.
Khalifah, sultan dan imam
Sesungguhnya JCorp bertuah kerana selama empat dekad sejak penubuhannya mendapat perlindungan politik positif lagi memperkasa. Tanpa lindungan kuasa politik merangsangkan, mustahil JCorp dapat berkembang pesat menghimpun harta kekayaan korporat, jauh sekali daripada mengekalkan hak milik saham dan melangsungkan kecemerlangan korporatnya.
Namun, kuasa politik menaungi GLC seperti JCorp sentiasa berubah mengikut perubahan situasi politik pada sesuatu masa. Justeru, CEO dan barisan pengurusan GLC perlu sentiasa waspada bertindak sewajarnya melayari perahu organisasi dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan memegang kuat semua tali teraju di tangan mereka.
Tugas dan amanah utama mereka ialah menentukan akhirnya perahu GLC tidak hanyut, terlepas genggaman kemudi, hilang pedoman atau langsung karam dilanda ribut taufan, termasuk oleh gelora berpunca kuasa politik atasan.
JCorp bertuah kerana dalam dekad pertamanya, kuasa politik didominasi personaliti hebat pengerusi pengasasnya, Tan Sri Othman Saat, bekas Menteri Besar Johor.
Ketokohan politik Tan Sri Othman dan ketinggian hikmah bisnes beliau membolehkan JCorp (ketika itu PKENJ) bertapak dengan teguh mengatasi segala tuntutan dan karenah politik murahan terhadapnya. Di dekad kedua hingga ke empat, iaitu di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Johor, senario politik Johor berubah sama sekali setelah didominasi kuasa istana.
Sekali pun pada mulanya terancam dan tertekan, pada akhirnya JCorp beroleh manfaat luar biasa. Dalam tiga dekad di bawah pemerintahan Sultan Iskandar, JCorp mendapat kesempatan sangat luas bertumbuh dan berkembang pesat membina organisasi, sekali gus membangun ekonomi negeri dan negara.
Kesimpulannya, tidak kira sama ada berpusat di istana atau di dominasi parti politik pilihan demokrasi, kegunaan kuasa oleh penguasa politik berperanan paling besar dan sangat kuat mempengaruhi, mencorak dan menentukan prestasi sesebuah GLC.
Sejarah membuktikan bukan sahaja harta GLC, malahan harta wakaf milik ALLAH SWT sekali pun sanggup diperibadikan penguasa politik atau istana. Pernah berlaku di Turki harta wakaf dirampas penguasa politik sekular di bawah pimpinan Kamal Ataturk, tanpa mempedulikan hukum Islam mengenainya.
Pada akhirnya, dalam penggunaan kuasa politik (sama ada istana atau pemimpin pilihan rakyat menerusi demokrasi), kita “…perlu mengingatkan erti dan fungsi raja (atau penguasa) dari perspektif Melayu dan Islam.” (Lihat buku Dr Siddiq Fadzil: “Islam dan Melayu – Martabat umat dan daulat rakyat”).
Dr Siddiq merujuk kepada peringatan Raja Ali Haji dalam bukunya “Thamarat al- Mahammah”: “Raja Ali Haji mengingatkan makna raja bukan “… membuat apa sukanya di atas rakyatnya…” tetapi merujuk pengertian tiga istilah politik Islam: khalifah, sultan dan imam.
Raja dalam pengertian khalifah dimaknai sebagai pengganti dan pelanjut pemerintahan nabawi yang berlandaskan al-Quran, al-Hadith dan al-ijmak. Raja dalam pengertian sultan dimaknai sebagai penguat kuasa keadilan hukum yang bersumberkan ajaran ALLAH dan rasul-Nya. Raja dalam pengertian imam pula dimaknai sebagai pemimpin dan ikutan.”
* Tan Sri Muhammad Ali Hashim Presiden, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) [email protected] |
|
|
|
|
|
|
|
Cakkkk....aaaa posted on 31-12-2013 12:08 PM
That Tan Sri youngest son's death is fabricated.
soal siapa yg terlibat dan apa sebenarnya yg b ...
Jadi anak dia tu mati ke tidak?
Masyaallah, betapa dia telah dicerca di CI dahulu
|
|
|
|
|
|
|
|
Cakkkk....aaaa posted on 31-12-2013 12:08 PM
That Tan Sri youngest son's death is fabricated.
soal siapa yg terlibat dan apa sebenarnya yg b ...
Semacam dengan apa yang aku fikir. Sajak dia tu pun macam ada kena mengena.
Tapi macam mana ya kalau dikatakan kejadian ni fabricated? Bukan kah budak tu sendiri yang pergi beli petrol?
|
|
|
|
|
|
|
|
Artikel awal.. banyak maksud tersirat...

* Tan Sri Muhammad Ali Hashim Presiden, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) [email protected]
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ada 100 orang ahli korporat berfikiran seperti beliau, InsyaAllah GLC boleh menjadi terbilang dan tidak menjadi hak milik dan kepentingan mana2 parti politik. |
|
|
|
|
|
|
|
I think they main keys can be found in the sajak.
1. Pemahaman saya: Sajak ini ditulis semasa anak itu tinggal di luar negara. Bahagian pertama mengenai kerinduannya untuk kembali ke tanah air manakala bahagian kedua mengenai menuntut hak. Apa hak dan masa silam yang ingin dituntut? Dan dengan siapakah 'hak itu' ingin dituntut. General understanding, si anak menuntut kepada bapanya (masa? kasih sayang?) , sebab itulah si bapa ada menulis....
...... " Juga, jelas terbukti, kasih sayang dan keprihatinan yang ayah dan mama berikan rupa-rupanya tidak dapat mengisi semua kekosongan dan tidak sampai kepada apa yang Khaled berhak mendapatkan"....
2. Kenapa si bapa memilih sajak ini untuk dimuatkan di kolumnya? Kan ada 10 sajak lain? Lepas itu dibubuhnya pula tajuk 'Menebus Hak dan Masa Silam". Adakah beliau menggunakan sajak ini untuk menuntut haknya pulak? Atau menyatakan ketidakpuas hatiannya? Atau cuma pihak setiausaha istana yang tersalah sangka?
Last edited by Tok_Batin on 31-12-2013 12:34 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Kisah Tan Sri sebenarnya bermula bila ada pihak memproksikan istana utk take over JCORP dan assetnya...
|
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy posted on 31-12-2013 11:58 AM
tertinggal ketapi gamaknya
bideo nooraida ada nak?
|
|
|
|
|
|
|
|
dia ni kan adk fatimah hashim menteri wanita pertama di Msia
nampak gaya umno dah goyah di johor ni kalau macai dah tak mo jadi macai lagi |
|
|
|
|
|
|
|
kes nak takeover jcorp la ni ye..tans sri ni tak puas hati la ada campurtangan istana.... |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated posted on 31-12-2013 11:47 AM
so apa title dia skg? encik ja ka?
Tan Sri la ... Tan sri kan dari federal ... Yg pulang tu state punya .. Bawa gelaran Dato' |
|
|
|
|
|
|
|
takziah sekali lagi buat anaknya..
yang nyata kfc pizza hut memang dah merundum |
|
|
|
|
|
|
|
By the way, konfirm kah sajak anak dia tu 100% tulisan anaknya?
Sebab part atas dan bawah macam berbeza laras dan maksudnya. Seolah-olah part bawah tu ditambah sahaja? (IMHO)? |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe posted on 31-12-2013 12:56 PM
takziah sekali lagi buat anaknya..
yang nyata kfc pizza hut memang dah merundum
mana taknya, kfc ayam makin kecik, aku reli makan ayam mcd, walaupun saiz takla beza sgt, at least ianya refreshing.
pizza hut dah out skang sbb dominos, tak tau la orang lain, tapi aku prefer dominos sebab senang nak order online, delivery dia pantas, and if lambat leh dpt kupon piza free.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tok_Batin posted on 31-12-2013 12:56 PM
By the way, konfirm kah sajak anak dia tu 100% tulisan anaknya?
Sebab part atas dan bawah macam b ...
sajak tu dah ada dalam blog anaknya sebelum kematian anaknya...
dia hanya mention sajak itu dalam artikel kolum sinar harian
|
|
|
|
|
|
|
| |
|