CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: juliez

[Tempatan] Unassisted Homebirth (Kes Kematian Terbaru #1772 pg71)

  [Copy link]
Post time 2-1-2014 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikuuum....rumah baru daah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-1-2014 07:40 AM | Show all posts

Can someone copy paste this and tempek it in here?

she is bakal amani doula

http://m.facebook.com/story.php? ... 54982&locale2=en_US

From her blog
Buat masa ni, aku sedang mempersiapkan minda dan diri sendiri untuk percubaan VBA2C. Harapanku, agar aku berjaya VBA2C dan seterusnya lebih berkeyakinan untuk membantu lebih ramai ibu yang mahu VBAC. Insya Allah

http://liyanahelmy.com/2013/10/08/aku-dan-amani-birth/

mmg amani birth ni sokong vbac ker? I is confuse Last edited by juliez on 2-1-2014 07:45 AM

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
juliez posted on 2-1-2014 03:30 AM
Mohon doc @mimigorjes bg pencerahan gentle birth

Kerje babe.nnt blk keje aku khatam . definition dah ade kan tu.aku xtau def die tapi yg pasti aku  AGAINST  it hehe.kalau kene kt patient aku siap la smpi lubang cacing aku carik doula2 tu .its a warning to doula!
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasiblah aku 'kilang' dah tutup x yah dok sibuk pasal amani la gentle la..tapi kena ingat gak 2 nyawa dlm taruhan...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 08:14 AM | Show all posts
ghumah ke dua dah..chaiyaok..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 08:28 AM | Show all posts
rajin betul tt siap compile & bukak umah baru
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2014 08:51 AM | Show all posts
bagus benang ni....
suka suka

arap ramai doula yang masuk mengadap...
pastu doula boleh la suroh doktor bergenti keje


udah ada doula ap guna nya doktor
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 08:53 AM | Show all posts
Liyana Helmy

Haish banyak pulak yang menyebarkan fitnah ni. Founder dah bagi explanation pun still ada orang (yg lambat naik train) nak sebar.

AMANI Birth is not about homebirth, and so is gentle birth. Lain kali nak share tu cuba search dulu apa benda tu semua.

AMANI Birth is a childbirth education class. Sama macam Bradley-Method Childbirth Class, Hypnobirthing Class, Lamaze Method Class. IT IS AN ANTENATAL CLASS! Bezanya kurikulum AMANI Birth ditulis oleh seorang muslimah dari USA dan menerapkan konsep ISLAM dalam kurikulum itu. Contohnya pentingnya berusaha dan bertawakal (tie your camel), dan bagaimana Allah memberi ilham kepada Maryam AlaihisSalam sewaktu melahirkan Isa AlaihisSalam. Tiada satu mukasurat pun dalam buku AMANI Birth yang mengajar tentang HOMEBIRTH. Di mana dia bersalin adalah keputusan si ibu dan suami. So please, stop this slander.

Apa yang dipelajari melalui childbirth class?
Orang yang hadir ke childbirth class akan belajar untuk mengamalkan pemakanan yang betul sewaktu mengandung, senaman yang sesuai, fisiologi kelahiran, apa yang berlaku sewaktu 'labour', apa yang berlaku selepas bayi keluar, penyusuan bayi dan berpantang.

Gentle birth pula adalah suatu konsep yang menekankan suasana yang 'stress-free' kepada ibu dan bayi dari sejak mengandung, melahirkan hinggalah proses berpantang. Seterusnya diikuti oleh konsep gentle parenting. Gentle birth can be achieved in a hospital setting through mutual understanding and good rapport with your care provider. Definition of a gentle birth might differ from one mother to another. As long as the mother and baby are happy, it can be considered as gentle birth.

I hope this helps to shed some light to anyone yang tak rasa nak research dulu sebelum sebar cerita yang dia sendiri pun tak tahu hujung pangkal.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2014 08:53 AM | Show all posts
gentle birth tu i support,but say BIG NO tu unassisted childbirth

kat blog dr halina ni ade doula yatt tanye dr halina ok ke tak beranak kat rumah?n dr tu sendiri dh cakap 'i would say no.tolong dapatkan assistance misi/doktor'.tetibe die reply dh beranak sendiri kat rumah

well,nasib semua orang tak sama.tak semua orang fit nak beranak sendiri kat rumah ok.for me,i dun mind medical interventions,yang penting i tak put my baby on risk.kalau ade pape,pakar ade sedia kat hospital.kalau kat rumah,we wont know if the mother or the baby ada problem pape kan.

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 08:57 AM | Show all posts
ya allah
serba serbi di suruh google
berguru ngan setan la ni kan hahahaha
houlier-than-thou la puak2 ni perasan hebat perasan pandai padahal pandai google..
tu pun silap2 salah pemahaman
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 08:57 AM | Show all posts
Cerita Kelahiran Irfan; VBAC yang Disabotaj
POSTED ON OCTOBER 28, 2013 BY LIYANAHELMY

Dah setahun umur Irfan, tapi baru hari ni tergerak nak tulis pasal hari Irfan dilahirkan. Irfan, anak kedua aku, dilahirkan pada hari Isnin, 10 September 2012. Abang Irfan, iaitu Aiman, telah dilahirkan secara cesarean 2 tahun 4 bulan sebelumnya. Maka semestinya untuk kali ini aku mahu melahirkan Irfan secara normal pula (vaginal birth after cesarean).

Hampir 2 minggu sebelum Irfan dilahirkan, aku melihat ada ‘bloody show’, atau orang Melayu kata ‘turun tanda’. Tompokan-tompokan darah keluar selama beberapa hari, diselangi lelehan air ketuban (leaking). Namun aku tak menggelabah, kerana aku tahu bahawa belum sampai masanya untuk aku melahirkan. Aku telah belajar dari kesilapan sewaktu melahirkan Aiman, di mana aku pergi ke hospital terlalu awal, menyebabkan doktor membedah aku. Kali ini, aku belajar untuk lebih mendengar dan mempercayai naluriku.

(**Nota Pengajaran: Sesetengah orang hanya bersalin setelah beberapa hari turun tanda.)

8 September 2012

Setelah seminggu, aku mula merasakan kontraksi yang lebih kerap. Mungkin Braxton-Hicks lagi, mungkin tidak. Tapi aku layankan saja. Aku masih mampu bergelak ketawa dan membuat kerja rumah.

9 September 2012

Petang itu, aku mula merasa sakit kontraksi yang lebih kuat dan lebih kerap. Aku agak pasti kali ini bukan lagi kontraksi Braxton-Hicks. Di tengah perbualan, aku terpaksa berhenti seketika untuk menahan sakit. Tapi sakit kontraksi itu belum teratur (regular), berlaku secara rambang. Maknanya masih belum masa untuk pergi ke hospital. Aku nekad kali ini untuk tunggu di rumah sehingga betul-betul rasa sakit.

Malam itu aku tidur lebih awal kerana keletihan.

10 September 2012

Jam 2 pagi – Aku dikejutkan dari tidur oleh kontraksi yang sangat kuat. Rasa macam gempa bumi. Aku pusing ke kanan, ke kiri, semuanya tidak selesa lagi. Aku cuba duduk, berdiri, aku rasa serba tak kena. Bila kontraksi datang, aku berdiri bersandar pada tiang, berusaha menahan sakit dengan mengetap bibir. Tanganku digenggam. Allahu Akbar! Itu saja yang mampu aku sebut setiap kali sakit itu datang. Oh begini rupanya sakit kontraksi.

(**Pengajaran: Sepatutnya sewaktu sedang sakit kontraksi, jangan ketap bibir dan genggam tangan, sebaliknya buka bibir, keluarkan bunyi dan seluruh badan dalam keadaan rileks)

Jam 4 pagi – Sakit semakin kuat. Aku semakin gelisah. Aku tak dapat tidur. Aku cuba kejutkan suamiku yang lena. Dia tak sedar. Kasihan, tentu keletihan menunggu untuk membawaku ke hospital. Sejak tadi, aku cuba lupakan kesakitan dengan memasang alunan Al-Qur’an oleh Sheikh Saad Said Al Ghomidi. Kemerduan suara itu menusuk ke dalam jiwaku dan aku dapat rasakan ketenangan menusuk ke seluruh urat sarafku yang sedang menjalankan tugasnya untuk melahirkan anakku.

Jam 6 pagi – Sakit semakin kuat, aku sudah tidak mampu bertahan. Airmata laju membasahi pipi. Suara yang merdu itu sudah tidak dapat mengatasi kesakitanku. Maka aku fikir mungkin sudah sampai masanya untuk aku bersiap ke hospital. Aku pun mandi, bersolat Subuh dan menunggu suamiku bangun.

Jam 8 – Kami bertolak ke hospital yang hanya 5 minit dari rumahku. Setibanya di hospital, aku meminta pada misi di kaunter hadapan untuk masuk ke dalam bilik bersalin untuk menjalani CTG. Di bilik bersalin, aku dimaklumkan bahawa doktor aku belum sampai. Dalam hati aku rasa gembira, kerana sedikit sebanyak naluri aku merasa kurang enak dengan doktor itu. Aku menerima kehadiran doktor ganti dengan hati yang terbuka.

Entah kenapa, sewaktu aku menjalani CTG, kesakitanku hilang. Misi datang dan memeriksaku. Sudah 8 cm katanya. Aku sangat gembira. Aku fikir, dah 8 cm, tak mungkin mereka akan cser aku lagi. Cerahlah harapan aku untuk berjaya VBAC. Aku berasa gembira. Doktor ganti itu juga sangat baik dan lemah lembut orangnya. Beliau mengesahkan yang aku sudah mencapai 8 cm. Aku semakin positif!

Jam 10 pagi – Doktor aku tiba-tiba muncul di muka pintu bilik bersalin. Serentak itu, aku rasakan harapan aku tergugat. Beliau memeriksaku. “Bayi awak dalam kedudukan OP, boleh jadi sebab awak ada CPD, pelvik awak kecil, kita kena bedah awak.” Aku rasa marah, namun aku cuba mengawal suasana. “Saya tetap nak cuba normal juga doktor.” “Tak boleh, saya takut nanti bahu bayi awak tersangkut.” Malang sekali kerana beberapa hari sebelum tu, aku ada membaca artikel tentang ‘shoulder dystocia’, iaitu bahu bayi tersangkut di pelvik ibunya dan terpaksa dipatahkan untuk membolehkan bayi itu lahir. Ia boleh menyebabkan kecacatan kekal pada bayi.

Semestinya aku tidak mahu ia berlaku kepada anakku. Aku tidak mahu mengambil risiko itu. Walaupun di suatu sudut hatiku, aku merasakan doktor itu cuba mengambil kesempatan, aku tetap tidak mahu mengambil risiko. Sejujurnya, secara tiba-tiba aku tidak yakin dengan kemampuan doktor itu menyambut kelahiran bayiku. Kalau dia pandai, kenapa dia sibuk nak bedah orang?

Serentak dengan itu, tiba-tiba graf CTG menunjukkan kadar denyutan jantung bayi yang lemah. Doktor mengambil kesempatan untuk mendesakku untuk bersetuju dengan pembedahan. Padahal, sebelum ni pun kadar denyutan jantung bayiku memang sebegitu, terutamanya bila aku mengiring ke kanan. Aku tahu yang doktor itu tahu hakikatnya tiada apa yang tidak kena, namun beliau sengaja menggunakan situasi itu untuk kepentingan beliau.

Maka aku tandatangani jua surat kebenaran pembedahan. Yang pasti, aku tidak akan datang lagi kepada doktor itu.

Pembedahan berjalan lancar. Aku diberi spinal anaesthetic; iaitu hanya bius separuh badan. Aku berbual dengan pakar bius yang duduk di kepalaku. Tiba-tiba, misi membawa seorang bayi kepadaku. “Eh, x bunyi suara pun dia keluar!” Bayi ini berwajah garang, seolah-olah marahkan orang yang mengganggu kenyamanannya di dalam perutku. Aku ketawa melihat wajahnya. 3.73 kg! Ish besarnya! Alhamdulillah. Doktor pun menjahitku kembali.


Aku rasakan lama benar pembedahan kali ini berbanding pembedahan pertama. Setelah selesai, aku disorong masuk ke wad.

Penyembuhan kali ini juga aku rasakan lebih sukar berbanding yang pertama. Walhal aku lebih bersedia secara mental dan emosi. Susu hanya keluar setelah 5 hari berbanding waktu melahirkan Aiman (susu keluar pada hari kedua). Mungkin kerana aku lebih banyak tidur selepas melahirkan Aiman berbanding kali ini, di mana aku lebih banyak berjaga. Menyebabkan badanku kurang mendapat rehat untuk sembuh dari pembedahan besar ini.

Sekianlah cerita kelahiran Adel Irfan. Di penghujung cerita ini, ingin aku kongsikan beberapa pengajaran yang aku dapat setelah melalui pembedahan kali kedua ini.

Naluri seorang wanita itu tidak diciptakan tanpa sebab oleh Allah. Naluri adalah kurniaan Tuhan yang sangat penting, yang kita harus dengar dan percaya. Apatah lagi naluri seorang ibu. Naluri bukan nafsu. Oleh itu, dengarlah kata naluri kita dan jangan abaikannya.
Melahirkan anak adalah tugas kita. Ia merupakan kerjasama antara ibu dan bayinya yang telah diprogramkan oleh Allah sejak azali. Dengar naluri kita, dengar suara tubuh kita, maka kita sebenarnya mampu melahirkan tanpa bergantung kepada doktor. Doktor hanya diperlukan jika berlaku kecemasan. Ibu dan bayi yang sihat insya allah akan dapat lahir tanpa masalah.
Jika doktor asyik sebut (walaupun sekali) pasal nak cser kita, sila pertimbangkan untuk mencari doktor lain.
Doktor tidak semestinya sentiasa betul. Beliau belajar teori secara umum, namun kita yang lebih mengenali tubuh kita sendiri. Ada doktor yang masih kurang pengalaman, maka kesilapan boleh berlaku. Lebih teruk lagi, ada doktor ( di hospital swasta) yang sengaja mencari peluang untuk mengecaj lebih, terutamanya jika kita di bawah pembiayaan insurans.
Pembedahan cesarean bukanlah cara yang paling selamat untuk melahirkan. Perlu diingat bahawa pembedahan cesarean merupakan sebuah pembedahan abdomen yang besar (major abdominal surgery). Pelbagai komplikasi boleh timbul antaranya alahan terhadap ubat bius, lekatan antara organ dengan parut dalaman dan banyak lagi.
Setiap wanita yang mengandung MESTI belajar tentang proses kelahiran secara semulajadi. Jangan harapkan doktor saja untuk memberi tunjuk ajar. Kebanyakan doktor tiada masa untuk itu dan hanya akan bertindak mengikut apa yang dia rasa perlu, walaupun kita mungkin tidak mahu mahupun perlukannya. Belajarlah dengan menghadiri kelas antenatal persendirian, ataupun melalui internet dan youtube. Fahami kebaikan dan risiko dari setiap tindakan yang kita ambil.
Wallahu a’lam~
sumber belog= http://liyanahelmy.com/2013/10/28/cerita-kelahiran-irfan-vbac-yang-disabotaj/
baKAL doula - liyana helmi
fb nya https://www.facebook.com/mie.liyana?fref=ts  
   Liyana Helmy
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 09:01 AM | Show all posts
juliez posted on 2-1-2014 01:10 AM

apa maksud samdol ni
ilmu hitam harus dibelajar? untuk melindungi keluarga?
what nonsense nye?
ada sesetengah manusia macam ustaz yg mengubat org sakit (buatan syaitan) mmg belajar cara org mengamal ilmu hitam supaya boleh counter attack/rawat
tapi bila ayat belajar ilmu hitam diletakkan dalam satu ayat ngan untuk melindungi keluarga, hmmm, sesat dah samdol ni

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 09:02 AM | Show all posts
lagi doula

Aisha Al Hajjar

Training for AMANI Childbirth Teachers and Doulas in Jeddah right around the corner, insha’Allah...still time to sign up!


fb= https://www.facebook.com/hm4hbksa
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 09:03 AM | Show all posts
miawpink posted on 2-1-2014 08:57 AM
Cerita Kelahiran Irfan; VBAC yang Disabotaj
POSTED ON OCTOBER 28, 2013 BY LIYANAHELMY

anak she muka marah
mebbi marah sebab dibersalinkan paksa melalui operation???

liyana ni bersalin kat kelana jaya medical centre ke? tu dr fatimah (najla) ngan dr syed tu
aku ada nombor hp dr fatimah..kang aku call suruh dr fatimah piat telinga minah ni kang
Last edited by MelahJanda on 2-1-2014 09:05 AM

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 09:05 AM | Show all posts
Aku dan AMANI Birth
POSTED ON OCTOBER 8, 2013 BY LIYANAHELMY

Assalamualaikum

Hari ni nak cerita pasal suatu cerita yang dah agak nak basi, tapi sebab mood tu baru datang so baru la dapat cerita. Dalam dashboard blog aku ni ada 22 draf, macam-macam cerita yang aku tulis separa siap. Macam tu la jadinya bila ada anak kecil yang asyik nak berkepit. Baru Mama duduk menghadap laptop, dia datang tunjuk muka dahaga kasih sayang. Bila angkat letak atas riba, dia pulak yang lebih-lebih sibuk menaip!

Ok untuk posting kali ni, aku nak cerita pasal training AMANI Birth yang aku attend baru ni. Alhamdulillah, di suatu weekend di akhir bulan Jun yang lalu, aku telah selamat menghadiri bengkel untuk menjadi Childbirth Educator (CBE) dan Doula. Training yang aku follow ni adalah bawah affiliation dengan organisasi bernama AMANI Birth yang berpangkalan di USA. Secara mudahnya, CBE ni adalah cikgu yang mengajar pasal mengandung dan bersalin; iaitu segala ilmu asas yang setiap bakal ibu patut tahu tentang penjagaan diri waktu mengandung, fisiologi tubuh sewaktu kelahiran dan yang sewaktu dengannya. Doula pula adalah orang yang meneman dan membantu ibu nak bersalin. Emm paham tak ayat aku ni? Harapnya jelas la ye.

Bengkel tu mengambil masa 3 hari penuh, iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula jam 9 pagi sampai 5 petang. Waaa panjang betul masanya! Memang sangat meletihkan. Syukurlah suami aku sudi mengambil cuti untuk sama-sama hadir ke bengkel ni. Irfan kan masih menyusu, so kena la bawak Irfan. Aiman pulak, sah-sah la nak ikut aku jugak. Sejak lahir, dia tak pernah tak nampak batang hidung aku selama lebih dari 3 jam. Jadi, terpaksalah aku bawa dua-dua anak, dan Papa diorang la yang kena tolong jaga. Dalam masa yang sama, boleh la Papa dia dengar sekali apa yang aku belajar. Semoga dia dapat juga manfaat dari bengkel tu sebagai persiapan untuk masa akan datang. Allah saja yang tahu betapa aku bersyukur kepadaNya dan berterimakasih kepada suamiku atas sokongan yang ditunjukkan atas usaha aku untuk mendapatkan pengalaman bersalin yang terbaik.

Nak menghabiskan bengkel tu adalah suatu struggle huhuhu. Namun dengan izin Allah jua, dan berkat sokongan dari kedua ibubapa dan lebih-lebih lagi suami tersayang dan anak-anak yang sudi meneman, maka tamatlah jua bengkel tu dan berjaya dapat sijil. Alhamdulillah.

Tu baru habis bengkel. Dah settle bengkel, kena settlekan academic requirements pulak. Tak perlu la aku cerita detail kat sini, cukup la aku cerita yang nak menyelesaikan academic requirements pun kena bercinta dengan Irfan dulu. Hahaha.

Nanti bulan 11 ni nak join training jadi lactation counsellor pulak. So target aku, by the time aku dah bersedia untuk jadi CBE dan doula, aku boleh jadi breastfeeding consultant sekali. Nanti Irfan dah besar sikit, boleh la aku bebas sikit untuk bergerak aktif sebagai birth and lactation activist. Buat masa ni, aku sedang mempersiapkan minda dan diri sendiri untuk percubaan VBA2C. Harapanku, agar aku berjaya VBA2C dan seterusnya lebih berkeyakinan untuk membantu lebih ramai ibu yang mahu VBAC. Insya Allah~

Kami sekeluarga bersama instructor bengkel merangkap founder AMANI Birth iaitu sis Aisha Al-Hajjar



Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 09:11 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2014 09:19 AM | Show all posts
juliez posted on 2-1-2014 12:06 AM
Melayu islam. Tapi doula dah terconfuse penggunaan arwah & mendiang

dh hidup berapa tahun tak tahu bezakan arwah dgn mendiang nie? ckp mcm islamik sgt tp tgk gaya mcm urban je.. caiiitt

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 09:27 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Terlebih 'cerdik pandai' pun susah gakk
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
juliez posted on 2-1-2014 07:40 AM
Can someone copy paste this and tempek it in here?

she is bakal amani doula

Lom branak di rumah la ni...apa masalah anak dia? Shoulder dystocia?pr else?tak phm abbr dia....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.225175 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list