View: 6961|Reply: 57
|
[Tempatan]
Kereta Perodua Myvi Auto dipandu wanita rempuh pejabat JKM
[Copy link]
|
|
Kereta rempuh pejabat JKM
NOR ‘ASYIKIN MAT HAYIN
3 Januari 2014
Kereta rempuh pejabat JKM Pemandu kereta Perodua Myvi hilang kawalan sebelum merempuh bahagian depan pejabat.
Pintu hadapan pejabat JKM itu rosak teruk namun tiada kecederaan dan kemalangan jiwa.
LEDANG - Suasana tenang pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Ledang di Jalan Ab Ghani, di sini, bertukar kecoh apabila sebuah kereta dipandu seorang wanita tiba-tiba terbabas dan merempuh pintu hadapan bangunan berkenaan, kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 10 pagi itu mengejutkan 12 kakitangan dan tiga pelanggan yang sedang berurusan di jabatan terbabit, sebelum lari menyelamatkan diri.
Susulan pelanggaran itu, pintu kaca bahagian kanan pejabat yang menempatkan ruang rehat dan makan pecah, manakala hadapan kereta terbabit memasuki ruang premis berkenaan.
Pegawai Kebajikan Masyarakat Ledang, Ab Gani Ab Bakar berkata, beliau terdengar bunyi dentuman kuat semasa berada di tingkat atas pejabat seterusnya segera turun ke tingkat bawah untuk mengetahui perkara sebenar.
“Pada mulanya, saya sangka bunyi tembakan, tetapi terkejut lihat kaca berselerakan dan sebuah kereta Produa Myvi rempuh pintu pejabat.
“Mujur semasa kejadian tiada kakitangan yang berada dalam bilik itu kerana mereka bersarapan lebih awal berbanding kebiasaannya iaitu sekitar jam 10 pagi,” katanya.
Ab Ghani berkata, kereta terbabit dipandu seorang wanita berusia lingkungan 20an secara sendirian.
Katanya, wanita terbabit yang tidak mengalami sebarang kecederaan pada mulanya meletakkan kereta di hadapan pejabat sebelum pergi ke sebuah kedai berhampiran.
“Selepas menghidupkan enjin kereta, wanita itu tertekan pedal minyak kenderaan transisi automatik berkenaan sebelum ia bergerak laju lalu merempuh pintu premis tersebut.
“Kita terpaksa menenangkan mangsa yang kelihatan terkejut dan ketakutan selepas insiden itu,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
pompuan lg. |
|
|
|
|
|
|
|
salah tekan pedal la ni. nk brek tp pijak pedal minyak |
|
|
|
|
|
|
|
Yieeehaaaaa.... makanan rohani @peYno suda mariii...jom amik popcorng... |
|
|
|
|
|
|
|
ni aku risau sgt bwk beralih dr keta manual ke keta auto.. Last edited by little_sis on 3-1-2014 03:59 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
kang komen lebih2 orang ckp aku seksis lak, tapiiii.. |
|
|
|
|
|
|
|
Selayaknyalah, Eloah bayar cash ja skang nih.
Abam speku betina ni mesti ganas handle gear abamnya atas katil |
|
|
|
|
|
|
|
parking depan pintu???ke langgar dinding kaca?kalau dinding kaca...xder penghalang langsung ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
pompuan dan langgar premis berpisah tiada |
|
|
|
|
|
|
|
err pernah gak tersalah tekan |
|
|
|
|
|
|
|
maibih haibim nak menggulingkan JKM ke.,.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa dia dh biasa bawa keta manual..tu yg biasa berlaku.. |
|
|
|
|
|
|
|
takziah.. kesiannya.. musti shock beliyau ngan kejadian ni..
ganas gak minah nih.. tekan pedal kuat sangat ke sampai kete tu ternaik ke atas simen.. |
|
|
|
|
|
|
|
kantoi.... staf JKM kuar sarapan awai........... |
|
|
|
|
|
|
|
“Mujur semasa kejadian tiada kakitangan yang berada dalam bilik itu kerana mereka bersarapan lebih awal berbanding kebiasaannya iaitu sekitar jam 10 pagi,” katanya.
wah!..bestnye keje gomen... |
|
|
|
|
|
|
|
amboi.. pukul 10 masih sarapan ye |
|
|
|
|
|
|
|
bkn isu manual atau auto.
isu lain --- tidak boleh kawan kerete.
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_rambutan posted on 3-1-2014 04:00 PM
kantoi.... staf JKM kuar sarapan awai...........
JKM ni ramai melayu...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|