CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dauswq

★Debaran Top 5 CARI 2013 K-Drama & Variety Star Awards: Jumaat 9.00 malam★

[Copy link]
Post time 11-1-2014 12:56 AM | Show all posts
wonto posted on 11-1-2014 12:54 AM
mmg merembes pn..
dlm MIB ada ji sub gak kn?


ade.........part ending tragis,,semo mati

ko dh masak ke megi,,,bak sikit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2014 12:58 AM | Show all posts
inaniloquent posted on 11-1-2014 12:52 AM
tu lar pasal muda sgt.....anak hikan voleh lar
tp sore dia mcho kot..............tu yg nmpk  ...

igtkn dh tdoq..
tp KSH dlm moon embracing the sun best lakonan dia..

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2014 12:58 AM | Show all posts
inaniloquent posted on 11-1-2014 12:54 AM
aduihhhh............madik2
suh je lar bini dia pujuk.........kang dh lar xfofular,,ade scand ...

dh x popular,dgn cara skandal la nk up blik nma dia..
tp klu skandal dia @makdik2301 ,mmg x up2 la..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2014 12:59 AM | Show all posts
wonto posted on 11-1-2014 12:51 AM
gurau ja is..
klu ckp ltak 6 ni td pn,mmg x terpikir ltak shark..

yela yela sapa la kan namgil dia mata ko

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2014 01:00 AM | Show all posts
wonto posted on 11-1-2014 12:58 AM
igtkn dh tdoq..
tp KSH dlm moon embracing the sun best lakonan dia..

kalo ko tgk balik semo cite yg dia berlakon byk menang award
aikk dh kenyang ker................star of the night
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2014 01:00 AM | Show all posts
inaniloquent posted on 11-1-2014 12:56 AM
ade.........part ending tragis,,semo mati

ko dh masak ke megi,,,bak sikit

dh..dh abih dh pun..
nsib ms mkn, x igt abg soo bin..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2014 01:01 AM | Show all posts
wonto posted on 11-1-2014 12:58 AM
dh x popular,dgn cara skandal la nk up blik nma dia..
tp klu skandal dia @makdik2301 ,mmg x up2 l ...

siap lh jadi bahan panas............kalah gossip SNSD
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2014 01:02 AM | Show all posts
inaniloquent posted on 11-1-2014 01:00 AM
kalo ko tgk balik semo cite yg dia berlakon byk menang award
aikk dh kenyang ker....... ...

xtgk sgt cite dia..
iols lyn hero2 tua ja..
la dk ulang blik air city. oh,abg jung jae..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2014 01:03 AM | Show all posts
wonto posted on 11-1-2014 01:00 AM
dh..dh abih dh pun..
nsib ms mkn, x igt abg soo bin..

aik makan megi je ker,,,abg jo xsponsor ker
org makan nasi ayam penyet
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2014 01:04 AM | Show all posts
wonto posted on 11-1-2014 01:02 AM
xtgk sgt cite dia..
iols lyn hero2 tua ja..
la dk ulang blik air city. oh,abg jung jae..  ...

kalo kertu cm song jong ho nk lar jugak
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2014 01:05 AM | Show all posts
ismaha posted on 11-1-2014 12:59 AM
yela yela sapa la kan namgil dia mata ko

bkn..sbb xtgk cite tu.
jgn majuk is.. nnt iols suh abg jo pujuk..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2014 01:08 AM | Show all posts
inaniloquent posted on 11-1-2014 01:03 AM
aik makan megi je ker,,,abg jo xsponsor ker
org makan nasi ayam penyet

sedapnya ns ayam penyet..
abg jo mst suka sbb korea kn mkn pedas.
lee jung jae pn kertu jg.tp msih hot. song jong ho tu x sangka nk dkt 40-an.
abg xyah ckp la..mmg kertu dh pn..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2014 01:11 AM | Show all posts
kiranya team bae so bin, song jong ho & lee sung jae kah yg bakal berentap sesama sendiri nnt?
dua calon yg awal tu stand out jugak tau...jgn pndg rendah
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2014 01:11 AM | Show all posts
wonto posted on 11-1-2014 01:08 AM
sedapnya ns ayam penyet..
abg jo mst suka sbb korea kn mkn pedas.
lee jung jae pn kertu jg ...

nah supper.............jamuan penutup majlis

Last edited by inaniloquent on 11-1-2014 01:14 AM

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2014 01:15 AM | Show all posts
dauswq posted on 11-1-2014 01:11 AM
kiranya team bae so bin, song jong ho & lee sung jae kah yg bakal berentap sesama sendiri nnt? {:1_5 ...

xla daus..sj ja nk gembirakan ati ngn bakal kekalahan abg jo.
calon smua mantap2.. mmg layak la abg jo dk no 5.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2014 01:16 AM | Show all posts
inaniloquent posted on 11-1-2014 01:11 AM
nah supper.............jamuan penutup majlis

aduh,sedapnya..
dah..dah..nnt bg support kt  abg jo.dia x jd tempah bju.
dia ckp nk pkai t-shirt ja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2014 01:19 AM | Show all posts
wonto posted on 11-1-2014 01:16 AM
aduh,sedapnya..
dah..dah..nnt bg support kt  abg jo.dia x jd tempah bju.
dia ckp nk pkai t-shirt ...

kedekut btol
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2014 01:21 AM | Show all posts
dauswq posted on 11-1-2014 01:11 AM
kiranya team bae so bin, song jong ho & lee sung jae kah yg bakal berentap sesama sendiri nnt? {:1_5 ...

jenoh bae so bin kuar kan hingus
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2014 01:43 AM | Show all posts
dauswq posted on 11-1-2014 01:11 AM
kiranya team bae so bin, song jong ho & lee sung jae kah yg bakal berentap sesama sendiri nnt? {:1_5 ...

sekarang baru aku paham kenapa retis2 selalu cakap "saya tak sangka pon menang, saya dah cukup bersyukur sebab tercalon top 5"
rupanya memang sengit sangat nak masuk top 5.. sume calun hebat2
Park SiHoo masuk top 5 pun aku dah rasa nak nangis neh terima kasih anugerah cari


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2014 04:36 AM | Show all posts
Drama melankolik Secret mendominasi pencalonan utama CARI 2013 K-drama Awards
by dauswq

  


Secret merupakan antara drama KBS yang mendapat rating tertinggi pada tahun lepas telah berjaya membolot pencalonan kategori terbaik terbanyak dalam Anugerah CARI 2013 K-drama pada tahun ini.


CARI K-drama Awards buat kedua kalinya bakal diadakan pada tahun ini dengan menyaksikan lebih 30 drama yang berentap dengan 24 daripadanya layak berdasarkan merit. Pada kali ini, CARI K-drama Awards  digabungkan sekali dengan CARI K-Variety Star Awards. CARI K-Variety Star Awards buat pertama kalinya dari cetusan idea parasitology diadakan untuk menghargai kakitangan yang terlibat dalam variety shows. Bod Asian & Latin Drama FORUM CARI dengan penulis selaku pencipta/penyumbang idea (creator), akan menganjurkan CARI 2013 K – Drama & Variety Star Awards diadakan pada lewat Feb 2014. Dibantu oleh AJK-AJK Utama seperti parasitology, mafilee, azie.dz, ismaha, cinta_ungu dan AJK-AJK sampingan seperti babesYa, miaw.pink, anugerah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada drama-drama korea yang telah ditayangkan sepanjang tahun 2013 berdasarkan review  yang ditulis sendiri oleh peminat-peminat drama korea dari kalangan forumer CARI (kategori terbaik) manakala undian bagi kategori popular. Antara drama yang tercalon adalah I Can Hear Your Voice, Master’s Sun, Heirs, Secret dan beberapa lagi drama yang memberikan saingan yang sengit dalam 9 kategori terbaik dan 13 kategori popular yang telah dipertandingkan. Kategori yang dipertandingkan termasuklah Drama of The Year, Best Screenplay, Best Director, Best Actor/Actress Award, CARI K-drama Popular Choice dan Popular Actor/Actress Award.


Drama yang bertemakan pembalasan dendam tampaknya tahun ini menunjukkan taringnya dengan menguasai pencalonan utama anugerah CARI 2013 K-Drama. Secret membolot 7 pencalonan merangkumi Drama of The Year, Best Director, Best Screenplay, Best Actor, Best Actress dan Best Supporting Actor. Secret mengekori rapat pencalonan “Big Five” dan terbanyak pada tahun lepas iaitu Moon Embraces The Sun (pada tahun lepas, kategori utama digabungkan sekali dengan tiga anugerah popular) dengan hanya satu kategori tidak dicalonkan iaitu Best Supporting Actress. Secret diikuti dengan Jang Ok Jung dan Master’s Sun yang masing-masing mendapat 6 pencalonan. Jang Ok Jung mendapat pencalonan agak serupa dengan Secret, cuma tidak tercalon untuk kategori Best Supporting Actor. Ini menunjukkan drama Jang Ok Jung bakal memberikan saingan yang agak sengit kepada drama Secret. Walaupun jika dibandingkan rating kedua-duanya, Secret lebih mendahuli dengan rating yang agak tinggi, ulasan-ulasan dari forumer CARI sebaliknya memberi kelebihan yang agak selesa untuk drama Jang Ok Jung berada senada dengan Secret. Begitu juga berlaku pada drama ber’rating’ rendah iaitu Shark yang berjaya meraih empat pencalonan utama (Drama of The Year, Best Director, Best Album Production, Song of The Year) disebabkan oleh ulasan-ulasan positif daripada forumer CARI. Bagi peminat drama Hong Sister, keputusan pencalonan Master’s Sun mungkin agak mengecewakan bagi sesetengah pemerhati kerana gagal untuk meraih Best Screenplay walaupun drama ini disebut-sebut akan meraih “Drama of The Year” tetapi masih tercalon untuk kategori utama yang lain. Gu Family Book yang mempunyai genre saeguk yang agak serupa dengan Jang Ok Jung juga meraih beberapa pencalonan penting dan bakal menyekat dominasi empat drama yang disebut tadi. I Can Hear Your Voice antara drama yang mendapat tempat di hati peminat k-drama pada tahun 2013 juga tercalon dalam dua kategori penting.


Bercerita tentang “Critically Acclaimed Best Actor/Actress/Supporting Actor/ Supporting Actress”,  tahun ini menyaksikan kategori-kategori ini mempamerkan variasi yang berbeza dengan kategori Popular Actor/Actress berbanding pada tahun lepas.  Bagi kategori Best Actor, hanya Yoo Ah In dan Jo Won merupakan calon muda manakala tiga yang lain daripada golongan tiga siri. Park Shi Hoo yang terlibat dalam skandal seks pada awal tahun 2013 tidak mencacatkan peluangnya untuk dicalonkan dalam Best Actor. Watak skema dan gila-gila yang dibawanya dalam Alice Cheongdamdong meninggalkan kesan yang agak mendalam di kalangan forumer CARI. Antara aktor yang bakal memberikan saingan sengit adalah Ji Sung dan Jo Won. Jo Won yang dipuji akan keberkesanannya membawa watak doctor yang mengalami penyakit autism semenangnya antara calon feveret untuk meraih anugerah ini. Namun, Ji Sung yang pertama kalinya membawa watak lelaki yang obses ke atas seorang perempuan yang dibencinya bakal menyekat kemaraan Jo Won. Tidak lupa juga So Ji Sub yang juga tercalon mungkin kerana berani membawa watak yang lari norma lakonan asalnya.


Berdasarkan pemerhatian semasa, anugerah Best Actress CARI 2013 Kdrama seperti sudah "locked" kepada pemenang best Actress drama Greatest Love MBC dua tahun lepas, Gong Hyo Jin. Dia bakal dicabar oleh pelakon-pelakon lain yang tidak kunjung hebatnya seperti Hwa Jum-Eum, Song Hye Gyo, Choi Ji Woo  dan Kim Tae Hee.


Pada tahun ini, tiada langsung calon usia muda ditemui dalam kategori Best Actress. Sedikit kekecewaan pada peminat drama I Can Hear Your Voice, Lee Bo Young iaitu pemegang Daesang untuk SBS award bagi drama yang dilakonnya tidak tercalon untuk kategori Best Actress ini. Gong Hyo Jin, disebut-sebut akan dikuncikan untuk memenangi anugerah ini atas lakonan mantap bersahaja ala-ala kampung  di dalam drama Master’s Sun. Hwa Jum-eum bakal memberikan saingan yang begitu sengit kepada Gong Hyo Jin dalam kategori ini berdasarkan beberapa kritikan positif dari media yang menghargai sisi lakonannya yang ditunjukkan sebagai seorang perempuan yang masih mampu gagah berdiri setelah dikhianati cinta dan pengorbanannya. Di samping itu, calon lain seperti Song Hye Gyo , Kim Tae Hee dan Choi Ji Woo tidak kurang hebatnya dalam mempamerkan karakter mereka masing-masing. Untuk kategori Best Supporting Actor pula, Bae So Bin yang berjaya melakonkan watak lelaki bacul dan dayus sememangnya antara calon feveret untuk anugerah ini selain Lee Sung Jae iaitu pemegang watak penjahat yang korup dan gila seks di dalam Gu Family Book dipuji atas keunikan watak antagonis yang dibawanya. Song Jo Ho, Kim Wo Bin dan Jo Sang Wook bakal menutup peluang kedua-dua aktor tersebut. Akhir sekali, kategori Best Supporting Actress menyaksikan dua calon veteran berentap dengan dua calon muda dan dua calon kanak-kanak dalam kategori yang sama. Kim Sung Ryung yang dikritik positif atas lakonannya sebagai ibu yang meratib hiba atas  kehilangan anak tersayang yang ditunjukkannya dalam Queen Of Ambition dan watak ibu yang sengal dalam Heirs bakal memberi saingan sengit kepada Kim Young Ae , pemegang watak pengarah hospital yang ego dan ecentrik di dalam Medical Top Team. Lee Chae Mi pula mungkin akan mencipta rekod pemegang anugerah termuda sekiranya beliau memenangi anugerah ini. Tidak lupa juga, Han Chae Ah yang dipuji lakonannya di dalam Marry Me If You Dare berbanding pelakon-pelakon utama dalam drama tersebut.



Heir mencatatkan rating tertinggi pada tahun lepas mengisahkan kehidupan remaja-remaja kaya yang merupakan pewaris takhta empayar mereka dan kisah percintaan antara dua darjat berbeza. Heirs berjaya mendapat pencalonan kategori popular yang terbanyak sekali.


Selesai kategori Terbaik, penulis beralih kepada pencalonan bagi kategori popular pula. Berdasarkan analisis, Heirs membolosi 18 pencalonan dalam kesemua kategori dipertandingkan termasuk beberapa kategori penting seperti CARI K-Drama Popular Choice. Lee Min Ho dan Park Shin Hye yang merupakan pelakon utama Heirs, masing-masing tercalon di dalam Popular Actor/Actress dan Couple of The Year. Heirs juga meraih pencalonan terbanyak di dalam kategori Rookie Actor/Actress dan Popular Ahjusi/Ahjumma. Dengan menyaksikan pencalonan terbanyak Heirs kali ini, ini menunjukkan bahawa populariti Heirs di CARI Forum semenangnya selari dengan kedudukan weekday rating tertinggi di SBS iaitu 30% pada tahun ini. Namun, agak mendukacitakan buat peminat Heirs kerana drama ini kurang tercalon di dalam kategori terbaik  melainkan Best Supporting Actor dan Best Supporting Actress sahaja disebabkan review-review yang sedikit negatif dan kurang menyenangkan. Di samping itu, Master’s Sun menduduki tempat kedua dengan pencalonan sebanyak 12. Lain-lain pencalonan boleh dilihat di keratan bawah.



Bagi kes drama Reply 1994 yang hanya tercalon satu kategori terbaik dan satu kategori popular, penulis ingin menjelaskan bahawa ulasan drama ini tidak dibuat untuk membolehkan drama ini dinilai di dalam kategori terbaik lain seperti – Drama of The Year, etc. Jikalau dinilai, Reply 1994 mungkin akan tersangkut satu atau lebih anugerah daripadanya. Pencalonan Reply 1994 dalam Song of The Year adalah “totally” disebabkan merit kelayakan dari Billboard Chart.

Secara keseluruhannya, dengan berakhirnya peringkat awal saringan pada 1 Januari 2014 yang lalu, maka tibalah masanya untuk kita mengundi dan menilai calon-calon yang dipertandingkan sehingga 14 Februari 2014. Pihak penganjur juga berharap dengan adanya anugerah seperti ini, dapat menarik minat lebih ramai penonton untuk menilai & memberikan buah pandangan pada drama-drama yang telah dihasilkan. Terima kasih daun keladi kepada forumer mafilee, manganini, parasitology, YoonArang, mitnick, azie.dz, ismaha, WeAine, violet_ingrid, ichi, rileks dan lain-lain tidak disebut yang tidak kunjung-kunjung menghantar ulasan mereka bagi setiap drama yang ditonton untuk penilaian pihak kami. Proses penilaian akhir dan pengundian akan dibuka bermula dalam masa seminggu ini.


*Hasil nukilan forumer dauswq.
Last edited by dauswq on 11-1-2014 04:40 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.089404 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list