- Kebanyakan laluan utama di Saudi telah ditenggelami banjir hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]
DUBAI - UNITED ARAB EMIRATES . Hujan lebat berterusan melanda beberapa bahagian di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), menurut media tempatan, semalam.
Kelmarin, pusat meteorologi turut menasihati orang ramai supaya tidak menghampiri pantai.
"Perubahan cuaca tersebut disebabkan oleh tekanan permukaan rendah dari timur Arab Saudi. Keadaan itu mengakibatkan ombak besar setinggi 2.7 meter di Teluk Arab," kata jurucakap biro ramalan kaji cuaca kebangsaan.
Di Saudi, beberapa kawasan di negara itu turut ditenggelami banjir dan hujan lebat dijangka berterusan selama beberapa hari lagi.
Difahamkan, banjir di beberapa laluan utama di Taif juga telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk, dipetik dari laporan Al-Arabiya.
http://www.sinarharian.com.my/global/hujan-lebat-landa-uae-arab-saudi-1.238179
|