CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4618|Reply: 18

[Tempatan] Kami bukan mat rempit

[Copy link]
Post time 8-1-2014 10:28 AM | Show all posts |Read mode
  • Ahli kelab COE BRKL ketika berkonvoi ke Mersing, Johor.
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]


RAUB - “Minat motosikal tak semestinya kami mat rempit,”.

Demikian kata Presiden Crew of EX5 Bentong, Raub dan Kuala Lipis (COE BRKL), Muhammad Nazri Salim yang menegaskan mahu membuktikan kepada masyarakat bahawa meminati sukan bermotosikal tidak semestinya membawa imej mat rempit.

Justeru itu katanya, golongan belia yang meminati motosikal jenis Honda EX5 telah membentuk sebuah kumpulan membabitkan tiga daerah iaitu Raub, Bentong dan Kuala Lipis bertujuan menangkis tanggapan negatif masyarakat terhadap anak muda.

“COE BRKL yang ditubuhkan pada 2011 ini dianggotai kira-kira 100 ahli terdiri dalam kalangan anak muda yang meminati Honda EX5.

“Kami merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti menarik namun berfaedah kepada belia seperti berkonvoi. Bagaimanapun, kami menekankan aspek pemanduan berhemah setiap kali berkonvoi kerana tidak mahu digelar mat rempit,” katanya.

Muhammad Nazri berkata, berkonvoi bukan sahaja meluaskan pemandangan malah turut berpeluang melihat cara hidup masyarakat luar.

“Terbaru, kami mengadakan konvoi ke Air Papan Mersing, Johor pada 27 Disember lalu.

“Kami ke sana bukan untuk makan angin semata-mata tapi pengisian program turut merangkumi aktiviti kerja amal membantu golongan yang memerlukan,” katanya.


http://www.sinarharian.com.my/kami-bukan-mat-rempit-1.238239
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2014 12:23 PM | Show all posts
uiyoo ade presiden tuhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 12:32 PM | Show all posts
mat rempit mana ada yg mengaku diri dia mat rempit..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 12:45 PM | Show all posts
nak nipu le tewwwww
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 12:53 PM | Show all posts
Sagoo posted on 8-1-2014 12:23 PM
uiyoo ade presiden tuhhhhh

ni ala2 berahim ali lah.  sendiri tubuh pastu jadi presiden...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 12:55 PM | Show all posts
zorrro_03 posted on 8-1-2014 12:53 PM
ni ala2 berahim ali lah.  sendiri tubuh pastu jadi presiden...

untong la dpt lantik diri sendiri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2014 12:56 PM | Show all posts
ok dik...
nak konvoi ke, nak buat rombongan ke
tolong jangan nak beremba kat jalan raya
seumpama jalan ni tok wan yang bikin ya...
selalunya pakat dok konvoi
pastu dok la beremba 3-4 biji bagi penuh lane
fikir fikir orang lain yang tak nak join rombongan korang tu ye
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 02:31 PM | Show all posts
Kalau anda mampu menjaga akhlak sama ada ada di jalan raya atau di luar jalan raya,rasanya takda yang akan menggelarkan anda sebagai mat rempit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2014 02:47 PM | Show all posts
ahad lepas terserempak dengan geng2 EX5 dari kelantan kot sebab no semua D.... yg aku respek deme semua stop kat surau bila time solat... kalau jaga solat @ takut allah.... insallah dengan manusia pun baik...

so group ni kalau takmo di chop mat rempit gi la buat amal kat surau macam ada satu geng RD tak silap aku.. pose lepas di pusing surau kat Ipoh ni gotong royong bersih kawasan
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 03:01 PM | Show all posts
at least dorang tak melahap duit rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 04:27 PM | Show all posts
tak kemana ...macang tu juga ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 04:33 PM | Show all posts
asas rempit mesti ada sebagai bekalan contohnya skill superman..willy..wikang..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 11:39 AM | Show all posts
unless mereka bawa motor duk wikang pacak pelbagai, baharu akak assume mat rempit.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 12:22 PM | Show all posts
kamu ni, bila anak muda wat persatuan tuk jaga rakan sebaya, mu perli. abis tu nk suh dorg beli kete ka?..



pada aku bagusla ada persatuan, moto2 set cmni, dorg tk modified psl nk jaga ke'orginaliti' nye.., so xde punye nk wat merempit..

http://crewofex5ownersclub.blogspot.com/

CARA-CARA UNTUK MENJADI AHLI CREW OF EX5 DAN SYARAT SYARATNYA
-SYARAT2 DAN PERATURAN RASMI CLUB-

1-Patuh,Taat dan Setia pada ahli CREW OF EX5[C.O.E]..

2-Sentiasa menjaga nama baik club..

3-Berusaha untuk melakukan perkara yg baik dan berguna yang dapat mengharumkan nama baik club [C.O.E]

4-Sentiasa bertolak ansur,saling Bantu Membantu dan tidak Bertelagah sesama ahli [C.O.E]

5-Tidak melibatkan diri kearah perkara yang berunsurkan Jenayah,seperti Ragut,Samun,Merompak dan lain2 lagi yang melanggar undang undang di Malaysia..

6-Semua ahli tidak berhak meniru atau Menduplicatekan Sticker club tanpa kebenaran,kelulusan dan persetujuan daripada Pihak Atasan atau Pengerusi Club..

7-Pengerusi berhak mengambil tindakan yang sewajarnya kepada setiap ahli2 club sekiranya ahli2 tidak mematuhi perkara yg disebutkan didalam syarat2 dan peraturan club ini(no5 adalah ditegaskan dalam peraturan club)

8-Mematuhi rombakan syarat dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh Pengerusi..

9-Bersedia memberi Kerjasama dan Bantuan untuk setiap Aktiviti yang dijalankan sesama ahli dan dapat melibatkan diri di dalam setiap aktiviti Kelab kecuali ada pengecualian atas sebab-sebab hal yang munasabah dan hal-hal kecemasan sahaja..

10-Wajib menghadiri semua perjumpaan Kelab kecuali hal-hal kecemasan sahaja..

11-Mematuhi Peraturan&Undang-undang sewaktu Konvoi Besar dan juga Mematuhi Undang-undang,Syarat-syarat dan Peraturan di Jalan Raya..

12-Sentiasa Mematuhi arahan-arahan yang diberikan oleh Leader-leader kawasan dan juga Pihak Atasan..


13-Berumur 18 Tahun dan ke atas..

14-Mempunyai Motosikal HONDA EX5..

15-Mempunyai lesen dan juga Roadtax Motosikal "Halal"..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 01:16 PM | Show all posts

Hahaha, pemanduan berhemah ar sgt...

http://youtu.be/u0usudS09-c
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 01:23 PM | Show all posts
12-Sentiasa Mematuhi arahan-arahan yang diberikan oleh Leader-leader kawasan dan juga Pihak Atasan..


mcm ala2 purkida pun ye jugk nih...abg kawasan laa... itu laa ini laa...

10-Wajib menghadiri semua perjumpaan Kelab kecuali hal-hal kecemasan sahaja..


wajib oo.. kalo aku ade EX5 pun.. xnak aku join... sbb wajib join activity .... kalo nak kawen pun kene dtg jugak... sbb kawen bukan kecemasan... cuma mlm pertama tu je yg mencemaskan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2014 01:51 PM | Show all posts
kalau betul bukan mat rempit, sila tunjuk sms2 yang anda telah send. kalau ada 'aq', 'dyeowg' dan sewaktu dgn nya maka anda adalah rempit sejati.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2015 01:31 AM | Show all posts
tak mat rempit pun tapi muka tetap muka mat rempit selekeh miskin punya muka...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2015 09:02 AM | Show all posts
silentwinner=hayrin86=abgluffy

Adakah mereka ni orang yang sama??? Tak habis-habis meratib dok UP kan balik thread yang dah berkurun terperosok dlm arkib....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.231891 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list