CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2315|Reply: 3

[Tempatan] Pengganas: Sejam berbalas tembakan

[Copy link]
Post time 9-1-2014 09:47 AM | Show all posts |Read mode

  • Anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) melakukan pemeriksaan sekitar Kampung Simunul bagi mengesan saki baki pengganas pada Mac lalu.
[url=]
[/url]


KOTA KINABALU - Pasukan Keselamatan Malaysia betul-betul mempunyai beberapa saat saja untuk respons terhadap sekumpulan pengganas Sulu, ketika bertembung dengan mereka di Kampung Tanduo, Lahad Datu bila satu tembakan meletus pada 1 Mac tahun lalu.

Superintenden Mancha Anak Laga dari Pasukan Operasi Am (GOF) Komando VAT69 memberitahu mahkamah tinggi, yang bersidang di Jabatan Penjara Sabah di sini bahawa pada kira-kira 10 pagi hari berkenaan, pasukannya bertembung sekumpulan antara 35 dan 40 orang, yang memakai pakaian celoreng dan menjerit pada mereka dalam Bahasa Malaysia, “Tiger! Berambus kau dari sini. Ini bumi kami!” dan kemudian mula menembak anggota pasukannya.

Ditanya Timbalan Pendakwa Raya Abdul Wahab Mohamed tentang jarak masa ketika penceroboh itu menjerit dan bila tembakan meletus, beliau berkata: “Kira-kira tiga hingga empat saat. Selepas mereka mula menembak berterusan, pasukan saya dan saya sendiri mencari perlindungan dan mula membalas tembakan ke arah mereka. Ia berlarutan kira-kira sejam.

“Semasa berbalas tembak, seorang daripada orang saya, Korporal Sabaruddin Daud terbunuh akibat beberapa kecederaan di kepala selepas ditembak penceroboh,” katanya.

Mancha adalah saksi ketiga pendakwa dalam perbicaraan 30 orang yang dituduh melakukan pelbagai kesalahan berkaitan aktiviti pengganas di Sabah tahun lalu.

Menurutnya, beliau telah memberitahu komander taktikalnya, Datuk Abdul Rashid Harun tentang pertempuran itu dan kemalangan jiwa menerusi walkie-talkie.

Ditanya oleh Abdul Wahab sama ada beliau tahu maksud perkataan ‘tiger’, yang digunakan oleh penceroboh, Mancha berkata, ia merujuk kepada dirinya dan anggota pasukannya.  

Terdahulu, seorang anggota polis bantuan di Felda Sahabat, Lahad Datu memberitahu mahkamah, beliau nampak sekumpulan lelaki memakai uniform celoreng di   Kampung Tanduo selepas keluar memancing pada pagi 12 Februari.

Mohd Ali Asmadi, 40, berkata, beliau menganggarkan terdapat lebih 100 orang.

“Saya yakin mereka bukan anggota Tentera Malaysia kerana saya belum pernah melihat askar Malaysia memakai uniform jenis itu,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/pengganas-sejam-berbalas-tembakan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2014 09:50 AM | Show all posts
peh tak habis lagi..bahaya2..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 11:06 AM | Show all posts
tak habis lagi berperang kah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2014 06:10 PM | Show all posts
selagi x dapat ape yg dorg nak,,,dorg xkn mengalah,,,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.244706 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list