View: 11654|Reply: 100
|
[Jenayah]
Patah kaki curi kucing
[Copy link]
|
|
Cubaan curi kucing kenalan gagal
OHOR BAHRU – Akibat terlalu obses, seorang lelaki berusia 30an patah kaki dalam cubaannya mencuri dua anak kucing Munchkin bernilai kira-kira RM3,000 milik kenalannya sendiri.
Semuanya terbongkar apabila lelaki berkenaan yang patah kaki ketika cuba melarikan diri meminta bantuan daripada jiran mangsa.
Pemilik kucing berkenaan yang dikenali sebagai Intan, 30, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 4 pagi semalam, dia dan suaminya yang sedang tidur, sebelum terjaga apabila terdengar bunyi bising di tingkat bawah kediamannya.
“Kami berasa seperti ada yang tidak kena apabila terdengar kucing kami tiba-tiba riuh-rendah. Suami mengintai dari tingkap bilik sebelum ternampak kelibat lelaki berada berhampiran sangkar kucing di bahagian luar rumah.
“Suami terus menyergah lelaki itu tetapi dia melarikan diri melalui pagar di bahagian belakang. Kami cuba mengejarnya tetapi tak berjaya,” katanya kepada Sinar Harian.
Intan kemudiannya memeriksa sangkar haiwan peliharaannya sebelum menyedari dua anak kucing telah dilarikan. Malah terdapat kesan ia diumpil, selain besi tempat penguncinya turut dipotong.
“Saya dan suami juga memeriksa belakang rumah dan menemui seekor kucing kami yang dicuri. Tidak lama kemudian, kami terima panggilan daripada jiran memaklumkan ingin datang menemui saya dan suami di rumah. Kami terkejut apabila jiran kami datang membawa lelaki berkenaan yang tidak dapat bergerak akibat patah kaki,” katanya.
Seekor kucing yang dilarikan juga berjaya ditemui, namun ia mengalami kecederaan dipercayai terjatuh ketika cuba dilarikan.
Beliau yang memelihara lebih 40 ekor kucing itu mengakui begitu terkejut melihat wajah lelaki itu adalah kenalannya sendiri.
“Seminggu sebelum kejadian, lelaki itu ada datang ke rumah kerana menempah seekor anak kucing dari baka yang sama. Saya tidak terfikir dia sanggup mencuri sedangkan dia mampu untuk membelinya... mungkin dia terlalu obses,” katanya.
Berhubung kejadian itu, Intan melaporkan kejadian kepada pihak polis di Balai Polis Sentral, pada hari yang sama.
Sementara itu, Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan kejadian terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Hahaha,,macam-macam la orang JB |
|
|
|
|
|
|
|
mahalnya kucing..
kalo nak kucing sgt, jgn nak memilih, byk je kucing jalanan, amek la. lagi mau curik! |
|
|
|
|
|
|
|
kesian nya kucing tu cedera
|
|
|
|
|
|
|
|
dino posted on 21-1-2014 12:41 PM
hr tu ikut bos beli kucing... sekor dkt rm2k..... brg2 die lg.... bertuah sungguh kucing tuh
s ...
kucing pun ada sijil lahir? silap2 nanti bila bos mati, harga bg kat kucing.
|
|
|
|
|
|
|
|
amboii byknye bela kucing..smpai 40 ekor..siap blh jual lg...
klau stakat mcm kucing kt dlm gmbr tu, kt rmh aku pn ade..mehla..aku bg free je..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
ms aku kanak2 suka gile ngan kucen...suka cium bulu2 nya....mak aku mrh tul huhu
tp skg kureng arr...x rs ghairah pon...
kalo dulu dr jauh nmpk kucen...aku dh pggl2... |
|
|
|
|
|
|
|
tapi padan muka orang yg nak mencuri tu. sebab kucing aku pun pernah kena curi. sedih woo! |
|
|
|
|
|
|
|
kucing pun dicurinya...padanlah muka patah kaki |
|
|
|
|
|
|
|
Bukankah haram harga ke atas kucing? |
|
|
|
|
|
|
|
kucing mahal2 tu kucing berbaka.....tu sbb harga mencecah ribuan ringgit. Bengal cat je boleh mencecah hingga sepuluh ribu harganya seekor. |
|
|
|
|
|
|
|
blackred99 posted on 21-1-2014 12:52 PM
aku suka gak kucing, tapi rasanya belum mampu lagi nak berkongsi gaji dgn kucing, lagi2 kat lembah ...
kucing2 mahal ni tak makan ikan rebus tuh.... makanan skit punya mahal
|
|
|
|
|
|
|
|
obses melampau.. |
|
|
|
|
|
|
|
namirulmukminin posted on 21-1-2014 12:52 PM
Bukankah haram harga ke atas kucing?
tak pernah dgr pun.... lg pun mmg spesis kucing comel... bkn tepi jalan punya....
|
|
|
|
|
|
|
|
Padanlah muka dia patah kaki. Mudah2an lepas ni dia bertobat tak buat lagi.
Aku suka gak kucing ni, tapi takde la sanggup berabis macam2. Setakat beli Iams 30Kg tiap2 6 minggu and occasional vet visit (bila perlu saja) boleh la insyaallah. Kucing2 aku ni semuanya berasal stray. Muka huduh2 and perangai jahat2.. but it's OK..
Ni kalau rega riban2 untuk beli sekorr je kucing.., waduhh2... untungla sibulu itu... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka kucing tp aku x bela pun kucing beramai2 dtg umah aku menumpang teduh. Kekadang stress tgk dorg berlonggok lepak kat atas kete kat blakang umah selongkar tong smpah gado atas bumbung n bermcm ragam lagi la.. |
|
|
|
|
|
|
|
dino posted on 21-1-2014 12:59 PM
tak pernah dgr pun.... lg pun mmg spesis kucing comel... bkn tepi jalan punya....
Dalil hadits Nabi SAW, diriwayatkan dari sahabat Jabir bin Abdillah RA bahwasanya Nabi SAW telah melarang memakan kucing dan melarang pula memakan harga kucing (nahaa [an-nabiyyu] ‘an akli al-hirrah wa ‘an akli tsamaniha) (HR. Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Al-Hakim, hadits shahih. Lihat Imam As-Suyuthi, Al-Jami’ Al-Shaghir, Juz II hal. 191).
Hadits Nabi SAW itu menjadi dalil haramnya memakan kucing dan memperjual-belikan kucing. Jadi kita diharamkan memperdagangkan kucing sebagaimana kita diharamkan memakan daging kucing (Tentang haramnya memakan kucing lihat Asy-Syarbaini Al-Khathib, Al-Iqna`, Juz II hal. 273; Syaikh Zakariyya Al-Anshari, Fathul Wahhab, Juz II hal. 192).
Adapun dasar dari kaidah fiqih, adalah kaidah fiqih yang berbunyi :Kullu maa hurrimaa ‘ala al-‘ibaad fabai’uhu haraam
(Segala sesuatu yang diharamkan atas hamba, maka memperjualbelikannya adalah haram juga) (Lihat Taqiyuddin An-Nabhani, Asy-Syakhshiyyah Al-Islamiyyah, Juz II hal. 248).
Kaidah ini menjelaskan bahwa apa saja yang telah diharamkan syara’, maka diharamkan pula memperjualbelikannya. Baik sesuatu itu diharamkan memakannya (seperti babi, darah, bangkai, singa, elang, anjing), diharamkan meminumnya (seperti khamr), diharamkan membuatnya (seperti patung atau gambar makhluk bernyawa), atau diharamkan pada segi-segi yang lainnya.
Ketika sudah jelas bahwa syara’ mengharamkan kita untuk memakan daging kucing, maka haram pula menjual belikan kucing berdasarkan kaidah fiqih tersebut.
Dengan demikian, jelaslah bahwa menjual belikan kucing adalah haram berdasarkan dalil hadits Nabi SAW dan kaidah fiqih tersebut. Wallahu a’lam..
|
|
|
|
|
|
|
|
kucing mahal pemalas nak mampus. makan suap berak tadah |
|
|
|
|
|
|
| |
|