View: 2380|Reply: 21
|
[Dunia]
Google setuju jual Motorola RM9.7b
[Copy link]
|
|
Washington: Google setuju menjual Motorola kepada gergasi teknologi China, Lenovo dalam satu urus niaga bernilai AS$2.91 bilion (RM9.7 bilion), selepas dua tahun usaha yang gagal untuk memulihkan pengeluar telefon pintar yang dibelinya pada harga AS$12.5 bilion (RM41.8 bilion).
Urus niaga itu mengakhiri penyertaan Google sebagai pengeluar telefon bimbit selepas pembelian terbesarnya dalam sejarah, seperti yang diumumkan pada 2011 dan dimuktamadkan pada 2012.
Saingi Samsung
Ia juga memberikan kedudukan kukuh kepada Lenovo dalam pasaran telefon pintar dan tablet, yang mana ia bersungguh-sungguh mahu mendapatkan penguasaan sambil memberikan saingan kepada Samsung dan pengeluar lain yang menghasilkan peralatan dikuasai perisian sokongan Google, Android.
“Ia membentuk situasi menang-menang,” kata penganalisis Creative Strategies di Silicon Valley, Tim Bajarin.
“Google mengekalkan paten dan kumpulan penyelidikan di samping mendapat sokongan rakan niaga, manakala Lenovo mendapat apa yang diperlukan untuk menembusi pasaran telefon pintar Amerika Syarikat (AS).”
Satu daripada 10 ramalan industri teknologi dibuat Bajarin pada awal tahun ini termasuklah Google akan memisah atau menjual Motorola, yang mana beliau menjangka rancangan itu sudah lama dirancang.
Malah, ketika berada di bawah Google, Motorola gagal mendapatkan penguasaan dalam pasaran telefon pintar yang pantas berkembang yang kini dikuasai oleh firma Korea Selatan, Samsung serta Apple.
Google dan Lenovo berkata urus niaga itu adalah baik kepada semua pihak yang terbabit.
“Lenovo mempunyai kepakaran dan trek rekod untuk menjadikan Motorola Mobility sebagai peserta utama dalam ekosistem Android,” kata Ketua Eksekutif Google, Larry Page menerusi satu kenyataan.
Pesaing global
Pengerusi dan Ketua Eksekutif Lenovo, Yang Yuanqing, berkata pembelian itu akan ‘serta-merta menjadikan Lenovo pesaing global yang mantap dalam pasaran telefon pintar’.
“Kami akan segera mendapat peluang untuk menjadi peserta global yang kukuh dalam ruang mudah alih pesat berkembang,” katanya. - AFP
http://www.bharian.com.my/bharia ... rolaRM9_7b/Article/
Last edited by xpdckelate on 31-1-2014 07:14 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
beli 41 bilion jual 9 bilion....google pun tak reti meniaga ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Senyum lebarr Samsung baca berita ni |
|
|
|
|
|
|
|
xpdckelate posted on 31-1-2014 07:15 AM
beli 41 bilion jual 9 bilion....google pun tak reti meniaga ke?
Proton beli mv augusta 315juta, jual 1euro jer
thread hie dh ada org bukak
|
|
|
|
|
|
|
|
hanakikan posted on 31-1-2014 07:18 AM
Senyum lebarr Samsung baca berita ni
motorola ni kira lejen tapi handphone nan hado ni semua salah google....suatu permulaan baru buat motorola nampaknya samsung ada saingan "baru"
|
|
|
|
|
|
|
|
xpdckelate posted on 31-1-2014 07:15 AM
beli 41 bilion jual 9 bilion....google pun tak reti meniaga ke?
.
.hang tak baca yang ni ka?
“Google mengekalkan paten dan kumpulan penyelidikan di samping mendapat sokongan rakan niaga, ..
|
|
|
|
|
|
|
|
vespa_oren posted on 31-1-2014 07:20 AM
Proton beli mv augusta 315juta, jual 1euro jer
thread hie dh ada org bukak
ye ke?takpe nanti mod kasi lock
|
|
|
|
|
|
|
|
hanakikan posted on 31-1-2014 07:18 AM
Senyum lebarr Samsung baca berita ni
Naper lak? Patut samsung risau kedudukan dia tergugat
|
|
|
|
|
|
|
|
xpdckelate posted on 31-1-2014 07:15 AM
beli 41 bilion jual 9 bilion....google pun tak reti meniaga ke?
ofcoz ade terms lain tu..... musti google ade pegang lg certain patent....
aku nmpk google nak cari rakan lain selain samsung... yela samsung ade potensi tikam blkg
|
|
|
|
|
|
|
|
pyropura posted on 31-1-2014 07:21 AM
.
.hang tak baca yang ni ka?
team penyelidikan yang tak berapa menjadi...hamdalah google ni
|
|
|
|
|
|
|
|
xpdckelate posted on 31-1-2014 07:26 AM
team penyelidikan yang tak berapa menjadi...hamdalah google ni
..dengan hak patent tu lah Google akan recoup balik keuntungan dia nanti...plus research & support services tuh..
|
|
|
|
|
|
|
|
pyropura posted on 31-1-2014 07:34 AM
..dengan hak patent tu lah Google akan recoup balik keuntungan dia nanti...plus research & suppo ...
semoga motorola tidak berkubur
|
|
|
|
|
|
|
|
pyropura posted on 31-1-2014 07:40 AM
kalau Lenovo boleh buat sepertimana business komputernya lah kan...
jual pc makin merundum..... pc ni market enterprise je la lepas ni.... sbb tu langkah lenovo ni tepat la klau nak kekal relevan....
|
|
|
|
|
|
|
|
If motorola could bring back the legendary startec or razor phones that would be awesome. Put on new functions glam it up |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo ade duit pkfz yg rm20 billion leh jugak spend skit beli motorola mobile phones ni. Pehtu kasik tutup kilang semua2, kasik jobless org2 kt amerika dan yg terlibat dengannya. Tekankan skit ekonomi diorg ni. Pehtu makan untung atas patent yg sedia ade aje |
|
|
|
|
|
|
|
android tu pn google dh pegang..
hrap google tumpukn pda software ajala
pstu murahkn harga google glass nnti..
google glass tu ramai gile menunggu nk pakai
bosan aku pegang smartphone ni.
cm pegang botol air aja beso2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm kan best kalau khazanah beli motorola ni.. dan wujudkan company telefon nasional.. hmm yep2 |
|
|
|
|
|
|
|
Rancangan google utk beli motorola mmg di tentang oleh byk pihak. Pasal google penyedia android, so kalo dia masuk pasaran pembuat telefon pintar dikhuatiri akan menyebabkan pengeluar lain menjahui android...aku ada baca sebab musabab google beli motorola pasal nk compete dgn apple. Dgr cite, samsung pon tgh dlm rnd utk buat os sendiri... |
|
|
|
|
|
|
| |
|