CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5720|Reply: 2

Konsert Teaterikal Suara Kita 3 - 9 Mac 2014

[Copy link]
Post time 3-2-2014 10:33 PM | Show all posts |Read mode
Salam uols
X pernah sebernanya masuk rumah ni tp lately, me dalam 90s mood and kak ZZ menjadi peneman beberapa hari ni.
Jumpa rumah ni, Ya Allah. dah berhabuk x da apa2 new update kat sini... sedih...

meh bawa new latest update bertandang

Konsert Teaterikal SUARA KITA Awie Ziana Zain & Erra Fazira

Bagai turun dari kayangan, saat yang diimpikan oleh para pencinta seni, tiga insan permata seni tanahair akan menerangi pentas Panggung Sari, Istana Budaya, bersatu hati dalam merealisasikan sebuah pementasan teater muzikal.

Awie, antara penyanyi genre rock dan pop terbaik tanahair, nama beliau sudah sinonim dengan pementasan teater dan populariti di layar perak.


Erra Fazira, bekas ratu cantik dan penyanyi genre pop, dirindui sebagai primadona filem Melayu sekitar dekad 1990an.Ziana Zain, penyanyi genre balada yang sukar ditandingi dengan nada tingginya, begitu karismatik di layar perak dan bersilih ganti perwatakan antagonis dan protagonisnya.

Nama nama besar ini akan bersama dalam sebuah pementasan teater muzikal bertajuk ‘KONSERT TEATERIKAL SUARA KITA’ yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur dari 3 hingga 9 Mac 2014.

Pementasan ini berkonsepkan gabungan lakonan dan nyanyian yang mengimbau episod kegemilangan filem Melayu ‘pecah panggung’ sekitar dekad 90an. Filem filem Melayu yang dimaksudkan pernah menggegarkan sinema Malaysia dua dekad yang lalu iaitu ‘SEMBILU’, ‘SEMBILU 2’, ‘TRAGEDI OKTOBER’, ‘MARIA MARIANA 2’ dan ‘MERAH’.

Filem filem tersebut dibintangi oleh Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain yang akan menjadi tunjang utama kepada pementasan ‘KONSERT TEATERIKAL SUARA KITA’. Pementasan selama 2 jam 30 minit ini akan memanifestasikan semula sedutan babak babak dari filem filem tersebut sebagai teras dan latar penceritaan. Ia juga akan diwarnai dengan persembahan nyanyian lagu lagu malar segar dari Awie, Ziana Zain dan Erra Fazira.

Tiket tiket untuk menonton ‘KONSERT TEATERIKAL SUARA KITA’ yang akan dipentaskan selama 7 hari berturut turut ini boleh dibeli dengan melayari www.ticket2u.biz dan di kaunter tiket Istana Budaya.

Harga harga tiket adalah seperti berikut :

RM 79.00, RM 149.00, RM 199.00, RM 249.00,
RM 299.00, RM 349.00, RM 399.00 dan RM 499.00

Pihak penerbitan juga menawarkan promosi pra-jualan potongan 10% hanya sah dari 15 Januari sehingga 1 Februarii 2014 sahaja.

Selain itu, bagi pembeli tiket tiket yang berharga RM 399.00 dan RM 499.00, anda layak untuk mendapatkan jemputan ke majlis jamuan dan beramah mesra bersama artis artis yang terlibat pada 9 Mac 2014, jam 9.00 malam, dengan bayaran tambahan sebanyak RM 150.00. Peluang ini hanya terhad kepada 500 orang penonton sahaja.


cr: budiey.com

Jom kita memeriahkan konsert ni sesama
Last edited by amiliyana90 on 3-2-2014 10:39 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2014 07:22 AM | Show all posts
Konsert ni memang best. Dah pergi dua kali pun masih tak puas lagi. And ZZ was awesome…tak sangka masih lakonannya masih menjadi
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 04:05 PM | Show all posts
sendu thread ZZ

iol pegi gak .. paling best Awie
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.087719 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list