CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30110|Reply: 205

Isu Janda - Rahana Mohd Dahari Mohon Maaf Kepada Misha, Bakal Suami (pg.8)

[Copy link]
Post time 4-2-2014 05:58 PM | Show all posts |Read mode
Published: Selasa Februari 4, 2014 MYT 4:45:00 PM
Updated: Selasa Februari 4, 2014 MYT 5:34:16 PM

Oleh KEMALIA OTHMAN


Misha Omar dan tunangnya Firos Ezzwan Rossly.


PETALING JAYA: Penyanyi Misha Omar mengumumkan bakal mengakhiri zaman bujangnya pada Mei depan bersama juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Firos Ezzwan Rossly, 32.

Misha atau nama sebenarnya, Samihah Omar, 32, berkata, dia yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 21 Februari ini terpaksa menangguhkan perkahwinan itu bagi menghormati kematian ayahnya, Omar Ismail pada 30 November lalu.

"Insya-Allah kami akan berumah tangga pada bulan Mei ini namun tarikh sebenar akan diberitahu selepas kad jemputan siap untuk diedarkan.

"Kami terpaksa menangguhkan perkahwinan pada sehingga Mei depan bagi menghormati tempoh habis edah ibu saya pada minggu kedua April.





"Ia juga sebagai mengambil keberkatan bulan Rejab dalam kalender Islam," katanya kepada media pada majlis minum petang di Restoran Delicious, One Utama, di sini, Selasa.

Sementara itu, Misha berkata majlis pernikahan dan resepsi akan dijalankan secara serentak di Kota Bahru, Kelantan dalam keadaan sederhana.

Katanya, kedua-dua pihak juga bersetuju menyerahkan hantaran lima dulang berbalas lima tanpa barangan berjenama dan wang tunai.

"Adat masyarakat Kelantan tiada wang hantaran tetapi hanya mas kahwin. Bagaimanapun saya telah meletakkan syarat bahawa tidak mahu wang tunai.

"Begitu juga sebarang barangan berjenama sebagai hantaran, bagi saya itu tidak penting, sebaliknya saya mahu barang yang boleh dikenang dan menjadi simbolik kepada perkahwinan kami," katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut tunangannya Firos Ezzwan Rossly.




Credits: mstar.com.my


  








Last edited by achik2009 on 11-2-2014 12:14 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2014 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Penangguhan perkahwinan dia dah berpuluh2 kali, album dia pun sama tertangguh jugak. Ratu postponed
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 06:05 PM | Show all posts
zuhudnya...walaupon diwawarkan income dia last year almost 1 mil..ganas mek
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Hrp dia fikir 2x before betul2 proceed dgn beanie bag tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Aha... mcm sama citarasa plak mcm iols nanti... tak perlukan hantaran perfume, minyak wangi, henbeg kasut, buah2an kek bagai... tu semer blh beli bila2 masa... lebih suka hantaran kwin yg blh dikenang sampai bila2...sentimental value...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 06:06 PM | Show all posts
Perlu ke nak announce gitu siap2?  Takot nanti org kondem hantaran sheols later ke? Asalkan tak bebankan pengantin kan patut konsepnya.

Tp nasib ko la mihah. Ko retis. Mesti org sibuk nak tau hantaran uols.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2014 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
auntie_girl posted on 4-2-2014 06:06 PM
Perlu ke nak announce gitu siap2?  Takot nanti org kondem hantaran sheols later ke? Asalkan tak beba ...

Mungkin dia nk remind zubir awal2 kot
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 06:12 PM | Show all posts
comot la bakal lakinya..
pakai la elok sket
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2014 06:17 PM | Show all posts
sepitsiput posted on 4-2-2014 06:08 PM
Mungkin dia nk remind zubir awal2 kot

hado lg ke zubir?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 06:30 PM | Show all posts
aku suka misha. kat ig dia selalu buat show lima belas saat. best weh dia nyanyi. comel jah tanpa seberang mekap.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
farah.noty posted on 4-2-2014 06:30 PM
aku suka misha. kat ig dia selalu buat show lima belas saat. best weh dia nyanyi. comel jah tanpa se ...

Sedap giler sorer dia
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 06:45 PM | Show all posts
xpelah asal mu kawen mek..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 06:46 PM | Show all posts
Agar selamat mereka mendirikan rumahtangga.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
good one misha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2014 07:19 PM | Show all posts


mishaomar   Alhamdulillah.....   58min .
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 07:19 PM | Show all posts
congrate.. suara die sedap cuma syg die ade lelah kan. thats why bila die nk nyanyi dgr die amik nafas kuat setiap patah perkataan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2014 07:25 PM | Show all posts
Tahniahlah misha.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm dah lama dgr dia nk kawen, kalo aku rasa seksa je nk postpon nihh
rasa tak tertanggung je
lg cepat lagi bagus
apa2 yg aku buat pun pun mmg x suka dengar perkataan
" tak jadi" " lain kali" atau " ditangguhkn" huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 07:37 PM | Show all posts
miss_baby posted on 4-2-2014 06:12 PM
comot la bakal lakinya..
pakai la elok sket

cOmot2 un pilOT beb..masyUk..


Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 07:52 PM | Show all posts
klu couple lama2 ni,tunang lama2 ni mmg ada mulut2 yg berbunyi mcm hdup dorg tkesan dgn keadaan kita tu...aku yg bkn artis pn alaminya samihah oii...lntak la tangguh 4x ke, bkn kita gna msa dorg, duit dorg lg...sebukkk aje..family sndri x bising org luar plak lebih2 concern katanya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 47606 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 47191 Replies : 2
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38406 Replies : 25
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39220 Replies : 41
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41746 Replies : 360
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49996 Replies : 147
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276078 Replies : 8051
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64352 Replies : 376
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145506 Replies : 2458
Amukan Ablasa di Twitter : Peminat bengang Aina Abdul corot di tangga 41
ashilalatAmukan Ablasa di Twitter : Peminat benga
Views : 36180 Replies : 220

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.155726 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list