CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6091|Reply: 4

Malaysia Institute of Integrative Media (MIIM) - Apa Status MIIM skrg?

[Copy link]
Post time 5-2-2014 05:17 PM | Show all posts |Read mode
Try nak cari MIIM ni wujud lagi ke tak sb nak dpt kan some transkript tapi jenuh mencari tak jumpa2. Nombor telefon semua telah ditamatkan, website pun dah 'Not found'. MIIM ni wujud lagi ke tak? Lain yg dicari lain pulak berita yg aku jumpa. Sesiapa yg tahu tolong bagi pencerahan sikit..mmg urgently nak contact MIIM ni.

                        Pemuda Janji Bantu Selesaikan Masalah Lebih 700 Pelajar MIIM                       
Posted by miimreform on November 13, 2007
                                                        Oleh Adnil Mohd Kuala Lumpur — Walaupun sibuk dengan persidangan UMNO yang sedang berlangsung namun tugas dan tanggungjawab untuk membela nasib mereka yang memerlukan sentiasa menjadi keutamaan Pemuda UMNO.
Atas komitmen tersebut, Pemuda UMNO menerusi Biro Pendidikannya hari ini telah bersedia untuk membantu lebih 700 pelajar Malaysia Institute of Intergratif Media (MIIM) yang kini berada dalam situasi seperti “gantung tidak bertali”.
Nasib pelajar ini tidak menentu apabila bangunan tempat di mana pelajar ini mengikuti pengajian telah disita pemilik baru bangunan tersebut Zetro Aerospace Corporation.
Pihak Zetro Aerospace yang telah membeli bangunan tersebut dari TV3 telah memutuskan untuk tidak menyewakan bangunan tersebut kepada Cosmo Focus syarikat yang telah mengambilalih MIIM daripada TV3 pada 2003.
Ekoran dari keadaan tersebut, pelajar ini telah mengambil keputusan untuk membawa masalah ini ke pengetahuan pihak Pemuda UMNO.
Dalam pertemuan hampir sejam itu, Pemuda UMNO menerusi Pengerusi Biro Pendidikannya, Ahmad Ikmal Ismail telah memberi jaminan untuk cuba menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.
Beliau berkata pihaknya akan berjumpa pihak kementerian, Jabatan Pengajian Swasta serta pihak pengurusan kolej untuk mencari jalan penyelesaian segera.
Katanya isu yang dihadapi sekarang ialah untuk mengetahui bagaimana status pelajar di kolej tersebut baik yang sedang mengikuti pengajian mahu pun yang sedang membuat praktikal.
“Kita juga ingin mengetahui apakah pihak pengurusan kolej mempunyai tempat lain untuk menempatkan pengajian pelajar terbabit.
“Bagi kita masalah ini mesti dicari jalan penyelesaian segera bukan kerana ia membabitkan lebih 700 pelajar tetapi pengajian kolej ini sendiri yang menawarkan sembilan jenis kursus yang mengkhususkan bidang penyiaran, kewartawanan dan multimedia”, ujarnya.
Justeru beliau berharap para pelajar serta ibu bapa memberikan ruang kepada Pemuda UMNO untuk mencari jalan penyelesaian tersebut seterusnya membolehkan pelajar terbabit meneruskan pengajian mereka.
Selain pelajar turut hadir pada pertemuan itu di Ibu Pejabat Pemuda UMNO Malaysia ialah Timbalan Pengerusi Biro Pendidikan, Pemuda UMNO, Harrison Hassan, Bendaharinya, Tengku Azman Tengku Zainal Abidin dan wakil ibu bapa pelajar, Hj Zulkifli Hj Zainuddin.
Source : PemudaUMNO
                       
                                                       
                                                Kolej disita, jawatankuasa tindakan pelajar ditubuh                       
Posted by miimreform on November 13, 2007
                                                        KUALA LUMPUR:  Ekoran penyitaan premis kolej Malaysia Institut Integratif Media (MIIM) Rabu lepas, pelajar kolej itu menubuhkan jawatankuasa bertindak bagi membawa masalah itu kepada Kementerian Pengajian Tinggi.
Jawatankuasa itu diwakili Ketua Belia 4B Kawasan Titiwangsa Zulkefli Zainuddin, ibu bapa pelajar dan anggota Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) kolej itu.
“Saya sebagai wakil belia akan berbincang dengan ibu bapa dan wakil pelajar untuk membawa masalah ini kepada kementerian berkenaan agar pelajar dapat meneruskan pengajian mereka dalam masa terdekat,” kata Zulkefli yang ditemui pada perbincangan bersama pelajar MIIM di Pusat Aktiviti Masyarakat Setiawangsa di sini hari ini.
Beliau berkata masalah ini telah mendapat perhatian daripada Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed.
“Pagi tadi dua pegawai dari Kementerian Pengajian Tinggi datang untuk melihat keadaan kolej dan mengambil kenyataan daripada beberapa pelajar. Kami tunggu apa yang kementerian boleh lakukan untuk menolong kamu semua (pelajar),” katanya.
Wakil MPP kolej itu Kumaran Rajawoney berkata sejak MIIM disita, tiada maklumbalas yang diberi oleh pihak pengurusan kolej kepada mereka.
“Kami tidak mendapat apaapa maklumat daripada pihak kolej, apa yang kami tahu kolej ini disita sebab tidak bayar sewa bangunan dan kami cuba menghubungi pihak atasan tapi gagal.
“Saya juga kecewa apabila pelajar baru yang telah membayar yuran pengajian tidak dapat meneruskan pengajian mereka,” kata penuntut tahun tiga kolej itu.
Hamzah Izham, bapa kepada pelajar semester dua, Azrie Izham, pula berkata beliau amat kesal dengan tindakan pihak kolej yang didakwanya tidak mahu bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah itu.
“Saya amat kecewa dan rasa terkejut apabila kolej ini disita. Anak saya dah pun belajar hampir separuh jalan dan saya dapati pihak pengurusan kolej juga seolah-olah bersikap lepas tangan,” katanya.
Rabu lepas, kolej MIIM yang diletakkan di bawah pengurusan Cosmofocus disita oleh Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur apabila gagal melangsaikan sewa premis berkenaan selama 12 bulan yang berjumlah RM524,280.
Source : MStar
                       
                                                       

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2015 09:39 AM | Show all posts
Hey hi, So do you manage to get your transcript. I need the transcript too. I have wrote to TV3 Media Prima but no answer.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 03:47 PM | Show all posts
ramai lulusan MIIM ni yg berjaya di bidang mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2016 05:10 PM | Show all posts
http://wangsamajuboyz.blogspot.m ... dalam-kenangan.html

Bangunan Zetro yang berdiri megah di atas bukit di Seksyen 5 Wangsa Maju adalah sebuah bangunan yang kini dimiliki oleh Kementerian Pertahanan Malaysia. Ia merupakan mercu tanda bagi sesiapa yang menghala ke arah Wangsa Maju dari arah Setiawangsa ataupun daripada Sri Rampai. Tiada apa yang menarik perhatian mengenai bangunan ini melainkan ia pernah menjadi pusat perkumpulan dan pendaftaran bagi pelatih PLKN sebelum PLKN dibubarkan. Namun begitu, bangunan ini memiliki kisahnya yang tersendiri di mana suatu ketika dahulu menjadi isu besar dan menggegarkan institut pengajian swasta di Malaysia sehingga menyebabkan Kementerian Pengajian Tinggi merombak dan mengkaji semula sistem penganugerahan akreditasi institut pengajian tinggi swasta atau MQA (Malaysian Qualifications Register).


Semasa aku masih kecil lagi iaitu ketika kami sekeluarga baru sahaja berpindah ke Wangsa Maju ketika di tahun 1993, aku masih mengingati bangunan ini masih di dalam proses pembinaannya. Namun yang paling kuingati adalah lanskap tanaman yang membentuk perkataan TV3 yang terletak betul-betul di tepi jalan utama Seksyen 5 Wangsa Maju sehingga pada waktu aku menganggap studio TV3 berada di situ. Bangunan ini agak mengambil masa yang lama untuk disiapkan dan tidak salah aku di dalam 3-4 tahun baru ia siap terbina. Bangunan ini pada awalnya dimiliki oleh TV3 dan diswastakan kepada syarikat Cosmo Focus Sdn Bhd untuk dijadikan Akademi TV3 dan kemudian digelar sebagai Koleh MIIM (Malaysia Institute of Integrative Media). Perancangan awal TV3 pada ketika itu mungkin untuk melahirkan produk mereka yang tersendiri di dalam bidang professional media seperti wartawan, pengacara, penyampai berita dan artis. Aku pun tidak berapa tahu sangat kerana ia merupakan perancangan dalaman pihak pengurusan dan eksekutif TV3 yang pasti tidak diketahui oleh orang biasa kecuali mereka yang bertugas atau mempunyai kenalan di dalamnya.


Ketika awal penubuhannya, ramailah anak muda yang mahu menyertai dan menyambung pengajian di kolej ini dengan harapan dapat menjamin kerjaya mereka untuk bekerja di TV3 selepas mereka menamatkan pengajian mereka. Tetapi tidak diketahui mengapa, pihak TV3 telah menjual hak milik Kolej MIIM kepada SAL Group of Colleges pada tahun 2003. Maka hilanglah lanskap rumput yang membentuk perkataan TV3 dan diganti dengan papan tanda SAL College atau Kolej SAL yang tak berapa menarik dilihat bagi aku. Memang aku agak terasa sebab aku memang suka sangat tengok lanskap tu bila aku melalui jalan itu. Rasa rugi pula zaman dulu tak ambil gambar lanskap tu.


Pada tahun 2007, ketika aku menyambung pengajian di UiTM, kecoh sebentar kisah berkenaan Kolej SAL ini di dalam berita. Para pelajar dan pensyarah kolej ini tiba-tiba diarah berhenti disebabkan kolej mereka telah bankrap dan terpaksa ditutup dan dilelong disebabkan masalah hutang. Daripada berita yang aku baca, mereka memang dapat merasakan perkara ini akan terjadi kerana telah beberapa kali mereka diarah pulang dan kelas mereka dibatalkan tanpa sebab sebelum ini. Tetapi mereka langsung tidak menyangka apabila kolej mereka ditutup serta-merta dan mereka diberhentikan tanpa sebarang notis awal diberikan kepada mereka terdahulu. Bayangkanlah kita dah bayar yuran mahal-mahal, belajar macam nak gila dan mengharapkan segulung ijazah, tiba-tiba tengah belajar kolej pula kena tutup. Menyirap habis la darah bila tahu. Masa tu siap habis panggil press conference minta kerajaan selesaikan pasal hal ini. Rupanya bila disemak, kolej ni memang dah lama tak ada pengesahan akreditasi MQA dan sijil mereka tidak diiktiraf walaupun mereka dah habis belajar. Dan bila aku bertanya pensyarah UiTM aku, baru aku dapat tau yang pihak Kementerian Pengajian Tinggi telah mengetatkan syarat pagi sijil MQA dan universiti awam juga terlibat bagi memastikan sistem pendidikan di Malaysia terjaga dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. Dan aku juga dapat tahu banyak kolej swasta yang agak popular telah ditutup bila pihak Kementerian bertindak mempamerkan senarai kolej yang ditarik sijil MQA ini. Masa aku tgk berita ni, bersyukur betul aku sebab dapat belajar dekat UiTM. Takda dah isu MQA ni langsung, sijil pun laku dan yuran pun tak berapa mahal. Bayangkan satu diploma di Kolej SAL ni berharga RM18,000 seorang untuk satu pengajian. Tu tak masuk kos tambahan lain-lain lagi dan silap-silap boleh cecah +RM20K seorang tu. Boleh bayangkan betawa kecewanya diorang. Lagi-lagi kalau anak orang yang tak berapa mampu. Kalau anak orang kaya RM20k tu macam 20 sen je. Tapi bagi yang datang dari keluarga yang tak berapa mampu macam aku, RM20k tu dah macam harga pesawat Boeing tu.


Aku tak tahu apa nasib pelajar yang terkontang – kanting tu bila dah jadi macam ni. Bagi yang mampu boleh lah sambung pengajian di tempat lain. Tapi yang dah tak berapa mampu, terpaksalah cari kerja kosong dan cuma mampu memandang duit yang dah hangus tu. Dianggarkan nak dekat 700 orang pelajar yang terlibat di dalam isu ini. Bayangkan RM18K kalau kali 700 dah berapa ribu dah tokey kolej ni dapat.Tu tak masuk pelajar yg dah graduate lagi tu.  Aku ada juga buat search dekat Google nak cari kot2 ada CEO atau pengarah syarikat SAL College dengan MIIM College ni kena tangkap polis atau SPRM sebab pecah amanah. Tapi takda pulak keluar cerita. Yang ada cuma cerita pasal Pemuda UMNO tolong bantu mangsa pelajar yang ditipu ini. Aku takda la nak salahkan pihak berkuasa tetapi kalau boleh bantulah mereka yang menjadi mangsa ini. Sekurang-kurangnya buatlah tindakan penguatkuasaan dan siarkan di media tentang tindakan mereka. Nampaklah ada tindakan dibuat untuk membela nasib mereka yang tertindas. Tapi biasalah negara kita yang tercinta ini memang saling mencintai antara satu sama lain selagi mereka memiliki kertas berlogo Yang Dipertuan Agong yang tercinta ini yang merupakan sebuah karya yang paling agung di Malaysia.


Sekarang dah nak dekat 10 tahun cerita ini berlalu. Kisah ini pun sudah dilupakan oleh warga Wangsa Maju melainkan kepada mangsa yang tertindas. Kepada mereka, bersabarlah InsyaAllah ada hikmah di sebalik semua yang terjadi.


Semoga bersemadi dengan aman wahai Akademi TV3.



Posted by Budak Wangsa Maju at 10:14 AM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2016 05:12 PM | Show all posts
OK atas tu info yang sgt berinformasi utk sesiapa yang nak tau apa status skrg. Statusnya puaka2 yg sapu duit tu semua terlepas bebas enjoying all the money. Semoga busung berdarah la perut puaka2 tu semua...aminnnn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.071515 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list