CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11580|Reply: 70

A Place Called Home

[Copy link]
Post time 12-2-2014 12:34 PM | Show all posts |Read mode

Hujan turun dengan lebat sekali petang itu namun tidak selebat hujan di hatinya. Jam sudahpun menunjukkan pukul 6 petang. Sudah hampir sejam hujan turun dan masih belum menunjukan tanda hendak reda.


Keadaan lalu lintas sudah mula sesak. Orang ramai mula keluar dari pejabat untuk pulang. Sejak tadi, Nadiah asyik merenung ke arah tingkap di bilik pejabatnya. Sayu terasa di hatinya tatkala merenung kenderaan yang sedang bersesak untuk pulang. Entah dari mana kesayuan itu datang menerjah tidak Nadiah ketahui namun yang pasti keadaan lalu lintas tidak akan reda.

Angan-angan untuk pulang awal berkecai lalu Nadiah kembali ke mejanya, meninggalkan deraian hujan dan pekikan lalu lintas bersama kesayuan yang masih bersisa.


Bersama keluhan yang panjang, Nadiah melabuhkan punggungnya ke kerusi. Matanya kembali merenung skrin laptop yang tertera dokumen yang sepatutnya disemak. Sepanjang hari ini mood Nadiah hilang langsung hendak bekerja. Panggilan serta perbualan telefon dengan ibunya pagi tadi benar-benar menggangu emosinya.


“Kenapalah setiap tahun aku terpaksa berdepan dengan isu yang sama, iaitu beraya di mana dan dengan siapa? getus hati Nadiah.


Seorang gadis berusia 27 tahun, berambut ikal di paras bahu. Gadis yang kecil molek memiliki ketinggian 5″ 2 inci adalah anak tunggal kepada Dato’ Malek dan Datin Rahimah. Merupakan seorang gadis periang dan amat mudah dikenali. Secara peribadi Nadiah adalah seorang yang amat sederhana di dalam perwatakan sehariannya. Bertugas di firma guaman milik ayahnya tidak pernah melekakan Nadiah dengan glamour dan wang ringgit. Riak wajah Nadiah yang sentiasa senyum tidak menampakan bahawa gadis ini punya rahsia serta kesunyian bertapak di hatinya untuk sekian lama.


“Bukannya Nadiah tak nak beraya dengan mummy tapi boringlah every year beraya kat overseas. Lagipun I had enough of London. Tujuh tahun Nadiah kat UK, tujuh tahun jugak Nadiah beraya disana”, panjang sungguh alasan Nadiah kepada mummynya tadi.


“That’s not my fault…Nadiah yang selalu degil tak mahu balik beraya”, ibunya sudah mula meninggikan suara.


Terngiang kembali di telinga Nadiah perbualan dengan ibunya pagi tadi. Pujukan pada awalnya berakhir dengan ketegangan di dalam perbualan mereka. Itulah yang selalunya terjadi dalam apa juga topik bicara mereka. Walaupun lagi 3 bulan umat Islam akan menyambut Ramadhan diikuti dengan Syawal, ibunya sudah berpesan berkali-kali supaya dia menempah tiket penerbangan memandangkan harga tiket sedang murah sekarang. Tahun ini merupakan tahun ke 3 Nadiah mengelak dan mencari alasan untuk tidak bersama ibunya di hari raya. Perasaan kekok masih menyelubungi Nadiah apabila berhadapan dengan bapa tirinya walaupun usia perkahwinan mereka hampir mencecah 4 tahun. Oleh kerana desakan yang tidak kunjung padam, tahun lepas Nadiah mengambil keputusan drastik pergi bercuti ke Tokyo pada hari raya, walaupun dimarahi oleh ibu dan ayahnya.


Dengan kejayaan yang diperolehi oleh kedua ibu bapanya dan kedudukan kewangan yang makin kukuh, Nadiah dihantar ke sebuah sekolah berasmara di United Kingdom sejak berusia 15 tahun. Hubungan anak beranak ini renggang bermula dari situ tanpa siapa menyedarinya sehinggalah sekarang. Sepanjang berada di sana hari raya adalah di antara suasana kekeluargaan yang luput dari ingatan Nadiah. Kehadiran kedua ibu bapanya untuk berhari raya tidak lebih dari melihat bapanya ke masjid untuk solat sunat Aidilfitri dan mereka bertiga memakai baju baru. Selepas itu aktiviti yang ada sekadar menjelajah dari kedai ke kedai untuk ibunya membeli belah ataupun ayahnya akan menempah tiket untuk mereka pergi bercuti di negara Eropah yang lain.


“I know this is not easy to tell you, but mommy and I is going through our divorce”, sebaris ayat yang dituturkan oleh ayahnya meruntuh institusi keluarga Dato’ Malek dan Datin Rahimah.


Sesungguhnya kata-kata yang menikam bak sembilu di hati Nadiah sudah 10 tahun berlalu, akan tetapi bila dikenang ia bagaikan baru semalam berlaku. Bermula dari situ hari raya adalah sama seperti hari-hari lain dalam hidupnya.

Tidak ada satupun yang kurang dari segi kemewahan yang diterima walaupun ayahnya sudah lama berkahwin lain dan mempunyai keluarga baru, akan tetapi kemewahan material yang ada tidak pernah dapat membeli sekeping hati Nadiah yang luka.


Sebaik mungkin Nadiah mahu bergembira untuk ayahnya dengan perkahwinan lelaki itu dan keluarga barunya, namun ia tidak semudah yang diucap untuk dilaksanakan dengan perbuatan. Perkahwinan ayahnya memberikan Nadiah dua orang adik lelaki, Nizam dan Nazim. Oleh kerana mereka berdua adalah lelaki lalu ia menambah alasan bagi Nadiah untuk menjauhkan diri. Selain dari perbezaan umur yang jauh dengan adik-adik tirinya, Nadiah sudah terlalu biasa hidup seorang.


Suasana hari raya bagi Nadiah sekadar melihatnya di kaca TV kerana rasa itu sudah hilang dari hidupnya bermula dari ayahnya berkahwin lain. Setiap tahun Nadiah akan memerah otak memberi berbagai-bagai alasan kepada ayahnya untuk tidak beraya bersama. Walaupun ayahnya berjaya mengheret Nadiah pulang untuk bekerja di firma guaman miliknya hampir 5 tahun yang lalu, ayah dan ibu tirinya masih belum mampu mencairkan hati Nadiah untuk beraya bersama mereka. Alasan kukuh Nadiah bahawa ayahnya akan beraya dengan keluarga mertua. Ini adalah kerana Atuk dan nenek kedua belah ayah dan ibunya juga telah lama tiada. Disebabkan ini semua, Nadiah lebih suka menyendiri pada hari raya.


Lamunan Nadiah terhenti bila pintu bilik pejabatnya di ketuk. Terpacul Ira sebaik saja pintu bilik di buka. Rakan sepejabatnya dan juga rakan karibnya semenjak di universiti lagi.


“Have you review the document? They have been asking for the revised draft” tanya Ira sambil menghampiri meja Nadiah.


Pandangan kosong yang Nadiah berikan kepada Ira, membuatkan Ira dapat mengagak bahawa Nadiah sudah lupa tentang dokumen tersebut dan belum lagi disemak.


“Oh my goodness, what’s wrong with you?” kata Ira dengan suara meninggi sambil menggelengkan kepalanya. “Takkan lah pasal nak beraya kat mana dan dengan siapa, kau stress sampai tak boleh kerja? Bukan tiap-tiap tahun pun macam nie ke? In the end kau raya sorang-sorang jugak” bebel Ira kepada Nadiah.


“Tension lah…mummy asyik membebel aje suruh aku raya dengan dia. Lepas tu daddy pulak cakap aku tak pernah nak beraya dengan dia dan adik-adik. Kau tahu kan aku nie sentiasa out of place dengan family daddy and now mummy and her new husband..arrghhh” luah Nadiah geram.


“Apa yang susah, kau book aje tiket pegi Sydney ke, New York ke, Bahamas ke, Timbaktu ke. Pegi holiday macam kau buat tahun lepas. Tak payah fikir sangat lah. Kau dah 27 tahun Nadiah. You’re matured enough to think what is best for you. Just do what makes you happy” Ira cuba menenangkan Nadiah. Sebagai kawan karib, Ira sudah lama memahami dan bersimpati dengan nasib Nadiah. Bukan sehari dua dia mengenali Nadiah bahkan sudah bertahun. Semasa mula-mula berkawan dahulu bingung dan pelik sentiasa menyelubungi Ira dengan kehidupan kawannya itu.


“Kadang-kadang aku terfikir jugak apa yang orang sibuk sangat pasal hari raya ni” tanya Nadiah bersama keluhan. Riak wajahnya amat kelesuan dan sesiapa yang memandang sudah pasti dapat meneka bahawa fikiran wanita ini kusut dengan masalah.






Last edited by sanaa1 on 12-2-2014 12:37 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-2-2014 12:41 PM | Show all posts
“Bagi akulah, raya adalah hari untuk bersama keluarga. Hari-hari lain kita selalu sibuk, jadi hari raya lah kita mengambil kesempatan untuk berkumpul bersama keluarga, menziarahi sanak saudara jugak” terang Ira kepada Nadiah.

“Best sangat ke?” tanya Nadiah mencebik bibirnya seperti memerli Ira.

“Kau akan merasanya nanti bila ada family sendiri, don’t worry, the time will come” jawab Ira. Besar gelak Nadiah dengan kata-kata Ira membuatkan Ira menyambung leterannya.

“Jawapan kepada masalah kau ni senang saja sebenarnya…Kahwin lah cepat, buat family sendiri. Cari orang kampong yang ada adik-beradik ramai. Confirm meriah raya kau nanti” Ira memberi cadangan sambil tergelak besar.

Nadiah turut sama tergelak mendengar idea Ira itu. “Menarik jugak idea kau tu tapi memandangkan sekarang aku masih belum ada boyfriend dan lagi tiga bulan nak puasa, memang confirm lah idea kau tak boleh jalan” kata Nadiah bersama gelak yang belum henti.

“Kau tu jinak-jinak merpati. Mula-mula bukan main mesra dan ramah dengan orang tapi bila orang mula nak rapat jual mahal lah pulak. Cuba buka hati kau untuk menerima seseorang dan juga menyayangi seseorang” nasihat Ira kepada Nadiah sebelum beredar pergi.

Tiba-tiba saja suasana ruang bilik pejabat Nadiah sunyi senyap. Kata-kata Ira berupa pesanan sebelum meninggalkan bilik itu membuat perasaan Nadiah tersentap lagi. Sebenarnya sudah berbuih mulut Ira menasihati dirinya dan seperti selalu Nadiah akan mengepikan segalanya.

Mengenang kisah lama sesungguhnya banyak yang mesti disyukuri. Walaupun semasa di sekolah Nadiah tidak memahami segalanya namun kata-kata Ira tentang keluarga tadi membawa ingatan Nadiah jauh kepada makna perkataan itu. Di dalam kamus hidupnya semua itu sudah berakhir di hari menerima berita perceraian ibu bapanya.

Kesan dari segalanya sehinggalah sekarang Nadiah mengakui agak sukar untuk dia menerima seseorang bernama lelaki dalam hidupnya. Kebimbangan dan ketakutan akan dikecewakan menghantui hidupnya siang dan malam. Penceraian ibu bapanya telah merobek hatinya dan luka itu amat dalam. Tatkala mula mempelajari erti hidup dan mendapat tahu bahawa punca perceraian adalah kerana ibunya memilih kerjaya lebih daripada suami dan anak sendiri, tangkai hatinya terus berkecai. Di dalamnya juga terselit kata disebabkan itu juga Nadiah merupakan anak tunggal.

Gangguan emosi Nadiah makin kuat apabila ayahnya pula berkahwin baru dengan seorang wanita muda hanya beberapa bulan selepas bercerai. Nadiah terlalu merasakan dirinya tidak diperlukan lagi oleh ibu bapanya ketika itu.

Sehingga hari ini Nadiah sendiri tidak pasti bagaimana dia melalui segalanya di waktu itu. Walau bagaimanapun dengan segala dugaan yang melanda Nadiah tidak menghampakan harapan kedua ibu bapanya. Keputusan cemerlang di A Levels memberi laluan mudah kepada Nadiah melanjutkan pengajiannya ke London School of Economics di dalam jurusan undang-undang.

Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi…itulah bidalan paling cocok untuk Nadiah apabila dia memilih jurusan undang-undang yang menjadi cita-citanya dari kecil. Syarikat guaman ayahnya adalah laman mainan Nadiah di zaman kecilnya, lalu tidak hairanlah jikalau bidang undang-undang tetap menjadi pilihan. Kejayaan yang ditempa oleh ayahnya sedikit sebanyak menjadi pencetus semangat buat Nadiah.

Tempoh pengajian yang panjang tiba-tiba terasa singkat apabila ayahnya telah menetapkan Nadiah harus pulang ke tanahair sebaik saja tamat pengajian. Kepulangan Nadiah juga bersyarat kerana Nadiah harus akur dengan permintaan ayahnya untuk bekerja di firma guaman milik Dato’ Malek itu. Hanya Allah saja yang tahu betapa berat hati Nadiah untuk bekerja dan bersama ayahnya di bawah satu bumbung tetapi Nadiah tiada pilihan lain.

Tidak dapat Nadiah nafikan bahawa firma guaman ayahnya bakal menjadi tapak serta batu loncatan untuk dirinya memahirkan diri oleh kerana ia merupakan salah satu firma guaman korporat terkemuka di Malaysia. Akan tetapi kukuhnya Malek and Co, bukan kayu pengukur memulihkan kembali hubungan anak dan ayah.
Waktu sememangnya tidak menunggu sesiapa. Diam tak diam sekarang sudah hampir 5 tahun Nadiah bekerja dengan ayahnya. Waktu juga mencatitkan keserasian di antara mereka bekerjasama.

Bagaimanapun Nadiah tetap dan masih mengelak untuk selalu bertemu dengan ibu serta adik-adik tirinya. Hujung minggu dan cuti umum seringkali menimbulkan keresahan di hati Nadiah mencari alasan-alasan kukuh mengelak andainya ada sebarang pelawaan daripada ayahnya untuk berkumpul.

Telah banyak perubahan berlaku sejak Nadiah pulang dan mula bekerja di sini, cuma satu saja yang belum. Hubungan Nadiah dan ayahnya tetap dingin secara peribadi walaupun mereka sering dilihat berdua di mahkamah, di pejabat pelanggan, menghadiri majlis-majlis rasmi dan juga beberapa acara dari badan guaman.

Sebagai seorang peguam, karisma ayahnya amat dikagumi oleh ramai tidak terkecuali dirinya sebagai seorang anak. Berkat dorongan serta tunjukajar daripada ayahnya, Nadiah kini mampu mengendalikan kes-kes besar dan juga berat.

Sesekali Nadiah merasakan ayahnya tidak berselindung tentang kekecewaan yang dirasa, akan tetapi Nadiah tetap membiarkan keadaan di antara mereka begitu saja.

*****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2014 12:46 PM | Show all posts
Suasana di balai perlepasan KLIA agak sibuk petang itu. “Hmm…patutlah susah nak dapat tiket tadi”, keluh Nadiah apabila dilihatnya ramai orang di bilik menunggu. Mata Nadiah liar mencari andainya ada tempat kosong untuk dia melabuhkan diri. Oleh kerana urusan di Pulau Pinang tidak dapat ditangguhkan lagi, Nadiah terpaksa ke sana juga petang ini.

Tatkala Nadiah mengangkat mukanya, kelihatan seorang pemuda berumur dalam awal 30an, berambut ikal dan berkulit hitam manis, segak bersuit dan bertali leher sedang berjalan dengan pantas bagaikan sudah terlewat. Terbayang kelegaan di muka pemuda itu apabila melangkah masuk ke bilik menunggu. Entah kenapa gelagat lelaki itu menarik minat Nadiah untuk terus memerhati. Dalam pada itu Nadiah berusaha supaya tidak “tertangkap” di dalam pemerhatiannya.

Deringan telepon bimbit pemuda itu membuat Nadiah mengalih pandangan kerana pemuda tersebut mengambil tempat duduk betul-betul berhadapan dengannya. Walaupun begitu keluhan pemuda berkenaan membuatkan Nadiah mengangkat mukanya kembali. Secara tidak langsung pandangan mereka bertemu dan teralih apabila telepon bimbitnya berbunyi lagi.

Butir bicara pemuda itu dengan seseorang di talian mendatangkan satu rasa di perasaan Nadiah. Mengagak bahawa pemanggil itu adalah kakak kepada pemuda tersebut membawa ingatan Nadiah kepada ibunya. Barangkali keadaan pemuda itu juga sepertinya, teka Nadiah sendiri.

“Puasa pun lambat lagi, orang dah sibuk pasal raya kan” tegur Nadiah sebagai pembuka kata. “Sorry saya terdengar perbualan awak tadi”, sambung Nadiah lagi.

Pemuda itu hanya mampu tersenyum kelat kepada Nadiah yang memberi senyuman kepadanya. Besar kemungkinan ada rasa malu apabila mengetahui Nadiah mendengar perbualannya sebentar tadi. Gerak geri pemuda itu membuat Nadiah meneka bahawa lelaki itu kurang selesa di tempat duduknya.

“By the way, I’m Nadiah” kata Nadiah lalu menghulurkan tangannya sebagai tanda perkenalan.

“Faris”, kata Faris bersama tangan yang dihulur. “Ada kerja kat Penang ke?” tanya Faris lagi.

“Yes, ada meeting dengan client kat sana” jawab Nadiah.

“Oh sama lah saya pun ada meeting esok pagi kat sana” kata Faris.

Di petang itu Nadiah mengenakan ‘pants suit’ berwarna kelabu gelap kerana tergesa-gesa dari pejabat. Selalunya Nadiah tidak selesa untuk mengenakan pakaian seperti itu menaiki pesawat ataupun kemana saja di luar waktu kerjanya. Beberapa minit yang berlalu Nadiah asyik membuat tanggapan tentang pandangan pemuda bernama Faris itu terhadap dirinya. Setiap kali mata mereka bertembung Faris memberikan senyuman lebar dan membuat Nadiah kurang selesa. Akan tetapi sikap professinalisma yang diamalkan berjaya membuat keadaan tidak selesa menjadi lebih selesa apabila Faris juga tidak kekok bertanya itu ini.

Dikesempatan yang ada Faris dan Nadiah sempat bertukar “business card” masing-masing dan bercerita tentang bidang tugas masing-masing. Pemuda yang berwajah tampan di hadapannya merupakan seorang “financial consultant” di sebuah firma perunding kewangan antarabangsa. Tugas yang Faris sandang sering membawanya keluar negara dan juga menjelajah serata pelusuk tanahair. Dalam pada itu Faris juga membantu beberapa pelajar di Universiti Islam Antarabangsa yang mengambil jurusan perakaunan perniagaan dan jurusan berkaitan dengan kewangan.

“Jangan sesekali melepaskan peluang yang datang…kita tidak pernah tahu bila opportunity strike. Kat airport ke…depan office ke…di majlis kenduri kendara ke…yang perlu dititikberatkan adalah berhati-hati ketika berbicara dengan semua orang. “Don’t judge and don’t ever marginalize anyone from their outlook. Topic bicara boleh dimulakan dengan apa saja asalkan berhemah” pesanan ayahnya datang ke fikiran Nadiah apabila mula selesa dengan Faris.

Perbualan mereka terhenti apabila pengumuman menaiki pesawat dibuat.

“Ok Nadiah…nice meeting you”, kata Faris lalu menghulurkan tangannya.

“Nice meeting you too…have a good stay in Penang”, jawab Nadiah menyambut tangan Faris.

Penerbangan ke Pulau Pinang yang hanya mengambil masa satu jam itu bagaikan tidak terasa. Sebaik sahaja sampai di lapangan terbang Bayan Lepas, Nadiah segera menuju ke tempat mengambil teksi.

“Hi…berjumpa lagi kita…Nadiah menginap di hotel mana?” tiba-tiba ada suara menyapa Nadiah lalu menoleh. Rupanya Faris yang menegur.

“Eastern Oriental. How about you?” tanya Nadiah pula.

“Eh samalah kita. Apa kata kita pergi satu teksi saja” cadang Faris.

Cadangan Faris menimbulkan rasa kelainan di hati Nadiah lalu kelihatan amat teragak-agak menerima pelawaan itu. Walaupun mudah mesra dengan sesiapa sahaja, pelawaan Faris mendatangkan bermacam perkara negative difikiranyanya. Tidak dinafikan dari segi luaran Faris kelihatan baik dan bersopan, akan tetapi terlalu baru sahaja mengenali pemuda ini.

“It’s ok if you rasa tak selesa. I understand. Mana lah tahu nanti suami atau tunang atau boyfriend awak marah nanti”, ujar Faris sejurus kemudian seperti dapat menduga gelodak perasaan Nadiah.

Perasaan bersalah terus membelenggu dirinya dengan kata-kata itu lalu terus menyampuk… “Sombong pulak aku ni ya. Tadi kau bukan main friendly lagi dengan dia. Aku nampak dia macam lelaki yang baik dan handsome pulak tu…hehehe” bebel Nadiah dalam hati.

“Saya tak ada suami, tunang atau boyfriend nak marah. Awak tu tak ada ke isteri-isteri, tunang atau girlfriends yang nak belasah saya esok lusa?” tutur Nadiah selamba, cuba menyembunyi rasa ragu-ragunya.

Jawapan serta pertanyaan Nadiah mengundang tawa besar daripada Faris lalu berkata “Kalau saya ada isteri, tunang atau girlfriends tak adalah kakak saya beria-ria ajak saya beraya dengan mereka. Untuk makluman Cik Nadiah, saya ini sebatang kara semenjak mak meninggal 3 tahun yang lepas” terang Faris dengan tawa yang masih bersisa.

Tawa Faris surut bersama kata-kata itu akan tetapi Nadiah gagal melawan geli dan malu di hatinya lalu melepaskan tawa kecil.

“Ohhh…kalau macam tu jom lah, lagipun kita dah lewat ni” kata Nadiah sambil berjalan ke arah tempat menunggu teksi.

*****
Bayangan gadis manis, berkulit cerah kuning langsat, bermata bundar dan berambut ikal paras bahu bermain di ruang matanya. Bahkan ia semakin jelas apabila mengingati bibit-bibit pertemuan yang tidak disangka-sangka itu. Perasaan malu yang terbit ketika mengetahui gadis itu mendengar perbualan telefonnya juga terbang dibawa angin di dalam kesesakan bilik menunggu itu.

Fikiran Faris melayang-layang di antara bayangan gadis kecil molek yang ber “pant suit” kelabu di hari itu dan butir bicara pujukan kakaknya di waktu yang sama.

“Wa’alaikomsalam Kak Long. Faris tengah tunggu nak boarding ke Penang ni. Bukannya Faris tak sudi nak beraya dengan Kak Long dan Kak Ngah tapi segan lah Kak Long dan Kak Ngah beraya rumah mertua masing-masing. Kak Long jangan lah risau, Faris ok lah…Ok Kak Long, Faris kena pergi sekarang, nanti kita sembang lagi. Bye”

Keluhan Faris lepaskan apabila tersedar bahawa dirinya sudah mula berangan-angan dan mengingati setiap butir kata yang didengari Nadiah tempoh hari.

“Kau tengah anggau ke apa ni”, tegur Ridzwan sambil menepuk bahunya.

Teman satu pejabat Faris, ayah kepada dua orang cahaya mata yang comel dan nakal, seorang kawan yang tidak pernah berhenti cuba menemukan Faris dengan kawan-kawan isterinya, saudara-saudaranya atau sesiapa yang dirasakan sesuai untuk Faris. Teguran Ridzwan yang bukan saja membantutkan angan-angannya akan tetapi memberi degupan jantung yang kuat dek terperanjat.

“Kalau ya pun bagilah salam…janganlah terjah macam tu saja. Nasib baik aku tak jadi arwah tadi”, bebel Faris dalam satu nafas kepada Ridzwan.

Terkekeh-kekeh ketawa Ridzwan dengan bebelan Faris dan melihat Faris mengurut dadanya. Tujuan Ridzwan datang ke biliknya tadi untuk menyerahkan lapuran client di Penang untuk tindakan Faris selanjutnya. Ketawa Ridzwan masih bersisa semasa meninggalkan bilik pejabatnya.

“Kalau dah ada calon tu nikah cepat…jangan tunggu dan berangan saja. Kempunan aku nak makan nasi minyak kau nanti”, ujar Ridzwan sebelum berlalu pergi. Gurauan Ridzwan mendapat balingan bola kertas dari Faris lalu berlari anak meninggalkan bilik pejabat.

Lapuran yang ada di hadapannya ditatap tanpa berkelip. Matanya memandang setiap huruf yang tertera akan tetapi fikirannya melayang jauh. Sejak pulang dari Pulau Pinang hampir seminggu yang lalu, Faris menyedari ada sesuatu di jiwa halusnya. Namun demikian tugas dan kerja yang banyak menghadkan fikiran Faris untuk meniti satu persatu.

Walau apapun Faris amat bersyukur kerana segala urusan di sana berjalan dengan lancar dan seperti dirancang. Kini setelah lapuran siap dibuat dan memerlukan segala perhatiannya, Faris menjadi semakin bingung apabila kedua-dua orang kakaknya tidak habis-habis memujuknya untuk beraya bersama-sama mereka. Pujukan kedua kakaknya sekarang sudah menjadi asakan yang melemaskan Faris. Dua tahun berturut-turut sejak pemergian arwah ibunya Faris menuruti kehendak kedua kakaknya demi menjaga hubungan mereka adik beradik dan demi menghormati pesanan arwah ibunya supaya mereka bertiga tidak berpecahbelah. Namun demikian di tahun ini sememangnya sejak awal tahun lagi sudah Faris fikirkan masak-masak untuk tidak mengikuti kemahuan kedua-dua kakaknya dan pasti juga arwah mak tidak akan marah jikalau Faris memilih untuk berhari raya di kampung, walaupun seorang diri.

“Macam ni lah kak long…kalau along dan angah nak sangat Faris beraya bersama, marilah kita raya kat kampung. Kita balik dua tiga hari sebelum raya…bersihkan rumah dan ajak saudara mara yang lain datang beraya. Dapat juga kita ziarah pusara ayah dan mak selepas solat sunat Aidilfitri”, panjang lebar luahan hati Faris kepada kakak sulongnya.

Mengingatkan kata-katanya sendiri seolah-olah Faris sudah siap sedia untuk beraya berseorangan dan kalau perlu berteman juga sudah Faris atur rencana untuk mengajak seorang dua anak muridnya di Universiti Islam Antarabangsa untuk beraya bersama. Sekali lagi ia menggangu fikiran Faris apabila mengingatkan bahawa esok malam ada kelas ulangkaji bersama mereka yang Faris hampir lupa untuk menyiapkan nota yang perlu.

“Apa dah jadi dengan kau ni Faris? Fokus…fokus”, tempik suara halusnya. Akan tetapi semua itu tidak membangkitkan semangatnya lalu keluhan menjadi teman setia untuk beberap ketika.
Segalanya menjadi serba salah lalu Faris meninggalkan kerja dan mejanya. Bayangan gadis itu masih belum hilang. Wajah mulus tanpa mekap hanya ditemani oleh lapisan lipstick nipis dibibir serta keletah dan ceria dalam bercerita teramat sukar untuk Faris lupakan. Sudah juga Faris terlupa bilakah kali terakhir dirinya merasakan begini.

Sebaik mungkin Faris tidak mahu menidak atau menolak rasa yang hadir namun keraguan bertapak di hatinya. Pelik dan hairan dengan diri sendiri lalu tersedar perasaan ragu-ragu itu datang kerana terlalu memikirkan tentang penerimaan Nadiah terhadapnya. Perasaan pelik dan hairan bertambah-tambah apabila dia cepat mesra dengan Nadiah, orang yang baru dikenali dan seorang wanita pula. Keluhan tanpa henti menemani Faris dikesunyian bilik pejabatnya lewat senja itu.

“Hi…it’s me again”, tegur Faris apabila ternampak Nadiah di lobby hotel. “Nak ke mana ni”, tanya Faris lagi.

“Hmm…nak cari makan”, jawab Nadiah lalu menuding jari kearah hawker’s corner di sisi lobi hotel penginapan mereka.

Ternyata gadis yang baru dikenali ini amat ceria orangnya dan perkenalan singkat mereka sudah memaklumkan bahawa mereka berada di dalam dilemma yang sama iaitu tiada tempat untuk beraya. Perceraian kedua ibu bapa Nadiah sejak 10 tahun yang lalu membuatkan Nadiah mengambil jalan mudah untuk tidak pulang berhari raya semasa menuntut dan Faris pula hanya merasa kesepian itu sejak tiga tahun yang lalu setelah pemergian arwah ibunya.

Senyum Faris makin melebar apabila matanya mula melirik telatah gadis di hadapannya. Bercakap sambil makan yang bersulam jenaka menjadikan malam itu indah dengan kesedapan kari nasi kandar yang harum semerbak.

“Tak sangka betul banyak sungguh persamaan kita ya. So awak rasa ini takdir ke, kita dipertemukan?” tanya Faris selepas mendengar dengan teliti cerita Nadiah tentang keluarganya.

“Sudah semestinya kan… sebab semua yang berlaku adalah takdir, termasuk lah awak belanja saya nasi kandar malam ni. Kalau kita tak jumpa tadi dan awak tak ajak saya makan sama…tak merasa lah saya makan nasi kandar yang famous ni” kata Nadiah sambil tersenyum nakal. “Oh ya…by the way tentang masalah awak ni saya ada cadangan yang paling bernas”, ujar Nadiah dengan serius.

“Kawin dengan awak”?, pintas Faris dengan segera dengan memandang tepat ke mata Nadiah. Pandangan serta kenyataan Faris itu membuat Nadiah melopong, terkedu dan terdiam.

Faris tersenyum sendiri mengenang perbualannya dengan Nadiah tempoh hari. Apa yang lebih menyenangkan adalah tawa Nadiah yang beriring dengan pertanyaan itu masih menjadi irama indah di telinganya. “Something about her I need to find out” detik hati Faris lalu tangannya terus mencapai business card Nadiah yang berada di atas meja pejabatnya.

*****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2014 12:50 PM | Show all posts
Nafas yang Nadiah hela adalah nafas lega kerana mesyuarat dengan client berakhir dan kesemua isu-isu telah dapat diselesaikan.

“Good job Nadiah. You handled it well” Dato’ Malek memuji anaknya itu sebaik sahaja client mereka beredar. Senyuman yang Dato’ Malek berikan adalah senyuman bangga seorang ayah.

“Thanks Daddy. Daddy yang banyak tolong Nadiah and without doubt you are my mentor”, jawab Nadiah membalas senyum ayahnya.

Kedengaran tawa kecil Dato’ Malek sebaik saja Nadiah berkata begitu. Agaknya pujian Nadiah itu tadi mendatangkan perasaan gelihati di hati ayahnya. Perasaan kekok Nadiah datang serta merta apabila Dato’ Malek memaut bahu Nadiah dan berjalan seiring untuk ke bilik pejabat masing-masing. Walaupun mereka merupakan pasangan anak dan ayah yang berjaya lebih-lebih lagi ayahnya juga pemilik Malek and Co., yang merupakan sebuah firma guaman terkemuka di Malaysia, hubungan anak dan ayah di luar dunia korporat tetap hambar dan tawar. Kehidupan Nadiah dahulu sebagai “daddy’s girl” sudah lama berakhir dan sehingga hari ini kedinginan yang ada masih belum dapat dicairkan lagi.

“Dinner dengan Daddy tonight?” pelawa Dato’ Malek kepada anak gadisnya.

“Sorry Daddy, Nadiah kena settle Project Aces tonight, client nak today jugak. Next time ya” Nadiah menolak pelawaan ayahnya dengan sopan. Tiba-tiba telepon bimbitnya berbunyi lalu memohon diri dan meninggalkan Dato” Malek termanggu. Keluhan Dato” Malek hinggap dipendengaran Nadiah namun hakikatnya tiada siapa dapat mengubah keadaan itu.

Di dalam kamus hidup Nadiah, ibu dan bapanya telah mengajar dirinya hidup berdikari di usia muda. Adakalanya Nadiah berpendapat bahawa dirinya dihantar ke sekolah berasmara penuh yang jauh dari tanahair sebagai persediaan perpisahan dan perceraian yang telah lama dirancang. Alasan ibu bapanya memberikan yang terbaik untuknya Nadiah terima akan tetapi tidak dapat mengubah pandangan Nadiah bahawa ibu bapanya terlalu mementingkan diri sendiri semasa itu. Besar kemungkinan sekarang kesunyian mengisi ruang hidup mereka berdua “tanpa” Nadiah walaupun telah ada kehidupan lebih baik sekarang ini.

Tidak semua yang berlaku itu buruk kerana Nadiah masih mampu berfikir serta mendapat nasihat dan belaian kasih seorang atuk. Di awal berita perceraian diterima, Nadiah amat terkejut menerima kunjungan arwah atuk. Tidak Nadiah tahu kenapa atuk datang menemaninya di UK akan tetapi waktu-waktu yang dihabiskan bersama arwah atuk adalah hari-hari bahagianya dan Nadiah amat mensyukuri waktu-waktu itu.

Jujurnya bukan Nadiah tidak terfikir mahu merapatkan hubungan renggang di antara dirinya dengan ayah mahupun kedua-dua adik tirinya serta ibu, namun hatinya tawar untuk berbuat demikian. Sering Nadiah bertanya apakah bezanya sekarang dan dahulu? Kenapa sekarang kedua ibu bapanya terlalu mahukan hubungan keluarga dieratkan? Kenapa tidak dahulu? Pertanyaan tanpa henti tidak pernah kunjung padam di hatinya sehingga Nadiah pastikan perjumpaan atau pertemuan adik-adik dan dirinya hanya sekadar di meja makan. Apabila ayahnya merancang untuk berjumpa jarang Nadiah mengelak jikalau sekadar makan tengahari atau malam. Walaupun pernah Ira usulkan untuk Nadiah membawa adik-adiknya keluar berjalan-jalan, idea Ira itu tidak pernah Nadiah fikirkan.

“Assalamualaikum Cik Nadiah. Ingat saya lagi tak?” kedengaran satu suara sebaik saja Nadiah mengangkat panggilan itu.

“Walaikomsalam. Sapa ya ni?” tanya Nadiah pula.

“Alahh orang yang belanja awak nasi kandar tuu…hari ni saya nak awak belanja saya kopi bolehh?” suara itu berkata lagi dengan deraian tawa dihujungnya.

“Faris!!…mimpi apa awak call saya ni? Nak belanja boleh tapi awak kena datang my office…banyak kerjalah sekarang ni tak boleh nak keluar” jawab Nadiah girang dan manja. Hampir tercunggap Nadiah sebaik saja menghabiskan ayatnya. Tidak dapat Nadiah nafikan yang hatinya tiba-tiba berbunga riang menerima panggilan Faris.

“Ok, saya tunggu kat Starbuck depan office awak tu. Datang sekarang tau, saya ada proposal nak discuss dengan awak…urgent and top most important” kata Faris sebelum mematikan talian.

“Hah…ada proposal…Urgent and top most important pulak tu” tanya Nadiah di hati sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Namun tanpa memikirkan lebih lama dan mendalam Nadiah terus saja mengatur langkah untuk bertemu Faris.

Lima belas minit kemudian Nadiah tiba ke Starbuck Coffee. Sebaik saja sampai matanya liar mencari Faris, lalu menangkap figura seorang pemuda sedang merenung jauh duduk di sudut yang terpencil. Tidak salah lagi orang itu adalah Faris.

“Aikk kata tadi nak suruh saya belanja kopi. Apasal awak dah beli?” tegur Nadiah sambil menarik kerusi untuk duduk di hadapan Faris.

“Tunggu awak lama sangat sampai kering tekak saya ni” kata Faris sambil meneguk kopinya. “So what is the proposal?” tanya Nadiah dengan tidak sabar lagi.

Pertanyaan tidak sabar Nadiah membuat Faris merenung tepat ke arah mukanya. Pandangan dan renungan itu secara spontan membuat Nadiah merasa tidak selesa dan dapat dirasakan sendiri muka nya sudah merah padam. Lebih menambah gundah tawa nakal Faris turut mengiringi.

“Oleh kerana saya dah beli kopi sendiri, awak kena belanja saya dinner lah tonight” Faris akhirnya bersuara.

“Pandai awak ya” jawab Nadiah sambil tergelak. “Sorry, saya ada deadline kena settle hari ini jugak, mungkin malam baru settle. Some other times maybe” sambung Nadiah dengan beralas kerana terpaksa menolak pelawaan Faris.

“Tak sudi ke?” Faris terus bertanya.

“Bukan tak sudi tapi saya betul-betul tak boleh, kecuali awak sanggup tunggu sampai pukul 10 malam” terang Nadiah lagi.

“Kalau 12 malam pun saya sanggup Cik Nadiah…asalkan saya dapat jumpa awak” kata Faris bersungguh-sungguh bersama senyuman meniti.

“Hah…sampai macam tu sekali?”, tanya Nadiah kehairanan. Anggukan kepala Faris berkali-kali membuat Nadiah lembut hati. Tidak disangka yang Faris benar-benar hendak berjumpa dengannya.

“Ok lah, apa kata kita keluar dinner awal let’s say 6.30 pm, lepas tu awak hantar saya balik office untuk sambung kerja” Nadiah memberi cadangan tanpa berfikir panjang.

Peribahasa mengatakan terlajak perahu boleh diundur…terlajak kata buruk padahnya. Persetujuan yang Nadiah beri kepada Faris tanpa berfikir panjang menghantui fikirannya di setiap langkah yang diambil semasa pulang ke pejabat. Akan tetapi tiada apa yang boleh memutarkan keadaan itu kerana pertamanya Nadiah sudah berjanji dan keduanya Nadiah ingin sangat mengetahui apakah cadangan atau proposal yang ingin Faris sampaikan. Lalu menjadikan penantian satu siksaan buat dirinya sehingga petang nanti.

*****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2014 12:57 PM | Show all posts
Deringan telefon mematikan lamunan Dato” Malek. Selepas berbual sebentar dengan pemanggilnya keluhan yang amat berat dilepaskan. Sejak lima tahun yang lalu sudah banyak idea difikir dan dirancang akan tetapi sehingga saat, detik dan hari ini Dato’ Malek tidak dapat kembalikan Nadiah seperti yang diimpikan.

Keluhan saja yang menjadi teman Dato’ Malek kebelakangan ini. Seperti tadi dia hanya mampu melihat Nadiah berlalu pergi. Mungkin sudah terlambat untuk dirinya menyesali keadaan yang berlaku akan tetapi dia mengakui semenjak bercerai dengan ibu Nadiah, hubungannya dengan Nadiah mulai renggang kerana terpaksa membahagi waktu bersama Nadiah dengan Rahimah, bekas isterinya.

Ketika keputusannya untuk menikah semula diberitahu kepada Nadiah, anak itu tidak menunjukan sebarang reaksi.

“Please say something sweetheart”, pujuk Dato’ Malek kepada anaknya itu. Sudah tiga hari dia di UK untuk bersama Nadiah dan mencari waktu yang sesuai untuk memberitahu niat dan rancangannya, akan tetapi berita itu tidak menunjukan sebarang perubahan kepada anak gadisnya.

“You have made the decision, aren’t you?” tanya Nadiah tegas.

Anggukan kepala saja yang diberikan sebagai jawapan kepada pertanyaan Nadiah. Terlalu sukar dan hampir tiada apa yang dapat dirasakan dari riak wajah anaknya. Kata-kata Nadiah seterusnya amat memilukan hati dan perasaanya. Tidak ada seharipun di dalam hidupnya melupakan kata-kata itu.
“You have given me the best money can buy…I don’t need anything anymore. All the best daddy”, perlahan saja tutur kata Nadiah.

Begitu keras hati Nadiah, tiada setitikpun airmata anaknya tumpah walaupun disedari air sudah bertakung di kolam mata bundar itu. Setelah bersalaman dan memberi ciuman di pipi, Nadiah berlalu pergi.

Permintaannya untuk Nadiah menghantar dia ke airport juga tidak diendahkan. Walaupun Nadiah tidak menunjukan sikap dingin kepada ibu tirinya apabila dikenalkan beberapa bulan kemudian, sehingga hari ini mereka berdua masih belum “dapat” Nadiah kembali. Perceraian dan pernikahan semulanya tidak pernah menghalang hubungan baik dengan bekas isterinya. Telah mereka jumpa beberapa kali juga bagi menyelesaikan kemelut mereka sekeluarga namun masih menemui jalan buntu.

Sebagai seorang ayah dia tetap menggunakan kuasa vitonya kepada Nadiah dan membawa Nadiah pulang serta bekerja di firma ini. Keyakinannya memuncak bahawa hubungan dia dengan Nadiah akan pulih namun kehampaan yang datang apabila berada di bawah satu bumbung hanya menjadikan mereka “business partner”. Hubungan yang ada tidak lebih dari itu, yang membezakan hanyalah panggilan “daddy” untuknya semasa di pejabat. Impiannya untuk merapatkan Nadiah dan adik-adik juga masih belum kesampaian dan tidak pernah dia tahu bila saat itu akan tiba.

Tidak dapat disangkal kekesalan yang ada akan tetapi melihat Nadiah setiap hari dan melihat perkembangan kerjayanya sudah memadai buat dirinya sekarang. Sebaik mungkin akan dijaga hubungan yang ada dan tidak mahu terlalu mendesak Nadiah. Harapannya menggunung tinggi semoga satu hari nanti timbul kesedaran di hati anak gadisnya itu atau mungkin ada seseorang yang dapat menyuntik rasa bahagia berkeluarga kepada Nadiah.

Menitis jua airmata jantannya apabila menatap wajah Nadiah tersenyum riang semasa majlis konvokesyennya dahulu. Gambar itu adalah gambar candid ketika Nadiah sibuk berbual dengan kawan-kawan di majlis berkenaan.

*****

Sekilas Nadiah menoleh jam di tangan. “Dah pukul 9 rupanya” detik hati Nadiah. Begitu tekun dia menyiapkan kerja sehingga masa berjalan tidak disedari. Apapun telah Nadiah janji pada diri yang kerja ini akan selesai dan dapat dihantar kepada client malam ini juga melalui email. Menangguh dan melewatkan kerja bukanlah caranya.

Kedengaran ketukan dipintu dan tanpa menanti, Ira sudah menjenguk diri di muka pintu.

“Dokumen yang aku edit tu dah aku hantar kat kau” kata Ira.

“Thanks, aku pun dan siap ni, tinggal nak email aje” jawab Nadiah tanpa mengangkat muka.

Tanpa diundang Ira masuk ke dalam pejabat lalu terus duduk di hadapannya. Oleh kerana begitu tekun dengan kerja tidak Nadiah pedulikan Ira di situ.

“Sampai hati kau ya…senyap-senyap pergi date”, kata Ira mengusik dengan menepuk perlahan tangan Nadiah.

“Hah kau jangan nak merepek, date apanya…keluar pun tak sampai 2 jam” pantas saja Nadiah menjawab bersusul gelak.

“Ek eleh..tak nak mengaku. Eh tell me lah who is this special guy? Sampai sanggup keluar dinner walaupun ada deadline” tanya Ira bertalu, tanda tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan.

“Tak ada lah special. Just a guy I met masa Penang trip hari tu. Networking ok” terang Nadiah sambil tersenyum.

Sebenarnya Nadiah masih belum berani membuka rasa hatinya kepada Ira walaupun jauh di sudut hatinya mengakui ada mengingati Faris semenjak pertemuaan mereka di Pulau Pinang. Selain itu dia tidak mahu terlalu melayan perasaan dan mengambil jalan mudah dengan melupakan sahaja.

Walaubagaimana pun di hari ini Nadia akui merasa cukup gembira dapat bertemu semula dengan Faris. Kelesaan yang tercipta di antara mereka bagaikan ‘magic’. Pertemuan tadi walaupun sekejap sudah banyak yang mereka bualkan, dari hal kerja hingga lah hal-hal semasa yang berlaku di dunia.

“Let’s go out this weekend”, Faris berkata dengan merenung tepat ke wajah Nadiah.

“Apakah itu satu jemputan atau pertanyaan?”, tanya Nadiah dengan mengangkat sedikit bahunya.

Pertanyaan Nadiah tidak mendapat respon daripada Faris. Oleh kerana mereka sudah sampai di hadapan pejabat Nadiah perkara itu tergantung begitu sahaja. Hanya setelah gurauan Ira sebentar tadi Nadiah teringat tentangnya. Deringan lagu “mamma mia” di telefon bimbitnya tanda ada sms pantas dibuka.

“Saturday 9am…I’ll pick you at home. The address please. Your thoughtful Faris”

Membaca baris ayat yang tertera membenihkan senyuman di bibir Nadiah sehingga terdetik kata “am I in love?” Antara sedar dan tidak ayat itu menggegar seluruh anggota tubuhnya.

“Go with the flow and enjoy the ride Nadiah dear” lalu menepuk perlahan kedua belah pipinya di hadapan cermin. Kata semangat untuk diri sendiri semasa dia bersiap-siap untuk keluar bersama Faris.

“Since this is going to be one day affair…please bear with me”, ujar Faris sebaik saja Nadiah menutup pintu kereta.

Pandangan mereka bertemu tatkala Nadiah mahu memasang tali pinggang keledar. Senyum, tawa dan gelenggan kepala yang Faris berikan membuat Nadiah menjegilkan biji matanya. Apalagi terburailah gelak Faris yang mungkin sememangnya dari tadi ditahan.

“Apa nak buat jumpa sampai sehari? Dahlah keluar pepagi buta…is he crazy or I’m crazy?” sedikit tanda soal bermain di fikiran Nadiah semasa kereta Faris melunjur pergi. “Salah kau lah…setuju nak jumpa tapi tak bertanya apa”, berdetik pula hatinya memarahi diri sendiri.

Cuaca pagi sememangnya nyaman lebih-lebih semalam hujan turun dengan lebat dan hanya berhenti selepas subuh. Tidak Nadiah ingat bilakah kali terakhir atau pernahkah dirinya makan nasi lemak di bawah pohon bersama angin bertiup sepoi-sepoi bahasa berteman seorang jejaka yang ramah, baik, bersopan dan membuat dirinya ketawa. Topic bicara mereka meluas dan tidak sedar bahawa jam sudah menunjukan 10.30 pagi.

“Hmm…kalau macam ni memang boleh sampai malam kut”, sekali lagi hati Nadiah berbisik.

“Apa yang dah saya buat sampai awak senyum saja ni?” tegur Faris semasa mereka menuju ke kereta selepas bersarapan.

“Eh perasannya awak”, balas Nadiah spontan. Seperti awalnya pasti akan ada tawa mengiringi kata-kata yang berbalas dari mereka berdua.

Tidak juga Nadiah membantah apabila Faris berkata mahu mengambil barang di sekitar Ampang Point sebelum ke tempat lain yang Nadiah sendiri tidak tahu di mana dan ke mana.

“Kita nak buat apa masuk kedai emas ni?” tanya Nadiah apabila mereka melangkah masuk ke Habib Jewels.

“Kejap ya, saya nak ambik barang kemas arwah mak. Hari tu saya hantar untuk dibaiki dan dibersihkan” terang Faris kepada Nadiah.

Sambil menunggu sempat juga Nadiah meliarkan mata melihat barang-barang kemas yang dipamerkan.
“Nadiah, apa kata tahun ni kita raya berdua” tiba-tiba Faris bersuara.

Terkejut Nadiah mendengar kata-kata Faris. “Dia nie serius ke melawak dengan aku” tanya Nadiah sendiri dengan terkejut.

Belum sempat Nadiah menjawab, pekerja tadi muncul dengan membawa sebentuk cincin emas bertahta berlian 2 karat. Sinar dan kilauannya menarik mata Nadiah apatah lagi diletakan di atas kotak berbaldu ungu.

“Cantiknyaaa cincin, this is a masterpiece, very elegant and classy” kata Nadiah sambil membelek-belek cincin tersebut. “Ni ke cincin arwah mak awak tu?” Nadiah bertanya dan Faris tersenyum mengangguk.

“Cuba lah pakai” kata Faris. Nadiah memandang ke arah Faris dengan ragu-ragu.

“Cuba lah Cik pakai, rasanya ini size jari Cik ni” tiba-tiba pekerja kedai itu menyampuk.

“Eh..tak nak lah” jawab Nadiah tersipu malu.

“Nak suruh cuba pun susah. Meh sini jari tu” sungut Faris lalu mengambil tangan Nadiah dan menyarungkan cincin ke jari manisnya.

Matanya tidak berkelip memandang cincin bertatah berlian yang diikat emas putih itu. Kilauan cincin sudah semesti mendatang silau di matanya dan mata-mata yang memandang memberi debar pula di hatinya.

“Cantik Cik pakai, sesuai dan terletak saja di jari Cik” puji pekerja tadi.

Sudah terasa pipinya merah dan hanya mampu tersenyum menahan malu apabila pujian diterima sebaik saja Faris menyarungkan cincin ke jari manisnya. Sesungguhnya cincin itu amat cantik dan dalam diam Nadiah mengaguminya.

“Since it nicely fit your finger, 2 minggu lagi awak kena kahwin dengan saya” kata Faris dengan nada spontan.

Pekerja kedai emas tersenyum girang sambil berkata “Ya Allah betul ke ni cik? Tahniah”, ucap pekerja kedai sambil diperhatikan oleh rakan kerjanya dan seorang dua pelanggan yang ada.

Sekali lagi besar biji mata Nadiah memandang kehairanan ke arah Faris yang tidak berhenti tersenyum. Seminit dua yang berlalu Nadiah terlepas gelak yang besar sehingga menutup mulutnya.

“Dik, janganlah percaya cakap abang ini…dia melawak aje lah. Jangan terlebih excited ya” kata Nadiah kepada pekerja tersebut. Nadiah membulatkan matanya lagi memandang Faris yang tidak habis-habis tersenyum nakal.

Oleh kerana terlalu asyik dengan cincin di jari, Nadiah hampir terjatuh kerana salah langkah sewaktu keluar dari kedai. Nasib baik Faris cepat menyambarnya, hmm kalau tidak memanglah dirinya jadi tontonan hanya kerana sebentuk cincin. Apalagi nak dikata, senyum dan merah muka terpaksa lah ditanggung.

Berdebar terus jantung Nadiah apabila Faris terus memegang lengannya selepas itu hinggalah mereka sampai di sebuah café berhampiran. Tidak mampu Nadiah untuk mengelak masa itu hanya sekadar menahan sesak nafasnya sehingga Faris menarik kerusi untuknya. Ketiadaan Faris beberapa minit kemudian membuat Nadiah melepaskan nafas lega namun dia tertangkap lagi apabila tidak sedar Faris sudah berada di meja.

“Tentu cincin ini mempunyai cerita di sebaliknya”, ujar Nadiah bagi melegakan degupan jantung yang masih kuat. Entah kenapa juga Nadiah masih belum melucutkan cincin itu dari jari manisnya sejak Faris menyarungkannya tadi. Bermula lah perjalanan otaknya bercakap sendirian dengan berbagai tafsiran.

“Saya serius ni Nadiah” kata Faris apabila memerhati Nadiah yang asyik membelek cincin di jarinya.

“Yang mana satu? Kahwin? Atau raya berdua tu?” tanya Nadiah seolah-olah dapat membaca fikiran Faris masa itu.

“Dua-dua sekali” jawab Faris dengan tegas.

Kata-kata Faris bergetar di telinganya dengan jelas dan nyata. Nadiah terdiam. Tidak mampu bersuara. Sekadar memandang Faris dengan pandangan kosong. Terasa jugak ketegangan dalam dirinya selepas itu akan tetapi Nadiah tidak terus merasakan demikian kerana Faris begitu bijak mengatur rencana seterusnya.

Mereka pergi dari satu tempat ke satu tempat sehinggalah destinasi yang terakhir apabila Faris memberhentikan kereta di depan rumahnya. Tidaklah lewat sangat kerana jam baru menunjukkan 8.30 malam. Kilauan yang datang dari jari manisnya mengingatkan bahawa cincin itu perlu dipulangkan kepada tuannya.

“Thank you for the lovely day…pakailah cincin tu dulu dan tolong fikirkan hal kita ya?” lembut saja kata-kata Faris sebelum sempat Nadiah melucutkan dari jarinya. Genggaman Faris di jari jemarinya semasa menuturkan kata-kata itu juga lembut.

Hanya Allah saja yang tahu getar di hatinya dengan kata-kata Faris sebelum mereka berpisah malam itu dan getaran itu Nadiah bawa di dalam tidurnya bersama kilauan cincin di jari.

Pagi adalah permulaan yang indah dan pagi juga adalah kurniaan Allah untuk hambaNYA bagi mensyukuri segala nikmat yang diberi. Pujangga berkata bahawa pagi adalah waktu untuk menyulam mimpi-mimpi indah semalam semoga ia menjadi nyata.

Besar kemungkinan itulah yang Nadiah rasakan. Hatinya rasa tenang dan lapang dan setiap kali melihat cincin di jarinya keriangan tercipta. “Ada ke orang macam aku ni?” Nadiah bertanya pada dirinya lagi. Pertanyaan Faris pada hari Sabtu yang lalu pada awalnya dianggap gurauan kini menanti jawapan. Pandangan redup dan genggaman erat jari jemari Faris ketika meminta dirinya memikirkan hal mereka terbayang jelas di matanya sejak dari itu. Semalam seharian Nadiah menyepikan diri di rumah mencari jawapan terbaik untuk dirinya dan Faris.

“Hi Ira…good morning. Cantik tak cincin ni?” tanya Nadia apabila bertemu Ira di pejabat.

“Wah cantiknya, mesti mahal, berapa ni kau beli? Mimpi apa kau tiba-tiba beli cincin berlian ni?” tanya Ira sambil membelek-belek cincin di jari Nadiah.

Gelagat dan pertanyaan Ira membuat Nadiah tidak dapat menahan tawanya. Terburai terus ketawa Nadiah apabila melihat Ira terlopong pula.

“Ya Allah…orang bagi kat kau ke”? jerit Ira dengan tiba-tiba.

Nadiah terus menutup mulut Ira dengan tangannya dan menarik kawannya itu masuk ke dalam biliknya. Hanya anggukan kepala saja Nadiah beri bagi menjawab pertanyaan Ira kerana tawanya terlalu payah hendak berhenti.

“What?? You must be kidding me? Ada orang ajak kau kahwin. Dan kau baru kenal dia seminggu? Physco mana kau jumpa ni Nad?” tanya Ira tanpa henti bila mendengar cerita Nadiah.

“Kan aku dah cerita semuanya. By the way he is not a physco. Kau pernah bagi cadangan ni dulu kat aku kan? Ingat tak?” kata Nadiah sambil memandang tepat ke muka Ira.

“Apalah bodoh sangat kau ni…aduhhh tu kan just an idea. Orang tak kahwin sebab nak beraya bersama Nadiah ooi…So kau macam mana?” Kau nak terima idea bodoh mamat tu ke?” tanya Ira penuh gelabah.

Tidak Nadiah salahkan Ira untuk berkeadaan begini. Besar kemungkinan kalau dia di tempat Ira begini jugalah agaknya reaksi yang akan diberi.

“Hmmm maybe…tak tahu lah. Aku cakap bagi aku masa untuk fikir. Sebab tu lah aku mintak pendapat kau ni…please help me Ira” rayu Nadiah.

Di saat Ira memandangnya Nadiah ketawa lagi. Kali ini hatinya digeletek kerana Ira menggaru kepalanya yang tidak gatal barangkali dan menjadikan rambutnya sudah kusut masai. Keluhan, dengusan, hentakan kaki dan tangan semua sudah Ira lakukan.

“Eee…tak fahamlah aku dengan kau ni. Macam ni lah..kau suka dia?” tanya Ira masih lagi berkeluh kesah dan mengurut dadanya.

“Aku tak tahu lah Ira. As a person he is nice. Someone yang aku boleh bercakap tentang apa sahaja. Aku selesa dengan dia. But I don’t love him. Maybe if I give him a chance, who knows…” Nadiah berterus terang tentang rahsia hatinya.

“Kau tak nak terlepas peluang depan mata kan?. Dia baik, berpelajaran, ada kerja bagus?…dan yang penting dia buat kau happy kan?” tanya Ira bertali arus.

Nadiah menggangguk-angguk kepalanya. “Lagipun belum pernah ada lelaki yang bagi aku cincin Ira, 2 carat diamond tuu” kata Nadiah sambil ketawa riang.

“Kau dah gila agaknya ni”, kata Ira sambil mengeleng-gelengkan kepalanya bila mendengar jawapan tidak serius daripada Nadiah. “Memang kau dah gila”, sambung Ira lagi apabila Nadiah masih juga ketawa.

***** Last edited by sanaa1 on 12-2-2014 12:59 PM

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 01:31 PM | Show all posts
continue continue...

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-2-2014 02:25 PM | Show all posts
Sebaik sahaja tiba di pejabat telefonnya berdering.

“Boleh kita jumpa, bila awak free?” ringkas sahaja sms daripada Nadiah. Sms itu sudah dapat Faris mengagak apa yang hendak Nadiah bincangkan. Sebenarnya Faris sudah mula merasa risau kerana Nadiah mendiamkan diri sejak Sabtu lalu, walaupun Nadiah menjawab semua sms yang Faris kirimkan.

“Tak sangka kau ada girlfriend. Senyap-senyap aje. Girlfriend siap bagi bunga lagi tuu” tegur Rizduan sambil tersenyum nakal.

“Ahh girlfriend? Bunga? Apa kau cakap ni?” tanya Faris terpinga-pinga.

Tidak terbayang di fikiran Faris siapalah orang yang akan menghantar bunga kepadanya dan menganggp Rizdwan bergurau. Namun apabila kawannya begitu menyakinkan terus saja Faris masuk ke biliknya. Sejambak bunga lili berwarna putih dan kuning yang cantik tersusun berada di atas mejanya. Terselit sekeping kad di celahan bunga-bunga yang tersusun. Tidak dinafikan hatinya berdebar tatkala membuka kad tersebut.

“Faris, Lets do it!!!, Nadiah.” Itulah yang tertera di atas sekeping kad berwarna putih bersih.
Tersengih-sengih Faris membaca isi kandungan kad tersebut. “Alhamdulillah” bisik hatinya.

“Hai..aku tahulah hati berbunga riang…tak mau ka kongsi dengan kawan-kawan ni”, terdengar suara Ridzwan mengusik dari luar. “Dari tadi asyik senyum senggeh saja”, sambung Rizdwan lagi

“Kelas kau Faris…apalah yang dah kau ayat kat perempuan ni. Aku yang macho ni pun belum pernah dapat bunga dari perempuan”, usik pula Hakim, seorang lagi rakan pejabatnya.

Usikan kawan-kawan menambah gelak Faris dan tidak dapat menghalang tangannya untuk membelek-belek jambangan bunga itu. “Thank you Nadiah’, bisik hatinya lagi lalu mencium bunga tersebut.

“Dah anggaulah kawan kita seorang ni…” sampuk Ridzwan lagi.

Tanpa Faris sedari Hakim telah mencapai kad yang datang bersama jambangan tersebut. Merah padam jugalah muka Faris apabila asyik diusik oleh rakan sekerja.

“Oii geng…nama dia Nadiah…so sapa Nadiah?” tanya Hakim selepas membuat pengumuman di luar.

“Bakal isteri aku” jawap Faris malu-malu dan tangannya mencapai telepon.

“Hah…bakal isteri?” kata Hakim dan Ridzwan serentak. Dari hujung matanya Faris perasan masing-masing-masing bercakap sama sendiri dengan pengakuan yang baru diberi olehnya.

Gelisah sudah hati Faris apabila tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas. Sudah hampir sejam dia terlewat untuk berjumpa Nadiah. Sebaik sampai di tempat yang dijanjikan matanya terus mencari Nadiah.

“Sorry, jalan jam tadi” Faris meminta maaf sambil menarik kerusi.

“Jangan lambat on our wedding day sudah” kata Nadiah sambil menarik muka masam kepada Faris.
Terkedu sebentar Faris apabila mendengar kata-kata Nadiah tadi sehingga perlu mengambil masa beberapa minit untuk mententeramkan jiwanya.

”Jadi awak terima lah lamaran saya” kata Faris dengan teragak-agak. Masih ada rasa tidak percaya di hatinya bahawa Nadiah bersetuju dengan idea gilanya ini.

“Kenapa? Awak dah berubah fikiran?” tanya Nadiah pula.

“Eh tak lah, cuma tak sangka awak sudi terima saya. Terima kasih and by the way thanks for the flowers” jawab Faris dengan lembut. Senyuman menguntum di bibirnya apabila pandangan mereka bertemu.
Hanya Allah saja yang tahu betapa bersyukurnya dia dengan apa yang berlaku sekarang dan di saat dan detik ini Nadiah telah membuatkan dirinya seorang lelaki yang paling bahagia. Lebih tidak disangka cara Nadiah menyatakan persetujuan nya. Entah di manalah gadis di hadapannya ini mendapat idea berbuat begitu.

“Awak suka tak bunga tu?” tanya Nadiah malu-malu. Pertanyaan Nadiah mengejutkan Faris yang sudah jauh berangan.

“Sukaaaaa sangat, rasa macam anak teruna pingitan dipikat seorang gadis rupawan” usik Faris.

“Amboi sukanya memerli orang ya. Hampir nak pecah tau kepala otak saya ni fikir macam mana nak cakap kat awak” kata Nadiah dengan geram. Tawa kecil Faris lepaskan apabila Nadiah berkata begitu.

“I really appreciate it and thanks to you, satu office dah tahu bakal isteri saya bernama Nadiah” kata Faris sambil tersenyum apabila melihat muka Nadiah sudah merah padam menahan malu.

Mereka terdiam seketika. Masing-masing berada di dalam dunia mereka sendiri. Angin petang yang bertiup menerbangkan sedikit rambut Nadiah. Keayuan wajah gadis itu terserlah di mata Faris. Sikap Nadiah yang suka berterus-terang telah dapat Faris rasakan apabila mereka mula berjumpa lagi. Ternyata Nadiah tidak malu dan segan untuk memberitahu segala kelemahan dirinya.

“Not perfect, hot tempered, very disorganized, banyak cakap dan juga emotionally unstable sometimes. Tak pandai sangat masak, kemas-kemas rumah semua ni”.

“Ni nak tanya…emotionally unstable sometimes ni macam mana ya?” Faris bertanya kepada Nadiah sambil menghulurkan sekeping kertas.

“Whatt…you write it down”, jerit Nadiah kepada Faris.

“Iyalah…saya kan nak kawin ngan lawyer, semuanya kena ada bukti kan”, jawab Faris selamba sambil mengulang berkali tentang “emotionally unstable”.

Di petang itu Faris mempelajari perkara pertama tentang Nadiah apabila jari jemari gadis itu pantas memberi cubitan di lengannya. Itulah permulaan mereka, gurauan mereka yang pertama setelah persetujuan diambil dan keserasian yang terbit di antara mereka mula dapat dirasa.

*****

“Saya pun bukan lelaki yang sempurna, banyak kelemahan dan mungkin bukan lelaki idaman awak tapi saya akan berusaha untuk menjadi suami yang terbaik untuk awak”. Kata-kata Faris siang tadi menjadi halwa telinga Nadiah sehinggalah dia terlena. Kata-kata itu amat menyentuh hati dan jiwanya kerana sebelum ini belum pernah ada seorang lelakipun mengucapkan kata-kata sedemikan kepadanya.

“Alhamdulillah”, tercetus dari bibir Nadiah sebelum lena menjemputnya di malam itu.

Janjinya tidak akan membiarkan Faris menunggu lama ditepati dalam masa dua hari. Masa yang sama juga Nadiah ambil untuk memberitahu ibu dan bapanya tentang Faris dan rancangan mereka.
“Marriage is a gamble. Cinta bukan jaminan untuk hidup bahagia kerana manusia akan berubah. Cinta boleh datang dan pergi bila-bila masa sahaja. We have to fight for happiness”. Kata-kata ibunya bermain difikiran ketika Nadiah berkira-kira mahu menalifon ayahnya.

Timbul perasaan pelik dan hairan di hati Nadiah apabila pesanan itu yang diberi oleh ibunya. Seorang wanita yang menerajui dunia korporat dan “high achivers” dan pada suatu masa dahulu sanggup mengenepikan anak dan suami demi kerjaya tidak Nadiah sangka akan berkata begitu. Selepas itu Nadiah bertanya dirinya berkali-kali tentang “cinta” yang ibunya maksudkan. Apakah tatkala perceraian berlaku “cinta” di antara Malek dan Rahimah yang dibina semenjak di universiti lagi sudah terkujur kaku? Apakah antara dirinya dan Faris akan timbul rasa “cinta” itu nanti?

Di dalam sedarnya, Nadiah tahu bahawa dia melangkah ke alam yang tidak menjanjikan apa-apa. Seperti kata Ira semua ini adalah kerja gila dan risikonya teramat tinggi namun entah dari mana datangnya kekuatan di hati mengatakan tidak patut melepaskan peluang ini berlalu pergi. Mungkin inilah juga jodohnya yang tidak pernah dia tahu dan rancang. Tanpa perkenalan yang panjang, tanpa pertemuan dan percintaan seperti pasangan lain dan tanpa perancangan berbulan-bulan, diharapkan penerimaan yang ikhlas ini akan membawa bahagia untuknya hingga akhir hayat. Andai ditanya apakah dirinya telah bersedia, jawapan yang pasti adalah TIDAK akan tetapi Nadiah mahu membuka laluan ini dan jauh di sudut hatinya Faris adalah pilihan yang menepati.

“My daughter is getting married! Who is the lucky guy? Daddy tak tahu pun anak daddy ni ada steady boyfriend. Dah habis fikir ke? Mummy dah tahu ke pasal ni?” bertubi-tubi soalan ayahnya membuatkan Nadiah gementar semula. Tidak sesekali Nadiah menyalahkan ayahnya dengan soalan yang bertubi-tubi kerana selama ini dia tidak pernah memperkenalkan mana-mana kawan lelaki kepada ayah ataupun ibunya. Goyah hatinya sebentar, namun keyakinan bertapak kembali apabila ayahnya bertanya bila boleh berjumpa dengan Faris. Nada suara ayahnya yang ikhlas amat menyakinkan Nadiah.

Pertemuaan di antara Faris dengan kedua ibu bapanya berjalan dengan lancar. Kagum Nadiah melihat Faris menjawab semua pertanyaan ayahnya dengan tenang. Walaupun sekali dua bunyi pertanyaan ayahnya seperti di kamar mahkamah, Faris mampu senyum dan ketawa.

“Macam mana awak pikat Nadiah?”, tanya Dato” Malek kepada Faris.

“Saya tak pikat tapi saya terpikat dan terus melekat. The next best step terus diikat”, jawab Faris tenang dan selamba. Jawapan Faris beri dengan senyuman meledakkan tawa Dato’ Malek untuk beberapa minit kemudian. Tawa itu juga membuatkan Nadiah dan ibunya berpandangan dengan tanda tanya terbayang di wajah masing-masing. Senyuman Faris masih menguntum semasa Nadiah mengerling wajah pemuda itu untuk mencari jawapan apa yang membuat ayahnya ketawa begitu kuat sekali. Namun tiada jawapan yang Nadiah temui.

“Congratulations son…welcome to the family”, ucap Dato’ Malek kepada bakal menantunya.

“Leave everything to us”, kata Puan Rahimah pula. “Cuma perlu beritahu nak theme apa dan berapa ramai yang hendak dijemput. Biar mummy dan daddy uruskan tempat dan segalanya lah”, sambung Puan Rahimah lagi dengan senyuman yang berseri-seri.

“Eh..awak ni excited terlebih, tarikhnya dah ada ke?” gurau pula Dato’ Malek kepada bekas isterinya.

Suasana petang itu sungguh nyaman. Tiada apa yang perlu Nadiah risaukan lagi tentang penerimaan ibu bapanya terhadap Faris. Hanya tinggal pertemuannya dengan kakak Faris esok seperti yang telah dirancangkan. Setelah pertemuan tadi ayahnya beria mahu mereka berempat makan malam bersama. Hati Nadiah diragut bimbang kerana ayahnya tidak menyebut untuk mengajak sama ibu tiri serta dua orang adiknya.

“It’s ok darling…ibu dan adik-adik balik kampung semalam ada hal sikit”, ujar Dato’ Malek bagaikan mengerti keresahan yang terpancar diwajah anak gadisnya itu. Nafas lega Nadiah helakan sewaktu mereka berempat menuju ke restoran pilihan ayahnya.

“Kenapa awak ni loyar buruk sangat”, kata Nadiah kepada Faris sebaik saja menutup pintu kereta. Kenyataan Nadiah itu membuatkan Faris memberi pandangan keliru kepadanya.

“Iyalah…kak long tanya elok-elok tadi, awak jawab main-main saja”, bebel Nadiah seterusnya.

Sesiapa saja di dalam keadaan begini pasti akan terkejut apabila adik bongsu lelaki hendak mendirikan rumahtangga dalam tempoh masa yang pendek, tidak terkecuali kedua-dua kakak Faris. Panggilan kak long dan kak ngah kepada mereka serta kemesraan yang ditunjukkan membuat Nadiah meneka bahawa hubungan mereka adik beradik amat akrab.

“Nikah kawin ni Ris bukan benda main-main. Bagi tahu kak long sekarang Nadiah apa yang dah Faris buat kat Nadiah sampai nak kena nikah dalam masa dua minggu lagi?”. Bebelan, desakan dan pertanyaan Kak Long membuat Nadiah terpinga-pinga untuk menjawab. Yang pasti ahli keluarga mereka tidak boleh tahu alasan sebenar di sebalik pernikahan ini. Puas Nadiah fikirkan jawapan sehingga terketar-ketar untuk menjawab.

“Mana ada buat apa-apa kak long…Cuma all this while Faris tak kenalkan Nadiah kat along dan angah saja. Now dah tak boleh nak tunggu…the time is up”, pantas Faris memotong dengan jawapan yang panjang lebar bersama mimik muka mencebik, merayu dan nak menangis juga. Tidak lekang mata Nadiah perhatikan Faris masa itu, nak gelak pun terpaksa ditahan sebab tak manis di hadapan kakaknya. Macam tak percaya saja bahawa Faris begitu manja dengan kedua-dua orang kakaknya.

Tiada kata dan perkataan yang lebih baik dari “Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Allah dengan segala kebesaranNYA”. Itulah yang tidak lekang dari bibir Nadiah sejak beberapa hari yang lalu. Pertemuan di antara Faris dan keluarganya berjalan dengan baik begitu juga pertemuannya dengan kedua-dua kakak Faris serta keluarga mereka. Jelas terbayang kegembiraan mereka dengan keputusan Faris walaupun keresahan tetap ada. Pertemuan yang disusuli dengan jamuan makan tengahari membuat Nadiah bertambah selesa. Di dalam ketidakpastian yang ada, Nadiah amat bersyukur kerana diterima oleh keluarga Faris. Kemesraan yang ditunjukan membuatkan hilang rasa kekok dengan segera. Tiada apa yang patut dirisaukan buat masa ini tentang penerimaan kedua belah keluarga, kebimbangan dan kerisauan yang berlegar luas diruang fikir Nadiah sekarang ini adalah pelayaran hidupnya bersama Faris selepas pernikahan mereka.

Dalam masa dua minggu seluruh keluarga serta teman-teman rapat bertungkus lumus membantu Nadiah dan Faris untuk persiapan perkahwinan mereka. Persiapan pernikahan dan majlis persandingan, Nadiah serahkan bulat-bulat kepada ibu dan juga ibu tirinya. Apa yang elok dan baik di mata mereka Nadiah terima. Segala cadangan mereka juga tidak mengambil masa yang lama untuk Nadiah persetujui. Boleh dikatakan dia tidak cerewet langsung dengan pilihan dua wanita itu. Di atas permintaan ayahnya, majlis akad nikah diadakan di rumah ayahnya pada sebelah pagi dan majlis resepsi di sebuah hotel pada sebelah malamnya.

Hari yang ditunggu akhirnya tiba. Debaran pengantin mula meresapi diri Nadiah di pagi itu apabila sedang bersiap. Melihat baju lace berwarna putih bertatah batu-batu kecil berwarna pastel serta selendang yang tergantung, mahu rasanya mengalah di saat ini. Degupan jantungnya menjadi kencang apabila telefon bimbitnya berbunyi dan tertera nama pemanggil adalah Faris.

“Good Morning Cik Nadiah”, ucap Faris di hujung talian. “Gigil, seram sejuk, debar, getar dan nak lari ada tak?” gurau Faris seterusnya sebelum sempat Nadiah menjawab.

“Good Morning Encik Faris…hmm nasib baik awak telefon, kalau tak saya dah terjun tingkap tadi”, balas Nadiah pula. Gurauan Faris serta merta membuat hatinya berbunga riang. Hilang sekelip mata pula segala rasa tidak senang beberapa minit yang lalu.

“Hah…jadinya awak tak siap lagi lah nie?” tanya Faris pura-pura terkejut.

“Yang awak sibuk-sibuk call ni kenapa? Hahhh…saya tahu awak takut ya saya lari kan?” ujar Nadiah separuh mencabar.

“Ini Faris lah Cik Nadiah…sedalam lautan sanggup ku renangi setinggi gunung akan ku daki asalkan Nadiah Malek ku miliki”, gurauan Faris membuatkan Nadiah melepaskan gelak yang tidak dapat ditahan lagi.

“Dah lah tu…saya nak siap nie. Awak dah siap ke?” tanya Nadiah pula dalam tawa yang masih bersisa.

“Abang dah lama siap sayang…lepas subuh lagi tadi. Dah tak sabar dah ni”, jawapan Faris beri lalu mematikan segala kata dari bibir Nadiah

Tatkala talian di matikan Nadiah memandang pada skrin telefonya dengan satu pertanyaan…apakah nanti rumahtangga yang bakal dibina ini akan sentiasa berseri dengan gurauan dan lawak bodoh Faris? Itulah yang Nadiah lalui bersama Faris sejak penerimaannya. Keluhan kecil Nadiah lepaskan kerana dia pasti jauh di sudut hatinya perasaan yang ada terhadap Faris masih tidak tentu. Nak kata samar pun bukan.

“Jealous aku…nak nikah lagi 2 jam pun masih manja-manja dalam telefon”, bebel Ira di belakang Nadiah.

Terkejut Nadiah mendengar suara Ira tiba-tiba. Tidak disangka bahawa ada telinga mendengar perbualannya dengan Faris tadi. Sebelum sempat untuk Nadiah berkata apa, Ira menyatakan rasa tidak percayanya bahawa Nadiah akan bernikah lebih dahulu dari dirinya yang sudahpun bertunang enam bulan yang lalu. Tarikh pernikahan Ira pun masih dalam perbincangan lagi oleh kerana tunangan Ira sekarang melanjutkan pelajaran.

“Inilah jodoh namanya kan?”, soal Nadiah kemudian. “Kau tak pelik ke dengan aku ni? Rasa excited sangat nak kawin walhal hati aku tak tahu kat mana”, ujar Nadiah lagi beriring tawa kecil. Sesungguhnya hati dan perasaannya sering digeletek sejak semalam tentang pernikahan dan perkahwinan ini.

“Just go with the flow Nad. Walaupun aku tak kenal sangat dengan Faris but I do think he is the right guy for you. Yang penting buka hati kau untuk menerimanya dan menyayanginya. Insya Allah bahagia itu akan menjelma” kata Ira sambil memeluk erat Nadiah sebelum mereka melangkah turun untuk ucapara akad nikah.

Jantung Nadiah berdebar-debar sebaik sahaja pintu dibuka. Terjenguk ibunya di hadapan pintu dengan mata yang merah dan bergenang.

“Cantiknya anak mummy. Don’t cry sayang…please don’t cry”, kata Puan Rahimah kepada anaknya sebelum mendakap dan memberi ciuman kepada Nadiah.

“Thank you for everything mummy”, ucap Nadiah dalam sendu yang ditahan. Sekali lagi Nadiah mempunyai pertanyaan dalam diri apabila hatinya tersentuh dengan pelukan dan ciuman ibunya, akan tetapi tidak dapat difikirkan sekarang.

Satu demi satu langkah diambil untuk menuruni anak tangga menuju ke bawah. Langkah yang bakal dan akan merubah hidupnya selepas ini. Jalan yang bakal ditempuh tidak dapat dibayangkan. Yang kelihatan dengan jelas dan nyata adalah lelaki yang bakal mengubah segalanya sedang duduk bersila di atas bantal sila yang berbalut baldu warna merah bertekat benang emas. Debaran hatinya berombak kembali apabila mata-mata yang hadir mengalih pandangan ke arahnya. Senyum ayahnya yang baru saja mengambil tempat di sebelah Tok Kadi barangkali dibalas lembut.

“You look stunning”, bisik seorang rakan kerjanya di Malek and Co, membuat Nadiah terasa mukanya merah padam. Petikan dan flash kamera tanpa henti memaksa Nadiah menundukan sedikit wajahnya. Bisikan-bisikan halus yang memuji baju dan dandanannya menambah debar yang sedia ada. Anggun dan berseri itulah bisikan yang hinggap ditelinganya dan dia sendiri tidak tahu di manakah keanggunan dan serinya apabila jari jemarinya yang sejuk menggenggam erat tangan mummy yang turut sama memimpinnya turun. Sebaik saja mengambil tempat yang disediakan khas untuknya di ruang tengah rumah ayahnya, mata Nadiah menangkap wajah sisi Faris. Mengenakan sepasang baju warna putih kekuningan, lengkap bersongkok dan sampin, Faris nampak segak dan lebih nyata pemuda itu nampak penuh keyakinan.

“Dah selesa duduknya pengantin perempuan?”, tanya seorang lelaki yang duduk mengadap Faris. Sebagai jawapan Nadiah hanya menganggukan kepalanya dan diikuti tawa kecil dari tetamu yang datang apabila lelaki separuh umur itu mengajukan soalan dan bergurau kepada Faris.

“Waduhhh…boleh pecah dadanya kalau macam ni sambil tangannya dialih dari dada Faris. Dah sedia?” tanya lelaki itu pula. Seperti Nadiah, anggukan Faris beri bersama ungkapan “Insha’Allah.

“Kalau sudah bersedia..toleh sedikit kepada pengantin perempuan”, suruh lelaki itu pula. Tika itu pandangan Nadiah dan Faris bertemu lalu masing-masing menghadiahkan senyuman. “Ehh janganlah renung lama-lama…sikit-sikit cukup. Kejap saja lagi…sabar…sabar’. Gurauan itu meledakan tawa para hadirin yang ada. Puas juga Nadiah nak menahan tawanya dengan jenaka lelaki tersebut.

“Tengok sudah…senyum pun sudah jadi betullah itu bakal isterinya…marilah kita ijabkabulkan supaya tamat debaran di hati” sambung lelaki berkenaan Bergetar lagi hati Nadiah apabila mendengar lafaz akad oleh ayahnya dan genggaman erat tangan Faris sebelum menerima nikahnya.

Dengan sekali lafaz dan apabila para saksi mengatakan “sah”, berubahlah kini status Nadiah, sekarang mereka adalah pasangan suami isteri yang halal dari segi hukum dan syarak.

Tidak ada siapa yang akan mempercayai bahawa pemuda bernama Faris yang diusik sebulan lalu sementara menanti pesawat mereka adalah suaminya sekarang. Aturan Allah tidak ada sesiapa dapat menduga. Apabila Allah mengkehendaki sesuatu hanya dengan sekelip mata ia akan terjadi. Walaupun dalam kesamaran bagaimana dan kenapa hatinya boleh terbuka untuk menerima Faris, Nadiah mengucapkan syukur majlis pernikahannya berjalan lancar. Fikiran Nadiah melayang kepada pertemuaan pertama mereka ketika doa dibaca dan diaminkan oleh semua hadirin yang ada.








Last edited by sanaa1 on 12-2-2014 02:26 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2014 02:31 PM | Show all posts
Tidak mahu terlalu memikirkan segalanya, Nadiah berserah kepada Allah dan mengharapkan yang terbaik untuk Faris dan dirinya. Sebaik sahaja selesai menyempurnakan solat sunat selepas nikah, upacara membatalkan air sembahyang di jalankan.

Mata Nadiah tertumpu kepada cincin yang sedang disarungkan ke jarinya oleh Faris. Ini adalah kali kedua Faris menyarungkan cincin ke jarinya dalam masa kurang dari sebulan. Berhati-hati sangat Faris menolak sebentuk lagi cincin yang tidak Nadiah tahu asal usulnya. Yang nyata cincin itu juga secantik cincin pertunangan terjun mereka dua minggu yang lalu. Kilauan serta reka bentuk cincin itu membuat Nadiah terpegun. Sebagaimana lembut cincin tersarung di jarinya begitu juga lembutnya Nadiah tunduk dan bersalaman dengan Faris, suaminya kini.

“You are beautiful and stunning…in and out”, bisik Faris di telinga Nadiah. Dengan diperhatikan oleh orang ramai gelisah Nadiah tidak terkata dengan bisikan itu. Namun sempat juga Nadiah mengucapkan terima kasih sebelum kawan-kawan dan saudara-mara asyik hendak bergambar. Kegembiraan semua yang hadir berjaya menghilangkan resah gelisah di hati Nadiah buat sementara, akan tetapi sesekali apabila tangan Faris memaut lembut pinggangnya atau memegang tangannya mampu membuat Nadiah menggigil semula.

“Sejuk seluruh anggota nampaknya”, sekali lagi Faris mengusik. “Saya buat sekali lafaz saja ya…so..” tidak sempat Faris menghabiskan ayatnya Nadiah sudah menjegilkan biji matanya ke arah Faris. Paling digeramkan dan sakit hati Nadiah tersedar ada kamera flash di masa itu dan pekikan Ira kedengaran.

“Aduhh…sweetnya couple ni”, jerit Ira mendapat sambutan rakan-rakan kerja mereka lalu datang mengerumi untuk melihat gambar tadi. Hendak tak nak terpaksalah Nadiah melebarkan senyum dengan usikan yang datang. Merah padam muka sudah terasa sendiri tak perlu di cakapkan lagi.

Majlis bersurai selepas jamuan makan tengahari. Kedua mempelai perlu menyiapkan diri pula untuk majlis resepsi malam nanti. Entah tidak tahu sudah berapa kali dalam masa beberapa jam ini dada Nadiah berdebar, jantung berdegup kencang dan berbagai rasa tidak menentu hadir. Untuk kesekian kali di hari ini, Nadiah terpaksa hadapinya lagi apabila membawa Faris bersama ke bilik yang disiapkan khas untuk mereka.

Di sebalik daun pintu yang tertutup Nadiah gementar apabila berada di tengah ruang bilik yang luas dengan diperhatikan oleh Faris. Beberapa langkah yang Faris ambil merapatkan jurang mereka. Dengan perlahan dan berhati-hati Faris memegang bahu Nadiah dan memintanya untuk duduk di birai katil.

Kucupan hinggap di ubun-ubun Nadiah buat kali kedua di hari ini sebelum Faris merendahkan diri dan berteleku di hadapannya. Sejuk gementar tangan Nadiah semasa Faris memegangnya. Tindakan Faris selanjutnya tidak Nadiah duga. Kucupan Faris beri ditangan yang digenggam, mata mereka bertemu sebelum Faris meletaknya kembali di riba Nadiah tanpa melepaskan genggaman yang ada.

“Look at me Nadiah”, pinta Faris lembut. “Saya tidak akan berkata apa-apa selagi awak tidak mahu memandang saya dan jari jemari ini tidak akan saya lepaskan”, pinta Faris seterusnya apabila Nadiah terus tunduk membisu.

“Terima kasih untuk hari ini…hari-hari sebelumnya dan hari-hari yang bakal mendatang. You are a gift walaupun kita berdua tahu dan sedar masih keliru dan tidak pasti arah selanjutnya. Apapun terima kasih kerana sudi menjadi isteri saya dan saya pasti awak akan menyerikan hidup saya selepas ini…Ramadhan dan Syawal saya nanti. You are beautiful…dan saya tidak dapat berjanji untuk menjadi lelaki yang terbaik dan sempurna buat awak tapi percayalah bahawa saya akan berusaha untuk menjadi suami yang baik…kawan serta pendamping istimewa untuk awak”.

Pandangan mereka masih bertemu. Sepanjang Faris berkata Nadiah bagaikan tidak mampu mengelipkan mata dan tidak sama sekali Nadiah duga yang Faris akan memberikan ciuman di pipinya. Tidak ada apa-apa yang mampu Nadiah katakan kecuali melepaskan nafas lega apabila pintu bilik diketuk. Senyuman nakal Faris beri dan mencuit sedikit hidungnya membuat Nadiah hampir pengsan. Tawa kecil berbunyi nakal beriring dengan langkah Faris menuju pintu melemahkan jiwa raganya.

“Apakah ini Faris yang akan mengisi hidup aku sehari-hari”, tanya Nadiah di hati dengan melepaskan keluhan lega sebaik saja Faris melangkah keluar.

Lampu dimalapkan sebaik saja kedua mempelai berada di depan pintu utama ruang banquet Sheraton International, Petaling Jaya. Pengumuman ketibaan kedua mempelai jelas kedengaran dari tempat Nadiah berdiri. Kumpulan kompang telah bersiap sedia. Sejak dari tiba di hotel ini pada jam 2 petang tadi serta melihat serba sedikit persiapan, banyak benda yang bermain difikiran Nadiah. Terlalu cantik di mata Nadiah segala yang disiapkan oleh kedua ibu bapanya termasuk ibu tirinya, bermula dari hantaran, majlis akad nikah dan sekarang persiapan dewan. Susunan bunga di tangga menuju ruang utama dewan banquet semuanya menggunakan bunga segar.

Majlis resepsi dibuat bersama oleh keluarga kedua belah pihak setelah mencapai kata sepakat apabila ibu dan bapa Nadiah bertemu dengan kakak serta keluarga Faris. Lagipun Nadiah dan Faris mahukan majlis yang sederhana dihadiri oleh kaum keluarga terdekat dan kenalan rapat sahaja. Mudah benar Nadiah gementar dan gugup sepanjang hari ini. Apabila isyarat diberi untuk mempelai memasuki dewan dan kompang juga mula dipalu, tangannya dipautkan ke tangan Faris, rasa itu menghantuinya kembali.

“Takut aku…gigil aku…gementar bagai boleh buat aku terkencing tau”, bebel Nadiah kepada Ira apabila kawannya itu tidak habis-habis mengusiknya. “Yang kau hari ni tak sudah-sudah dengan gambar dan memuji aku apahal?” tempelak Nadiah lagi.

“Eh relak lah kawan…nanti kau kena nerve break-down baru tau”, usik Ira lagi tanpa mempedulikan kata-kata Nadiah.

Teringat pula Nadiah pada “kemarahannya” terhadap Ira siang tadi semasa tangannya memaut lengan Faris.

Mengenakan persalinan songket berwarna kuning susu dan keseluruhannya tradisional, Faris dan Nadiah nampak anggun sekali. Bertanjak, keris dipinggang, selendang di bahu serta cucuk sanggul goyang melengkapi busana kedua mempelai di malam itu. Paluan kompang bergema di seluruh dewan, mengarak pengantin ke singgahsana. Kilauan cahaya lampu menambah seri wajah pengantin. Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat, merenjis dan disusuli dengan makan malam. Irama musik asli dan gamelan menjadi halwa telinga sepanjang majlis.

Ucapan tahniah diterima dari tetamu yang hadir. Ucapan terima kasih mempelai dan keluarga menyusul satu persatu. Jam menunjukan 10.45 malam apabila semua tetamu sudah pulang dan yang tinggal hanyalah ibu, ayah serta ibu tiri dan adik-adiknya dan juga kedua-dua kakak Faris dan keluarga.

“Alhamdulillah…semuanya berjalan lancar”, kata daddy menunjukan mereka juga akan bersurai.

“All the best brother…jangan nakal-nakal ok”, ujar abang ipar Faris sambil menepuk bahunya dan tawa mereka menyakitkan telinga Nadiah. Tawa itu seolah tidak henti apabila setiap ahli keluarga keluar dari lif di tingkat masing-masing. Yang tinggal hanyalah Nadiah dan Faris menuju ke tingkat paling atas untuk ke honeymoon suite mereka malam itu.

Puas sudah Nadiah menghelakan nafas…menarik dan melepaskan kembali mencari keyakinan sebelum melangkah keluar dari bilik mandi. Sesungguhnya dia tidak bersedia, kerana itu juga Nadiah hanya mengenakan pakaian tidur dari kain kapas bercorak kartun. Pakaian tidur paling sopan yang dia ada kerana sewaktu menyiapkan pakaian untuk malam ini hati Nadiah berbolak balik tentang melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

“Comelnya baju tidur awak…macam baju Anis”, tawa Faris berdekah-dekah sebaik saja Nadiah keluar dari bilik mandi.

Tawa Faris yang tidak henti menimbulkan marah di hati Nadiah. Puas ditahan dan diketap bibirnya dari untuk berkata apa. “Isshh, tak habis-habis dengan loyar buruk dia. Ada ke kata baju aku macam baju anak sedara dia?” bebel Nadiah panjang di dalam hati.

“Pergilah tukar baju…tentu awak penatkan”, kata yang paling selamat Nadiah beri.

“I know what is hidden behind those timid gown”, usik Faris semasa melintasi Nadiah.

Tidak berapa lama kemudian Nadiah mematikan diri. Degup jantungnya sudah tidak tahu perlahan. Gigil ditahan dengan menggenggam hujung bantal.

“Hmm…dah tido ke tu? tanya Faris. Puas Nadiah mematikan diri apabila dirasa Faris menjengah dirinya.

“It’s ok…saya tak akan paksa selagi awak tidak merelakannya…but allow me to give you a good night kiss”, seraya itu berdesup bunyi ciuman Faris berikan. Sejuk bibir Faris di pipinya terasa hingga ke pagi apabila Faris mengejutkannya untuk solat Subuh.

Di dalam ketakutan, gementar, gelisah dan keliru yang datang tidak Nadiah tahu bila dirinya terlena. Sentuhan lembut di bahunya serta suara Faris menandakan dirinya lena sepanjang malam itu dan ketika qamat Faris laungkan menandakan permulaan baru hidupnya.

“Terima kasih Ya Allah kerana memberikan aku lelaki ini…sesungguhnya tidak aku tahu perjalanan perkahwinan kami, namun aku pasti Kau punya rencana terbaik untuk kami dengan pertemuan ini”, doa Nadiah di pagi yang hening itu sebaik saja bersalaman dan mencium tangan suaminya.

Idea Asal : Ally

Olahan bersama : Ally dan Sanaa – September 2013

Bersambung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2014 11:41 AM | Show all posts
Sanaa.... a place in Yemen.

tetiba jekkk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2014 03:55 PM | Show all posts
Chapter II

Permulaan hari yang indah ketika Nadiah melangkah keluar ke balkoni honeymoon suite mereka. Jam baru saja menunjukan 7 pagi. Deruan kenderaan sudah mula memenuhi jalanraya namun begitu bayu pagi yang bertiup selepas hujan semalam ternyata lebih nyaman. Terasa juga dinginnya meresap ke tubuh Nadiah yang sudah berdiri di situ hampir setengah jam yang lalu.

“Nak stay another night?” tegur Faris di belakangnya lalu Nadiah menoleh. Hanya gelenggan kepala Nadiah berikan kepada pertanyaan itu. Ternyata suite ini cantik dan mampu mengunci setiap pasangan yang menghuninya akan tetapi cuti mereka tidak panjang dan banyak perkara yang mesti diuruskan dalam masa 3 hari.


Deringan loceng di pintu membuatkan Faris dan Nadiah memandang satu sama lain. Sebaik saja pintu dibuka, seorang pekerja hotel menyorong troli sarapan pagi katanya. Oleh kerana tidak mengetahui apa rencana atau rancangan yang diaturkan untuk mereka, Nadiah sekadar mengucapkan terima kasih lalu memberi pandangan kepada Faris yang memberikan senyuman lebar. Di tangan Faris seperti ada sehelai kertas atau sekeping kad.


“From this moment your life has begun
The two of you becoming one
Hope your love for each other grows every day
And may your life blooms with happiness
A good day begin
With good healthy meal
After a long day and tiring night
Good Morning
With a bundle wishes for tomorrow”


Setiap patah perkataan Nadiah baca dengan teliti sehingga ke hujungnya dan telah juga menggenggam penumbuk kerana tertera tandatangan daripada “Ira dan kakitangan Malek and Co”. Serta merta dirasakan merah padam mukanya apabila Faris menghampiri dan berbisik after a long day and tiring night.


“Long day definitely yes…but not tiring night”, lalu merapatkan dirinya kepada Nadiah dan memaut pinggangnya. Puas Nadiah menahan geram dan malu di hatinya. Tidak berani pula Nadiah menolak tangan Faris ketika itu lalu menahan segala rasa yang mampu menyesakkan nafasnya.


“Ok…let’s enjoy our breakfast…we absolutely needs the good meal to replenish our energy”, kata Faris diiringi tawa dengan menarik perlahan tangan Nadiah. Bagaikan patung Nadiah mengikut saja dan membulatkan biji matanya apabila Faris terus mengusik bahawa tangannya sejuk mengalahkan salji di kutub utara.


“Jemput masuk wahai isteriku”, ujar Faris sebaik saja membuka pintu rumahnya. Rumah teres 3 tingkat milik Faris itu membuat Nadiah terpegun. “Haihh banyak benar yang perlu aku pelajari dari hari ini”, keluhnya di hati. Sekali imbas mata Nadiah melirik hiasan di dalam rumah itu dan memandang cincin di jarinya juga. “His taste is splendid”, itulah perkataan yang terucap. Dari depan pintu dan sejauh mata memandang semuanya cantik tersusun dan ternyata putih dan hitam menjadi tema pilihan Faris. Elegant terdetik lagi di hati Nadiah dan apakah Faris yang menghias rumah ini sendiri? Pertanyaan pula muncul di fikirannya.


“Awak bagi saya satu alasan kukuh kenapa awak tak boleh pindah masuk ke rumah saya”, tanya Nadiah dengan marah. Itulah perkara pertama yang Faris tegaskan dan hampir seminggu mereka asyik bertengkar tentang siapa yang masuk rumah siapa. Seboleh-bolehnya Nadiah tidak mahu berpindah masuk ke rumah Faris kerana tidak mahu melalui proses penyesuaian di tempat baru. Akhirnya Nadiah mengalah memikirkan dirinya bakal menjadi isteri Faris atas kehendaknya sendiri.


“Pertamanya rumah saya lebih dekat ke tempat kerja kita berdua, keduanya rumah saya telah saya beli manakala rumah awak masih awak sewa dan yang paling utama dan kukuh saya adalah suami awak selepas ini dan menjadi tanggungjawab saya menyediakan tempat tinggal yang selesa dan segala keperluan awak sebagai seorang isteri mengikut kemampuan saya. Lagipun arwah ayah saya berpesan jangan siksa anak orang… siapkan semuanya dulu sebelum nak pinang anak orang…rumah penting sebagai aset sebelum berumahtangga”, terngiang kembali di telinga Nadiah apa yang Faris cakapkan sewaktu perdebatan mereka tempohari. Berdiri di hadapan rumah ini menyakinkan Nadiah segala apa yang Faris katakan.


“Lahhh kenapa masih tercegat kat situ?” tanya Faris mengejutkan Nadiah dari lamunannya. “Nak saya dukung ke?”, kata Faris lagi dan terus saja memaut pinggangnya. Seperti lazimnya tawa nakal itu tidak ketinggalan dan setelah hampir 48 jam berlalu tawa itu makin Nadiah sukai.


Dengan lafaz Bismillah, Nadiah melangkah masuk . Matanya masih mengamati sekeliling dan tanggapan pertama yang ada dia sudah jatuh hati dengan aura di dalamnya.


“Rumah ni tak lah sebesar rumah daddy…tapi saya harap awak akan selesa di sini”, kata Faris mengusik.


Sepantas kilat Nadiah memberi jelingan dan mencebik bibirnya. Pantas juga tangan Nadiah mahu mencubit Faris apabila suaminya itu berkata wajahnya cute ketika mencebik bibir. Seketika

tangannya berada didalam genggaman Faris apabila cuba mengelak cubitan tadi.


“Ok, where is my room?” tanya Nadiah melepaskan nafas yang panjang.


Correction my dear…our room”, balas Faris pantas membetulkan kenyataan Nadiah. Tangan Nadiah dipimpin untuk ke kamar mereka yang berada di tingkat atas. Berada disisi Faris ketika itu, melangkah dari satu anak tangga ke anak tangga yang lain, perasaan halusnya cuba memberi beberapa isyarat. Walaupun Nadiah sendiri tidak pasti akan isyarat yang ada, ruang bilik yang luas sekali lagi membuat Nadiah terpegun.


This is our room”, kata Faris lalu membawa Nadiah masuk. Hampir keseluruhan perabut di dalam bilik itu berwarna putih, katil, almari dan juga meja solek. Katil bertiang empat berukuran king size yang siap dihias kelambu berwarna putih susu, susunan jambangan lilies dan roses berwarna putih, merah dan jingga terletak di hujung katil serta taburan kelopak mawar menandakan bilik ini diadun untuk menyambut kehadiran mereka. Sepasang kerusi hiasan (love chair) berdekatan dengan pintu balkoni serta sebuah meja bulat kecil melengkapi hiasan yang ada. Wangian lavender menyemarakkan lagi suasana bilik pengantin.


“Hmm…kak long dan angah insist siapkan bilik ni untuk sambut awak”, Faris berkata seolah-olah memahami apa yang sedang bermain di fikiran Nadiah. Mata Nadiah masih lagi mengamati sekeliling dan matanya terus saja mengikut jari-jemari Faris menerangkan serba sedikit tentang “syurga dunia”nya. Hanya satu saja yang tiada di bilik ini yang pada kebiasaannya ada di dalam bilik orang bujang. Tiada set television di dalamnya kerana Faris tidak mahu “terkurung” di dalam bilik sendiri. Selepas cukup lama berada di dalam bilik pengantin mereka, Faris membawa Nadiah menjelajah setiap pelusuk rumah.


“Hmm…dah berapa lama awak tinggal sini?”, tanya Nadiah sebaik saja mereka sampai di penghujung jelajahan mereka, iaitu dapur. “Awak suka warna putih ya?” tanya Nadiah lagi apabila hampir kesemua perabut yang ada berwarna putih.


“Taklah lama sangat, lebih kurang 5 bulan yang lalu. Selepas dapat kunci dan buat ubah suai sikit…inilah hasilnya dan saya memilih warna putih sebab nampak bersih dan luas”, terang Faris satu persatu. “Saya nak awak selesa di rumah ini…nanti ubahlah mengikut kesesuaian awak dan juga kita”, lembut saja Faris berkata sebelum meninggalkan Nadiah untuk membawa keluar barang-barang dari kereta.


Mungkin kerana harum semerbak kamar pengantin mereka, mungkin juga keletihan yang melanda atau adakah ketenangan hati mula tercipta, Nadiah terlena sebaik saja merebahkan diri di atas katil yang besar dan mewangi.


Lembut angin bertiup yang mengerbangkan rambutnya dan lembut juga tangan yang menguak rambutnya ke belakang. Laungan azan hinggap di telinganya dan tidak Nadiah tahu di mana dia berada. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Faris berada di tepi katil sebaik saja dia membuka mata.

“You sleep like a baby”, ujar Faris sambil menolak sedikit rambut yang menutup dahinya. Senyuman yang Faris beri teramat nakal di mata Nadiah. Perasaan malu menerjah dan fikirannya melayang sekejap memikirkan apa yang mungkin terjadi sebentar tadi.


Oleh kerana perasaan malu yang menebal sebab tertido dan dikejutkan pula oleh suaminya Nadiah menyembamkan mukanya ke bantal. Tawa itu kedengaran lagi bersama ciuman di atas kepalanya. Perlakuan Faris itu menambah rasa malu yang sedia ada.


“I’m sorry”, kata Nadiah di sebalik bantal yang menutupi mukanya.


Tangan yang mengusap rambutnya kini beralih di bahunya. Dengan perlahan Faris berusaha supaya Nadiah tidak menyorokan wajahnya lagi. Hendak tak hendak terpaksalah menahan malu apabila memandang Faris yang duduk rapat dengannya. Kedua belah tangan Faris kini mengepung dirinya dan tidak boleh hendak lari kemana. Matanya dipejam erat apabila Faris makin merapatkan diri ke wajahnya. Tangannya pula menggenggam erat cadar bagi menahan getar yang ada.

“Jom solat”, kata Faris. Seraya itu Nadiah terus membuka matanya walaupun dia sedar bahawa Faris masih lagi tidak membetulkan duduknya di katil. Huluran tangan Faris beri sewaktu hendak bangun, lalu memimpin Nadiah ke bilik mandi.


Bilik itu sederhana besar, mungkin mampu memuatkan 20 orang jemaah sekaligus dan aura bilik ini teramat tenang. Barisan buku-buku yang memenuhi rak buku dari penjuru ke penjuru dan sekitar ketinggian tujuh kaki Nadiah perhati. Berbagai jenis buku menjadi koleksi Faris, bermula dari kerjayanya, agama, hal-ehwal semasa dan tidak ketinggalan hiasan dalaman. Kagum dan terpegun Nadiah melihatnya lalu mencapai satu di depan mata.


Terkejut Nadiah apabila ekor matanya menangkap bayang lelaki yang berdiri berpeluk tubuh dan bersandar di tebing pintu. Berkali-kali Nadiah beristighfar dan mengurut dada lalu Faris datang memintanya duduk dan memberi segelas air.


“You scare me”, kata Nadiah yang masih terperanjat. Nafasnya turun naik dengan pantas sehingga Faris mengurut perlahan tangan Nadiah bagi menghilangkan rasa itu.


“Kenapa tadi tak tunjuk bilik ni”, tanya Nadiah sebaik saja rasa terperanjatnya reda.


“I’m sorry”, kata Faris sepatah. “Tour kita tak complete sebenarnya tadi sebab saya nak awak explore dan merasa “curiga” dengan rumah ini, terang Faris lagi.


Berkerut dahi Nadiah mendengarkan penjelasan Faris dan walaupun rasa terperanjatnya masih ada bahu Faris menjadi sasaran tangannya apabila mula memahami maksud perkataan “curiga” itu tadi. Puas sudah Faris mengelak dalam tawanya dan bunyi “haek…haek” yang Faris keluarkan semasa menahan pukulan membuat Nadiah ketawa. Kini Faris beraksi di hadapan Nadiah macam orang ber “kung-fu” membuatkan tawa Nadiah bersambung.


Tawa girang dan riang itu surut akhirnya dan mata mereka bertemu. Tidak Nadiah tahu apa yang hendak dicakapkan kerana Nadiah tersedar yang dirinya sudah lama tidak ketawa begitu dan merasa benar-benar gembira. Di hari ini setelah sekian lama seorang lelaki yang dia pilih atas alasan paling selfish membawa tawa itu kembali. Seketika Nadiah tenggelam di dalam emosinya sendiri.


“Eh..kenapa nie?”, tanya Faris lalu berteleku di hadapannya. Sekali lagi Nadiah menyembunyikan apa yang tersimpan jauh di lubuk hatinya namun desakan Faris tidak dapat dielak lagi.


“Thank you”, itu saja yang terdaya Nadiah ucapkan.


“You are most welcome”, jawab Faris lalu membawa Nadiah kedalam dakapannya.


Tidak mungkin Faris tahu apa yang bersarang di hati Nadiah akan tetapi dakapan serta usapan lembut di belakangnya memberi kelegaan yang amat dalam. Yang pasti ada air mula bertakung di kolam matanya dan Nadiah berusaha supaya ia tidak tumpah kerana Faris tentu akan terus bertanya nanti.

Tatkala pelukan direnggangkan, Faris membelai wajahnya dan ciuman hinggap diubun-ubunnya. “Apakah mungkin suamiku ini tahu segala isi hatiku”, detik Nadiah di hati.

*****

Last edited by sanaa1 on 14-2-2014 04:00 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2014 04:01 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 14-2-2014 11:41 AM
Sanaa.... a place in Yemen.

tetiba jekkk...

Yes it is...ibu negara Yemen
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2014 04:05 PM | Show all posts

Terlalu cepat masa berlalu. Semalam adalah majlis pernikahan dan persandingan. Di awal pagi tadi selepas bersarapan, pergi ke rumah Nadiah mengambil barang serba sedikit , lepas Asar keluar beli barang, sekarang dah senja, bebel Faris sendiri. Matanya masih memerhatikan Nadiah menyusun dan mengemas pakaiannya untuk ke rumah mereka.


“Banyak betul baju orang perempuan ni kan?” desis Faris sendiri apabila melihat masih banyak lagi pakaian Nadiah yang tinggal walaupun tadi telah diambil sebahagiannya.


“Membebel apa cik abang ooii” tegur Nadiah pula apabila dilihatnya Faris mundar mandir di dalam biliknya itu dan mengomel sendirian. Matanya melirik juga memerhatikan gelagat Faris yang mula membuka laci yang menyimpan berbagai khazanahnya sejak zaman sekolah lagi.


“Nadiah…” panggil Faris perlahan.


“Hmm…” jawab Nadiah manja lalu mengangkat mukanya.


“Kalaulah selalu macam ni memang tak pergi kerjalah aku” berkata Faris di hati. Wajah manja isterinya dipandang. Beberapa jam yang lalu tubuh kecil molek itu berada di dalam dakapannya dan degupan jantungnya menunjukan rasa hati yang tidak menentu.


Di saat itu juga Faris mengakui mahu bertanya dan terus bertanya segala rahsia yang tersimpan dilubuk hati Nadiah yang dalam. Keyakinan bertapak di hati Faris bahawa wanita yang baru dinikahinya ini cuba melawan sesuatu yang bertentangan dengan dirinya. Gerak gerinya yang sopan, periang, nakal dan manja telah Faris amati dari awal pertemuan mereka. Walaupun perkenalan mereka tidak lama sehingga membawa kepada pernikahan ini tapi apa yang pasti mereka berdua selesa bersama dan ikatan ini memudahkan lagi Faris untuk mengenali Nadiah.


Have you ever feel lonely?” tanya Faris dengan memandang tepat ke wajah Nadiah. “Apakah tadi sebahagian dari your emotionally unstable?” sambung Faris lagi sehingga membuat Nadiah mengalihkan pandangannya.


Sesuatu yang sudah dijangka oleh Faris apabila Nadiah pura-pura sibuk mengemas barang-barangnya dan mengalihkan pandangan. Sejak apa yang berlaku beberapa jam yang lalu Faris nekad untuk mencungkil rahsia hati isterinya sedikit demi sedikit dan waktu yang begini adalah wajar berbuat demikian pada pandangannya.



"I’m sorry…I’m not ready”, spontan Nadiah memberi alasan apabila Faris mendekatinya. “Please Faris…”, rayu Nadiah apabila tangan Faris sudah memegang pinggangnya dan sebelah lagi di bahunya.


Hanya keluhan saja yang mampu Faris lepaskan apabila Nadiah berkeras untuk tidak berterus terang. Cubaan Faris gagal walaupun sudah memujuk dan mengingatkan cuti mereka tidak lama dan akan kembali ke pejabat semula lusa nanti.


Sejak pernikahan mereka semalam, Faris sedar yang Nadiah senang menutur kata maaf. Salah sikit saja dah cakap maaf walaupun mungkin sesuatu yang tidak perlu pada pandangan orang lain. Tidak ada salahnya, akan tetapi Faris tidak mahu ia menjadi kebiasaan sehingga Nadiah lari dari garisan maaf yang sebenar. Mata Faris masih lagi memandang isterinya berkemas, hendak ditolong tak diberi lalu sebuah buku di tangan hanya menjadi alasan.


Sesekali Faris menjeling ke arah bilik mereka dan melihat Nadiah masih lagi mengemas pakaiannya. “Itu baru baju belum lagi barang lain. Nasib baik aku buat walk-in wardrobe, macam tahu-tahu saja nak dapat bini yang banyak baju”, gumam Faris sendirian.


Sejak kesedihan yang melanda Nadiah tiba-tiba, Faris asyik memerhatikan gerak geri isterinya itu. Terselit perasaan tidak puas hati apabila Nadiah menjadi terlalu degil dan tidak mahu lentur langsung apabila diajak berbual mengenainya. “Tapikan bagus jugak dia sedih dapatlah aku peluk dia tadi”, tawa nakal Faris bergema di hatinya.


“Hellooo…Encik Faris berangan apa tu?” tiba-tiba datang Nadiah menegur.


“Macam-macam”, jawab Faris dengan keluhan. “Nah”, kata Faris lalu menghulurkan satu bungkusan.


Gelagat Nadiah diperhatikan dengan teliti apabila menerima bungkusan tersebut. Dibelek kiri kanan depan belakang dengan wajah berkerut dan keliru. Masih tidak mahu membukanya Nadiah menggarukan kepala yang mungkin tidak gatal dan menekan-nekan bungkusan di tangannya itu. Bungkusan yang dibalut dengan kertas berwarna merah jambu dengan taburan bentuk love Nadiah goncang pula.


“Bukak sajalah”, ujar Faris seketika kemudian.


“Dari siapa ni?” tanya Nadiah pula.


Sedang Nadiah masih teragak-agak untuk membuka kotak tersebut, telefon berbunyi. Ketika Nadiah berlari untuk menjawab telefonnya Faris membawa bungkusan tersebut ke dalam bilik. Bahasa isyarat yang Nadiah berikan membuat Faris tahu bahawa Nadiah sedang bercakap dengan ibunya lalu mohon disampaikan salam. Sebaik saja talian dimatikan Nadiah mencapai bungkusan itu semula.


“Apa?” tanya Faris apabila Nadiah memberikan pandangan semacam kepadanya.


“Awak tahu apa ada dalam kotak ni kan?”, sudah Nadiah bercekak pinggang apabila dilihat Faris cuba mengawal senyumnya.


Sejujurnya petang tadi Faris menerima panggilan telefon dari ibu mertuanya untuk bertanya kabar dan bertanya sama ada hadiah pemberiannya telah dibuka ataupun belum. Suara wanita itu agak kecewa dipendengaran Faris apabila berterus terang bahawa belum ada satupun hadiah dibuka.


Jeritan Nadiah memberi kejutan kepada Faris lalu menerpa keluar dari bilik mandi. Kelihatan Nadiah memegang sesuatu lalu Faris merapati.


“Arrghhh mummy ni takde benda lain ke nak bagi as a present. Eeeh” bebel Nadiah dengan geram apabila mengangkat baju tidur lingerie Victoria Secret berwarna merah hati yang dihadiahkan oleh ibunya.


“Eh…kenapa simpan? Pakai lah” Faris mencelah di belakang Nadiah. Bulat mata Nadiah mendengar kata-kata Faris dan serta merta merah padam mukanya dirasa kerana menahan malu apabila Faris tersenyum nakal memandangnya dengan lirikan mata dari atas ke bawah.


Tawa nakal Faris yang tidak henti membuatkan Nadiah membaling bantal kecil kepada suarminya itu. “Apalah nasib badan…tido peluk bantal lagilah nampaknya…” giliran Faris mengomel apabila melihat Nadiah mencampakan bungkusan tersebut ke dalam almari. Kali ni Nadiah menjadi makin ganas lalu mencapai hair dryer di atas meja solek dan terus membalingnya kepada Faris. Bersepai hair dryer tersebut bersama jeritan kecil yang sengaja dibuat oleh Faris dengan melompat ke atas katil.


“Aduhhh bini ku gangster rupanya”, kata Faris bersama tawa tak henti. Sambil duduk bersila di katil dan mendongkat dagu seperti seorang yang sedang beratip, berulang kali Faris menyebut “cobaan” dengan memandang Nadiah yang tidak tentu arah apabila mengambil hair dryer yang dah pecah. “Cobaan”, kata Faris lagi dengan wajah sedih memandang Nadiah. Hasrat Faris tercapai apabila Nadiah mencubit lengannya.


Jom gusti”, kata Faris yang dengan secepat kilat menangkap tangan Nadiah. Gusti tangan mereka berlanjutan seketika sehingga Nadiah merayu untuk dilepaskan. Bersama gelengan kepala sambil menyebut “no…no..no”, pandangan mereka bertemu. Simpati Faris tertumpah serta merta apabila dilihatnya Nadiah menahan sakit akibat pegangannya yang kuat.


“Nak buat lagi tak”, tanya Faris kepada Nadiah seperti bertanya kepada anak kecil. Puas hati Faris apabila Nadiah asyik berkata “please…please”. Sempat juga Faris menggosok bahagian yang merah di tangan Nadiah tapi direntap Nadiah dengan segera.


“Aikk..buat muka cembeng lagi”, usik Faris semula namun Nadiah sudah bangun untuk menyambung kerjanya. “Boleh tahan jugak bini aku ni bergusti”, detik hati Faris apabila hendak menyandarkan badannya di kepala katil. Sejak semalam sememangnya dia asyik mengusik Nadiah dan melihat berbagai reaksi dari isterinya itu cuma harus diakui belum dapat mencantumkan segala emosi Nadiah setakat ini. Dua hari yang berlalu tidak menampakan Nadiah mengelak dan melarikan diri darinya.


Jam berdenting menunjukkan pukul 12 tengah malam. Meletakan buku yang dibaca lalu terus memandang Nadiah yang tetap asyik mengemas baju-bajunya.


“Awak tak mengantuk lagi ke?” tanya Faris yang dah mula merasa gelisah.


“Saya nak habiskan mengemas dulu. Awak tidur lah dulu tak payah tunggu saya”, jawab Nadiah


“Hmm mengelak lagi lah tu”, kata Faris mengusik dan menguji. Geram pulak dia dengan sikap Nadiah yang asyik mengelak sahaja. Faris terus merebahkan badannya dan menarik selimut hingga menutup mukanya apabila tiada sebarang reaksi daripada Nadiah.


“Awak nak tutup lampu bilik ke? Saya boleh on table lamp saja”, tiba-tiba kedengaran Nadiah bertanya.


Sekali lagi fikiran nakal Faris berfungsi. Berpura-pura adalah jawapan terbaik.


“Biarkan dia rasa dan tahu kekecewaan suaminya…”, bisik hati Faris.


“Awak…dah tidur ke? Cepatnya tidur”, kata Nadiah lalu membawa langkahnya ke katil. Tiba-tiba langkahnya terhenti. Besar kemungkinan ada sesuatu yang terbit di fikiran Nadiah sehingga mematikan langkahnya.


“Guilty?” tegur Faris di belakangnya membuat Nadiah terkejut lalu menoleh. Tergagap-gagap Nadiah hendak bercakap sehingga Faris meletakan jarinya di bibir Nadiah. Akibat terkejut, tangan Nadiah berada di dada Faris. Perasaan malu yang menyelinap membawa Nadiah menundukan mukanya apabila Faris mula mengusap manja pipinya.


‘Saya tidak akan melanggari janji saya selagi awak tidak merelakannya”, bisik Faris ke telinga Nadiah. Tiada kata yang terkeluar dari bibir Nadiah apabila pandangan mereka bertemu kembali. Sekali lagi Nadiah cuba bersuara namum ianya tersekat-sekat. “Ishhh…” sekali lagi Faris meletakan jari di bibirnya.


I’m sorry”, kata Nadiah sebaik saja dia mengalihkan jari Faris dari bibirnya. Ketika itu Nadiah tidak berani untuk menentang mata dengan Faris akan tetapi dengan perlahan merapatkan pelukannya di pinggang Faris.


Tidak Faris tahu apakah perlakuan Nadiah ini sebagai tanda keizinan diberi. Buat seketika Faris membiarkan Nadiah begitu dan juga mengemaskan pelukannya kepada Nadiah. Dalam pada itu Faris mengesyaki ada rasa bersalah di hati Nadiah kerana tidak bersedia walaupun pernikahan ini adalah dari kerelaannya. Masih terlalu awal juga untuk Faris meminta atau memaksa Nadiah untuk berterus terang kerana itu setiap peluang yang datang Faris cuba cungkil isi hati isterinya melalui jenaka dan usik mengusik.


Terkejut dan berkocak jantung Faris apabila Nadiah dengan perlahan meleraikan pelukannya lalu memimpin tangan Faris ke katil. Langkah Faris terhenti, memaksa Nadiah menoleh. Pandangan Faris beri tepat ke anak mata isterinya untuk mencari jawapan pasti kerana walau apapun Faris tidak mahu Nadiah memberi keizinan hanya kerana rasa bersalah dan sekadar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.


Lega hati seorang suami apabila melihat senyuman isterinya. Tiada sepatah kata yang terkeluar dari bibir Nadiah di saat itu. Keyakinan Faris masih belum berpijak ketika Nadiah berpaling. Kakunya Faris di situ memaksa Nadiah menoleh kembali dan dengan perlahan dia memegang kedua belah tangan Faris dan menjengkit sedikit untuk berbisik sesuatu.


“I’m yours too’, Faris membalas bisikan isterinya lalu malam mencatitkan kisah mereka.


*****


Last edited by sanaa1 on 14-2-2014 04:08 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2014 04:14 PM | Show all posts

Pagi adalah permulaan hari yang indah, terbit dari keindahan mimpi di malam hari. Begitu jugalah yang Nadiah rasakan. Hari ketiga di alam rumahtangga dan Nadiah mengucapkan berbanyak-banyak syukur kerana sudah dapat menyempurnakan sebahagian dari tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Dalam ragu yang masih bertapak, dalam rasa tidak menentu dan hati yang masih belum pasti, Nadiah bermohon agar dirinya diberikan kekuatan dan ketabahan mengharungi rasa yang tidak pasti ini semoga kepastian bertapak jua suatu hari nanti.


Berbagai-bagai rasa bermain difikirannya dan dadanya berdebar-debar apabila kisah semalam menerjah. Hanya Allah saja yang tahu perasaan hatinya apabila dia memberanikan diri berhadapan dengan Faris di awal pagi ini dan paling memeranjatkan Nadiah apabila Faris memastikan kebersihan dirinya sebelum subuh tadi. “Ya Allah…usia pernikahan ini baru saja 3 hari dan aku bermohon padaMU semoga kebahagiaan yang terdetik ini adalah rahmat dariMU…Aameen”, bisik Nadiah semasa menyediakan sarapan nasi lemak pagi itu.


Debaran pertamanya sebagai seorang isteri telah dilalui, seterusnya memastikan perut suaminya berisi. Hidangan nasi lemak adalah yang paling mudah dan ringkas kerana itulah makanan pertama kegemaran Faris yang Nadiah ketahui. Cuma untuk hari ini Nadiah tidaklah dapat menyediakan sambal sotong dan digantikan dengan udang.


“Good morning princess”, ucap Faris lalu memeluk pinggang Nadiah dari belakang. Dengan manja juga Faris menongkatkan dagunya di bahu Nadiah.


“Good morning”, jawab Nadiah perlahan. ”Jom breakfast”, pelawa Nadiah seterusnya apabila melihat Faris tidak menunjukan sebarang tanda mahu melepaskan pegangannya.


“Sedap nampaknya sambal udang tu. Beli kat mana?” tanya Faris.


“Tolong cakap elok-elok sikit ya. Penat saya masak tau” kata Nadiah sambil menarik muka masam.


“Lah, awak kan cakap dulu tak pandai masak. Sebab tu saya ingat awak beli” Faris terus mengusik Nadiah lagi. Tindakan Nadiah untuk melepaskan diri terbantut apabila Faris meminta menyuapkan seekor udang. Mukanya sudah dirasa tebal menahan malu lebih-lebih lagi sengaja Faris memainkan bibirnya di telinga dan tengkuk Nadiah.


“Alah setakat masak nasi lemak apa lah sangat. Lagipun tak nak awak put high expectation on me” kata Nadiah sambil menoleh sedikit untuk menyuapkan udang ke mulut Faris.


Senyum nakal Faris mengiringi selepas itu dan sekali lagi ciuman Faris beri di leher, tanpa sempat Nadiah mengelak. Geram sudah hatinya dengan perangai Faris yang terlebih manja pagi ini. Sesungguhnya telahan Nadiah sebelum ini bahawa Faris anak dan adik yang manja ternyata benar.


“Sedap”, kata Faris sepatah. Pujian Faris disambut dengan senyuman dan Nadiah kalah lagi apabila Faris beria mahu menyuapkan nasi ke mulutnya.


“Alhamdulillah”, tiga hari pertama yang amat mengembirakan dalam hidup Nadiah. Walaupun makin geram dengan kenakalan Faris yang tidak henti-henti mengusiknya, ketiadaan Faris bersamanya untuk mengemas barang-barang di rumah lamanya mengundang rasa sunyi,


“Eh..cepatnya aku rasa sunyi”, getus Nadiah di hati. “Atau apakah ini rindu?”, bentak Nadiah lagi sendiri. Marah dengan perasaan yang datang. Namun demikian senyuman yang menguntum pasti ada tanda bahagia apabila telefonnya berdering dan nama Faris yang tertera.


Percutian singkat mereka akan berakhir esok dan hari ini Nadiah kena pastikan kebanyakan dari barang-barangnya mesti dibawa ke rumah Faris. Penyesuaian dirinya bersama Faris juga sudah berada di tahap selesa. Walaupun sesekali perasaan kekoknya ada akan tetapi dalam masa lebih kurang seminggu ini sikap Faris amat menyenangkan. Segala celoteh dan karenahnya mendapat layanan daripada Faris. Ternyata Faris seorang yang teliti dan pembersih. Rumah sentiasa rapi dari hari pertama Nadiah menjejakkan kaki ke rumah itu. Hadirnya dia ke dalam rumah suaminya bak kata orang “cuci kaki” saja kerana semuanya sudah lengkap.


Semalam sudah berkotak-kotak barang Nadiah dihantar kerumah Faris dan terus disimpan saja ke dalam stor. Permintaan Faris memintanya menghias rumah itu mengikut selera serta citarasanya dan mereka berdua masih lagi Nadiah pertimbangkan. Semuanya sudah sempurna di mata Nadiah. Itulah alasan Nadiah beri kepada Faris apabila tidak menyusun satupun gambarnya ataupun barang perhiasan lain di sudut yang telah Faris sediakan di ruang tamu dan juga ruang rehat rumah teres tiga tingkat itu.


Perasaan takut dikecewakan tetap bertapak di hatinya walaupun sedang bersedia untuk terus melayari hidup bersama Faris. Oleh itu juga hampir kesemua perabut yang mengisi ruang apartmentnya diberikan kepada Ira dan Asma. Terpulanglah kepada mereka untuk memilih yang mana berkenan di hati. Barang-barang tersebut kalaupun dibawa ke rumah Faris akan mencacatkan dekor yang sedia ada. Dalam kegembiraan dan keghairahan di rumah baru bersama suaminya hati kecil Nadiah berdetik supaya tidak jatuh cinta berkali-kali kepada rumah tersebut.


“Haihh…lemas aku”, tempik hatinya dengan perasaan itu lagi.


“Sememangnya kau menduga aku…kaulah perasaan paling tidak adil”, getus hati Nadiah apabila dilanda perasaan berbolak balik tentang statusnya sekarang bergelar isteri dan suri di dalam rumah teres 3 tingkat yang terletak di Kayu Ara, Damansara. Kawasan rumah yang dikelilingi pohon-pohon rimbun memberikan suasana nyaman dan tenteram setiap kali Nadiah berdiri di balkoni biliknya adakala mengocak kegembiraan yang ada dengan berbagai rasa. “Go with the flow Nadiah…ini jalan yang kau pilih”, ucap Nadiah bagi menambah keyakinan diri.


Keseronokan sudah mula Nadiah rasa setiap kali dia ke dapur. Sejak dari hidangan pertamanya kepada Faris, dapur menggamit kehadirannya. Andainya dulu memasak hampir tiada di realiti hidupnya, sekarang Nadiah kembali membuka buku resipi lamanya demi Faris. Hidangan nasi lemak menjadikan Faris peminat setia masakannya lalu meletakan syarat hendak makan di rumah sentiasa mulai sekarang. Dah terlalu kerap makan kat luar katanya. Selama seminggu ini walaupun adakalanya masakannya termasin, tawar atau kurang “blend”, bawang ditumis terlalu garing cuma belum sempat hangit saja, Faris tetap memberi pujian dan berterima kasih kerana Nadiah sudi masak untuknya dan mencuba. Sebagai isteri kata-kata pujian dari seorang suami merupakan peransang untuknya dan Nadiah mula rasa dihargai. “Not too soon Nadiah”, bisik suara syaitan di hatinya.


Tersedar Nadiah bahawa masih ada suara-suara yang mengganggu lalu mendidik diri beristighfar seperti yang selalu Faris berpesan padanya.


“Baru cuti beberapa hari banyaknya kerja yang tertangguh”, sungut Nadiah apabila dilihat ada beberapa file tersusun di atas mejanya. Badannya pula terasa lenguh oleh kerana berhempas pulas mengemas rumah dan menyusun barang beberapa hari yang lalu. “Do it Nadiah, stop complaining”, tutur Nadiah untuk melawan unsur negatif yang menyerangnya.


“Amboi busy nya kawan aku sorang ni” sapa Ira lalu duduk di hadapan Nadiah.


“Yelah nak harapkan kau, satu benda pun tak settle” bebel Nadiah sambil matanya asyik melihat ke skrin computer.


So how’s marriage life?” tanya Ira mengorek rahsia.


Senyum lebar Nadiah hulurkan kepada Ira sebagai menjawab pertanyaannya. Namun teman yang bernama Ira ini tidak pernah akan berpuas hati walaupun telah dicerita sehingga kering anak tekak. Sengaja Nadiah bernyanyi kecil dan ketuk pen di meja menunjukkan keceriaan hatinya membuat Ira bengkeng.


“Takkan dengan aku pun nak berahsia”, bentak Ira lagi.


Everything is fine, Ira” jawab Nadiah ringkas. “Tentu kau pun ada kerja nak buat dan perlu aku ingatkan rahsia rumahtangga dan suami isteri mana boleh cerita kat orang”, sambung Nadiah panjang lebar sehingga membuat Ira terdiam dan memandang tepat ke wajahnya. “Oh ya sebelum aku terlupa, terima kasih di atas surprise kau dan staff yang lain”, ucap Nadiah apabila teringat tentang sarapan dan nota nakal yang Ira berikan semasa menginap di hotel.


Gurauan serta soalan-soalan Ira yang hampir menyentuh peribadi perkahwinannya membuat Nadiah memberi teguran sinis. Walaupun sebelum ini Nadiah berkongsi hampir kesemua cerita peribadinya namun sekarang sudah ada batasan. Tidak sesekali akan Nadiah ceritakan segala apa yang Ira tanya tadi termasuk bergurau tentang hubungan kelamin di antara dirinya dan Faris. Kata-kata Nadiah sudah membuat Ira tersinggung sehingga Ira sanggup menuduh Faris merubahkan dirinya tidak sampai seminggu. Puas sudah Nadiah yakinkan bukan saja di antara dirinya dan Faris ada transition period bahkan dengan Ira juga perlu ada.


Sekadar tawa kecil Nadiah lepaskan apabila melihat Ira begitu dan seperti anak kecil yang kemarahan, Ira menghentak-hentak badannya apabila Nadiah enggan bekerjasama.


“Macam ni lah Ira…kawin cepat jangan tunggu lagi..rugi besar kalau kau tunggu lama-lama”, tutur Nadiah senada beriring senyum dan tawa kecil.


“Amboi??…apa dah jadi dengan kawan aku ni” jerit Ira terkejut dengan perubahan mendadak Nadiah.


Pendeknya percutian Nadiah dan tiada honeymoon menjadi soalan Ira selanjutnya. Dah berkali Nadiah pesan dalam masa yang singkat ini, Ira seolah-olah buat tidak peduli. Sebaik mungkin Nadiah tidak mahu mengecilkan hati kawan baiknya, cuma kerja yang menanti membuat Nadiah rimas.


“Kau nampak happy sangat…hmm you are falling for him”, Ira masih tidak mahu mengaku kalah. Sekadar ucapan terima kasih Nadiah hulurkan dan dengan baik meminta Ira meninggalkannya dengan kerja-kerja yang ada. Sebaik saja daun pintu ditutup, Nadiah tertanya-tanya di dalam hatinya, adakah benar apa yang Ira cakapkan? Adakah untuk masa yang singkat ini dia bahagia? Kekeliruan datang lagi menghantui fkirannya. Jenuh Nadiah melawan kekeliruan yang datang lalu mengambil dan melepaskan nafas berkali-kali untuk menolak segala rasa sangsi dengan kembali tekun kepada kerjanya.


“Transition period”, itulah keluhan Nadiah apabila di hari pertama kembali bekerja, Faris sudah pulang lewat walaupun tidak mengambil cuti panjang. Kalaulah Nadiah tahu Faris hendak pulang begini lewat tentu dia juga tidak pulang awal tadi.


Dalam dirinya bercakap sendiri ketukan kecil kedengaran dan Faris tersembul di muka pintu dengan wajah keletihan.


“Assalammualaikom…kenapa tak tidur lagi ni?” tegur Faris.


"Wa’alaikomsalam” jawab Nadiah sambil membetulkan duduknya. “Tak mengantuk lagi. How’s your day? Dah makan?”, tanya Nadiah bertubi-tubi kepada Faris.

“Saya dah makan…my day was fine…penat tu biasalah…hmm apa lagi?”, jawapan Faris beri juga senafas dengan senyuman dan wajah manis di mata Nadiah. “Lain kali jangan tunggu saya…awak pun nak kena bangun pagi nak pergi kerja”, sambil mengambil tangan Nadiah dan mengucupnya. Perbuatan Faris memang tidak Nadiah duga dan merasakan dirinya amat bertuah sekali. Senyuman Faris dibalas mesra.


“Bukan kah tanggungjawab seorang isteri untuk tunggu suaminya balik?” soal Nadiah kepada Faris. Kata-kata Nadiah membuat Faris merapatinya. Sebuah kucupan hinggap di dahi Nadiah bersama bisikan “you made me feel special”sebelum meninggalkan Nadiah untuk ke bilik mandi.

*****


Last edited by sanaa1 on 14-2-2014 04:19 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2014 04:22 PM | Show all posts

Suasana office sudah lenggang kerana ramai sudah pulang namun Faris masih tekun berkerja walaupun jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Hari ini adalah hari ke 3 berturut-turut, Faris berkerja hingga lewat malam kerana mengejar deadline proposal yang mesti disiapkan sebelum bulan puasa. Hanya tinggal 3 hari saja lagi untuk Faris menyiapkan proposal tersebut. Kejayaan yang bakal diraih dari proposal ini merupakan kejayaannya juga dan di kali ini Faris sudah ada teman teristimewa untuk meraikannya bersama.


“Jangan lah balik lambat selalu. Saya bosan duk rumah sorang-sorang” kata-kata Nadia dua hari yang lalu berdendang di cuping telinganya.


Tiba-tiba Faris terkenangkan Nadiah yang sudah pasti berada di rumah sekarang. Hatinya juga tiba-tiba digamit rasa rindu dengan bebelan dan keletah isterinya. Jika sebelum ini pejabat adalah rumah pertamanya namun sekarang dia sudah pandai merasa resah apabila terpaksa bekerja lewat. Secara tiba-tiba juga hatinya meronta-ronta hendak pulang segera.


Deringan telefon mematikan lamunan Faris. Nama Nadiah yang tertera di skrin membuah senyuman di bibirnya. Setelah menjawab salam yang diberi, terus saja Nadiah bertanyakan dirinya sudah makan ataupun belum. Seperti selalunya Faris akan memberi alasan hendak menyiapkan kerjanya dahulu.


“Tolong bukak pintu boleh tak”, pinta Nadiah dan terus saja mematikan talian.


Terkejut dan tercenggang Faris dengan permintaan Nadiah, akan tetapi tetap meluru ke pintu masuk pejabatnya. Berbunga riang hati Faris apabila melihat Nadiah berada di situ dan menunjukan bungkusan makanan.


“Hai…jom makan, saya dah lapar sangat ni”, kata Nadiah sebaik saja Faris membuka pintu. Hati yang berbunga riang bertambah mekar apabila melihat Nadiah membuka bungkusan makanan untuknya dan juga menyediakan secawan air suam.


“Jemputlah makan…yang awak pandang saya kenapa”, tanya Nadiah manja lalu memegang tangan Faris dan menghulurkan sudu kepadanya. Mata Faris masih memerhatikan gelagat Nadiah yang sedang meniup nasi goreng sebelum menyuapkan ke mulutnya.


“Thank you”, ucap Faris sebaik saja menerima suapan Nadiah.


“So sekarang makan ya…saya dah buat open ceremony tu”, gurau Nadiah bersama senyuman melebar.


Sehingga hari ini di antara mereka belum bersuara ataupun duduk bersembang berkaitan soal hati masing-masing. Cara Nadiah hari ini dan hari-hari sebelumnya amat menyentuh jiwa halusnya. Bahkan sejak hari pertama kembali ke pejabat kawan baiknya Ridzwan sudah memberi komen yang terlalu positif.


“Betul ke ni Faris yang aku kenal”, tegur Ridzwan sebaik saja Faris melangkah masuk ke pejabat setelah bercuti beberapa hari. Terlalu aneh dan pelik apabila Ridzwan menyentuh tali lehernya di pagi itu serta memuji kemasan kemeja yang dipakai.


“Sejak bila kau pandai belek aku ni? Kau dah jadi fesyen consultant ke?” bertanya Faris apabila Ridzwan memuji kombinasi pakaiannya di pagi itu.


Beberapa hari yang berlalu tidak akan Faris nafikan merasa bangga apabila asyik mendapat pujian dan kesemuanya kerana Nadiah. Walaupun menyedari masih ada sangsi, kekok, tidak pasti dan berbagai rasa di dalam rumahtangga mereka, Faris bersyukur Nadiah menyesuaikan diri dalam segala hal dengan baik tidak terkecuali di malam ini. Tidak disangka Nadiah begitu mengambil berat tentang dirinya sehingga sanggup datang membawa makanan. Alasan bosan berada dirumah seorang diri adalah alasan paling kukuh yang mampu Nadiah beri, akan tetapi Faris merasakan ada bibit-bibit yang mengatakan telepathy wujud di antara mereka. Di dalam senyap ada signal yang terpancar tanpa disedari dan ada rasa rindu yang menggamit sehingga Nadiah ada di sini.


“Kerja tak pernah akan habis…tapi janganlah sampai abaikan kesihatan”, tutur Nadiah mematikan lamunan Faris. Tidak disangka sempat juga dirinya mengelamun.


“Terima kasih wahai isteriku…”, ucap Faris sekali lagi apabila Nadiah meletakan secawan kopi di depannya. Selesai makan mereka duduk berborak dan Nadiah memberitahu niat dan hasrat ayahnya hendak datang kerumah.


“Saya mungkin kena kerja weekend ni…apa kata kita jemput daddy sekeluarga dan juga mummy next weekend, just before puasa”, ujar Faris memberi cadangan.


Cadangan Faris tidak mendapat sambutan daripada Nadiah tetapi mengomel “kerja…kerja…kerja” dengan memberi jelingan kepada Faris. Hati Faris terus lagi terhibur dengan omelan itu lalu menarik perlahan tangan isterinya dan menggenggamnya erat.


Next weekend will give you ample time to plan…janganlah asyik nak marah saja”, pujuk Faris lalu melepaskan kucupan di tangan Nadiah. Melihat muka Nadiah sudah kemerahan Faris mengusap manja pula pipi isterinya sehingga Faris terlupa langsung pasal kerja dan di mana mereka berada.


“Alamak dah pukul 9.30”, tersentak Faris apabila Nadiah menunjukan jam di hadapannya. Melihat Faris tersentak dengan manja juga Nadiah merapatkan dirinya ke telinga Faris lalu berbisik “I don’t like to be alone” dan sengaja membelai wajah Faris sebelum berlalu pergi. Renungan yang Nadiah beri membuat Faris mencubit sedikit lengan yang membelainya. Tawa Nadiah sudah membuat hati Faris bergetar.


“Hmm…boleh tahan juga nakal isteri aku ni”, bisik Faris di hati. Dengan perlahan Faris merapati tubuh kecil molek itu dan tidak disangka Nadiah terperanjat dengan cuitan Faris beri. Apalagi pucat yang tidak terkata dengan tangan yang terlayang-layang amat sukar untuk Faris menangkapnya.


“Dah lewat ni, jom lah balik. Esok pagi-pagi awak datang, sambung kerja tu” kata Nadiah yang masih memukul manja belakang Faris yang memberi kejutan kepadanya tadi. Mata Faris melirik kepada tangan Nadiah yang memeluk erat tangannya merayu dan merengek supaya Faris tidak menyambung kerjanya di malam itu.


“I will never leave you alone”, sebaris kata dari Faris menghentikan renggekan Nadiah dan pura-pura pula tidak mendengarnya. “Manja”, kata Faris lagi dan mencubit pipi isterinya itu. Lagi Nadiah mengelak lagi Faris mahu mencubit sewaktu mereka berjalan menuju ke kereta.


*****


Last edited by sanaa1 on 14-2-2014 04:24 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2014 04:29 PM | Show all posts

Sedang Nadiah sibuk vacuum karpet terdengar loceng pintu pagar berbunyi. “Siapa pulak yang datang pagi-pagi ni”, rungut Nadiah lalu menjengah ke tingkap. Kelihatan ibunya yang datang akan tetapi keseorangan saja.


Ketika Nadiah keluar untuk menyambut ibunya sudah bermacam rasa bermain difikiran. Entah kenapa setiap kali berhadapan dengan ibunya pasti ada saja yang akan ditengkarkan. Satu-satunya hari yang tidak terbit perbalahan di antara mereka adalah di hari pernikahan dan persandingannya.


Belumpun sempat kata-kata Nadiah surut dalam ruang fikirnya, hati Nadiah sudah panas apabila melihat berbagai jenis lauk tersedia di dalam bekas yang dibawa oleh ibunya. Ada sambal tumis udang, masak lemak nangka dan asam pedas ikan merah. Tidak pernah Nadiah sangkal ibunya pandai memasak dan kesemua lauk yang dibawa adalah kegemarannya akan tetapi kenapa ibunya perlu bersusah payah begini? Tempik Nadiah lagi di hati.


“Kenapalah mummy bersusah masak semua ni…pagi-pagi pulak tu”, rungut Nadiah.


“Mummy, masakkan untuk Nadiah dan Faris. Takkan hari-hari nak makan kat luar” kata ibunya penuh yakin. Kata-kata itu tidak menanti lama untuk menyalakan api kemarahan di dalam diri Nadiah.


“Mummy…I am not a 5 year old. Mummy ingat Nadiah tak masak ke? Mungkin Nadiah tak pandai masak semua lauk-lauk ni tapi Nadiah masak untuk suami Nadiah hari-hari” kata Nadiah dengan nada geram.


“Nadiah masak?” tanya Puan Rahimah penuh terkejut.


“Banyak benda yang Mummy tak tahu pasal Nadiah. You always make assumptions and underestimate me. Why? Sebabnya Mummy tak pernah nak ambik tahu pasal anak sendiri kan? Mummy selalu ingat mummy tahu segalanya” jawab Nadiah penuh emosi.


“Terima kasih mummy sebab sudi masakkan untuk kami. At least Nadiah doesn’t have to cook tonight” tiba-tiba Faris berkata yang entah muncul dari mana.


Oleh kerana berkecil hati dengan sikap ibunya sepanjang hari hidup Nadiah tidak keruan. Hilang sudah moodnya untuk mengemas rumah lalu dibiarkan Faris menyambung segala kerja. Ketika menyiapkan hidangan tengaharipun hatinya makin panas apabila melihat lauk pauk yang dibawa oleh ibunya pagi tadi. “Takkan hari-hari nak makan kat luar” kata ibunya terngiang kembali. Sedap manapun lauk yang ada selera Nadiah tertutup untuk hari itu.


“Sudah-sudah lah tu muncung” pujuk Faris kepada Nadiah semasa mereka menonton television sebelah malamnya. Sepanjang hari Faris membiarkan Nadiah dengan dunianya sendiri tanpa berkata apa. Begitu juga dengan Nadiah yang tidak berusaha atau cuba mencurah rasa kepada suaminya itu. Hati Nadiah masih sakit setiap kali terkenang yang ibunya terperanjat bahawa dia menyiapkan dan masak untuk suaminya setiap hari.


“Kenapa masih nak marah ni. Mummy bawa lauk-lauk tu sebab dia sayang awak. Takut anaknya teringin nak makan. Jangan lah sebab perkara kecik macam ni awak nak bermasam muka dengan mummy. Awak patut bersyukur masih ada mummy yang ambik berat pasal awak” kata Faris panjang lebar.


“Sekarang baru nak ambik berat? Mana mereka 10 tahun yang dulu?” jerit Nadiah dalam nada yang tersekat-sekat. Sepanjang hari juga dia bertahan untuk tidak menumpahkan airmatanya di hadapan Faris semata-mata tidak mahu Faris mencungkil lebih dalam kisah silam dan keluarganya akan tetapi ia tidak dapat dibendung lagi.


“Sekurang-kurangnya awak masih ada peluang kedua. Cuba tengok saya ni, dah tak ada mak bapak, dah tak ada kesempatan nak bermanja dengan mereka” pujuk Faris bersama nasihat. Nadiah hanya membisu dan mengesat airmatanya yang tetap tumpah. Matanya terus saja memandang television walaupun hati dan tumpuannya entah hilang ke mana.


‘Itulah…untungnya saya jumpa awak, adalah sekarang tempat nak bermanja” kata Faris lalu melentukkan kepalanya di bahu Nadiah.


“Eeee…jangan nak mengadalah” kata Nadiah dengan geram dan mencubit lengan Faris.


“Aduh, garangnya…sampai saya nak bermanja pun tak boleh?” ujar Faris sambil mengosok-gosok lengannya yang dicubit Nadiah.


Ajakan Faris untuk masuk tidur menerima penolakan keras daripada Nadiah. Lembut tangan Faris yang memegang tangannya direntap kasar. Akhirnya Faris berlalu meninggalkan Nadiah keseorangan. Terdengar juga Faris mengeluh dan berkata “boleh tahan juga degilnya”, namun Nadiah tetap mematikan diri.


Semenjak menjadi isteri Faris secara tidak langsung Nadiah menyedari senang rasa bersalah apabila menyakiti hati suaminya. Kini perasaan bersalah menghantuinya apabila membiarkan Faris sendirian di bilik.


“Kenapalah suami aku jadi mangsa. Bukan salah diapun, nasib baik dia ada kalau tak kau nangis sorang-sorang tadi”, Nadiah bermonolog dengan dirinya. Terlalu menyedari bahawa dia tidak patut berkasar terhadap Faris dan setelah puas berperang dengan perasaannya, Nadiah melangkah kaki ke bilik tidur mereka.


“Buat-buat tidurlah tu”, ngomel Nadiah dengan kuat sambil menepuk-nepuk bantalnya. Tiada sebarang reaksi daripada Faris membuat Nadiah bengang. Perasaan marah yang masih bersarang sengaja Nadiah rebahkan diri dengan kuat namun tidak diendahkan oleh Faris.


Mati sudah akal Nadiah apabila Faris tidak bergerak atau memandangnya. Lama dia berbaring mencari akal supaya Faris memusing badan ke arahnya. Tetap tiada jawapan. Dapat Nadiah rasakan yang Faris belum lagi tidur tapi pura-pura saja kerana tidak mahu melayan kerenahnya.


“Awak dah tidur ke?” bisik Nadiah kepada Faris lalu merapatkan badannya ke tubuh Faris. Bisu saja yang Nadiah terima. Sekali lagi Nadiah menanti dan merenung tubuh suaminya di sisi yang masih membisu.


“Awakkk…saya tak boleh tidur lah. Nak pinjam lengan boleh?” rengek Nadiah penuh manja. Tak sampai seminit kemudian Faris memusingkan badannya menghadap Nadiah dan mendepangkan tangannya. Nadiah tersenyum girang dan merebahkan kepalanya di lengan Faris.

*****

“Good morning Daddy” ucap Nadiah dengan riang dan nyaring kepada ayahnya.


“Good morning my dear” balas Dato’ Malek kepada anaknya. “Ceria sungguh anak daddy hari ni”, usik Dato’ Malek apabila melihat Nadiah begitu ceria sekali di awal pagi.


Kata-kata ayahnya itu disambut girang oleh Nadiah kerana dia sendiri tidak tahu apa yang membuatkan hatinya begitu gembira di pagi ini. Apa yang pasti pagi ini adalah seperti hari-hari lain juga, menunaikan solat subuh bersama Faris, menyediakan sarapan dan pakaian Faris serta mengemas rumah ala kadar sebelum ke pejabat. “Alhamdulillah” itulah ucapan yang terlahir dari bibirnya.

“Nadiah”, panggil Dato’ Malek sebaik saja Nadiah hendak berlalu pergi. “We need to discuss about Project Medic. See me at my office ok” pesan Dato’ Malek kepada Nadiah.


“Ok boss, in 15 minutes” jawab Nadiah dan terus berlalu.


Sebaik sampai, Kak Asma setiausahanya menerangkan jadual kerja Nadiah untuk hari ini. Sepantas kilat Nadiah menarik nafas lega kerana jadualnya tidak padat. Selain perbincangn dengan ayahnya, hanya ada satu mesyuarat dengan client sebelah pagi dan yang paling menyeronokan ianya hanya di pejabat Malek and Co, tidak perlu keluar. Tanda pulang awal sudah terlekat di dahinya dan sudah mula berangan untuk masak apa juga malam nanti.


“Nadiah…don’t wait for me tonight ya…saya balik lewat”, teringat Nadiah pesanan Faris pagi tadi lalu mematikan angan-angannya.


“Alah tak guna aku masak. Faris bukan makan kat rumah pun” ngomel Nadiah sendiri.


“Jangan buat nakal lagi macam aritu”, pesan Faris lagi sambil memicit hidungnya. Tersenggeh-senggeh Nadiah apabila teringat Faris dan gurauannya.


“Makin berseri-seri Puan Nadiah kita…” tegur Kak Asma membuat Nadiah terasa malu.


“Mana ada, biasa aje” kata Nadia malu-malu.


“Janganlah nak berdalih-dalih, akak tahu lah korang masih dalam honeymoon period. Baru seminggu kahwin” usik Kak Asma lagi. Terasa merah padam muka Nadiah dengan usikan tak henti dari Kak Asma.


Lega sudah hatinya apabila perbincangan dengan ayahnya mengenai Project Medic dan isu berkaitan dengannya dapat diselesaikan. Selepas ini hanya perlu meminta Ira menyiapkan lapuran perbincangan dan diserahkan kepada klien. Tanpa Nadiah sedari dia menyanyi kecil semasa mengemas dan menyusun kertas-kertas dan fail yang ada dan yang paling Nadiah tidak sedar ayahnya sedang memerhatikan perlakuannya.


“Anak daddy ni makin berseri…makin ceria…makin fokus dan makin cantik”, puji ayahnya. “So…how’s life”, bertanya pula Dato’ Malek. “Or shall I ask..how’s marriage life?” gurau pula Dato’ Malek.


“Alhamdulillah…everything is good”, jawab Nadiah penuh senyuman.


Mereka berbual seketika lalu Nadiah teringatkan cadangannya bersama Faris untuk menjemput ayah, ibu dan keluarga datang ke rumah pada hari Sabtu nanti.


“Oh ya daddy…sebelum terlupa…dinner at our house this Saturday ya”, ujar Nadiah kepada ayahnya. Untuk seketika ayahnya memberikan pandangan seolah tidak percaya kepada Nadiah di atas jemputan itu. Berkali-kali ayahnya bertanya apakah dia tidak silap mendengar lalu menjadikan Nadiah hairan. Selepas anggukan yang tidak tahu sudah berapa kali ayahnya melepaskan tawa seolah-olah jemputan itu menggelikan hatinya. Giliran Nadiah pula menjadi hairan bagaikan ajakannya tadi adalah satu gurauan.


“Lahhh…daddy bergurau saja aritu. Tapi kalau dah betul Alhamdulillah, kecil tapak tangan Stadium Bukit Jalil daddy tadahkan”, kata Dato’ Malek masih tertawa kecil. “Siapa lagi yang Nadiah jemput”, tanya pula Dato’ Malek seketika kemudian.


“Cuma daddy and family dan mummy with her husband”, jawab Nadiah. “Kenapa daddy ni? Ketawa pulak bila Nadiah jemput”, muncung sudah mulut Nadiah apabila ayahnya masih lagi ketawa.


Tiada jawapan yang Nadiah terima dari pertanyaannya akan tetapi apabila ayahnya datang menghampiri, Nadiah tergamam. Lebih menghairankan apabila ayahnya memegang kedua belah pipinya dan memberi ciuman di ubun-ubunnya.


“I’m happy for you princess”, sebaris kata ayahnya itu terus menangkap sayu di hati Nadiah. “Princess” sudah lama hilang dari bibir ayahnya apatah lagi dari kamus hidupnya. Perkataan itu timbul kembali apabila bergelar isteri kepada Faris kerana Faris terlalu gemar memanggilnya begitu.


Namun di saat ini Nadiah sedar perbezaan ketara di antara keduanya. Kepada Faris adalah kemanjaan yang ditunjukan kepada isteri dan kepada ayahnya adalah kerinduan yang mungkin telah lama terpendam. Hati Nadiah amat tersentuh dan apabila dia mendongak untuk memandang ayahnya ternyata mata lelaki itu nampak kemerahan dan berair. Usapan manja di rambutnya adalah tanda kerinduan itu lalu Nadiah menyembamkan mukanya keperut ayahnya seperti anak kecil. Usapan yang masih ada membawa ingatan Nadiah ke zaman anak-anaknya.


Panggilan “princess” bergema di seluruh anggota badannya apabila terbayang dirinya berlari di pantai, bermain “roller blade”, naik buaian sehingga waktu menghilangkan perkataan itu dari hidupnya. Ketika berusia 17 tahun dan pertama kali dikenalkan kepada ibu tirinya dan menghantar mereka berdua ke lapangan terbang. Seperti hari ini ayahnya mengusap lembut rambutnya dan berbisik “you are still my princess…you will always be”. Sepuluh tahun lamanya perkataan itu hilang dan di hari ini ia kembali, seolah-olah ada cerita di sebaliknya akan tetapi buat masa ini Nadiah gagal mencari jawapan.


*****




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2014 04:33 PM | Show all posts

Memerhatikan dan mendengar curahan hujan di balkoni biliknya, perasaan sunyi datang kembali. Perasaan itu membuat Nadiah resah dan adakalanya menjadi pelik sejak bergelar isteri. Ketiadaan Faris di rumah malam ini benar-benar membuat Nadiah rasa keseorangan dan terlalu sunyi.


Jika dahulu dia amat rimas berkongsi rumah apatah lagi bilik dengan orang lain, namun sekarang dia sudah dan amat merindui teman serumahnya. Kesunyian ini makin dirasa apabila mengenangkan apa yang terjadi pagi tadi di antara ayah dan dirinya. “Kenapa pulak ni, selama ini pun aku tinggal seorang diri tidak pulak merasa sunyi atau bosan macam ni sekali”, pertanyaan timbul dalam diri Nadiah.


“Eh ini gambar-gambar lama aku” kata Nadiah apabila matanya terlihat frame gambar-gambar yang tergantung di sepanjang dinding tepi tangga rumahnya.


Terkejut dia melihat gambar-gambarnya semasa kecil sehingga lah ketika di UK cantik tersusun bersama-sama gambar-gambar Faris. Perlahan-lahan Nadiah mengamati kesemua gambar tersebut dan sudah tentunya ini semua kerja Faris. Akan tetapi Nadiah menjadi bingung apabila mula tertanya bila Faris menyusunnya dan macam mana dia tak perasan langsung.


“Princess…mana kotak yang tersimpan gambar-gambar awak tu”, tanya Faris sewaktu mereka membelek gambar perkahwinan mereka. Di hari itu Faris beria memujuk supaya menyusun gambar lamanya di ruang hiasan yang masih kosong. Berbagai alasan Nadiah beri termasuk malas hendak menyelongkar stor nanti penat nak susun balik. Dengan alasan itu juga berbagai nama timangan Nadiah terima dalam sehari…”intan payung”, “buah hati”, “kekasih hati pengarang jantung” yang hujungnya mesti ada “Faris”. Tidak kurang juga panggilan “princess” yang tidak putus-putus.


Kesunyian Nadiah terubat tatkala meniti memori hidupnya disamping menghayati koleksi Faris. Semasa melangkah masuk ke rumah ini detik hati Nadiah mengatakan Faris punya splendid and excellent taste bermula dari hiasan dalaman dan juga sebentuk cincin sebagai tanda ikatan pernikahan mereka. Seterusnya Nadiah mengenali Faris seorang yang pembersih, tertib dan tidak kurang loyar buruk dan manjanya. Di hari ini Nadiah mengenali Faris sebagai seorang yang menghargai segala apa yang dia ada dan pernah ada seperti potret kedua orang tuanya yang besar tergantung di ruang tengah rumah ini.


Walaupun Faris sudah berjaya di dalam kerjayanya dan memperolehi pendapatan lumayan dan stabil, kampung halaman serta nostalgia zaman kanak-kanaknya tidak pernah dilupakan. Tidak berani untuk Nadiah mengakui mengenal Faris dengan dalam namun pelayaran rumahtangga yang baru bermula ini memberikan Nadiah peluang meniti kembali zaman kecil dan remajanya.


“Semua orang buat kesilapan. Semua orang ada sejarah mereka…Nadiah, akan tetapi tidak ramai yang punyai peluang kedua. So give that chance to mummy and to you too”, teringat kembali kata-kata memujuk Faris kepadanya tempohari.


Kata-kata itu sebenarnya mengundang banyak pertanyaan dalam diri Nadiah tentang kehilangannya. Dahulu dia pernah ada kampung halaman, ada saudara mara dan atuk serta nenek yang memanjakan dirinya. Perpisahan ibu bapanya menghancurkan segala impian seorang gadis yang sekarang telah hilang ditelan waktu. Kenangan yang dititi malam ini dengan kesungguhan seorang suami menitiskan airmata Nadiah. Sudah lama dibiarkan perasaan ini menjerut tangkai hatinya dan Faris membukanya kembali.


Kepulangan Faris malam itu tidak dinanti dan disambut oleh Nadiah. Entah kenapa dia ingin saja memerap diri di dalam bilik sehingga Faris pulang. Bahkan Nadiah tidak sedar kepulangan Faris sehingga pintu bilik diketuk, cepat-cepat Nadiah menyeka airmatanya. Seperti biasa Faris akan memberikan salam dan Nadiah menghulurkan tangan menyambut kepulangan suaminya. Hari ini juga begitu cuma Nadiah gagal menyembunyikan matanya yang merah dan muka monyoknya.


“Kenapa monyok saja ni?”, tanya Faris penuh kebimbangan. “Awak menangis? Kenapa? Tak sihat ke? Atau saya ada buat salah?” bertubi-tubi pertanyaan Faris dan hanya gelengan kepala Nadiah berikan.

Tersekat-sekat suara Nadiah memberitahu Faris apa yang membuatnya sedih.


“Saya minta maaf. Tidak terniat di hati saya nak buat awak sedih. I just want you to feel at home and accepted”, terang Faris dengan tenang. “Esok saya turunkan ya”, ujar Faris sebelum sempat Nadiah berkata apa.


“Eh jangan….please don’t, it looks good up there. Saya yang terlebih emotional tadi”, jawab Nadiah bersungguh-sungguh. “Thank you”, ucap Nadiah dengan secebis senyuman.


Senyuman Nadiah berbalas bersama kucupan di pipi dan ucapan selamat malam sebelum Faris meninggalkannya untuk membersihkan diri.


*****



Last edited by sanaa1 on 14-2-2014 04:34 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-2-2014 04:42 PM | Show all posts

Hujung minggu datang lagi dan Sabtu ini akan menguji kecekapan dan kepandaian Nadiah dalam segala hal. Hari ini adalah percaturan Nadiah sebagai anak yang menjemput ibu ayah datang ke rumah. Sebagai semuanya ada permulaan, begitu juga dengan pengalaman pergi ke pasar untuk membeli ikan, ayam, sayur-sayuran dan keperluan lain untuk jamuan malam nanti. Beberapa hari yang lalu Nadiah sudah membelek kembali buku notanya yang usang yang dijadikan buku resepinya. Oleh kerana jemputan kepada ibu dan ayahnya serta keluarga untuk makan malam ingin Nadiah pastikan kombinasi lauk yang dihidang sesuai dan menepati selera semua.


Tentang selera Faris sudah Nadiah faham serba sedikit dan begitu juga ayah dan ibunya. Yang menjadi kebimbangan sedikit adalah untuk suami ibunya dan juga adik-adik tiri serta ibu tirinya. Puas Nadiah menyusun menu dan berangan-angan apabila tawa Faris mematikan lamunannya. Apabila Nadiah berpaling dilihatnya Faris sedang membelek buku resipinya yang lusuh dan usang.


“Resepi telur dadar kenapa tak salin?” tanya Faris dalam tawanya sehingga badan terhenggut-henggut terlalu menyakitkan telinga Nadiah. Sengaja pula Faris meneruskan tawanya apabila Nadiah sudah mula menggigit bibirnya menahan geram dan marah.


“Nasib baik ada buku ni tau…dah sepuluh tahun saya simpan dan banyak baktinya pada saya”, jawab Nadiah dengan muncung yang panjang. Dalam geram sempat jarinya mencubit Faris.


“Awak nak saya makan sepuluh pinggan nampaknya ni”, kata Faris penuh teruja dan nampak seakan menelan airliurnya sambil terus membaca menu yang Nadiah cadangkan.


Giliran Nadiah pula ketawakan Faris apabila asyik menelan airliurnya dan membaca berkali-kali cadangan menu yang ada. Di malam Sabtu nanti Nadiah bercadang untuk masak sambal tumis udang, masak lemak daging salai cili padi, kerabu mangga, sayur campur dan ayam goreng. Demi menjaga hati ayah dan ibu tirinya Nadiah berjanji akan bertanya apakah lauk kegeraman Nazim dan Nizam.


“Apa kata kita tukar daging salai kepada ikan sembilang salai”, ujar Faris memberi cadangan. Alasan Faris untuk menukar daging kepada ikan adalah kerana telah ada ayam goreng.


“Hmm bagus jugak tu…lagipun setahu saya awak hanya akan suka sambal dan sayur campur”, kata Nadiah menyetujui cadangan Faris.


Sepantas kilat Nadiah memberitahu Faris bahawa hari Rabu nanti dia akan ke Kuala Pilah dan akan cuba dapatkan ikan sembilang salai di sana. Terkejut juga Faris mendengarkan yang Nadiah sudah tahu di mana untuk mendapatkan bahan utama untuk masak lemak cili padinya. Lalu Nadiah terangkan idea masak lemak itu datang semasa bercakap-cakap dengan Ira dan Kak Asma pula menyampuk ada beberapa buah gerai di Kuala Pilah dan juga Nilai sudah ada khidmat menjual barang-barang tersebut. Jaminan juga Kak Asma beri yang semuanya itu bersih, baru dan segar.


Berbekalkan keyakinan beserta semangat yang Faris berikan dan bantuan yang tidak terkira di hari ini, mereka berdua berjaya menyiapkan menu yang dirancang. Sikap ringan tulang Faris memudahkan kerja Nadiah kerana Faris berjanji akan memotong buah dan menyiapkan air minuman juga nanti.


“Sedapnya masakan isteri abang nie…makin tak makan luar lah jawabnya”, puji Faris sewaktu merasa masak lemak cili padi ikan sembilang. Kembang kempis hidung Nadiah menerima pujian suaminya itu dan merah padam juga menahan malu apabila terlalu dipuji dan nakal Faris yang asyik mengusik dirinya yang sudah berpeluh-peluh dan mengadu tangan pijar kerana menumbuk cili padi tadi.


“Betul ke sedap masakan aku ni?” tanya Nadiah dengan gusar di hati. Selain memotong buah, bancuh air dan menggoreng sayur serta ayam, menu utama dan kerja-kerja lain siap menjelang 5 petang. Walaupun ayahnya memberi jaminan Nazim dan Nizam gemar lauk ikan sembilang, Nadiah tetap menyediakan ayam goreng masak kicap kerana bimbang adik-adiknya tidak tahan pedas.


Sudah terlalu lama mereka sekeluarga tidak bersolat jemaah dan malam ini Nadiah rasa amat bertuah sekali. Dalam kekok dan teruja menyediakan hidangan untuk keluarganya, Faris menyarankan supaya mereka berkumpul sebelum Maghrib agar dapat berjemaah dan terus menikmati jamuan selepas itu. Selaku tuanrumah Faris menjadi imam mereka dan ketika qamat dibaca mata Nadiah dan ibunya berpandangan. Gerak bibir ibunya yang dapat Nadiah tangkap adalah you are lucky and bless. Walaupun tidak pasti akan kata-kata itu Nadiah mengucapkan syukur di atas segalanya. Airmatanya bergenang juga apabila Faris membaca doa dan menyampaikan rasa syukur ke hadrat Allah kerana dapat berkumpul di malam ini.


“Amboiii banyaknya lauk”, ujar Dato’ Malek penuh teruja sebaik saja tiba di meja makan. Dari dapur Nadiah terdengar soseh-soseh di ruang makan namun di biarkan dahulu kerana masih ada beberapa ketul ayam yang perlu digoreng. Hati Nadiah juga berasa tenang dan kurang kekok kerana ayah tirinya tiada bersama di malam ini kerana outstation. Walaupun masih rasa kurang yakin dengan masakannya akan tetapi sebaik saja mukanya tersembul dari dapur alangkah terperanjat dirinya apabila melihat semua sudah menjamah masakannya.


“Lauk kakak sedap’, puji adiknya Nizam yang berumur 6 tahun itu dengan mengangkat ibu jari.


“Masak kicap kakak lagi sedap dari ibu masak”, sampuk pula Nazim.


Terkedu Nadiah dengan pujian tersebut lalu tidak tahu hendak buat macam mana. Ucapan terima kasih yang Nadiah beri pun sudah jadi tergagap. Nasib baik Faris ada dan menyelamatkan keadaan. Makin tidak menentu rasa di hati Nadiah apabila Faris menarik kerusi untuknya dan menyokong kata-kata Nizam dan Nazim. Tawa-tawa kecil yang kedengaran membuat Nadiah tidak tahu untuk handle the situation. Berdebar pula dadanya bila pujian terus diterima.


“Memang betul kata adik-adik…sedap masakan Nadiah. Sampai hati selama ni tak nak kongsi dengan kami”, seloroh Maria, ibu tirinya pula. “Daddy dengan mummy pun tak tahu…ni betul simpan bakat untuk suami”, seloroh lagi ibu tirinya lalu dipersetujui oleh daddy dan mummy.


“Sebab itulah saya tak nak makan di kedai lagi…”, Faris pula menyampuk perbualan yang ada. “Sedapkan daddy?” tanya Faris pula kepada ayah mertuanya.


Hanya anggukan kepala saja yang diberi oleh Dato’ Malek kerana masih mengunyah makanan. Sempat juga Nadiah menendang kaki Faris di bawah meja kerana dia tahu suaminya itu sengaja menambah asam garam dan seronok mengusiknya.


Kata-kata pujian masih lagi diterima lebih-lebih lagi Nizam dan Nazim kata mereka makan banyak malam ni. Barulah Nadiah tahu bahawa adik-adiknya gemar akan masak lemak cili padi, tak kisah apa saja asalkan cili padi. Mengikut kata ibu tirinya kalau boleh tiap-tiap hari nak lauk lemak kuning. Jujurnya teramat jarang Nadiah berbual dengan ibu tirinya akan tetapi malam ini semacam ice breakers di antara mereka. Dari topic masak hinggalah ibu tirinya bertanya tentang kerja dan bagaimana menyesuaikan diri di alam rumahtangga.


“Hai Dato’…hujan ribut lagikan berhenti”, seloroh Puan Rahimah apabila melihat Dato’ Malek enak menikmati agar-agar buah yang Nadiah buat.


“Bior le Cik Rahimah oii…bukan senang nak dapat anak kita masak”, sahut pula Dato’ Malek.


“Untung Faris…tengok daddy berselera sungguh makan malam ni”, sambung Maria sambil mengurut perlahan belakang Nadiah.


“Habislah aku malam ni kena buli ngan Faris”, gerutu Nadiah di hati apabila ibu serta ibu tirinya asyik bergurau sesama sendiri melihat selera makan ayahnya. Lagi membuat Nadiah terkaku apabila melihat Faris bermain ‘play station” dan melayan Nizam dan Nazim. Mereka bertiga begitu mesra seolah sudah kenal lama. Dari apa yang Nadiah perhatikan Faris sememangnya rajin melayan budak-budak dan kerana itulah juga anak-anak buahnya begitu rapat dan mesra dengan Ayah Chu mereka.


“Pandai Faris layan budak-budak…agak-agaknya bilalah kami ni dapat timang cucu”, gurau ibu tirinya membuat Nadiah buntang biji mata. Tidak berlintas dan terfikir di otak kepalanya tentang anak dan keluarga. Usia perkahwinannya dengan Faris baru nak mencecah 3 minggu. Belum seharipun mereka duduk berbincang tentang diri masing-masing dan perancangan masa depan. Mereka berdua hanya mengikut arus buat masa ini dan setiap hari mereka belajar mengenal diri masing-masing dengan apa yang berlaku. Di hujung matanya Nadiah menangkap senyuman dan tawa Faris apabila gurauan Maria, ibu tirinya disambut baik oleh ibunya pula.


“Tolonglah doakan sama,” ujar Faris sambil menjeling ke arah Nadiah.


Sungguh Nadiah tidak sangka perjumpaan keluarga malam ini amat berbeza daripada perjumpaan sebelumnya. Sememangnya berbeza sehingga Nadiah bagai dirasuk selepas mereka bersurai di malam itu. Perkataan yang asyik berdengung di telinga Nadiah adalah “anak” sehingga dia naik seram untuk memandang Faris. “Me as a mother? Oh no…I’m not ready to be a mom…budak-budak nak dekat ngan aku pun susah” dengus Nadiah tidak henti.


“We need to talk about anak” tiba-tiba Nadiah bersuara sehingga membuat Faris terkejut dan memandang Nadiah dengan berkerut dahi penuh tanda tanya.


“Apahal pulak ni..angin tak ribut tak tiba-tiba nak cakap pasal anak”, kata Faris lalu meminta Nadiah duduk di sebelahnya.


“Saya tak ready lagi nak ada anak. Lagipun kita baru kahwin dan masih dalam proses nak kenal diri masing-masing. Awak pun tahu kan I am not good with kids” terang Nadiah dengan laju.


Gelak tawa Faris membuat Nadiah resah kerana tidak tahu di manakah Faris berada di masa itu. Usapan yang Faris beri menambah goyah hatinya. Pandangan Faris redup apabila mereka berpandangan. Tawanya sudah reda dan helaan nafas yang Faris ambil pula makin membuat Nadiah resah. “Janganlah Faris kecik hati dengan aku…tolonglah Ya Allah”, doa Nadiah bersungguh-sungguh.


“Baiklah Puan Nadiah” jawab Faris dengan ringkas sambil membelai rambut Nadiah.


“Jadinya awak ok lah ni?” tanya Nadiah meminta kepastian. Nadiah menelan air liur bila mendengar jawapan Faris.


“Ok… kalau itu yang awak nak but we’ll see apa rezeki Allah nak bagi kepada kita. Kalau boleh saya nak 4 orang anak tau,” kata Faris dengan senyum lebar dan mencubit sedikit pipi Nadiah.


Walaupun begitu jawapan Faris perlu dicari maknanya. Tidak Nadiah sangka Faris sudah merancang masa depan mereka bersama. Di sebaliknya pula dia tidak pernah memikirkan tentang masa depan mereka. Yang penting buat dirinya sekarang ini dan menjadi agenda utamanya adalah tahun ini dia ada teman untuk menyambut hari raya bersama dan tidak perlu “bergaduh” lagi dengan ayah dan ibunya. Kecut perut Nadiah dan terlalu takut apabila kata-kata Faris datang kembali. “Masa depan”? soalnya di hati.


Sesungguhnya dia amat bersyukur dengan kehadiran Faris serta perkahwinan ini akan tetapi terlalu takut tentang masa depan untuk meletakan harapan yang tinggi. Kekecewaan yang pernah di lalui tidak mahu diulangi, tidak mahu anaknya nanti mewarisi kedukaannya di masa lalu. “Faris”?, ya setakat ini dia seorang suami yang bertanggungjawab, selama dua minggu Faris telah membawa berbagai rasa di dalam hidupnya, akan tetapi adakah ini cinta?”. Terkejut Nadiah dari lamunannya apabila bibir Faris nakal di tengkuknya, beralih ke pipi dan semakin ghairah di sudut bibirnya. “Jom lah tidur” manja Nadiah bersuara lalu menarik tangan Faris.

****


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2014 04:58 PM | Show all posts

Jam sudah menunjukan pukul 6 petang dan Nadiah sudah merasa rimas kerana menunggu Faris yang tidak sampai lagi. Entah apa mimpi suaminya itu pagi tadi mahu menghantarnya ke pejabat walaupun alasan Nadiah beri ada mesyuarat di pejabat klien nanti. Sejak mereka berumahtangga baru hari ini Faris menghantarnya ke pejabat dan beria-ia sangat pulak tu. Mungkin jugak kerjanya sudah berkurangan minggu ini, Nadiah berteka sendiri.


Berjanji dengan Faris memangnya begitu, lebih-lebih lagi bila kesesakan lalu lintas melanda. Andainya tadi hanya sekadar rimas saja menanti sekarang ini kerisauan melanda. “Eh…manalah dia ni, selalu sangat buat aku susah hati”, keluh Nadiah sendiri. “Janganlah jadi apa-apa kat dirinya…Ya Allah tolonglah reda keresahan hatiku ini”, doa Nadiah.


“Hai Nadiah…apa kabar”, tegur seorang pemuda segak bersuit hitam. Puas juga Nadiah memerhati siapakah pemuda yang menegurnya sebelum membalas teguran mereka. Rupanya yang menegur itu tadi adalah Hisham dan Azlan rakannya semasa di universiti dahulu.


“Eh hai”, jawab Nadiah lalu bersalaman dengan mereka.


“Lama sungguh kita tak berjumpa ya? Last sekali masa reunion dinner lebih kurang 2 tahun lepas”, ujar Hisham.


Setelah bertanya kabar masing-masing, mereka berbual sebentar dan dari situ Nadiah mengetahui bahawa dua orang kawannya masih lagi dan setia bersama Zaid and Co. Semasa menuntut dahulu Hisham dan Nadiah boleh dikatakan akrab juga akan tetapi mereka hanya sebagai kawan. Selepas tamat pengajian dan pulang ke tanahair mereka pernah berjumpa beberapa kali semasa sambutan ulangtahun dan alumni pelajar-pelajar Malaysia, London School of Economics. Selebihnya masing-masing sibuk dengan tugas dan jarang sangat bertanya kabar.


“Jomlah join kitaorang lepak-lepak during weekend”, pelawa Azlan. “You kerja dengan company sendiri tentu tak busy macam kitaorang ni”, sambung Azlan lagi.


“Amboii sedapnya you cakap ya, tahu tak kerja ngan ayah sendiri lagi teruk, tak boleh nak bergerak kemana”, jawab Nadiah dengan geram.


Dalam mereka berbual Nadiah mengerling juga jam di tangan dan hatinya dah makin tertanya-tanya kenapa Faris tak sampai-sampai lagi. Sudah berkali Nadiah cuba menghubunginya akan tetapi semua panggilan terus ke voice mail. Perasaan resahnya juga sudah sukar dibendung dengan kehadiran dua lelaki di hadapannya.


“Kalaulah Faris nampak nanti pasti akan ada soal jawab”, detik Nadiah di hati.


“Tapi aku bukan buat apa-apa pun”, bidas Nadiah kepada suara negatifnya.


“Join us for coffee”, pelawa Hisham. “Or are you waiting for someone”, tanya Hisham lagi.


“No thanks…I tengah tunggu my husband”, jawab Nadiah dengan senyum lebar.


“Itupun dia dah sampai”, sambung Nadiah.


“Hahh…husband?” tanya Azlan dan Hisham serentak.


Hanya anggukan kepala Nadiah beri kepada temannya dan berjabat tangan sebelum beredar. Jeritan Azlan bertanya bila dia kawin sekadar membuat Nadiah menoleh dan melambai tangan.

*****



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2014 05:05 PM | Show all posts

Kemanjaan isterinya tidak mampu dinafi namun apakah kemanjaan Nadiah itu kepada semua orang? Bayangan kemesraan Nadiah bersama dua pemuda tadi tidak mampu dilenyapkan. Lebih menambah sakit di hatinya Nadiah tidak berkata apa-apa tentang mereka. Sebaik saja Nadiah memboloskan dirinya ke dalam kereta dan bersalaman dengannya, celoteh yang ada hanyalah tentang kerja dan bertanyakan bagaimana harinya di pejabat.


“Apa dah jadi dengan aku ni? Cemburu ke aku? Nadiah tak tahupun yang aku nampak dia dengan pemuda tadi”, pertanyaan mula menyerang kepala dan perasaan Faris. Sesekali ditoleh isteri yang duduk disebelahnya, ada rasa tidak menentu di hati walaupun sebelah tangan Nadiah berada di atas pehanya.


“Macam ada yang tak kena saja ni…pandang saya tu bukan semacam tapi bermacam-macam rasanya”, tegur Nadiah.


Keresahan yang sejak tadi ditahan cuba ditahan lagi agar pertanyaannya nanti tidak berbaur rasa marah ataupun cemburu. Lama juga Faris terdiam sebelum bertanya.


“Siapa guys tu tadi?” tanya Faris amat berhati-hati.


“My friends” jawab Nadiah ringkas.


Jawapan sebaris Nadiah tidak menenangkan perasaan Faris namun menambah gelodak hatinya. Berkali-kali hatinya mendengus memarahi dirinya dengan perasaan itu. Sebaik mungkin Faris menyabarkan hatinya sehingga mereka sampai di rumah.


“Friends ke boyfriend lama?” Faris bertanya sebaik saja mereka melangkah masuk ke rumah.


“Lahhh…kenapa pulak ni? Kalaupun boyfriend lama, awak ada masalah ke?” jawab Nadiah dengan nada perli..


Sekali lagi jawapan Nadiah tidak memuaskan hatinya. Mundar mandir dirinya di ruang tamu rumah apabila Nadiah berlalu ke dapur. “Oii Faris, be realistic…kau cemburu ke apa”, pertanyaan Faris menghantui dirinya sendiri.

Walaupun sudah bermacam-macam yang dilakukan termasuk mengambil wudhuk, Faris gagal melawan rasa hatinya untuk terus bertanya Nadiah.


“Yang mana satu your ex? Yang tinggi putih tu ke?” Faris terus saja bertanya Nadiah sebaik saja masuk ke dapur. Kedatangan Faris yang tidak memberi salam memberi kejutan kepada Nadiah. Turun naik nafas Nadiah kerana terkejut sehingga membuat Faris menerpa ke arahnya. Lebih memeranjatkan Faris apabila Nadiah menolak tangannya dan meninggalkan Faris lalu terus naik ke atas.

“Yang tinggi tu nama dia Hisyam dan yang rendah tu Azlan. Kami kawan sekuliah masa kat uni dulu. Saya akui pernah rapat dengan Hisyam dulu, but we’re just good friends, not more than that. Lepas kerja masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Dah lama kami tak jumpa”, terang Nadiah dengan panjang lebar tanpa menanti pertanyaan Faris seterusnya.


Sekadar menghelakan nafas yang panjang, Faris menguak rambutnya ke belakang dan memandang jauh ke luar tingkap. Tidak berani untuk berkata apa-apa buat masa ini kerana diri dan perasaannya tidak stabil. Sejak melihat Nadiah dengan pemuda itu perasaanya kucar kacir akan tetapi tidak mampu mentafsir rasa yang datang secara tiba-tiba ini.


“Untuk pengetahuan awak, saya ada ramai kawan lelaki dari masa belajar sampai lah sekarang. Tapi tak ada sorang pun yang saya berkenan nak buat laki” kata Nadiah di belakangnya. Belum sempat untuk Faris berkata apa, Nadiah meninggalkannya. Terdiam membisu Faris memerhatikan Nadiah berlalu. Sekali lagi Faris melepaskan nafas yang berat.


“Memang sahih kau gila Faris”, bentak hatinya. “Apakah perlu aku tahu tentang kisah silamnya”, tanya Faris berkali-kali pada dirinya.

*****

Terasa tidurnya terlalu lama dan lena sehingga perasaan malas hendak bangun dari katil timbul. Dengan perlahan matanya dibuka dan ternyata cahaya matahari sudah memancar dan menembusi langsir di bilik utama. Tatkala Nadiah membuka mata sepenuhnya, Faris tiada disisi. “Something is not him…selalunya dia bangun lambat bila tidur lepas subuh”, berkata pula Nadiah di hatinya.


“Ya Allah, lamanya aku tidur. Ini lah akibatnya tidur lepas subuh, terlajak terus” bebel Nadiah apabila dilihat jam sudah menginjak ke pukul 9 pagi


“Haah, dah bangun pun” tiba-tiba suara Faris mengejutkan Nadiah. Dlihat Faris masuk ke dalam bilik bersama dulang di tangannya. Bau makanan harum semerbak menusuk hidungnya sebaik Faris meletakan dulang tersebut di atas katil.


“Wah, awak masak semua ni?” tanya Nadiah apabila dilihat adanya french toast, baked bean dan scrambled eggs terhidang di hadapannya


Semacam tidak percaya saja yang Faris beria menyiapkan sarapan mereka pagi itu dan yang lebih tidak percaya apabila Faris membawanya sehingga ke bilik tidur. Namun bau yang enak serta perut yang sudah mula berbunyi, Nadiah terus mahu mencapai sekeping toast lalu tangannya ditepuk perlahan.


“Apa-apapun pegi gosok gigi dulu…jangan malas”, arah Faris lalu mengalihkan dulang itu daripada depan Nadiah. Muncung terus dirinya walaupun memaksa diri untuk ke bilik air. Nakal Faris tidak ketinggalan apabila memukul sedikit badannya apabila bersungut untuk bangun tadi.


“Malam tadi mimpi jumpa Laila ke?” tanya Nadiah tersenggeh-tersenggeh bersama sekeping roti di tangan. Sememangnya mimpi kerana mereka berdua menikmati sarapan di atas katil dan inilah kali pertama dalam hidup mereka berdua. “Mimpi Nadiah lah…siapa lagi?”, jawap Faris dengan spontan. Senggeh Nadia dibalas senyuman dan kenyitan mata oleh Faris apabila menghulurkan secawan kopi kepadanya.


“Apa yang special today?” ligat otak Nadiah memikirkan segala alasan kenapa Faris melayannya begini pagi ini. “Hari apa ni? For sure it is not my birthday…not your birthday”, sekali lagi Nadiah memerah otaknya apabila Faris asyik menyuruhnya meneka. “Alahh tak nak bagi tahu sudahlah”, kata Nadiah seakan merajuk.


Today is our 28 days wedding anniversary” kata Faris sambil mengenyitkan matanya.


Gelak Nadiah sememangnya tidak dapat ditahan dan bagaikan ada mesin menggeletek hatinya dengan kenyataan Faris.


“Haaahaaa…ada ke anniversary ikut hari. Tak pernah orang buat lah Encik Faris” kata Nadiah dengan tawa yang masih bersambung.


“Alaaaa awak spoil the moodlah. Sekali sekala nak romantik dengan isteri tak boleh ke?” jawab Faris.


Tergeliat telinga Nadiah mendengar kata-kata Faris. Tiba-tiba dia merasakan getar didalam hatinya dan tersenyum sendiri.


“Ha’ah romantik lah sangat. Awak dengan t shirt lusuh “I love Thailand” dan saya pulak dengan Barbie pyjamas…hahaha”, ujar Nadiah melawak bagi menutup rasa malu apabila ditegur Faris. Di antara kehairanan pada mulanya, diikuti tawa yang ada berselang-seli menikmati sarapan, pastinya permulaan hari yang indah.


You owe me an anniversary gift”, ujar Faris lalu tawa Nadiah terhenti serta merta. Mata Faris nakal memandangnya apabila Nadiah bertanya apa yang dimahukan dan sekadar huluran tangan Faris beri supaya Nadiah mengikutinya. Panik sekejap Nadiah apabila Faris tidak berkata apa hanya terus memandangnya saja.


“Adalah..” jawab Faris dan mencubit pipi gebu Nadiah. Terjerit kecil Nadiah menahan sakit. Dengan pertanyaan tiada jawapan, ia telah menguntumkan bunga-bunga riang di hati Nadiah. “Adakah ini rasanya cinta?” tanya hati kecilnya pula. Keindahan pagi dan kemanisan yang dinikmati masih ada perasaan tidak pasti dan tetap takut untuk mengetahui isi hatinya sendiri.


Hari yang amat dan penuh bermakna buat Nadiah. Tidak mampu dia menahan senyum tatkala membelek-belek gambar-gambar yang diambil semasa mereka keluar tadi. Tidak pernah telefon bimbitnya dan ipad penuh dengan gambar akan tetapi hari ini mengubah segalanya.


“Ya Allah…cantiknya. Thank you…thank you”, kata Nadiah melompat kecil dengan memaut leher Faris. Sudah terlalu lama dia tidak menikmati keindahan alam sebegini. Di hari ini Faris membuka kembali lembaran hidupnya yang sudah lama dilupakan. Nostalgia anak-anak dan kampung halaman terbayang kembali ketika memerhati jernihnya air terjun di Ulu Langat ini.


Oleh itu tidak dapat Nadiah kawal dirinya untuk mengambil seberapa banyak gambar kawasan sekeliling. Kedamaian tercipta dengan memerhati keindahan alam dan mendengar deruan air dari gunung sungguh mengasyikan. “Alhamdulillah”, ucap Nadiah lalu menutup matanya untuk beberapa saat lalu dikejutkan oleh sejuknya tangan menyentuh lehernya.


“Jom…masuk air”, pelawa Faris dengan menarik tangan Nadiah. Laju saja gelengan kepala Nadiah berikan kerana sejuknya air yang dirasa tadi. Akan tetapi terjun juga akhirnya apabila Faris galak menyimbah air ke arahnya. Apalagi macam kerbau berkubanglah akhirnya kerana makin lama makin tidak terasa sejuknya.


“Hai parah ni kalau gelak sorang-sorang sambil tengok gambar” tegur Faris mengejutkan Nadiah yang sedang mengelamun.


“Thank you for today”, tutur Nadiah sebaik saja Faris membetulkan duduknya di kepala katil.


“Today saja ke?” gurau Faris lalu merangkul Nadiah ke dalam pelukannya. Terdiam Nadiah bila mendengar pertanyaan Faris. Entah kenapa lidahnya kelu untuk berkata. Dia hanya mampu menghadiahkan senyuman kepada Faris.


“Thank you for the wonderful 28 days…28 hari yang amat bermakna dalam hidup saya, ujar Faris sambil bermain dengan jari jemari Nadiah. “Saya juga memohon maaf kerana masih belum sempat untuk kita berbulan madu”, sambung Faris lagi. Kata-kata itu membuatkan Nadiah mendongak lalu hinggap ciuman di dahinya.


Belaian lembut Faris di rambutnya dan dengan kebahagian dirasa selama mereka bersama sudah memadai buat Nadiah. Sesuatu yang pernah hilang di dalam hidupnya seolah-olah dikembalikan dengan pertemuan dan pernikahannya dengan Faris. Sekali lagi Nadiah jujur di hatinya kerana tidak berani untuk mengutarakan apa-apa tentang isi hatinya kepada Faris. Hanya perjalanan hidupnya sehari-hari menyelitkan segala rasa yang terlalu sukar untuk diluahkan dengan kata-kata.


Terlalu lama Nadiah membuang keindahan alam dan damainya desa. Kehidupan yang menyusul selepas perpisahan ibu bapanya dan juga kembalinya atok dan nenek ke rahmatullah hanya membawa Nadiah ke restoran dan juga kafe mewah kerana di situlah tempat lepak kawan-kawan sekuliahnya dan semasa mula bekerja dengan Malek and Co.


Lama Nadiah meniti kenangan sehingga tidak sedar bila dirinya terlena. Bagaikan di alam mimpi apabila Faris membisikan ucapan selamat pagi ketika mengejutkan dirinya dari tidur menandakan hari sudah siang.


Idea Asal : Ally


Olahan bersama : Ally and Sanaa – Sept 2013


Disclaimer: Hakcipta terpelihara. Cerita ini hanya rekaan semata-mata. Nama dan tempat juga adalah khayalan penulis dan tiada sangkut paut kepada sesiapa yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Sebarang cetak di luar blog ini adalah dilarang. Terima kasih.


Bersambung


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2014 02:53 PM | Show all posts
Chapter 3

Pejam celik pejam celik sudah sampai ke Ramadhan. Bulan yang dinantikan oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Ramadhan kali ini juga berubah buat Nadiah. Lebih kurang tiga bulan yang lalu Nadiah berada di dalam keadaan penuh kegusaran, tekanan dan bermacam bentuk perasaan bergelumang di dalam dirinya. Percanggahan dengan kedua orang tuanya tidak pernah padam lebih-lebih lagi menjelang Ramadhan dan Syawal berubah 360 darjah di tahun ini.


Pernikahan dan perkahwinannya dengan Faris setakat ini juga telah merubah banyak rutin harian hidupnya dan tidak pula Nadiah tahu apa yang bakal berubah di bulan mulia ini. Apabila ditanya teman dan kenalan, Faris sering bergurau dengan berkata bahawa Nadiah merubah hidupnya dan Nadiah juga akan berkata perkara yang sama. “Dia yang pikat I dulu”, itulah kata-kata Faris apabila rakan dan kenalan cuba mencungkil rahsia pertemuan dan pernikahan secepat kilat mereka. Walaupun pada awalnya agak janggal dirasa, namun lama kelamaan ia makin sebati dan menjadi kenangan terindah. Sebulan lebih telah berlalu dan meniti memori itu menguntum senyuman di hati Nadiah.


“Puan Nadiah…kita dah sampai, tegur Faris dengan menyentuh bahunya. “Jauhnya mengelamun…patutlah awak biarkan saya cakap sorang-sorang”, sambung Faris lagi dengan memandang tepat ke wajah Nadiah. Mekar senyuman yang Nadiah beri kerana dia sendiri tidak menyangka masih meniti cerita mereka berdua.


“Helloooo…kita dah sampai Puan, pintu pun dah saya buka”, sekali lagi Faris mengejutkan Nadiah dari lamunan. “Kenapa ni? Ada yang tak kena ke?” bertanya Faris lagi apabila Nadiah tidak berkata apa. Sekadar senyuman meniti di bibirnya dan memaut lengan Faris menuju ke dalam Tesco hypermarket di Shah Alam. Entah kenapa Faris memilih tempat ini pun tidak Nadiah bertanya.


Orang ramai kelihatan berpusu-pusu membeli belah dan bagaikan kejutan budaya buat Nadiah kerana belum pernah beria-ia membeli belah sebelum menyambut Ramadhan. Kesilapan paling besar kerana tidak bertanya kepada Faris bagaimana suaminya itu melalui Ramadhan selama ini.


Terbeliak mata Nadiah apabila melihat trolly penuh dengan bahan mentah seperti udang, ikan ayam, sotong dan tak tahu apa lagi. “Tak pernah mereka berbelanja sebanyak ini rasanya”, berkata Nadiah pada diri mencari pasti. Orang pula ramai dan berpusu-pusu sudah hampir membuat Nadiah lemas dan mahu saja mengajak Faris pulang sekarang juga, akan tetapi masih ada keperluan lain yang perlu dibeli.


“Awak nak buat kenduri ke?” usik Nadiah bagi menghilangkan rasa lemasnya.


“Lahhh…esok kita dah nak mula puasa. Senanglah nak masak nanti, tak perlu fikir nak pegi supermarket tiap-tiap hari”, jawab Faris panjang lebar.


“Masak? Siapa yang nak masak?” tanya Nadiah pula dengan muka acuh tak acuh. Sengaja dia berbuat begitu untuk melihat reaksi Faris. Airmuka Faris berubah sebaik saja Nadiah berkata begitu. Terlepas tawa Nadiah apabila Faris berhenti menolak troli lalu memandangnya dengan sebelah tangan di pinggang. Agaknya telah terlampau geram Faris memicit hidung Nadiah sehingga Nadiah meronta dan menolak tangan Faris dengan kuat.


“Hah…buat lagi”, kata Faris dengan puas hati. Ingin saja Nadiah melawan akan tetapi mengenangkan mereka di tempat awam dia simpan dahulu hajat di hati. Sambil berjalan meniti bahagian sabun matanya menangkap figura seorang wanita yang rasanya dikenali cuma tidak pasti.


“Amboiii sempat lagi bergurau? Banyaknya shopping”, tegur satu suara yang amat Nadiah kenali lalu mengangkat mukanya. “Betulpun sangkaan aku”, kata Nadiah di hati apabila melihat ibu serta bapa tirinya menghampiri, lalu mereka bersalaman.


“Mummy shopping jugak ke?” tanya Faris kepada Rahimah, ibu mertuanya.


“Ni shopping biasa saja…once a month. Kamu tu yang banyak mummy tengok”, jawapan dan pertanyaan pula mengiringi.


“Nak puasa mummy, itu yang lebih sikit nanti taklah kelam kabut”, jawab Faris pula.


Ada satu perasaan menangkap Nadiah di waktu itu. Jawapan Faris serta perubahan wajah ibunya. Tidak dapat Nadiah rasakan maksud sebenar apa yang terselindung di sebalik tawa kecil ibunya apabila Uncle berkata teringin nak rasa masakan Nadiah kerana terlepas peluang di hari itu. Lelaki yang hampir 10 tahun lebih muda dari ibunya yang dipanggil “uncle” hampir 4 tahun yang lalu tidak pernah mendapat tempat di hatinya. Di setiap pertemuan mereka Nadiah tidak pernah merasa tenang, termasuklah juga pertemuan tadi. Pertanyaan Faris juga tidak dapat untuk Nadiah jawab, sekadar berkata akan menceritakan segalanya nanti.


“Kenapa diam saja ni?” tanya Faris semasa mereka sama-sama mengemas dan menyimpan barang-barang yang dibeli


Tiada jawapan serta-merta yang Nadiah beri lalu dia teringat pula pertanyaan Faris kenapa dan mengapa dia sering menjauhkan diri daripada bapa tirinya. Puas Nadiah susun ayat di kotak fikirannya bagi menjawab pertanyaan Faris dan hatinya pula bagai disiat-siat apabila melihat ibunya berada di pasaraya sambil menolak troli yang penuh muatan.


“Nak tahu tak? Dulu mummy tak pernah shopping groceries. She’s always busy” tiba-tiba Nadiah bersuara membuka kisah hidupnya.


“Habis tu siapa yang beli barang-barang dapur?” tanya Faris seakan tidak percaya.


“Selalunya Daddy and I tag along. Kalau Daddy busy, dia akan suruh Pakcik Musa, our driver untuk temankan saya” terang Nadiah lagi. “But semua tu berakhir selepas saya ke England”, sambung Nadiah dengan getar kesayuan di hujung tutur bicaranya.


Tidak mungkin Nadiah nafi kesedihan yang bertandang apabila melihat ibunya menolak troli itu tadi. Segalanya amat berlainan sekarang dan terbit pula pertanyaan dalam dirinya apakah sekarang ini dia terlalu berusaha untuk menjadi isteri dan suri yang terbaik untuk Faris?


Setakat ini Faris belum pernah mengenepikan dirinya dalam segala hal dan seawal perkahwinan mereka Nadiah mendidik diri untuk memberikan yang terbaik bagi pernikahan dan perkahwinan ini. Walaupun hari-hari yang dia lalui bersama Faris masih belum membawa mereka duduk bercerita soal hati tetapi untuk masa ini Nadiah selesa menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri.


“Twisties, Pringles, M’m….memang expert beli groceries especially junk food”, gurau Faris dengan melayangkan barangan tersebut di hadapan Nadiah dan sepantas kilat Nadiah geram dan mendengus. Perasaan geram dan marah bertandang kerana Faris tidak mengambil serius apa yang dikatakan lalu laju saja tangannya nak mencubit.


“Opps”, kata Faris menepis dan menangkap tangan Nadiah. Seketika kemudian Nadiah tidak dapat mengelak apabila Faris memaksanya duduk.


“Hmm…kena tazkirah lah lagi nie”, detik hati Nadiah.


“My dear wife…esok kita dah nak puasa….boleh tak cuba jangan terlalu kenangkan cerita lama yang akan merosakan hati dan jiwa kita. Manusia berubah…macam kita juga. Dari mula kita jumpa hinggalah hari ini, kita belajar menerima diri masing-masing seadanya, kita belajar menerima keluarga masing-masing dan kita akan terus belajar dari segala kekurangan dan kelebihan. Setiap hari dan setiap apa yang kita lalui adalah perkara baru dalam hidup kita berdua dan saya sentiasa berdoa agar apa yang kita ada di hari ini dan di hari-hari yang telah berlalu mampu mendidik kita bersyukur dan menghargai segala pengalaman”, panjang lebar Faris berkata-kata bagi menyakinkan Nadiah ada kenangan yang perlu dibuang kerana ia menyakitkan.


Diakui segala kata-kata Faris dan apa yang cuba disampaikan oleh suaminya itu benar, namun sehingga hari ini masih teramat sukar untuk dia menerima segala perubahan ibunya. Nasihat Faris disertai usapan mesra di rambutnya menyatakan keikhlasan di dalam hati lelaki ini.


“Manusia kan boleh berubah. Kita patut bagi peluang bila seseorang hendak berubah ke arah yang lebih positif” kata Faris lagi. Nadiah memandang muka Faris dengan satu pandangan penuh persoalan.


Setiap kali Faris menegurnya dan setiap kali Faris mengajaknya berfikir, tertanya-tanya juga Nadiah apakah suaminya ini tidak pernah punya perasaan marah, menyesal, sakit hati dan sebagainya sepanjang melalui kehidupan ini. Di setiap pertanyaan yang Nadiah ajukan tiada cerita atau kata yang menyakitkan terkeluar dari bibir Faris…apa yang ada hanyalah impian, harapan serta cita-citanya di masa akan datang.


Kehairanan sememangnya bertapak di hati Nadiah dengan jawapan itu dan tidak mungkin disangkal sebagai seorang wanita dan isteri, Nadiah berasa bahagia walaupun belum lagi duduk berdua berbincang arah tuju rumahtangga yang baru dibina, selain dari soal anak yang tercetus baru-baru ini.


“Mulai malam ni kita buka lembaran baru..kita dinner awal sikit, lepas maghrib kita ke masjid”, kata Faris lembut dan masih ada nada memujuk.


“Apa?? Kita ke masjid?” tanya Nadiah dengan nada terkejut.


“Yelah kan malam ni dah mula terawikh” jawab Faris.


Nadiah mula mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Hatinya sudah mula menggelabah dengan ajakan Faris dan lebih-lebih lagi ke masjid untuk solat terawih. Sudah dia lupa bila kali terakhir dirinya ke surau atau masjid untuk berterawih. Besar kemungkinan semasa masih di England, itupun kalau Ira dan kawan-kawan yang lain mengheretnya dengan paksaan. Semenjak pulang dan bekerja, hampir saban malam diarinya penuh dengan acara berbuka yang adakalanya terbabas juga solat fardu. Silap-silap haribulan bacaan pun dah jadi tunggang langgang. “Aduhh…apa alasan aku nak bagi ni”? dengus Nadiah di hati. Resah hatinya mencari alasan sehingga terlanggar gelas di hadapannya.


“Errr…awak aje lah pergi. Saya penat lah” Nadiah mula memberi alasan. Tidak Nadiah sangka jawapan yang diberi membawa Faris mengadapnya kembali.


“Walau apapun alasan awak, kita akan tetap ke masjid bersama-sama”, ujar Faris dengan tegas. Pandangan Nadiah tersentak apabila melihat Faris berwajah serious dengan mencekak pinggang. “Kalau dah lupa bacaan, nanti kita ulangkaji sama-sama. Tanggungjawab membawa isteri ke masjid tidak akan saya abaikan. Selagi tidak ada sebab musabab yang akan memudharatkan awak…kita tetap akan ke masjid malam ni”, tegas Faris lagi.


Buat pertama kalinya Faris menggunakan sepenuh kuasa vitonya sebagai suami. Cara dan gaya percakapan Faris yang masih berdiri di hadapannya adalah baru bagi Nadiah. Belum pernah lagi Nadiah melihat Faris begini dan tanpa diduga kecut perut dibuatnya. Tiada herdikan dan tiada tengkingan, butir bicara yang lembut sudah menikam jantung Nadiah.


“Dulu awak single, tak mengapalah kalau tak ke masjid, tapi sekarang awak isteri saya dan tidak akan ke masjid seorang diri lagi. Inilah juga bulannya kita nak cari pahala lebih semoga niat dan perbuatan kita diterima Allah”, ujar Faris lagi membuat Nadiah tidak mampu berkata apa. Ciuman yang Faris tinggalkan di ubun-ubunnya sebelum berlalu pergi meninggalkan kesan di hati Nadiah. Apa yang pasti di saat dan ketika itu Nadiah menyedari bahawa Faris bukan seperti ayahnya dan seharus dan sepatutnya dia lebih bersyukur ditemukan dengan Faris. Agak lama Nadiah berdiam diri sebelum bersama Faris untuk solat Asar.


Malam itu bermula satu lagi lembaran baru dalam hidup Nadiah. Walaupun semasa melangkah pergi hatinya meronta-ronta berkata paksa, akan tetapi Nadiah akur dengan suruhan suaminya. Usai solat terawih Faris mengucapkan terima kasih sekali lagi membuat Nadiah dilanda perasaan yang berbagai. Puas ditanya diri semasa sampai di masjid namun tiada jawapan pasti yang ditemui.


Dalam keterpaksaan ada terselit keindahan apabila Nadiah melihat ramai umat Islam berhimpun di masjid malam itu dan mendengar aturcara yang telah disediakan sepanjang Ramadhan ini. Kenangan zaman remaja menerjah juga apabila Nadiah cuba mengingati bilakah kali terakhir ibu dan bapanya membawa dia ke masjid, bilakah mereka sama-sama berhimpun dengan umat Islam lainnya dan mendengar ceramah dan syarahan. Hati Nadiah tersentuh sayu apabila azan berkumandang tanda masuknya waktu solat Isya’.


Laluan pertama telah Nadiah tempuh dan disangkanya tidak ada lagi perkara yang akan berbangkit. Terlintas di hatinya semua ini berakhir apabila mula melangkah meninggalkan perkarangan masjid.


Apabila Faris diam semasa perjalanan pulang, Nadiah juga senyap. Sesekali matanya melirik kepada Faris yang memandu, mulut dan bibirnya kumat-kamit untuk bertanya akan tetapi butiran tidak terkeluar. Akhirnya Nadiah meletakan tangannya di peha Faris dan tanpa menanti Faris menggenggamnya.


“Thank you”, kata Nadiah.


Tiada balasan dari Faris sekadar menoleh sedikit dan memberi senyuman dan menyentuh pipinya. Buntu sudah fikiran Nadiah untuk membuat Faris bersuara lalu di biarkan saja. Sebaik sampai ke rumah bagai ada batu tersangkut di matanya sehingga terlalu sukar untuk dibuka lalu terus merebahkan badannya tanpa menukar pakaian. Tidak juga Nadiah fikirkan hal Faris.


“Awak selalu bangun sahur pukul berapa?” tanya Faris. Terlalu jauh dirasakan suara itu dan tanpa membuka matanya Nadiah memberi jawapan bahawa dia tidak pernah bersahur. Telinganya mendengar omelan Faris dan tahu yang Faris duduk di sisinya akan tetapi matanya langsung tidak mampu dibuka.


“Are you ok princess?” tanya Faris penuh kerisauan. Sekali lagi Faris bertanya dan mengusap rambutnya, namun matanya masih gagal untuk dibuka. “Dugaan apakah ini”? tanya Nadiah sendiri. Badannya terlalu lesu sehingga sudah tidak mampu dilawan walaupun didengar segala leteran Faris.





Last edited by sanaa1 on 17-2-2014 02:56 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.345518 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list