CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: sanaa1

A Place Called Home

[Copy link]
 Author| Post time 12-3-2014 08:22 AM | Show all posts
Keinginan serta hasrat yang terpendam lama akhirnya tertunai. Tiada kata selain mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada ayah dan ibu tirinya untuk majlis yang indah lagi berseri. Oleh kerana dirinya dan Faris terikat dengan masalah sendiri segala urusan Nadiah serahkan kepada ibu tirinya dan melihat buaian cantik berhias di ruang tamu bibirnya menguntum senyum.

“Kakak…jom tengok bilik baby, cantik tau…Nizam tolong ibu siapkan”, pujuk Nizam lalu menarik tangannya untuk ke atas.

“Thank you sayang”, ucap Nadiah sebaik saja pintu bilik dibuka. Benar sungguh seperti kata Nizam bahawa bilik itu cantik berhias. Segala rasa terpegun, terkejut dan gembira membawa airmata Nadiah bergenang. Sebuah baby cot dihias dengan kelambu berwarna putih susu dan dijahit bunga-bunga kecil campuran warna serta langsir bercorak watak-watak kartun disney berwarna pink melengkapi bilik Zara Aina bagi kenduri aqiqahnya.

“Comelnya baby Kakak ni” kata Nizam sambil mencium pipi bayi itu.

“Nanti Pak Su tolong jaga baby, boleh tak?” usik Nadiah kepada adik bongsunya. Terkebil-kebil Nizam memandang ibu dan kakaknya.

“Kenapa panggil Pak Su, Nizam kan muda lagi” tanya Nizam terpinga-pinga. Pertanyaan Nizam membawa tawa kepada semua orang lalu diapun ketawa sama. Setelah tawa reda Nizam terus mendekati daddy dan minta penjelasan. Apalagi meledak semula tawa daddy dengan permintaan anak bongsunya itu.

Setelah berpuas hati dengan penjelasan bahawa dia adalah pangkat bapa saudara kepada baby dan mesti dipanggil Pak Su walaupun usia masih muda, Nizam hanya mengangguk. Terharu Nadiah selepas itu apabila melihat Nizam seolah tidak mahu berenggang dengan Aina serta merayu supaya Nadiah dan Faris bersama baby berpindah ke rumah bersamanya.

“Alahh…kakak ni sikit-sikit nangis…tak cantiklah nangis”, ujar Nizam mengejutkan Nadiah dan terkesima juga dengan kata-kata adiknya itu bahawa menangis tidak cantik. Sejurus kemudian Nizam membawanya tour ke dalam bilik yang berhias indah. Becok mulut Nizam bercerita yang daddy belikan rocking chair untuk dirinya dan Faris supaya nanti boleh hayun baby dan nanti lepas kenduri buaian di bawah akan diletakkan juga di bilik ini. Terdapat juga sebuah play pan di sudut kanan bilik.

“Bilik ni nanti untuk cucu-cucu daddy”, kata Dato’ Malek semasa Nadiah sibuk bertanya kenapa bilik sederhana besar itu tidak terdapat sebarang perabut di dalamnya. Di usia remaja kata-kata gurauan seperti itu tidak mendatang apa-apa kesan kepada Nadiah akan tetapi di hari ini Nadiah memahami maksud segalanya. Kelahiran Nizam dan Nazim rupanya tidak membawa daddy dan ibu menggunakan bilik ini kerana memang telah daddy khaskan untuk cucunya. Terlalu jauh perancangan daddy di masa itu walhal usia Nadiah baru mencecah 8 tahun semasa mereka berpindah masuk dan telah banyak ubahsuai dilakukan sepanjang waktu itu.

“Ibu…kakak ni tak berhenti nangis”, mengadu Nizam kepada ibunya yang berdiri disisi Nadiah tanpa disedari. Dengan segera Nadiah mengesat airmatanya dan rangkulan lembut dibahunya membawa Nadiah menyandarkan diri ke dada sasa daddynya dan memegang erat tangan yang memeluknya.

Ucapan terima kasih yang bertali arus serta ciuman di atas kepalanya tidak memerlukan bicara lagi. Lentukan kepala ibu tirinya di bahu daddy juga membawa makna yang dia berkongsi rasa dengan kedua beranak ini.

“Lahhh…kakak nangis, daddy nangis, ibu nangis…kenapa abang tak nangis?” kata-kata Nizam dan lagaknya bercekak pinggang meleraikan kesedihan yang ada lalu Nadiah memerhatikan Faris dan Nazim yang entah bila ada bersama mereka.

“Masyaallah…cantiknya bilik untuk Zara Aina” ujar Faris dengan terpegun. “Hmmm…patutlah beria sungguh Nizam suruh baby pindah sini ya”, kata Faris lagi dengan menggosok-gosok kepala adik iparnya itu.

Sekilas itu juga terbayang bilik Zara Aina di rumahnya yang disiapkan oleh ibu juga sebelum membawa Aina pulang dari hospital. Berada didalam dakapan Faris di tengah-tengah bilik yang cantik dan berseri ini terfikir Nadiah apalah kebaikan yang telah dibuat selama ini sebagai seorang anak apabila mengecapi kebahagian yang begini daripada kedua orang tuanya. Tidak pernah Nadiah tahu bahawa ibu tirinya punya senitangan yang halus dan dapat menyiapkan semuanya dengan cepat. Kepulangan Nadiah dari hospital disambut semua termasuk ayah dan dua orang adik lelakinya, Nizam dan Nazim.

Bilik yang separuh siap semasa Nadiah merasa sakit hendak bersalin bersinar-sinar apabila ibu tirinya mengadun warna pink dan putih untuk katil si kecil. Terharu Nadiah melihat ada langsir baru untuk tingkap dan juga kelambu untuk baby cot yang tidak Nadiah rancang. Andai di hari itu menyambut kepulangan Zara Aina daddy menghadiahkan “bassinet” untuk puterinya di hari ini pula daddy menyiapkan sebuah bilik untuk cucu sulongnya. “Alhamdulillah” ucap Nadiah berkali-kali dan melepaskan nafas tenang. “Jangan ada surprise lagi selepas ini sudahlah” sempat pula fikiran Nadiah berfikir begitu sebelum majlis bermula.

“Something old something new”, kata ibu tirinya semasa dia dan Faris mengucapkan terima kasih dengan bilik yang cantik ini. Sememangnya tidak semua barang baru kerana baby cot itu milik Nizam dan Nazim dahulu yang sekarang dicat putih begitu juga dengan baby rocking chair serta buaian untuk majlis hari ini.

Majlis yang penuh meriah dan pengantin kecil yang diraikan hari ini amat bertuah kerana majlisnya hampir sama besar dengan majlis pernikahan kedua ibu bapanya setahun yang lalu Hajat daddy tertunai sudah dan ucapan tahniah yang bertali arus membuat senyuman Faris dan Nadiah berseri sepanjang masa. Ada juga di antara saudara dan sahabat handai yang meniti hari pernikahan mereka setahun yang lalu. Usik mengusik mengatakan termakbul sudah doa supaya dikurniakan zuriat dan hajat daddy menimang cucu juga telah tercapai. Mendengarkan segalanya Faris dan Nadiah terus menerus memanjatkan rasa syukur kepada Allah subhanahu wa ta allah dengan segala limpah rahmatNya untuk mereka sekeluarga. Senyuman tidak henti meniti di bibir mereka berdua.

“Terima kasih kak long”, ucap Nadiah ketika menghantar kakak iparnya ke pintu. Lama juga Kak Long sekeluarga bersama mereka semasa kenduri dan sesekali dapat Nadiah rasakan kesedihan di hati Kak Long apabila memandang Zara Aina. Ketiadaan kedua orang tua mereka untuk melihat cucu dari satu-satunya anak lelaki mereka pasti terselit rasa sedih. Sesuatu yang tidak perlu diucap ketika Kak Long memeluknya erat sebelum pulang tadi dan usaha Kak Long menahan airmata dari menitis.

Menjelang pukul 3 petang majlis selesai dan hanya tinggal Mak Su dan Pak Su sekeluarga, mummy dan uncle serta kawan baiknya yang becuk iaitu Ira dan suami. Kedatangan Ridzwan dan keluarga yang terlewat juga menjadikan mereka antara tetamu yang masih ada. Sedang mereka semua berbual-bual di luar dan bergelak tawa, Faris dan Nadiah serta yang lain dikejutkan dengan bunyi trumphet dan symbols oleh Nizam dan Nazim. Semua mata tertumpu ke arah mereka berdua dan tertanya-tanya kenapa mereka berbuat bising.

Alangkah terkejutnya Faris dan Nadiah apabila Nizam dan Nazim menarik dan memimpin tangan mereka untuk ke meja yang menempatkan daddy, mummy, ibu dan uncle serta Mak Su sekeluarga. Berpandangan mereka sesama apabila sebiji kek red velvet yang tertulis “Happy 1st Anniversary Faris & Nadiah” terletak di tengah-tengah meja. Sesaat kemudian yang lain datang berkumpul dan daddy membacakan doa selamat sebelum meminta Nadiah dan Faris memotong kek ulangtahun mereka. Makin Nadiah tersentuh apabila menyedari huruf-huruf kecil membentuk perkataan “from the family” dan dari hasil tangan ibu tirinya.

Perasaan terharu Nadiah menjadi-jadi apabila mendapat tahu yang Mak Su bercerita dengan ibu bahawa mereka berdua tidak dapat nak menyambut ulangtahun kerana masalah yang menghimpit dan juga Aina yang masih kecil untuk ditinggalkan. Sungguh Nadiah tidak sangka dengan rezeki yang melimpah ini dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua tatkala Faris menyeka airmata yang mula menitis.

“Haik…haik…haikk…no tears no tears, eat your cake”, kata Nizam dan sejurus selepas itu Nazim memukul symbols dan membawa gema di kawasan sekeliling.
“Smile…smile…smile”, usik Ira pula dan berkelip-kelip gambar mereka berdua diambil. “Tahniah Nad…I’m so happy for you”, kata Ira menghulurkan tangan lalu mereka berdakapan seketika diiring tepuk sorak dari yang lain.

Di dalam tarikan nafasnya dan bertafakur sebentar serta bahu dipeluk Faris sekali lagi berbagai perasaan datang dan di antaranya sungguh Nadiah tidak sangka bahawa bahagia sebagai anak, isteri, ibu, kakak dan juga kawan bercantum menjadi satu di hari ini. Dengan sebiji kek dan ucapan serta doa yang diiring Nadiah sedar tidak mungkin dapat membalas jasa semua kecuali melalui sepotong doa Nadiah pohon semoga Allah memberikan ganjaran bahagia dan pahala kepada semua.
Setahun yang berlalu, daddy, ibu serta mummy dan uncle menyiapkan majlis pernikahan dan perkahwinannya dengan begitu cantik, di hari ini ia menjadi lebih cantik kerana hadirnya cinta hati mereka berdua dan dikelilingi doa dari kaum keluarga.

“Yes…life is beautiful, full of surprises and mystery”, detik hati Nadiah lalu mencolek krim di tepi kek. Manis dan lemaknya krim itu mungkin sama dengan apa yang dirasakan sekarang, bisik hati Nadiah lagi.

Demi hari yang indah, kerana rasa kasih yang bersemarak dan demi memenuhi permintaan Nizam dan Nazim, buat pertama kalinya Faris dan Nadiah bermalam di rumah daddy semenjak perkahwinan mereka. Selepas nikah mereka tidak bermalam di sini walaupun kamar pengantin disiap cantik. Di malam ini juga Zara Aina dengan rasminya menggunakan bilik yang dikhaskan untuknya, sekaligus memenuhi impian Tok Wan sekian lama.

*****

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-3-2014 08:25 AM | Show all posts
Malam masih muda ketika mereka sekeluarga bersurai selepas menunaikan solat Isyak dan menjamah sedikit makanan. Masing-masing sudah keletihan dan nak berehat saja, begitu juga dengan Nadiah sebaik selesai menidurkan Aina dengan doa semoga anaknya lena tidur di tempat baru dan bilik baru.

Liar mata Nadiah memandang sekeliling bilik yang telah dikosongkan sekian lama sejak berusia remaja. Bilik ini memang besar, hampir sama besar dengan bilik utama. Keadaannya berubah wajah semasa disiapkan sebagai bilik pengantin di mana semua perabot baru dan ibu menyimpan barang-barang yang ada dengan baik di bilik bawah. Di malam ini setelah setahun berlalu baru Nadiah terfikir dan bertanya macam mana bilik ini teradun cantik bersama kertas dinding yang baru dalam masa dua minggu? Perlahan langkah Nadiah atur disekeliling bilik tidurnya, mengamati segala bersama kenangan sehingga langkah itu membawa Nadiah ke balkoni.

“You are going to England…our decision is final”, tempik mummy apabila Nadiah memberontak dengan keputusan mereka. Bersama hempasan yang kuat meninggalkan retak di kaca pintu yang Nadiah tahu tidak diganti sehingga hari dia meninggalkan bilik dan rumah ini.

“Mari makan nak…jangan menangis lagi ya. Ni makcik dah masak lauk kegemaran Nadiah”, pujuk Pakcik Musa setelah berjam-jam Nadiah mematikan diri di balkoni ini.

“Masih bersisa rupanya kenangan”, bisik hati Nadiah bersama senyum dan keluhan.

Bilik ini juga pernah menjadi saksi lafaz janji seorang lelaki yang baru bergelar suami. Sepanjang setahun ikatan kasih mereka, janji yang terlafaz itulah yang dikotakan. Setakat ini Faris tak pernah berhenti berusaha menjadi seorang suami yang baik dan sehingga hari ini Faris telah membuktikan dia seorang ayah yang pengasih, penyayang dan penyabar. Sikap serta kebaikan yang ditunjukkan serta kasih sayang yang dicurahkan telah berjaya menutup kelemahannya sebagai seorang lelaki.

“Happy 1st anniversary sayang” kata Faris berserta sebuah ciuman ke pipi gebu Nadiah yang mematikan segala kenangan. Terkejut juga Nadiah apabila tidak menyedari kehadiran Faris ke dalam bilik dan agak lama barulah Nadiah mampu membalas ucapan Faris.

“Happy anniversary to you too, sweetheart” balas Nadiah beriring senyum.

Mereka berpandangan di antara satu sama lain dan terdiam sebentar. Tiba-tiba kedengaran Faris melepaskan keluhan lalu Nadiah bertanya, Tiada jawapan yang Faris berikan dan tunduk sebentar sebelum memandang Nadiah semula. Kelakuan Faris yang begitu mengundang debar di hati Nadiah lebih-lebih lagi Faris meninggalkannya beberapa ketika lalu kembali dan menghulurkan sebuah kotak berwarna merah yang diikat riben hitam bersaiz segi empat kepadanya.

“Sorry, ini saja yang dapat saya beri as anniversary present. Ada jugak terfikir nak bawa awak pergi holiday tapi awak mesti tak nak tinggalkan Aina” kata Faris senada. Pandangan Nadiah tidak beralih dari wajah Faris walaupun sudah berkali Faris mengalihkan pandangannya ke kiri…ke kanan dan juga menguiskan kakinya di karpet dan meletakan tangan di dalam poket baju Melayu yang dipakai.

“Bukaklah…”, kata Faris membuat Nadiah memandang kembali kotak yang berada di tangan. Anggukan dan senyuman yang Faris beri menambahkan debar di hati Nadiah.

Tatkala kotak terbuka perkara yang pertama yang Nadiah lihat adalah sebuah buku dan perkataan yang tertera jelas pula adalah business proposal. Dalam debar dan degup jantungnya Nadiah tahu ia bukanlah hadiah anniversary biasa dan apakah maksud business proposal itu sudah pasti jilid yang kemas dan cantik ini perlu dibuka dan dibaca.

Seraya mengeluarkan jilid tersebut dan membuka kulitnya, alangkah terkejutnya Nadiah apabila membaca perkataan dan ayat yang ditulis. Besar dan bulat biji mata Nadiah apabila membaca perlahan setiap huruf dan memahami Business Plan for [1] Child Day Care Centre and [2] Kindergaten and Pre School lalu diulang lantas melompat riang dan memeluk Faris.

“Sweatheart, you did all these for me?” tanya Nadiah kepada suaminya. “Wow, very impressive and complete” tutur Nadiah apabila Faris menganggukan kepalanya.

Oleh kerana amat teruja dengan apa yang diterima Nadiah melompat bagai anak kecil dan berpaut pada leher Faris sehingga suaminya itu terpaksa menghentikan perlakuannya. Terlalu banyak yang mesti disyukuri didalam hidupnya dan yang ini memang tidak disangka. Perbincangan mengenai ini sudah lama, ketika kandungan Nadiah masih di peringkat awal lagi akan tetapi segalanya tergantung kerana masa yang terhad dan juga pengalaman tak ada. Memang hadiah yang tidak pernah terlintas di hati Nadiah daripada suaminya.

“My anniversary gift ada condition”, kata Faris dengan memandang tepat ke muka Nadiah. Ternanti-nanti Nadiah apa syarat yang Faris letakkan apabila memerhati jari jemari Faris membuka helaian demi helaian business proposal di tangannya. Aktiviti Faris terhenti apabila tiba di halaman yang terletak sekeping kad lalu memberi ruang untuk Nadiah membacanya.

“Our anniversary is a time to look back at the good times and a time to look ahead to live our dreams together. A partner in life and a partner in business”

“Thank you sweatheart. I love you sooooo much. Yes, you’re my life partner and my business partner” jerit Nadiah riang dengan berkali-kali mencium pipi suaminya.
Renggekan Aina membawa Nadiah bergegas untuk menjenguk anaknya dan terlupa tentang hadiah yang telah disediakan untuk Faris. Begitu payah Nadiah memikirkan bagaimana caranya untuk meninggalkan Aina untuk semalam sehinggalah Kak Ngah memberi cadangan. Walaupun agak leceh kerana terpaksa membawa bekas tahan sejuk dan pump untuk memerah susu, ia tetap berbaloi juga nanti, kata Kak Ngah kepadanya beberapa hari yang lalu.

“Is this for us?” tanya Faris dengan melayangkan sekeping sampul surat mengandungi baucer 2 hari 1 malam di Golden Palm Spring Resort and Spa. Tersenyum Nadiah apabila Faris menemui sampul surat tersebut. “Are you sure sayang?” tanya Faris lagi lalu Nadiah menganggukan kepalanya dan memberitahu telah berbincang dengan ibu. Jenuh jugalah Nadiah hendak menyakinkan Faris yang anak mereka boleh ditinggalkan untuk satu malam, lagipun Aina akan berada dengan ibu dan daddy.

“Both of us are exhausted and we need to refresh ourselves. Sekali-sekala kena lah manjakan suami jugak. Nanti dia rasa neglected, susah nak pujuk tau, kalah Aina” sempat lagi Nadiah bergurau sambil mengenyitkan matanya kepada Faris.

“Ok, if that’s the case, saya yang menurut perintah” kata Faris sambil bibirnya nakal mencium tengkuk Nadiah dan mengusik pipi Aina yang sedang menyusu.

*****

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2014 08:37 AM | Show all posts
Perubahan akan sentiasa berlaku didalam kehidupan dan itulah yang dilalui dan cuba difahami segalanya oleh Nadiah. Kehidupan dizaman anak-anak dan remaja banyak mempengaruhi cara Nadiah berfikir sejak dahulu. Pergaulan hariannya semasa menuntut dan berkerja serta setelah mendirikan rumahtangga mengubah struktur yang ada. Berusaha mengalah dan memahami perjalanan hidupnya juga tetap terbatas dengan sikap ibunya sendiri.

Sebaik mungkin selepas melahirkan anak sulongnya, Nadiah akur dengan keadaan bahawa Zara Aina memerlukan neneknya juga, lalu Nadiah cuba membuang jauh segala kenangan pahit masa silam. Akan tetapi sikap ibunya tidak berubah. Usaha yang dibuat selama ini dan dengan menuruti nasihat Faris, ibu tirinya dan juga daddy dirasakan sia-sia belaka.

“Apakah aku yang tidak mampu berubah atau mummy yang sememangnya masih menganggap aku anak kecil? Atau sudah menjadi tabiat mummy mengawal segala tindak tanduk dan keputusannya sehingga dia lupa bahawa anaknya ini sudah menjadi seorang isteri dan juga ibu? Kenapa seorang wanita yang memegang status ibu tiri yang tidak pernah membesarkan dirinya walaupun sehari mampu mengerti segala apa yang dilalui dan tidak pernah ternampak di mata Nadiah bahawa Maria mahu membolot segala harta ayahnya?” adalah beberapa pertanyaan yang menghimpit Nadiah secara tiba-tiba. Ini semua berlaku semasa Nadiah didalam pantang dan ketika keputusan bersama yang Nadiah dan Faris ambil untuk mengadakan kenduri di rumah daddy menghangatkan lagi keadaan.

“Mummy tengok Nadiah masih lagi tak beri Aina susu formula, bila nak berhenti susu badan? Susah nanti bila nak kerja”, pertanyaan beralih kepada leteran sudah merimaskan Nadiah apabila mummy asyik mengulangi pertanyaannya sejak seminggu yang lalu. Pemergian Faris ke Singapura untuk dua hari juga menjadi isu buat mummy dan membebel macam mana Nadiah nak uruskan anak sorang-sorang setiap pagi untuk hantar dan ambil dari rumahnya nanti.

“Mummy…orang lain tu anak berderet, suami pun kerja luar juga boleh saja mereka hidup dan buat semua kerja. To me it is how we organise, balance and compromise . Kak Long dan Kak Ngah tu kerja jugak, seorang pengurus syarikat jugak, apa ke boleh terus menyusukan anak sampai besar? Bila dah tak cukup susu badan baru mereka campur dengan formula”, leter Nadiah kembali bagi menjawab resah ibunya.

Menahan diri dari melenting dan cuba untuk tidak meninggikan suara ternyata gagal. Pertanyaan serta tanggapan mummy terhadap hubungan Nadiah dengan ibu tirinya meledakkan lava gunung berapi. Amat Nadiah berkecil hati apabila perkara itu dibangkitkan lagi dan kenapa sekarang Nadiah mengambil keputusan menghantar Zara Aina ke rumah daddy pula.

Alasan Nadiah tidak dapat diterima oleh mummy lalu sessi seterusnya amat tegang dan pasti akan terbentuk jurang yang dalam semula.

“Tak ada bezanya kalau Nadiah hantar Aina ke rumah ibu ataupun mummy. Beza yang ada sekarang hanyalah mummy tidak dapat terima keadaan yang sejak akhir-akhir ini Faris, Aina and me spent more time dengan daddykan?”, tempelak Nadiah keras sehingga membuat Rahimah terus meledak lagi.

Segala cerita lama menjadi ungkitan mummy dan bagaimana Maria mempengaruhi fikiran daddy sejak dahulu. Cerita-cerita lama itu membuka luka lama Nadiah yang tetap merasakan perpisahan kedua ibu dan bapanya hanyalah kerana keinginan ibunya memilih kerjaya daripada rumahtangga. Walaupun pernah ibunya berkata bahawa melahirkan dan melihat kejayaan Nadiah sekarang adalah harta yang paling berharga buatnya namun semua itu sementara.

Sewaktu Nadiah menghampiri saat kelahiran ibunya kembali mengganggu urusan hidupnya suami isteri dan cuba mengaturkan segalanya termasuk hendak menukar hospital dan doktor membuatkan Nadiah rimas dan hilang sabar. Hanya Faris yang cuba menenangkan dirinya dan mencari jalan keluar. Demi ikatan keluar mereka bersetuju jalan keluar yang terbaik adalah menghantar anak mereka untuk bersama mummy semasa mereka berdua keluar bekerja.

“Kenapa Nadiah memandang tinggi kepada ibu? Kenapa sampai sekarang Nadiah tak cuba nak faham perasaan mummy? Any why you can call her ibu dan tidak boleh panggil Uncle ayah as I requested since day 1?

“Nadiah geli nak panggil lelaki itu ayah apabila dia sendiri tidak menunjukkan rasa hormatnya pada Nadiah as your daughter and wanita. Walaupun daddy involve him dalam sesetengah perkara, jangan sesekali mummy fikir dia ada tempat di hati Nadiah. You want to know why i called Maria ibu? Sebab ia terus terkeluar daripada bibir Nadiah on the first day we met and been introduced. Over the years she makan hati dengan sikap Nadiah terhadap daddy dan tak pernah nak masuk campur hal daddy dan Nadiah. She gave me all the time in the world for me and life thought me how to appreciate her sincerity. Kalau Nadiah sambung lagi perkara ini tidak akan habis mummy, so let me end it by saying, I have 2 younger brother which I need to care from now on and if anything ever happens to daddy nanti dan about harta janganlah mummy risau, Nadiah percaya daddy akan berlaku adil dan ibu tidak akan menuntut apa yang bukan haknya. What I need right now is a place called home for Zara Aina and I do hope and in each prayer one day you will realise kasih sayang tidak dapat dijualbeli and no amount of money will pay what I lost in my childhood days. I’m planning to give Zara a brother or sister next year and I might leave my job soon. Nadiah harap mummy boleh be happy for me, Faris and Aina. Andainya keadaan memaksa untuk Nadiah berpindah ke rumah daddy, I will do it and I am sure tak susah nak pujuk Faris untuk menerima cadangan ini”, luahan hati Nadiah kepada ibunya tidak lama akan tetapi luka yang ada berdarah semula dan tidak Nadiah tahu bila ia akan sembuh. Renggekan Aina membawa Nadiah mengesat airmatanya lalu merapati anak kecil itu yang sudah sampai masa hendak dimandikan dan diberi susu dan meninggalkan ibunya tanpa berkata apa lagi.

Hati yang satu milik Nadiah sudah lama remuk namun diusahakan juga demi menerima nasihat dari semua orang dan apapun yang pernah terjadi wanita itu ibu kandungnya dan tidak mungkin dibuang terus dari hidupnya. Demi Zara Aina dan demi merealisasikan kehidupan keluarga yang harmoni, Nadiah buang segala sakit yang ada akan tetapi jurang masih terbina di antara dirinya dan mummy.

“Dah lama Nadiah maafkan mummy dan tidak ada sedikit dendampun didalam hati Nadiah ni, akan tetapi keadaan kita tidak boleh diubah lagi. Kita harus dan mesti terus meniti hidup ini dengan apa cara sekalipun. You are my mother dunia akhirat dan tidak akan ada satu kuasa pun yang boleh menidakkannya dan kita akan terus hidup didalam penerimaan itu. Mummy boleh datang tengok Aina bila-bila masa saja sama ada di rumah kami ataupun di rumah daddy kerana Nadiah tidak akan putuskan hubungan Aina dengan mummy, she still needs her Tok Mi”, kata-kata itu berulang-ulang di telinga Nadiah yang sekarang sudah hampir seminggu dia bersama Faris dan Aina di rumah daddy.

Ucapan salam yang diberi tadi tidak disambut dan suasana di dalam rumah sunyi dan sepi. Perlahan-lahan Nadiah naik ke atas dan melihat tiga wajah tulus yang sedang lena tidur. Betapa beruntungnya Aina diapit oleh dua orang bapa saudara dengan permainan masih berselerakan di tepi.

“Assalammualaikom”, tegur ibu dengan mencuit sedikit bahu Nadiah lalu menoleh.

“Wa’alaikomsalam”, jawab Nadiah pula dan mengukir senyum apabila ibu memaut bahunya. Seraya itu Nadiah menghulurkan ucapan berbanyak terima kasih kerana sudi menjaga Aina dan juga melatih pembantu rumahnya. Di pejabat tadi daddy sudah mula memujuk supaya tidak pulang ke rumah mereka dahulu sebaik saja Faris pulang esok. Namun demikian hati Nadiah melonjak-lonjak untuk pulang ke rumah sendiri apatah lagi dilihat tadi rumahnya sudah mula berhabuk setelah tidak berkemas lebih dari dua minggu.

“To live happily is an inward power of the soul. The grand essentials of happiness are: something to do, something to love, and something to hope for”, bisik ibu tirinya apabila Nadiah masih leka memandang mereka bertiga. Hanya helaan nafas Nadiah lepaskan bersama ucapan syukur di hati.

*****

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2014 08:52 AM | Show all posts
Ketukan di pintu terasa macam di awangan-awangan. Mulutnya mahu berkata masuk akan tetapi matanya amat sukar hendak dicelikkan. Suara halus berbisik terdengar di telinganya namun masih payah untuk Faris bangun.

“Welcome to daddy’s world bro”, suara Ridzwan bergetar di telinganya lalu Faris bingkas bangun. Sebaik saja matanya terbuka luas dilihat Ridzwan sedang tertawa kecil dan Alicia, setiausaha peribadinya tersenyum-senyum.

Dengan keluhan Faris mengangkat tangan dan menangkup mukanya untuk beberapa saat sebelum menggosok-gosok mukanya dengan kasar dan meminta secawan kopi pekat daripada Alicia. Tidak Faris sedari sudah berapa lama dia tertidur di sofa bilik pejabatnya. Keletihan bekerja hampir 48 jam semasa di Singapura amat dirasakan.

“Lama sangat dah ke aku tido?” tanya Faris kepada Ridzwan. Hanya dengan gelenggan kepala dan mengangkat bahu sudah semestinya Ridzwan tidak menyedari dan mengetahui apa-apa lalu mengerling jam di tangannya. Waktu telah menunjukkan 3.30 petang membawa Faris bingkas bangun dan memohon diri untuk di bilik air bagi mencuci muka.

Perbincangan dan mesyuarat pendek bersama kakitangannya berakhir jam 5 petang akan tetapi Faris tidak dapat hendak meninggalkan pejabat kerana lapuran perlu disiapkan. Antara keluarga dan kerja dua-dua sama berat, walaupun Nadiah memahami tidak mungkin si kecil itu. Kerinduannya kepada Aina belum habis terlerai kerana semalam dia sampai sudah lewat. Sebaik mandi dan menjamah sedikit makanan dia terus tertidur. Apabila tersedar subuh tadi, Nadiah baru saja habis menyusukan anak mereka.

“It’s ok daddy….as long as daddy ingat kat kami”, itulah kata-kata Nadiah apabila Faris memberitahu akan pulang lewat malam ini. Akan tetapi di penghujung kata-kata Nadiah itu mengundang tanya di hati Faris dan apakah benar apa yang didengarkannya. Namun ketukan di pintu sekali lagi mematikan lamunan Faris.

“Segar nampak pagi ni”, tegur Ridzwan sebaik saja Faris melangkah masuk. Seperti selalu Faris tidak pernah lokek dengan ucapan terima kasih dan senyuman lalu itulah yang diberikan kepada Ridzwan. Pelawaan Ridzwan untuk sama-sama bersarapan tidak ditolak kerana ada sesuatu yang ingin dikongsikan bersama rakan karibnya itu.

Perbualan mereka membawa Faris berfikir terus sepanjang hari didalam kerja yang bertimbun. Sesekali apabila gelak, senyum dan seloroh Ridzwan datang menyinggah, senyum pasti terukir dan mungkin dengan senyuman itulah memberi aura positif kepada suaranya ketika menjawab telefon.

“Happy nampak”, terus saja Azlan berkata begitu sebaik saja Faris berkata hello. Panggilan daripada Azlan ataupun dari Zaid & Co bukanlah panggilan yang amat dinanti-nantikan akan tetapi ia adalah panggilan yang akan membuat Faris berdebar, resah dan tertekan yang mungkin ada bukti-bukti baru diterima lalu harus bersiap sedia untuk ke mahkamah.

Persoalannya sekarang terlalu ramai yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung didalam kes yang membabitkan Aisyah dan dirinya. Keadaan Aisyah sudah disahkan tidak siuman dengan rekod kesihatan yang ada, ikatan persahabatan yang terjalin sejak lama dan tidak lupa hubungan keluarga menjadikan perkara ini remeh difikiran Faris. Didalam hal ini, Nadiah pula mahu melupakan episod tersebut dari hidupnya. Oleh kerana tiada permanent damage pendekatan yang Nadiah ambil adalah forgive and forget akan tetapi mereka tidak boleh lepas tangan terhadap orang-orang yang terlibat membantu dan menerima wang sogokkan daripada Aisyah.

“Sebenarnya perkara ini tidak susah…selepas lapuran dibuat both of you fikirkanlah hukuman apa yang hendak diberi. We will go through the channel, process and procedure dan mereka akan menerima hukuman masing-masing”, terang Azlan.

Keluar masuk pejabat guaman adalah perkara biasa bagi Faris kerana urusan perniagaan akan tetapi apabila memikirkan hendak keluar masuk mahkamah kerana hal ini tiba-tiba membuat Faris buntu.

“Apa yang dimenungkan?” rangkulan lembut Nadiah di pinggangnya mengejutkan Faris dari fikiran yang dalam. Bersama keluhan Faris berpaling dan memandang Nadiah dengan perasaan sedih kerana isterinya ini terpaksa berhadapan dengan kisah silam yang menjengkelkan. Sekali lagi pandangan Nadiah sebagai seorang isteri didengar dan dipertimbangan. Walaupun pada asasnya Nadiah cuba melupakan episod ini namun ia menjadi payah kerana penglibatan orang dalam ataupun informer dari pejabat Faris dan beberapa fakta telah ditemui bagi mengukuhkan tuduhan. Sehingga semalam tiada bukti menunjukkan Aisyah menggunakan khidmat private investigator. Setiap langkah Nadiah dijejak sendiri olehnya.

“I miss you”, tutur Faris setelah lama berdiam diri. Seraya itu Nadiah merapatkan dirinya ke dada Faris dengan senyum nakal.

“Are you sure is that all you want to say?” bisik Nadiah lalu mematikan segala gurauan mereka apabila renggekan Aina sudah kedengaran. Tawa kecil Nadiah lepaskan apabila Faris berkata anak mereka tidak lapar tetapi sengaja menguji mummy dan daddy lalu mendukung Nadiah ke bilik mereka.

*****

Rutin Nadiah memang berubah 360 darjah setelah melahirkan Zara Aina binti Ahmad Faris. Anak kecil itu bukan saja mengubah jadual tidurnya akan tetapi telah dimasukkan kedalam jadual kerja juga. Beruntung Nadiah bekerja dengan firma ayah sendiri, sedikit kelonggaran dan keistimewaan itu tetap ada akan tetapi Nadiah sedar itu semua tidak boleh disalahgunakan.

“Are you out of your mind”, terjerit ibunya apabila mengetahui Nadiah mahu beranak seorang lagi tahun depan.

“No…I’m pretty much sane”, jawab Nadiah selamba. “I’m not young anymore…since Faris and I planning for four, so kenalah express”, sambung Nadiah lagi tanpa menghiraukan mulut ibunya yang sudah separuh ternganga. “Nadiah tak kisah mummy nak anggap Nadiah ni kolot atau jadi mesin buat anak”, sambung Nadiah lagi sebelum berlalu pergi.

Entah kenapa dengan kerja yang menanti dan jadual yang makin kucar kacir di antara anak, rumah dan suami, Nadiah berazam untuk mengandung dan sekaligus memberi Zara Aina seorang adik dalam tempoh setahun ini. Hajatnya buat masa ini hanya mummy saja yang tahu sehingga membuatkan mummy tidak berbunyi dengannya sudah hampir sebulan. Keletah Aina amat menghiburkan hatinya dan sepanjang sebulan kembalinya dia bekerja rasa penat sering bertukar menjadi gembira sebaik saja senyum senggeh Aina menyambut kepulangannya.

“Kenapa tak nak tidur ni? Dah lebih 2 jam berjaga…sayang mummy happy ya sebab daddy dah balik”, beria Nadiah bercerita dengan Aina seolah-olah anak itu faham butir cakapnya.

“Rajin cakap dengan baby…Insha’Allah rapat lagi hubungan kita dengan anak. Mereka akan faham segalanya dengan usapan, belaian dan juga bersembang dengan memandang tepat ke matanya. Perubahan akan kita nampak dari hari ke hari”, begitulah sedikit sebanyak tips yang Nadiah terima dari doktor yang merawat Aina, Kak Asma dan tidak kurang kedua kakak iparnya. Memang benar kata Kak Long, selagi baby tak kembung perut, tak demam muntah bagai motherhood tidak akan lengkap.

Begitulah yang terjadi kepada dirinya apabila Aina menangis tak henti petang semalam. Panik juga Nadiah lebih-lebih lagi dia keseorangan di rumah. Tangisan Aina yang tidak henti memaksanya menghubungi mummy. Akan tetapi panggilannya tidak berjawab. Tanpa Nadiah sedari rupanya Nizam ada di rumah apabila adiknya itu datang menghulurkan minyak yuyi dan sama-sama membantu menyapu di perut, betis dan kaki Aina. Setelah berhempas pulas menahan rasa sebak melihat anak menangis, hati Nadiah lega sebaik saja mendengar Aina kentut dan tangisnya reda dan terus tidur.

“Thank you Pak Su”, ucap Nadiah sambil mengurut perlahan belakang adiknya dan Nizam pula menepuk Aina perlahan-lahan. Senyum senggeh saja Nizam apabila menerima pujian daripada Nadiah kerana menyelamatkan keadaan dan terus mengangkat tangan untuk memberi high 5. Teringat Nadiah kepada kata-katanya ibu tirinya yang Nizam adalah seorang good observer dan senang menerima serta mengingat sesuatu hanya dengan memerhati sahaja. Itulah yang terjadi sebentar tadi dan dengan bangga juga Nizam bercerita sebaik saja ibunya sampai ke rumah.

“Alhamdulillah anak mummy dah ceria. Dah tak sakit perut lagi ya. Sayang buat mummy betul-betul takut petang semalam, nasib baik Pak Su datang tolong” kata Nadiah sambil mengeletek perlahan perut Aina.

“Amboi bukan main lagi mother and daughter bergossip pagi-pagi hari. Apalah agaknya yang dibualkan tu?” usik Faris lalu menghampiri dua beranak itu. ‘Anak daddy tak rindukan daddy ke”, tanya pula Faris kepada Aina dan mengambil tempat disebelah Nadiah.

Di hari ini Aina genap berusia 6 bulan dan sepanjang mengasuh Aina semasa berpantang, banyak perkara yang terlintas di fikiran Nadiah termasuk mengatur jadual kerjanya dan perancangan masa depan. Dia juga telah berbincang dengan Faris tentang perancangan masa depannya termasuk lah hendak membuka ‘nursery’. Nadiah merasa sungguh terharu kerana mendapat sokongan sepenuhnya daripada Faris. Selain daripada menginginkan anak seorang lagi secepat mungkin, Nadiah juga merancang mencari kerja separuh masa dan memikir kembali untuk menjadi pensyarah sambilan semula. Lagi cepat dia bertindak lagi cepat dia dapat bersama Aina di rumah.

Perbualan serta topik bual bicara juga sudah banyak tertumpu kepada anak. Hampir kesemua keputusan yang mahu diambil mereka berdua akan mendahulukan Aina, lebih-lebih lagi Nadiah yang sudah berjanji pada diri tidak mahu anaknya dibesarkan jauh dari depan matanya.

“Awak tak kisah ke kalau kita lama di rumah daddy ni?” tanya Nadiah.

“Kalau saya kata tak kisah saya sebenarnya berbohong…akan tetapi kita berdua sedar kenapa kita buat semua ni kan? Anggap saja semua ini sementara dan penghijrahan buat kita…lagipun saya rasa yakin dan selamat Aina di sini dengan ibu dan adik-adik awak”, jawab Faris pula sekaligus memberikan ketenangan kepada Nadiah.

Namun begitu Nadiah tidak mahu merasa terlalu selesa dengan persetujuan Faris atau mengambil kesempatan di atas jadual kerjanya yang tidak menentu beberapa bulan ini. Jauh di sudut hatinya faham yang Faris ingin menghabiskan masa bersama Aina dan dirinya lebih-lebih lagi di hujung minggu dan oleh itu sedikit sebanyak pembaharuan dan perubahan perlu dibuat.

“Wahh bukan main kau lagi ya…baru anak sorang buat perancangan macam anak sepuluh”, tegur Ira sebaik saja melangkah masuk ke biliknya. Perangai kawan dan rakan sekerjanya ini tidak berubah walaupun sudah menjadi isteri orang. Riuh rendah dan redahnya tetap sama.

“Apalah yang kau merepek ni…dah lah tak bagi salam”, tegur Nadiah dengan lesu kerana terperanjat tadi.

“Merepek kata kau? Aku dengar kau nak berhenti kerjalah, jadi pensyarah lah, bukak day care kat office ni lah dan paling aku terperanjat kau nak beranak sorang lagi next year”, leter Ira macam murai tercabut ekor dan makin Ira bengang apabila Nadiah ketawa dan menganggukkan kepala mengiyakan segalanya. Makin Ira meroyan apabila Nadiah menunjukkan tanda bagus dengan ibu jarinya dan menobatkan kawannya itu sebagai penyiasat persendirian nombor satu.

Memang benar kata Ira bahawa dirinya sekarang bukan Nadiah 15 bulan yang lalu ketika mendapat berita mengandungkan Aina. Di hari ini Nadiah berusaha melakukan yang terbaik untuk dirinya dan keluarga. Sekali lagi Nadiah harus mengiyakan kata-kata Ira bahawa dirinya beruntung, mempunyai ayah dan suami yang punya kemampuan kewangan. Besar kemungkinan juga segala yang terjadi adalah kerana tidak mahu mengulangi sejarah lama. Andainya nanti rumahtangganya bersama Faris diuji dengan ujian orang ke3 ataupun ujian-ujian lain dia tidak mahu menyesal di kemudian hari. Apa yang pasti dia telah berusaha dan harapannya semoga Allah merestui segalanya.

Berbekalkan alatan moden dan canggih serta keterujaan adik lelakinya Nizam dan Nazim melayan kerenah Aina, dapat juga Nadiah melihat kepandaian Aina semasa dia di pejabat. Sesetengah dari apa yang Aina buat tidak berulang dengan cepat dan adakalanya terlepas juga. Walaupun telah melihat kejayaan ramai orang mengimbangi rumahtangga dan kerjaya, Nadiah tetap ingin menjadi seperti ibu tirinya, melepaskan jawatan sebagai seorang pengurus demi anak dan memulakan kelas tuition di rumah bagi mengisi waktu lapangnya dan untuk mendapat sedikit wang belanja sendiri. Di samping itu ibu juga meluangkan masa ke kelas agama dan belajar membuat kuih-muih Melayu yang sudah mula mendapat tempahan.

“Duit bukan segalanya sayang….walaupun daddy tak pernah lokek dengan belanja ibu tak sedap hati nak belanja suka hati. It is not my money. Jadi ibu harap Nadiah fikir masak-masak segala keputusan. Banyak yang perlu dihadapi. Tentang Aina jangan bimbang, selagi ada kudrat ibu biarlah Aina ibu yang jaga dan kalau ada rezeki adiknya juga nanti”, nasihat ibu Nadiah dengar dengan teliti.

*****

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2014 08:56 AM | Show all posts
Langkah-langkah yang dihayun amat lesu dan perlahan. Tangan yang sudah berkedut bertaut rapat dengan jari Nadiah. Mulutnya tidak henti-henti memohon maaf dan berterima kasih. Makanan dan air yang terhidang tidak disentuh walaupun telah dipujuk beberapa kali. Hanya gelengan kepala bersama airmata yang masih menitis.

“Kenapa kamu tidak pernah bercerita apa-apa selama ni Ris?” bertanya Mek Nab kepada Faris selepas sessi perbicaraan tengahari tadi. Kesedihan yang sudah sedia ada bertambah apabila Aisyah terjerit-jerit dan ketawa mengilai-ngilai apabila melihat Faris dan dirinya berada di situ. Di bilik sempit hospital ini kaki dan tangan Aisyah diikat supaya dia tidak mengganas. Setiap helai baju yang menyerupai Nadiah tergantung kemas di dinding. Tidak juga dapat Nadiah menahan sebak di hati apabila mengetahui Aisyah hanya akan diam sementara apabila mengenakan pakaian-pakaian tersebut. Setakat ini malam dan siang masih dapat Aisyah bezakan.

“Untuk apalah duit lagi kalau dah macam ini sudahnya”, keluh Mek Nab lagi.

“Saya mintak maaf banyak-banyak makcik, saya tak pernah tahu apa yang Aisyah buat selama ini dan tak pernah sangka Aisyah lupa daratan kerana mengejar kemewahan”, perlahan saja tutur kata Faris dan Nadiah hanya mampu berdiam diri.

Sejak dari mula lagi Nadiah berusaha untuk tidak membawa kes ini ke mahkamah namun segala jalan untuk menutup kes temui jalan buntu apabila beberapa klien peribadi Aisyah tidak mahu bekerjasama. Memang benar kata Mek Nab, apalah guna duit kalau sudah aib diri terpampang di sana sini. Kewarasan akal sudah tidak dimiliki dan hidup di sebalik gerigi besi.

“Jad..jadiii…jadinya perempuan tak guna ni dah kacau hidup kamu berdualah”, terketar dan tergagap ibu bertanya apabila menatap akhbar di hari ini. “Hahhh…kenapa selama ni tak cakap ngan ibu, biar senang ibu ganyang saja betina ni”, luah ibu lagi dengan marah.

Perasaan sedih melihat keadaan Aisyah semalam tidak mampu untuk Nadiah jadikan sandaran supaya tidak ketawa melihat reaksi ibu di awal pagi. Di hujung matanya juga dapat Nadiah lihat Faris berusaha menahan tawa dan terlepas akhirnya apabila daddy ketawa.

“Eh awak ni…ini kes mahkamah, yang awak siap sinsing lengan nak bersilat ni kenapa?” tegur Dato’ Malek kepada Maria, isterinya.

“Tak perlu mahkamah-mahkamah ni, biar saja saya yang ajar perempuan macam ni”, ujar ibu bagaikan dirasuk. “Awak nak senyapkan saja ke? Nak tengok orang gila macam ni punahkan rumahtangga anak menantu kita?” jerit pula ibu apabila dilihat Dato’ Malek ketawa tidak henti.

Hampir sejam jugalah Nadiah cuba menenangkan ibu setelah merasakan Faris dan Nadiah membawa Aisyah ke mahkamah untuk menghalang wanita itu mengganggu kehidupan rumahtangga mereka. Tidak Nadiah salahkan ibu bertindak demikian kerana cara tulisan di suratkabar ditafsirkan begitu. Setelah mendengar dengan teliti dan memahami duduk perkara, ibu dengan perlahan meminta Nadiah membawanya berjumpa dengan keluarga Aisyah. Agak pelik pada mulanya mendengar permintaan ibu, akan tetapi Nadiah faham akhirnya tujuan sebenar ibu. Menziarah seseorang didalam kesusahan adalah tuntutan sunat mu’akkadah iaitu sunat yang dituntut.

Benar seperti kata Faris, jadikan segalanya panduan dan pedoman untuk mengharungi perjalanan hidup yang tidak pasti. Untuk kesekian kalinya hati Nadiah terguris lagi apabila menjadi saksi yang tidak diingini didalam satu pertelingkahan yang tidak diduga.

“Awak turut saja segala kemahuan dia. Selama ini dia tidak pernah hormatkan sayapun awak tak pernah ambik kisah. Everything is about your princess”, jeritan Puan Rahimah bergema di sebalik pintu pejabat Dato” Malek

“Apa lagi yang awak tak puas hati ni, datang pagi-pagi dengan perasaan marah. Awak tahu tak yang saya ni tak tahupun hujung pangkal cerita. Sudah-sudahlah tu Rahimah…anak kita tu dah jadi isteri orang, dah jadi mak pun…biarlah dia buat keputusan dia sendiri bersama suaminya. Jangan nak keruhkan lagi keadaan yang sudah sediakala keruh…awak patut jernihkan semuanya sekarang ini”, panjang lebar kata Dato’ Malek kepada bekas isterinya.

Oleh kerana pedih hatinya, Nadiah melangkah meninggalkan bilik mesyuarat sebelum klien melangkah masuk dan mendengar jerit pekik ibu bapanya. Tidak susah mendapat kerjasama Farah untuk menyiapkan bilik perjumpaan yang lain. Walaupun setakat itu saja yang didengari olehnya, Nadiah pasti kunjungan mummy pada pagi ini untuk mengadu hal tentang keputusannya dan mungkin juga rasa marah kerana Nadiah dan Faris boleh dikira berpindah masuk ke rumah daddy.

Bernaung di bawah bumbung rumah daddy dan di mana dia dibesarkan bukanlah satu perancangan. Ia terjadi kerana desakan keadaan di masa itu kerana Faris yang bertugas di luar dan pujukan ibu berjaya menyejukkan hatinya lalu mengalah. Hati dan fikirannya tidak tenang selagi tidak bertanya hal dengan ayahnya akan tetapi bagaimana hendak dimulakan cerita membawa Nadiah mematikan langkahnya.

“Apa lagi yang tak kena daddy?” akhirnya Nadiah membuka mulut apabila ayahnya menyerahkan surat bantahan daripada ibunya sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah Malek and Co.

“You know she can’t do anything about it”, jawab pula Dato’ Malek dan terus saja memberi perangsang untuk Nadiah meneruskan hasratnya.

Bangunan yang menempatkan Malek and Co adalah milik bersama ayah dan ibunya lalu sebarang perubahan ataupun penyewa baru akan melalui ahli pengarah dan juga rakan kongsi yang ada. Usulan Nadiah untuk membuka pusat jagaan kanak-kanak ditingkat atas bangunan tersebut dipersetujui secara rawak 2 bulan yang lalu dan mendapat persetujuan sebulat suara apabila Nadiah mengemukan kertas kerja dan sumber tenaga pengajar terlatih.

“Nadiah bersyukur kerana mummy dan daddy berusaha keras mengumpul duit untuk beri segalanya. Di hari ini Nadiah yakin both of you nak yang terbaik for me dan percayalah daddy, dalam segala sakit yang pernah Nadiah rasa dan tanggung, I do know I am bless with love, care, wealth and good education. But andainya Nadiah boleh ubah kembali waktu, I want to be it here with you and mummy walaupun keluarga kita tidak bersatu. Apa yang Nadiah buat sekarang adalah untuk Aina, I’ve learnt to accept segalanya dan redha kerana Nadiah percaya hikmah yang terkandung didalamnya amat banyak. Insha’Allah mummy akan nampak kebaikan projek ni in later stage”, tutur Nadiah perlahan dan satu persatu. Waktu dan usia telah mematangkan dirinya lalu tidak mahu lagi membuat sesuatu perkara mengikut naluri nafsu tanpa berfikir panjang.

Beberapa hari yang lalu melalui kertas kerja dan cash flow yang telah disiapkan oleh Faris, telah Nadiah tunjukkan segala perancangan ubahsuai kepada Faris dan menunggu sebutharga daripada beberapa kontraktor. Segala rasa teruja dan gembira terdapat sedikit sedih apabila di hari ini tanpa sokongan yang lain, ibunya sendiri menghalang niat Nadiah dengan alasan bangunan tersebut bukan untuk kegunaan badan kebajikan. Sedih hati Nadiah tidak perlu dikatakan lagi apabila mendengar keluhan ayahnya dengan sikap ibunya yang tidak mahu berubah. Apa yang dapat Nadiah pastikan bukan keinginan Nadiah untuk membuka taska dan tadika itu yang menjadi kemarahan ibunya kerana dia tetap akan membayar sewa akan tetapi berada di rumah ayahnya selama ini membuat jiwa ibunya kacau.

“Sayang…”, cepat saja Nadiah menutup bibir Faris dari berkata dan terus juga mengatakan dia sudah tak nak dengar lagi tentang ibunya. Telah Nadiah tegaskan mencuba sejak dahulu akan tetapi keadaan masih tetap tidak berubah. Bukan juga Nadiah melebihkan ibu tirinya dan daddy namun keselesaan yang terbina memberi Nadiah keyakinan dan nafas baru untuk terus merasakan kasih yang mereka curahkan.

“Bagi peluang saya bercakap boleh tak?” tanya Faris lembut apabila Nadiah berhenti untuk menarik nafas.

“You have my full support dear. Walaupun saya merasa amat sedih dengan apa yang awak lalui bersama mummy, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana awak memilih keluarga dan berusaha memberi keselesaan juga kepada para ibu dan bapa di tempat awak bekerja dan juga kawasan setempat. Semoga niat suci dan hasrat awak menjamin keselamatan anak-anak kakitangan Malek and Co direstui dan diredhai Allah’, doa dan keyakinan yang Faris berikan menambah dan melonjakkan rasa supaya semuanya berjalan lancar dan taska serta tadika dapat dibuka dengan segera.

“Thank you”, tutur Nadiah beriring senyum.

“You are most welcome and I am proud of you”, ucap Faris lalu memberi ciuman di dahi Nadiah.

*****

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2014 08:58 AM | Show all posts
Kunjungan Azlan dan Hisham di pejabatnya awal pagi tadi telah menjernihkan keadaan lalu Faris mampu menarik nafas lega. Oleh kerana kes yang melibatkan Aisyah dan dirinya tidak melibatkan kewangan ataupun pecah amanah, Faris hanya perlu memberi tumpuan kepada seorang pekerja yang menerima wang sogokan daripada Aisyah.

Di antara celahan fail yang bertimbun serta kerja lewat malam, ketenangan fikiran dan perasaan adalah perkara pokok. Apabila itu dapat dirasai segala bebanan akan menjadi ringan dan Faris mendapatkan kembali walaupun sesekali fikirannya dibawa mengenangkan nasib Aisyah. Namun begitu hanya doa saja yang mampu Faris pohon agar jiwa Aisyah kembali pulih dan tenang.

“Congratulations Faris…you did it again. We secure all the 3 contracts”, ucapan tahniah Faris terima daripada bossnya, Mr. Song. Genggaman erat jabat tangan mereka berdua dan tepuk sorak daripada beberapa rakan kerja yang lain memenuhi ruang bilik pejabat Faris.

Puas Faris tatap wajah anaknya lalu dicium pipi kanan dan kiri seraya mengucapkan berbanyak syukur dengan rezeki yang melimpah. Senyum, senggeh dan tepuk tangan Aina di wajahnya bagaikan memberi gambaran bahawa anak kecil ini memahami isi hati ayahnya.

Genggaman serta goyangan tangan Aina di jari telunjuknya dan juga tendangan kaki adalah bicara mereka berdua. Benar seperti kata Ridzwan saat ini tidak lama kerana anak membesar dengan cepat dan akan tiba masa kita akan merindui saat-saat begini. Perbualan mereka lama sehingga Aina merenggek hendak tidur lalu memberikan lagi ruang untuk Faris bersama anaknya untuk didodoikan dan tidak habis-habis Faris mengucapkan syukur dengan memandang Aina yang makin memejamkan matanya dan lena. Selama ini Faris hanya mendengar cerita kedua orang kakaknya, kawan-kawan karib serta kenapa juga klien yang mahu cepat pulang hanya untuk bersama anak mereka dan sekarang dia sendiri merasakan demikian. Tugas di luar sering memisahkan mereka dan kerinduan akan datang walaupun baru beberapa jam terpisah.

“Rindu anak dengan rindu bini lain Ris…rindu bini macam mana balik lewat malam pun tetap tidur sebelah kita”, kata-kata Rizdwan kembali diingati dan sekarang dia melaluinya serta merasainya sendiri.

Sejak kelahiran Aina, setiap kali hendak ke luar negeri langkah Faris menjadi berat, akan tetapi demi tugas dan mencari rezeki untuk anak isteri, Faris belajar erti keinsafan lebih mendalam dengan tanggungjawab yang terpikul dibahunya sebagai seorang suami, ayah dan tidak terkecuali seorang pekerja merangkap ketua kepada anak-anak buahnya di pejabat serta menantu dan ahli masyarakat. Doa anak dan isteri diharapkan dalam setiap perjalanan hidupnya kerana Faris percaya dengan berkat doa mereka serta kepercayaan yang Nadiah berikan adalah tunggak kejayaan didalam kerjayanya. Doa dan harapannya pula semoga Allah memberikan dirinya ketabahan, kekuatan iman, kesabaran dan dijauhkan dari segala rasa bongkak dan riak dengan kejayaan yang diraih.

Bagaikan tidak puas Faris menatap wajah Aina. Walaupun sudah lena anak itu dan diletakan di katilnya, kaki Faris masih tidak mahu melangkah. Tenang didalam tidurnya sekali lagi Faris memberikan ciuman dan usapan sebelum benar-benar berlalu pergi.

“Amboiii…private suite pulak dah?” kata Nadiah sebaik saja Faris membuka pintu untuknya di Fahrenheit Suites. Sekadar senyum tipis Faris hulurkan kepada isterinya yang seolah enggan untuk melangkah masuk.

“Did i miss something darling?”, tanya Nadiah pula apabila mengamati suasana sekeliling bilik itu. Buat sementara Faris membiarkan saja Nadiah dengan segala pertanyaan dan gelagatnya dengan harapan sesuatu yang telah Faris sediakan menangkap pandangan isterinya itu. Waktu mereka berdua memang benar-benar terhad dan sejak kelahiran Aina ini baru kali kedua mereka dapat lari sebentar. Walaupun ibu dan daddy tidak pernah keberatan untuk menjaga anak mereka, Faris dan Nadiah tidak sesekali mahu mengambil kesempatan ke atasnya kecuali sesekali dan untuk sesuatu yang istimewa.

“Almost 2 years has passed…thank you for our little creature, your love and support, for every effort you are doing for me as my wife, friend, lover, companion and now mother to our child. Thank you for being simple, thoughtful and caring. I appreciate you in so many ways and this is for you and our princess” lalu Faris memeluk kemas Nadiah dari belakang, sebaik saja kad ucapan yang terselit di antara susunan bunga dibaca oleh isterinya itu.

Segulung kertas yang juga diletakkan bersama jambangan bunga tersebut tidak Nadiah buka dengan segera. Pandangan mereka bertemu dan melalui pandangan itu juga Faris menyakinkan Nadiah untuk membuka gulungan tersebut.

“Congratulations sweetheart”, jerit Nadiah lalu memeluk Faris erat dan memandang wajah ceria suaminya itu seketika kemudian. “I am so happy for you”, kata Nadiah lagi lalu memberi ciuman di bibir Faris.

Lama mereka berdakapan dan Faris merasakan kegembiraan Nadiah begitu mendalam dengan kenaikan pangkatnya walaupun jauh di sudut hati Faris menyedari mulai saat ini jadual kerjanya akan makin padat. Berkali-kali Faris mengucapkan terima kasih kepada isterinya dan ciuman demi ciuman Faris tinggalkan di ubun-ubun Nadiah.

“Alhamdulillah…rezeki kita sayang”, ucap Faris dengan kenaikan pangkatnya kepada pengarah syarikat.

“Rezeki anak-anak juga”, kata Nadiah lalu membawa tangan Faris ke perutnya. Sekali lagi mereka berpandangan dan mata Faris beralih pantas di antara tangannya dan muka Nadiah yang sudah tersenyum lebar. Dalam gembira yang berputik rasa terperanjat tetap ada apabila segalanya jelas di fikiran.

“What??? Another one next year? Jadinya saya tak salah dengarlah masa awal-awal dulu?, tanya Faris dengan buntang biji matanya. “Don’t tell me you are now pregnant”, tanya Faris lagi mohon kepastian, lalu membuat dirinya terduduk dengan istighfar dan syukur sekali.

Tanpa menanti lama dan antara percaya dan tidak Faris membawa Nadiah kembali berada didalam pelukannya . Gelak tawa yang mengiringi adalah bahagia sepasang hati yang selama ini berlandaskan keikhlasan dan kejujuran

Idea Asal : Ally

Olahan bersama : Ally dan Sanaa – September 2013

Disclaimer: Hakcipta terpelihara. Cerita ini hanya rekaan semata-mata. Nama dan tempat juga adalah khayalan penulis dan tiada sangkut paut kepada sesiapa yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Sebarang cetak di luar blog ini adalah dilarang. Terima kasih.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2014 04:04 PM | Show all posts
tahniah3...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2014 06:57 PM | Show all posts
merahsilver2U posted on 13-3-2014 04:04 PM
tahniah3...

Terima kasih kerana sudi membaca...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2014 06:30 PM | Show all posts
so sweet... sukanya TT... happy ending hopefully...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2014 11:54 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 11-6-2014 06:30 PM
so sweet... sukanya TT... happy ending hopefully...

Terima kasih kerana sudi membaca....Ada epilogue tapi telah tergantung sekian lama . Andai waktu menemukan saya kembali dengan 'A Place Called Home' epilogue akan muncul di sini....Insha'Allah
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 01:08 PM | Show all posts
sanaa1 posted on 13-6-2014 11:54 AM
Terima kasih kerana sudi membaca....Ada epilogue tapi telah tergantung sekian lama . Andai waktu ...

no problemo TT... keep it up
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.103019 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list