View: 6958|Reply: 42
|
[Tempatan]
{8} Doktor periksa sambil cabul pesakit di wad rupanya...!
[Copy link]
|
|
14 Februari 2014
Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia lewat 30-an sanggup menyamar sebagai doktor sebelum berpura-pura melakukan pemeriksaan dan mencabul pesakit wanita yang sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di sini.
Bagi meyakinkan mangsa, lelaki terbabit turut memakai pakaian doktor ketika melakukan pemeriksaan.
Kesempatan itu kemudian digunakan untuk mencabul mangsanya.
Harian Metro difahamkan, lelaki berkenaan dikesan melakukan kegiatan berkenaan secara sendirian sejak lebih empat bulan lalu.
Sasarannya pesakit wanita dan sehingga kini seramai enam mangsa sudah dicabul lelaki itu namun kebanyakan mereka tidak membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan.
Bagaimanapun, seorang wanita berusia 25 tahun yang menjadi mangsa terbaru ‘doktor’ terbabit tampil membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah selepas mendakwa dicabul lelaki berkenaan dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam kelmarin.
Menurut sumber, laporan polis itu dibuat selepas mangsa mengetahui lelaki itu bukanlah doktor mahupun kakitangan hospital sebaliknya hanya individu biasa yang menyamar sebelum mencabul pesakit wanita.
Beliau berkata, mangsa yang ditemani ibunya berusia 50-an di wad di hospital berkenaan mendakwa melihat seorang lelaki berpakaian seperti doktor berlegar-legar di kawasan wad berkenaan.
“Biarpun curiga dengan kelibat lelaki itu, mangsa hanya mendiamkan diri kerana menyangkakan dia adalah doktor ataupun kakitangan hospital.
“Lelaki berkenaan kemudian menghampiri mangsa sebelum mendakwa mahu melakukan pemeriksaan,” katanya.
Sumber itu berkata, biarpun sedikit curiga, mangsa yang masih menyangkakan lelaki itu adalah doktor memberikan kebenaran agar diperiksa.
“Lelaki itu kemudian mula meraba tubuh mangsa dan memberitahu mangsa dibenarkan keluar dari wad tiga hari lagi sebelum meninggalkan wad berkenaan,” katanya.
Katanya, disebabkan tidak berpuas hati dengan tindakan doktor terbabit yang mencabulnya, mangsa kemudian bertanya perkara itu kepada jururawat bertugas.
“Jururawat terbabit kemudian mendakwa tiada doktor yang melakukan pemeriksaan ketika waktu berkenaan menyebabkan mangsa menyedari dia dicabul individu menyamar doktor,” katanya.
“Malah, perkara itu disahkan jururawat terbabit selepas melakukan semakan bahawa lelaki itu bukanlah doktor mahupun kakitangan hospital itu,” katanya.-myMetro
p/s pada kebanyakan masa, biasanya doktor diiringi nurse...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kegilaan apakah org lua bole cek badan org?di bilik mana pg cek2 tu? |
|
|
|
|
|
|
|
erk. pandan indah ada hospital ke? mcm tak nampak je? yang nampak pondan2 berkeliaran... |
|
|
|
|
|
|
|
waaa, rilek je. masuk hospital, meraba2 then kuar |
|
|
|
|
|
|
|
4 bulan baru kantoi jdik dr??
hebat ko.. |
|
|
|
|
|
|
|
hospital ampang atau hospital pantai pandan indah... |
|
|
|
|
|
|
|
AdamBillionaire posted on 14-2-2014 05:46 AM
erk. pandan indah ada hospital ke? mcm tak nampak je? yang nampak pondan2 berkeliaran...
Hang dok mana kalau tak tau jangan dok sembang buat malu kat orang jah |
|
|
|
|
|
|
|
Macam kata abang Hisyam.... Mesia masih selamat. |
|
|
|
|
|
|
|
kpd pesakit wanita..
klau dr lelaki nak cek,spttnya mmg kene ade sorg nurse tmnkan.
chaperon org kata..hehe
klau xde, anda blh request..
Know ur right k
|
|
|
|
|
|
|
|
kat area2 pandan indah ada 2 hospital je.
Hospital Ampang dengan Pantai Medical centre |
|
|
|
|
|
|
|
pkai siap2 kot doktor dari rumah. park kereta tempat public msuk wad. spe nk cam |
|
|
|
|
|
|
|
sumber dari metrosex |
|
|
|
|
|
|
|
semakin ramai lelaki gila seks di malaysia.. |
|
|
|
|
|
|
|
4 bulan ..lama tu.
apa sekuriti buat? tido ka?
klu doktor plsu bole kuar masuk selama 4 bulan..
bilik ubat tu msti bole seludup kluar skali..
takde sekuriti lngsung..
teringt spital kt perak, mak guard punyele tegas periksa, smpai dktor2 pn diperiksenye skali..bagus mak guard ni... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm tipu je cerita ni... style cerita bangbros omputih buat hahhaha |
|
|
|
|
|
|
|
entah2 doktor tu tengah rakam aksi dier kpd wanita tersebut...mcm2... |
|
|
|
|
|
|
| |
|