CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10130|Reply: 27

CERPEN: Eliya Elias

[Copy link]
Post time 15-2-2014 02:18 AM | Show all posts |Read mode
Hey. Read my next cerpen. :*



******************

1





Sepanjang hari Eliya menunggu panggilan daripada lelaki itu. Namun, hampa. Janji hanya tinggal janji. Sudah banyak kali Arshad mungkir janji dengannya. Hari tu, lelaki itu berjanji mahu keluar dengannya. Sampai ke malam dia menunggu namun, bayang-bayang lelaki itu langsung tiada. Semalam lelaki itu juga berjanji tapi hampa. Eliya mengeluh. Ke manakah lelaki itu? Sibuk sangatkah dia sampai tidak sempat menghubunginya? Sibuk sekalipun tak akan Whatsapp yang dia hantar, lelaki itu juga tidak membalasnya. Dulu, sesibuk mana pun Arshad akan membalasnya tapi sekarang?



Apa dia ada melakukan kesalahan terhadap lelaki itu? Jika ada, mengapa Arshad mendiamkan diri dan membuat dia tertunggu tunggu? Dia cuba mendail nombor Arshad namun hampa. Masuk Voicemail. Dia juga menghantar Whatsapp, namun tiada apa-apa balasan daripada si dia.



Ya. Memang sejak dua menjak ini, Arshad banyak berubah. Dia perasana akan semua itu. Dulu, mereka berdua sering makan bersama di kafeteria di kolej. Sekarang, dia makan sorang diri. Dulu, mereka sering pulang bersama. Sekarang, Arshad hanya meninggalkan pesanan memberitahu bahawa dia tidak dapat pulang bersama. Sekali lagi dia mengeluh.



Dia juga perasan Arshad banyak berubah sejak perempuan itu muncul. Julia. Adik tirinya. Selepas Julia ditukarkan ke kolej tempat dia belajar atas arahan papanya,  Arshad banyak menjauhkan diri daripadanya. Dia bukan berburuk sangka. Walaupun Julia dan dia tidak sebulu. Tetapi, perasaan itu sering kali hadir apabila dia memikirkan soal itu.





**************




Selepas hampir 1 tahun mama meninggalkan dia dan papanya, papa mengambil keputusan untuk berkahwin lagi dengan seorang janda beranak satu tanpa menanyakan keputusannya.




Selepas papa berkahwin, Eliya membawa diri dan dia tinggal bersama dengan tok akinya, Tan sri Irshad. Ayah kepada mamanya. Dia pergi kerana papanya mengabaikan dirinya dan beralih kepada Julia. Papa lebih sayangkan Julia. Semua itu terbukti saat Julia merengek mahukan bilik tidurnya yang jauh lebih besar berbanding bilik yang papa telah sediakan untuk Julia. Dan papa setuju. Dan Eliya, terpaksa memindahkan semua barang-barangnya ke bilik yang sepatutnya dijadikan sebagai bilik Julia.




Bukan itu saja, Nissan Gtr miliknya yang dihadiakan oleh mama juga papa sanggup memberi kepada Julia saat gadis itu mogok tidak mahu makan kalau dia tidak mahu memberi kereta itu. Dia pula berkeras tidak mahu menyerahkan kereta itu dan dia menyuruh papa saja belikan yang baru. Tapi, Julia tidak mahu. Gadis itu tetap mahuka n keretanya. Dia dan papanya bertengkar. Dan papa sanggup memarahinya kerana gadis yang tidak mempunyai pertalian darah dengan papa.




Kerana dia tidak tahan dengan tindakan papa, dia membuat keputusan untuk tinggal dengan tok akinya. Dan papa langsung tidak menghalang. Sampai sekarang papa tidak datang untuk membawanya pulang. Tok aki pula, berang dengan tindakan papa. Kemarahan yang dulu belum reda sekarang papa menambahkan lagi kemarahan tok aki. Selepas mendapat tahu Nissan Gtrnya diambil oleh Julia, tok aki menggantikan dengan kereta Audi R8. Tok aki pernah memberitahunya, bahawa tok aki sanggup menghabiskan wang untuk Eliya. Kerana hanya dia satu-satunya cucu yang tok aki ada.




Mengenangkan semua itu membuatkan air matanya mahu mengalir. Dia tidak tahu mengapa papa lebihkan Julia sedangkan dia adalah anak kandung papa. Bukan Julia.




***********




Ketukan pada daun pintu biliknya, mwngejutkan Eliya dari kenangan pahit itu.




"Cik Iya, Tan Sri ajak Cik Iya turun makan."




Suara Mak Jah kedengaran disebalik pintunya.




"Baiklah Mak Jah. Nanti Iya turun."




*********




"Iya, semalam cakap nak keluar dengan Arshad. Kenapa sekarang masih ada dekat rumah? Tak jadi ke date kamu berdua?"




Eliya hanya mengangkat kedua-dua bahunya. Tok aki tahu hubunganya dengan Arshad kerana dia terkantoi saat dia berbual-bual ditelefon dengan Arshad. Hanya papa saja belum tahu. Dia tidak sempat mengkhabarkan berita itu kerana dia 'dihalau'.




"Kenapa princess tok aki monyok je ni? Gaduh dengan buah hati ke?" Soal Tan Sri Irshad apabila cucunya hanya mendiamkan diri.




"Hmm. Nothing. Just. Entahlah, tok aki. Arshad tu. Sejak akhir ni, busy je kerja dia. Susah sangat nak keluar bersama. Dekat kolej, langsung tak boleh nak berbual dengan dia. Call, text semua tu, dia langsung tak angkat. Tak reply." Eliya meluahkan semua kelakuan Arshad akhir-akhir ini.




"Hmm. Entah-entah, dia memang busy kot. Dia kan kena ganti tempat ayahnya selepas study nanti. Hah Iya pun tok aki ingat nak mintak Iya gantikan tepat tok aki after habia belajar nanti. Boleh?" Soal Tan Sri Irshad. Kalau cucunya tidak mahu, dia tidak akan memaksa. Dia mahu Eliya buat keputusan sendiri. Dia tahu, gadis seperti Eliya pasti mempunyai pilihan sendiri.




"I don't know. Sebab papa nak Iya gantikan tempat dia bila habis study nanti." Maklum Eliya dengan mulut yang penuh dengan makanan.




"Iya, tak elok bercakap dengan mulut penuh macam tu. Ni kalau Arshad tengok tak ke lari budak tu nanti?" Nasihat Tan Sri Irshad sambil tangannya menyapu tepi bibir cucunya yang terlekat dengan sebutir nasi. Anak dara apa lah macam ni.




Wajah Eliya semakin monyok saat tok akinya bergurau seperti itu. Dia tahu bahawa tok aki sekadar bergurau. Tapi dia tidak suka dengan gurauan  sebegitu.




"Tapikan. Tak silap tok aki, semalam ada seorang kawan tok aki maklum kan pada tok aki yang, your dad nak Julia gantikan dia. Not you." Perlahan nada Tan Sri Irshad maklumkan pada cucunya. Matanya sempat mengerling wajah itu. Jelas ternyata gadis itu terkejut. Pasti beberapa saat nanti confirm ada bom yang akan meletup. One. Two. Three.




"What?!"




Bergegar meja mewah yang penuh dengan makanan itu hentakan yang dihadiakan oleh Eliya. Sampai tergolek cawan ditepinya. Kan dia dah cakap. Dia kenal cucu dia ini.







bersambung...




*So how? Sorry kalau tak best. Ngee XD enjoy it.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2014 06:59 PM | Show all posts
Dear tak kan tak dok sambungan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2014 08:26 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 21-2-2014 07:59 PM
Dear tak kan tak dok sambungan?

so sorry lambat sambung. Otw ye. Tunggu tauuu,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2014 08:33 PM | Show all posts
2

Dato' Elias hanya memandang wajah anak gadisnya itu. Dia pasti Eliya sudah tahu akan berita itu. Dan daripada siapa? Pasti daripada bapa mertuanya, korporat terkenal, Tan sri Irshad. Lelaki itu kan ramai kawan, tentu salah seorang daripada mereka mengasi tahu kepada lelaki tua itu. Dan dengan wajah gadis itu kemerahan seperti menahan marah.

"Hey, how are you? Lama Iya tak balik ke rumah. And I know. Pasti ada something right yang membuatkan Iya balik ke sini? By the way, how was your tok aki? Is he fine? Lame dah papa tak jumpa dengan tok aki."

"Papa, I want to ask you about something."

"Yes, sure. Go ahead."

Dia memandang wajah papanya. Wajah yang dia rindui. Hampir 3 bulan dia pergi. Dan selama itu juga dia tidak bertemu dengan papanya. Dia tahu bahawa  tindakannya itu adalah salah. Tapi tindakan papanya juga salah. Huh! Tapi, tujuan ke sini bukan sebab itu. Dia mahu bincangkan sesuatu dengan papanya. 'Tetamu' yang tidak diundang juga sudah dia 'halau'. Julia and her mother, Datin Jelita. Huh. Jelita lah sangat mama aku lagi jelita. Omel Eliya dalam hati.

"Iya. Iya nak tanya apa? I'm waiting."

"Ha? Oh.. ya. Hmm. Is that was true, papa?"

"Hmm. About what, princess?"

"Paa. Please. Tak payah berdalih. I know that you know what I'm talking about." Geram dengan papanya yang masih mahu berdalih.

"Okey. Okey. Hish. Semakin garang sejak duduk dengan tok aki, ya?" Sempat dia bergurau sedangkan anak daranya itu hanya menunggu untuk menerkamnya sahaja.

"Yaa. It was so true, dear. Papa, nak Julia yang gantikan tempat papa. Ambil alih Megah Holdings. Are you have anything problems with that?" Sambung Dato' Elias.

Dia tahu puterinya itu marah dengan keputusan dia. Dia pernah berjanji bahawa Megah Holdings akan dia serahkan kepada Eliya selepas puterinya itu tamat belajar. Tapi, sekarang dia mungkir janji. Dia mahu Julia yang memegang jawatan CEO Megah Holdings.

"Papa, I'm sorry dengan apa yang Iya cakapkan. But, are you out of your minds? Papa. She's not your daughter. She's just your step daughter. I'm your daughter,  papa. Dia langsung tak ada hak dalam Megah Holdings. Megah Holdings is mine. Mine. Not her!" Begang! Dia begang dengan keputusan papanya. Bengang sampai dia tidak sedar bahawa dia telah meninggikan suaranya.

"Iya. What is wrong with you? Sedar tak Iya cakap dengan siapa sekarang? Your dad! Jangan berani tinggikan suara dengan papa." Dato' Elias bangun dari duduknya lalu berjalan ke luar balkoni pejabat mininya.

"I'm sorry, papa." Eliya tidak menyangka dia akan meninggikan suaranya.

"I don't like it. Ini ke yang mama ajar Iya? Kurang ajar dengan papa sendiri?" Marah Dato' Elias.  Dia tidak sangka anak yang dia didik selama ini meninggikan suaranya. Hanya kerana sebuah syarikat?

"Papa, please. Jangan libatkan mama dalam hal ini. Mama dah lama pergi. Jangan libatkan dia."

Dia tidak suka papa memarahi mama atas kesilapannya. Mama mendidiknya dengan baik. Tiada cacat cela. Mungkin silapnya datang daripada dia. Bukan daripada orang lain.

"So, apa yang Iya tak puas hati dengan keputusan papa?" Soal Dato' Elias.

"Papa. I know you remembered your promise. Janji papa nak serahkan Megah Holdings to me. Not Julia. Kenapa papa mungkir janji? Papa kan tak suka mungkir janiji." Dia masih ingat papanya tidak suka pada orang yang mungkir janji. Papa paling benci dengan orang seperti itu. Tapi, sekarang menagapa papa yang mungkiri?

"Ya. It's true. Memang papa tak suka. Tapi, kita ada buat perjanjian bertulis ke? Hitam putih? Have we did it?" Soal papa dengan melemparkan pandangannya ke luar balkoni.

"Papa. What's wrong with you? Kenapa papa jadi macam ni? Sejak papa kahwin dengan perempuan tu, papa dah banyak berubah. Apa yang perempuan tu dah jampikan papa? Hah?!" Soal Eliya dengan perasaan marah.

"Eliya Elias! Be careful with your words! Kenapa jadi kurang ajar macam ni? She's my wife now! Don't call her like that. Hormat dia. She's your mother now. Kalau tak nak hormat dia as your mother sekalipun please respect her as my wife. Your dad's wife."

Eliya hanya memandang wajah papanya yang kemerahan. Hormat that bitch? Perempuan yang merampas semua hak dia? No. It were never be happen!

"Papa sanggup marah Iya just because that woman? Yaa. Now, Iya percaya yang perempuan tu dah gunakan papa. I have to talk with that woman."

Laju kakinya melangkah keluar dari pejabat mini papanya. Saat kakinya melangkah ke ruang tamu, sepasang matanya tertancap pada 2 orang perempuab berbual di ruang itu.

"Hah! Here you are! I want to talk with you, Jelita."

Datin Jelita dan Julia bangun dari sofa mewah itu dan berjalan perlahan-lahan ke arah Eliya. Gerun mereka memandang wajah merah padam gadis itu. Kenapa gadis ini tiba-tiba saja mahu bercakap dengan dia?

Walaupun gadis ini tidak mahu memanggilnya dengan panggilan mesra. Tak apa dia tidak kisah. Dia tahu Eliya masih tidak dapat menerima diri dia lagi. Dia akan terus menunggu gadis itu untuk menerima dirinya. Dia tidak mahu memaksa. Dia takut gadis itu semakin menjauh. Jelita sayangkan anak tirinya seperti menyayangi anak sendiri. Sayangnya lebih banyak terhadap gadis itu daripada sayang dia terhadap Julia.

Saat Julia meminta bilik dan juga kereta milik Eliya, sungguh dia geram. Malah, kalau boleh dia mahu menampar anaknya. Dia tidak suka Julia mengambil hak orang lain. Dia tahu Julia hidup susah dari kecil tapi bukan dengan cara ini untuk hidup senang. Dan marahnya bertambah saat Eliya pergi kerana disisihkan oleh papanya sendiri. Suaminya lebih manjakan Julia daripada Eliya. Haruslah gadis itu pergi. Dia risau. Dimana gadis itu mahu tinggal? Akhirnya, dia boleh bernafas lega apabila Eliya tinggal bersama tok akinya.

"Erm. Eliya nak cakap apa dengan mummy?" Soal Jelita.

"Hey. Apa yang kau dah jampikan papa aku? Sampai dia dah pandai marahkan aku sekarang?" Soal Eliya.

"Eliya!" Eliya tidak hiraukan tengkingan papanya. Apa yang dia mahu perempuan dihadapannya kini.

"Astaga. Eliya. Eliya cakap apa ni? Jampi? Mummy tak jampi papa Eliya, sayang." Mengucap panjang Jelita saat Eliya menuduhnya menjampi papanya. Dia tidak melakukan perkara syirik begitu. Julia di sebelah mummynya hanua mendiamkan diri. Tidak mahu masuk campur.

"Eh, perempuan. Kau tak payah nak berlakon depan aku lagilah. Aku tahu kau dah jampikan papa supaya dia bencikan aku. Kan? Mengaku jelah."

"Eliya. Mummy tahu Eliya tak suka mummy kahwin dengan papa Eliya. Tapi, sumpah. Mummy tak amalkan perkara syirik macam tu, sayang. Jangan tuduh mummy macam tu. Mummy sanggup junjung al-Quran kalau Eliya tak percayakan mummy." Teresak-esak dia menangis dan meraih tangan Eliya.

Laju Eliya merentap tangannya. Rentapan itu membuatkan Jelita jatuh terduduk. Julia terkejut dengan tindakan Eliya. Dato' Elias yang berdiri di tangga terakhir laju mendapatkan isterinya.

"Eh, betina. Kau ingat kalau kau berlagak alim macam ni, aku akan percayakan kau? Sebab kau dan anak kau ni papa aku marahkan aku. Aku benci tengok muka kau dan anak kau ni, betina!"

Pang!!!

"Abang!"

Hampir terduduk Eliya saat papanya melayangkan tapak tangan itu ke pipinya. Nasib baik dia sempat berpaut pada almari kaca di situ.

Semua yang berada di situ terkejut dengan tindakan Dato' Irshad. Tidak sangka lelaki itu akan menampar anaknya. Termasuk Eliya.

"Kau dah melampau Eliya. Menyesal aku sebab manjakan kau dari dulu."

"Sanggup papa tampar Iya just because of this bitch?" Soal Eliya dengan tangannya memegang pipi yang pedih itu. Perit dia rasakan.
Sekali lagi Dato' Irshad mengangkat tangannya. Tapi, sempat di tahan oleh Jelita.

"Abang dahlah. Jangan macam ni."

Jelek Eliya memandang Jelita dengan lakonan hebatnya itu.

"Papa nak pukul Iya lagi? Pukul lah pukul sampai papa puas. Nak bunuh Iya sekalipun Iya dah tak kisah. Biar Iya ikut mama. Papa pun tak kisah kan? Because you already have a new daughter now. So, tak kisah lah kalau Iya hidup atau tak. Kan?" Terkedu Dato' Irshad saat Eliya mengeluarkan ayat sebegitu.

"You know what, pa? Sejak papa buat keputusan untuk kahwin satu lagi, Iya mogok, right? Because of this. Iya takut papa abaikan Iya. Iya belajar untuk bersabar dengan sebarang kemungkinan. Iya sabar bila papa berikan bilik Iya yang mama hiaskan khas untuk Iya tu pada Julia. Iya bersabar bila papa berikan Nissan Gtr yang mama hadiahkan untuk Iya sempena Iya sambung belajar pada Julia. Papa sanggup biarkan Iya pergi keluar dari rumah ni. Selama Iya disana, Iya tunggu papa datang pujuk Iya. Bawa Iya balik. But, papa langsung tak datang. Malah, papa lansung tak call Iya. Tanya Iya sihat or not. Perkara yang Iya takutkan dah terjadi. Iya diabaikan oleh papa Iya sendiri."

Sebak Jelita mendengar rintihan anak tirinya itu. Ini semua salahhya. Kalaulah dia tidak setuju untuk menikahi papanya Eliya, pasti hal-hal sebegini tidak akan terjadi.

"And now, bila papa nak serahkan Megah Holdings pada Julia, Iya dah tak boleh bersabar and bertahan lagi dah. I can't. Just duduk and tengok apa yang papa lakukan. Papa, don't you see? Mereka saja nak rampas semuanya daripada kita. Everything, pa." Eliya meluahkan semuanya yang terbuku dalam hatinya. Dia dah tak sanggup untuk memendam lagi perasaan sakitnya. Biar papa tahu apa yang ada dalam hati dia.

"Now, plan mereka dah berjaya. Mereka buat kita bertengkar macam ni sampai papa yang tak sanggup nak cubit Iya ni, tampar muka Iya." Eliya diam. Dia mahu papanya membalas setiap luhannya. Tapi, papa hanya membeku. Dia kecewa.

"It's okaylah papa. Now, you don't love me anymore. Papa buatlah apa yang papa nak buat. Iya dah malas nak masuk campur. I'm tired, pa. Sangat!" Eliya melangkah pergi. Saat dia tiba dihadapan pintu utama, dia berhenti dan berpaling.

"By the way, thanks pa. Iya harapkan ciuman rindu daripada papa akan melekat dipipi Iya. Tapi, tak sangka plak. Tapak tangan papa yang melekat. Iya akan pergi pa. Papa anggap saja papa tak pernah ada anak perempuan yang bernama Eliya Elias. I hope, when I go, you and your new family will be happy without me. Selamat tinggal Dato' Elias. Saya harap Dato' Elias halalkan semuanya. Assalamualaikum."

Eliya berharap papanya akan memanggil dan memujuknya supaya jangan pergi tapi papa hanya biarkan dia pergi. Dia kecewa. Hati dia sakit. Sakit sangat. Mama dah pergi tinggalkan dia. Sekarang papa. Dia hanya ada tok aki dan Arshad saja dalam hidupnya. Air matanya mengalir seperti air terjun mengalir. Laju.

"Eliya. Eliya nak pergi mana sayang? Eliya jangan pergi. Papa tak sengaja. Mummy akan pujuk papa dan Julia serahkan balik semua milik Eliya." Jerit Julia. Namun jeritannya hanya dibiar sepi oleh gadis itu.

"Mummy. Julia tak akan pulangkan balik." Terbuntang mata Julia saat mummynya mahu dia pulangkan semuanya pada Eliyam. No. Langkah mayat dia dulu.

"Abang. Pujuklah Eliya, bang. Jangan bagi dia pergi. Cakap abang tak sengaja tampar dia. Dia satu-satunya anak abang." Rayu Jelita. Dia tidak sangguo hendak membiarkan gadis itu pergi. Yang sepatutnya pergi adalah dia dan anaknya. Bukan gadis itu.

Dato' Isrhad hanya memandang anaknya pergi dengan kereta Audi R8 itu. Dia berpusing dan memanjat anak tangga satu persatu. Dia tidak sangka bahawa dia menaikkan tangan pada muka anaknya.

Isteri pertamanya telah pergi meninggalkan dia. Sekarang satu-satunya puteri yang dia miliki juga pergi meninggalkan dia?

Ya Allah. Apa yang telah aku lakukan?


Bersambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2014 08:34 PM | Show all posts
3

Selepas Eliya keluar dari rumah papanya, dia terus memandu Audinya dan menelefon Arshad. Tetapi, Arshad tidak menjawab panggilannya. Kemana pula lelaki itu pergi saat dia perlukan Arshad? Dek rasa geram dia membaling iPhonenye ke seat sebelah. Pedal minyak ditekan menambahkan lagi kelajuan keretanya. Air mata yang mengalir di seka dengan kasar. Satu saja tempat yang terlintas difikirannya. Kubur!

********

Elisya memandang kubur arwah mamanya. Di sinilah tempat yang dia selalu datang sekiranya dia rindukan mamanya. Walaupun mamanya sudah pergi dia tetap datang menziarahi. Dia rindukan mamanya. Kenapa cepat saja mama pergi tinggalkan dia? Sekarang papa sudah tidak sayangkan dia. Hanya tok aki yang dia ada. Arshad? Entahlah. Sudah beberapa kali dia menelefon lelaki itu tapi hampa. Selalu masuk voicemail. Kene culik ke apa mamat ni.

Huh!

"Mama, Iya rindukan mama. Rindu sangat. Papa sekarang dah tak sayangkan Iya sejak papa kahwin lain. Semua pemberian mama kasikan pada Iya papa kasi kat anak tiri dia. Hati Iya sakit sangat. Kenapa papa buat Iya macam ni?" Teresak-esak Eliya mengadu.

"Mama, kenapa mama tak bawak Iya sekali? Kenapa mama tinggalkan Iya sorang-sorang?" Sambung Eliya. Dia memandang kubur arwah mamanya.

"Mama, Iya balik dulu. Nanti Iya datang lagi. Assalamualaikum." Dia melangkah pergi. Seketika, dia berpaling. 'Iya sayangkan mama. Bila tiba masanya nanti, Iya akan menyusul mama.'

************

"Assalamualikum. Tok aki. Iya dah balik." Melangkah saja ke dalam Villa itu, dia memanggil tok akinya. Kalau papa tidak mahukan dia. Tok aki ada untuk dia. Biarlah hanya tok aki.

"Waalaikumussalam. Iya, lewat balik."

"So sorry. Lupa nak call tok aki. Kasi tahu yang Iya ke kubur arwah mama tadi." Dia memeluk tok akinya yang duduk membaca surat khabar di ruang tamu itu.

"Ohh. Tok aki dah lama tak ke sana. InsyaAllah kalau ada masa nanti tok aki nak jugak melawat kubur arwah mama kamu tu." Kata Tan Sri Irshad sambil tangannya membelai rambut cucu kesayangannya itu.

Eliya hanya mengangguk saja.

"Princess, kenapa diam je ni? Selalunya mulut kamu yang berbunyi satu rumah. Rundingan dengan papa kamu tak berhasil ke?"

Sesaat kemudian Tan Sri Irshad terdengar tangisan. Laju kepalanya menunduk melihat wajah cucunya itu.

"Hey. Kenapa menangis ni? Tok aki ada tersilap cakap ke?" Soal Tan Sri Irshad.

"Pa. Pa. Papa dah tak sayang Iya." Adu Eliya pada tok akinya.

"Hey. Kenapa cakap macam tu? Of course laa papa sayangkan Iya." Pujuk tok akinya.

"No! He doesn't love me, tok aki." Belakang tapak tangannya menyapu air matanya dengan kasar.

"He was slap me. Dia tampar Iya sebab nak bela perempuan tu." Sambubg dia lagi.

Terkejut Tan sri Irshad. Dato' Elias menampar cucunya hanya kerana mahu membela perempuan lain berbanding anak sendiri? Apa lelaki itu telah gila? Siapa darah dagingnya sekarang ini? Lelaki itu betul-betul sudah melampau.

"How dare dia tampar princess to aki." Marah Tan Sri Irshad.

"So, how about Megah Holdings? Dia still nak kasi Megah to her step daughter?" Soal dia selepas Eliya berhenti menangis.

Eliya hanya mengangguk.

"Papa still nak anak tiri dia. Iya dah tak ada gunanya lagi untuk dia. I'm nothing. Iya tak tahu kenapa papa nak sangat Julia ambik alih Megah. Padahal that girl langsung takde hubungan dngn dia." Jelas Eliya kepada tok akinya.

Agaknya papa dia dah hilang akal. Tiba-tiba saja memberi Megah Holdings itu kepada orang lain. Sepatutnya dia yang layak. Bukan Julia yang entah datang daripada mana.

"Shhh. Dah. Sebenarnya, ada hikmahnya jugak kalau papa tak kasi Megah tu kat Iya."

"What do you mean, tok aki?" Soal Eliya dengan kening kiri kanan terangkat. Hikmah apa plak ni?

"Yaa, cuba Iya fikir. Kalau papa kasi Iya jaga Megah tu, sapa plak yang nak kena jaga Cahaya Holdings?"

"Hah? Kan tok aki ada." Apa plak yang tok aki dia merepek ni?

"Iya... Kan tok aki nak Iya yang ambik alih Cahaya nanti lepas graduate. Kalau Iya ambik dua-dua, tak penat ke nanti? Biarkan aje Megah tu. Papa tau lah apa yang dia buat. Tapi, tok aki tetap nak cucu tok aki yang sorang ni ambik ganti tempat tok aki. Boleh?" Pujuk Tan Sri Irshad.

Dia tahu Eliya sayangkan Megah Holdings macam dia sayangkan dirinya sendiri. Tapi, apakan daya kalau papanya mahu begitu. Biar dia jelah yang serahkan Cahaya pada Eliya.

"Tok aki tak kisah ke Iya yang ambik alih Cahaya? Bukan tok aki dah arahkan orang lain ke?" Soal Eliya. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Dia sudah serik.

"Memang tok aki mintak someone yang uruskan. But, bila dah jadi macam ni, tok aki ambik Iya jelah. Lagipun, tok aki tak nak lah Iya kerja kat tempat entah apa-apa. Sekarang kan susah nak cari kerja. Iya ganti tempat tok aki, okey?"

Dia menunggu jawapan daripaa cucunya itu. Kalau Eliya setuju dia hanya tinggal menelefon peguamnya untuk menguruskan segalanya saja.

Eliya memikirkan tawaran tok akinya. Betul juga kata tok aki. Nanti takdela dia susah-susah nak cari kerja lain. Lagipun tok aki dah tua. Dah tak ada siapa. Hanya dia saja.

"Kalau tok aki percayakan Iya, Iya terima tawaran tok aki tu. Tapi. Tapi, Iya perlukan someone untuk guide Iya. Iya bukannya tau sangat pasal ni semua. Nak nak uruskan syarikat gergasi tok aki tu. Huh!" Terang Eliya.  

"Itu, Iya jangan bimbang. Tok aki dah ada someone yang boleh guide Iya. Nanti tok aki uruskan semuanya." Kata Tan Sri Irshad.

Dia lega apabila Eliya bersetuju untuk menguruskan Cahaya Holdings. Syarikat yang dia dan isterinya bangunkan bersama-sama. Dia tidak mahu Cahaya jatuh ke tangan orang lain. Hanya itu kenangannya bersama isterinya yang masih tinggal.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2014 08:35 PM | Show all posts
4

Berakhir saja kelasnya, Eliya terus mencari Arshad. Satu kolej dia pusing tetap tidak jumpa. Malah, kawan-kawan dia dan Arshad juga tidak tahu lelaki itu ke mana. Haih. Tak akan mamat ni takde kelas kot hari ni. Sedangkan jadual kelas Arshad semuanya dia sudah hafal. Kalau tukar sekalipun, dia tetap akan tahu kerana kawan baik Arshad akan memaklumkan kepadanya tanpa diminta.

Dia cuba lagi mencari di cafe, di lab dan perpustakaan. Tetapi, Z.E.R.O! Arshad takde. Dia melepaskan lelahnya di salah satu bangku di sekitar taman kolejnya itu. Dia berfikir, kemana Arshad pergi? Dan kenapa lelaki itu seakan mahu menjauhkan diri daripada dia? Huh. Penat memikirikan semua itu. Masalah keluarganya juga belum selesai. Tambah plak dengan perangai baru Arahad ini.

Tit. Tit. Tit.

Dia mencapai iPhonenya didalam handbagnya yang berjenama Coach Poppy itu. Ada satu whatsapp. Swipe and

'Eliya, I heard that Arshad want to hang out with someone this tonight at Zouk Club. Come if you want.' - Joe.

'Arshad nak hang out dengan someone? Who?' - Eliya.

' I don't know. Dia pergi macam tu je. Kalau nak tahu datang malam ni.' - Joe.

'Oh. Okey. Thanks.' - Eliya.

Setelah berbalas whatsapp dengan Joe, kawan baik Arshad, Eliya berfikir. Dengan siapa Arshad mahu keluar? Dan kenapa lelaki itu langsung tidak maklumkan kepadanya? Hmm. Dia perlu pulang dan bersiap untuk ke sana.

**********

Setiba saja di hadapan Zouk, Eliya membetulkan rambutnya yang ikal keperangan. Membetulkan mini dress tube merahnya agar rapi. Dia mahu kelihatan cantik malam ini. Dia turun dari R8nya. Semua mata memandang ke arah dia. Apa dia kisah. Bukannya dia tidak biasa ada mata mata yang memandang. Dia cucu kepada Tan sri Irshad. Of course dia jadi perhatian. Cucu kepada korporat yang terkenal.

Dia melangkah masuk ke dalam setelah dibenarkan masuk oleh pengawal yang bertugas dihadapan. Matanya mula melilau. Dia mahu mencari Arshad. Kata Joe, Arshad ada di sini skarang. Tapi, where is he? I don't see him.

Eliya ke counter bar yang telah disediakan di tengah club itu. Dia memesan air coke. Sorry. Jahat-jahat dia, dia tak akan teguk air haram tu. Yuckss. Dia pernah mencuba. Then, air tu langsung tak menarik hati dia. Dalam kata lain, masam and busuk.

Dude, I will not drink that shit thing.

Dalam dia tengah seronok mengoyang mengikut rentak muzik, ada seorang jejaka menegur dia. Pada awalnya malas dia mahu melayan. Tapi, lelaki itu tidak terus berhenti bercakap itu ini. Dia pun terpaksa.

"I'm Fawwaz Danial. You just can call me whatever you want. But, I prefer you call me Danial." Ucap Danial menggoda.

Dari tadi dia duduk di hujung sana, gadis ini telah menarik dia untuk ke sini dan berbual denganya. Memang awalnya, gadis seksi ini tidak melayan. But, he like it. Nampak macam senang nak dapat. Tapi, sebenarnya susah. Macam burung merpati.

"Ohh. Danial. And I'm Eliya. Just Eliya." Balas Eliya.

Danial menarik tangan Eliya lalu mengucupnya. Eliya hanya membiarkan kelakuan lelaki itu. Bukannya dia tidak biasa. Malah, ada yang lebih berani daripada ini. Dia malas mahu mengambil pusing soal itu semua. Apa yang dia tahu dia mahu happy enjoy di sini tanpa gangguan yang menyemakkan kepalanya. Tapi malam ini misi dia lain. Dia mahu mencari Arshad.

"Hey. Hey miss Eliya."

Sudah lenguh tangannya mengawan di awangan. Tapi, Eliya hanya memandangnya tanpa berkelip. Kacak sangat ke dia ni? Dia memang kacak pun. Order makanan di kedai masak sendiri nampak.

"Oh ya. Sorry. Apa you cakap tadi, Danial?" Terkejut saat dia sedar dia mengelamun, ada tangan yang menlambai-lambai di hadapannya.

"No. I tanya. Kacak sangat ke I ni sampai you tak berkelip tenung I?" Soal Danial.

"What? I tenung you? Woo. Memang taklah."

Kacak? Hmm. Scan scan atas bawah. Yaa. Kacak. Tinggi. Putih. Badan sasa. Kalau peluk mesti sedap. Eh! Apa yang kau merepek ni. Hmm. And nampak gayanya lelaki ini bukan calang-calang orang. Barang yang Danial pakai, semuanya berjenama. Maybe, anak orang kaya macam dia juga. Then, bila dia senyum, pergh. Meleleh ni kalau perempuan tengok. Menggoda habissssss.

"So, you selalu datang sini ke? Sebelum ni I tak pernah nampak pun you kat sini." Soal Eliya. Saja mahu berbual-bual. Nanti taklah dia dianggap sombong.

"Yap. Actually, I baru balik dari New York. Sepatutnya I ada kat rumah. Having a chit chat with my family. But, I prefer to having a great night tonight. And yes. I ditemukan dengan someone yang menarik hati I tonight." Dia kenyitkan mata kananya pada Eliya.
Eliya hanya gelak kecil. Bukannya dia tidak tahu, lelaki dihadapannya ini sekarang mahu menggodanya. Dia saja buat-buat tak berminat.

"So, you buat apa kat sana?"

"I tinggal kat sana. And, now. My mom asked me balik. She want me to handle something. Dulu, I dah banyak kali tolak. Sekarang, tak boleh. Dia cakap hook by crook, I have to back. Yah. That's why I'm here." Cerita Danial. Dia senang bercerita dengan gadis di depannya ini.

"Ohh. So, you were alone at New York? Since when you stay there?" Soal Eliya yang meneguk air coke. Dia lupa akan tujuannya ke sini.

"Yap. And I stay there since I'm forteen. Fifteen. I just can't remember. Why we have to talk about me? How about you?" Soal Danial. Tiada apa yang menarik tenntang dia untuk dikongsikan bersama.

Eliya hanya menggelengkan kepala.

"Because. I don't have anything special about myself. That's why we talk about you." Eliya tergelak kecil. Memang betul hidup dia bosan. Dengan keluarga dia yang entah apa-apa.

Saat Danial bercerita, anak mata Eliya menangkap satu susuk tubuh tinggi seseorang yang dia kenali. Dia perhatikan betul-betul dan yes it was true. Arshad. Tapi siapa perempuan yang Arshad peluk tu? Dia bangun dan tinggalkan Danial yang terpinga-pinga ditinggalkan dan melangkah ke Arshad.

Oh my Gucci! I can't believe this. That bitch? Julia?!

"What is going on?!" Tempik Eliya. Semua terkejut dan memandang ke arahnya. Termasuk Danial, Arshad and Julia. Semua membulat mendengar tempikkan itu. Tidak sangka ia datang daripada Eliya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2014 08:49 AM | Show all posts
apa muslihat si julia sebenarnya... jahatnya mashaallah.... sambung lg TT...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2014 05:34 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 11-6-2014 09:49 AM
apa muslihat si julia sebenarnya... jahatnya mashaallah.... sambung lg TT...

Haaa. Itu kene tunggu next part laaa. Heee tapi tulaaa Sya takde idea lagi nak sambung next part
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2014 12:30 PM | Show all posts
NHSMUM posted on 14-6-2014 05:34 PM
Haaa. Itu kene tunggu next part laaa. Heee  tapi tulaaa Sya takde idea lagi nak sambung ...

takpe TT... ada idea nanti sambung lg... good job...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 10:35 AM | Show all posts
nanti sambung lg ya... tp jangan bagi Eliya dapat susah ya kt club tu... kesian dia... dh byk menderita...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 03:49 PM | Show all posts
c'mon...
I want more...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 07:30 AM | Show all posts
TT... where are u?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2014 01:00 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 1-7-2014 11:35 AM
nanti sambung lg ya... tp jangan bagi Eliya dapat susah ya kt club tu... kesian dia... dh byk mender ...

Haaa. Jeng jeng jeng kene tunggu ye..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2014 01:06 AM | Show all posts
Hai sayang sayang ku sekalian.

Sya nak mintak maaf sebab sekarang daa jarang sangat update next part. Sya sekarang busy dengan study. Trial daa dekat. Beberape minggu je lagi. Sorry sangat sangat sayang sayang semua. But, don't worry. Sya akan update satu atau dua part or lebih untuk korang semua mengubat rindu dengan Eliya. Kejap lagi atau esok, insyaAllah. Hehe. Selepas SPM baru laa boleh update selalu. Sekarang, kena fokus ke buku-buku

Akhir kata. Acecece. Sya mintak maaf sangat sangat yaaa. Sayang korang semua! Thanks sebab beri support dekat Sya, still setia dengan Sya. Hahah!
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 10:31 AM | Show all posts
NHSMUM posted on 8-8-2014 01:06 AM
Hai sayang sayang ku sekalian.

Sya nak mintak maaf sebab sekarang daa jarang sangat updat ...

nanti ada masa terluang saja TT sambung ya... Good luck for exam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2014 10:04 PM | Show all posts
5

Arshad dan Julia berpusing memandang ke arah datangnya suara orang menjerit itu. Bulat mata Arshad saat memandang wajah jelita itu. Oh my. Eliya? Mati aku kali ni. “El.. Eliya?” Teragak-agak Arshad menyebut sebaris nama itu. Julia di sebelah hanya mempamerkan wajah selamba. Seolah-olah tidak gentar dengan kehadiran Eliya.

“Err. What are you doing here?” Terketar-ketar Arshad utarakan soalan pada Eliya. Julia hanya tersenyum sinis di sebelah. Yang lain pula hanya memandang. Tidak mahu ikut campur kerana merekea kenal siapa Eliya. Eliya Elias. Anak dan cucu kepada koporat yang terkenal. Kalau berani masuk, jangan harap boleh keluar. Manager kelab itu sendiri tidak berani cari masalah dengan Eliya. Wooo, kuasa besar tu.

Manakala,  Danial pula hanya memandang. Hanya menyaksikan drama itu dari jauh. Ohh, kiranya terkantoilah ni. Nice. Dia nak tengok juga macam mana gadis seksi di depannya ini, handle teman lelakinya yang curang. Kot, kot terus putus. Dia boleh masuk jarum.

“You tanya I? Sepatutnya, I yang tanya you. You tu mana hilang? Tup tup sekarang muncul dengan perempuan ni?!” Panas hati Eliya. Kalau dengan perempuan lain mungkin dia boleh pertimbangkan, but Julia? Ohh, no no! Jangan kata pertimbangkan, tengok muka pun tak mahu.

“Arr, I.. I..” Tergagap-gagap Arshad.

“Sayang, apa yang you nak takutkan dengan perempuan ni? Cakap jelah perkara yang sebenarnya. You and I, hubungan kita berdua. Tak payahlah minah ni kejar-kejar you lagi.” Sampuk Julia dengan nada perli.

Eliya yang mendengarnya melemparkan pandangan tajam ke arah Julia. Ada yang tercalar muka tu nanti kan.

“Eh, perempuan! Apa yang kau nak daripada aku? Belum cukup kau rampas semua hak aku, sekarang boyfriend aku pun kau nak kebas? Memang betina yang tak cukup satu!”

Pang!!!

Laju tangannya hinggap ke pipi Julia. Semua tersentak. Termasuk Danial dan Arshad. Tidak sangka gadis itu akan bertindak demikian. Laju tangan Arshad hinggap di pipi Julia yang baru saja ditampar ELiya. “You okay sayang?”

“Sakit.” Rengek Julia.. menyampah pula Eliya memandang lakonan Julia itu.

“Aya, EE ar. Apa bikin you bikin rebut sini ma? Benda boleh bawa bincang oww. Jangan pukul-pukul olang. Ini amoi sudah bikin you malah or?” Sampuk Kevin, pengerus Zouk Club dari belakang. Dari atas tadi dah dia padang Eliya menjerit-jerit marahkan dua orang di depannya ini.

“Kevin, I tak akan buat kecoh kat sini kalau betina ni tak mulakan dulu.”

“Aya, EE ar. You discuss elok-elok maa sama ini amoi.”

“Huh. You jangan harap I nak discuss elok-elok dengan betina ni.”

“Eliya, please watch your word. Jangan panggil dia macam tu. Dia kan adik you.”

Eliya terus pandang tepat ke mata Arshad. Tajam. Arshad bela betina ni? What the fish?

“Adik? Huh! Sampai mati pun I tak akan mengaku betina tak sedar diri ni, adik I. No!” Eliya memeluk tubuhnya.

Danial hanya menonton drama sebabak di hadapannya kini. Kita tengok apa akan berlaku sebentar lagi. Adakah perlawanan tarik rambut akan berlangsung sebentar nanti?

“Okay, okay. But, kita boleh bincang elok-elok. Jangan jerit macam ni. Malu lah semua orang tengok.” Kata Arshad.

“Hey. I tak akan menjerit macam ni kalau you and betina ni tak mulakan dulu.” Kata Eliya sambil menunjal dahi Julia.

“Eliya!” Arshad menolak Eliya sampai terduduk gadis itu kerana marah akan tindakan Eliya.

“Auch!”

Semua terkejut dengan tindakan berani Arshad. Ada yang berkata, tidak taktkan Arshad bertindak seberani itu dengan Eliya? Julia tersenyum kemenangan. Padan muka kau! Apabila Arshad memandang ke arahnya semula dia berpura-pura sedih.

“Are you okay, sayang?” Soal Arshad sambil membelek dahi Julia.

Manakala Eliya masih terduduk di lantai dengan perasaan terkejut. Perlahan-lahan air matanya mengalir di pipi. Beberapa saat kemudian, ada tangan yang cuba membantunya bangun.

“El, come. Bangun. Jangan macam ni” Tak payah pandang pun dia tahu siapa. Denial Fawwaz. Lelaki yang baru saja dia berkenalan sebentar tadi yang membantu dia saat ini. Bukannya Arshad lelaki yang dah lama dia kenal. Yang dia cinta. Yang dia sayang. Sedih hati ini. Dia bangun dengan bantuan Danial.

“Let’s go. I bawa you pergi dari sini.” Ajak Danial dan dia hanya menurut tanpa bantahan. Dia tidak boleh berfikir saat ini. Fikiran dia kosong. Dia hanya membiarkan Danial memegang tangannya erat.


Bersambung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-8-2014 10:05 PM | Show all posts
6

Danial hanya membiarkan gadis itu menangis di seat sebelahnya itu. Biarkan gadis itu meluahkan semua perasaannya dengan menangis. Mamanya pernah memberitahu kepada dia bahawa menangis itu adalah senjata perempuan. Dan cara perempuan meluahkan perasaan mereka.

Dia hanya memandu Range Rover Evogenya dengan tenang. Dia memandu tanpa arah tuju. Biarlah dia menemani gadis  itu seketika.

Eliya berterus-terusan menangis. Hati dia terluka. Hati dia hancur. Hati dia berdarah. Kenapa Arshad sanggup buat dia macam ni hanya kerana betina tak guna tu? Hampir 1 jam, akhirnya Eliya berhenti menangis. Selama itu jugalah Danial mendiamkan diri dan memandu keretanya tanpa arah tuju.

“Thanks.”

“Huh?”

“Thanks, sebab dah tolong I.”

“Ohh, no problem lah. Erm, by the way, you dah okey?” Tanya Danial perlahan.

“Hmm.” Eliya tidak mampu menjawab soalan Danial kerana dia sendiri tidak tahu sama ada dia dah okey atau belum.

Sepi.

“Err.. Who is that guy, actually? Hmm, sorrylah kalau soalan I ni buat you marah.” Kata Danial berhati-hati. Kan tak memasal pula high heels Eliya melekat di dahinya.

“Arshad. He is my boyfriend. Ermm, I mean, ex now. Maybe?”

“Ohh. And girl yang dengan dia tu? I ada dengar that guy panggil girl tu adik you? She is..?”

“Can we change the subject, please? I don’t have any mood to talk about this.” Hambar saja Eliya berkata. Dia tahu Danial pasti dengar apa yang dikatakan Arshad tadi. Mungkin semua yang berada di situ.

“Okey, I tak akan bercakap pasal ni lagi.” Eliya hanya mengangguk kepalanya.

“So?”

“So apa?”

“So, kita nak pergi mana?”

“Hmm. Boleh you hantar I ke Zouk semula?”

Terus Danial berpaling memandang Eliya.

“For what? You... you nak pergi serang dorang ke?”

“Ishh! I tak ada mood lah nak pergi serang orang. Baik I balik rumah tidur. I just nak pergi ambil kereta I je.” Kata Eliya geram. Buang masa je dia nak pergi serang dua mangkuk tu.

“Sorry, sorry. Tapi, you yakin ke nak drive dalam keadaan macam ni?” Tanya Danial ragu-ragu.

“Danial, yang sakit cuma hati I je. Bukan tangan kaki I. I still can drive.” Balas Eliya yakin.
“No. No. I still tak yakin. I hantar you. You cakap je kat mana rumah you? Kalau you nak I hantar you ke bulan bintang sekalipun I akan hantar.” Manis kata-kata yang keluar dari bibir Danial.

Eliya mencebikkan bibirnya mendengar kata-kata Danial yang manis seperti gula itu.

“It’s okay. Just drop me at Zouk.” Pinta Eliya.

“Dear, please. Biar I hantar you. Sebagai balasan sebab dah temankan I malam ni?” Ucap Danial.

“Tapi, how about my car?” Soal Eliya. Tak akan nak tinggalkan Audi dia macam tu saja?

“Don’t worry about the car. Nanti I akan suruh orang I uruskan. So? I hantar?”

“Hmm. Okey.” Keluh Eliya.

Dia tolaklah macam mana sekalipun ajakkan lelaki itu, dia yakin pasti tidak boleh punya. Dalam perjalanan pulang, Eliya hanya mendiamkan diri. Dia tidak ada mood untuk berbual. Denial juga faham keadaannya, hanya membiarkan dirinya melayan perasaan sendirian.

Sejam setengah, kereta Range Rover milik Danial berhenti di depan pintu rumah Tan Sri Irshad. Sebelum pergi, Danial sempat meminta nombor telefon gadis itu. Agar dapat berhubung lagi dengan Eliya selepas ini. Alasan yang digunakan, nanti nak berhubung macam mana pasal kereta yang ditinggalkan di Zouk? Dengan separuh ikhlas, Eliya memberi. Danial tersenyum kemenangan.

Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Danial mengingati apa yang terjadi pada malam itu.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2014 10:06 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 8-8-2014 11:31 AM
nanti ada masa terluang saja TT sambung ya... Good luck for exam...

InsyaAllah. Thanks, aminnn. Berdebar debar tunggu nak trial. Baru trial ni. Huh.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
NHSMUM posted on 8-8-2014 10:06 PM
InsyaAllah. Thanks, aminnn. Berdebar debar tunggu nak trial. Baru trial ni. Huh.

usaha tangga kejayaan... hadapinya dgn jiwa yg tenang
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2014 11:26 AM | Show all posts
klu free letak n3 lagi k...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.374231 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list