CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3798|Reply: 22

[Tempatan] KWSP Umum Dividen 6.35 Peratus Untuk Tahun 2013, Lebih Tinggi Berbanding 2012

[Copy link]
Post time 16-2-2014 03:36 PM | Show all posts |Read mode
KWSP Umum Dividen 6.35 Peratus Untuk Tahun 2013, Lebih Tinggi Berbanding 2012



Samsudin Osman

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Ahad mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 6.35 peratus untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013 bagi ahlinya, iaitu peningkatan berbanding tahun 2012.

Tahun lepas KWSP mengisytiharkan dividen sebanyak 6.15 peratus.

Pengerusi Lembaga KWSP Tan Sri Samsudin Osman dalam kenyataan di sini pada Ahad berkata, ini merupakan bayaran dividen paling tinggi sebanyak RM31.20 bilion kepada ahlinya, peningkatan 13.66 peratus berbanding RM27.45 bilion pada 2012.

Beliau berkata penyata akaun KWSP yang telah dikredit dividen 2013 boleh disemak mulai sekarang secara atas talian melalui i-Akaun di laman web myEPF www.kwsp.gov.my

"Ahli juga boleh mendapatkan penyata akaun mereka dari Kios KWSP atau cawangan KWSP yang berdekatan mulai Isnin, 17 Februari 2014," katanya.

Tambah beliau, maklumat dividen 2013 boleh diperoleh menerusi laman Facebook KWSP, di pejabat KWSP, Twitter KWSPBuzz dan YouTube.

Beliau berkata kadar dividen ini diisytiharkan hasil daripada pendapatan pelaburan kasar yang mencatat rekod tertinggi sebanyak RM35 bilion, meningkat 12.81 peratus daripada RM31.012 bilion yang dicatat pada 2012.

"Pembayaran dividen 2013 diperoleh setelah ditolak peruntukan rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan, perbelanjaan pelaburan dan operasi, caj berkanun serta dividen untuk pengeluaran," katanya.

Samsudin berkata ekuiti muncul sebagai penyumbang terbesar kepada pendapatan pelaburan kasar KWSP pada 2013, menjana RM19.52 bilion pendapatan, peningkatan ketara sebanyak 40.39 peratus berbanding RM13.90 bilion yang dicatat pada 2012.

"Portfolio ekuiti KWSP menjana pulangan nyata dua angka, mengatasi prestasi dana lain yang sama," tambah beliau.

Beliau berkata prestasi kukuh dalam portfolio ekuiti telah disokong oleh indeks domestik dan global yang mencapai paras tertinggi, berikutan keyakinan pelabur terhadap kestabilan dan kekuatan asas ekonomi pasaran domestik selepas berakhirnya pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Menurut beliau, dengan jumlah ahli KWSP meningkat kepada lebih 13 juta, sebanyak RM4.91 bilion diperlukan untuk membayar setiap satu peratus kadar dividen bagi 2013.

Ini merupakan 10.06 peratus lebih tinggi berbanding RM4.46 bilion yang dibayar untuk setiap satu peratus kadar dividen pada 2012.

Amaun yang diperlukan untuk membayar satu peratus kadar dividen akan terus meningkat antara lapan dan sembilan peratus setahun, jelasnya.

"Di sebalik kelembapan ekonomi global dan ketidaktentuan kewangan, KWSP tetap teguh dan pencapaiannya adalah bukti usaha dan inisiatif berterusan pengurusan KWSP untuk mengekalkan kestabilan kewangan dalam jangka panjang," kata beliau.

Jelas Samsudin, dengan strategi pelaburan berhemah dan mantap, prestasi KWSP adalah konsisten dan stabil, terutamanya untuk lima tahun yang lepas.

"Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, KWSP telah mempelbagaikan portfolio dengan memperluaskan skop aset pelaburan bagi menguruskan risiko pasaran dan menjana pulangan yang konsisten," tambah beliau. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2014 03:51 PM | Show all posts
syukurlah!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2014 05:45 PM | Show all posts
Tahun terakhir aku dpt kutip dividen dan tahun terakhir buat potongan KWSP. Tak sabar nak kuarkan KWSP.. Yuhuuuuuu byk syiok...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2014 06:04 PM | Show all posts
kono le tunjuk ado ...kalu tak ...keno kutukan dewata ...kaw kaw ...tak reti niago ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2014 07:04 PM | Show all posts
Syukurlah dividen makin meningkat....
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2014 07:15 PM | Show all posts
alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2014 07:42 PM | Show all posts
Good news.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2014 07:50 PM | Show all posts
syukur. tapi tetap tak undi BN sbb menteri sekular kata tak wajib pakai tudung di sekolah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-2-2014 09:57 PM | Show all posts
untung lah..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2014 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
bila laa nak naik ke 8%. hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2014 10:24 PM | Show all posts
6.35%.....dah boleh challenge tabung haji dah nie
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2014 11:46 PM | Show all posts
pru dah dekat.. kenalah naikkan dividen..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 09:05 AM | Show all posts
ainie_1008 posted on 16-2-2014 05:45 PM
Tahun terakhir aku dpt kutip dividen dan tahun terakhir buat potongan KWSP. Tak sabar nak kuarkan KW ...

kahkahkah....sama la kita...menghitung hari jer ni...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 09:48 AM | Show all posts
ainie_1008 posted on 16-2-2014 05:45 PM
Tahun terakhir aku dpt kutip dividen dan tahun terakhir buat potongan KWSP. Tak sabar nak kuarkan KW ...

dah 55 yer..? 60..?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 12:22 PM | Show all posts
finding posted on 17-2-2014 09:48 AM
dah 55 yer..? 60..?

taklah. sy keja gov.. thn nie gnap 3 thn berkhidmat so blh kuar KWSP...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 12:23 PM | Show all posts
mahmoode posted on 17-2-2014 09:05 AM
kahkahkah....sama la kita...menghitung hari jer ni...

tuelah. tgh tunggu surat pencen je dr SPA. Then jd org kayolah den..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2014 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Al-Patih posted on 16-2-2014 06:04 PM
kono le tunjuk ado ...kalu tak ...keno kutukan dewata ...kaw kaw ...tak reti niago ...

Ini tanda umno yg gula2kan rakyat malaysia utk menang prk kajang la ni.. :lol
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 04:31 PM | Show all posts
ainie_1008 posted on 17-2-2014 12:22 PM
taklah. sy keja gov.. thn nie gnap 3 thn berkhidmat so blh kuar KWSP...

oooo,...... gitu
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 04:37 PM | Show all posts
ala
6.35% saja kah

rugi lah letak epf
kluarkan je masuk tempat lain
lalalalalala

*dah byk dah depa sebat......
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 04:39 PM | Show all posts
alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.083325 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list