CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: PujaAn

Seni Silat Melayu

[Copy link]
Sniper_Wolf7 This user has been deleted
Post time 17-3-2004 02:12 AM | Show all posts
Originally posted by PujaAn at 2004-3-16 10:50 PM:
aiseh.. saya lak yang jauh... takleh arrr.. umah saya kat johor.. tapi bulan depan ada urusan kat KL.. mungkin lama... leh gi sungai congkak sekali... he he he :bgrin:


Insyaallah  boleh. Itupun kalau saya tidak ada latihan dalam Wataniah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


PujaAn This user has been deleted
 Author| Post time 17-3-2004 02:25 PM | Show all posts
hmmm...

nak letak lagi fakta naper silat kurang diminati oleh anak bangsa sendiri...

Berlainan ngan seni beladiri asing seperti Taekwondo dan Karate do.. aliran silat kebanyakannya tidak mempunyai cawangan yang banyak di seluruh negara..

misal kata kalau anak- anak masuk ke sekolah asrama penuh.. hanya satu gelanggan sahaja yang available dalam sekolah tersebut atau tiada langsung...

maka ini akan menyebabkan anak tersebut hilang minat dan akhirnya meninggalkan silat tersebut...

Setahu saya selain dari Gayong, Cekak, Lincah dan beberapa aliran lain... yang lain hanya mempunyai cawangan yang amat terhad..
Reply

Use magic Report

Sniper_Wolf7 This user has been deleted
Post time 17-3-2004 06:40 PM | Show all posts
Originally posted by PujaAn at 2004-3-17 02:25 PM:
hmmm...
nak letak lagi fakta naper silat kurang diminati oleh anak bangsa sendiri...

Berlainan ngan seni beladiri asing seperti Taekwondo dan Karate do.. aliran silat kebanyakannya tidak mempunyai cawangan yang banyak di seluruh negara. misal kata kalau anak- anak masuk ke sekolah asrama penuh.. hanya satu gelanggan sahaja yang available dalam sekolah tersebut atau tiada langsung. maka ini akan menyebabkan anak tersebut hilang minat dan akhirnya meninggalkan silat tersebut...

Setahu saya selain dari Gayong, Cekak, Lincah dan beberapa aliran lain... yang lain hanya mempunyai cawangan yang amat terhad..


Pada pendapat saya, Mungkin silat sekarang lebih kepada sukan. tidak nampak sangat kekuatan di situ. Ini kerana mereka mengajar lebih menjerumus kearah kesukanan. tak sama seperti pesilat-pesilat sebelum penubuhan PESAKA. mereka belajar laksana pertarungan sebenar. Mungkin juga generasi muda sekarang tidak minat silat kerana, maklumlah terdapat banyak sangat silat dalam Malaysia ni. malas nak fikir banyak, mak bapa terus saja hantar masuk taekwondo, karate ataupun aikido. Orang muda yang masuk seni bila diri pada mulanya mementingkan kekuatan. tetapi, bagi saya, kekuatan tidak penting kerana biarlah pergerakan kita ni laksana air yang mengalir dengan tenang tetapi tak tahu bila ianya akan bergolak. :gantuk:
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2004 08:26 AM | Show all posts
haah,

skang ni pesilat lebih cenderung belajar utk menang dari memahami kesenian mutu silat sendiri
Reply

Use magic Report

Sniper_Wolf7 This user has been deleted
Post time 18-3-2004 05:37 PM | Show all posts
Originally posted by H猷L鰃頧 at 2004-3-18 08:26 AM:
haah,

skang ni pesilat lebih cenderung belajar utk menang dari memahami kesenian mutu silat sendiri


Mungkin kut.

Reply

Use magic Report

PujaAn This user has been deleted
 Author| Post time 18-3-2004 11:53 PM | Show all posts
Hmmmm... nak dapatkan feel bagaikan alir yang mengalir tu susah betul... saya sampai sekarang tak paham- paham... kalau tengok guru nyer demo cam senang jer..
Kalau saya wat lak dah jadi cam ayam berlaga lak... huuu hu hu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Sniper_Wolf7 This user has been deleted
Post time 19-3-2004 02:14 PM | Show all posts
Originally posted by PujaAn at 2004-3-18 11:53 PM:
Hmmmm... nak dapatkan feel bagaikan alir yang mengalir tu susah betul... saya sampai sekarang tak paham- paham... kalau tengok guru nyer demo cam senang jer..
Kalau saya wat lak dah jadi cam ayam berlaga lak... huuu hu hu


jangan terburu-buru. Ianya mengambil masa untuk difahami. itu hanya kiasan yang diajar oleh Arwah atuk saya. sebelum itu, kita hendaklah faham diri kita dahulu. Seperti saya kata dahulu, tak semua orang sama. Yang penting ialah, kita mesti mengenali diri kita dahulu. bagilah masa untuk mengenali diri. saya bermain silat ketika berumur 5 tahun. tambahan pula silat saya adalah milik keturunan saya. mungkin itu satu kelebihan saya untuk menghayati seni dan pencaknya.
Reply

Use magic Report

Sniper_Wolf7 This user has been deleted
Post time 19-3-2004 08:22 PM | Show all posts
Oh ya. Silat cakera alam, (maaflah kalau tersalah ejaan :sad dibawah pesaka ke? Ada sesiapa tahu tak apa-apa mengenai silat ini?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


PujaAn This user has been deleted
 Author| Post time 23-3-2004 11:53 PM | Show all posts
sori lambat reply.. saya tgh cari artikel pasal aliran ni... :bgrin:
Reply

Use magic Report

PujaAn This user has been deleted
 Author| Post time 24-3-2004 12:09 AM | Show all posts
APA ITU TENAGA DALAM?

Kalau anda bertanya apakah adanya tenaga dalam, maka kami dengan cepat akan menjawab Ya, tenaga dalam memang ujud. Seseorang itu dapat memiliki dan menggunakannya menurut keperluan dan sifat-sifat dan tenaga dalam itu sendiri. Kemungkinan untuk seseorang itu memilikinya amat besar sekali kerana dalam dunia ini kebanyakan perkara yang difikirkan oleh manusia adalah suatu yang boleh dicapai, cuma tinggal manusia itu sendiri untuk berusaha.

Pada hakikatnya semua orang memiliki tenaga dalam. cuma mereka yang tidak menyedari dan tidak tahu cara untuk membangkitkan tenaga dalam tersebut. Sebabnya, tenaga dalam tersebut tidak akan bangkit atau muncul dengan sendirinya kalau kita tidak mempelajari dan mengamalkan kaedah yang betul dan sesuai dengan diri kita. Sesudah itu, tenaga dalam tersebut dapat digunakan mengikut keperluan kita.

Apakah yang sebenarnya disebut tenaga dalam itu? Tenaga dalam adalah suatu tenaga atau aliran kuasa yang terdapat dalam tubuh kita. Tenaga tersebut tersimpan atau mengeram dalam diri kita serta belum terbentuk ke sifat yang sepatutnya sama sekali. Tenaga tersebut akan bangkit dan terbentuk apabila kita menggerakkannya dengan latihan yang kita buat.

Cara latihan yang sering dipraktikkan adalah dengan latihan pernafasan berarah. Tenaga dalam itu kemudiannya akan bangkit serta terbentuk menjadi aliran getaran pada urat. Ada yang membawa kesan panas dan ada yang sejuk sesuai dengan cara latihan. Getaran itu sama dengan aliran elektrik yang menyelubungi tubuh yang biasanya disebut sebagai AURA. Pada manusia biasa, aura mereka sangatlah nipis hanya antara 0.5cm hingga 2cm di sekitar tubuh. Dengan adanya latihan pernafasan dan jurus-jurus, maka lapisan aura tersebut akan berlipat kali ganda bahkan beribu kali ganda daripada aura yang dimiliki oleh manusia biasa yang tidak melatih dirinya.

AURA yang sudah mengembang dan menyelubungi tubuh itulah yang di sebut sebagai tenaga dalam. Tenaga ini dapat dimanafaatkan baik untuk diri sendiri mahupun orang lain contohnya untuk pertahanan diri, pengobatan dan berbagai-bagai keperluan lainnya. Banyak orang yang mempunyai tanggapan bahawa tenaga dalam itu adalah tenaga batin. Fahaman ini ada betul dan salahnya. Kenapa? Tenaga dalam sebenarnya adalah berbeza dengan tenaga batin cuma ianya mempunyai persamaan dari segi kegunaannya dan kedua duanya berasal dari dalam tubuh kita.

Bagi pelatih-pelatih tenaga dalam misalnya dari Perguruan Seni Beladiri Tenaga Dalam Cakra Alam Malaysia, kedua-dua aspek tenaga dalam dan tenaga batin diajar diamal dan dipraktikkan dengan sebegitu giat sekali bagi memenuhi keperluan seseorang pelatih dalam menjalani kehidupan sehariannya.

Ini kerana seseorang yang mempunyai tenaga dalam belum tentu mempunyai tenaga batin. Cara latihannya juga berbeza sekali. Akan tetapi, seseorang yang mempunyai tenaga dalam, apabila dia mempelajari dan mengamalkan ilmu kebatinan maka, hasilnya akan menjadi lebih cepat dan keberhasilan dari amalannya akan menjadi lebih memuaskan. Ini bermakna, tenaga dalam itu menjadi suatu pemangkin atau sebagai suatu kuasa menolak yang sungguh efektif terhadap keberhasilan sesuatu ilmu yang dipelajari.

ni sikit artikel dari website dia Cakra Alam
Reply

Use magic Report

Sniper_Wolf7 This user has been deleted
Post time 24-3-2004 09:39 PM | Show all posts
:hmm:
Mungkin suatu hari nanti saya nak cuba mempelajari seni bela diri ini. Terima kasih saudara Pujaan kerana memberi info ini kepada kami semua. :bgrin:
Reply

Use magic Report

PujaAn This user has been deleted
 Author| Post time 24-3-2004 10:45 PM | Show all posts
no prob bro.... :bgrin:
Reply

Use magic Report

Sniper_Wolf7 This user has been deleted
Post time 27-3-2004 01:54 AM | Show all posts
kalau ada apa-apa news mengenai persilatan spt, kalau-kalau ada pertandingan terbuka diantara silat ke atau apa-apa, post kan saja. jangan biar seni persilatan atau mana-mana ilmu mempertahankan diri ini hilang.
Reply

Use magic Report

PujaAn This user has been deleted
 Author| Post time 29-3-2004 11:49 PM | Show all posts

VCD Telemovie Tembung

Vcd ni adalah hasil karya para pengamal silat dan diarahkan oleh Fatimah Nawi... ini ialah perintis filem melayu yang menggunakan aliran silat yang tulen..

Pengarang majalah Seni Beladiri turut terlibat dalam produksi filem ini..

Seni silat yang dipamerkan dalam filem ini ialah dari aliran negeri Pahang (nama aliran lupa lak) dan shooting di lakukan di negeri Pahang.

Beli yang ori.. :bgrin:
Reply

Use magic Report

Sniper_Wolf7 This user has been deleted
Post time 1-4-2004 04:01 PM | Show all posts
Thanks for the info. may be i'll buy that VCD when i got the money. :cak:
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2004 02:58 AM | Show all posts
Originally posted by PujaAn at 29-3-2004 11:49 PM:
Vcd ni adalah hasil karya para pengamal silat dan diarahkan oleh Fatimah Nawi... ini ialah perintis filem melayu yang menggunakan aliran silat yang tulen..

Pengarang majalah Seni Beladiri turut  ...



Fauziah Nawi la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2004 03:03 AM | Show all posts
dalam vcd tu silat pencak sangkar rewana banyak dihighlightkan...
Reply

Use magic Report

Sniper_Wolf7 This user has been deleted
Post time 3-4-2004 11:18 PM | Show all posts
Originally posted by anakomar at 2004-4-3 03:03 AM:
dalam vcd tu silat pencak sangkar rewana banyak dihighlightkan...


Silat Pencak sangkar rewana? :hmm: Ada sesiapa tahu apa-apa mengenai pencak ini? :cf:
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2004 11:42 PM | Show all posts
Originally posted by Sniper_Wolf7 at 3-4-2004 11:18 PM:


Silat Pencak sangkar rewana? :hmm: Ada sesiapa tahu apa-apa mengenai pencak ini? :cf:



kalau nak keterangan lanjut cari majalah seni beladiri bulan mac dan april..
cerita pasal vcd dan silat tu bersiri...
Reply

Use magic Report

Sniper_Wolf7 This user has been deleted
Post time 7-5-2004 08:46 PM | Show all posts
terlepaslah pulak nak beli buku tu. Adakah silat ini berasal dari kepulauan jawa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.069515 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list