CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: PujaAn

Seni Silat Melayu

[Copy link]
PujaAn This user has been deleted
 Author| Post time 3-2-2004 11:51 PM | Show all posts
ooohhh i see.... baru paham.....

kat kl takde event martial art ke? kat sini mungkin awal muharam ni akan ada satu gathering.....

ada sorang guru ni yg banyak anak murid..... masa ni la sumer anak murid dia kumpul and akan tunjuk balik ilmu yang diturunkan...

taun lepas ada main batin ..... tak tau tahun ini ada lagi ke tak.... tapi menyibuk tak salah rasanya,,,, he  he he
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2004 08:34 AM | Show all posts
Saya nak tanya soalan ini utk jangka masa yg lama tetapi tak berkesempatan.

Apa kateria seorang guru silat tengok bila dia ambil seseorang sbg anak murid dia?
Reply

Use magic Report

PujaAn This user has been deleted
 Author| Post time 5-2-2004 12:24 AM | Show all posts
asalkan sudi belaja.. takde niat nak menderhaka

biasanya tu je la... kalau ada niat nak membanding banding ilmu..... biasa kena rejek....

pastu bila dah bersungguh dalam gelanggang... mungkin cikgu akan bagi buah rahsia, takpun rahsia guru tua.... ni kira bonus kepada ahli la
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2004 08:05 AM | Show all posts
Macam tu ke ...?

Teringat juga banyak murid baru dlm kumpulan guru saya sendiri yg beria2 belajar pada mulanya, tetapi bila nampak susah je, terus beredar. Ada yg datang belajar shj utk jaga badan.
Reply

Use magic Report

PujaAn This user has been deleted
 Author| Post time 7-2-2004 10:50 AM | Show all posts
ooohhhh itu masalah normal bagi kami kat sini....
u see di kampus we have 3 main silat association, Gayong, Cekak Ustaz Hanafi and Sendeng... while on the other hand 3 other foreign martial art Karate Do, Tae Kwon Do(ITF and WTF)

masa awal sem kitorang promote la mengalahkan karnival tv3 Sure Heboh.... dapat la dalam 80 org every club....
but then masa ujung sem dah tinggal 20 org jer.... kira normal la masalah tu kat sini....
tak sangka kelab di luar pun ada problem yg sama ya?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2004 03:30 PM | Show all posts
aisey geng... sori lama tak join...
so dah sampai mana perguruan kiter nih...
lately quite bz sket la...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2004 08:08 AM | Show all posts
Pada pendapat saya, seseorang guru tu perlu bertanyakan niat murid utk menyertai sesuatu perguruan. Kalau niat dia hanya utk menonjolkan diri atai jaga badan, dia harus dinasihati utk menceburi bidang lain spt Rakan Muda dan Gyms.
Reply

Use magic Report

PujaAn This user has been deleted
 Author| Post time 10-2-2004 09:31 AM | Show all posts
oooh, gitu upanyer...
well cikgu kami selalu galakkan gunakan silat sebagai utk jaga kesihatan... beliau kata latihan di gelanggang sama nga joging keliling kampus ..... rasanye betul gak sebab berlatih sepak terajang ngan tumbuk angin ni semput gak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2004 09:22 AM | Show all posts
Cara bernafas tu akan jadi biasa selepas berlatih utk sekelian lama.

Tetapi saya masih tak suka dgn orang2 muda yg datang belajar semata2 nak slim badan mereka.
Reply

Use magic Report

PujaAn This user has been deleted
 Author| Post time 14-2-2004 08:49 PM | Show all posts
sorry lambat reply... kredit topup saya dah abis... ada sesaper nak sedekah login and password akaun internet ofis?????

ohh jenis orang yang guna martial art utk slim semata- mata dan bukan untuk seni dah prinsipnyer?
biasanyer kita leh kesan org ni senang jer... kalau ada event atau tournament mesti tak mau masuk...

org cam ni hampeh sbb suka salah guna benda yang dipelajari.... kalau menang takper... ini kalah... yerlah kita berlatih utk kesan ke atas musuh... dia cuma nak cantikkan badan...
tak berkat ilmu
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2004 04:34 PM | Show all posts
Masuk tournament tu satu kemestian bagi MA, ke? :stp:

Saya latih hampir 8 tahun, tak pernah sekali pun masa tu masuk tournament, tetapi banyak kali pernah bertarung dgn rakan sekumpulan sehingga berdarah pun ada.

Berkat ke tak berkat bergantung kpd niat seseorang belajar Ilmu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2004 01:06 AM | Show all posts
Bagi aku..klalau nak masuk silat apa pun yang penting Niat .... kalau ok.. cepatle dapat MA dari mahaguru...

tul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2004 09:13 AM | Show all posts
Macam2 Niat ada ... ada yg berniat belajar semata2 kerana minat seni, ada yg belajar kerana niat jaga badan, ada yg niat nak jadi "Best of the Best" (kononnya) dan macam2 lagi.

Bila saya masuk MA, niat saya satu je ... nak main Pedang. Pedang Katana yg dipegang oleh Sensei saya masa itu menarik minat saya menpelajarinya. Sensei saya berkata bukan senang utk capai level dimana seseorang boleh main pedang (Bokken ataupun pedang yg betul) kerana ada bahaya2 tertentu.
Reply

Use magic Report

PujaAn This user has been deleted
 Author| Post time 18-2-2004 11:01 AM | Show all posts
hoooo :eek: leh main pedang kah?
tapi b4 pegang pegang pedang betul kena pegang kendo dulu kan?
pastu tangang mesti ada kulit keras sbb melecet....

apa pergerakan asas utk permainan pedang?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2004 08:59 AM | Show all posts
by PujaAn

hoooo  leh main pedang kah?
tapi b4 pegang pegang pedang betul kena pegang kendo dulu kan?
pastu tangang mesti ada kulit keras sbb melecet....


Jangan terpengaruh sangat dgn Kendo dan cara mereka berlatih. Mereka terlalu formal dlm latihan mereka kerena mereka menganggap melakukan sesuatu dgn sempurna dan teliti dapat menguatkan Spiritualism mereka.

Ia tak bermakna mereka itu salah. Ianya hanya berbeza kerana mereka (spt ahli Kendo dan ahli2 lain spt Aikido) ingin berlatih ilmu peperangan dlm keadaan jiwa yg aman, yg bezakan antara mereka dan saya hanyalah pendekatan saya lebih berbeza sikit.

Saya lebih suka gunakan pedang betul, berlatih dgn Niat Menbunuh lawan dan memahirkan diri dgn sesuatu technique sampai tutup mata dan ikat sebelah tangan pun boleh saya lakukannya.

apa pergerakan asas utk permainan pedang?

Pergelangan yg kuat, badan yg sihat (tak gemuk dan tidak kurus sangat) dan minda yg tajam (tak takut gagal, tak takut kena mata pedang semasa berlatih). Yg paling mustahak dlm seni pedang adalah niat utk apa kamu berlatih. Niat setiap orang berlainan jadi setiap kita harus cari niat kita sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2004 01:08 PM | Show all posts
pendapat saya kerajaan perlu memainkan peranan untuk menghidupkan silat semula..
buat macam kat jepun atau thailand..
wajibkan silat dari bangku sekolah lagi, untuk melayu silat
untuk bangsa lain terpulanglah pilihan mereka..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2004 02:22 PM | Show all posts
by anakomar

pendapat saya kerajaan perlu memainkan peranan untuk menghidupkan silat semula.. buat macam kat jepun atau thailand..

Dari mana anda dapat idea yg kerajaan Jepun dan Thailand mewajibkan seni bela diri? :stp:

Thailand dan Jepun tak wajibkan seni bela diri, mereke lebih serious menperkenalkan adat dan seni mereka kpd Generasi muda dr Malaysia. Di Thailand, terdapat sebuah rangkaian khas yg siarkan pertandingan Tomoi setiap malam dan di Jepun, pertandingan Sumo diadakan secara besar-besaran 3 kali setahun. Seni memanah, Kendo dan seni bela diri yg lain pun menjadi pilihan yg diperkenalkan kpd murid2 sekolah menengah di situ.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2004 11:03 PM | Show all posts
Originally posted by Sephiroth at 2004-2-19 02:22 PM:
by anakomar

pendapat saya kerajaan perlu memainkan peranan untuk menghidupkan silat semula.. buat macam kat jepun atau thailand..

Dari mana anda dapat idea yg kerajaan Jepun dan Thai ...



macam yang ko cakap la..
galakan atau dorongan dari pihak pemerintah lagi berkesan..
tanpa bantuan silat melayu takkan kemana..
biarlah jadi identiti, melayu akan pandai bersilat!
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2004 09:07 AM | Show all posts
by anakomar

macam yang ko cakap la..
galakan atau dorongan dari pihak pemerintah lagi berkesan..
tanpa bantuan silat melayu takkan kemana..
biarlah jadi identiti, melayu akan pandai bersilat!


Mungkin ia akan berkesan, mungkin tidak.

Mungkin ia akan buat budak2 lebih berdisplin dan sayangi tradisi mereka ataupun menjadikan mereka lebih samseng kerana tahu seni bela diri.

Yg pasti, ianya perlu di teliti dgn cermat sebelum buat sebarang pelaksanaan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2004 09:52 AM | Show all posts
Originally posted by Sephiroth at 2004-2-20 09:07 AM:
by anakomar

macam yang ko cakap la..
galakan atau dorongan dari pihak pemerintah lagi berkesan..
tanpa bantuan silat melayu takkan kemana..
biarlah jadi identiti, melayu akan pandai bersi ...


aku rasa guru2 silat melayu pun kenalah ikut arus...
akademikkan silat itu sendiri, supaya ianya menjadi seragam walaupun belajar dimana..
satu sistem pembelajaran yang lebih mudah dan praktikal hendaklah diperkenalkan..
setakat yang aku tahu silat cekak dah buat cara ni..
terasa rugi pulak lambat aku jumpa topik ni..
pasal aku minat silat ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.091712 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list