CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: PujaAn

Seni Silat Melayu

[Copy link]
Post time 15-6-2008 09:45 PM | Show all posts
aku ada kawan blaja lian padukan.. memang mantap siot buah lebat... kena makan x abis.... mcm buah pukul mersing da... mkn dari tas bawah abis la katakn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2008 09:47 PM | Show all posts
sokmo rogo ada penanh dgr x......popular kar bangi hululangat....
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 09:53 AM | Show all posts
aku kasi no phone ajak berbincang tukar2 buah x salah klu blajar banyak cuba baca btol2 apo yg aku tulis ajak jumpa bincang pasal silat bukan ajak bertumbuk bang reuk baterikong oi.... xrugi klu tukar ilmu... ckp dalam forum semua bulih ckp.. bla kat luar berjumpa kita bermuzakarah berbincang kena ada gerakkan ni.. kenapa ada gerakan 2.. kenapa buah ni pukul mcm ni.. bukan gadoh2.. klu nak gado xpyh gebang2 la dalam forum... aku ckp memang xboh emotikon rasa malas kadang2.... mana2 forum pon aku kasi no phone aku ajak jumpa bincang tukar ilmu.. tdpp2006 pon aku dah jumpa tukar2 buah.. xsalah.. lain org lain pahaman ler....nak wat cemana dah org salah tafsir hehe yg penting aku nak belajar lagi x cukup apa yg aku ada... xrugi klu byk belajar...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 12:37 PM | Show all posts

Reply #504 EddySengal's post

ooo ko mmg selalu bagi no tipon ko kat org wat diskas2 ye?

sori laaa kalao tersalah anggap
kat forum ni bnyk org suka gebang2 kat forum pastu ajak gaduh kat luar

mungkin ko baru kat sini tu yg x tau tu

anyway aku tegaskan lagi
lebih baik share kat sini coz bukan takat yg rajin post sini je yg dpt faedah
yang tukang sekodeng je pun dpt sekali

tak gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 03:15 PM | Show all posts
xda standard la org silat gadoh2 xda semngat saudara silat langsung la camtu.... dalam forum semua bleh gebang... bila luar diam jerk.. hehe dah byk aku jumpa org mcm 2... lagi x tgk dgn mata jgn percaya la.... aku slalu friendly sparing.. sbb itu cara aku berkawan n org 2 akan jadi kawan baik aku...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 01:47 AM | Show all posts
Pak Eddy, aku sihat alhamdulillah

tak pa, tak pa. nanti ada rezeki aku call hp hang aa! no. hang aku simpan lama dah

aku tak ada idea dah......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2008 11:10 AM | Show all posts
cuik... no hang bila nak bagi kat aku plak pak komeng.. geget perot bertalu2 tanpa hent2 baru taw....
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 12:27 PM | Show all posts

Reply #508 EddySengal's post

caner nak geget perut tu?

kalao gigi mancung leh laa buat hehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2008 03:10 PM | Show all posts
haha 2 la hang xtaw aku meantaw p terenganu jumpa mcm2
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 10:53 PM | Show all posts
aaaghh!!! kalau "gigit perut" kucing aku tau lah   kalau kucing gemuk lagilah best!! hi hi hi!
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2008 08:08 AM | Show all posts
huhuuhu aku balik umah tgk2 kucing semua pegnant di rogol beramai2.. oleh kucin jantan semasa aku tiada..uh mampus aku nak ngasuh nanti
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2008 08:12 AM | Show all posts

Reply #504 EddySengal's post

Aku malas nak bertekak kat sini.. This is a very good and informative thread.. Aku da PM ko.. After this maybe we can just PM each other for a trivial matters like this. Tq
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2008 11:23 AM | Show all posts
reuk anak kucing bulu gebu n gumuk hang mau dak.. aku  xlarat nak bela dah byk sgt
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2008 04:56 PM | Show all posts
Assalamualaikum dan salam ukhuwah,

Saya telah memasukkan artikel tentang 'Selangkah Ke Alam Batin' di blog lincahtaiping.wordpress.com.

Pun begitu untuk kemudahan tuan/puan, saya 'paste artikel tersebut disini.

-----------------------

Atas permintaan pihak tertentu, Lincahtaiping berbesar hati untuk mempamerkan semula aksi dari video klip yang diberi jodol Silat Melayu di Youtube.

Untuk pengetahuan, VCD ini pernah beredar di pasaran dengan jodol Seni Ajaib. Agak terkejut apabila VCD ini bukan sahaja di tukar tajuknya [Selangkah Ke Alam Batin], malah bahasa yang digunakan juga adalah berlainan dengan video asal.

Agak mendukacitakan apabila komentatornya menggunakan perkataan seperti ‘Wah!!!”, “Wallauweh!!!”, “Haiya!!!!” dalam menggambarkan ‘kehebatan’ sesuatu teknik. Kadangkala bunyinya seperti seakan menghina walaupun mungkin komentatornya tidak bermaksud sedemikian.

Pihak Lincahtaiping pernah menyaksikan filem asal Selangkah Ke Alam Batin (dalam format VHS). Malangnya video yang dimaksudkan telahpun rosak dan dengan itu kami telah kehilangan satu ‘bahan’ sejarah PSSLM.

Filem yang memaparkan ‘aksi sebenar’ ini diilhamkan oleh Sultan Pahang, KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Al Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al Muadzam Shah (pada masa itu Raja Muda) sekitar 1974. Baginda menyaksikan sendiri pertunjukan yang diadakan Oleh YM Mahaguru Dato’ Hj Omardin Mauju di Stadium Merdeka (ketika itu).

Kesan persembahan hebat dari Jurulatih dan anak-anak Lincah di bawah pimpinan Mahaguru, baginda telah mencadangkan agar kehebatan ‘Silat Melayu’ ini difilemkan dan dipertontonkan bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia. Dengan perkenan KDYMM Baginda Sultan, lahirlah filem (dokumentari) Selangkah Ke Alam Batin atau dalam versi Inggerisnya ‘One Step To The Beyond’.

Filem yang dibiayai oleh Cathay Organization ini mengambil masa selama 10 tahun untuk dihasilkan iaitu mulai tahun 1974 hingga 1984. Mula ditayangkan di pawagam Malaysia pada tahun 1985. Sambutan dari masyarakat Malaysia sangat luar biasa, dimana ODEON menayangkan filem ini selama 2 minggu manakala Pawagam Colleseum menayangkan selama lebih kurang 1 bulan. Fenomena yang sama juga terjadi di pawagam seluruh Malaysia.

Kesan dari perkembangan tersebut, filem ini telah di bawa ke luar negara. Antara negara yang pernah menerima ‘kehadiran’ filem ini adalah United Kingdom, Jepun, Korea, Hong Kong dan beberapa negara lain. Sambutan yang diterima juga adalah sehebat sambutan di Malaysia.

Mengikut YM Mahaguru, hanya jurulatih dan ahli yang bertuah sahaja terpilih untuk ‘beraksi’ di dalam filem yang tidak langsung menggunakan sebarang ‘camera-trick’ ini. Jurulatih dan ahli tersebut akan dipersiapkan dengan kekuatan mental dan fizikal oleh YM Mahaguru sendiri.

“Tanpa latihan dan persiapan yang cukup, pasti tidak ada satu benda pun di dunia ini yang boleh membuahkan kejayaan,” katanya.

Antara aksi paling menarik di dalam filem ini adalah YM Mahaguru di tanam hidup-hidup. Aksi yang mengambil tempat di Pulau Besar Melaka memaparkan YM Mahaguru ditanam selama lebih kurang 4 jam. Aksi ini juga mengundang kejutan kepada krew pengambaran bilamana salah seorang jurugambar mengalami serangan jantung kesan dari dahsyatnya apabila melihat wajah YM Mahaguru sewaktu liang dibuka.

Filem ini juga memaparkan anakanda YM Mahaguru, Tn Hj. Megat Zulkarnain sendiri diuji. Beliau menerima 25 tumbukan dari YM Mahaguru.

Mengulas ‘cakap-cakap’ di dalam media internet tentang YM Mahaguru hanya ingin menunjukkan kehebatan, beliau memberi reaksi berikut.

“Kalau kita tak tunjukkan perkara-perkara sebegini, bagaimana kita nak dunia mengiktiraf kehebatan Silat Melayu. Saya lakukan ini (filem) bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk diagung-agungkan, tetapi atas niat ikhlas agar silat kita (Silat Melayu) dikenali seluruh dunia.”

Beliau juga menyatakan bahawa sekiranya kita hanya menunjukkan aksi-aksi biasa (buah, belebat dan tempur), beladiri kita adalah hampir sama tarafnya dengan beladiri-beladiri luar negara. Dalam ertikata mudah, tiada sebarang keistimewaan.

“Kenapa tidak dipersoalkan filem-filem Bruce Lee, atau filem-filem Hong Kong dan China, atau filem-filem Hollywood? Kenapa tidak persoalkan Amerika yang menyerang negara-negara tertentu sebagai cuba tunjuk hebat? Kenapa bila kita buat (filem) mereka kata kita nak menunjuk-nunjuk? Ini tak lain hanyalah cakap-cakap orang yang iri hati. Kita bersusah payah nak naikkan Silat Melayu tetapi nampaknya ‘kita’ sendiri yang memperlekehkannya” ujar beliau lagi.

Filem ini juga pada asasnya merupakan satu ‘pembuktian’ kehebatan silat asli Melayu. Ini kerana silat bukan hanya bertunjang kepada faktor fizikal semata, tetapi juga mesti disandarkan pada faktor ’spiritual’.

“Orang kata pendekar zaman dahulu ditanam tapi hidup semula, kita buktikan. Orang kata pendekar zaman dulu digantung tetapi berjaya lepaskan diri, kita buktikan juga. Malah orang kata pendekar zaman dulu diikat dan dicampak ke dalam sungai, tapi masih berjaya bolos, juga kita buktikan. Cerita pendekar zaman dulu bukan hanya dongeng, malah benar-benar terjadi. Dan kita berjaya buktikan kebenaran sebahagian besar daripadanya,” tambah beliau.

Adalah menjadi harapan YM Mahaguru untuk melihat Silat Melayu diterima seluruh dunia dan menjadi cita-cita terbesar beliau agar Silat dapat dipertandingkan dalam Sukan Olimpik.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2008 01:37 PM | Show all posts
omardin rajin la wat menda2 selangkh ke alam batin ni... selangkah ke alam ria xda ker
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 02:34 PM | Show all posts

gelanggang baru lianpadukan kini dibuka

lokasi 1 : kompleks tabung haji kelana jaya
masa 1 : hari jumaat malam sabtu / bermula jam 21:00

lokasi 2 : surau al hidayah
masa 2 : hari khamis malam jumaat / bermula 21:30

tenaga pengajar : cikgu din 012 327 2180

p/s: aku tolong sampaikan je

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2008 08:11 AM | Show all posts
aduih lian slalu ada area kl n selatan ja utara xdak doh... nak blajaq....
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 08:50 AM | Show all posts

Reply #518 EddySengal's post

Ada... di taiping ada Gelanggang Lian.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 10:13 AM | Show all posts

Reply #514 EddySengal's post

pulak dah

aku x leh nak bela haiwan mahu pung ikan

umah duk sorang...kalau aku gi merantau xda sapa nak bagi makan deh
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 10:21 AM | Show all posts

Reply #517 silau's post

wah dekat jer nih

x sangka pulak aku org wat gelanggang kat sini..

hmmm diorg punya gelanggang open atau tertutup?

teringin gak nak pegi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.345340 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list