Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
6614
View
97
Reply

[Tempatan] Air seluruh negara hanya cukup untuk 3 bulan

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 21-2-2014 09:54 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR 20 Feb. - Simpanan air di kesemua empangan di seluruh negara diunjurkan hanya mampu membekalkan air antara satu hingga tiga bulan sekiranya cuaca panas dan kering berpanjangan.
Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S. Piarapakaran berkata, keupayaan untuk menampung permintaan air bergantung kepada situasi kemarau di setiap negeri dan saiz serta struktur empangan.
Menurut beliau, kawasan bandar yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi lazimnya akan mengalami gangguan bekalan air lebih awal berbanding lokasi lain.
"Situasi itu berlaku berikutan permintaan yang tinggi terhadap bekalan air di kawasan bandar yang kebiasaannya terletak jauh daripada kawasan bekalan air.
"Sebagai perbandingan, empangan di Malaysia pada 30 tahun lalu berupaya menakung air untuk tempoh yang lebih panjang semasa musim kemarau kerana pembangunan di kawasan bandar masih kurang pesat," katanya di sini hari ini.
Piarapakaran mengulas tentang kemungkinan negara dilanda krisis bekalan air sekiranya paras air empangan terus menyusut akibat cuaca panas dan kering di seluruh negara.
Laman web Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan, setakat pukul 8 malam tadi, sebanyak 15 empangan yang dipantau menerusi sistem Info Kemarau mencatatkan simpanan air di bawah paras normal.
Namun, simpanan air di Empangan Chereh, Kuantan, Pahang adalah pada paras 72.97 melebihi paras normal 65 meter.
Beliau menambah, sebagai langkah jangka pendek, syarikat bekalan air hendaklah mengoptimumkan bekalan air terawat.
"Bagi langkah jangka panjang pula, empangan baharu yang bakal dibina mesti berupaya menakung air pada kadar 50 peratus melebihi permintaan semasa," ujarnya.
Piarapakaran turut menyarankan langkah lain seperti mengurangkan kadar air tidak terhasil, mempertingkatkan sistem bekalan air secara kolektif dan larangan kegiatan pembalakan di kawasan tadahan hujan.
Sementara itu, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid memberitahu, masalah bekalan air di seluruh negara masih belum kritikal.
Walau bagaimanapun, jelas beliau, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan syarikat bekalan air telah diarahkan membuat pelan tindakan sekiranya paras simpanan air empangan turun di bawah 45 peratus.
"Catuan bekalan air terpaksa dilakukan apabila simpanan air di empangan kurang daripada 45 peratus," katanya.
Mahdzir juga berharap orang ramai menjimatkan penggunaan air dan membuat persediaan bagi menghadapi kemungkinan gangguan bekalan air berlaku.




Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 21-2-2014 10:57 AM | Show all posts
Malaysia patut stop jual air kat negara lain due to this issue..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 10:59 AM | Show all posts
MissMamamia75 posted on 21-2-2014 10:57 AM
Malaysia patut stop jual air kat negara lain due to this issue..

setuju!!jgn sampai ada yg berperang sudah laa time2 darurat mcm ni...isk..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 11:01 AM | Show all posts
Cam haram jerk kjn Msia nie...

Kejap cukup kejap tak cukup.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 11:03 AM | Show all posts
salah anuwart bersubahat dengan mb khalid
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 21-2-2014 11:04 AM | Show all posts
tunggu komen Noh Omar
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 11:13 AM | Show all posts
mintak la lps nie ada ujan datang untuk penuh kn blik empangan..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 11:16 AM | Show all posts
kan dah nak musim hujan balik ni...

-noh omar
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Relax la. Perigi hanh tuah dan mahsuri tu kan tak pernah kering. Apalagi. Guna la sumber yg ada
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 11:20 AM | Show all posts
Apa kata Bik Mama ....
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 11:22 AM | Show all posts
hri tu syiok sgt pasal cuaca sejuk kat malaya nih ( akhabr yg melebih lebih syok )

skang dh merasa musim kemarau la plak

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 11:27 AM | Show all posts
balik kpg ..air sungai tak pernah kering juga hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 11:30 AM | Show all posts
" Air seluruh negara hanya cukup untuk 3 bulan" tapi jadual statistik hanya tunjuk negeri kat Semenanjung. Wilayah Sabah dan Sarawak tak termasuk pun utk jadi "SELURUH NEGARA".
Nampak sangat banyak lagi air kat Sabah dan Sarawak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 11:31 AM | Show all posts
S. Piarapakaran ? lain bebeno bunyik nama ..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 11:31 AM | Show all posts
kat alam damai dah hampir 2 minggu air dicatu....
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 11:33 AM | Show all posts
pulak dah..
kalau da x cukup nak cari kat mana air..
bukan mcm kat kpg ..ada sungai/perigi..
x kan aku nk g kat mines tu ..angkut air bawak balik ..atau pun berdobi ngan mandi kat situ..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 11:37 AM | Show all posts
Semalam hujan lebat aje, kemarau apa?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 11:38 AM | Show all posts
biar negara yg satu lagi minum air taik...

@kak_sue  
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 11:39 AM | Show all posts
Kenapa Penang takde?


Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 11:40 AM | Show all posts
GEORGE TOWN - Penang may experience water rationing if the Air Itam dam falls to 40% of capacity with the water supply to last only for 43 days at that level.

Chief Minister and Penang Water Supply Corporation Lim Guan Eng said the dam would reach the 40% level if there was no rain at the catchment area for the next 30 days.

He said the water level at the dam was currently at 71% capacity but was dropping fast.

Lim said the corporation was trying to maintain the reserve capacity to last another 90 days by bringing in water from the mainland.

"Consumers should not waste water by washing cars or gardening," he said in a statement today.

Nonetheless, he said the corporation was ready to face the seasonal dry spell at the beginning of the year by ensuring all three dams in Penang were at the maximum level in January.

He said the water level at the Mengkuang dam was at 50.5% which was enough for 84 days and Teluk Bahang dam at 91% which was sufficient for 277 days.

"There is no need for water rationing now," he said but stressed that water should not be wasted. - Sundaily



Full article: http://www.malaysia-chronicle.co ... mid=2#ixzz2tvNWWktK
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter Last edited by gogo2 on 21-2-2014 11:42 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list