Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
6615
View
97
Reply

[Tempatan] Air seluruh negara hanya cukup untuk 3 bulan

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 21-2-2014 09:54 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR 20 Feb. - Simpanan air di kesemua empangan di seluruh negara diunjurkan hanya mampu membekalkan air antara satu hingga tiga bulan sekiranya cuaca panas dan kering berpanjangan.
Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S. Piarapakaran berkata, keupayaan untuk menampung permintaan air bergantung kepada situasi kemarau di setiap negeri dan saiz serta struktur empangan.
Menurut beliau, kawasan bandar yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi lazimnya akan mengalami gangguan bekalan air lebih awal berbanding lokasi lain.
"Situasi itu berlaku berikutan permintaan yang tinggi terhadap bekalan air di kawasan bandar yang kebiasaannya terletak jauh daripada kawasan bekalan air.
"Sebagai perbandingan, empangan di Malaysia pada 30 tahun lalu berupaya menakung air untuk tempoh yang lebih panjang semasa musim kemarau kerana pembangunan di kawasan bandar masih kurang pesat," katanya di sini hari ini.
Piarapakaran mengulas tentang kemungkinan negara dilanda krisis bekalan air sekiranya paras air empangan terus menyusut akibat cuaca panas dan kering di seluruh negara.
Laman web Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan, setakat pukul 8 malam tadi, sebanyak 15 empangan yang dipantau menerusi sistem Info Kemarau mencatatkan simpanan air di bawah paras normal.
Namun, simpanan air di Empangan Chereh, Kuantan, Pahang adalah pada paras 72.97 melebihi paras normal 65 meter.
Beliau menambah, sebagai langkah jangka pendek, syarikat bekalan air hendaklah mengoptimumkan bekalan air terawat.
"Bagi langkah jangka panjang pula, empangan baharu yang bakal dibina mesti berupaya menakung air pada kadar 50 peratus melebihi permintaan semasa," ujarnya.
Piarapakaran turut menyarankan langkah lain seperti mengurangkan kadar air tidak terhasil, mempertingkatkan sistem bekalan air secara kolektif dan larangan kegiatan pembalakan di kawasan tadahan hujan.
Sementara itu, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid memberitahu, masalah bekalan air di seluruh negara masih belum kritikal.
Walau bagaimanapun, jelas beliau, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan syarikat bekalan air telah diarahkan membuat pelan tindakan sekiranya paras simpanan air empangan turun di bawah 45 peratus.
"Catuan bekalan air terpaksa dilakukan apabila simpanan air di empangan kurang daripada 45 peratus," katanya.
Mahdzir juga berharap orang ramai menjimatkan penggunaan air dan membuat persediaan bagi menghadapi kemungkinan gangguan bekalan air berlaku.




Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 3-3-2014 01:37 PM | Show all posts
kak_sue posted on 3-3-2014 01:36 PM
statement macam dendam kesumat je ..... Ini mesti case tiada maaf bagi mu......


...

Kalau jenis laki dah tak boleh didik macam kau..memang seme kau ingat Dendam kesumat......

Khennnn?

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2014 01:36 PM | Show all posts
stinger_attack posted on 3-3-2014 01:25 PM
Kau apa kurang...cuba ditanya apa atau siapa punca perceraian?

All fingers pointing out wards.. ...

statement macam dendam kesumat je ..... Ini mesti case tiada maaf bagi mu......



Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2014 01:25 PM | Show all posts
noor2 posted on 22-2-2014 01:08 PM
.....

BN mana pernah menyalah kan org lain selain anwar

Kau apa kurang...cuba ditanya apa atau siapa punca perceraian?

All fingers pointing out wards.....NEVER inwards....khennn?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2014 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi yg dibisingkan sElangor jer...:@
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2014 12:05 PM | Show all posts
rakyat risau takde air.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 01:16 PM | Show all posts
semua benda nk salahkan org..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 09:48 AM | Show all posts
gogo2 posted on 21-2-2014 11:46 AM
Pembazir air paling banyak:-

Penang tops the list for being the highest water consumer in the cou ...

mesti hugie punya kerja!!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
empangan langat byk je air...gembang je lebih
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 09:11 AM | Show all posts
kesian kat kite
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 09:10 AM | Show all posts
kesian kat kite
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 06:21 PM | Show all posts
boya menabung ayaq dah sampai nek kapla ni
so musim kemarau ni boleyler digunapakai
sapa nak ayaq mailer cari boya
Empangan takungan boya dah melempah ruah
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 10:46 AM | Show all posts
AisyDani13 posted on 24-2-2014 10:43 AM
Tu la pasal..
kat tmpt kami dah 15 hari xdo ayor..
hurm...

takziah kak, dugaan pastikan mendatang,wlwpon bkn diundang.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 10:43 AM | Show all posts
-electrifying- posted on 24-2-2014 12:42 AM
aiyo seluruh negara 3 bulan je? ==' aiyo. hmm

Tu la pasal..
kat tmpt kami dah 15 hari xdo ayor..
hurm...

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 08:42 AM | Show all posts
aiyo seluruh negara 3 bulan je? ==' aiyo. hmm
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2014 06:04 PM | Show all posts
rilex lah.air laut kan ader
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
carik hang tuah...suruh dia gali perigi
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 01:29 PM | Show all posts
R2D2 posted on 22-2-2014 01:27 PM
Hatta setiap kali perhimpunan umno mesti salah satu agenda mesti nk ratib pasal anwar

kan...mcm diala sorang penyebab kemusnahan negara....padahal sikapdan tindakan depa sendiri yang menjahanamkan negara dan rakyat

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-2-2014 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 posted on 22-2-2014 01:08 PM
.....

BN mana pernah menyalah kan org lain selain anwar

Hatta setiap kali perhimpunan umno mesti salah satu agenda mesti nk ratib pasal anwar
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 01:13 PM | Show all posts
sueism posted on 22-2-2014 01:10 PM
selagi anwar tu hidup memang kena blame aje lah
nanti kalau ada earthquake mag 9.9 kat malaysia  ...

betui tu sue...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list