CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Air seluruh negara hanya cukup untuk 3 bulan

[Copy link]
Post time 22-2-2014 01:10 PM | Show all posts
noor2 posted on 22-2-2014 01:08 PM
.....

BN mana pernah menyalah kan org lain selain anwar

selagi anwar tu hidup memang kena blame aje lah
nanti kalau ada earthquake mag 9.9 kat malaysia
gerenti anwar jugak yg kena
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2014 01:08 PM | Show all posts
sueism posted on 22-2-2014 07:47 AM
kesian manusia yg bernama anwar

.....

BN mana pernah menyalah kan org lain selain anwar
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 10:12 AM | Show all posts
tai_digidestany posted on 21-2-2014 11:30 AM
" Air seluruh negara hanya cukup untuk 3 bulan" tapi jadual statistik hanya tunjuk negeri kat Semena ...

good point... aku bru nak utarakan.. kat sabah n swak skang ni hujan khennnn racist sgat kannn

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 09:54 AM | Show all posts
Nak buat empangan, pengambilan tanah jadi isu politik.

Nak buat newwater, nanti kena kutuk di forum CARI macam warga Singapore

Mungkin kita yg tinggal di kawasan bandar pun kena start rainwater- harvesting macam yg tinggal di kampung.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2014 09:34 AM | Show all posts
Kerajaan ambil serius krisis air


KUALA LUMPUR 21 Feb. - Kerajaan mengambil serius isu krisis bekalan air yang melanda beberapa negeri akibat cuaca kering sekaran ini dan akan memutuskan pelan kecemasan tambahan jika perlu selepas mesyuarat Kabinet pada Rabu minggu depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, buat masa ini, kerajaan memilih melakukan pembenihan awan bagi menghasilkan hujan tetapi langkah itu bergantung kepada keadaan awan itu sendiri kerana hujan hanya akan terhasil jika terdapat awan yang bersesuaian.

Pada masa yang sama, beliau berkata, pendekatan kerohanian turut dilaksanakan dengan semua masjid di seluruh negara disaran melakukan solat hajat bagi memohon kepada Allah SWT agar diturunkan hujan dan cuaca kembali kepada suasana sedia kala.

"Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sedang memantau perkembangan ini dan melaporkan setiap perkembangan kepada Kabinet. Kita sedang melakukan pembenihan awan (pelan kecemasan) tetapi (langkah itu) mesti ada awan hujan baru boleh buat.

"Kita juga menyarankan (kepada rakyat) dilakukan penjimatan air. Kalau tidak perlu boleh kurangkan sementara waktu semasa cuaca yang luar biasa ini," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Naib Presiden iaitu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan semua ketua sayap.

Semalam, Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S. Piarapakaran memberitahu simpanan air di semua empangan terutama negeri yang dilanda krisis kemarau hanya cukup untuk tiga bulan jika cuaca panas dan kering yang melanda sekarang berterusan.

Laman web Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sehingga pukul 8 malam semalam juga menunjukkan sebanyak 15 empangan yang dipantau menerusi sistem Info Kemarau mencatat simpanan air di bawah paras normal.

Mengulas mengenai kebimbangan itu, Najib berkata, ada tempoh masa untuk pihak berkuasa menilai apakah krisis bekalan air sudah mencapai tahap kritikal atau tidak tetapi sebarang keputusan mengenainya hanya akan diputuskan selepas mesyuarat Kabinet.

"Ada tempoh masa. Kabinet akan bincang Rabu ini untuk tindakan susulan. Saya tak boleh jelaskan secara spesifik dan ini bergantung kepada cuaca. Tunggu kita mesyuarat Kabinet nanti. Nanti kita akan buat kenyataan lepas mesyuarat," katanya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2014 09:33 AM | Show all posts
Krisis air semakin meruncing


KUALA LUMPUR 21 Feb. - Krisis air di seluruh negara semakin meruncing apabila bilangan empangan yang mencatatkan bacaan paras air di bawah paras normal meningkat kepada 18 empangan hari ini berbanding 15 empangan semalam.

Namun sehingga pukul 7 malam ini, kesemua 20 stesen empangan termasuk 18 empangan tersebut yang dipantau menerusi sistem Info Kemarau masih mencatatkan bacaan air di atas paras minimum.

Menurut laman web Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), empangan yang mencatatkan bacaan air di bawah paras normal adalah Machap, Sembrong, Labong dan Bekok di Johor, Padang Saga, Ahning, Muda dan Beris (Kedah), Bukit Kwong (Kelantan), Timah Tasoh (Perlis), Bukit Merah (Perak), Langat, Sungai Selangor, Tasik Subang dan Sungai Tinggi (Selangor), Batu dan Genting Klang (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan Anak Endau (Pahang).

Daripada 18 empangan tersebut, Padang Saga yang mencatatkan bacaan paras air 18.94 meter sudah hampir dengan paras minimum iaitu 18.50 meter.

Berdasarkan laman web itu juga, jelas menunjukkan bahawa sebanyak lima empangan termasuk di Johor dilaporkan mempunyai simpanan air aktif kurang daripada 45 peratus.

Tiga empangan di Johor itu adalah Machap yang mempunyai simpanan air sebanyak 20.43 peratus, Sembrong (28.30 peratus), Bekok (20.18 peratus) manakala dua lagi empangan ialah Padang Saga (26.96 peratus) dan Timah Tasoh (36.23 peratus).

Sebanyak lapan lagi empangan dilaporkan mempunyai simpan air aktif kurang daripada 50 peratus iaitu Empangan Muda (46.67 peratus), Bukit Merah (48.73 peratus) manakala Genting Klang, Labong, Beris, Anak Endau, Semenyih (Selangor) dan Ulu Kinta (Perak) masing-masing sebanyak 48.29 peratus.

Tiga empangan yang dilaporkan mempunyai simpanan air aktif yang banyak ialah Tasik Subang sebanyak 96.26 peratus, Sungai Tinggi (80.68 peratus) dan Langat (76.10 peratus).

Utusan Malaysia hari ini melaporkan simpanan air di kesemua empangan di seluruh negara diunjurkan hanya mampu membekalkan air antara satu hingga tiga bulan sekiranya cuaca panas dan kering berpanjangan.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S. Piarapakaran berkata, keupayaan untuk menampung permintaan air bergantung kepada situasi kemarau di setiap negeri dan saiz serta struktur empangan.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2014 09:11 AM | Show all posts
mmg teruk la kalo kene catuan air..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 08:02 AM | Show all posts
noor2 posted on 22-2-2014 07:29 AM
ni semua salah anwar...

Air gatal atas kepala yang dah bertakung sekian lama sejak perceraian boleh digunakan pada waktu darurat apa?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2014 07:47 AM | Show all posts
noor2 posted on 22-2-2014 07:29 AM
ni semua salah anwar...

kesian manusia yg bernama anwar

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 07:29 AM | Show all posts
ni semua salah anwar...

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis posted on 22-2-2014 06:23 AM
Gali air bawah tanah secara besar besaran...dengan kata lain kerahkan semua rakyat malaysia yang s ...

haha.. xde nye yg rajin.. rela mati kehausan.. wakaka..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 06:25 AM | Show all posts
sungai bukit merah tu kering sampai rumput pun meninggi dalam sungai tu....
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 06:23 AM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa posted on 22-2-2014 12:33 AM
apakah itu? apa yg Libya buat?

Gali air bawah tanah secara besar besaran...dengan kata lain kerahkan semua rakyat malaysia yang sihat untuk menggali..ehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 06:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Cukup lag 3 bln konon


Abis byk tmpt dicatu cmne?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 06:20 AM | Show all posts
internet pon kena catu
letrik pon jap lg kena catu
air pon catu
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
td hujan rintik2.. nk eksaited pun teragak2.. cuaca terlalu panas, smpai x sempat basah pun jalanraya tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2014 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok posted on 21-2-2014 11:17 PM
rate of succesful pembenihan awan ineffective.... takat bagi lega secara psychological je
cara pa ...

apakah itu? apa yg Libya buat?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Hujan dah turun  ni leh cover balik x
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 11:17 PM | Show all posts
clarizsa posted on 21-2-2014 02:09 PM
bila nk ujan ni... sedihnya lama x ujan... xde ke bijak pandai,saintis ke wat pembenihan awan ke...

rate of succesful pembenihan awan ineffective.... takat bagi lega secara psychological je
cara paling efektif adalah ikut langkah Libya semasa bawah ditaktor kejam

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 10:41 PM | Show all posts
mmg air sungai pun dah makin cetek, risau plak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.483756 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list