CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 10076|Reply: 88

[Tempatan] {2} Kepala koyak dikokak anjing jiran ! pic

[Copy link]
Post time 25-2-2014 04:11 AM | Show all posts |Read mode
25 Februari 2014

GEORGE TOWN - Seorang wanita warga emas terpaksa menerima 28 jahitan di kepala, paha dan lengan selepas diserang seekor anjing peliharaan jirannya di luar pekarangan rumahnya di Solok Bukit Jambul di sini kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi itu, mangsa, Badriah Hanani Abu Bakar, 53, sedang berbual dengan seorang jiran di hadapan kediamannya sebelum diterkam seekor anjing dipercayai jenis German Shepherd.


Difahamkan, anjing tersebut terlepas daripada kurungan sebaik pintu pagar rumah tuannya terbuka. Jarak antara rumah mangsa dan jiran terbabit terletak kira-kira 80 meter.

kosmo

p/s mabuk darah ke anjing german sepherd nie...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-2-2014 04:11 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2014 04:27 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 05:02 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2014 07:05 AM | Show all posts
Georgetown: Seorang wanita berhadapan detik cemas diserang seekor anjing dipercayai jenis German Shepherd milik jirannya sejurus haiwan berkenaan terlepas daripada kurungan dalam kejadian di Solok Bukit Jambul, di sini, pagi kelmarin.

Akibat serangan itu, mangsa, Badriah Hanani Abu Bakar, 53, terpaksa menerima 28 jahitan iaitu 13 di kepala, 12 di lengan kiri dan tiga di paha kanannya.


Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 pagi di luar pekarangan rumahnya, mangsa dikatakan bersembang dengan jirannya yang ketika itu sedang mengutip bunga.

“Ketika itu, saya melihat anjing milik jiran dalam keadaan resah dan membuat bising. Bagaimanapun, kami tidak menghiraukannya dan terus berbual kerana menyangka haiwan itu tidak akan bertindak agresif.


“Tanpa saya sedari anjing yang tingginya separas pinggang orang dewasa itu terus menerkam ke arah kami lalu menggigit paha saya. Saya hanya mampu menjerit, tetapi gagal menghentikan serangan anjing itu,” katanya.


Katanya, dia cuba melawan, tetapi berikutan anjing itu bertindak agresif menyebabkan dia terjatuh sebelum pengsan akibat terlalu panik selepas melihat pahanya ditembusi gigi tajam haiwan berkenaan.

Mangsa bagaimanapun bernasib baik apabila pemilik anjing berkenaan yang menyedari kejadian itu terus bergegas keluar untuk menenangkan haiwan berkenaan ketika itu masih lagi menyerang mangsa.


“Walaupun sudah rebah, anjing itu sekali menggigit lengan kiri saya sebelum dihalang tuannya. Saya kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan akibat kecederaan itu,” katanya sedang menerima rawatan di Hospital Pantai Bayan Baru, semalam.

Suami mangsa, Suhaimi Ismail, 59, berkata, dia berlari keluar untuk membantu isterinya, tetapi terkedu apabila mendapati anjing itu dalam keadaan agresif sedang menyerang isterinya.


Berikutan kejadian itu, Suhaimi membuat laporan di Balai Polis Sungai Nibong, petang kelmarin, diikuti aduan susulan kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) pagi semalam.


“Diharapkan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya kerana membabitkan keselamatan orang ramai di kawasan perumahan.


“Saya juga bimbang sekiranya kejadian sama akan berulang dan menimpa orang lain,” katanya.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan kejadian serangan haiwan terbabit.


Difahamkan, pihak JPV juga sudah mengambil tindakan susulan dengan merampas anjing berkenaan untuk tindakan selanjutnya petang semalam dan siasatan juga dijalankan bagi mengesahkan sama pemiliknya mempunyai lesen sah untuk memelihara haiwan berkenaan.


Sementara itu, rakan mangsa yang turut berada di lokasi dan menyaksikan kejadian itu dilaporkan tidak cedera.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2014 07:05 AM | Show all posts
kenapa anjing tuh resah ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2014 07:10 AM | Show all posts
Anjing kalau serang hanya tertumpu pada satu mangsa saje ke? Pelik kenapa rakan mangsa x pula kena serang.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 07:11 AM | Show all posts
tolong saman tuan punya anjing tu skali..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2014 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Anjing gila la tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 07:19 AM | Show all posts
sashin posted on 25-2-2014 07:11 AM
tolong saman tuan punya anjing tu skali..

jarang org melayu nk saman -menyaman ni.baik ati sgt..

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 07:26 AM | Show all posts
kita bela anjing nak takotkan perompak.
tapi ni la risikonya.
anjing pulak jadi gila.
penah anak jiran kena tolak kat anjing.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Huh....3taun lps pon nenek husb smpi pth kaki kena keja anjg...tp nsb baik dia xsmpt gigit ada org tlg halau kn...ajg liar...agresif...main klua aje dpd semak
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 08:08 AM | Show all posts
Macit boleh saman kurang2 3juta... Bukan kah nonmuslim penang kaya.. Kasi ajar diorang!
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 08:18 AM | Show all posts
Anjing tu resah sebab dia belum dapat Brim lagi kot...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 08:34 AM | Show all posts
saman tuan anjing tue.......
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 08:44 AM | Show all posts
aku rasa anjing tu mesti tuan die tak penah bawak gi jalan2. aku penah baca anjing tu wajib kene bawak jalan2 sbb anjing jenis tak boleh simpan tenaga banyak2. nnt jadi mcm nilah. saman je makcik tuan anjing tu saman jah smpi tinggal spender. padan muka tau nak anjing belanye taknak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2014 08:52 AM | Show all posts
annehuda posted on 25-2-2014 08:44 AM
aku rasa anjing tu mesti tuan die tak penah bawak gi jalan2. aku penah baca anjing tu wajib kene baw ...

Takde ke hukuman balas balik benda yang sma kat tuan anjing?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 08:52 AM | Show all posts

aku pun rasa camtu jgk...anjing tu jarang dibawak keluar jalan2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2014 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Ke musim ngawan ketuanan anjing...?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
kena training ngan cesar dog whisperer ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 32206 Replies : 616
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3291 Replies : 39
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39519 Replies : 129
Kisah iblis betina yang tak pernah tidur pt.2
manoppKisah iblis betina yang tak pernah tidur
Views : 7581 Replies : 2
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 20600 Replies : 60
ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
kukukud450ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
Views : 1616 Replies : 0
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 45716 Replies : 57
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 356639 Replies : 3525
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63569 Replies : 74
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 4089 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.168536 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list