CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 18377|Reply: 56

Waktu Solat Dhuha.

[Copy link]
Post time 26-2-2014 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Salaam.

Ni yang saya baca; kalau salah, tolong betulkan.

Solat Sunat Dhuha boleh dikerjakan 30 minit selepas Syuruk.

Waktu Dhuha antara 8.00 pagi hingga 11.00 pagi; selepas itu, haram hukumnya (?)

Syuruk sekarang 7.26 pagi, jadi 8.00 pagi tu elok sangat lah kan?




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2014 11:40 AM | Show all posts
Salaam.

Ni yang saya baca; kalau salah, tolong betulkan.

Solat Sunat Dhuha boleh dikerjakan 30 minit selepas Syuruk.

Salam

Setahu saya, boleh...

Waktu Dhuha antara 8.00 pagi hingga 11.00 pagi; selepas itu, haram hukumnya (?)

Ini hanya anggaran.... sebelum tengah hari tu kira ok lagi... waktu Dhuha tu bermula lebih kurang setengah jam selepas terbit matahari, akhirnya sehingga tengah hari....

Syuruk sekarang 7.26 pagi, jadi 8.00 pagi tu elok sangat lah kan?

Lepas waktu Isyraaq (syuruq = terbit matahari, Solat Isyraaq waktunya dalam 15 - 20 minit lepas syuruq).... dah boleh....

WAllahu a'lam


Last edited by mnm77 on 26-2-2014 11:50 AM

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 11:46 AM | Show all posts
Waktu  dhuha sampai lebih kurang 3 minit sebelum masuk waktu zohor.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 01:45 PM | Show all posts
Tengahari atau waktu matahari tegak bagi Malaysia ialah lebih kurang pukul 1.00 - 1.30 pm bergantung pada hari dan bulan.  Solat dhuha pada pukul 12.30pm pun masih okay lagi sebab belum matahari tegak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 03:14 PM | Show all posts
ada  yg kat 39 minit  ....


boleh bagi komen tang satu  pernyataan I tak tahu  dari hadith ke ape...

yg menyatakan bahawa kalau terlepas subuh dan ingin mengqada subuh  itu , jangan dilakukan just after subuh

sebab ?

dikatakan bahawa ia mengikut amalan penyembah matahari  so eloknya lepas 39 minit ditunaikan qada terbabit.


jadi persoalan  saya adalah  apakah pernyataan ini ada asas?

Last edited by mbhcsf on 26-2-2014 03:16 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 11:00 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 26-2-2014 03:14 PM
ada  yg kat 39 minit  ....

Assallamualaikum warahmatullah wabarakatuh

Uncle jawab dulu soalan Da mbhcsf....

Memang ada waktu yg dilarang solat,...sebagaimana Hadith..


Hadis tersebut ialah:

ثلاث ساعات كان رسول الله صلى الله عليه و سلم ينهانا أن نصلي فيهن أو أن نقبر فيهن موتانا حين تطلع الشمس بازغة حتى ترتفع وحين يقوم قائم الظهيرة حتى تميل الشمس وحين تضيف الشمس للغروب حتى تغرب

ertinya: Tiga waktu Nabi SAW melarang kami sembahyang dan mengebumikan mayat padanya;
-ketika terbit matahari, sehingga naik tinggi
-ketika matahari berada di kemuncak pertengahan, sehingga tergelincir
-ketika matahari mula terbenam, sehinggalah ia terbenam.

HR: Muslim (no: 831).




Bagaimana pun.....LARANGAN INI HANYA UTK SOLAT YG TIADA SEBAB TERTENTU SAHAJA.




Bagi Qadha' solat subuh .....TAK PERLU TUNGGU!


Rasullullah s.a.w memerintahkan qadha’ dilakukan dengan SEGERA, sebagaimana hadith:


“Sesiapa lupa daripada satu sembahyang, hendaklah bersembahyang APABILA dia teringat”.


Muslim (no: 680).



Note Uncle : tidur sama lupa.

Ada hadis menyebut larangan sengaja memilih waktu tersebut, spt: hadis

“Jangan mencari waktu untuk solat pada ketika terbit dan terbenam matahari”.
HR Bukhari (no: 558).


Orang yg qadha’ solat tidak sengaja memilih waktu larangan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2014 11:03 PM | Show all posts
Kesimpulannya.....larangan Solat tu hanya utk org yg sengja pilih waktu waktu haram tu utk buat Solat Sunat Mutlak (tak bersebab)


TAPI : Bagi Qadho' solat......Mesti Qadho' segera tanpa tunggu!

(begitu juga utk solat "Tahiyyatul Masjid"...boleh buat sebaik masuk masjid tanpa mengira puku berapa...)


Harap jawaban ni O.K    Last edited by burungantu on 26-2-2014 11:08 PM

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 12:03 AM | Show all posts
Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah S.W.T atas segala berkah hidup yang diberikanNya.

Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya.

Abu Hurairah pernah berkata:
“Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”



Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah S.AW. bersabda:
“Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”
(HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)

Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat.

Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.


Nabi Muhammad SAW  bersabda:
“Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”  
(HR Al-Hakim dan At-Tabrani)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2014 12:14 AM | Show all posts
.
Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat,
tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat.

1. Lafaz Niat : "Ussolli sunnatadduha rakataini llillahi taala "  Sahaja aku solat sunat dhuha 2 raakaat lillahi taala..
(lintasan dlm hati sewaktu takbirattulihram yg dikira berniat...lafaz niat adalah bagi membantu sja..)

.
2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
.
a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas






Ini sekadar bagi panduan yg nak buat solat Dhuha dgn cara yg paling baik..


TAPI.....TAK PERLU SUSAH SUSAH kalau terasa susah begini..


Hanya NIAT....& solatlah 2 Rakaat dgn apa apa surah ...asal sja sempurna rukun...BOLEH JE..  ...& jangan memberatkan,..buatlah dgn cara mana asal sja menggembirakan hati masing masing.

Kadang kadang solat seimple simplenya 2 rakaat tu ...menyebabkan kita terasa rindu utk terus mengulang ulang & istikhamah mengamalkannya..



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 12:23 AM | Show all posts
DOA SELEPAS SOLAT DHUHA










Doa tak mesti dlm Arab...so ..kalau rasa suka nak cakap melayu, terus bahasa melayu pun boleh je..


Maksud doa:
“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu,
kecantikan itu ialah kecantikan-Mu ,
keindahan itu keindahan-Mu,
kekuatan itu kekuatan-Mu,
kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu".


"Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu,
limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”


Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 12:33 AM | Show all posts
kalau solat sunat israq pulak? bila waktunyee??
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 12:49 AM | Show all posts
relaxjek posted on 27-2-2014 12:33 AM
kalau solat sunat israq pulak? bila waktunyee??

ada Tuan mnm77 tulis kat atas..


Solat Isyraaq waktunya dalam 15 - 20 minit lepas syuruq..


syuruq = terbit matahari
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 09:29 AM | Show all posts
burungantu posted on 27-2-2014 12:49 AM
ada Tuan mnm77 tulis kat atas..

thanks ustaz.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 09:37 AM | Show all posts
burungantu posted on 27-2-2014 12:23 AM
DOA SELEPAS SOLAT DHUHA

Just nak share, apakah yang Rasulullah bacakan selepas solat dhuha.

(Ni eja dalam rumila, pandai2 la cari dalam tulisan b, arab)

Allahumaghfirli watub 'alaiyya innaka anta tawwaburrahim. 100x

Jadi, cubalah ikut yang sunnah, lebih afdhal.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 10:18 AM | Show all posts
baulu posted on 27-2-2014 09:37 AM
Just nak share, apakah yang Rasulullah bacakan selepas solat dhuha.

(Ni eja dalam rumila, panda ...

جزاك اللهُ خيراً




Sahabat Ibnu Umar ra. sempat menghitung lafal istighfar berikut ini dibaca oleh Rasulullah SAW. dalam satu majlis, sebanyak 100 x:
“رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ” (رواه أبو داود والترمذي وأحمد)

“Rabbighfirli, wa tub ‘alayya, innaka Antat-Tawwabur-Rahim”
Wahai Tuhan-ku, ampunilah daku, dan terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkau-lah  Maha Penerima taubat, dan Maha Penyayang .





رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ


Wahai Tuhan-ku, ampunilah daku, dan terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkau-lah  Maha Penerima taubat, dan Maha Penyayang


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 10:35 AM | Show all posts
burungantu posted on 27-2-2014 10:18 AM
جزاك اللهُ خيرا&#161 ...

Melalui ijazah yang saya terima, zikir ni memang ada diriwayatkan dibaca Rasulullah pada setiap jenis solat, sunat juga dibaca dalam sujud dan majlis.

Sumber hadith:

Telah dikeluarkan di dalam Kitab al Adabul Mufrad dengan sanad sahih oleh Imam al Bukhari, daripada 'Aisyah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW telah melaksanakan solat Dhuha, kemudian Baginda membaca: "Ya Allah ampunilah daku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang menerima ttaubat lagi Tuhan yang mengasihi". Baginda membacanya sehingga seratus kali.

Menurut ustaz yang mengijazah amalan ni, ada 3 kaedah bacaan. Yang pertama seperti di atas, ada 2 lagi yang melibatkan pertambahan 2 perkataan belainan dicelah zikir asal.

Kalau saya boleh attach gambar senang sikit saya attach ijazah tu untuk tunjuk 2 kaedah lagi.

BTW, surah yang Rasulullah baca ialah As syam pada rakaat pertama dan Addhuha pada rakaat kedua.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2014 11:15 AM | Show all posts
salam



yap .. boleh tukar .. ya tuhanku رب
pada .. ya Allah اللهم

wassalam


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 11:35 AM | Show all posts
baulu posted on 27-2-2014 10:35 AM
Melalui ijazah yang saya terima, zikir ni memang ada diriwayatkan dibaca Rasulullah pada setiap je ...



Silalah attach gambarnya...teringin sangat Uncle nak tau..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 03:49 PM | Show all posts
burungantu posted on 26-2-2014 11:00 PM
ثلاث ساعات كان رسول الله صلى الله عليه و سلم ينهانا أن نصلي فيهن أو أن نقبر فيهن موتانا حين تطلع الشمس بازغة حتى ترتفع وحين يقوم قائم الظهيرة حتى تميل الشمس وحين تضيف الشمس للغروب حتى تغرب

ertinya: Tiga waktu Nabi SAW melarang kami sembahyang dan mengebumikan mayat padanya;
-ketika terbit matahari, sehingga naik tinggi
-ketika matahari berada di kemuncak pertengahan, sehingga tergelincir
-ketika matahari mula terbenam, sehinggalah ia terbenam.

HR: Muslim (no: 831).

Mungkin akan ada pertanyaan, apa yang dimaksudkan dengan sehingga naik tinggi? Sehingga tinggi mana?

Mungkin untuk lebih mudah faham, ketika matahari naik (nampak sebahagian), sehingga naik penuh (boleh nampak penuh).... ketika terbit matahari, sehingga matahari naik penuh, masa ini dalam lingkungan 15 hingga 20 minit dari waktu syuruq. Dan sebab itulah solat Isyraq dikerjakan dalam masa 15-20 minit selepas syuruq, untuk kepastian supaya matahari dah naik penuh...

Selepas waktu Isyraq ni... dalam lingkungan 30 minit selepas syuruq, dah boleh solat Dhuha....

WAllahu a'lam


Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 05:06 PM | Show all posts
burungantu posted on 27-2-2014 11:35 AM
Silalah attach gambarnya...teringin sangat Uncle nak tau..

Saya rasa saya tak boleh lagi kot paste image ni.Kalau boleh pun macam tedious je kerja nak buka kat website mana entah.

Anyway, ceritalah senang:

Kaedah 1: Perkataan "warhamni" selepas Allahumaghfirli.
Kaedah 2: Perkataan "ghofur" menggantikan Arrahim.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.305241 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list