CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: BelovedTaeyeon

Waktu Solat Dhuha.

[Copy link]
Post time 22-4-2014 07:12 PM | Show all posts
ADA KHILAF ...iaitu ada ulama yg kata SOLAT DUHA & ISYRAK NI SEBENARNYA MERUJUK SOLAT YG SAMA.
ye....sbb ada yg kata solat israk dan dhuha ni solat yg sama....

tu yg saya keliru.

Sekarang buat dhuha jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2014 07:18 PM | Show all posts
intriQue posted on 22-4-2014 07:12 PM
ye....sbb ada yg kata solat israk dan dhuha ni solat yg sama....

tu yg saya keliru.

Oooo...tapi..Uncle pernah jumpa Hadith tentang Solat Isyarq' sebagai "bayaran" utk sendi sendi kita..

Duha' pula ...tentang rezeki..


sebab tu Uncle buat dua dua..


Tapi...Tak tau kat mana & apa status hadith tu....kalau bagi masa sikit...nanti Uncle rujuk..  insyaallah..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
burungantu posted on 22-4-2014 07:18 PM
Oooo...tapi..Uncle pernah jumpa Hadith tentang Solat Isyarq' sebagai "bayaran" utk sendi sendi kit ...

TQ uncle Last edited by intriQue on 22-4-2014 07:34 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 12:35 AM | Show all posts
intriQue posted on 22-4-2014 07:32 PM
TQ uncle

alamak...Uncle mintak maaf banyak, sebab Uncle dah tersilap ingat.


Tiba tiba Uncle teringat balik...Hadith tentang "hutang sendi" tu PUN adalah tentang solat Dhuha

"Yushbihu 'alaa kulli sulaamay ay 'adhwin min ahadikum shodaqotan.
Fakullu tasbiihatin shodaqotun
wakullu tahmiidatin shodaqotun
wakullu tahliilatin shodaqotun
wakulli takbiirotin shodaqotun
wa amrun bil ma'ruufi shodaqotun
wa nahyun 'anil munkari shodaqotun
wayajzi-u min dzaalika rok'ataani tarka'uhumaa minadh dhuhaa"


Setiap pagi semua anggota badan masing-masing  wajib disedekahi.
Setiap kali tasbih adalah sedekah.
Setiap tahmid adalah sedekah.
Setiap kali tahlil adalah sedekah.
Setiap kali takbir adalah sedekah.
Amar ma'ruf nahi munkar adalah sedekah.
Semuanya terpenuhi dengan dua rakaat dhuha."
(HR. Muslim)


..............

JADI.....Hadith yg tentang solat Isyraq tu....yg ada sebut ..dapat pahala haji &Umrah, sempurna, sempurna, sempurna..


   maaf, uncle tersilap ingat..padahal..memang Uncle selalu cakap pasal ni.!




Bagaimana pun..tak ada apa pertikaian pun sebenrnya pasal nama "ISYRAQ" dgn "DHUHA" tu..


Sebab...Ulama Ulama yg kata SAMA (Dhuha & Isyraq) pun...sepakat kata...Solat Dhuha diawal waktu dipanggil solat Isyraq'..



& Hadith yg Uncle terlupa tu, yg ini..



.
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallambersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِى جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ
“Sesiapa solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah  sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq). Maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna, sempurna, sempurna.”  

(Hadis Riwayat, At-Tirmidzi dan , ath-Thabrani r.a.)






Kiranya..kalau drp segi Istilah....Solat Isyraq' ni adalah juga solat Dhuha tapi perlu memenuhi beberapa kriteria ..iaitu..."diawal waktu Dhuha"...sebab , kalau terlepas waktunya yg pendek tu...dah tak boleh dinamakan Isyarq dah..

& lagi..kena duduk berzikir selepas solat subuh berjamaah ..sampai masuk waktu dhuha..





Sedangkan SOLAT DHUHA boleh je dibuat hingga hampir tengahari..


(kiranya...utk dapat solat Isyraq' ni memang agak beratlah...terutama masyarakat Modern kita yg terpaksa sibuk dgn pelbagai urusan dunia drp awal kadang drp sebelum subuh lagi!


TAPI...Uncle memang tak berkesempatan utk penuhi krateria (duduk sambung lepas subuh..sampai waktunya tu)...TAPI UNCLE BUAT JUGA..
sebab kalau tak dpt yg sempurna pun...memadai sja apa yg termampu.....SUNAT SJA...






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts
burungantu posted on 23-4-2014 12:35 AM
alamak...Uncle mintak maaf banyak, sebab Uncle dah tersilap ingat.



Wahhhh......panjang lebar penerangan uncle. Tqvm

So uncle, kalau dah dapat buat solat israk tu (di awal waktu),  solat dhuha buat jugak ke later? Ke dah kira redundant?

Masih keliru ttg tu......
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 07:59 AM | Show all posts
intriQue posted on 23-4-2014 06:40 AM
Wahhhh......panjang lebar penerangan uncle. Tqvm

So uncle, kalau dah dapat buat solat israk  ...



REDUNDANT ?.....TAK   


Sebab...Solat Dhuha sebenarnya ...TAK ADA LIMIT JUMLAH RAKAATNYA...Boleh buat, 2 atau 4 atau 8 dan seterusnya....ikut suka..  





مُعَاذَةُ أَنَّهَا سَأَلَتْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا:


كَمْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي صَلاَةَ الضُّحَى؟


قَالَتْ: أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ وَيَزِيدُ مَا شَاءَ.


Maksudnya:

Daripada Mu’adzah, dia berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah: Berapa rakaat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan solat Dhuha?

Dia menjawab: Sebanyak empat rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut yang dia kehendaki.


- Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 719.






Di dalam Fathul Baari al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah telah membawa sebuah riwayat seperti dibawah:

وَعِنْد اَلطَّبَرَانِيّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي اَلدَّرْدَاءِ مَرْفُوعًا مَنْ صَلَّى اَلضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُكْتَبْ مِنْ اَلْغَافِلِينَ ,


وَمَنْ صَلَّى أَرْبَعًا كُتِبَ مِنْ اَلتَّائِبِينَ , وَمَنْ صَلَّى سِتًّا كُفِيَ ذَلِكَ اَلْيَوْمَ ,


وَمَنْ صَلَّى ثَمَانِيًا كُتِبَ مِنْ اَلْعَابِدِينَ , وَمَنْ صَلَّى ثِنْتَيْ عَشْرَة بَنَى اَللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي اَلْجَنَّةِ


Maksudnya:

Dalam riwayat al-Thabarani daripada hadis Abu Darda’ secara marfu’ disebutkan: Barangsiapa solat Dhuha dua rakaat, maka tidak ditulis sebagai orang-orang lalai, barangsiapa solat Dhuha empat rakaat maka ditulis sebagai orang-orang yang bertaubat, barangsiapa solat Dhuha enam rakaat, maka dicukupkan untuknya pada hari itu, barangsiapa solat Dhuha lapan rakaat, maka ditulis dalam golongan ahli Ibadah, dan barangsiapa solat Dhuha dua belas rakaat maka dibangunkan untuknya rumah di syurga. – rujuk Fathul Baari, jilid 6, ms. 349





SO...LAGI BANYAK...LAGI BAIK!     







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2014 08:03 AM | Show all posts
burungantu posted on 23-4-2014 07:59 AM
REDUNDANT ?.....TAK   

Alhamdulillah

tQ uncle sbb bagi pencerahan panjang lebar

skarang saya dah faham n dah jelas
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 05:53 AM | Show all posts
Salam Ramadhan semua.

Sekarang cuti sekolah - maka dengan aman damainya saya boleh buat sembahyang Dhuha. Tak ada tak dah terkejar kejar. Syukur sangat. Saya dua tiga empat minggu lepas ada jual perabut rumah dan barang barang yang saya or anak sya tak guna dah. Selalu lepas buat sembahyang Dhuha saya mohon dari Yang Esa agar barang barang saya ni terjual dgn segera. Barang barang saya jual ni orang lain pun jual jugak .. ada yg lebih murah dan ada yang lebih mahal dari harga saya. Setakat ini 80% barang jualan saya dah dibeli orang.

Baru baru ini suami pinjam duit. Bila dia bayar balik dia bagi double! Suka saya.

Dulu saya sentiasa tertunggu tunggu result sembahyang Dhuha (mcm hapa kan) sekarang ni tidak lagi sebab tak lambt cepat mesti ada rezeki yang datang. Kalau lah saya tau dari dulu kebaikkan sembahyang ini ..

Sekarang dengan masa yang Allah beri .. saya tak boleh dah sembahyang duha 4 rakaat rasa mcm tak mengenang budi. Sekarang kurang kurang saya buat 8 rakaat. Sebab rezeki dah dpt tak kan balas dgn 2 rakaat jer kan. Kena lah belajar bersyukur.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2014 08:58 AM | Show all posts
DARSITA posted on 4-7-2014 05:53 AM
Salam Ramadhan semua.

Sekarang cuti sekolah - maka dengan aman damainya saya boleh buat sembahyan ...

Dua rakaat pun dikira syukur juga.... lagi banyak rakaat solat sunat, lagi baik sebagai tanda syukur yang lebih lagi, mudah-mudahan bertambah-tambah rezeki dari Allah...

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".
(Ibrahim, 7)


Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 06:13 PM | Show all posts
salam


وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُ ۥ مَخۡرَجً۬ا
Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar
وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُ‌ۚ
Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.
وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ ۥۤ
Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya
إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمۡرِهِۦ‌ۚ
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya.
قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدۡرً۬ا
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

wassalam


Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
ibnur posted on 26-2-2014 01:45 PM
Tengahari atau waktu matahari tegak bagi Malaysia ialah lebih kurang pukul 1.00 - 1.30 pm bergantung ...

kira pukul 12  masih lg bole ok la tu..dulu x kerja sya selalu buat dlm pukul 10 ke atas tp sejak kerja dari kul 8pg-12tghari sya rasa susah pulak nak buat.sya keja di tadika non muslim jd agk terbatas.kalo bole buat sempatla balik rumah dlm kul 12 lebih n buat..

sya perasan kalo tinggal solat dhuha rasa mcm kehilangan sesuatu kan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2014 12:56 PM | Show all posts
burungantu posted on 27-2-2014 12:23 AM
DOA SELEPAS SOLAT DHUHA

kalau kita  nak doa apa2pun boleh kan? tak semestinya guna doa ni....
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2014 12:55 AM | Show all posts
emmaisa posted on 18-7-2014 12:56 PM
kalau kita  nak doa apa2pun boleh kan? tak semestinya guna doa ni....

Assallamualaikum Emmaisa..

YA BETUL SEKALI...TAK MESTI DOA INI  



Lagi pun..Doa yg Uncle copy pasti tu BUKaN DRP DOA MAKSUR (Bukan drp Hadith)..
walau sgt popular..ianya merupakan doa yg berasal daripada doa seorang wanita Badwi di padang Arafah.


Munkin doa ni baik, sedap didengar/diucap , ianya jadi popular..


Bagaimanapun, memang ada Ulama yg memandang doa tersebut sebagai tidak baik...sebab dikuatiri ada unsur mmberatkan (takalluf) atau ...mcm mereka2ayat (berlebih2) dlm doa (tasyqiq )




Bagi Uncle (peribadi)- sebab ada Ulama yg kata "BAIK" & ada ulama yg kata "TAK BAIK"...terpulang kita....


WaAllahu a'lam..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2014 01:27 AM | Show all posts
terima kasih atas penerangan uncle.  assalamualaikum.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2014 03:57 PM | Show all posts
Salam Aidilfirti,

Saje nak sharing apps ni.. bagus dan berguna. FREE download.
https://play.google.com/store/apps/details?id=my.amoeba.ezsolat
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2014 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam

Pada pandangan saya, masa terbaik utk melaksanakan solat dhuha adalah selepas 1 1/2 jam matahari mula terbit dan dlm lingkungan masa 3 1/2 jam.

Contoh, masa fajar 7.05 pg, maka yg terbaik melaksanakan solat dhuha pada pukul 8.35 pg sehingga 12.05 tgh hari.

Ini cuma pandangan peribadi saya. Jika mahu melaksanakan sesudah fajar hingga sebelum masuknya waktu Zohor, itu hak individu dgn amalan yg dilakukannya kpd Allah.

Wallah Hu`alam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2024 09:10 PM | Show all posts
Waalaikum salaam.

Betul, Solat Sunat Dhuha boleh dikerjakan 30 minit selepas waktu Syuruk. Waktu Dhuha adalah antara 8.00 pagi hingga 11.00 pagi, jadi memang sangat sesuai untuk dikerjakan pada waktu tersebut. Jika Syuruk pada pukul 7.26 pagi, Solat Dhuha pada pukul 8.00 pagi adalah pilihan yang baik.

Btw, saya baru sahaja menjumpai satu laman web yang bagus yang menyediakan waktu solat di Malaysia. Mungkin anda boleh lawati laman web ini untuk maklumat waktu solat yang lebih terperinci: Waktu Solat Now.

Semoga membantu!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.187140 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list