CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9590|Reply: 98

[Tempatan] Selepas Nasi Lemak Telanjang, MAS Hidang Assam Pedas Sial

[Copy link]
Post time 27-2-2014 08:11 AM | Show all posts |Read mode
MAS: Lepas nasi lemak 'telanjang', asam pedas pula dikritik
FEB 26, 2014 SALMIYAH HARUN


KUALA LUMPIR: Malaysian Airline System (MAS) sekali lagi dikritik apabila menghidangkan set nasi putih asam pedas ikan tetapi dimaklumkan ikan tidak ada di dalam hidang itu.

Kritikan itu bukan datangnya daripada orang biasa tetapi juga daripada pakar masakan iaitu Chef Zam atau Zamzani Abdul Wahab.

Beliau melalui Instagramnya menyatakan kekesalan yang disifatkan ia sebagai ‘memalukan’ memandangkan kerajaan membelanjakan jutaan ringgit untuk mempromosikan Malaysia sebagai ‘syurga makanan’ namun pengalaman pertama mereka menjamah makanan Malaysia tidak mencerminkan apa yang sepatutnya.

Makanan ini dikatakan dihidangkan dalam penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur.

Chef Zam turut menjelaskan nasi yang dihidangkan ‘lembik’ dan sayur yang cukup menyedihkan apatah lagi  tanpa hidangan pencuci mulut.

Sebulan yang lalu  Datuk Redzuwan Ismail atau Chef Wan pernah mengkritik nasi lemak yang dihidangkan kepadanya dalam penerbangan kelas ekonomi ke Bangkok sebagai ‘telanjang’ kerana tidak disertakan ikan bilis, kacang goreng dan timur, yang menurut beliau, tidak mewakili nasi lemak dan pilihan lauk yang sebenarnya.

Menjawab kritikan Chef Wan itu, MAS melalui Pengurus Operasi Penerbangannya berkata, peket ikan bilis dan kacang tidak dapat dihidangkan bersama nasi lemak ketika itu kerana terdapat kerosakan pada bahan tersebut dan timun terdapat pada penerbangan kelas pertama dan perniagaan kerana bersifat mudah rosak menyebabkan anak kapal harus menyediakannya sebelum nasi lemak dihidangkan kepada penumpang.

Prosedur itu merupakan standard biasa MAS bertujuan untuk menjaga kerbersihan dan kualiti makanan para penumpang.

Chef Wan turut menjelaskan beliau bukan  mempertikaikan rasa sajian yang dihidangkan dalam pesawat MAS itu sebaliknya mengkritik penyediaan nasi lemak berkenaan yang dilihat tidak lengkap.

“Sebagai Duta Pelancongan Malaysia, menjadi tanggungjawab saya membuat teguran. Bukan niat mencari publisiti, jauh sekali memburukkan nama MAS,” katanya.



Next time, baik MAS nie bagi gula2 jer lah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2014 08:12 AM | Show all posts
gemuk la makan desert cekelat segala ni..
MAS nak uols diet
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 08:13 AM | Show all posts
Apa skychef kasi, MAS kena ambik. contract dah ikat 25 tahun. So takleh buat apa dah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 08:17 AM | Show all posts
budget laa boss.....selalu kerugian jerk....lepas nie sayur rebus kankung deme sajikan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Kt bod gossip kn dh kuar..salmiyah harun ni xbaca habis..bkn chef zam yg tulis sial tu..
Chef zam tulis dlm english...kt bod gossip ada butiran penuh
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 08:26 AM | Show all posts
amik aja Chef Zam dan Chef Wan jadi chef MAS...sedap sgt ker nanti...  keross suka chef wan tgk memasak tapi memng tak suka tgk mulut dia bercakap mcm murai cabut ekor.....
Last edited by crossfire on 27-2-2014 08:27 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2014 08:27 AM | Show all posts
MAS Idayu kini bertudung? Apa komen anda?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 08:29 AM | Show all posts
dh mcm2 kena kritikan...still xde improvement mas ni...
ke jadahnya masuk kiri kuar kanan...
chep zam ni...naik ekonomi ke bisness...
kalo bisness harus bersial sialan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2014 08:34 AM | Show all posts
Mahal sangat kah nak hire pro chef yang boleh consult authentic traditional food? Rasanya tidaklah mahal sangat, at least boleh dapat good publicity kalau penumpang puji. Alasan airlines nak kurang kos ni macam tak logik.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 08:35 AM | Show all posts
pulak dah....nape suka ngat telanjang ni...dah makan je siap2 dkt airport senang...dlm flight mahal
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 08:36 AM | Show all posts
Bell posted on 27-2-2014 08:13 AM
Apa skychef kasi, MAS kena ambik. contract dah ikat 25 tahun. So takleh buat apa dah.

kan....adik paklah la katekan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 08:36 AM | Show all posts
Chef Wan pun pernah jadi ambassador AiraAsia (2009). Apa kata MAS offer Chef Zam pula jadi ambassador airline?

http://www.thestar.com.my/story. ... 940&sec=sundaymetro

Chef Wan is now entering a new frontier. He was recently offered by AirAsia to become the airline’s brand ambassador, consultant and also revamp the menu on board.

“It’s almost like having a Chef Wan Restaurant in the sky. I have to create the entire menu. We are also working out some incentives for members of the Chef Wan Fan Club (FC) who travel on Air Asia when this venture takes off,” said the chef, whose real name is Redzuawan Ismail and the eldest in a family of seven children.

The professional chef who holds an associate degree in Professional Chef Training and Hotel Management from the California Culinary Academy in San Francisco, United States describes his association with the winning carrier as “one of the happiest moments of my career”.

“Tony told me, you are globally known and AirAsia is also heading that way. So two big names from Malaysia can surely make it happen. This is a good start for me. I am truly honoured to be given this chance especially when Tony said, he believes in giving locals like me a break,” said Chef Wan who also has a Ritz Escoffeir Diploma (Ecole Ritz-Esscoffier De Gastronomie Francaise) from the Ritz Hotel in Paris, France. Last edited by Tok_Batin on 27-2-2014 08:39 AM

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
tapau kfc mkn dlm flight ah mcm selalu aku tgk deme2 ni buat ada siap makan bege lagi. haha
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 08:43 AM | Show all posts
makin ramai chef2 pasan bagus
yang mengutuk juadah hidangan
dalam penerbangan

menu dalam penerbangan lain tak nak komplen pulak,
yang kokesen punya tak sedap pun
balun je

bila bab nak menjatuhkan imej
penerbangan negara sendiri,
cepat je belasah tanpa pikir panjang

lenkali kalo nak makan best2 sangat
bawak bekal sendiri la

bodo punya chef
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 08:46 AM | Show all posts
Agak2nya  brapa hrg asam pedas MAS tu....

Klu RM5 pun dah mahal...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 08:51 AM | Show all posts
mas kan mengalami kerugian, sbb tu makanan nye cm tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2014 08:53 AM | Show all posts
Aku penah simpan burger McD bli siap2 kat airport,letak dlm beg sandang, pastu makan dlm flight MAS. Pastu org tgk aku mcm pelik...ah, lantak lah. Janji perut aku kenyang. Ke mmg tak boleh bawak naik burger?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 08:54 AM | Show all posts
alaa.. mcm tak biasa ngan cara puak petai berniaga
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 08:57 AM | Show all posts
bagus juga kalau ada orang yang highlight cara macam ni, cepat sikit respon. Kalau buat komplen guna normal komplen form tak tau bila nak dapat respon , atau pun form tu entah dibuang kemana..






Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 08:59 AM | Show all posts
aku nak kerja dengan MAS la nak tau pasal paa depa selalu rugi ...adakah bayar pekerja mahal2 tapi tak buat kerja... tapi aku tak hensem
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.098518 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list