Utk Sultan Brunei pi lantak lah orang nak cerca hang nak laksanakan hudud .. apalah sangat cercaan dari maknusia lemah compare to cercaan dari Yang Esa.
ikan_kaghing posted on 27-2-2014 10:42 PM
Kalau kritikan dalam dunia maya. aku syak mungkin anasir-anasir dari luaq yang lakukan.
Tak musta ...
MCA mohon bantuan DAP halang hudud
Ketua Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen gusar anggota Parlimen BN dari Umno akan menyokong usul membenarkan pelaksanaan hudud di Kelantan yang mungkin diusulkan PAS.
"MCA sudah berulang kali memberi amaran sekiranya PAS membentangkan rang undang-undang untuk membenarkan hudud, MP Umno dikhuatiri tidak akan membangkangnya," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Chai, ini kerana perbincangan tentang undang-undang hudud di Terengganu sewaktu ia diperintah PAS juga tidak pernah dibantah Umno.
"Ia pernah berlaku di Terengganu sewaktu PAS menjadi kerajaan negeri, dan sekarang saya risau ia akan berlaku lagi," katanya.
Justeru, MCA memohon bantuan DAP untuk memastikan PAS tidak membentangkan usul itu di Parlimen bagi memberi laluan kepada pelaksanaan di Kelantan.
Dakwa Chai, ini kerana DAP bertindak mempertahankan PAS sebagai sebuah parti yang kini lebih terbuka dalam kempen pilihan raya umum lalu.
"Sekarang apabila PAS secara terbuka mengumumkan akan menggesa MP mereka untuk membentangkan usul bagi membenarkan negeri Kelantan melaksanakan hudud, semua 38 orang MP DAP perlu tegas dan bertanggungjawab terhadap perkara ini," kata Chai.
MP Ketereh dari BN, Tan Sri Annuar Musa sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk menyokong usul hudud Kelantan dengan syarat sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat tidak membantah cadangan itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, juga telah menyatakan kesediaannya untuk menyokong usul tersebut.
heheh...yang mengeletik macam cacing kepanasan tu kenapa....tak buat salah nak takut apa.... Tak mencuri nak takut kena potong tangan buat pa....tak merogol berzina nak takut kena sebat kena rejam wat paaaaa....
Post time 4-4-2014 04:44 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Sedih bila baca org yg Lahir Islam (skang tak taulah Islam ke selam je) memperlekehkan undang2 Allah...ingat nak potong tgn tu main potong tangan je ke...kena selidik betul2 sbb apa mencuri dan buat jenayah tu..takyahlah dok sama kan Islam dgn terrorist ni...mulut celupar betul nak sama kan terrorism dgn Islam..kau ada masalah dgn Islam ni ada jalan keluar nya...keluar je dari Islam ....habis citer...