CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2034|Reply: 1

[Tempatan] Gara2 Memfitnah & Disaman, PAS Akan Lebih Berhati-hati Ketika Memaki

[Copy link]
Post time 3-3-2014 05:34 PM | Show all posts |Read mode
Pas Hati-hati Keluar Kenyataan
NORHASPIDA YATIM
2 Mac 2014




Wakil media bergambar bersama Satiful Bahri dan kepimpinan Pas peringkat negeri Terengganu pada pada Majlis Mesra Media, semalam.

KUALA TERENGGANU - Pas akan lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan agar tidak lagi berdepan sebarang kes saman yang berpunca daripada kesalahan fakta.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, ia pendekatan baharu yang diambil dalam menegur sebarang kepincangan yang dilakukan kerajaan terutama melibatkan perkara yang menjadi hak rakyat.

“Kita akan sentiasa tegur sebarang kesalahan atau kepincangan dalam pentadbiran, namun kenyataan akan diselidik secara mendalam sebelum dikeluarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kes saman yang dimenangi Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said terhadap Adun Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan tiga lagi atas dakwaan memfitnah berhubung pembelian uniform sekolah bernilai RM30 juta, tiga tahun lalu.

Mengulas mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang memerintahkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayar saman RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperoleh calon PKR kerusi Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, Satiful Bahri berkata, Pas Terengganu akan memberi sokongan penuh kepada Abdul Hadi.

“Kita serahkan kes ini kepada pihak mahkamah, bagaimanapun, kita akan beri sokongan penuh kepada presiden, presiden tidak akan bertindak sebelum sesuatu perkara itu jelas. Lagipun, dalam ucapannya sebelum ini juga tiada menyebut nama individu tersebut.

“Sebenarnya, isu ini sentiasa dibangkit setiap kali PRK seperti PRK Kuala Besut, Sungai Limau dan yang terbaru sempena PRK Kajang,” katanya.

Menurutnya, walaupun perkara itu disebut sebagai isu peribadi, tetapi ia menggambarkan imej PKR sendiri yang tidak dapat menjaga ahli untuk jaga kerukunan dan kepimpinan serta seolah-olah cuba mencalarkan imej Presiden Pas itu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2014 05:37 PM | Show all posts
oohhhh...  knight @ uniq61 buka thread yg sama sebanyak dua kali
Last edited by akulah7E on 3-3-2014 05:44 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.051560 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list