CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1940|Reply: 8

[Tempatan] Melaka Maju: 201 kelahiran bayi direkod di sekolah

 Close [Copy link]
Post time 5-3-2014 10:43 PM | Show all posts |Read mode
MELAKA: Pusat perlindungan remaja hamil, Sekolah Harapan di Jasin mencatatkan sebanyak 201 kelahiran bayi sejak penubuhannya pada September 2010.
   
Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Melaka Datuk Latipah Omar berkata sehingga kini seramai 216 remaja hamil dari seluruh negara ditempatkan di sekolah berkenaan dengan mencatatkan 14 penghuni pada 2010; 2011 (84); 2012 (51); 2013 (61) dan enam penghuni bagi dua bulan pertama tahun ini.  
   
"Perbelanjaan keseluruhan sekolah adalah ditanggung oleh Majlis Agama Islam Melaka dengan pengisian keagamaan dijalankan pada sesi pagi manakala sesi petang diisi dengan pelajaran akademik," katanya ketika menjawab soalan Md Rawi Mahmud (BN-Tanjung Bidara) mengenai perkembangan pusat perlindungan itu pada persidangan pertama penggal kedua Dewan Undangan Negeri Melaka ke-13 di sini, hari ini.
   
Katanya dalam tempoh itu juga sebanyak 28 penghuni mengambil peperiksaan awam dengan 21 orang menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (7).
   
Dalam sidang akhbar selepas itu, Latipah berkata bayi berkenaan kebanyakannya dijaga oleh ibu kandung mereka selain ada yang diserah kepada keluarga angkat.
   
Katanya pihak Sekolah Harapan turut melakukan pemantauan berkala terhadap remaja terbabit yang kembali kepada keluarga masing-masing setelah habis tempoh berpantang.
   
"Sehingga kini, kita tidak menerima sebarang aduan mengenai kes pengabaian bayi dan juga tiada laporan mengenai berulangnya kes hamil di luar nikah," katanya. – Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2014 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga adik2 insaf. Dh keluar nnti jd la org yg berguna.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2014 09:28 PM | Show all posts
Sekolah untuk melahirkan bayi....so terlahirlah bayi di situ...bayi  graduan..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2014 10:12 PM | Show all posts
Prrrffff...Melaka maju, bagi bayi attend class juga...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2014 10:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2014 07:21 AM | Show all posts
Ada usaha yang baik, apa salahnya. Walaupun dosa sebanyak buih2 di lautan, jika kembali ke jalan Allah S.W.T, insyaAllah akan diampunkan. Inilah usaha yang dijalankan untuk memimpin mereka ke jalan Allah S.W.T. Semoga pegawai2 yang ikhlas dalam mendidik mereka ni dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2014 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus melaka ni ada sekolah hendry gurney juga...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2014 09:08 AM | Show all posts
datang dari seluruh negara, ok lah dari negeri lain tak bagi langsung peluang kedua
nak harap negeri serambi mekah jgn harap, yg penting rotan 100 kali bagi mereka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2014 09:42 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.090206 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list