|
6 Mac 2014
Shah Alam: Kerajaan negeri memberi jaminan tarif air di Selangor tidak akan dinaikkan untuk tempoh tiga tahun lagi walaupun perjanjian penyusunan semula industri air sudah dimeterai bersama Kerajaan Pusat.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, rakyat masih dikenakan tarif yang sama seperti yang dinikmati sekarang dan tiada sebarang cadangan menaikkannya dalam masa terdekat.
“Tiada sebarang perancangan menaikkan tarif air untuk tempoh masa tiga tahun akan datang yang akan dibuat kerajaan negeri walaupun penstrukturan industri air berlaku di negeri ini,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO kerajaan negeri, di sini, semalam.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan berkata, perjanjian persefahaman (MoU) penstrukturan semula industri air di negeri ini tidak memberi tumpuan mengenai cadangan kepada kenaikan tarif air.
Muhyiddin berkata, MoU berkenaan memberi tumpuan kepada projek Loji Rawatan Air Langat 2 agar dapat dilaksanakan demi kepentingan rakyat. -MyMetro
p/s akan naik rege ker...?
|
|