CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

KeJoRaKu BeRsAtU ~TaMaT~

[Copy link]
 Author| Post time 11-3-2014 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
hai merah..momey dh kt umh ni hikhik esk insyaallah momey smbung erk :lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2014 08:07 AM | Show all posts
best argh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2014 09:54 AM | Show all posts
shahrinas posted on 12-3-2014 08:07 AM
best argh...

tq dear..
jap g momey smbung erk. ade keje urgent la plak ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 02:06 PM | Show all posts
mane sambungan nye momey
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2014 04:17 PM | Show all posts
yoozara posted on 12-3-2014 02:06 PM
mane sambungan nye momey

jap2..........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2014 04:18 PM | Show all posts
Aaron keluar dari bilik air sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala. Dipandangnya katil yang masih kemas itu. Ya! Fazura tak balik rumah semalam!

Tiba-tiba pintu bilik dibuka. Fazura masuk lalu terjun dan baring di atas katil.

“Pegi mana semalam?”

Fazura diam. Tidur barangkali! Aaron mengambil bantal lalu di baling ke badan Fazura. Fazura membuka matanya. Terus dia pandang Aaron.

“U pegi mana semalam?”

“Suka hati I la nak pegi mana pun! Yang U nak sebok sangat ni kenapa?”

“Of course la I sebok sebab U tu isteri I!”

“isteri ke?”

“Soalan ape tu?”

“U tanya diri U tu mana tanggungjawab U pada I?”

“Dah buat salah nak cari salah I pula erk?”

Fazura bangun dari katil lalu berdiri berhadapan dengan Aaron yang hanya bertuala itu. Rupa-rupanya Nelydia sedang curi dengar pergaduhan kakak dan abang iparnya itu di sebalik pintu.

“I dah bosan dengan U.”

Terdiam Aaron dengan kata-kata Fazura itu.

“U tak pernah faham dan U..tak pandai ambil hati I.”

“What do you mean, Fazura? Apa lagi yang tak cukup?”

“Ok. I berterus terang ya. U tu tak pandai dalam hubungan seksual. Faham?”

Fazura berjalan ke arah jendela.

“I rasa kita patut berpisah.”

“U sedar tak apa yang U cakap ni?”

Fazura toleh memandang Aaron.

“I sedar. Dan I nak U ceraikan I.”

Akhirnya terkeluar juga perkataan cerai dari mulut Fazura. Itu yang di ajar Rosyam agar mohon cerai dan dia dan Rosyam akan hidup bahagia bersama!

Aaron cuba mengawal perasaannya. Dia begitu sayangkan Fazura. Tak sangka sayangnya itu dibalas dengan hampa!


                                                               **********


Shahnaz hantar Puteri Sarah ke kolej pada pagi itu. Sebaik sampai di pintu pagar besar kolej, dia memandang Puteri Sarah.

“Kelas habis pukul berapa?”

“Pukul 4 kot.”

“Abang datang ambil pukul 4 nanti.”

“Tapi Sarah dah janji dengan Beto minta dia hantar balik.”

“Batalkan janji tu.”

“Abang tak boleh buat Sarah macam ni!”

“Kenapa pula abang tak bole buat?”

Puteri Sarah menahan marah. Di bukanya pintu lalu kuat menutup pintu kereta itu semula.

“Sarah!”

Panggilan Shahnaz itu mematikan langkahnya.

“Petang ni kasi abang semua jadual kelas sepanjang bulan ni.”

“Eeee!!!” Puteri Sarah menghentakkan kakinya lalu laju masuk ke dalam kolej.

Shahnaz tukar gear lalu beredar ke pejabatnya.


                                                                       **********


Beto bangun sambil memegang fail lalu mengekori Puteri Sarah dari belakang.

“Sayang!”

Laju je Puteri Sarah jalan. Dia dengar Beto panggil namanya tapi dia tetap meneruskan perjalanan.

“Sayang, nape ni?” Beto menarik lengannya.

“Hari ni tak de mood!”

“Abang Shah?”

“Sape lagi?”

“Takkan kerana dia awak tak nak cakap dengan saya?”

Puteri Sarah memandang lelaki yang mungkin menjadi suaminya itu. Dan rasanya tak mungkin kot!

“Rasanya lepas ni tak mungkin kita akan berjumpa lagi.”

“Apa awak cakap ni, Sarah? Sarah!”

Puteri Sarah terus berlalu pergi.
Last edited by momey on 12-3-2014 04:19 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-3-2014 04:22 PM | Show all posts
smbung esk ye kelam kbut betol hari nih
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 01:06 PM | Show all posts
tq momey...
nah munge...
semoga terus berkarya... hehehe...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2014 02:11 PM | Show all posts
merahsilver2U posted on 13-3-2014 01:06 PM
tq momey...
nah munge...
semoga terus berkarya... hehehe...

alololo maceh..hikhik
insyaallah. jap g momey smbung erk. baru msuk opis nk warming up jap hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2014 02:21 PM | Show all posts
Remy menghidupkan aircond. Kemudian dia mengemas dan membuang habuk-habuk yang melekat di perabot tersebut.

“Assalammualaikum.”

“Waalaikummussalam, abang ipar.”

Shahnaz terus menoleh ke arah Remy.

“Simpan aje la hasrat kau nak memiliki Puteri Sarah aku tu.”

“Hahaha..kalau jodoh tak ke mana, bro”

“Banyak la kau punya jodoh! Jodoh aku tu.”

“Tudiaaaa..dah nampak dah kegatalan di situ!”

Mereka berdua berbalas ketawa.

“Shah!”

“Ape?”

“Kau cakap ada benda kau nak cerita kat aku kan? Ceritalah, bro!”

“Takkan sekarang kot aku nak cerita?”

“Sekarang la..takkan tunggu aku mati baru nak cerita kan?”

“Hahaha..jom masuk bilik aku.”

“Jom..jom!”

Remy memeluk bahu Shahnaz sambil sama-sama masuk ke dalam bilik utama di dalam pejabat itu.


                                                              **********


Aaron mengikut tali kasutnya di kerusi rehat yang diletak di halaman rumah itu . Kemudian dia ternampak bayang-bayang di hadapannya. Dengan cepat dia menoleh ke belakang.

“Boleh tolong hantar Nely ke kolej tak?”

“Tak sempat!”

“Please, abang..”

“Susah sangat ke nak hantar adik saya ke kolej?!” kata Fazura tiba-tiba muncul di muka pintu.

Aaron mendengus lalu bangun dan membuka pintu kereta. Nelydia mengenyit matanya pada Fazura dan terus masuk ke dalam kereta Aaron. Aaron menghidupkan enjin kereta lalu terus berlalu pergi.

Sebaik sahaja dalam beberapa saat Aaron pergi, kereta Rosyam menyusur masuk ke perkarangan rumah Fazura itu. Fazura yang hanya pakai singlet dan seluar paras lutut itu tersenyum sinis. Enjin kereta dimatikan dan Rosyam terus keluar dan berjalan ke muka pintu. Fazura tanpa segan silu terus menarik tubuh badan Rosyam masuk ke dalam rumah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2014 02:30 PM | Show all posts
Shahnaz menyandarkan tubuhnya ke sofa. Dia memandang Remy.

“Arwah ayah minta aku kahwin dengan Sarah.”

“Hah?” Remy terus menutup mulutnya.

Remy diam dan hanya mahu jadi pendengar setia pada saat itu.

“Aku serba salah sekarang.."

"Maksud kau?"

"Macam mana nak cakap erk? Adoi.. Sarah dengan Beto tengah hangat bercinta sekarang ni."

“Hmmm..”

“Tapi Sarah memang tak tahu langsung pasal hal ni.”

“Sebab tu kau terlalu mengongkong pergerakan Sarah?”

“Aku risaukan keselamatan dia.”

“Sebab kau sayangkan dia kan??"

“Gila tak sayang? Kalau boleh malam ni gak nak angkat nikah! Hahaha”

Mereka berdua berbalas ketawa.

“Sekarang apa kau nak buat? Kau nak putuskan hubungan Sarah dengan Beto la ni?”

Soalan Remy itu agak payah untuk dia jawab.

“Sarah percaya ke kalau aku cakap arwah ayah minta dia kawin dengan aku? Kang dia cakap aku sengaja reka cerita kerana aku cemburu pulak!”

“Tapi memang betul kau cemburu pun kan?”

Sekali lagi Shahnaz ketawa.

“Tipulah kalu aku cakap aku tak cemburu. Aku dah start rasa sayang kat dia masa kecik lagi kot!”

“Ermm..aku pun tak tau nak cakap apa.”

“Arwah ayah terlalu sayang dan risaukan si Sarah tu. Yelah, dia kan anak terbuang. Dalam tong sampah kot! Sampai sekarang kami tak tahu siapa mak ayah si Sarah tu. Cuma pernah Sarah tanya mana asal usul dia, arwah ayah aku hanya cakap dia anak sahabat baik arwah ayah aku. Dan arwah ayah aku ambil dia sebagai anak angkat. Arwah ayah aku tipu cakap mak ayah dia meninggal kemalangan.”

“Apa agak perasaan dia kalau dia tahu hal sebenar kan?”

“Itu yang aku risau sangat tu! Dah la dia tu anak manja.”

“Memang manja! Tengok mata dia pun tahu.."

“Hebat! Dah leh buat keje sampingan ni. Bomoh part time!”

“Hahaha gelak, gelak la jugak kan? Tapi memang boleh nampak kau sayang gila kat dia.”

“Ya. Sayang sangat! Kalau arwah ayah tak suruh kahwin dengan dia pun, memang aku akan jadikan dia isteri aku gak.”

Perbualan mereka terhenti disitu apabila tiba-tiba datang beberapa orang pelanggan yang mahu melihat perabot.

“Nanti kita sambung.” Ucap Remy sambil menepuk bahu Shahnaz lalu terus keluar dari bilik itu.

Shahnaz hanya memandang sahaja. Tak putus dia berdoa agar Puteri Sarah akan menjadi miliknya!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2014 02:36 PM | Show all posts
Nazim mengisi borang lalu diserahkan kembali kepada gadis di kaunter butik pengantin yang agak terkenal di Kuala Lumpur itu.

“Encik duduk dulu ya. Nanti saya panggil.”

“Ok, thanks.”

Nazim mengambil tempat duduknya. Selain dirinya, masih terdapat empat orang lagi giliran dihadapannya yang turut menunggu nama dipanggil untuk ditemuduga untuk menjadi model pengantin sambilan.

“Hai, saya Fahrin.”

“Saya Nazim.”

Mereka berdua berjabat tangan.

“Baru nak mencuba nasib jadi model ke?”

“Macam tu la nampaknya.”

“Ooo pertama kali la ni?”

“A’ah..kenapa?”

“Kalau panel temuduga tu suruh bogel, awak sanggup ke?”

“Hah?”

“Encik Fahrin Ahmad!” panggil seorang gadis yang baru keluar dari bilik temuduga itu.

“Saya pergi dulu.” Kata Fahrin tersengih lalu masuk ke dalam bilik tersebut.

“Bogel?????” Nazim mengerutkan mukanya.


                                                                **********


Fazura menghidupkan rokok lalu diberi pada Rosyam. Rosyam menyambutnya lalu terus mengisap dan disembur asap ke udara. Mereka masih berbaring di atas katil bilik utama itu. Hanya selimut menutupi tubuh mereka.

“Malam ni ada pelanggan lagi ke?” tanya Fazura sambil menggentel bulu dada Rosyam yang agak lebat itu.

“Mestilah ada!” Rosyam mengucup dahi Fazura.

“U tahu, I dah minta cerai tadi.”

“So?”

“Dia diam.”

“Paksa dia!”

“Of course. I tak sabar nak hidup dengan U.”

Rosyam tersenyum. Diletakkan puntung rokok di dalam bekas abu rokok, dan terus sekali lagi melayari bahtera dosa bersama insan yang bukan muhrimnya itu!
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 04:33 PM | Show all posts
seronok betul buat dosa ye fazura ooi....

tq momey...  
kena puji byk2 ni br ada n3 baaaanyak2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2014 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahaha nnti free momey ltak n3 lg k :lol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2014 11:10 AM | Show all posts
salam jumaat
momey smbung ckit pg ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2014 11:11 AM | Show all posts
Aaron menghentikan keretanya betul-betul di hadapan pintu pagar kolej itu.

“Nak cium pipi!”

“Awak ni dah kenapa, Nely? Dah, pergi masuk!”

“Tak sporting la abang ni.”

“Sporting kejadahnye?”

“Patutlah akak minta cerai. Memang patut pun! Tak romantik langsung.” Sempat Nelydia mengomel lalu terus keluar dari kereta.

Sentap Aaron seketika. Dia sudah lemah tenaga batin atau dia sebenarnya sudah tidak cintakan Fazura?


                                                         **********


“Encik Nazim!”

“Ya, saya.” Nazim mengambil beg sandang lalu masuk ke dalam bilik kecil yang digunakan khas untuk temuduga pada hari itu.

Sebaik dia melangkah masuk ke dalam bilik itu, terdapat seorang lelaki dan seorang wanita yang agak seksi.

“Duduk.” Arah gadis seksi itu.

Nazim hanya tersenyum lalu duduk.

“Kenalkan diri awak”

“Saya Nazim Othman yang berasal dari Kuala Lumpur. Berumur 28 tahun dan masih belum berkahwin.”

“Good! Sekarang ada kerja di mana-mana ke?”

“Saya baru tamat dari ambil ijazah. So sekarang hanya tunggu panggilan kerja sahaja.”

“Ok. Ermm.. minat jadi model?” tanya lelaki itu pula.

“Saya cuba buat yang terbaik.”

“Kalau tak minat mesti gambar tak cantik.”

Nazim diam.

“Pakej awak memang dah cukup lengkap. Paras rupa yang cukup menarik! Tapi, awak sanggup ke  bogel kalau kami nak?”

“Hah? Semua model perlu bogel ke?”

Nazim bangun.

“Saya tak sanggup. Maafkan saya.” Nazim mengambil beg sandangnya lalu terus keluar dari bilik itu.
Last edited by momey on 14-3-2014 11:12 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2014 11:15 AM | Show all posts
Shahnaz menghubungi Nazim. Panggilannya dijawab.

“Kau kat mana ni?”

“Baru keluar dari bilik temuduga.” Jawab Nazim sambil membetulkan rambutnya yang pacak itu.

“Ha..macam mana? Berjaya tak?”

“Ade ke patut dia suruh bogel?”

“Hhaahahaha..habis tu? Kau bogel la erk?”

“Gila ke ape nak bogel? Sorry la!”

“Ingatkan kau dah bogel dah tadi. Abis la pecah rahsia ada tanda lahir besar penumbuk dekat bontot tu!”

“Kuang ajar!!”

“Hahahaha..bagus la tak dapat jadi model.”

“Ni call aku ade ape hal?”

“Aku rasa macam tak sempat amik Sarah petang ni. Tolong pick up dia jap.”

“Adoi..suruh Beto hantar dia balik aje la.”

“Kau nak tolong aku ke tak?!!”

“Marah pula..yelah!”

“Kau tak ambil dia, siap kau!”

“Itu aje?”

“Jangan buat-buat lupa erk. Pukul 4 tau.”

“Ye! Adoiii” Panggilan dimatikan.

Shahnaz berdiri di hadapan pejabatnya. Kemudian dia tersenyum apabila datang seorang lelaki lalu berjabat tangan dengannya.

“Kau Shahnaz kan?”

“Akulah Shahnaz. Kau Aaron apa khabar? Nampak macam makin sihat je”

“Hahahaha..betul lah tu! Tapi itu dulu.”

“Dulu?”

Aaron terdiam seketika. Masih terngiang akan kata-kata Fazura sebentar tadi.

“Eh, kau keje sini ke?”

“Ya. Warisi peninggalan arwah ayah aku.”

“Waaa..bagus la!”

“Lepas study dulu terus tak hubung dengan kau. Kau pegi mane?”

“Panjang cerita. Jom lepak minum nak?”

“Boleh. Jap.” Shahnaz masuk ke dalam pejabat lalu bertemu dengan Remy.

Aaron memandang bangunan yang berdiri megah di hadapannya itu. Shahnaz memang seorang anak yang taat pada kedua orang tuanya!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2014 11:18 AM | Show all posts
Pada waktu rehat.

Puteri Sarah berjalan menuju ke perpustakaan. Beto mengambil peluang bertemu dengan gadis pilihan hatinya itu.

“Sarah, tunggu jap.”

“Lepas lah!” Puteri Sarah menolak tangan Beto.

“Kenapa tiba-tiba berperangai macam ni?”

“Saya buntu awak tahu tak?”

“Buntu sebab? Sebab abang Shah tak suka akan hubungan kita?”

“Haaa..tau pun!”

“Kita kena sama-sama tempuh semua ni, Sarah.”

“Saya dah tak terdaya la, awak. Abang dah betul-betul banyak berubah. Lagi ketara lepas kita ni selalu keluar bersama.”

“Bawa saya jumpa abang Shah.”

“Saya dah cakap dah semalam nak bawa awak jumpa dia, dia marah saya. Dia cakap jangan sebut lagi nama awak.”

Beto terdiam. Kesian dia tengok Puteri Sarah yang tersepit itu!

“Saya sayang awak, Sarah.” Beto memegang tangan Puteri Sarah.

Puteri Sarah memandang wajah lelaki di hadapannya itu.

“Saya akan jumpa abang Shah. Apa nak jadi pun, jadilah!”sambung Beto lagi.

“Jangan, awak!”

“Tapi sampai bila?”

“Saya kenal abang. Susah dia nak ubah fikiran.”

“Habis tu?”

Puteri Sarah dan Beto saling berpandangan.

“Kita kawan.”

“No..No, Sarah!”

Puteri Sarah kuatkan semangat dan terus beredar dari situ meninggalkan Beto sendirian yang penuh harapan itu.

“Jangan macam ni, Sarah.” Beto menahan sebak di dada. Begitu sayangnya dia pada Puteri Sarah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2014 04:13 PM | Show all posts
Di restoran berhampiran.

Aaron dan Shahnaz mengambil tempat duduk. Meninggalkan pesanan dan masing-masing saling berpandangan.

“Memang kebetulan kot kan kereta aku rosak dekat depan kedai kau. Allah nak temukan kita balik nampaknya. Berapa orang dah anak kau, Shah?”

“Anak? Ahaha..Aku belum kahwin lagi la.”

“Kau biar betul?”

“Yee. Kau?”

“Aku tak ada anak.”

“Owh. Sorry, aku tak bermaksud..”

“Tak apa.”

“Confirm kahwin dengan minah salleh ni!”

“Tak de lah. Orang kita juga.”

“Yeke? Bukan taste kau yang putih-putih? Hahaha”

“Hahaha kira putih juga lah yang ada ni pun.”

“Kau kenal mana dia?”

Aaron agak sedikit tersentap dengan soalan Shahnaz itu. Perlahan-lahan dia melepaskan nafasnya.

“Macam berat je kau nak cerita. Kalau rasa tak boleh kongsi, tak payah cerita. Aku ok je.”

“Aku kenal dia pun masa tu dia jadi pelacur kelas atasan.”

Terdiam Shahnaz mendengar cerita dari sahabat lamanya itu.

“Aku pun bukannya baik sangat pun. Ni aku jujur cerita dekat kau. Ni semua kisah silam aku. Sekarang Alhamdulillah aku dah mula tinggal sikit demi sikit nafsu jahat aku tu.”

Shahnaz masih diam.

“Kerap juga la aku langgan dia masa tu. Langgan punya langgan aku mula jatuh hati kat dia. So, aku ambil keputusan masuk meminang dia dan kami pun kawin. Tapi sekarang..”

“Sekarang?”

“Dia minta cerai dengan aku.”

“Hah?”


                                                                           **********


Fazura masuk ke dalam kereta Rosyam lalu terus memakai tali pinggang keledar.

“Sayang, lupa I nak bagi tahu U.”

“Ape?” Fazura mengenakan kaca mata hitam.

“Tan Sri Lim nak adik U malam ni.”

“Owh.. ok! Nanti I bagi tahu dia.”

“Bagus. Berlipat kali ganda kita dapat malam ni.”

“Adik I hebat! Don’t U worry..”

Fazura sempat berkucupan dengan Rosyam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2014 04:16 PM | Show all posts
Nazim masuk ke dalam rumah sambil cuba menghubungi Puteri Sarah. Panggilannya dijawab.

“Petang ni aku ambil kau tau.”

“Abang mane?”

“Dia cakap ada hal.”

“Kalau macam tu Sarah balik dengan Beto boleh?”

“Kau jangan, Sarah. Kang bukan aku je yang kena, dengan kau sekali kot!”

“Alaaa..abang Naz jangan la bagi tahu dia.”

“Adoi..”

“Please, abang Naz.”

“Adoi..adoi..”

“Boleh la..”

“Yelah! Tapi balik cepat tau!”

“Ok!”

Panggilan dimatikan. Nazim menggelengkan kepalanya.

“Matilah aku..”


                                                                   **********


Shahnaz dan Aaron sama-sama keluar dari restoran itu. Bahu Aaron ditepuk perlahan-lahan.

“Ni ujian untuk kau. Bawa banyak bersabar..”

Aaron mengangguk perlahan.

“Aku ingat kami sama-sama boleh berubah. Tapi..”

“Kau masih ada peluang.”

“Aku pun harap macam tu. Doakan untuk aku.”

“Insyaallah. Ok,lah. Nanti kita jumpa lagi.”

“Ok.”

Aaron dan Shahnaz berpelukkan. Kemudian masing-masing menuju ke kereta dan terus beredar.


                                                                        **********


Lewat petang itu.

Liar mata Puteri Sarah mencari kelibat Beto. Ke kiri, ke kanan ditolehnya. Bukan senang lupakan cinta pertama!

“Awak cari saya kan?”

Ya! Itu suara Beto. Cepat dia menoleh ke belakang. Kemudian mereka berdua berbalas senyuman.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.182156 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list