CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22066|Reply: 159

KeJoRaKu BeRsAtU ~TaMaT~

[Copy link]
Post time 6-3-2014 01:46 PM | Show all posts |Read mode
Assalammualaikum semua!
Rindu plak nk post crita hikhik..
Dgn ni momey psembahkan crita yg ke-6.
Slamat mmbaca dan spt biasa, nk komen dipersilakan ya!
*dh bsiap sedia kena lahar dh ni! hahahaa
Last edited by momey on 18-9-2014 02:11 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-3-2014 01:55 PM | Show all posts
Shahnaz membetulkan tempat duduknya lalu merebahkan punggungnya. Dia selaku pengurus di pejabatnya sendiri itu agak berasa selesa kerana perniagaan menjual barang-barang perabot jati warisan turun temurun dari arwah ayahnya itu kini sudah kukuh dan berjaya dieksport ke luar Negara. Semuanya hasil dari titik peluh dia sendiri bersama team-nya.

Masih terngiang kata-kata arwah ayahnya 2 tahun yang lalu.


                                                                     ##########


Dua tahun yang lalu..

Di Hospital Kuala Lumpur.

Shahnaz mengambil tuala lalu dicelupkan ke dalam besen yang berisi air . Kemudian dibasahi kepala ayahnya yang sudah cukup tua itu.

“Ayah rasa..'masa' ayah dah nak sampai”

“Apa ayah cakap ni? Ayah nak makan apa-apa tak?”

Ayahnya yang sudah berusia hampir 70-an itu terketar-ketar memegang tangan kanan Shahnaz.

“Jaga baik-baik dua adik kamu tu terutama Puteri Sarah.”

Shahnaz memandang tepat ke arah anak mata ayahnya itu. Genggaman lelaki tua itu semakin erat!

“Walaupun Puteri hanya adik angkat kamu, itu bukan bermakna kamu boleh abaikan dia begitu sahaja. Ingat! Dia tak boleh tahu rahsia asal usulnya. Hanya kamu sahaja tahu rahsia itu.”

Makin berat tanggungjawab yang Shahnaz wajib pikul. Dia membalas genggaman ayahnya itu.

“Ingat pesan ayah ni! Ayah dan arwah mak sayang sangat akan kamu bertiga.”

Tiba-tiba Nazim dan Puteri Sarah muncul lalu terus mendapatkan ayah mereka.

“Maaf ayah, lambat! Cik Puteri ni la, terkedek-kedek jalan.” Kata Nazim lalu mencium tangan ayahnya.

“Eh, kita pulak! Abang Naz yang bawa kereta slow macam kura-kura tak sedar diri!” Giliran Puteri Sarah pula mencium tangan ayah angkatnya itu.

Shahnaz hanya pandang sambil ketawa kecil.

“Jangan gaduh..”

“Kita orang tak gaduh la, ayah. Sarah ni haa yang cari pasal!”

“Abang Naz ni dah kenapa!” Bertalu-talu Sarah yang comel memakai tudung itu menumbuk bahu Nazim.

“Dah la tu..” Shahnaz meleraikan pergaduhan kedua-dua adiknya.

“Eh, abang Shah ade la! Tak perasan plak hikhik”

Shahnaz terus menonjol kepala Nazim dengan jari telunjuknya.

“Aku kat sini lama dah tau tunggu korang berdua datang!”

“Sorry la, abang..” Puteri Sarah memang suka panggil Shahnaz dengan gelaran ‘abang’sahaja.

“Udah la tu..asyik nak gaduh je korang ni. Tak kesian kat ayah ke?” Lelaki tua itu terus terbatuk.

Shahnaz cuba mengurut belakang ayahnya.

“Nah.” Nazim menghulurkan segelas air suam pada Shahnaz dan Shahnaz beri pada ayahnya untuk minum.

“Ayah, Naz nak ke gerai makan depan tu jap. Nak tengok apa ada. Lapar la plak..”

“Nak ikut!”

“Ko ni Sarah, tak reti duduk diam-diam erk?”

“Kita pun lapar gak laa..”

“Pergi bawa Sarah makan!”

“Adoi abang ni! Jatuh la saham kalu bawa perempuan ni..”

“Pergi je lah!”

Nazim mencebik lalu terus pergi diikuti Puteri Sarah di belakang sambil tarik-tarik baju Nazim itu. Shahnaz dan ayahnya berbalas ketawa memandang gelagat mereka berdua itu.

“Satu lagi permintaan ayah.”

Shahnaz sekali lagi memandang wajah ayahnya. Kali ini lebih erat tangannya digenggam.

“Ayah nak kamu kahwin dengan Puteri Sarah.”

Terdiam Shahnaz. Macam mana dengan Fazura?


                                                                 **********


Di Taman berhampiran sebuah tasik.

Fazura mengesat airmatanya. Shahnaz bangun lalu berjalan dan berdiri di hadapan tasik itu.

“Pergilah..”

“Sampai hati awak buat saya macam ni!” Fazura bangun lalu terus menolak badan lelaki yang agak sasa itu.

“Saya dah tak ada pilihan. Tolong faham situasi saya”

“Awak nak saya faham awak je? Perasaan saya ni pula macam mana? Senang je awak cakap kan?”

Shahnaz menoleh lalu memadang wajah gadis di hadapannya itu.

“Awak gadis yang baik. Insyaallah awak akan bertemu dengan lelaki yang jauh lebih baik dari saya.”

“Awak memang kejam, Shah! Kejam!!”

“Awak cakap lah apa pun kalau itu yang membuatkan awak lepaskan perasaan marah awak itu.”

“Benci!” Jerit Fazura lalu terus berlari meninggalkan Shahnaz keseorangan.

Ya! Amat sukar melupakan kekasih hati yang tercipta selama 3 tahun itu. Namun, restu kedua orang tua amatlah perlu untuk kebahagiaan rumah tangga yang ingin dibina.


                                                                              ##########
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2014 02:03 PM | Show all posts
2014

Pang!!

Hentakan yang kuat di meja hadapan Shahnaz itu mengejutkannya tersedar dari lamunan.

“Kau ape hal ni, Remy?!! Tak reti bagi salam ke?” Shahnaz cuba mengawal perasaan marahnya.

“Hahaha..termenung serupa mati bini!”

Shahnaz mengambil handphonenya lalu berjalan ke luar menuju ke keretanya.

“Kau nak ke mana?!”

“Tolong tengokkan ofis! Aku ada hal.” Jawab Shahnaz sambil mengenakan kacamata hitamnya.

Remy menggelengkan kepalanya. Remy adalah pembantu Shahnaz dan juga sahabat setia yang sanggup bersusah payah semasa Shahnaz jatuh dalam perniagaannya suatu ketika dahulu.


                                                                 **********


Puteri Sarah memasukkan kesemua bukunya ke dalam beg galas. Kemudian bahunya disentuh. Cepat dia menoleh ke kanan.

“Sini la!”

Dia menoleh ke sebelah kiri pula.

“Beto..” Puteri Sarah mencubit paha kanan Beto, kekasih yang tidak diketahui abang-abangnya itu.

Tersenyum Beto dapat kenakan Puteri Sarah.

“Jom teman saya minum.”

“Minum?” Puteri Sarah terus memandang jam di tangannya.

“Please, sayang..”

Senyuman Beto membuatkan Puteri Sarah selalu kalah!


                                                               **********


Shahnaz mematikan enjin keretanya lalu berjalan laju menuju ke pintu rumah. Pintu rumah dibuka dan kelihatan Nazim tengah berbaring sambil main PS3.

“Sarah mane?”

Nazim masih diam. Rupanya dia tak perasan Shahnaz ada di situ. Kusyuk betul tu! Apalagi., Shahnaz menghampiri dirinya lalu ditolaknya kepala itu.

“Ko dengar tak apa aku tanya tadi?!” Shahnaz memang agak panas baran.

“Sakitlah! Mana dengar. Cakap pun macam perempuan!”

Sekali lagi kepalangnya ditunjal!

“Sarah mane?”

“Ntah. Mane tau!”

“Kau cakap betul-betul. AKu belasah gak kau jap gi!” Shahnaz menunjukkan penumbuknya.

“Dia cakap dia balik lewat. Balik dengan kawan dia kot!”

“Hah? Kau biar Sarah dengan kawan dia?”

“Abang ni dah kenapa? Saya perasan tau, abang ni asyik kongkong dia je. Bosan kot kalau saya  jadi Sarah.”

Shahnaz terus keluar tanpa berkata apa-apa. Nazim menggelengkan kepalanya dan terus sambung bermain game.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2014 02:13 PM | Show all posts
Puteri Sarah dan Beto sama-sama berjalan menuju ke pintu besar luar kolej itu. Kemudian mereka di sapa Nelydia.

“Hai!”

“Hai Nely..” Puteri Sarah dan Nelydia berkucupan pipi.

“Korang berdua nak ke mana?”

“Ingat nak kuar minum jap. Nak ikut tak?” pelawa Beto yang berdiri rapat sebelah Puteri Sarah.

“Ooo..tak kot!”

Tiba-tiba datang kereta BMW lalu berhenti di hadapan mereka. Beberapa saat kemudian keluar seorang lelaki sambil tersenyum memandang Nelydia.

“Encik Adi aku dah sampai dah. Bye korang!” kata Nelydia sambil memegang pipi Puteri Sarah lalu terus berjalan dan masuk ke dalam kereta.

Adi yang berstatus duda itu adalah teman lelaki  Nelydia. Sempat dia membuka kaca mata hitam lalu mengeyit matanya pada Puteri Sarah lalu masuk ke dalam kereta semula.

“What?” Baru sahaja Beto hendak tendang kereta Adi, Puteri Sarah sempat menghalangnya.

“Berani dia kacau girlfriend saya!”

“Hihihi dah la tu.”

“Awak ketawa, Sarah? Kalau betul-betul dia ada minat kat awak?”

“Dia minat kat saya? mustahil..saya bukannya anak orang kaya!”

Beto terus memegang tangan Puteri Sarah.

“Sorry sayang kalau..” Tiba-tiba Beto ditumbuk.

Beto jatuh terduduk.

“Abang, kenapa ni?” Puteri Sarah sempat memandang Shahnaz dan cuba membantu Beto bangun tetapi lengannya di tarik.

“Ini bukan kali pertama aku tumbuk muka kau! Kalau kau nak rasa makan nasi dengan gusi , kau buatlah lagi!” Shahnaz memberi amaran.

Perlahan-lahan Beto bangun sambil lap darah yang keluar dari mulutnya itu. Dia langsung tidak melawan. Tangan Puteri Sarah masih digenggam kuat.

“Sudahlah tu, abang. Malu lah orang tengok..”

“Masuk dalam kereta!”

“Tapi..”

Baru sahaja Shahnaz mengangkat tangan syarat nak penampar, Puteri Sarah dengan kelam kabut masuk ke dalam kereta. Beto hanya pandang. Shahnaz menunjuk isyarat penumbuk pada Beto lalu masuk ke dalam kereta dan terus pecut laju.


                                                               **********


Nelydia menggosok manja paha Adi. Kemudian Adi tersenyum sambil mengusap rambut Nelydia yang paras bahu itu pula.

“Sabar..dah nak dekat dah tu!”

“Rindu sangat kat U tau..” Nelydia memeluk Adi.

“Baru seminggu kena tinggal, dah usap-usap bagai erk? Kalu sebulan macam mana la agaknya?”

“Kalu sebulan, nak ikut U la!”

“Haaa.. I ada projek baru kat Indonesia. Mungkin hujung bulan ni I nak pergi sana. U nak ikut tak?”

“Hah? U ajak I ke ni?”

“Yelah! Nak ikut tak?”

“Nak! Nak!” Laju Nelydia mengangguk mahu ikut Adi.

Tiba-tiba handphone Adi berdering. Nelydia perasaan nama ‘Angelina’ di skrin handphone itu. Dia menjerling memandang Adi. Adi tersengih lalu silentkan handphone itu.

“Sape plak Angelina tu?”

Adi hanya tersenyum. Nelydia nak tak nak dia terpaksa terima Adi juga walaupun dia tahu Adi kaki perempuan! Sebab? Sebab duit la! Duit punya pasal maruah pun tergadai!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2014 04:11 PM | Show all posts
Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, Shahnaz dan Puteri Sarah masing-masing mendiamkan diri sehinggalah sampai di perkarangan rumah mereka. Puteri Sarah membuka pintu lalu terus berjalan laju menuju ke pintu rumah.

“Tunggu Sarah!” jerit Shahnaz.

“Abang tak patut buat Beto macam tu!” balas Puteri Sarah yang langsung tak pandang wajah abangnya.

Pintu rumah dibuka lalu terus masuk tanpa memberi salam. Shahnaz menggelengkan kepalanya lalu menutup pintu kereta dan berjalan masuk ke dalam rumah.

Nazim yang masih main game itu terus tutup televisyen. Dia hairan! Shahnaz dengan pantas memaut lengan Puteri Sarah.

“Jangan degil boleh tak?”

“Sarah bosan la! Itu tak boleh, ini tak boleh!” Puteri Sarah memberontak.

Shahnaz diam. Nazim bangun lalu kejap dia pandang abangnya dan kejap dia pandang adik angkatnya pula.

“Apa salah Beto, abang?”

“Sebenarnya dia tak salah apa-apa pun.” Jawab Shahnaz di dalam hati.

Shahnaz diam dan masih memadang wajah Puteri Sarah.

“Kita orang cuma nak keluar minum je. Takkan itu pun salah? Ini bukan kali pertama tau abang tumbuk dia!”

“Sarah tak risau ke kat luar tu macam-macam dah berlaku. Kes rogol la, bunuh la..”

“Beto bukan macam tu! Abang tak kenal dia so abang tak ada hak nak tuduh dia yang bukan-bukan!”

Puteri Sarah terus berpaling dan berlari anak menaiki anak tangga dan terus masuk ke dalam biliknya. Dada Shahnaz turun naik. Kemudian dia pandang Nazim yang dari tadi asyik memandangnya.

“Kau ape hal?!”

“Abang cemburu erk?” sempat lagi Nazim kenakan abangnya itu.

Shahnaz tak layan kata-kata Nazim itu malah dia terus keluar dari rumah.

“Abang..abang. Dulu tak pernah pun macam ni. Semenjak ayah dah tak de, menjadi-jadi pulak panas baran tu. Hmmm..” Nazim membuka semula televisyennya lalu sambung main game.

Beberapa minit kemudian, Puteri Sarah turun semula sambil membawa beg sandang.

“Hei..hei! Nak ke mana pulak tu!”

“Abang Naz pun dah nak jadi macam abang gak ke?” Puteri Sarah yang sudah tersedia bermata bulat itu membulatkan lagi matanya memandang Nazim.

“Adeh..aku ni jadi serba salah! Ko nak gi mana ni? Meh aku hantar.” Nazim tutup semula televisyen lalu mengambil kunci keretanya.

“Tak payah susah-susah. Sarah leh naik teksi je.”

“Tak yah nak ngade sangat la!”

“Abang tu memang pelik la! Petang ni dah la ada kelas.”

“Hahaha..tah yah pikir sangat la pasal abang tu. Jom!”

Nazim dan Puteri Sarah sama-sama masuk ke dalam kereta.


                                                                      **********


Adi dan Nelydia sama-sama check in masuk hotel 4 bintang itu. Berpegangan tangan sambil menekan punat lif.

“U ada beli apa-apa untuk I tak?”

“Mestilah ada. Nanti I tunjuk. Dan..”

“Dan ape?”

“Nak U pakai!”

“Hah? Macam sexy je bunyi tu!”

Adi tersenyum nakal lalu terus mencubit hidung mancung Nelydia itu!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2014 04:12 PM | Show all posts
insyaallah smbung esk plak k
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-3-2014 08:47 AM | Show all posts
morning!
jom smbung ngunyah tacang hikhik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2014 09:00 AM | Show all posts
Shahnaz masuk ke dalam pejabatnya. Kelihatan Remy sedang melayan seorang pelanggan yang sedang mencari perabot yang sesuai untuk diletakkan di rumah baru.

“Mat! Tolong aku layan customer ni jap.” Kata Remy lalu masuk ke dalam bilik Shahnaz.

Pintu diketuk dan terus dia masuk ke dalam bilik Shahnaz itu.

“Macam stress je.”

“Sarah.”

“Kenapa dengan dia?” Remy duduk di atas meja berhadapan dengannya.

“Ko boleh duduk dekat sofa tu tak? AKu rasa macam kita ni couple gay tau kalau ko duduk macam ni.”

“Hahahaha..lucah!” Remy berjalan lalu duduk di sofa.

Shahnaz ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya.

“Aku macam perasan tau..”

“Perasan ape? Aku makin handsome erk?” jawab Shahnaz sambil membetulkan kolar bajunya.

“Semenjak arwah ayah kau meninggal, kau dah banyak berubah.”

Shahnaz diam.

“Sikit-sikit Sarah.. Kau tahu tak aku ni sape?”

“Sape?”

“Aku ni bakal adik ipar kau tau!”

“Hahahaha..pandai buat lawak!”

Mereka berdua ketawa kecil.

“Tapi betul la. Comel kot adik angkat kau tu! Sape tak nak kan?”

“Tak yah nak ngade sangat erk!”

“Shah, memang sampai bila-bila pun kau tak nak bagi tahu Sarah tu asal usul dia ke?”

“Tak nak lah. Buat ape?”

“Sian dia kan?”

“Oiitt!!! Kau simpan erk rahsia ni. Kau sorang je yang aku bagi tau. Aku percayakan kau nii..”

“Ye. Aku pegang amanah kau tu. Jangan risau!”

“Lagi satu amanah yang aku akan bagi tahu kau nanti.”

“Ada lagi? Berapa banyak amanah daaaa..”

“Banyak bunyi pulak kau ni! Belum pernah makan penumbuk aku lagi kan?”

“Haaa tengok tu! Kau dulu tak macam ni tau!”

Shahnaz kembali terdiam. Ya! Dia betul-betul banyak berubah semenjak arwah ayahnya meninggal dunia.


                                                                 **********


Di dalam kereta..

Puteri Sarah memuncungkan mulutnya sambil memandang Nazim. Nazim pelik.

“Apehal ni?”

“Abang tak sayang Sarah ke?”

“Soalan ape tu?”

Puteri Sarah diam. Dia cuba menahan airmatanya dari mengalir.

“Haaa nak nangis la tu! Dah sah la abang sayangkan awak. Kalau tak, buat apa la dia kalut ke sana ke mari jaga awak kan???”

“Yeke? Asyik marah Sarah je.”

“Marah-marah sayang tuuu.”

“Abang Naz sayang Sarah?”

“Mestilah!” Nazim mencuit hidung mancung Puteri Sarah itu.

“Tapi abang tak sayang Sarah.”

Tiba-tiba handphone Nazim berdering.

“Alamak! Abang Shah call.”

“Jangan jawab!” Sarah membulatkan matanya!

“Oiii tak jawab lagi parah aku kena hentam nanti.”

Tertelan air liur Nazim. Nafas ditarik lalu dilepaskan.

“Assalammualaikum.”

“Waalaikummussalam. Dah banyak kali aku call Sarah. Sarah mana? Eh, kau kat mane ni?”

“Errr..”

“Sarah mane?!”

“Ada ni haa..”

“Korang nak gi mana ni? Yang Sarah tu ape hal tak jawab call aku? Kau passing jap hondphone kau tu kat dia! Cepat!”

Nazim hulurkan handphonenya pada Puteri Sarah.

“Tak nakk..”

“Jawab jelah!”

Puteri Sarah mencebik.

“Hello.”

“Nape tak jawab call abang?”

“Saje.”

“Saje? Korang berdua pegi mana ni?”

“Nak gi kelas la! Gi mana lagi.”

“Kelas?”

“Yelah.”

Hahaha Shahnaz tak sepatutnya bawa Puteri Sarah balik tadi.

“Buang masa betul! Dah sah kena denda masuk lewat kelas petang ni.” Puteri Sarah menghulurkan handphone pada Nazim semula.

“Hello, abang..”

“Hantar adik depan pintu tau.”

“Adoi..yeee tahu!”

Panggilan dimatikan. Nazim memandang Puteri Sarah yang sudah masam mencuka itu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-3-2014 11:42 AM | Show all posts
8.00 malam.

Fazura mengenakan make up. Dia perasan suaminya, Aaron sedang memerhatikan tingkah lakunya.

“Takkan nak pergi butik pulak malam-malam gini kan?” Tegur Aaron yang sedang membelek majalah di atas katil itu.

Fazura diam. Dia ingin bertemu dengan Rosyam pada malam itu. Siapa Rosyam?

“Rehat-rehat je la erk.. Dah lama kita tak luang masa bersama-sama kan?”

Aaron menutup majalah lalu duduk mengadap isterinya. Mereka berdua bertentangan mata. Fazura memegang tangan suaminya itu.

“Bukan I tak nak temankan U malam ni. Tapi tadi I baru je dapat call yang pelanggan I nak tengok baju terkini rekaan I tu. Rezeki kan?”

Aaron tenung anak mata Fazura membuatkan dia kurang selesa.

“Kenapa U alihkan pandangan U? Pandang muka I ni!”

Aaron kuat genggam tangan Fazura.

“Aaron..” Fazura menahan sakit sambil menolak genggaman tangan Aaron itu.

Akhirnya Aaron melepaskan genggamannya. Fazura terus bangun mengambil handbegnya dan terus berlalu keluar dari bilik utama mereka itu.

Aaron diam. Dia terlalu manjakan sangat Fazura dengan memberi kebebasan dan kemungkinan Fazura telah menduakan dirinya!


                                                                      **********


Fazura menghidupkan enjin kereta. Dibetulkan rambutnya sambil memandang cermin pandang belakang. Kemudian dia mengambil handphone di dalam handbeg. Rosyam dihubunginya.

“Hello sweet..”

“Sayang.. U kat mane ni? I dah nak gerak keluar dah.” Fazura mengenakan handfree sambil menukar gear kereta.

“Tempat biasa laaa..”

“Ok.”

“Cepat sikit! Rinduuuu..”

“Nakal!”

Panggilan dimatikan. Fazura tersenyum lalu terus memandu ke Bukit Damansara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2014 03:54 PM | Show all posts
Adi mengucup dahi Nelydia.

“Thanks..” ucap Nelydia lalu kembali mengucup pipi Adi.

“U nak I temankan U makan dulu ke atau nak I hantar U balik rumah je?”

“Balik je kot.”

“Sure?” tanya Adi sekali lagi sambil memakai boxer.

“A’ah..”

Handphone Adi berdering. Nama Paulina pula yang tertera di skrin. Adi mengambil handphonenya dari tangan Nelydia itu.

“Jangan jawab!” warning Nelydia sambil membulatkan matanya.

“Please, sayang. Kejap je.”

Nelydia terpaksa mengalah! Berkongsi kekasih kekdahnya. Demi wang! Padan la kan?


                                                                  **********


Beto menghentikan keretanya di penghujung simpang masuk ke kawasan rumah Puteri Sarah. Kemudian dia memandang gadis kecil molek di sebelahnya itu.

“Betul awak tak nak saya hantar depan rumah?”

“Nanti abang belasah awak lagi. Saya dah tak sanggup tengok awak asyik kena belasah je dengan abang.” Puteri Sarah membuka tali pinggang keledarnya lalu memeluk fail.

“Elok-elok jalan tu.”

“Ok.”

Mereka berdua bertentang mata seketika.

“Saya sayang awak!” ucap Beto lalu memegang tangan Puteri Sarah.

Puteri Sarah hanya senyum lalu terus keluar dari kereta. Kemudian, sempat dia berpaling lalu berkata,

“Saya pun sayang awak gak!”

Terus Beto tersenyum. Mereka berbalas senyuman lalu Beto terus berlalu pergi. Puteri Sarah berjalan menuju ke rumahnya. Ya! Kereta kedua-dua abangnya itu sudah tersidai di halaman. Dia membuka kasut lalu terus membuka pintu.

“Assalammualaikum.” Puteri Sarah memberi salam lalu masuk dan menutup pintu semula. Kelihatan Shahnaz sedang kusyuk menonton televisyen.

“Hai Cik Puteri..jom makan!” ajak Nazim tiba-tiba muncul sambil membawa semangkuk koko crunch ke ruang tamu hadapan itu.

Terkejut Puteri Sarah sambil mengurut dada.

“Sarah dah makan. Sarah naik atas dulu erk.”

“Makan ape? Dengan sape?” tanya Shahnaz serius yang matanya masih memandang ke arah televisyen.

“Errr…” Puteri Sarah memberi isyarat pada Nazim untuk membantunya tetapi Nazim hanya mengangkat bahu.

Shahnaz bangun lalu memandang Puteri Sarah.

“Kelas habis pukul berapa tadi?”

“Err..”

“Aku tanya pukul berapa jawab je lah!” Shahnaz mengambil majalah di atas meja hadapannya itu lalu baling ke bawah.

Puteri Sarah tersentap. Dia cuba menahan dari menangis namun gagal!

“Tanya sikit nangis! Bukannya aku pukul pun. Pukul berapa kelas habis tadi?”

“Pu..pukul 6.00..”

“Ooo pukul 6? Sekarang pukul berapa?”

“Baru pukul 8, abang..”

“Kau diam, Naz!”

“Sarah keluar makan je pun. Bukan buat apa-apa..” tersedu-sedu Puteri Sarah mempertahankan dirinya.

“Sekarang boleh cakap la tak buat apa-apa. Lepas ni kalau jadi apa-apa?!”

Puteri Sarah diam. Airmata dibiarkan terjurai basah pipinya.

“Abang selalu marah Sarah. Abang memang tak sayang Sarah kan?” Puteri Sarah terus berlari anak menaiki tangga.

Shahnaz hanya pandang dan diam.

“Sebab aku sayang aku terlalu risaukan kau, Sarah..”bisik hati Shahnaz yang masih memandang pintu bilik Puteri Sarah itu.

“Jangan sampai dia lari dari rumah, abang..”

Shahnaz terus memandang Nazim.

“Kalau berani, dia buatlah!”

Nazim bangun. Dia berdiri dihadapan abangnya itu.

“Saya rasa ada sesuatu yang abang sembunyikan dari saya.”

Shahnaz diam. Kemudian dia terus berlalu ke dapur.

“Macam-macam hal!” Nazim sambung makan sambil menonton kartun kegemarannya, Detective Conan!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2014 04:00 PM | Show all posts
Adi cuba menarik Nelydia. Baru sahaja Adi hendak mencium pipi Nelydia, cepat tubuhnya ditolak.

“Agaknya I ni orang yang ke berapa dalam hati U kan?”

“Apa ni, Nely?”

“Kejap perempuan tu, kejap perempuan ni. U ingat I tak cemburu ke?”

“Semua tu model-model I la.. Takkan U tak tahu kerja I ni macam mana.”

Nelydia terus membuka pintu kereta dan terus berjalan ke pintu pagar rumah.

“Nely!”

Panggilan Adi itu langsung tidak diendahkan. Terus dia berjalan masuk ke dalam rumah dan menutup pintu dengan rapat. Adi tak rugi pun! Dia terus berlalu pergi ke Bukit Damansara.

Nelydia merebahkan punggungnya di atas sofa. Sunyi! Dia cuba mencari kelibat kakaknya, Fazura. Tiada!

“Dahaga la plak.”

Nelydia berjalan menuju ke dapur. Tiba-tiba ternampak abang iparnya, Aaron sedang membancuh air sendirian. Susuk tubuh lelaki itu dari belakang menaikkan ghairah Nelydia. Dipandangnya dari bawah sampai ke atas.
Aaron mengangkat cawan lalu ditolehnya ke belakang. Terkejut dia apabila Nelydia berdiri di belakangnya.

“Eh, bila balik? Tak dengar bagi salam pun.”

Nelydia diam. Tersenyum memandang abang iparnya itu.

“Kakak mane?”

“Kakak? Mana lagi, keluar la.”

“Owh..”

Nelydia semakin rapat menghampiri Aaron. Aaron sudah agak. Ini bukan kejadian yang pertama kalinya.

“Abang memang handsome!”

Nelydia cuba mencubit hidung Aaron, tetapi Aaron sempat mengelak.

“Err..abang ke depan dulu ya.”

“Nantilah dulu..” Nelydia menarik lengan Aaron.

Dia mengambil cawan dari tangan Aaron lalu diletakkan di atas meja berhampiran. Kemudian dia merapatkan dadanya ke tubuh Aaron. Kemudian mereka saling berbalas pandangan. Nelydia sengaja meleretkan jarinya ke bibir merah Aaron itu. Jantung Aaron mula berdegup laju. Isterinya, Fazura pun tak se’nakal’ itu dengannya.
Kemudian Nelydia mengusap rambut Aaron pula. Nafasnya sudah turun naik. Didekatkan bibirnya dengan Aaron. Dekat..dekat dan terus Aaron tepis dan berundur ke belakang.

“Please..” Aaron mengambil cawannya dan terus ke ruang tamu.

Nelydia mengetap bibirnya. Ya! Hampir 10 kali sudah Nelydia cuba menggoda Aaron, namun tak pernah sekalipun dia berjaya.

“Bodoh! Macam la aku tak tahu kakak tak pernah pun layan nafsu dia. Boleh plak dia tahan erk nafsu dia tu bila aku goda dia. Pelik! Gay ke ape? ”

Nelydia mengambil setin air coke lalu berjalan masuk ke dalam biliknya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2014 04:05 PM | Show all posts
Puteri Sarah yang baru keluar dari bilik air itu terus berjalan masuk ke dalam biliknya. Dia terlupa hendak menutup pintu biliknya rapat-rapat. Kebetulan Shahnaz yang baru hendak turun ke bawah ternampak cahaya dari bilik Puteri Sarah.

Perlahan-lahan dia cuba mengendap. Kelihatan Puteri Sarah sedang berbaring di atas katil dengan hanya berseluar pendek dan tshirt bertali halus. Shahnaz menahan nafsunya. Lauk depan mata kot!

“Sarah!” panggil Shahnaz.

Puteri Sarah terkejut.

“Alamak! Pintu tak tutup rapat laa..”

Cepat Puteri Sarah mengenakan kain labuh dan sweater. Kemudian dia berjalan ke pintu. Kelihatan Shahnaz sedang berdiri mengadap ke arah bertentangan.

“Ada apa?”

Shahnaz menoleh ke belakang memandang Puteri Sarah.

“Pintu tu..tutup rapat! Nak biar lipas masuk ke ape?”

Puteri Sarah diam. Perasaan marahnya masih berbaki.

“Dah! Pergi masuk tido.”

Baru sahaja Shahnaz hendak berjalan menuruni anak tangga..

“Sarah sedar Sarah hanya anak angkat ja dalam keluarga ni. Sebab tu abang sesuka hati marah Sarah kan?”

Shahnaz menghentikan langkahnya.

“Sebelum ni abang tak pernah pun marah-marah macam ni pada Sarah. Ke abang nak Sarah keluar dari rumah ni?”

Shahnaz terus berpaling mengadap Puteri Sarah.

“Gila ko! Aku nak kau terus tidur dalam bilik aku lagi ada la!” jawab Shahnaz di dalam hati.

“Pergi tido. Dah lewat ni!” Shahnaz menuruni satu anak tangga.

“Sarah akan bawa Beto jumpa abang.”

Shahnaz terus menoleh memandang Puteri Sarah.

“Kau jangan sebut nama dia boleh?!”

“Sekurangnya Sarah tak sembunyikan dari abang dengan siapa Sarah berkawan.”

“Berkawan la sangat!”

Shahnaz terus menuruni anak tangga membiarkan Puteri Sarah bersendirian. Baru sahaja Puteri Sarah hendak tutup pintu, dia ternampak Nazim sedang berdiri memandang ke arahnya. Oiii terkejut kot! Dah serupa hantu dah duk terpacak kat pintu!

“Kang aku jadi hantu betul kang..pergi tido!”arah Nazim yang hanya berseluar pendek paras lutut itu.

Puteri Sarah sempat menjelirkan lidahnya sebelum menutup pintu. Nazim tersenyum. Kemudian ligat dia berfikir tentang abangnya yang seorang itu.

“Abang ada hati dengan Sarah ke?” ngomel Nazim sendirian sambil garu kepalanya yang tidak gatal itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2014 04:07 PM | Show all posts
ok la tu! dah nak blik dah ni
insyaallah jumpa minggu dpn ya!
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2014 07:16 PM | Show all posts
Yunkkk... napa guna nely ngn shahnazzzz
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2014 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
NaylaArisha posted on 7-3-2014 07:16 PM
Yunkkk... napa guna nely ngn shahnazzzz

Nape nayla? Xbole ke? Huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2014 09:41 AM | Show all posts
momey posted on 9-3-2014 07:49 PM
Nape nayla? Xbole ke? Huhuhu

x suka huhuhu...............

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-3-2014 09:43 AM | Show all posts
aloooo nayla bygkan org lain erk? hikhik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2014 03:28 PM | Show all posts
ptg semua.. momey smbung ckit erk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2014 03:32 PM | Show all posts
Fazura parking keretanya di sebelah kereta Rosyam. Dia keluar dari keretanya lalu masuk ke dalam kereta Rosyam. Dia pandang Rosyam yang duduk ditempat pemandu itu. Rosyam beri isyarat toleh ke belakang.
Fazura toleh ke belakang dan kelihatan dua orang gadis dari Vietnam berpakaian serba seksi sedang tersenyum ke arahnya. Kemudian dia memandang Rosyam kembali.

“Dah ada yang booking ke?”

“Sorang anak Tan Sri yang nama Adi Putra tu dan sorang lagi anak Dato Chong punya!”

“Good!”

Rosyam menghulurkan dua kunci bilik pada dua orang gadis Vietnam itu lalu gadis-gadis tersebut keluar dan berjalan masuk menuju ke bilik hotel 5 bintang di situ.


                                                              **********


Pada keesokkan pagi.

Puteri Sarah galas beg dan mengambil fail lalu terus keluar dari bilik. Laju menuruni anak tangga.

“Mak aiii wanginya! Siapa yang masak ni?”

“Makan dulu.” Ajak Shahnaz sambil membawa sepiring nasi goreng lalu dihidangkan di atas meja makan.

“Tapi..”

“Abang hantar pegi kelas pagi ni.” Jawab Shahnaz sambil membuka apron lalu berjalan masuk ke dalam dapur semula.

“Ermm..”

Puteri Sarah menarik kerusi lalu duduk. Shahnaz memang suka masak kalau ada masa terluang. Dan masakannya memang tidak menghampakan!

“Morning!” ucap Nazim sambil menarik kerusi lalu menyedok nasi ke dalam pinggan.

“Laju!”

“Masa itu emas!” Nazim terus mengambil sudu lalu masukkan nasi goreng ke dalam mulutnya.

Shahnaz membawa seteko air kopi lalu dituang ke dalam cawan.  Geleng kepalanya melihat Nazim agak laju makan pada pagi itu.

“Kang tercekik jenuh nak cari Tok Adi gali lubang kubur pagi ni.”

Tersentap Nazim dengan ayat Shahnaz itu.

“Amboi, abang! Macam tak sabar nak saya mati je”

“Makan serupa tak makan setahun!”

“Abang tak makan ke?”

Shahnaz memandang Puteri Sarah. Pandangan menusuk kalbu gitu!

“Tengok korang makan pun aku dah kenyang.” Terus Shahnaz berlalu pergi ke ruang tamu.

Puteri Sarah dan Nazim menghabiskan nasi goreng itu.

“Awal abang Naz bangun. Nak ke mana?”

“Aku ada interview pagi ni.”

“Interview?”

“Ko ingat penganggur macam aku ni sampai bila-bila pun tak akan keje ke?”

“Sarah tak cakap pun macam tu.”

“Ko cakap apa tadi Naz?” Tiba-tiba Shahnaz muncul mengejutkan mereka berdua.

“Err.. ada interview pagi ni.”

“Interview apa?”

“Modelling!”

“Hah? Hahaha..” terus Shahnaz keluar dari rumah sambil membawa kunci kereta.

“Dia gelak kat aku? Ingat aku tak layak ke ape?”

Puteri Sarah ketawa kecil. Nazim geram.

“Kau pun sama erk macam abang! Tak pe..aku buktikan aku layak.”

Puteri Sarah menggelengkan kepalanya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 04:39 PM | Show all posts
macam best je... macam nak suruh sambung je....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.849680 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list