CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

KeJoRaKu BeRsAtU ~TaMaT~

[Copy link]
 Author| Post time 30-4-2014 04:10 PM | Show all posts
“Abang nak buat apa ni?” terketar-ketar kesejukan Puteri Sarah tanya pada abangnya.

“Kau nak tinggalkan Beto ke tak?”

Perlahan suara Shahnaz ketika itu.

“Kenapa susah sangat abang nak terima Beto?”

"Kau keluar sekarang.”

“Hah?”

“Keluar!!”

Puteri Sarah semakin ketakutan. Dipandangnya hujan yang semakin lebat di luar. Tambah jalan yang sunyi!

“Abang..jangan buat Sarah macam ni.”

Puteri Sarah memegang lengan abangnya.

“Kau pegang aku apehal?! Kau nak sangat Beto kau tu kan? Kau keluar sekarang”

“Sarah takut..”

Shahnaz geram. Dia menarik Puteri Sarah keluar dari kereta. Dengan cepat Puteri Sarah memeluk abangnya itu. Mereka berdua sekali lagi kebasahan.

“Jangan buat Sarah macam ni, abang..” terketar-ketar Puteri Sarah menahan kesejukkan.

“Kau ingat aku saja-saja halang korang berdua ke? Sekarang pandai-pandailah kau nak hidup!” ugut Shahnaz sambil menolak tubuh badan adik angkatnya itu.

“Abang..abang! Jangan tinggal Sarah, abang..” Semakin kuat dia memeluk Shahnaz.

Tipu kalau Shahnaz tak kesian dengan apa yang dia buat pada Puteri Sarah pada ketika itu. Dia tak nak kalah dan tewas di tangan Beto. Macam mana pun dia mesti kahwin dengan Puteri Sarah!

Shahnaz kuatkan pendiriannya. Dia harap dengan cara itu Puteri Sarah dapat tinggalkan Beto. Dia kuat menolak tubuh badan Puteri Sarah lalu berjalan masuk ke dalam kereta.

“Sarah takut, abang..” kuat Puteri Sarah ketuk cermin kereta.

Pang! Pang! Kilat sabung menyabung. Terduduk Puteri Sarah sambil menutup kedua-dua belah telinganya. Menggigil seluruh tubuh badan menahan ketakutan dan kesejukkan. Apalagi? Kelam kabut Shahnaz keluar kereta lalu mendapatkan adiknya itu.

“Jangan tinggal Sarah, abang..”

Shahnaz terus memeluk Puteri Sarah.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-4-2014 04:13 PM | Show all posts
Nazim terdengar akan bunyi enjin kereta. Cepat dia berlari ke arah pintu lalu membukanya. Ya! Kereta Shahnaz.

Shahnaz mematikan enjin keretanya. Kemudian dia pandang Puteri Sarah yang kusyuk tidur dengan balutan jacket kulit Shahnaz itu. Sayu! Tak sepatutnya dia buat Puteri Sarah macam itu oleh kerena lelaki yang bernama Beto!

Shahnaz keluar dari kereta. Dia nampak Nazim sedang kelam kabut hendak membuka pintu sebelah Puteri Sarah.

“Kau apehal ni? Kau pergi tunggu kat pintu rumah!” arah Shahnaz dengan begitu tegas sekali.

Nazim diam dan akur dengan arahan. Shahnaz membuka pintu lalu mula hendak mengangkat tubuh kecil molek itu.

“Mak aii..panasnya!” terasa bahang panas ketika tangannya terkena kulit Puteri Sarah.

Dia menolak pintu kereta dengan badannya. Kemudian didukungnya Puteri Sarah sehingga masuk ke dalam rumah. Seterusnya menaiki tangga dan..

“Kau boleh tolong bukak pintu ni tak?” arah Shahnaz yang masih dukung Puteri Sarah.

Kelam kabut Nazim meniti tangga lalu terus membuka pintu bilik Puteri Sarah. Lampu dipasang. Perlahan-lahan Shahnaz merebahkan tubuh adik angkatnya itu. Puteri Sarah masih tidur.

“Tolong aku ambil besen yang berisi air panas suam.”

“Ha?”

Shahnaz bangun lalu berjalan ke arah Nazim.

“Pergi dapur ambil besen. Pastu isi air panas. Faham?”

Nazim mengangguk laju. Entah kenapa Nazim tiba-tiba jadi lembab pula malam itu.

“Tunggu apa lagi ni?! Nak kena penampar baru nak turun ke?!”

Terus Nazim beredar keluar dari bilik itu. Shahnaz menoleh ke arah Puteri Sarah yang terbaring di atas katil itu.

“Maafkan abang..”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2014 04:23 PM | Show all posts
Rosyam memberhentikan keretanya di sebuah stesyen minyak. Kemudian dia menoleh ke belakang memandang Nelydia.

“Kereta Tan Sri Lim kat sebelah sana.”

“Ok!” Nelydia keluar dari kereta.

Fazura hanya melihat tanpa berkata apa-apa.

“Apa dah jadi?”

Fazura terus memandang Rosyam.

“Dia dah ceraikan I.”

“Waaaa..bagus!”

“So, bila kita nak kahwin?”

Rosyam hanya tersenyum.


                                                                               **********


Shahnaz meletakkan kain kecil yang masih kebasahan air suam panas itu di atas dahi Puteri Sarah.

“Kita bawa aje lah Sarah pergi klinik, abang.”

“Jangka suhu mana?”

Nazim keluar dari bilik Puteri Sarah itu dan masuk semula beberapa saat kemudian. Dihulurnya jangka suhu itu pada Shahnaz.

“38 darjah Celsius.. ok lagi ni.”

Puteri Sarah tiba-tiba terbatuk. Cepat Shahnaz dudukkan Puteri Sarah sambil mengurut belakang badan gadis itu.

“Ambilkan Panadol dan air masak.”

Nazim menghulurkan Panadol dan air masak yang sudah tersedia di atas meja kecil sebelah katil Puteri Sarah itu pada Shahnaz. Shahnaz memasukkan dua biji Panadol dalam mulut Puteri Sarah dan menghulurkan segelas air. Diteguknya air masak itu. Kemudian dia memandang Shahnaz. Penglihatannya kabur.

“Dah. Sarah rehat dulu.”

Shahnaz menyelimutkan Puteri Sarah kembali.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2014 04:24 PM | Show all posts
Shahnaz dan Nazim keluar dari bilik lalu menuju ke ruang tamu.

“Nah ambil duit ni pegi beli air cap badak jap.” Shahnaz menghulurkan sekeping duit RM10 pada Nazim.

“Air cap badak?”

“Cap kaki tiga pun tak ape.”

“Hah?”

Shahnaz menunjal kepala Nazim.

“Kau ni kenapa bengap sangat malam ni? Mabuk ketum ke ape? Dah gi beli!”

“Air ape tu?” Nazim mengomel sendirian sambil menggosok kepalanya yang ditunjal itu lalu terus keluar dari rumah.

Shahnaz memandang pintu bilik Puteri Sarah. Sekarang hanya tinggal mereka berdua di dalam rumah itu.


                                                                         **********


Rosyam menghidupkan rokoknya. Sedut lalu asap dihembuskan ke udara. Fazura keluar dari kereta lalu berjalan ke arah Rosyam.

“Tak sabar nak kahwin dengan U..”

Fazura merangkul pinggang Rosyam. Rosyam dengan cepat meleraikan pelukkan itu. Fazura hairan.

“Kenapa ni?”

Rosyam diam sambil melayan asap rokoknya itu.

“U nak I cerai, I dah turutkan. U nak I ikut U, I dah berada di sisi U. Sekarang tunggu apa lagi kan? Tunaikanlah janji U!”

Rosyam terus memandang Fazura.

“Bukan semudah tu.”

“What? Apa U cakap ni? U jangan main-main dengan I.”

Rosyam melepaskan puntung rokok ke tanah. Dipijaknya puntung rokok itu. Kemudian dia memeluk Fazura.

“Nak kalut kenape? I takkan tinggalkan U. Itu janji I. Sekarang ni U uruskan hal penceraian U tu dulu. Dah habis edah, I masuk meminang. Ok?”

Fazura tersenyum. Dia percaya akan kata-kata lelaki yang sebenarnya kuat auta itu! Pelukkan itu dibalasnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2014 04:25 PM | Show all posts
Nazim mematikan enjin kereta. Laju dia menutup pintu lalu berjalan menuju ke 7-eleven. Sebaik sahaja pintu dibuka, dia bertembung dengan seorang gadis berambut perang paras bahu itu. Satu kotak kecil terjatuh ke lantai. Belum sempat Nazim tolong ambil, gadis itu lebih cepat mengambilnya lalu masuk ke dalam handbeg!

“Sorry..” ucap gadis itu lalu terus beredar sambil tersenyum ke arah Nazim.

Nazim membalas senyuman itu. Kelihatan gadis itu masuk ke dalam sebuah kereta mewah buatan luar Negara.

“Anak orang kaya barangkali. Masih sopan santun. Ok lah tu kan?” Nazim mengomel lagi lalu masuk ke dalam 7-eleven.


                                                                        **********


“Mana?” tanya Tan Sri Lim yang sudah berumur lewat 40-an itu.

Nelydia menghulurkan sekotak kondom pada lelaki tua itu.

“Good girl! Steven, cuba bawa laju sikit kereta tu!” marah lelaki tua itu.

Rasanya sudah tidak sabar nak merasa layanan terbaik dari gadis melayu itu! Nelydia hanya tersenyum. Dibiarkan sahaja lelaki tua kutuk itu mencium-cium bahu dan lehernya. Dia memandang ke luar tingkap. Masih terbayang akan wajah lelaki yang baru sahaja dia bertembung di 7-eleven tadi.


                                                                         **********


Shahnaz ‘on’ kan televisyen lalu merebahkan punggungnya di sofa. Tiba-tiba dia terdengar bunyi dari arah tangga.

“Astaghfirullah.. Sarah nak ke mana?”

Cepat Shahnaz bangun lalu mendapatkan Puteri Sarah yang baru turun dua anak tangga.

“Sarah dahaga..”

“Kan abang dah cakap panggil je abang kan? Kalau jatuh tangga tadi macam mana? Dah! Masuk bilik balik.”
Shahnaz apa lagi? Terus dukung Puteri Sarah.

“Apa ni, abang?”

Shahnaz diam lalu erat memegang tubuh kecil molek itu. Puteri Sarah memandang wajah abangnya itu.

“Romantiklah pulak rasa..” sempat lagi Puteri Sarah berbisik sendirian.

Shahnaz perlahan-lahan merebahkan tubuh badan Puteri Sarah ke atas katil.  Puteri Sarah masih lagi memandangnya. Shahnaz menjadi tidak selesa. Baru dia tahu! Selama ini dia yang asyik sakat adik angkatnya itu.

“Jangan buat macam ni lagi tau, Sarah!”

Shahnaz memecah kesunyian.

“Kata tak sayang Sarah..”

“Bila abang cakap?”

“Nape abang tak biar aje Sarah tadi dekat highway tu?” Puteri Sarah sebak.

“Dia dah mula dah..”

“Biar Sarah mati!”

“Cakap sekali lagi abang sepak mulut tu!”

Terdiam Puteri Sarah. Hanya terdengar suara tangisannya.

“Abang diberi tanggungjawab untuk jaga Sarah dan Naz. Kalau ada apa-apa terjadi kat korang berdua, macam mana abang nak jawab esok depan Tuhan nanti?”

Puteri Sarah masih menangis. Sekeras-keras hati Shahnaz, bila dengar suara tangis Puteri Sarah tu lembut juga akhirnya! Dia duduk di sebelah adiknya itu. Puteri Sarah memandang Shahnaz. Mereka berdua bertentangan mata.

“Adakah kau rasa apa yang aku rasa, Sarah? Aku cintakan kau..” bisik hati Shahnaz yang masih tenung wajah gadis di hadapannya itu.

“Muka abang macam muka arwah ayah kan? Rindu sangat kat ayah..” Puteri Sarah sekali lagi menangis. Kali ini lebih kuat tangisannya.

“Masa arwah ayah ada, tiap kali Sarah ada masalah arwah ayahlah orang pertama yang datang peluk dan bagi nasihat minta Sarah banyak bersabar dan fikir secara waras. Ya Allah..Sarah rindu ayah..”

Shahnaz terus tarik tubuh gadis itu lalu memeluk dengan begitu erat sekali. Ya! Shahnaz juga menangis ketika itu. Arwah ayah mereka lah ibu, arwah ayah mereka juga lah ayah! Ibu mereka meninggal ketika Puteri Sarah berumur 3 tahun lagi. Ini bermakna mereka lebih banyak menghabiskan masa bersama arwah ayah mereka.

“Naz pun rindukan arwah ayah..” kata Nazim tiba-tiba muncul dengan airmata yang sudah mengalir itu.

“Teruskan amal sedekah al-fatihah untuk ayah dan ibu lepas solat!” pesan Shahnaz lalu memanggil Nazim dan mereka berpelukkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2014 04:27 PM | Show all posts
Pada keesokkan harinya..

Shahnaz meletakkan 2 keping roti bakar bersalut kaya di atas piring. Kemudian dia mengambil gelas kosong lalu membuka peti ais. Dituangnya susu rendah lemak ke dalam gelas tersebut.

“Morning abang..”

Terkejut Shahnaz dengan sapaan Puteri Sarah itu. Nasib baik tak terlepas gelas dari genggamannya.

“Ya Rabbi.. sape suruh turun? Pergi naik balik!”

“Dukung..”

“Sorry! Bontot tu berat. Sakit pinggang dukung..”

Puteri Sarah menjerling tajam lalu menarik kerusi di dapur itu lalu duduk.

“Pergi naik atas sekarang.”

“Bosan lah! Sarah dah tak demam ok?”

Baru sahaja Puteri Sarah hendak mengambil roti bakar itu, cepat tangannya ditampar.

“Sakitlah, abang..”

“Pergi basuh muka, gosok gigi, basuh tangan!”

“Bebel je!” Puteri Sarah terus mengambil segelas susu itu lalu terus minum.

“Degilnya!”

Shahnaz dan Puteri Sarah berkejaran di dapur itu. Nazim yang pandang dari jauh itu tersenyum melihat gelagat abang dan adik angkatnya itu.

“Ehem..ehem!” Nazim berdehem membuatkan Shahnaz dan Puteri Sarah terdiam lalu berdiri tegak.

“Macam budak tadika!”

“Kau cakap apa tadi, Naz?” Shahnaz berjalan ke arah Nazim.

“Haaaa tu keje nk tunjal kepala aku la tu!” Nazim lari dan Shahnaz mengejarnya plak.

Terbahak-bahak Puteri Sarah gelak melihat gelagat kedua-dua abangnya itu. Tiba-tiba dia teringat pagi ni dia ada kelas. Cepat dia berjalan lalu meniti tangga masuk ke dalam biliknya. Shahnaz dan Nazim berbalas pandangan.


                                                             **********


Beto mengeluh. Panggilannya langsung tidak dijawab. Tiba-tiba muncul nama ‘my sarah’ di skrin handphonenya. Tersenyum!

“Sarah..awak ok ke? Saya call awak banyak kali awak tak jawab. Risau saya! Kenapa awak tak datang kelas lagi ni? Awak tak sihat ke?”

“Beto..sabar..sabar! Cuba bawa bertenang.”
Beto diam.

“Saya demam semalam. Itu semalam la. Hari ni Alhamdulillah dah ok sikit dah.”

“Dah makan ubat ke?”

“Belum.”

“Tengok tu! Awak buat saya risau la..”

“Risau apanya? Saya…”

Handphone Puteri Sarah dirampas. Cepat dia menoleh ke belakang.

“Sape suruh call dia?!!” jerkah Shahnaz lalu terus baling handphone Puteri Sarah ke lantai. Pecah!

“Apa ni, abang?”

“Dah berapa kali aku cakap kan jangan rapat dengan jantan tu! Kenapa yang kau degil sangat?!!”
Puteri Sarah nangis.

“Tukar kolej!”

“Abang!”

“Muktamad!” Shahnaz keluar dari bilik Puteri Sarah lalu kuat dia hempas pintu bilik itu.

“Apa ni, abang?” tegur Nazim sambil ekori Shahnaz dari belakang menuruni anak tangga.

“Kau diam!”

“Abang ni dah melampau sangat la!”

Shahnaz mematikan langkahnya lalu terus memandang Nazim.

“Kau tak tahu apa-apa baik kau diam.”

“Abang sukakan Sarah kan?”

Shahnaz diam.

“Cemburu?”

Shahnaz terus berlalu pergi membiarkan persoalan itu tiada jawapan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-4-2014 04:28 PM | Show all posts
ok dah! ckup utk hari ni
insyallah jmpa lg
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 08:46 AM | Show all posts
takde sambungan lg ke TT...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-6-2014 09:38 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 11-6-2014 08:46 AM
takde sambungan lg ke TT...

ade..tp sbb agak busy sehingga raya ni agak terbatas ckit la post huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 02:00 PM | Show all posts
momey posted on 11-6-2014 09:38 AM
ade..tp sbb agak busy sehingga raya ni agak terbatas ckit la post huhuhu

takpe TT... dh free nanti boleh sambung lg... finish your work 1st then continue with this story... hehehe...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2014 02:03 PM | Show all posts
ok tq hihi
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 02:10 PM | Show all posts
momey posted on 11-6-2014 02:03 PM
ok tq hihi

jangan risau... we support u... hehehehehe....... take your time to update...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2014 02:14 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 11-6-2014 02:10 PM
jangan risau... we support u... hehehehehe....... take your time to update...

len mcm je ni hahahaha
mcm psiko suh post skarang je ekeke
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 04:00 PM | Show all posts
momey posted on 11-6-2014 02:14 PM
len mcm je ni hahahaha
mcm psiko suh post skarang je ekeke

takdelah TT... saja nak bagi semangat utk TT menulis lg byk novel....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2014 04:05 PM | Show all posts
insyaallah..sy akn usahakan nnti
tq..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 05:45 PM | Show all posts
momey posted on 11-6-2014 04:05 PM
insyaallah..sy akn usahakan nnti
tq..

no problemo... keep up the goob work TT... chaiyok...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2014 03:51 PM | Show all posts
jom sambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2014 03:53 PM | Show all posts
Nelydia nampak Beto tengah cuba menghubungi seseorang. Dia tersenyum. Nelydia ni semua jantan kalau boleh dia nak ‘cuba’!

“Awak!”

Terus Beto mematikan talian.

“Nely..”

“Awak call sape?”

“Sarah.”

“Sarah? Kenape?”

“Saya on call dengan dia tadi. Pastu tiba-tiba talian putus. Saya cuba call balik, tak dapat!”

“Busy kot.”

“Hmmm” Beto mengeluh.

Nelydia pandang Beto atas bawah. Kemudian dia cuba rapatkan dirinya dengan Beto. Lengan mereka bersentuhan. Beto terus memandang Nelydia.

“Teman saya makan.”

“Tapi saya dah makan.” Jawab Beto jujur.

“Alaaa teman jap.” Nelydia memegang tangan Beto.

Berdebar jantung Beto. Apa Nelydia cuba buat?


                                                                    **********

Shahnaz mematikan engine keretanya. Kelihatan Remy sedang berborak dengan Aaron di depan kedai. Dia keluar dari kereta lalu berjalan ke arah mereka berdua.

“Assalammualaikum.”

“Waalaikummussalam.” Mereka berdua berjabat tangan dengan Shahnaz.

“Apesal muram je ni?” tegur Remy.

“Aku masuk dulu erk.” Shahnaz terus masuk ke dalam pejabat.

Aaron dan Remy saling berpandangan.

“Nampaknya mood dia tak baik tu. Terbatal la niat nak ajak dia makan pagi ni hahaha ok lah, bro. Aku nak kena gi mahkamah. Doakan aku semoga semuanya selamat.”

“Insyaallah..”

Aaron berjalan masuk ke dalam kereta manakala Remy masuk ke dalam pejabat. Laju dia berjalan menuju ke bilik Shahnaz. Pintu bilik diketuk.

“Masuk.”

Remy masuk lalu menutup pintu semula. Shahnaz berdiri di jendela sambil memandang kereta lalu lalang di jalan raya.

“Kenapa ni? Kau ada masalah besar ke?”

“Aku sayangkan dia, Remy. Aku cemburu! Aku tak boleh tengok dia call atau jumpa jantan tu.”

Remy menggelengkan kepalanya. Dia sudah agak!

“Berterus terang kan senang?”

“Gila ke ape kau ni?”

“Habis tu sampai bila kau nak macam ni?”

“Arghhhhhhh!!!!!!!!” Habis ditolaknya fail-fail yang berada di atas meja itu jatuh ke lantai.

“Bro..jangan macam ni!” Remy cuba tenangkan Shahnaz.

“Aku sayangkan dia! Aku takut kehilangan dia..”

Remy mengeluh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2014 03:54 PM | Show all posts
Puteri Sarah masih bersendirian di dalam biliknya. Nazim cuba mengetuk pintu bilik adiknya itu.

“Sarah..abang Naz nak masuk boleh?”

Panggilannya tidak disahut. Baru sahaja Nazim hendak berundur, pintu bilik Puteri Sarah dibuka. Bengkak matanya.

“Dah tak nak nangis dah. Shhh..” Nazim mengesat airmata Puteri Sarah.

Puteri Sarah terus peluk Nazim.

“Sarah dah tak tahan dah, abang. Sarah rasa biar Sarah keluar dari rumah ni.”

“Jangan cakap macam ni, Sarah. Ingat tak apa pesan arwah ayah? Kan ayah pernah cakap, walau apa pun yang terjadi jangan sesekali berpisah”

“Tapi Sarah dah tak tahan dengan perangai abang..”

“Abang ada masalah tu. Kita cuba faham dia. Mungkin dia ada masalah kat pejabat, dia tak tahu nak lepas marah dia kat sesiapa. So, kitalah yang kena kan?”

“Tak boleh la abang buat macam tu..”

“Sarah, sian kat abang. Ayah tak ada, abanglah yang jaga kita kan? Lagipun setakat ni dia tak pernah pun pukul Sarah lagi kan?”

“Memanglah tak tapi dia dah sakitkan hati Sarah!”

“Dahlah tu. Kesat airmata. Jangan ambil hati sangat dengan perangai abang tu. Kalau diikutkan, abang Naz ni lagi la makan hati. Kepala ni berapa kali dah kena tunjal! Abang Naz malas la nak layan. Biar je dia macam tu. Nanti dia cari kita juga kan?”

Puteri Sarah tersenyum lalu sama-sama ketawa dengan Nazim.

“Haaa macam ni la. Tak yah nangis dah. Tengok jap gi. Confirm dia balik umah petang ni, dia cari Sarah dulu. Cakap baik punya!”

“Hahaha.. cekal betul hati abang Naz erk?”

“Cekal tak cekal. Kang aku nangis dia cakap aku pondan plak! Lagi aku sakit hati”

Mereka berdua berbalas ketawa. Nazim memang anak lelaki yang cukup tenang dan tidak mudah menyalahkan sesiapa. Dia seorang yang ‘happy go lucky’
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2014 03:55 PM | Show all posts
Perbicaraan ditangguhkan lagi 2 minggu. Fazura sempat menjerling memandang Aaron yang baru keluar dari mahkamah itu.

“Hei, you!”

Aaron memandang ke arah kirinya. Kacamata hitamnya di letak atas kepala.

“Kau apehal?”

“Tak rasa menyesal ke ceraikan I?”

“Ha? Menyesal? Ape tu? Rasanya macam tak ada dalam kamus I perkataan ‘menyesal’ tu!”

“Amboi! Sombongnya.”

“Kalau aku sombong pun, tak ada masalah pun bagi kau kan? Dahlah. Banyak benda lagi aku nak urus dari aku berborak dengan orang yang dalam kerugian ni!”

“Kurang ajar!”

Aaron tersenyum lalu terus berjalan ke arah keretanya.


                                                                       **********

Beto memandang Nelydia yang kusyuk makan nasi goreng di hadapannya itu. Beza betul Nelydia dan Puteri Sarah. Nelydia memang pandai mengambil hatinya. Lebih manja dan memahami. Baru kenal beberapa jam sudah mula berubah hati.

“Oh tidak! Aku masih ada Sarah..” bisik hati Beto lalu tersenyum memandang Nelydia.

“ Awak tak nak makan ke?”

Beto hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum.

“Handsome la awak ni!”

“Hah?”

“Suka tengok mata awak. Comel!”

“Macam-macam la awak ni, Nely.”

“Betullah!”

Mereka berdua saling berbalas senyuman.

“Awak, nak tanya boleh?”

“Tanyalah.”

“Betul ke awak sukakan Sarah?”

“Ya. Kenapa?”

“Wow! Jujur betul awak ni erk?”

“Yelah. Buat apa nak tipu.”

“Kalau saya cakap saya pun sukakan awak?”

Beto terdiam. Agak sedikit terkejut dengan kata-kata Nelydia itu.

“Ok..ok macam ni! Kita kawan dulu boleh?”

“Bukan sekarang pun kita dah berkawan ke?”

“Maksud Nely, kawan yang macam ni!” Nelydia mengangkat dua jarinya lalu membengkokkannya.

“Nely nak lebih-lebih dengan aku ke?” bisik hati Beto.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.065682 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list