CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

KeJoRaKu BeRsAtU ~TaMaT~

[Copy link]
 Author| Post time 17-9-2014 03:57 PM | Show all posts
Shahnaz termenung.

“Kau kena tenangkan diri kau. Bangun solat malam. Minta petunjuk.” Nasihat Remy sambil memegang bahu Shahnaz.

“Aku tak tahu macam mana nak terus terang dengan dia.”

“Take your time, bro. Tak perlu tergesa-gesa. Jodoh takkan ke mana.”

Shahnaz diam. Apa perlu dia buat?

“Eh, lupa aku nak bagi tahu kau. Pasal kes syarikat dari Johor tu kan, aku dah settlekan dah. Kita yang salah faham sebenarnya.” Terang Remy.

“Owh yeke? Adeh..berserabut betul aku dua, tiga hari ni. Thanks, bro! Kau banyak tolong aku.”

“Benda kecik ja. Jom kuar minum nak?”

Shahnaz mengangguk lemah.


                                                                 **********

Sudah hampir dua malam Shahnaz bangun solat hajat dan solat tahajjud. Dirinya begitu tenang sekali pada ketika itu. Moga dirinya diberi petunjuk dan dia sudah sedia dengan apa yang akan berlaku.

Pada pagi itu..

“Sarah ada kelas ke pagi ni?” tegur Shahnaz yang baru turun dari bilik atas.

“A’ah, abang. Dah dua hari dah ponteng ni. Kang kena bebel plak.”

“Abang hantarkan.”

Puteri Sarah laju je hangguk. Mungkin sebab dua hari ni perangai Shahnaz agak semenggah sikit kot!
Mereka berdua masuk ke dalam kereta. Masing-masing masih mendiamkan diri. Puteri Sarah, asyik fikir akan Beto. Dua hari sebelum ni langsung Beto tak carinya setelah kejadian handphonenya yang hancur berkecai itu. Yang bestnya, handphone tu Shahnaz dah gantikan balik. Memang sayang betul nampaknya! Shahnaz perasan dari tadi Puteri Sarah asyik memegang handphonenya.

“Confirm tunggu call dari jantan tu!” bisik hati Shahnaz.

“Kelas habis pukul berapa hari ni?”

Soalan itu mengejutkan Puteri Sarah dari lamunan.

“Ape, abang?”

“Hari ni kelas habis pukul berape?” Shahnaz cuba mengawal perasaan marahnya.

“Owh..tak tahu lagi. Tapi ikut jadual macam pukul 9 malam.”

“Tunggu abang ambil.”

Puteri Sarah diam. Akur. Dia kembali memandang ke luar cermin.

“Awak pergi mana Beto? Dua hari awak tak cari saya..” Puteri Sarah mengomel sendirian di dalam hati.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2014 03:58 PM | Show all posts
Di dalam kereta berhadapan sebuah tasik berhampiran kolej…

Nelydia mengesat bibirnya yang kebasahan itu. Kemudian dia dan Beto saling berpandangan. Kemudian dia tersenyum.

“Awak suka?”

Beto tersenyum malu.

“Awak dengan Sarah tak pernah kiss..kissing..kiss???”

Laju Beto menggelengkan kepalanya.

“Baik betul korang berdua.”

“Pernah juga saya minta nak kiss Sarah dulu. Dulu laa tapi Sarah tak nak. Dia cakap tak boleh la apa lah.. Tapi sebab saya sayangkan dia, saya ok je.”

“Tapi sekarang macam mana? Best tak?”

Beto tersenyum lagi.

“Banyak lagi yang awak tak tahu dan lebih best dari ni!”

Nelydia mula memegang paha Beto. Beto kaget! Tangan Nelydia semakin hampir dengan ‘senjata utama’.

“Nanti dulu!” Cepat Beto memegang tangan Nelydia yang nakal itu.

“Jangan la takut..”

“Saya belum bersedia. Lagipun..”

“Janganlah macam tu. Dia tak tahu pun kalau awak dan saya pandai simpan rahsia ni.”

“Tapi..”

“Sekali awak nak, hari-hari awak akan cari saya!”

“itu yang saya takut tu!”

“Kenapa pula?”

“Sarah macam mana?”

“Tak nak lah fikir pasal dia. Kita cakap pasal kita nak?”

Beto diam. Dia seolah sudah hanyut dibuai nafsu yang sementara itu. Entah kenapa dia begitu mudah tewas dan hanyut dengan Nelydia. Begitu hebat penangan gadis yang bernama Nelydia ini! Macam mana dengan Sarah?


                                                                    **********


Nazim berjalan menuju ke dapur. Dibukanya peti ais lalu mengambil 1 jug air oren lalu dituang ke dalam gelas. Tiba-tiba handphonenya berdering.

“Kevin?”

Dia menjawab panggilan itu.

“Hello..”

“Hello, Nazim! Kau apa khabar?”

“Aku sihat. Kau macam mana pula?”

“Aku ok aja! Hahaha kau buat apa sekarang?”

“Aku penganggur tegar.”

“Hahahah yeke? Kau tak keje dengan abang kau ke?”

“Tak naklah aku. AKu bukan segagah dia nak keje bidang kayu-kayan ni. Kau buat apa sekarang?”

“Aku dekat US ni keje dengan bapak aku.”

“Waaa patut lah kau tak heran sangat kan dulu nak cari keje ke ape..”

“Hahaha..aku ada berita baik ni.”

“Berita apa? Kahwin ke?”

“Kahwin? AKu hari-hari pun boleh kahwin ekekee..”

“Nakal ko ni erk. Bagi tahu lah aku apa berita baik tu!”

“Bapak aku nak cari pekerja. Bidang IT.”

“So?”

“Kau nak tak?”

“Kau tawarkan aku keje ni ke?”

“Yelah! Takkan aku nak jual ikan dekat kau pulak.”

“Really?”

“Kau nak ke tak?”

“US?”

“Ya!”

“Memang aku sayang giler kat kau!”

“Aippp!! Geli okey”

“Hahaha aku setuju!”

“Bagus. Minggu depan dah boleh start keje.”

“What?! Kau gila ke ape? Aku mana ready apa lagi ni.”

“Nak ready apa sangat kau ni..kang aku tawarkan pada orang lain plak kang..”

“Adoi ko ni! Yelah. Apa-apa aku call kau erk?”

“Oright!”

“Thanks,bro!”

“Tak payah nak berterima kasih. Aku yang sepatutnya terhutang budi dengan kau. Kau dah banyak tolong aku masa aku kat Malaysia.”

“Ooo kira balas budi la ni erk? Hahahaha”

“Lebih kurang laa ahaha”

“Oklah. Apa-apa aku roger k.”

“Ok. Bye.”

Talian dimatikan. Nazim dari sekolah lagi banyak membantu kawan-kawannya bila dalam kesusahan. Memang patutlah dia mendapat balasan sebegitu rupakan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2014 04:00 PM | Show all posts
Puteri Sarah masuk ke dalam perkarangan kolej. Selalunya Betolah orang pertama yang akan sapa dirinya sebaik masuk ke dalam kolej. Ni batang hidung pun tak nampak lagi. Dia cuba menghubungi Beto. Tak jawab!

Tiba-tiba bahunya dipegang. Cepat dia menoleh ke belakang.

“Awak pegi mana, Beto? Kenapa saya call awak tak jawab. Dua hari tau awak diamkan diri.”

Beto diam. Senyumannya tidak seikhlas dulu.

“Abang Shah masih tak restu hubungan kita?”

Puteri Sarah pula diam.

“Saya dah agak.”

“Saya bawa awak jumpa abang nak?”

“Betullah cakap awak. Kita patut berpisah.”

“Apa ni, Beto? Awak dah putus asa ke?”

“Bukan ini ke yang awak nak dulu?”

Puteri Sarah diam. Kenapa Beto tiba-tiba berubah?

“Awak sayangkan saya?” Beto soal sambil memegang tangan Puteri Sarah.

“Of course saya sayangkan awak.”

“Malam ni saya nak jumpa awak kejap boleh?”

Puteri Sarah hanya diam membisu.


                                                                                           **********

Shahnaz bersama beberapa orang pelanggan sedang berbincang di dalam biliknya manakala Remy pula tengah melayan dua orang suami isteri yang sedang cuci mata melihat perabot-parabot di situ.

“Assalammualaikum.”

“Waalaikummussalam.” Jawab Remy sambil memandang ke arah suara itu.

“Eh, Nazim..”

“Ya. Abang Shah ada?” Nazim dan Remy bersalaman.

“Ada. Dalam bilik dia..”

“Nak jumpa kejap boleh ke erk?”

“Rasanya ada customer kot.”

“Owh yeke? Tak pelah. Saya tunggu kat sofa depan tu jap.”

“Ok..ok! Boleh. Nak air bancuh sendiri ya!”

“Hahaha..ok!”

Nazim berjalan menuju ke ruang tamu lalu merebahkan punggung di atas sofa berbentuk ‘L’ itu. Matanya mula melilau memandang keadaan sekeliling.

“Abang Shah memang anak yang baik. Kalau mak dan ayah masih ada sekarang, tentu dia bangga dapat anak macam abang..” puji Nazim sendirian sambil tersenyum.

Kemudian dia terpandang majalah di atas meja hadapannya itu. Diambilnya lalu mula membaca.
Remy masih melayan suami isteri itu. Kemudian bahunya disapa. Terus dia menoleh ke arah kanan.

“Ya Allah..Aaron!”

Aaron tersenyum lalu berjabat tangan dengan Remy.

“Sihat ke?”

“Alhamdulillah sihat. Kau dah makan?”

“Aku dah. Bos kat dalam tu haa belum mamam lagi!”

“Memanjang busy erk bos besar tu.”

“Biasalah! Ahahaha Eh, macam mana kes cerai kau tu?”

“Alhamdulillah semuanya dah settle.”

“Syukur. Lepas ni boleh la cari pengganti!”

“Ha? Hahaha nanti dulu la.”

“Kalau dapat lebih jangan lupa aku. Aku ni tak tahulah. Nak kata tak handsome, ada rupa gak kot! Mungkin ramai tak kenan lelaki hitam manis macam aku nii”

“Eh ko ni! Ke situ plak hahaha.. adalah nanti tu!”

“Ni datang nak jumpa aku ke bos besar ni?”

“Bos besar la…”

“Dah agak! Dia ada customer dalam tu. Ko rehat-rehat la kat sofa tu dulu erk.”

“Boleh..boleh.”

Aaron kemudian undur diri ke ruang tamu. Dia tersenyum memandang Nazim yang juga sedang memandangnya. Kemudian mereka berdua berjabat tangan.
Last edited by momey on 17-9-2014 04:02 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2014 04:04 PM | Show all posts
Semasa dalam perjalanan menuju ke perpustakaan, kelihatan Beto agak kelam kabut menuju ke arah keretanya. Puteri Sarah kehairanan. Dia mengekori Beto dari belakang.

“Awak!” panggil Puteri Sarah.

Beto masih berjalan laju menuju ke arah keretanya.

“Awak!!!” kali ni Puteri Sarah menjerit.

Beto segera mematikan langkahnya. Matanya membulat!

“Alamak! Sarah tak boleh tahu semua ni..” Perlahan-lahan Beto menoleh ke belakang.

Puteri Sarah sudah berdiri tegak memandang ke arahnya.

“Awak nak ke mana? Selalunya sekali je saya panggil awak, terus awak toleh ke belakang.” Ngomel Puteri Sarah.

“Err..”

“Tak pe lah! Sorry ganggu awak!”

Puteri Sarah toleh ke belakang lalu mula berjalan. Merajuk kekdahnya! Perlahan-lahan dia berjalan moga Beto panggil namanya dan terus pujuk. Namun hampa! Beto terus masuk kedalam kereta dan terus pecut laju!

“Hah?”


                                                                    **********


Shahnaz bersalam dengan 3 orang pelanggannya sebelum mereka berlalu pergi. Kemudian dia ternampak akan Nazim dan Aaron sedang berborak. Dia tersenyum lalu berjalan kearah ruang tamu.

“Amboi! Sakan berborak..” tegur Shahnaz lalu terus berjabat tangan dengan Aaron dan Nazim.

“Borak biasa ja, bro..”

“Borak jantan kan? Hahaha eh, Naz! Kau buat apa cari abang sampai ke sini?”

“Ada hal sikit la nak bincang dengan abang..”

“Rumah dah terbakar ke sampai nak sembang dengan abang kat sini?”

“Adoi..abang ni! Kang masin mulut baru tahu..haaaa..”

“Tunggu je lah kat rumah. Nanti kat umah sembang puas-puas.”

“Alaaaa..”

“Pergi balik!”

Nazim mencebik. Terus dia bersalaman dengan Shahnaz dan Aaron. Kesian, penat datang dah suruh balik. Excited nak bagi tahu abangnya yang dia nak kerja kat US la tu!

Shahnaz memandang Aaron. Dia tersenyum.

“Kau nak bagi tahu kes kau dah selesai erk?”

“Macam tulah nampaknya. Aku dah bebas!”

“Baguslah.”

“Kau nampak macam penat.”

“Memang pun! Banyak benda yang nak kena settle.”

“Pergilah bercuti. Rehat..cari ketenangan. Remy kan ada, boleh jaga ofis kau ni.”

“Aku pun memang bercadang nak bercuti pun. Nak bawa adik aku yang dua orang tu sekali. Tapi nak kena tunggu si Sarah tu cuti sem dulu la!”

“Eh, lama tak dengar cerita pasal adik angkat kau si Sarah tu. Dia buat apa sekarang?”

“Tengah study.”

“Dah besar erk? Confirm makin comel! Dulu kecik-kecik jadi gadis rebutan kot! Hahaha”

“Gadis rebutan erk? Itu aku punye tau.”

“Waaaa dah siap booking dulu ni..”

“Aku tahu kau ada niat nak tackle dia kan?”

“Hahahaha mana tahu?”

“Langkah mayat aku dulu!”

“Janganlah macam ni,bro.. Aku main-main je. AKu bukannya lelaki baik pun nak dapat sebaik Sarah tu.”

Shahnaz terus terdiam. Mungkin dia sudah mengguris hati Aaron dengan kata-katanya.

“Sorry, bro. Aku tak da niat nak..”

“Tak ada apa lah! Teman aku minum jom! Dahaga lah plak.”

“Jom.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2014 04:05 PM | Show all posts
Beto menghentikan kereta di hadapan rumah sewanya. Kemudian dia memandang Nelydia di sebelah.

“Awak ok ke, Beto?”

“Terserempak dengan Sarah tadi.”

“Ada cakap apa-apa ke dengan dia?”

“Dia merajuk.”

“Tak pujuk?”

“Entahlah.”

Beto kembali diam. Perlahan-lahan Nelydia memegang tangan Beto.

“Tak nak jemput saya masuk dalam rumah awak ke?”

Mereka berdua berbalas pandangan.


                                                                     **********

Pukul 8.30 malam..

Puteri Sarah memandang jam di tangannya. Sambil itu dia memandang ke kiri dan ke kanan. Kebetulan kelas habis awal malam itu. Boleh la dia curi jumpa Beto sekejap!

Kereta wira aeroback berhenti di hadapannya. Cermin tingkap kereta dibuka menampakkan wajah Beto yang agak ceria itu.

“Masuklah..” pelawa Beto.

Puteri Sarah masuk dan terus memakai tali pinggang keledar.

“Nak ke mana ni, awak? Pukul 9 jap gi abang dah nak datang jemput Sarah.”

“Saya culik awak kejap je..”

“Hah”

“Jangan risau.”

Beto terus memecut laju menuju ke sebuah tasik berhampiran.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2014 04:06 PM | Show all posts
Adi menjemput Nelydia di hadapan kedai 7-eleven.

“Nape lambat?” tanya Nelydia yang tunggu Adi lebih kurang sejam itu.

“Keje I bukan mengadap U je. Banyak lagi keje yang I  nak kena buat!”

Adi tolong membukakan pintu untuk Nelydia.

“U keluar dengan perempuan lain kan?”

“Apa U merepek ni?”

“Boleh jujur dengan I tak?!”

“Nak jujur apanya kalau dah betol I dari pejabat!”

“Tipu!”

“Sekarang ni U nak I hantarkan U balik ke tak?”

“I nak U kahwin dengan I”

“Gila!”

“What? U panggil I gila?”

Adi terus berjalan masuk ke dalam kereta. Nelydia bengang! Dia masuk ke dalam kereta lalu tutup dengan kuat sekali.

“Sampai hati U panggil I gila.”

“I kalau nak kahwin bukan dengan perempuan macam U.” selamba Adi menjawab sambil menukar gear.

“Habis tu selama ni?”

“Pemuas nafsu I!”

“Hah?! Arghhhhhhh!! U memang lelaki tak guna.” Bertalu-talu Nelydia menampar dan menolak tubuh badan Adi.

“Hei! Heiii!!” jerkah Adi.

Nelydia kembali diam. Nafasnya turun naik.

“Kalau tanya lelaki waras, dah tentu nak isteri yang suci murni. Alaaaaa..macam lah I tak tahu apa yang U buat di belakang I..”

Nelydia semakin geram.

“Perempuan kalau ada maruah, tak da maknanya nak melayan lelaki yang ajak dia keluar malam.”

“U tak payah nak hina-hina I erk! I boleh hidup la tanpa U..”

“Ok, good! So..”

“So?”

“Silakan keluar.”

Nelydia mengetap bibirnya menahan marah. Memang agak rugi besar jugaklah kalau dia tinggalkan si Adi jerung besar ni!

“Tunggu apa lagi? Keluar la!”

Nelydia cuba memegang tangan Adi. Adi menepisnya.

“I’m sorry..”

Adi menggelengkan kepalanya lalu mengeluh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-9-2014 04:07 PM | Show all posts
Beto menghentikan keretanya di hadapan sebuah tasik yang agak berhampiran jugak lah dengan kolej mereka itu. Sunyi dan sepi! Jap! Gelap jugak laa..

Puteri Sarah agak hairan dan sedikit gementar. Perlahan-lahan dia membuka tali pinggang keledar.

“Kenapa awak bawa saya datang ke sini?”

Beto membetulkan kedudukannya lalu mengadap Puteri Sarah. Kemudian dia memegang tangan Puteri Sarah.

“Awak cintakan saya?”

“Ya..” jawab Puteri Sarah ikhlas.

Beto diam kembali. Kemudian tangannya mula menggatal. Disentuhnya paha Puteri Sarah.

“Hei, apa ni?”

“Sarah! Dengar sini.” Beto menggenggam tangan Puteri Sarah.

Puteri Sarah mula takut. Apa yang Beto sedang cuba mahu lakukan?

“Buktikan cinta awak pada saya.”

“Hah? Bukti?”

Mereka berdua bertentangan mata.

“Saya akan bertanggungjawab apa yang berlaku pada malam ni.”

“Apa awak cakap ni, Beto?”

Beto mula mengganas. Nafsunya bertambah bila Puteri Sarah semakin melawan kehendaknya.

“Saya nak awak serahkan pada saya.”

“Ha? Apa semua ni?”

Beto menarik Puteri Sarah ke pangkuannya. Puteri Sarah meronta minta dilepaskan. Beto menurunkan seat kereta. Kemudian dia naik ke atas Puteri Sarah.

“Awak..jangan awak..” Puteri Sarah merayu.

“Awak mesti serah pada saya. Lepas ni abang Shah dah tak ada alasan nak pisahkan kita.”

“Bukan ini caranya, awak..” Puteri Sarah sudah mula menangis.

Beto membuka zip seluarnya.

“Jangan awak..tolongggggggg!!!!!!!” Puteri Sarah menjerit.

“Shhhhhhh..” Beto menutup mulut Puteri Sarah.

“Sekali lagi awak jerit, saya pukul awak!”

Puteri Sarah buntu. Tiba-tiba dia mendapat satu idea!

“Arghhhhhhhhh!!! Sakit la bodoh!!”

Puteri Sarah menendang alat sulit Beto lalu dia sempat berlari keluar dari kereta itu. Menangis sambil berlari ke pintu besar kolej.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2014 04:09 PM | Show all posts
Shahnaz memberhentikan keretanya di hadapan pintu besar kolej itu. Kemudian dia memandang jam di tangannya.

“Hmm lagi 5 minit pukul 9..”

Kemudian dia tiba-tiba nampak Puteri Sarah berlari ke arahnya. Dengan cepat dia keluar dari kereta. Puteri Sarah menangis dan terus memeluk abangnya itu. Erat!

“Hei! Kenapa ni?”

Puteri Sarah masih memeluk erat abangnya.

“Sarah! Boleh tak bagi tahu abang apa yang dah berlaku ni? Tudung sampai senget ni kenapa?!” Shahnaz mula lantang bersuara.

“Takutt…”

“Yelah takut. Takut ape?! Adoi..kang aku belasah gak kau ni kang!”

Puteri Sarah diam membisu. Patutkah dia bagi tahu Shahnaz apa yang telah berlaku?


                                                              **********

Nazim kusyuk bermain PS3. Kemudian dia memandang jam di dinding.

“Cepatlah balik abang oii! Tak sabar plak nak bagi tahu ni..heh heh heh..”

Tiba-tiba cahaya lampu dari luar menerjah masuk ke ruang tamu itu.

“Yes! Abang dah balik.”

Nazim menutup televisyen lalu terus berjalan ke muka pintu. Sebaik pintu dibuka, terus badannya di tolak Puteri Sarah dan laju adik angkatnya itu berjalan menuju ke anak tangga dan masuk ke dalam bilik. Nazim memandang Shahnaz.

“Kenapa tu, abang?”

“Ni sorang lagi! Aku pun dari tadi dia tak bagi tahu, ko plak banyak bunyi.”

Shahnaz merebahkan punggungnya di atas sofa.

“Tanya pun marah..”

Nazim duduk bersebelahan abangnya.

“Kau apehal ni?”

“Nak bagi tahu ni.”

“Ape?”

“Aku nak ke US.”

Shahnaz terdiam.

“Kevin, call aku tadi. Ayah dia cari pekerja baru.”

“Kevin yang datang rumah kita dulu-dulu tu ke?”

“Yelah. Kevin mana lagi?”

“Manalah tahu Kevin yang lain ke.. Bila nak pergi?”

“Eh, kau izinkan aku pergi ke?”

Shahnaz membetulkan kedudukannya. Mereka berdua bertentangan mata.

“Kau pun tahu kan yang arwah mak dan abah penah pesan kita tiga beradik tak boleh berpisah kan? Tapi tak bermakna aku nak sekat niat baik kau tu.”
Nazim tersenyum.

“Satu je abang nak pesan.”

“Nasib baik satu je..”

Shahnaz terus menunjal kepala Nazim.

“Adoi!”

“Dengar dulu apa aku nak cakap ni.”

“Yeeee..” Nazim memuncungkan mulutnya.

“Ingat asal usul kita. Jangan lupa diri bila dah ada kat tempat orang. Nak buat apa pun ingat Allah..ingat keluarga!”

“Itu bukan satu pesanan dah tu abang!”

“Kau nak aku tunjal kepala ko lagi ke?”

“Tak nak..tak nak! Hehehehe..”

“Bila nak pergi ni?”

“Minggu depan.”

“Tiket dah tempah?”

“Belum. Tunggu abang leee..”

“Esok sabtu kan? Boleh la kita pergi esok beli tiket.”

“Sekarang on-line je abang oi..”

“Banyak bunyi ko erk?”

Pang!!!! Kedengaran bunyi seperti pasu pecah di atas. Terus Shahnaz dan Nazim memandang ke arah bilik Puteri Sarah.

“Sarah!” Shahnaz berlari naik ke atas diikuti Nazim.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2014 04:11 PM | Show all posts
Adi memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah yang dia tidak pernah datang. Rumah Beto!

“Rumah sape ni?” tanya Adi kehairanan.

“Err..member kolej.” Berani betul dia!

“Member kolej? Nape tak nak balik rumah je?” Adi ingat rumah student perempuan.

“U tak tahu ke yang akak I dah bercerai? Sekarang dia duduk rumah boyfriend dia. Malas la nak kacau dia malam ni.”

“Owh..kes curang la erk?”

“Tak jugak actually..”

Adi mengerutkan dahinya. Pelik! Kalau bukan kes curang, kes apa pula kan?

“Tak nak masuk dulu ke?” pelawa Nelydia sambil memegang tangan Adi.

“Tak kot.”

“Tak? Nak ke mana yang cepat sangat ni?”

“Jangan banyak tanya sangat boleh tak?”

Nelydia diam. Nak tinggalkan lelaki tu, rasa rugilah pula sebab ‘bank bergerak’ katakan! Nelydia cuba hendak mengucup bibir Adi, namun Adi sempat mengelak.

“I minta maaf pasal tadi tau.”

Adi hanya mengangguk sambil menukar gear. Perlahan-lahan Nelydia membuka pintu lalu keluar.


                                                        **********

Beto baring di atas katil. Berpeluh dahinya. Kemudian dia terpandang akan handphone di sisinya.

“Apa aku dah buat ni?”

Beto cuba menghubungi Puteri Sarah. Panggilannya tidak dijawab.


                                                       **********

Tok! Tok! Tok

“Sarah! Bukak pintu ni!!” jerit Shahnaz dari luar.

Diam. Dia memandang Nazim.

“Kunci pendua ada?”

“Jap.” Nazim berlari turun ke bawah.

“Sarah! Bukak pintu ni!! Abang pecah pintu ni kang!”

“Abang, nah!”

Shahnaz mengambil kunci pendua dari Nazim lalu terus membuka pintu bilik Puteri Sarah. Aik? Mana Puteri Sarah?

“Sarah! Sarah!” Shahnaz dan Nazim kehairanan Puteri Sarah tiada dalam bilik itu.

Tiba-tiba terdengar bunyi tangisan halus di dalam almari pakaian.

“Seram la plak abang oii!” tegak bulu roma Nazim dibuatnya.

“Shhhh..”

Shahnaz menghampiri almari pakaian Puteri Sarah yang besar itu. Perlahan-lahan dia menolak pintu almari ke arah kiri. Ya! Puteri Sarah sembunyi di dalam almari pakaiannya.

“Sarah..”

“Pergi! Sarah tak nak jumpa sesiapa pun!”

“Apahal kau ni?!”

“Keluar la! Sarah nak bersendirian.” jerkah Puteri Sarah balik.

“Melampau betul kau erk!” Shahnaz masuk ke dalam almari itu dan terus menarik Puteri Sarah keluar.

“Sakit la, abang.”

Kuat Shahnaz menggenggam lengannya.

“Tau pulak sakit! Yang kau sakitkan hati aku kau tak fikir pulak erk?”

Puteri Sarah menangis.

“Aku nak tanya kau ni. Kau ni dah kenapa? Menangis bagai..siap menyorok dalam almari lagi. Nak jadi ju-on ke ape?!”

Puteri Sarah tolak Shahnaz lalu terus baring di atas katil dan langsung menyelimutkan dirinya.

“AKu cukup pantang betol orang yang tak faham Bahasa ni!” Shahnaz menarik selimut adiknya itu.

Kemudian dia menarik rambut Puteri Sarah.

“Kau keluar dengan siapa tadi?”

“Sakit laaa..”

“Aku tanya dengan siapa kau keluar tadi?!!”

Tiba-tiba handphone Puteri Sarah berdering. Kebetulan pula handphone itu bersebelahan dengannya. Tertera wajah Beto di skrin tersebut.

“Aku dah agak dah! Dia rogol kau erk?”

“Tak…”

“Cakap dengan aku, dia rogol kau ke?!!!!!” Shahnaz seperti dirasuk. Semakin kuat dia genggam rambut Puteri Sarah.

“Takkkkkkk!!!!!!”

“Kau bawak aku pergi rumah dia sekarang.”

“Jangan la, abang..”

Shahnaz terus menarik tubuh badan Puteri Sarah turun dari katil. Dirembatnya tudung di atas meja solek, lalu langsung membawa adiknya itu turun ke bawah.

“Kau jaga rumah!” Shahnaz sempat pesan pada Nazim.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2014 04:14 PM | Show all posts
Beto mengambil setin air coke. Dibuka lalu terus dihirupnya. Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk.

“Siapa pula datang malam-malam ni?”

Beto ke ruang tamu. Dibukanya pintu dan muncullah wajah Nelydia.

“Hai awak..” Nelydia melambai tangannya.

“Eh, awak. Dah malam kot.”

“Nak masuk boleh?”

“Tapi..”

“Please, awak.. kejap je..”

Beto kalah. Mudahkan?


                                                               **********

Sesekali Shahnaz memandang Puteri Sarah yang sudah bengkak matanya itu.

“Sarah tak nak pegi rumah Beto..” teresak-esak Sarah yang membiarkan airmatanya mengalir.

“Kau memang nak aku lambung kau keluar kan?”

“Sebenarnya tak ada apa-apa pun.”

“Kalau tak ada apa-apa tak kan sampai kau nangis mcm ni? Hei, boleh lap tak airmata kau tu? Habis basah baju!”

Perlahan-lahan Puteri Sarah mengesat airmatanya.

“Beto rogol kau kan?”

“Tak!! Berapa kali Sarah nak cakap?”

“Mana rumah dia?”

Puteri Sarah diam. Shahnaz menggenggam lengan adiknya.

“Sakit!”

“Sebelum aku genggam sampai lebam, bagi tahu aku rumah dia lorong mana.”

“Depan tu! Pastu belok kanan.”

“Siap korang!”


                                                                    **********

Nelydia memandang Beto yang sedang berjalan ke arahnya sambil membawa segelas kecil yang berisi air coke. Beto tersenyum lalu duduk bersebelahan Nelydia. Ringan tangan Nelydia memegang peha Beto. Serentak itu Beto memandang wajahnya yang lembut itu. Jantung Beto mula berdegup kencang.

“Jom..” ajak Nelydia manja sambil menarik tangan Beto.

Beto seperti dipukau. Mengikut sahaja kehendak nafsu yang sedang membuak-buak itu.


                                                                     **********

Shahnaz mematikan enjin keretanya di hadapan pintu pagar rumah Beto.

“Ni rumah dia?”

Puteri Sarah mengangguk lemah.

“Tau plak ko rumah dia erk? Kau pernah tido kat rumah dia ke?!”

“Apa abang ni?”

Shahnaz keluar dari kereta lalu menarik Puteri Sarah keluar bersama. Pintu pagar dibuka.

“Abang..jom lah kita balik!”

“Kau ni dah kenapa?”

Sebaik sahaja Shahnaz hendak memegang tombol pintu, kelihatan pintu terkuak menandakan pintu rumah tidak tutup dengan rapat. Shahnaz memberi isyarat pada Puteri Sarah supaya mendiamkan diri. Perlahan-lahan Shahnaz dan Puteri Sarah masuk ke dalam rumah bujang Beto itu.

Terdengar bunyi yang kurang menyenangkan di dalam bilik utama hadapan itu.

“Suara perempuan?” bisik hati Puteri Sarah.

Shahnaz memandang Puteri Sarah. Puteri Sarah dengan langkah yang laju menuju ke bilik utama itu. Matanya kembali berair.

Sebaik sampai di depan bilik itu, tanpa membuang masa Puteri Sarah terus memulas tombol pintu lalu membukanya.

Kelam kabut Beto dan Nelydia menarik selimut lalu menyelimutkan diri mereka. Tergamam Puteri Sarah dan Shahnaz setelah apa yang mereka lihat pada waktu itu.

“Sayang…”ucap Beto sambil mencari boxernya.

“Aku tak sangka korang berdua sanggup buat aku macam ni.. Aku benci kau, Beto!”  Puteri Sarah terus berlari keluar dari rumah itu.

Mungkin ini satu berita gembira buat Shahnaz.

“Aku belum habis lagi dengan kau!” Shahnaz sempat memberi amaran pada Beto sebelum dia keluar dari rumah itu.

“Arghhhhh!!!!” Beto membaling bantalnya ke bawah.

Nelydia hanya tersenyum.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2014 04:16 PM | Show all posts
Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, Shahnaz sengaja membiarkan Puteri Sarah bersendirian melayan diri yang sedang sedih itu.

“Memang kau jodoh aku, Sarah..” bisik hati Shahnaz.

Sampai sahaja di rumah, Puteri Sarah membaling kasut yang dipakainya itu ke dinding lalu laju masuk ke dalam rumah dan menuju ke biliknya.

Nazim yang sedang bermain ‘watsup’ itu terus bangun lalu berjalan ke arah Shahnaz yang baru masuk ke dalam rumah itu.

“Kenapa tu, abang?”

“Tadi dapat tangkap Beto boyfriend dia tu tengah romen dengan perempuan lain.”

“Hah?”

“Aku dah cakap dah..Beto tu bukan lelaki yang baik!”

“Nasib baik..”

“Nasib baik?”

“Yelah. Kalau dah kawin baru tahu perangai macam tu, tak ke naya adik kita tu?”
Shahnaz tersengih.

“Ada peluang la abang lepas ni kan?”

Shahnaz terus memandang Nazim.

“Naz tahu abang boleh jaga Sarah dengan baik.”

Shahnaz terus bangun lalu berjalan ke dapur.

“Abang boleh tipu Naz, tapi abang tak boleh tipu diri abang sendiri!!” jerit Nazim lalu tersenyum.


                                                        **********

Jam hampir menunjukkan pukul 4 pagi. Puteri Sarah masih termenung melayan perasaan. Bengkak langsung matanya!

Shahnaz yang kebetulan mahu turun ke bawah ternampak cahaya lampu bilik adiknya itu masih bernyala.

“Tido tak tutup lampu ke?”

Perlahan-lahan Shahnaz berjalan ke arah bilik Puteri Sarah.

“Nak ketuk ke tak?”

Shahnaz melepaskan nafasnya. Baru sahaja dia hendak ketuk pintu, pintu bilik itu terbuka. Shahnaz dan Puteri Sarah sama-sama terkejut. Shahnaz perasan akan mata adiknya yang bengkak itu. Namun, wajah Puteri Sarah yang kelihatan lemah itu lebih menarik perhatian Shahnaz. Baru sahaja Puteri Sarah hendak menutup pintu semula, Shahnaz cepat menahan dari tertutup.

“Nanti dulu!”

“Sarah tak ada mood nak cakap.”

Puteri Sarah terus menutup kuat pintu biliknya. Shahnaz menundukkan mukanya ke lantai.

“Abang..”

Shahnaz terus menoleh ke belakang. Kelihatan Nazim sedang tersenyum padanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2014 04:16 PM | Show all posts
Shahnaz mengeluarkan sebatang rokok lalu diletakkan di bibir. Kemudian dengan tiba-tiba juga dia baling rokok itu ke tanah.

“Baik kau ngaku je lah yang kau suka kat Sarah tu.”

Shahnaz terus menoleh ke belakang. Direnung tajam wajah Nazim.

“Tak lama lagi aku dah nak pergi. Sekurangnya sebelum aku pergi, dapat jugak lah makan nasi minyak abang aku ni..”

Terus Shahnaz berjalan laju lalu menumbuk manja perut Nazim.

“Adeh!”

Shahnaz mengeluh. Kemudian dia memandang langit.

“Aku perlukan kekuatan untuk..”

“Haaaa..kan dah ngaku dah!”

Shahnaz terus memandang Nazim.

“Kau rasa patut ke perasaan ni wujud dalam hati aku?”

“Aku ok je..”

“Sarah?”

Ya! Puteri Sarah curi mendengar perbualan dua orang abangnya itu. Ditutup mulutnya apabila dia dapat rasa Shahnaz mula jatuh hati padanya.

“Macam mana kalau Sarah tak boleh terima aku?”

“Tak cuba tak tau kan?”

“Tapi kalau dah cuba, menghampakan tak ke malu?”

“Sekurangnya kita mencuba kan?”

Shahnaz terdiam. Perlahan-lahan Nazim meramas bahu Shahnaz yang sasa itu.

“Kalau mak dan ayah masih hidup, tentu mereka setuju dengan tindakan abang ni.”

Shahnaz masih diam. Manakala Puteri Sarah yang sudah berkaca matanya itu perlahan-lahan menaiki anak tangga lalu masuk ke dalam bilik.


                                                                                        **********



Pada keesokkan harinya..

Puteri Sarah menyandang begnya di bahu lalu turun ke bawah menuju ke dapur. Shahnaz yang tengah bakar roti sedar akan kehadiran Puteri Sarah.

“Kelas start pukul berapa?” tanya Shahnaz sambil membuka apron.

Puteri Sarah diam. Dibuka peti ais lalu mengambil sekotak air susu. Baru sahaja dia hendak melangkah keluar dari dapur, Shahnaz sempat memaut lengan adik angkatnya itu.

“Sarah dah lambat.”

“Jamah la sikit roti yang abang bakar ni..”

Dalam renungan Puteri Sarah itu. Puteri Sarah menarik lengannya lalu terus berjalan keluar dari rumah. Tiba-tiba kelihatan Beto sedang berdiri di hadapan pintu pagar rumahnya. Kusut masai!

“Kau nak ape?” Puteri Sarah bengis!

“Maafkan saya, awak..”

Puteri Sarah membuka pintu pagar lalu terus menolak tubuh badan Beto yang agak kecil itu.

“Berambus laa! Aku dah tak hingin nak tengok muka kau lagi.”

“Bagi saya peluang..”

“Bukan awak yang tak layak untuk saya..tapi saya yang tak layak untuk awak!” Puteri Sarah menahan airmatanya dari mengalir.

Shahnaz yang berdiri di muka pintu hanya diam menjadi pemerhati.

“Saya rasa cukup sampai di sini hubungan kita. Saya dah tak sanggup..sakit! Sakit!!” terus Puteri Sarah berjalan laju meninggalkan Beto sendirian.

Sebaik sahaja Beto menoleh ke belakang untuk membuka pintu keretanya, Shahnaz muncul di hadapan mata.

“Puas hati kau buat dia macam tu?”

Beto diam. Dia cuba membuka pintu kereta namun dihalang Shahnaz.

“Memang betul apa kata hati aku. Kau memang lelaki yang tak guna sesen pun! Permainkan perasaan orang perempuan. Nak jadi legend kaki perempuan la konon erk?”

“Abang tak ada hak nak cakap saya macam tu.”

“Kenapa plak?”

Shahnaz menggenggam kolar baju kemeja Beto itu.

“Aku dah tak nak tengok muka kau lagi.”

Beto menepis tangan Shahnaz. Dia membuka pintu lalu masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan. Tanpa berkata apa-apa terus dia berlalu pergi dengan lajunya.
Last edited by momey on 17-9-2014 04:18 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2014 04:19 PM | Show all posts
Puteri Sarah tak masuk kelas pada pagi itu. Dia berserabut! Permandangan tasik di hadapannya itu menjadi peneman hati di kala ingatan masih segar bermain adengan Beto bersama kawannya juga, Nelydia.

Tiba-tiba handphonenya berdering. Dirabanya di dalam beg mencari handphone yang masih berbunyi itu. Dapat! Kelihatan nama ‘Abang’ tertera di skrin Handphone.

Puteri Sarah mengeluh! Dia tak jawab. Namun tak putus asa Shahnaz berkali-kali menghubunginya. Untuk kali yang ke-5 Puteri Sarah terpaksa menjawabnya.

“Sarah kat mana ni?”

Puteri Sarah diam.

“Sarah dah pekak ke? Abang tanya Sarah kat mana sekarang?!”

Puteri Sarah terus mematikan talian. Dia menangis.

“Ayah….Sarah nak ayah..”

Puteri Sarah memeluk erat begnya itu.


                                                                       **********

Shahnaz masuk ke dalam bilik Nazim. Masih terbongkang tidur! Terus diselaknya selimut lalu ditamparnya bontot Nazim lalu mengejutkan Nazim tidur yang nyenyak itu.

“Sakit la weii!!!”

“Kau tau Sarah selalu lepak mana kalau dia stress?”

“Bayar la weii!!”

“Kepala hotak kau! Sarah mana?” Shahnaz menarik rambut Nazim pula.

“Weiii sakit la woiii?!!” Nazim terus menolak Shahnaz.

Shahnaz jatuh terduduk. Kuat juga Nazim melawan kudrat si Shahnaz yang sasa itu.

“Bila kau nak berubah erk baran kau tu? Cuba banyak-banyak istighfar. Aku rasa sembahyang kau setiap hari tu belum cukup sempurna.”

Shahnaz diam. Nafasnya turun naik dan cuba dengar apa yang Nazim sedang perkatakan padanya.

“Mana perempuan nak kalau macam ni perangai kau! Berubahla..”

“Aku minta maaf..” Shahnaz sentap.

“Kau berubah sejak ayah meninggal. Yang pergi tetap pergi, abang. Tak guna pun abang nak tunjuk ego..baran.. Tak bawa untung pun! Benci lagi adala!”

“Aku risaukan Sarah..”

“Tuhan ada boleh jagakan dia, abang.. Dia dah besar. Kalau aku jadi Sarah pun aku rimas!”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2014 04:20 PM | Show all posts
Jam menunjukkan pukul 9.00 malam.

“Ya Allah..” Shahnaz kusut.

“Boleh duduk diam tak? Kehulu kehilir..pening!”

Shahnaz terus merebahkan dirinya di atas sofa.

“Mana kau pergi, Sarah???”

Tiba-tiba pintu dikuak. Muncul wajah Puteri Sarah yang pucat itu.

“Sarah..” Shahnaz dan Nazim terus mendapatkan adik mereka itu.

“Sarah..Sarah pegi mana tad…”

Puteri Sarah terus jatuh pengsan. Nasib baik Shahnaz sempat menyambutnya.

“Astaghfirullah..Sarah! Bangun, Sarah! Nazim, pegi amik air.”

Nazim menurut perintah.


                                                                          **********

Beto yang baru keluar dari kedai runcit itu berjalan menuju ke arah keretanya. Dipandang kereta kiri dan kanan untuk melintas. Baru sahaja dia hendak melintas, dia ternampak Nelydia bersama dengan seorang lelaki berpakaian kemas sambil berpegangan tangan. Bertambah terkejut apabila Nelydia berulang kali cium pipi lelaki itu tanpa segan silu di tempat awam.

Beto tak sedar yang kakinya sedikit demi sedikit melangkah ke tengah jalan. Tak kelip matanya memandang Nelydia.

“Aarghhhhh!!!!!”

Jeritan itu mengejutkan Nelydia dan Adi.

“Kenapa tu?”

“Orang eksiden la tuu.. Dah jom!”

“Nanti!”

Nelydia seolah-olah dibawa untuk melihat ke tempat kejadian itu. Orang ramai semakin sesak berkumpul di kawasan kemalangan yang melibatkan lori tong gas itu. Corak baju kemeja yang dipakai mangsa dia macam pernah tengok.

“Tolong tepi sikit..” Nelydia akhirnya berjaya sampai ke depan mangsa yang terbaring kaku itu.

“Beto?”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2014 04:21 PM | Show all posts
ok la..smbung esk la plak
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 04:55 PM | Show all posts
momey posted on 17-9-2014 04:21 PM
ok la..smbung esk la plak

terbaeklah momey... lama menyepi... bila ada entry panjang lebar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-9-2014 07:07 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 17-9-2014 04:55 PM
terbaeklah momey... lama menyepi... bila ada entry panjang lebar...

@Zamzam2013 ekeke
pas mamam pagi, momey smbung lg!
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 07:49 AM | Show all posts
selamat pagi momey
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2014 08:32 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 18-9-2014 07:49 AM
selamat pagi momey

morning @zamzam2013
ok jom smbung!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2014 08:33 AM | Show all posts
Perlahan-lahan Puteri Sarah membuka matanya. Terasa kepalanya sejuk dan basah ketika itu. Kelihatan di kanannya Shahnaz dan kirinya Nazim sedang duduk memandangnya.

“Abang..” panggil Puteri Sarah lemah.

“Shh..Sarah rehat dulu. Nanti..”

“Beto pilih Nely..bukan Sarah.”

Shahnaz terdiam. Dia kemudian memandang Nazim.

“Tadi petang Beto jumpa Sarah. Dia buat keputusan untuk memilih Nely.”

Airmata mula mengalir.

“Dah..dah. Sarah rehat dulu.”

Puteri Sarah terus menggenggam tangan Shahnaz.

“Bodoh betul Sarah kan? Kalau dari dulu Sarah dengar cakap abang, Sarah takkan sakit macam ni..”

“Sarah..”

“Sakit sangat, abang! Sakit!”

“Shhhh..”

Shahnaz terus menarik tubuh Puteri Sarah lalu memeluk dengan erat sekali. Dengan sepuas hati Puteri Sarah menangis di dalam dakapan Shahnaz. Nazim diam lalu tersenyum.

“Moga dipermudahkan untuk mereka berdua hidup bersama..amin” bisik hati Nazim.


                                                                    **********


Seminggu kemudian..

Puteri Sarah masih memegang batu nisan milik Beto itu. Shahnaz yang sudah berdiri di sebelah kereta sengaja membiarkan Puteri Sarah bersendirian.

Air di dalam jug disiram ke pusara. Kemudian Puteri Sarah berpaling ke belakang lalu memandang Shahnaz. Shahnaz perlahan-lahan mengukir senyuman. Puteri Sarah berjalan lemah menuju ke kereta.

“Bagi abang jug tu..”

Puteri Sarah menghulurkan jug itu pada Shahnaz. Kemudian dia mengelap peluh yang mula basah di dahi.

“Sarah dah nak balik ke?”

Puteri Sarah memandang Shahnaz. Kemudian dia menoleh ke belakang mengadap pusara Beto. Kemudian dia memandang Shahnaz semula. Perlahan-lahan dia mengangguk.

“Jom.” Shahnaz membukakan pintu untuk Puteri Sarah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.604901 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list