CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

KeJoRaKu BeRsAtU ~TaMaT~

[Copy link]
 Author| Post time 18-9-2014 08:35 AM | Show all posts
Nizam yang sudah bersiap kemas itu sudah terpacak menunggu Shahnaz pulang ke rumah. Sesekali dia memandang jam di tangan.

“Mana abang nii..flight pukul 2 kot! Sekarang dah pukul berapa dah..aaiishhh” Nazim mengeluh.

Baru sahaja dia hendak menghubungi Shahnaz, terus kedengaran bunyi enjin kereta. Sedikit kelegaan di wajahnya.

Nazim menarik begnya keluar lalu terus mengunci pintu.

“Jangan ada benda yang tertinggal plak!” jerit Shahnaz dari dalam kereta.

Shahnaz kemudian memandang Puteri Sarah yang duduk di sisinya.

“Nape?” tanya Puteri Sarah kehairanan dengan pandangan Shahnaz yang cukup dalam itu.

“Tak de pape..saje tengok.”

Puteri Sarah tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Nazim menyimpan beg pakaian di dalam bonet kereta lalu terus berjalan pantas masuk ke dalam kereta.

“Cepat..cepat! Dah lambat ni”

“Kalut benar! Suka la tu pas ni leh dapat awek omputih..”

“Tak yah nak jeles sangat laaaa..” jawab Nazim sambil memakai kaca mata hitam.

“Nyampah nya aku weii!!” Shahnaz cuba bergurau dengan Nazim sambil membuka kaca mata yang dipakai Nazim itu. Namun tak berjaya.

“Hahaha werkk! Werk!! Tangan pendek tak sampai hahaha”

Puteri Sarah ketawa mengekek melihat gelagat abang-abangnya itu.

“Ngade!” Shahnaz menukar gear lalu kereta meluncur laju di jalan raya.

“Kau tak nak aku cari sorang ke awek kat sana?”

“Tak nak laa..”

“Ooo lupa! Dah ada di sini buat apa nak cari di sana lagi kan?”

Puteri Sarah tersentap! Adakah berkaitan dengan dirinya. Terus dia memandang Shahnaz. Shahnaz hanya tersenyum.


                                                           **********

Nelydia menarik tangan Adi.

“U nak ape lagi?!” Adi menolak tangan Nelydia.

“U tak boleh buat I macam ni!!”

“Oooo I tak boleh buat.. so U je lah yang bleh buat? Pergi mampus la!”

Baru sahaja Adi hendak membuka pintu kereta, Nelydia memaut lengan Adi.

“I cintakan U. Tak de orang lain. Sumpah!”

“Boleh percaya ke?”

“U..jangan tinggalkan I..”

“I dah muak! Jelik! Fed-up! Perempuan macam U nak lelaki macam I ni sebab duit je kan?”

“What?”

“Mengaku je laaaa”

“Hai sayang..”

Nelydia dan Adi terus berpaling memandang ke arah suara itu.

“Eh, hai darling..” Adi terus memegang tangan gadis bermata sepet itu.

“Siapa ni?” tanya gadis itu

“Perempuan ni?” Adi menuding jari ke arah Nelydia.

Gadis itu mengangguk.

“Oooo..perempuan ni anak orang gaji yang sebelum ni..”

“Owh yeke..”

“What?!!” Terus Nelydia menampar muka Adi dan terus berlalu pergi dengan malu dan marah yang amat dalam!

Adi tersenyum sambil menggosok pipinya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2014 08:35 AM | Show all posts
kenapa beto momey...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2014 08:35 AM | Show all posts
Di Lapangan Terbang Kuala Lumpur.

“Sarah, abang nak ke toilet jap.”

“Ok..”

Puteri Sarah duduk bersebelahan dengan Nazim. Nazim yang dari tadi asyik bermain watsup sambil tersenyum sendirian.

“Abang Naz..”

“Yup.”

“Sunyilah abang Naz tak de nanti.”

“Abang kan adeeeee”

“Lain macam je abang Naz ni. Abang Naz ada sembunyikan sesuatau dari Sarah ke?”

Nazim terus menyimpan handphonenya di dalam poket jacketnya. Kemudian dia duduk mengadap Puteri Sarah.

“Sarah jaga diri baik-baik tau.”

“Insyaallah..Sarah tau jaga diri Sarah.”

“Sarah. Ada sesuatu yang abang Naz nak bagi tau Sarah.”

“Ape?”

“Pasal abang.”

“Nape dengan abang?”

“Oiiii!! Sembang ape dekat-dekat sangat ni? Ngumpat aku erk??” terus Shahnaz menolak Nazim lalu Shahnaz duduk di tengah-tengah antara Nazim dan Puteri Sarah.

Nazim terus terdiam. Dia hanya tersenyum memandang Puteri Sarah yang masih ‘blur’ dengan apa yang Nazim cuba ceritakan padanya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 08:36 AM | Show all posts
momey posted on 18-9-2014 08:32 AM
morning @zamzam2013
ok jom smbung!

yeah... sayang momey...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2014 08:39 AM | Show all posts
Pukul 8.00 malam.

Puteri Sarah membuka pintu peti ais. Diambilnya sebotol air twister oren. Kemudian dia duduk sambil menuang air ke dalam gelas.

“Apa yang cuba abang Naz nak cakap dekat aku tadi erk?? Pasal abang plak tu..”

Dia menyimpan kembali air twister oren itu ke dalam peti ais. Baru sahaja dia nak ke ruang tamu, dia bertembung dengan Shahnaz yang ketika itu agak nak cepat ke dapur. Habis tertumpah air oren terkena bajunya dan juga baju Shahnaz.

“Sorry abang..”

Shahnaz terus merampas gelas kosong dari tangan Puteri Sarah dan terus berlalu ke dapur. Aik? Diam je.

“Abang..sorry tau!”

“Tak pe..” Shahnaz membasuh bajunya yang terkena air oren itu.

“Abang nak ke mana?”

Kelihatan Shahnaz kemas berpakaian t-shirt putih bersama seluar jeans.

“Nak kuar jap.” Shahnaz mengelap baju tshirtnya yang basah itu dengan kain bersih.

“Abang keluar lama ke?”

“Ha? Hahaha apa soal abang macam inspector polis plak ni?”

“Sunyi..takut!”

Shahnaz terus memandang Puteri Sarah. Dia lupa! Masa Nazim ada, Nazim yang selalu temankan Puteri Sarah di dalam rumah ini ketika dia sibuk menguruskan hal kerja yang kadang-kadang perlu di selesaikan pada waktu malam.

“Kalau macam tu pegi bersiap. Ikut abang.”

“Nak ke mane?”

“Pejabat abang la..mana lagi?”

“Bosannya!”

“Dah cakap tadi takut duduk sorang-sorang kan? Nak ikut tak?”

Puteri Sarah memuncungkan mulutnya. Tanda sedang berfikir.

“Jangan nak muncung sangat Farah oiii..kepit nak?”

Terus Puteri Sarah menutup mulutnya dengan kedua belah tapak tangan.

“Pergi siap cepat. Abang tunggu dalam kereta.”

“Ok!!” Puteri Sarah berlari anak meniti tangga lalu masuk ke dalam bilik.

Shahnaz tergelak sendirian.


                                                               **********


Shahnaz menghidupkan enjin keretanya. Kemudian handphonenya berdering. Tertera nama Remy di skrin. Dia tersenyum.

“Hello.”

“Bos mana bossssss”

“Hahahaha sabar. Tuan Puteri aku tengah bersiap.”

“Mengada!”

“Hahaha tunggu la jap! Ok..ok! Macam ni. Bulan ni aku bagi bonus lebih kat kau. Boleh?”

“Waaaa ni yang aku nak dengar sangat ni hahaha thank you bossss”

“Eleh..laju ye!”

Tiba-tiba ternampak kelibat Puteri Sarah sedang berjalan menuju ke arahnya.

“Oitt! Puteri aku dah sampai. Jumpa sana.” Shahnaz terus mematikan talian.

Puteri Sarah masuk ke dalam kereta.

“Lamanya bersiap. Last-last pakai tshirt dengan seluar tracksuit je.” Perli Shahnaz lalu menukar gear.

“Lama ke? Sorry..” Baru sahaja Puteri Sarah hendak cubit lengan Shahnaz, terus Shahnaz mengelak.

“Jaga batas sikit. Bila tinggal berdua ni ada orang ketiga!”

“Heh!” Puteri Sarah menjerling tajam.

Shahnaz ketawa kecil dapat menyakat adik bongsunya itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2014 08:40 AM | Show all posts
Remy berkali-kali tekan kalkulator di hadapannya itu sambil menyelak fail di hadapannya. Terdengar pintu bilik dikuak laju.

“Oiii!!”

“Astaghfirullah..dah tak reti nak bagi salam ke?”

Berderau darah Remy sambil mengurut dadanya. Shahnaz ketawa lalu menepuk belakang badan Remy.

“Sorry, bro…”

Remy mengintai Puteri Sarah yang berdiri di belakang Shahnaz.

“Hai Sarah..” tegur Remy sambil melambai tangan.

Shahnaz toleh memandang Puteri Sarah. Kemudian dia pandang Remy semula.

“Hamboiii!”

“Hahaha..relek bro! Kenalkanlah aku dengan dengan si gadis comel ni..” Remy bangun berdiri sambil tersenyum memandang Puteri Sarah.

Shahnaz menggelengkan kepalanya.

“Sarah..kenal kan ni Remy, sahabat abang.”

Puteri Sarah hanya mengangguk sambil tersenyum.

“Abang.. eh abang plak! Hahaha”

“Kau jangan nak macam-macam sangat Remy..kang penumbuk ni hinggap jugak dekat pipi kau tu!”

“Hahaha eh, jom sambung buat keje! Aku rasa akaun kita tak balance la..berserabut!!”

“Jap.” Shahnaz menarik Puteri Sarah keluar dari bilik itu.

Puteri Sarah masih membiarkan Shahnaz memegang tangannya.

“Sarah duduk sini kejap ya. Abang nak settlekan keje kat dalam tu.”

Puteri Sarah memandang tangan Shahnaz yang masih memegang erat itu. Shahnaz terkejut langsung melepaskan genggaman.

“Sorry. Duduk sini elok-elok. Apa-apa jerit panggil abang.”

“Ok.”

Shahnaz berjalan masuk ke dalam bilik kerjanya meninggalkan Puteri Sarah bersendirian di ruang tamu. Puteri Sarah mula memuncungkan mulutnya.

“Apa aku nak buat ni? Hmmm..”
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-9-2014 08:42 AM | Show all posts
Rosyam menarik tubuh badan Fazura lalu terus dihumbanya ke atas katil. Kemudian tanpa belas kasihan terus di tamparnya wajah Fazura kiri dan kanan bertalu-talu.

“Please, Rosyam..please..” Fazura merayu sambil cuba menutup wajahnya.

“I dah rugi! Faham tak I dah rugi?!!!”

“I tak tahu macam mana dia boleh lari.”

“Apasal plak U tak tahu? I dah suruh U jaga dia baik-baik kan?!!!”

Sekali lagi Fazura ditampar.

“Sakit..” berdarah dan berlebam  mulut Fazura dikerjakan Rosyam.

Nafas Rosyam turun naik . Dia mengelap peluh di dahi sambil berdiri dan duduk di sofa berhadapan katil itu. Fazura manangis dan terus menangis.

“Rugi aku macam ni. Aku nak pengganti dengan segera!”

“I nak cari mane kalau nak cepat macam ni?!”

“Apa aku peduli?! Lelaki tu dah bayar banyak kat kita. Dah jadi macam ni apa aku nak jawab?!!”

Fazura diam.


                                                             **********

Fazura mendapat panggilan dari adiknya, Nelydia. Panggilan di jawab.

“Kak..nak duit!” rayu Nelydia.

Fazura memandang Rosyam yang duduk di hadapannya itu sambil menghisap rokok. Dia bangun lalu berjalan ke arah jendela.

“Kau nak duit?”

“Nak..nak! Please kak..”

“Tolong aku buat keje boleh?”

“Keje? Keje ape?”
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 08:42 AM | Show all posts
so sweet...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-9-2014 08:43 AM | Show all posts
Puteri Sarah menyelak sehelai demi sehelai mukasurat Majalah Cleo di hadapannya itu. Sesekali dia menguap sambil memandang jam di dinding.

“Lambatnya..dah nak masuk kul 12 dah ni..hmm”

Puteri Sarah menyandarkan tubuhnya di sofa yang empuk itu. Tiba-tiba kedengaran bunyi pintu dikuak dengan kuat. Sentap! Dua lelaki berbadan sasa masuk lalu terus mengangkat tubuh badan Puteri Sarah yang kecil itu keluar dari pejabat Shahnaz.

“Abang!!!!!!!!”

Itu sahaja yang dapat Puteri Sarah sebut sebelum mulutnya ditampal dengan plaster dan tangannya diikat kuat.

Shahnaz dan Remy masing-masing memandang antara satu sama lain.

“Sarah?”

Dengan sepantas kilat, Shahnaz dan Remy berlari keluar menuju ke ruang tamu. Senyap, sunyi, kosong!

“Shah! Tengok kat luar tu! Laju kereta tu pergi! Dia orang culik Sarah ke?” kata Remy yang turut susah hati dengan apa yang berlaku.

“Mana kunci kereta aku?”

Shahnaz mula meraba poket seluarnya. Ya! Kunci kereta ada di dalam poketnya.

“Aku nak ikut!” jerit Remy.

“Kunci pejabat cepat!”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2014 08:43 AM | Show all posts
jap gi momey smbung lg ye
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 08:46 AM | Show all posts
sapa pulak culik si sarah ni... sambung lg momey
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2014 10:24 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 18-9-2014 08:46 AM
sapa pulak culik si sarah ni... sambung lg momey

ok momey smbung ckit!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2014 10:27 AM | Show all posts
Puteri Sarah menangis. Matanya ditutup dengan kain yang diikat rapi. Manakala tangannya diikat kebelakang dan mulutnya masih berpelekat dengan plaster.

Dia tahu sekarang dia masih berada di dalam kereta. Dan tiba-tiba dia dapat bau perfume yang pernah dia bau sebelum ini.

Kain yang menutup matanya di buka. Perlahan-lahan matanya dibuka dan wajah Nelydia yang dipandangnya.

“Nely?”

“Maafkan aku..Aku perlukan duit.”

Puteri Sarah menjerit sambil mengeluarkan kata-kata yang kurang difahami kerana masih berplaster mulutnya.

“Tutup balik mata dia!!” Arah Nelydia pada lelaki yang berbadan sasa di sebelah Puteri Sarah.

Puteri Sarah menjerit dan terus menjerit. Dan akhirnya dia lemah dan tertidur sendiri.


                                                                           **********

Shahnaz terus kejar sekumpulan yang telah menculik adiknya itu.

“Remy, kau call polis sekarang!”

“Ya..ya..aku call.”

“Lindungilah Puteri Sarah, Ya Allah..”

Remy terus memandang Shahnaz. Ya! Jelas Shahnaz betul-betul sayangkan Puteri Sarah.


                                                                 **********

Perlahan-lahan tubuh badan Puteri Sarah di baringkan di atas katil. Tubuhnya kaku. Masih tidur nampaknya!
Fazura memandang Nelydia.

“Ni bukan Sarah kawan kolej kau tu ke?”

“Aah..Nely dah tak boleh fikir dah! Nely nak duit!”

“Yang terdesak sangat nak duit ni dah kenapa?!”

“Nak pergi oversea!”

Baru sahaja Nelydia hendak berlalu pergi, Fazura sempat menarik lengan adiknya itu.

“Kau cakap dengan aku, kenapa muka kau pucat sangat ni? Siap nak pergi oversea lagi.”

“Nely bergaduh dengan Adi..”

“So?”

“Nely tikam perut dia!”

“What?!!!!”

Rosyam yang sedang membelek tubuh badan Puteri Sarah itu terus memandang wajah Nelydia.

“Nely takutt.. Banyak sangat darah. Nely cuba kejutkan dia. Dia diam. Langsung tak gerak. Nely pinjam duit ni ye, kak. Nanti Nely dah banyak buat duit dekat oversea, Nely bayar balik.”

“Nape Nely buat macam ni..” Fazura nangis.

“Nely pergi dulu ya. Nely sayang sangat akak..”

Nely dan Fazura berpelukkan.

“Jaga diri baik-baik..” pesan Fazura sambil mengesat airmatanya.

Nelydia tanpa banyak cakap terus berlalu pergi setelah mendapat sebungkus sampul yang tebal berisi duit.
Rosyam berjalan lalu berdiri berhadapan dengan Fazura.

“Tak payah nak berdrama sangat! Uruskan cepat perempuan ni. Nanti bising pulak datuk bulu ketiak tak cukur tu!”

Fazura dan Rosyam berbalas pandangan.

“U nak tahu? Pandai adik U pilih. Tu..confirm masih dara! Hahahaha” kuat Rosyam ketawa lalu keluar dari bilik kondo mewah itu.

“Gatal!” sempat Fazura menjerling tajam ke arah Rosyam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2014 10:30 AM | Show all posts
“Arghhhhh!!!!” jerit Shahnaz lalu terduduk di sebelah keretanya.

“Aku dah call polis. Dah tentu Polis sedang cari Sarah.”

“Aku takut Sarah di apa-apakan dia orang.”

Shahnaz terlepas dari mengejar penculik Puteri Sarah itu. Terlalu laju dan kereta yang banyak menambahkan kesukaran yang ada.

Airmata jantan mula membasahi pipi.

“Allah ada..” Perlahan-lahan Remy menepuk bahu Shahnaz.

Shahnaz kembali masuk ke dalam kereta dan mula menghidupkan enjin. Remy risau kena tinggal, dia pun sama pantas masuk ke dalam kereta.

“Hello! Tolong aku kesan no plat WWW 2329. Aku rasa kereta ni tak pergi jauh.. Hmm..ok!”

Shahnaz mematikan talian.

“Kau call Rasyid ke?”

“Tiba-tiba plak teringat dia. Dia kan pernah jadi bodyguard orang kaya dekat Hong Kong dulu. Mesti dia boleh tolong aku carikan setan-setan tu!”

Remy tersenyum. Rasyid, rakan mereka semasa sama-sama belajar seni mempertahankan diri suatu ketika dahulu.


                                                                    **********

Perlahan-lahan Puteri Sarah membuka matanya. Badannya tersangat lemah. Dipandangnya ke siling. Kemudian ternampak kelibat empat orang di hadapannya.

“Sarah kat mane ni?”

Fazura mendekatkan dirinya dengan Puteri Sarah. Ditepuknya pipi Puteri Sarah berkali-kali.

“Sakitlaaa..”

“Ambil baju ni! Pergi tukar sekarang!”

“Hah?”

Puteri Sarah membelek baju bertali nipis dan paras paha itu. Terus dia baling ke lantai.

“Sarah nak balik!”

“Amboi! Kau pergi ambil balik baju tu dan tukar sekarang!”

Puteri Sarah bangun dan cuba hendak melarikan diri. Memang tak lepas la kan?

“Lepaskan Sarah la!” Dua lelaki berbadan sasa masing-masing memegang lengan Puteri Sarah.

Tiba-tiba pintu dikuak.

“Apehal tak siap-siap lagi ni? Datuk tu dah nak sampai dah!” marah Rosyam lalu terpandang Puteri Sarah yang kepalanya masih melekap bertudung.

“Cantik ko erk?” Rosyam mula menjilat bibirnya. Kemudian dia memandang jam di tangan.

“Sempat lagi ni kalau aku yang ‘rasa’ dulu.” Rosyam terus berjalan ke arah Puteri Sarah lalu mengangkat tubuh kecil itu.

“Lepaskan aku!!!” berkali-kali Puteri Sarah memukul belakang badan Rosyam.

“U nak buat ape dengan perempuan ni?” Fazura menolak tubuh badan Rosyam.

“I punya suka la nak buat apa..”

“Habis I ni?”

“Hahahaha..tataaaaaa” Rosyam yang masih menjinjing tubuh badan Puteri Sarah terus keluar dari bilik itu.

Puteri Sarah terus menangis dan menangis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2014 10:31 AM | Show all posts
jap ade keje plakkk
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 10:34 AM | Show all posts
gila betul si nely ni... thanks TT...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2014 10:49 AM | Show all posts
momey posted on 18-9-2014 10:31 AM
jap ade keje plakkk

  

cepat tau momey...
kita tgh xde keje ni...
bos dh kuar ...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2014 11:02 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 18-9-2014 10:34 AM
gila betul si nely ni... thanks TT...

hahaha mmang dh gila pun..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2014 11:03 AM | Show all posts
merahsilver2U posted on 18-9-2014 10:49 AM
cepat tau momey...
kita tgh xde keje ni...
bos dh kuar ...

nk smbung dah ni..nk bg settle ari ni jgk hahaha
ok jom smbung!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2014 11:05 AM | Show all posts
“Aku nak cari mana ni, Remy??”

Tiba-tiba handphone Shahnaz berdering.

“Rasyid!”

Shahnaz menjawab panggilan itu sambil memberhentikan kereta di bahu jalan.

“Aku dah jumpa!”

“Waaa..laju! Bagi aku alamat..”

Shahnaz tersenyum sambil memandang Remy.


                                                                           **********

Rosyam masuk ke dalam bilik no. 2 dan terus menghumban Puteri Sarah ke atas katil. Puteri Sarah mengambil bantal lalu dibaling ke arah Rosyam.

“Hahaha..” Rosyam mula membuka satu persatu butang bajunya.

“Kau nak buat apa kat aku?!” jerit Puteri Sarah lalu berdiri di sisi katil.

“Layan aku malam ni.”

“Memang tak la!!”

“Ooo tak nak erk..” terus Rosyam menarik tangan Puteri Sarah lalu memeluk dengan erat sekali.

“Lepaskan aku!!!”

“Tak nakk..aku suka bau perfume kau! Wangi..” Rosyam mula mencium pipi dan leher Puteri Sarah.

Puteri Sarah cuba melepaskan diri namun kudratnya tidak dapat melawan nafsu binatang itu!

“Sedapnya bau badan kau..belum lagi rasa yang bawah tu! Hahahaha” Rosyam terus mengangkat Puteri Sarah lalu dibaringkan di atas katil.

Sengaja dia menghempap tubuhnya ke tubuh badan Puteri Sarah.

“Tolong!!!!!!”

“Tak yah nak jerit sangat la..tak ada siapa pun nak tolong kau.”

Puteri Sarah menangis lagi. Rosyam mula membuka zip seluarnya. Kemudian dia menarik tudung Puteri Sarah diikuti dengan t-shirt yang dipakainya.

“Hahahaha..slurppppp!! Kenyang aku malam ni..” Baru sahaja Rosyam hendak melucutkan seluar yang dipakai Puteri Sarah..

“Ya Allah.. Ya Allah..”ucap Puteri Sarah dengan sebak sekali sambil cuba menolak tubuh badan Rosyam yang semakin menghimpit tubuh badannya itu.

Rosyam terpaku. Dia memandang wajah gadis sunti di hadapannya. Ternampak sedikit tanda lahir di belakang bahu kanan gadis itu. Dia yang berada pada posisi di atas tubuh badan Puteri Sarah terus bangun zipkan seluarnya dan mengambil kemejanya di lantai lantas keluar dari bilik itu.

"Tak mungkin.."bisik hati Rosyam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.100682 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list