CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

KeJoRaKu BeRsAtU ~TaMaT~

[Copy link]
 Author| Post time 18-9-2014 11:09 AM | Show all posts
Shahnaz memberhentikan keretanya berhadapan bangunan kondo mewah itu.

“Ni tak lain nak jadikan Sarah pelacur la ni..”

Shahnaz terus memandang Remy.

“Mulut kau jangan nak celupar sangat erk! Aku belasah gak kang!”

Remy terus menutup mulutnya. Shahnaz mematikan enjin lalu keluar dari kereta.


                                                               **********


Rosyam mengambil sebatang rokok di atas meja lalu mula menghidupkan rokok itu. Kemudian dipakainya kembali kemeja putihnya sambil memandang Fazura yang sedang berjalan dengan airmuka yang begitu marah sekali.

“Sampai hati U buat I macam ni. Depan-depan U curang dengan I..”

“Tak sempat pun..”

Fazura diam.

“Tak sempat?”

Rosyam mengambil handphonenya di dalam poket yang baru bergegar itu.

“Ya, Datuk.. Ok!”

Talian dimatikan.

“Datuk dah sampai. Bukakan pintu untuk dia” Rosyam menghembuskan asap ke atas.

Fazura tersenyum. Kemudian dia berjalan ke arah pintu lalu dibukakannya. Muncul wajah Datuk yang bermisai tebal itu dengan senyum lebar sekali bersama dua bodyguardnya.

“Hello Datuk..how are you?” tegur Rosyam lalu berjabat tangan dengan datuk itu.

“I’m fine. Mana I punya darling?”

“Darling? Hahahaha ada..masuk dulu laa..”

Mereka berdua ketawa besar sambil berjalan ke arah ruang tamu. Rosyam memberi isyarat pada Fazura supaya bawa keluar Puteri Sarah dari dalam bilik.

Fazura membuka pintu bilik.

“Rosyam!!” jerit Fazura.

Rosyam yang sedang rancak berbual itu langsung bangun dan berlari menuju ke bilik Puteri Sarah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2014 11:10 AM | Show all posts
adik dia ke TT... terkejut sampai mcm tu sekali...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 11:10 AM | Show all posts
kalau betul adik kandung dia... selamatlah sarah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2014 11:12 AM | Show all posts
Shahnaz dan Remy sama-sama berdiri di hadapan lif.

“Nak gi tingkat berapa ni?”

“Aku tak ada idea” jawab Remy sambil mengangkat bahu.

Tiba-tiba pintu lif terbuka dan dengan pantas juga keluar seorang lelaki berbadan sasa dari dalam lif itu dengan agak kelam kabut.

“Bob! Nasib baik kau ada.” Kata lelaki yang baru keluar dari lif itu pada lelaki yang baru datang yang juga baru hendak masuk ke dalam lif.

Shahnaz dan Remy diam seribu bahasa melihat dan mendengar perbualan mereka.

“Kau nak ke mana ni? Datuk mana?”

“Datuk ada atas. Kau pergi la naik atas dulu.”

“Tingkat berapa?”

“10. Aku nak pergi ambil barang jap.”

“Ok.”

Shahnaz dan Remy yang sudah berada di dalam lif itu sanggup menunggu lelaki itu masuk bersama untuk menuju ke tingkat 10 itu. Naluri hati Shahnaz kuat mengatakan lelaki ini mahu ke tempat Puteri Sarah disembunyikan.


                                                                    **********

Puteri Sarah yang sudah mencangkung untuk terjun ke bawah akhirnya tidak kesampaian kerana Rosyam sempat memeluk dan menariknya kembali.

“Ada hati nak bunuh diri ya..”

“Aku pakar terjun bangunan la!”jawab Puteri Sarah dengan kasar sekali.

“Waaaa..bukan calang-calang orang ko erk?”

“Apa dah jadi ni?” tanya Datuk tiba-tiba muncul di muka pintu.

“Tak ada apa la, Datuk..”jawab Rosyam sambil usap kasar kepala Puteri Sarah.

“Darling? Pergi mampus dengan darling kau la!” Puteri Sarah menolak tubuh badan Rosyam.

Dia bangun dan dengan pantas mahu melarikan diri keluar dari bilik neraka itu namun sekali lagi dia tewas. Ramai lelaki gagah perkasa kot dalam bilik itu!

“Lepaskan aku la!!!!” jerit Puteri Sarah sambil meronta-ronta tangan dan kakinya minta dilepaskan apabila dipeluk kuat salah seorang bodyguard Datuk itu.

“Ini ke darling I? Manyak cantik oooo..hahahaa”

“Cantik kan? Ganas tuuu” tambah Rosyam.

“Ganas la I lagi suka maaa..aaummm aummm! Hahaha”

Rosyam dan Datuk itu berbalas ketawa.

“Dah! Bawa dia masuk bilik special sebelah sana.”

Bodyguard yang dukung Puteri Sarah angguk tanda faham dan terus memikul Puteri Sarah masuk ke dalam bilik khas yang telah disediakan untuk Datuk itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2014 11:14 AM | Show all posts
Shahnaz dan Remy mengekori lelaki asing itu tanpa disedari. Lelaki itu memberi syarat ketukan pada pintu dan memetik loceng sebanyak dua kali. Shahnaz dan Remy tersenyum dan mengambil idea itu.

Lelaki itu masuk ke dalam kondo tersebut. Shahnaz dan Remy tanpa teragak-agak terus berjalan menghampiri pintu utama itu.

“Kau dah bersedia ke, Shah?”

“Aku dah lama bersedia. Aku sanggup mati demi Sarah..”

Mereka berdua bertentangan mata.


                                                                      **********

Datuk membuka blazernya sambil tersenyum sengih memandang Puteri Sarah yang dibaringkan bodyguardnya di atas katil.

“Jangan harap la aku nak ikut kemahuan setan ko tu!” Entah datang dari mana kekuatan Puteri Sarah untuk mempertahankan maruahnya sebegitu semangat sekali tanpa langsung rasa takut jika dirinya di apa-apakan.

“Sikit saja maa..”

Datuk itu mula merangkak ke arah Puteri Sarah.

“Geli la aku tengok misai ko tu! Nak muntah!”

“Geli? AKu cukur sekarang nak?”

Puteri Sarah terdiam. Sekarang hanya tinggal mereka berdua sahaja di dalam bilik itu. Kalau Datuk masuk ke dalam bilik air cukur misai, boleh la dia melepaskan diri.

“Hmmm..pergilah cukur! Nak cium pun geli..eeeee” Puteri Sarah cuba melayan perasaan Datuk itu.

“Ok..tunggu jap.” Sempat Datuk itu mencuit dagu Puteri Sarah.

“Eeeee..werkk”

Datuk tersenyum lalu masuk ke dalam bilik air.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 11:15 AM | Show all posts
apa kaitan rosyam dgn sarah TT...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-9-2014 11:18 AM | Show all posts
Shahnaz tiru sebiji cara ketuk dan bunyi loceng seperti lelaki asing itu buat. Pintu dibuka. Bodyguard Rosyam pelik sebab langsung tak pernah lihat dua lelaki di hadapannya itu.

“Nak jumpa siapa?”

“Jumpa bos laaaa..aku ada barang baik nak tunjuk dekat dia.” Jawab Shahnaz yang memakai jaket kulit itu.

Bodyguard itu seperti dipukau. Dibenarkan Remy dan Shahnaz masuk tanpa banyak soal lagi. Remy dan Shahnaz yang sudah lama tidak asah bakat sudah bersedia untuk bertempur!

Luas dan besar sungguh di dalam kondo tersebut. Mewah!

“Duduk. Aku panggil bos.” Kata bodyguard itu dan terus masuk ke luar balkoni.

Shahnaz dan Remy tunggu apa lagi? Terus di tendangnya setiap pintu bilik untuk cari Puteri Sarah.

“Woiii…woiii!! Apehal ni?” jerit salah seorang bodyguard lagi.

Apalagi? Bermula lah pertarungan tumbuk menumbuk, tendang, hantuk kepala dan sebagainya.
Dan dengan tiba-tiba Rosyam dating lalu membaling sabatang kayu lantas terkena kepala Shahnaz.

“Woi! Sakit bodoh!!”

Shahnaz terus memandang Rosyam. Bagaikan mati hidup semula!

“Shahnaz?” terlopong Rosyam. Rokok yang dipegangnya jatuh ke lantai.

"Tanda lahir tu?" sekali lagi Rosyam kembali teringatkan akan tanda lahir di bahu Puteri Sarah itu.

Shahnaz pula seolah diimbas kembali apa yang telah diperkatakan arwah ayahnya sebelum arwah ayahnya mengadap Ilahi.


                                                              **************


Dua tahun yang lalu..


“Shah, ada satu benda lagi ayah nak bagi tahu sebelum ayah terlupa.”

“Apa, ayah?” Shahnaz cuba menyandarkan ayahnya ke kepala katil.

“Nah..”

Shahnaz menyambut sekeping gambar lama.

“Siapa ni ayah?”

“Lelaki ni ayah Puteri Sarah.”

“Hah?”

“Ya. Memang ayah dan ibu jumpa Puteri Sarah di tempat pembuangan sampah, tapi dalam kain batik yang membaluti Puteri Sarah ketika itu ada gambar ini.”

Shahnaz membalikkan gambar itu. Terdapat nota yang tertulis ‘Ayah terpaksa buat semua ini. Kalau diizinkan Allah, kita pasti akan berjumpa nanti..”

Shahnaz memandang ayahnya.

“Sampai masa, serahkan gambar ini pada Puteri Sarah..”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2014 11:21 AM | Show all posts
Puteri Sarah cuba membuka tingkap bilik. Ketat!

“Arghhh!!!” Puteri Sarah menangis.

Datuk itu keluar dari bilik air.

“You nak lari erk..”

Baru sahaja Datuk itu hendak memeluk Puteri Sarah, pintu bilik mereka dibuka. Rosyam masuk lalu terus menarik Puteri Sarah keluar dari bilik itu. Dipeluk erat gadis itu dan membuatkan yang lain terpinga-pinga melihat drama itu. Rosyam menangis. Puteri Sarah cuba melepaskan pelukkan Rosyam itu namun tak berdaya.

“Rosyam! Apa semua ni?” tanya Datuk yang hanya bertuala mandi itu.

“I akan bayar balik semua duit yang you dah bagi pada I..”

“Shit!” Datuk mengambil seluar dan bajunya langsung keluar dari bilik itu.

“Eh, lepaslah!!” Puteri Sarah menolak Rosyam.

Rosyam tertolak ke belakang. Shahnaz dan Remy yang turut berada di dalam bilik itu diam dan hanya memandang sahaja.

“Abang..”Puteri Sarah baru sedar akan kehadiran Shahnaz.

Laju dia berjalan ke arah Shahnaz.

“Bawa Sarah keluar dari sini, please..” rayu Puteri Sarah yang sudah kebasahan airmata itu.

Shahnaz memandang Puteri Sarah kemudian dia memandang Rosyam.Rosyam memberi isyarat pada Shahnaz membenarkan dia membawa Puteri Sarah keluar dari situ.


                                                                 **********

Setelah keluar dari balai, Shahnaz tanpa buang masa lagi terus memandu pulang ke rumah. Puteri Sarah tertidur keletihan di seat belakang kereta. Shahnaz diam sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Remy yang berada di sebelahnya tidak mahu menambahkan kekusutan yang ada pada sahabatnya itu.

Setibanya sampai di rumah, Shahnaz dukung tubuh kecil molek adik angkatnya itu masuk ke dalam rumah dan di baringkan di atas katil bilik adiknya itu. Kemudian perlahan-lahan dia tutup pintu semula dan turun ke bawah.

Perlahan-lahan dia berjalan ke arah Remy yang sedang berehat di ruang tamu itu.

“Cerita ni dah nak sampai penghujung dah..” kata Shahnaz sambil memandang Remy.

“Aku tak faham..”

“Lelaki gangster yang botak tu..yang pakai kemeja putih tu..”

“Kenapa dengan lelaki tu?”

“Ayah Sarah.”

“Hah?”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-9-2014 11:25 AM | Show all posts
Rosyam bersendirian di dalam bilik.

“Terima kasih, Ahmad..terima kasih kerana jaga anak aku dengan cukup baik. Aku tak sangka dapat bertemu kembali dengan anak aku yang aku buang suatu ketika dulu.."

Tiba-tiba pintu biliknya di kuak. Dengan cepat dia mengesat airmatanya. Ditolehnya ke belakang dan kelihatan Fazura sedang berjalan ke arahnya.

“Kenapa dengan U ni?”

Fazura cuba mengusap pipi Rosyam namun ditolak perlahan tangan itu.

“I perlu selesaikan masalah ni.”

“Masalah ape?”

“Masalah anak I..”

“Anak U? Siapa anak U?”

“Bos!! Bos!! Polis dah kepong kita kat luar!!” jerit tiba-tiba salah seorang bodyguard Rosyam yang sudah panik itu.

Pada masa yang sama handphone Fazura berdering.

“Hello..”

“Fazura..aku ni, Lisa.” Lisa kawan Fazura yang kebetulan berada di KLIA.

“Aku busy la Lisa..”

“Adik kau kena tangkap dengan polis ni.”

“What?!!!”

Fazura memandang Rosyam yang sudah bersedia untuk melarikan diri itu.

“Rosyam!! Tunggu I!!”

Talian dimatikan.


                                                                     **********

Shahnaz menghulurkan gambar ayah Puteri Sarah pada Remy. Remy meneliti gambar itu.

“Macam mana kau nak bagi tahu Sarah?”

“Itu yang aku tengah fikir sekarang ni.”

Remy bangun lalu duduk disebelah Shahnaz. Dipegangnya bahu Shahnaz.

“AKu tahu kau boleh selesaikan masalah ni.”

Mereka berdua bertentangan mata.

“Aku tak nak kehilangan Sarah..” Shahnaz menahan sebak.

“Sarah tu jodoh kau. Kenapa nak rasa kehilangan dia pula? Lepas dah settle, lamar lah dia.. Mesti dia suka.”

Shahnaz ketawa kecil.

“AKu sentiasa doakan yang baik-baik untuk kau. Kau dah banyak tolong aku. Kau kawan yang baik.” Puji Remy ikhlas.

“Jangan la cakap macam tu. Kau pun aku dah anggap macam keluarga aku dah.”

Mereka berdua berpelukkan seketika.

“Good luck, friend!” ucap Remy sambil menepuk perlahan belakang badan Shahnaz.

Rupa-rupanya Puteri Sarah mendengar perbualan mereka itu di sebalik pintu biliknya. Dia tersandar di dinding. Menangis!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2014 11:26 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 18-9-2014 11:15 AM
apa kaitan rosyam dgn sarah TT...

dah smbung tu hihi
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 11:26 AM | Show all posts
ayah kandung sarah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2014 11:28 AM | Show all posts
AKhirnya Rosyam bersama kuncu-kuncunya ditangkap polis dan dibawa ke balai. Hukuman penjara dikenakan pada Fazura bersama kuncu-kucunya. Manakala Rosyam dikenakan hukuman gantung sampai mati kerana telah membunuh beberapa orang yang telah berada di dalam rekod polis. Begitu juga dengan Nelydia. Nasib tidak menyebelahinya. Dia telah membunuh Adi dan hukumannya tetap hukuman gantung.

Puteri Sarah minta Shahnaz berterus terang dengannya berkenaan latar belakangnya. Shahnaz tidak sanggup untung menyimpan rahsia itu lagi. Segalanya diceritakan dari awal. Begitu tenang sekali Puteri Sarah mendengar kisah hidupnya itu.

“Bawa Sarah jumpa ayah Sarah..” berkaca mata Puteri Sarah.

Shahnaz terdiam.

“Abang dengar tak? Sarah nak jumpa ayah Sarah..”

“Sarah tahu kan ayah Sarah dalam penjara. Tunggu nak dihukum gantung je sekarang ni..”

Puteri Sarah terus jatuh terduduk. Shahnaz terus memeluk Puteri Sarah.

“Sarah nak jumpa ayah..” Puteri Sarah terus menangis dalam dakapan Shahnaz.

“Ya..abang bawa Sarah jumpa ayah Sarah..”


                                                                 **********

Nazim selamat tiba di KLIA. Dibuka kacamata hitamnya lalu disimpan di dalam poket jacket kulitnya. Kemudian dia menuju ke sebuah teksi lalu masuk ke dalamnya.

“Pak cik, bawa saya ke Bukit Damansara ye..”

“Baiklah.”

Nazim mengeluarkan handphone dari dalam poket. Dia mula mendail no telefon abangnya, Shahnaz.

“Assalammualaikum abang..”

“Waalaikummussalam. Naz, aku tak sempat la nak amik ko. Aku tengah tunggu Sarah siapkan diri nak bawa dia jumpa ayah dia..”

“Eh, tak ape. AKu pun dah on the way balik rumah ni. Apa-apa call aku.”

“Ok..”

Nazim sudah tahu semuanya setelah beberapa hari lalu diceritakan dari mula sampai akhir oleh Shahnaz. Dia juga berdoa semoga semuanya dipermudahkan termasuklah urusan jodoh abangnya itu dengan Puteri Sarah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2014 11:31 AM | Show all posts
Puteri Sarah  masuk ke dalam bilik khas untuk bertemu dengan ayahnya. Ayahnya Rosyam masih belum muncul. Dan akhirnya datang seorang polis lalu diserahkan nota kecil pada Puteri Sarah.

“Ayah mane?”

“Maaf. Hanya nota ini dapat saya kirimkan.”

Polis itu berlalu pergi. Puteri Sarah bangun lalu mula berjalan ke arah Shahnaz.

“Dah jumpa ayah ke?”

“Ayah kirim nota ni je.”

“Bacalah..”

Menggeletar Puteri Sarah membuka nota itu.


[ Ayah sayangkan puteri ayah ni, Ayah tak sanggup biar Sarah tengok wajah ayah yang kotor ini lagi. Maafkan ayah, sayang. Maafkan ayah.. Jaga diri baik-baik. Doakan untuk ayah dan ibu.. Assalammualaikum..]


“Apa ni, ayah? Sarah nak jumpa ayah..”

“Sarah..”

“Sarah nak jumpa ayah..”

Sekali lagi Puteri Sarah berada di dalam dakapan Shahnaz.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2014 11:32 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 18-9-2014 11:26 AM
ayah kandung sarah...

yeee....huhu
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 11:33 AM | Show all posts
alahai kesiannya sarah... dua kali kehilangan ayah tersayang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2014 11:37 AM | Show all posts
Sebulan kemudian..

Nazim beruntung! Rezekinya dapat bekerja di Kuala Lumpur setelah syarikat tempat dia bekerja di US itu telah membuka cawangan di Malaysia. Tak perlu lagi dia berulang alik ke sana.

Puteri Sarah pula sudah boleh menerima akan nasib hidupnya hari demi hari dengan bantuan semangat dari abang-abangnya. Itupun dia masih beum boleh bersendirian. Kalau tidak, mesti akan menangis apabila terbayangkan wajah ayahnya.

Shahnaz pula masih belum berputus asa berdoa agar dibukakan pintu hati Puteri Sarah untuk menerimanya sebagai suami. Ikhlas dia mahu memperisterikan Puteri Sarah!

Shahnaz menuju ke dapur. Ya! Rasanya dah tiba masa dia melamar Puteri Sarah. Cincin sengaja di simpan di dalam poket.

Seperti biasa, dialah yang selalu sediakan sarapan pagi. Tetapi kali ini, sebelum dia jengah masuk ke ruang dapur sudah terbau sesuatu yang ermmm memang sedap! Diintainya siapa yang sibuk ganggu tempatnya setiap pagi selepas subuh itu.

“Masak ape tu?” tegur Shahnaz lalu menarik kerusi lalu duduk.

“Eh, abang.. hihi nak try skill yang ada ni.”

“Oooo..”

Puteri Sarah mengambil satu piring leper lalu disenduk kan mee goreng ke dalam pinggan itu. Di taburnya daun bawang  dan bawang goreng lalu di hidang di atas meja betul-betul depan Shahnaz. Aroma bau mee goreng itu membuatkan Shahnaz tidak sabar mahu menerkamnya!

“Aiippp!! Garfu mane? Takkan makan dengan jari kot?” perli Puteri Sarah lalu duduk di sebelah abangnya.

“Ooo lupa hihi..”

“Nah!” Puteri Sarah menghulurkan garfu pada Shahnaz.

“Bismillah..” terus Shahnaz merasai mee goreng yang enak baunya itu.

Shahnaz mengunyah dan terus telan. Dia diam lalu memandang Puteri Sarah.

“Sedap tak, abang?”

“Letak ape ni?”

“Nape abang? Tak sedap erk?”

“Rasa macam..”

“Tak sedap tak ape lah. Sarah buang je lah semua mee tu..” Puteri Sarah kecewa.

Baru sahaja dia hendak bangun, Shahnaz memegang tangannya. Mereka berbalas pandangan. Shahnaz bangun dan berdiri di hadapan adik angkatnya itu.

“Rasa macam duduk di syurga..sedap sangat-sangat mee goreng tu!” Shahnaz menghabiskan ayatnya.

Puteri Sarah terus ketawa kecil.

“Apa abang ni..ke situ pulak dia.”

“Sedap. Pandai rupanya Sarah masak.”

“Hmmm tengok tangan la..”

Puteri Sarah menayangkan sepuluh jarinya dekat dengan muka Shahnaz. Terus Shahnaz mengeluarkan sebentuk cincin di dalam poket seluarnya dan masuk ke dalam jari manis Puteri Sarah.

“Abang..apa ni?”

Puteri Sarah berdebar. Berdebar lebih dari jumpa hantu!

“Sudi Sarah jadi isteri abang?” begitu jelas dan tenang Shahnaz bertutur ketika itu.

Puteri Sarah terdiam. Betul ke apa yang dia dengar pada waktu itu? Ya, Dia tahu abangnya si Shahnaz itu ada hati padanya ketika dia curi-curi dengar perbualan Shahnaz dengan Nazim sebulan yang lepas. Tetapi dia rasa Shahnaz begitu cepat meluahkan perasaan padanya.

“Sarah..”

“Sarah ada orang lain ke?”

“Bukan macam tu.”

“Habis?”

“Sarah belum bersedia.” Puteri Sarah mengeluarkan kembali cincin di jari manisnya lalu diserahkan pada Shahnaz lalu terus dia beredar naik ke atas masuk ke dalam biliknya.

Shahnaz hanya memandang sambil menggenggam cincin itu. Kemudian Nazim muncul sambil tersenyum.

“Bagi lah dia masa. Terkejut tu..” ujar Nazim lalu menepuk bahu abangnya.

“AKu cepat sangat ke lamar dia? Ke aku tak cukup romantik?”

“Hahaha..” Nazim ketawa. Kemudian dia mendekatkan mulutnya ke telinga Shahnaz.

“Aku rasa dia dah tahu kau syok kat dia..”

“Lagi senang la keje aku kan?”

“Hahaha..banyakkan berdoa. Kalau dah jodoh tak ke mana..”

Mereka berdua berbalas senyuman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-9-2014 11:38 AM | Show all posts
dah nak abis dahhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2014 11:42 AM | Show all posts
Hari demi hari, bulan demi bulan. Shahnaz tak jemu dan putus asa dia menunjukkan perbuatan ‘caring’nya pada Puteri Sarah. Dia benar-benar ikhlas dan mahu Puteri Sarah menjadi hak miliknya.

Pada suatu hari..

Waktu menunjukkan pukul 6.00 petang. Suasana di kawasan pantai itu cukup tenang dengan kehadiran kanak-kanak yang riuh bermain pasir. Manakala orang dewasa ada yang ber’dating’, membaca buku dan lepak dengan makan makanan ringan dengan pasangan.

Shahnaz dan Puteri Sarah berdiri memandang laut di hadapan mereka. Menghirup udara yang segar dengan tenang.

“Sarah suka tempat macam ni.”

“Abang tahu..”

Puteri Sarah terus memandang abangnya.

“Orang yang abang sayang, mestilah abang kena tahu apa yang dia suka.” Sambung Shahnaz.

Puteri Sarah kembali memandang laut di hadapannya.

“Sarah dah fikir?”

“Fikir ape?” Sengaja Puteri Sarah tanya kembali soalan itu.

“Sarah..abang ikhlas nak memperisterikan Sarah.”

Puteri Sarah diam. Langsung dia tak pandang wajah Shahnaz.

“Abang ada hati dengan Sarah waktu kita masuk alam sekolah menengah. Abang suka tengok Sarah layan ayah.. Sarah baik sangat! Sarah kalau kena marah dengan ayah, Sarah diam. Langsung Sarah tak melawan. Sebab tu semua orang sayangkan Sarah termasuk abang. Tapi abang terlebih la plak sayangkan Sarah.”

Puteri Sarah hendak ketawa tetapi ditahannya.

“Sarah, beri peluang pada abang untuk hidup dalam hati Sarah.”

“Sarah tak tahu nak cakap macam mana..”

Terus Shahnaz memegang bahu Puteri Sarah lalu ditariknya mengadap wajahnya.

“Setiap kali abang berdoa..setiap kali abang sujud dan setiap kali selepas tu abang tidur, wajah Sarah yang muncul. Abang cuba tepis perasaan ni pada mulanya tapi..makin kuat abang tepis, makin mandalam rasa cinta dan sayang abang pada Sarah.”

Mereka berdua bertentangan mata.

“Takkan tak ada perasaan sikit pun Sarah pada abang?”

Puteri Sarah kembali pandang laut lalu mengeluh.

“Sarah bukan perempuan baik sangat pun, abang..”

“Abang dah tak nak ingat dan ungkit perkara yang lama. Yang lepas biarlah berlalu. Sekarang Sarah dengan abang. Kita mulakan hidup baru.”

“Sarah!!!! Terima aje lahhhhh!!”

Puteri Sarah terkejut. Suara tu macam dia kenal. Dia terus menoleh ke arah belakangnya. Nazim and the geng sudah sedia membawa balon dan juga wisel untuk bersorak.

“Apa semua ni abang?” Puteri Sarah hairan.

”Sudi Sarah jadi isteri abang?”

“Say yes, Sarah!!!!” jerit Nazim lagi.

Puteri Sarah tersenyum melihat gelagat Nazim. Ya, Nazim memang pandai mengambil hati orang.
Puteri Sarah memandang Shahnaz. Dia tersenyum. Dia sudah pun mula menerima Shahnaz sedikit demi sedikit selepas lamaran Shahnaz di dapur yang lepas.

“Sarah terima abang?” Shahnaz turut tersenyum.

Puteri Sarah akhirnya mengangguk tanda terima.

“Ya, Sarah?” Shahnaz masih mahukan kepastian.

“Ya..”

“Woooooo!!!! Alhamdulillah..” Baru sahaja Shahnaz hendak memeluk Puteri Sarah..

“Aipppp!! Nikah dulu, bro..” tegur Nazim sambil berjalan ke arah mereka.

Nazim and the geng terus meletupkan balon-balon dan meniup wisel sekuat hati menunjukkan tanda sokongan Shahnaz mengahwini Puteri Sarah. Mereka berdua ketawa gembira.

Jauh Nazim memandang Puteri Sarah . Ya. Dia juga ada hati pada Puteri Sarah tapi dia sudah ajar hatinya bahawa Puteri Sarah bukan jodohnya. Dia redha Puteri Sarah menjadi milik abangnya. Dia tersenyum sendirian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2014 11:43 AM | Show all posts
japppp ada lagiiiiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2014 11:45 AM | Show all posts
Shahnaz segak berpakaian serba putih dengan sampin lengkap dan bersongkok. Disiapkan sendiri oleh adiknya, Nazim.

“Kalau ayah kita masih hidup..”

Nazim terus memandang Shahnaz.

“yang hidup, perlu terus hidup, abang. Kita jangan pernah lupa doakan untuk ibu dan ayah..”

Shahnaz tersenyum lalu mengangguk.

“Dah jom! Nanti lewat pula sampai masjid. Jangan sedih-sedih. Hari ni hari bahagia abang..”

“Thanks, Naz. Kau banyak bagi semangat kat aku.”

“Nama pun adik beradik kan?”

Mereka sempat berpelukkan seketika. Kemudian mereka berjalan masuk ke dalam kereta. Rombongan keluarga lelaki ada lebih kurang lima biji kereta termasuk rakan pejabat Shahnaz dan Nazim.

Nazim dan Shahnaz duduk di seat belakang manakala yang memandu ketika itu adalah Remy, dan disebelahnya Aaron.

Tiba-tiba Shahnaz berasa tidak sedap hati. Laju jantungnya berdegup.

“Ya Allah..jauhilah aku dari berita burukMu..” bisik hati Shahnaz sambil memegang dadanya.

“Nape, abang?” tanya Nazim sambil membetulkan songkoknya.

“Tak ada apa-apa..” Shahnaz tersenyum.


                                                               **********


Sementara di masjid, ahli keluarga sebelah perempuan termasuk rakan-rakan terdekat Puteri Sarah sudah sedia menunggu pengantin lelaki.

“Sarah, kau ok ke?” tanya Miza rakan sekelasnya.

“Entahlah. Tiba-tiba rasa tak sedap hati. Moga Allah permudahkan semuanya..”

“Insyaallah. Jangan fikir yang bukan-bukan. Banyakkan berdoa..”

Puteri Sarah memandang jam di dinding.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.087000 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list