CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2593|Reply: 0

Hapus Sudah Bahagia

[Copy link]
Post time 6-3-2014 10:52 PM | Show all posts |Read mode

Wahai isteriku..

Tiada bahagia yang tidak disulami dengan derita, begitulah sebaliknya.
Adanya kamu di sisiku, aku terlalu bahagia hingga terlupa sejenak akan segala kesakitan yang kian hari kian ganas mengasakku.
Aku, suami yang hanya tahu membebanimu dengan bermacam-macam masalah hingga terlalu banyak tertangguh hutang nafkahku, zahir dan batin. Namun kau sesekali tidak mengeluh.
Tetap sahaja diri ini dilayani umpama seorang raja yang bersemayam gah di atas takhta sedang hakikatnya aku sedang menghitung hari, menanti malaikat Izrail datang menyapaku.

Bertabahlah wahai isteriku.
Penderitaanmu pasti akan berakhir tidak lama lagi.
Jika mata yang melihat diriku ini sebak, aku lagi sebak menatapmu wahai isteriku.
Peluang walaupun hanya singkat hidup bersamamu akan ku abadikan sehingga bercerai rohku dari jasad.
Engkaulah isteriku dunia dan akhirat.
Maaf kerana tidak mampu meninggalkan harta untuk kau nikmati.
Hanya segugus memori indah yang tercipta antara kita untuk diabadikan dalam lipatan kenangan sewaktu kita bersama.
Relakan pemergianku.
Buat terakhir kali,
‘Aku Cinta Padamu, Nur Suriani binti Rashid.’





** mahukan sambungannya, jom ke Bakat & Ruangan penulis.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.316919 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list