CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 16965|Reply: 51

Kenali 'perfume' original

[Copy link]
Post time 11-3-2014 05:53 PM | Show all posts |Read mode
Sedikit tips dan panduan untuk mengenali minyak wangi (perfume) berjenama terkenal yang sah.

Kotak
Semua minyak wangi (perfume) yang asli mesti mempunyai kotak yang menyatakan tempat minyak wangi dihasilkan dan kandungan minyak wangi tersebut. Semak semua ejaan, tempat pengeluaran (made in) dan maklumat pada kotak dengan laman web rasmi pengeluar.

Batch Number
Periksa 'batch number' pada kedua-dua botol dan kotak. Ia mesti sepadan. 'Batch number' biasa akan dicetak mengunakan cetakan laser atau pun 'embossing stamp' pada kotak. Ia tidak sama dengan cetakan lain pada kotak minyak wangi tersebut. Pada bahagian botol, pengeluar akan melekatkan nombor yang sama menggunakan pelekat yg dicetak khas. Sesetengah pengeluar akan melakukan cetakan laser pada botol.

Balutan Kotak
98% pengeluar minyak wangi membalut kotak mereka menggunakan plastik cellophane. Periksa cara balutan. Balutan mestilah kemas dan kesan gam pada balutan adalah minima atau hampir tak kelihatan.

Bau
Jangka hayat minyak wangi bergantung pada kesesuaian reaksi badan pengguna. Boleh bertahan sekurang-kurangnya 2 jam, bergantung pada keadaan cuaca, suhu dan keserasian pengguna ianya boleh bertahan sehigga 7-8 jam. Ia mempunyai tiga tahap iaitu 'top notes', 'middle notes' dan 'base notes'. Bau minyak wangi adalah berlainan pada permulaan semburan dan apabila ia mula bertindak balas dengan kulit pengguna. Biasanya perbezaan boleh dikesan selepas 2 minit.

Kualiti Botol
Pengeluar terkenal minyak wangi akan menjaga kualiti produk mereka. Botol mestilah dari kaca yang berkualiti. Pembuatan botol adalah sempuna tanpa kesan pudar atau kecacatan yg nyata dengan penutup botol yg tidak longgar walau dibuka berkali-kali. Sesetengah pengeluar menggunakan 'magnetic cap' untuk produk mereka.

Tester Perfume
Mempunya ciri perfume seperti di atas.
- Didatangkan dalam kotak tester. Biasanya berwarna putih atau coklat.
- Tidak dibalut dengan plastik cellophane.
- Mempunyai cetakan atau pelekat TESTER dan NOT FOR SALE pada botol dan kotak.

'ORIGINAL REJECT PERFUME'
INI ADALAH BARANG TIRUAN. Pengeluar minyak wangi tidak pernah mengeluarkan produk mereka yang mempunyai kecacatan untuk menjaga reputasi mereka. Produk yg tidak menepati piawaian akan dimusnahkan atau dibuat semula. Jika diperhatikan, produk ORIGINAL REJECT ini hanya boleh didapati di Malaysia, Indonesia atau Thailand sahaja. Adakah hanya produk berjenama terkenal sahaja mempunyai reject? Mengapa produk kurang terkenal seperti Das****, Br**, Encha*** dan sebagainya tidak mempunyai reject?
Cubalah fikir-fikirkan.

Bahaya Barangan Tiruan
Memakai barangan tiruan boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan. Ini adalah kerana bahan-bahan yang digunakan tidak dijamin selamat. Ia mungkin mendatangkan masalah kesihatan jika digunakan. Semua minyak wangi yang asli telah mendapat pengitirafan bahawa ianya selamat untuk digunakan.

Laser Printing Batch Number

Embossing Stamp Batch Number

Cellophane Wrap



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2014 06:51 PM | Show all posts
terima kasih diatas informasi anda...
penerangan amat dihargai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2014 07:54 PM | Show all posts
amiraira posted on 11-3-2014 06:51 PM
terima kasih diatas informasi anda...
penerangan amat dihargai

Same-same. Sekadar berkongsi ilmu yg sedikit ini.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 09:28 AM | Show all posts
saje nak share....

rasanya yg tiruan juga ada semua ciri diatas kecuali bau yg tak long lasting...
dah selidik pada 2 jenis minyak wangi beli both yg ori dan yg claim as dubai duty free (tak ori)...


JEAN PAUL GAULTIER... semua sebijik sama... kecuali kepala tempat spray ada satu stopper... stopper tu sgt lembut dan mudah patah... punat spray juga tak firm bila tekan... garisan printing line pada bottle juga tak kemas.. yg lenlain termasuk bekas tin tu exactly the same.. tiru bulat2.... harga beli RM25.. boleh la tahan sejam dua... yg ori puas hati tahan the whole day...


satu lagi.. someday by justin bieber... order online grade AAA katanya RM40... dan beli ori RM220++ kalau tak silap... yg ni tak nampak cacat cela... termasuk kunci pada penutup.. di kotak juga telah di print dgn terperinci sampai tak nampak tiruannya... boleh tahan 2~3 jam... yg ori the whole day masih ada kesan baunya... beli ori dapat free beg....

utk yg RM10, RM15, RM20 semua pernah beli.. tapi nampak beno tiruannya... hehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2014 02:08 PM | Show all posts
ryo_takahashi1 posted on 12-3-2014 09:28 AM
saje nak share....

rasanya yg tiruan juga ada semua ciri diatas kecuali bau yg tak long lasting.. ...

betul tuan, mmg ada yg tiruan yang ada hampir ada semua ciri di atas. tetapi bukan semua jenama. yang penting ialah pada bau perfume. kalau diteliti pasti boleh nampak perbezaan. setakat ini saya belum jumpa yang tiruan mempunyai bau yang sama. wangi mmg wangi dan tahan agak lama tapi baunya tak sama .
Perbezaan perfume tiruan yg mudah dikesan:
- kualiti botol amatlah rendah (selalunya mereka claim original reject)
- tak datang bersama kotak (selalunya mereka claim original reject kotak telah rosak)
- printing ada kesilapan (maklumat) dan kadangkala printing bermutu rendah (senget atau kabur).
- penutup botol amat longgar dan amat mudah tercabut.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 01:24 PM | Show all posts
thanks TT!

info yang sgt berguna lagi praktikal
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-3-2014 05:22 PM | Show all posts
missmarvolo posted on 17-3-2014 01:24 PM
thanks TT!

info yang sgt berguna lagi praktikal

same-same. sekadar berkongsi ilmu yg sedikit ini
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2014 06:00 PM | Show all posts
kalau nak selamat beli kat kedai je lah.

seram juga. sebab haritu ada kawan beli kat blog. dia kata ori. sekali bau, lain gila daripada yang ori.

paling menyampah penjual minyak wangi yang konon2 nak habiskan stok, tiba-tiba datang time kita tengah makan/duduk-duduk. semua skrip standard cakap benda tu memang ori tapi murah sebab ada promo sebab balance from promo. tapi kawan pernah beli, memang bukan ori.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-4-2014 12:59 AM | Show all posts
miminn posted on 4-4-2014 06:00 PM
kalau nak selamat beli kat kedai je lah.

seram juga. sebab haritu ada kawan beli kat blog. dia k ...

Saya setuju. Mmg byk yg tak jujur. Bila jual perfume online ni. Tu yg spoil market online tu . Nasihat saya kalau nak beli online dan tak pernah bau baik beli yg kecil dulu yg kecil (vial atau miniature). Pastu gi compare dgn kaunter (dalam pasaraya besar). Kedai pun bahaya juga. Ada kes peniaga campur barang ori dgn tak ori.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2014 11:14 AM | Show all posts
so memang tak ada la speses perfume reject ni????
semua tiruan belaka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2014 04:37 PM | Show all posts
joeyss posted on 7-4-2014 11:14 AM
so memang tak ada la speses perfume reject ni????
semua tiruan belaka

Ape yg authorized dealer beritahu, reject perfume mmg tak wujud. Semua perfume yg mempunyai kecacatan tidak akan dijual kepada untuk menjaga reputasi pihak pengeluar.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
dewatawangian posted on 7-4-2014 04:37 PM
Ape yg authorized dealer beritahu, reject perfume mmg tak wujud. Semua perfume yg mempunyai kecaca ...

Iye ke? Tahun lepas baru beli sebotol hugo boss. Dia kata reject hukhukhuk..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 01:57 PM | Show all posts
masa kerja parkson dulu, hari2 dapat main dgn perfume2 tester. syok ooo~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2014 04:23 PM | Show all posts
joeyss posted on 8-4-2014 08:49 AM
Iye ke? Tahun lepas baru beli sebotol hugo boss. Dia kata reject hukhukhuk..

sabo je lah.....ramai yg terkena pasal reject perfume ni. Ada org siap tak nak mengaku lagi benda tu tiruan. Bila ditanya kenapa perfume tempatan cam simplysi** atau perfume yg kurang terkenal enchante** takde plak reject dah tak boleh jawab. Tak tahu lah camne org bleh makan duit menipu ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2014 04:25 PM | Show all posts
incek_akim posted on 8-4-2014 01:57 PM
masa kerja parkson dulu, hari2 dapat main dgn perfume2 tester. syok ooo~

ada pendapat mengatakan tester perfume lebih tahan lama dari retail packaging. Hati- hati....sekarang tester perfume pun dah ada yang tiruan.
Last edited by dewatawangian on 8-4-2014 04:30 PM

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 05:25 PM | Show all posts
dewatawangian posted on 8-4-2014 04:25 PM
ada pendapat mengatakan tester perfume lebih tahan lama dari retail packaging.  Hati- hati....se ...

aku dulu selalu beli yang tester.. aku terbeli yang 'reject' tu sebab tension perfume aku pecah..
so alternative nak murah @ half price, aku sambar la yang yang 'reject' tu..
tu la sekali aku beli yang 'reject' & still ada separuh lagi..
biasanya aku akan beli yang ori / tester la dan aku ni jenis setia pada satu jenis perfume sebab wife aku tak kasi tukar

Last edited by joeyss on 8-4-2014 05:32 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2014 06:09 PM | Show all posts
dewatawangian posted on 8-4-2014 04:25 PM
ada pendapat mengatakan tester perfume lebih tahan lama dari retail packaging.  Hati- hati....se ...

perfume tiruan pon ok la. lagipon test2 gitu2 jek. hehe~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2014 07:50 PM | Show all posts
joeyss posted on 8-4-2014 05:25 PM
aku dulu selalu beli yang tester.. aku terbeli yang 'reject' tu sebab tension perfume aku pecah..
...

Sama la kita....wife saya pun tak kasi tukar-tukar. Kalau tukar pun dia yg pilih. Maklumlah....dia yg slalu dok bau badan kita. Best kat hidung kita blom tentu best kat hidung org lain .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2014 08:00 PM | Show all posts
incek_akim posted on 8-4-2014 06:09 PM
perfume tiruan pon ok la. lagipon test2 gitu2 jek. hehe~

mmg betul yg tiruan pun bau wangi jugak tapi bau tak sama dgn yg ori. tapi tiruan masih juga tiruan, buat apa bayar mahal-mahal tapi tiruan. kita beli minyak wangi, bkn botol atau jenama minyak wangi. byk jer pilihan yg ori tapi murah. saya masih pakai Bru* Cologne. biar murah dan tak terkenal, asalkan ia ori dan sesuai dgn kite dah le .

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 10:57 AM | Show all posts
dewatawangian posted on 8-4-2014 08:00 PM
mmg betul yg tiruan pun bau wangi jugak tapi bau tak sama dgn yg ori. tapi tiruan masih juga tirua ...

setuju! sbb tu saya beli yg ori. Davidoff Adventure.
beli ori lagi puas hati. sbb lg berkualiti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.120474 second(s), 55 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list