CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10802|Reply: 47

Tempat Yang Tidak Boleh Anda Kunjungi....

[Copy link]
Post time 13-3-2014 02:11 PM | Show all posts |Read mode
Dunia ini adalah penuh rahsia! Ada beberapa tempat di dunia yang kita tidak mengetahui mengenainya dan walaupun kita tahu, tempat – tempat  ini adalah tidak boleh kita kunjungi. Entry kali ini memaparkan tempat  yang paling tertutup diseluruh dunia  dan hampir tidak mungkin untuk masyarakat umum mengunjunginya !!

1.   Mezhgorye

Ini adalah kota tertutup di Rusia yang terletak di Gunung Yamantaw, kota yang didirikan pada tahun 1979 ini berada pada ketinggian 1640 m dari aras laut. Kota ini disyaki oleh AS sebagai tempat rahsia pembuatan senjata nuklear. Projek besar ini mula diamati oleh satelit AS pada tahun 1990. AS meminta penjelasan dari pihak Rusia mengenai  tempat ini, tetapi pihak Rusia menyatakan itu adalah tapak perlombongan.

   

2.  Vatican Secret Archives

Di arkib Vatican ini, anda tidak boleh masuk ke tempat ini dan melihat dokumen sewenang – wenangnya sesuka hati, anda harus membuat permohonan terlebih dahulu untuk sesebuah dokumen kepada pihak yang mentadbir  Vatican. Tidak semua buku anda boleh lihat, hanya dokumen yang sudah berusia 75 tahun kebawah saja yang dibenarkan. Disini, terdapat 35 000 buah buku dalam katalog dan itu membentuk satu barisan sepanjang 84 Km.





3.  Club 33

Disneyland adalah tempat hiburan untuk kanak kanak mahupun orang dewasa, tiada satu pun tempat di Disneyland yang  tidak bebas dilawati kecuali Club 33 ini. Tidak mudah untuk masuk ke Club ini, selain sekuriti yang sangat ketat, tempat ini juga menggunakan finger screen. Menjadi ahli club eksklusif club ini tidaklah mudah dan murah, selain daripada pendaftaran sekitar 10-30 ribu US$,  anda juga harus menunggu selama 14 tahun untuk menjadi waiting list.


   





4. Moscow Metro-2

Metro-2 di Moscow adalah sistem kota bawah tanah terbesar di Dunia, kota ini dibangunkan pada zaman pemerintahan Stalin. Kota ini adalah sangat rahsia, sehinggakan wartawan yang ingin menulis mengenai kota ini selalu tidak pernah dibenarkan oleh pihak pemerintah selama bertahun-tahun lamanya.

  



5. Area 51

Area 51 (atau lebih dikenal sebagai US Air Force Flight Test Center, Detachment 3 dan juga nama samaran lain iaitu Dreamland, Watertown Strip, Paradise Ranch, The Farm, The Box, Groom Lake, dan juga The Directorate for Development Plans Area) adalah sebuah daerah terasing di bahagian selatan Nevada, yang dimiliki oleh Tentera Amerika, yang digunakan sebagai pusat pembangunan rahsia untuk  ujian pesawat – pesawat tempur generasi baru. Area ini juga sangat terkenal kerana disyaki sebagai pusat penelitian UFO yang sehingga sekarang dianggap sebagai salah satu konspirasi yang belum terungkap.

Semua  sampel-sampel mahkluk luar angkasa yang pernah jatuh ke bumi dieskavasi ke pangkalan AS itu ,kononnya untuk diteliti oleh para ilmuwan. Yang menjadikan area 51 semakin misteri  adalah kerana tempat itu sangat tertutup dan hanya orang-orang yang  tertentu sahaja yang boleh masuk ke tempat itu
.





6.  Room 39

Bilik 39 atau dikenali sebagai Biro 39 adalah satu-satunya organisasi  haram yang disokong penuh oleh suatu negara dan beroperasi  disuatu negara lain.  Organisasi ini ditubuhkan untuk mencari cara  memperoleh mata wang asing untuk Kim Jong-il. Bilik ini didirikan pada tahun 1970-an dan tidak diketahui dari mana nama ini berasal. Cara kerja Biro ini adalah menggunakan   bank di China dan Swiss, untuk tujuan pemalsuan, pencucian wang dan transaksi haram. Bilik 39 diyakini berada di dalam sebuah bangunan Parti Buruh di Pyongyang, ibukota Korea Utara.



7.  Ise Grand Shrine

Adalah kuil paling suci di Jepun. Tempat ini didedikasikan untuk Amaterasu (dewi matahari) dan telah wujud sejak 4 SM, Kuil ini berfungsi  untuk menyimpan beberapa dokumen dan beberapa item penting maharaja Jepun. Tempat ini sangat sangat sulit untuk dikunjungi, kecuali kaskuser, iaitu seorang pendeta yang menjadi anggota keluarga maharaja.







8.  Mount Weather Emergency Operations Center

Ini adalah tempat yang tidak hanya tertutup kepada umum malahan tempat itu adalah tempat yang mengharapkan manusia tidak menjejakkan  kakinya di sana. Lokasi yang berada di Virginia ini digunakan sebagai pusat operasi untuk Federal Emergency Management Agency (FEMA).  Tempat ini menjadi tempat terlarang kerana disana terdapat sistem gelombang frekuensi yang sangat tinggi yang menghubungkan US dengan rangkaian tentera dan Negara lain diseluruh dunia.





9.  RAF Menwith Hill

RAF Menwith Hill adalah pangkalan tentera yang mengoperasikan  stesen satelit bawah tanah dan didakwa sebagai stesen pemantauan elektronik terbesar di dunia. Tapak  yang terletak di Skipton A59 Road ini dibangun oleh Departmen Pertahanan AS.










Last edited by anees~nuhara on 14-3-2014 08:46 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2014 02:24 PM | Show all posts
waaa.. kagum nyer..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 02:43 PM | Show all posts
mcm mana la ngan pekerja2 yg kena kije kat sini ek
dr cleaner smpai la pegawai2 tggi
msti kena smpan setiap rahasia..nak kuar masuk x bebas

stresss nak abeskan hidup
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 02:56 PM | Show all posts
besar rahsia kuasa2 besar dunia... scary bila dengar... mcm2 plan dilaksanakan di tpt ni..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 02:58 PM | Show all posts
yang club 33 tu apa yg best nyer kalo jadi ahli kat situ?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 03:02 PM | Show all posts
dlm byk2 ni aku pnah dgr area 51 je. yg laen xtaw. hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2014 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebanyakan tempat untuk ujikaji ketenteraan. Seram !
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 04:25 PM | Show all posts
mmg dahsyat...........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2014 04:52 PM | Show all posts
sulit betul..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 05:13 PM | Show all posts

Club 33..
pendaftaran sekitar 10-30 ribu US$,  anda juga harus menunggu selama 14 tahun untuk menjadi waiting list.
?  


Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 10:18 PM | Show all posts
Info menarik
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2014 04:46 PM | Show all posts
aku teringin nak tgk document yg no 2 tu je

sure mcm2 kebenaran ttg agama islam ada
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2014 05:29 PM | Show all posts
menarik..
tp yg no 1 tu kan..aku cume nk ckp sibuk betul amareka ni jaga tepi kain negara org...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2014 05:50 PM | Show all posts
teringin nak masuk vatican archives tue
mesti mcm2 rahsia ada kat situ
just imagine kalo dpt masuk & spend time reading all those books & documents~
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2014 07:16 PM | Show all posts
cikatilia posted on 14-3-2014 04:46 PM
aku teringin nak tgk document yg no 2 tu je

sure mcm2 kebenaran ttg agama islam ada

samalah dengan aku. teringin nak masuk dan diberi kebenaran untuk membaca di sana
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2014 08:18 PM | Show all posts
info yg bagus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2014 11:51 PM | Show all posts
wahh .. ada tempat yg aku baru 1st time dengar ni

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 09:58 AM | Show all posts
banyak lagi rupanya tempat yang tak boleh kunjungi...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 11:37 AM | Show all posts
rahsia tetap rahsia.... apelah yg rahsia sgt tuh
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 04:07 PM | Show all posts
"Tempat Yang Tidak Boleh Anda Kunjungi...." bole tgok gambar je...hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.314107 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list